lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Pelajar Tahun Enam Bawa Pulang Motosikal Hari Ketiga
Seramai 21 pemenang cabutan bertuah diumumkan pada hari ketiga Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, malam tadi.Semua senarai pemenang diumumkan oleh Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak bersama personaliti terkenal, Muhammad Kareef Daniel Abdullah atau Mat Dan.Sementara itu, hadiah utama harian berupa motosikal dimenangi oleh pelajar Tahun Enam, Nor Anis Nazirah Ubaidillah.Bagaimanapun, Nor Anis Nazirah tidak hadir dan pelajar bertuah itu akan dihubungi pihak sekretariat bagi proses menuntut hadiah berkenaan.Selain motosikal, cabutan bertuah harian turut menyediakan pelbagai hadiah menarik yang lain seperti telefon pintar, barangan elektrik dan banyak lagi.Sebelum itu, pelajar lelaki Tahun Lima memenangi cabutan bertuah motosikal pada hari kedua Ekspo Terengganu 2018.Muhammad Haikal Daniel Mohamad, 11, muncul pengunjung bertuah daripada ribuan peserta apabila membawa pulang hadiah yang menjadi rebutan ramai itu. Sementara hari pertama juga dimenangi kanak-kanak berusia tiga tahun.-Terengganunews
27 Feb 18
48
Empty Image
Agensi Kerajaan Diseru Martabatkan Budaya Hidup Berteraskan Al-Quran.
Kerajaan negeri menyeru mana-mana agensi yang mempunyai keupayaan dan kepakaran agar sama-sama memainkan peranan mengatur program yang boleh memartabatkan budaya hidup berteraskan Al-Quran.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail berkata pentadbiran negeri bersedia untuk melihat dan memberi perhatian terhadap cadangan-cadangan tersebut termasuklah menimbang keperluan peruntukan yang munasabah jika perlu."Pihak pentadbiran akan terus memberi keutamaan dan perhatian serius dalam memastikan program-program yang bertujuan meningkatkan ketinggian syiar Islam."Sebagai contohnya majlis-majlis hafazan, sambutan awal Muharram, sambutan Maulidur Rasul dan lain-lain lagi telahpun ditetapkan dalam kalendar pentadbiran negeri sebagai agenda tetap dan rasmi bagi kerajaan negeri," katanya ketika berucap alu-aluan di Majlis pembukaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Tahun 1439H/2018M di Dataran Waterfront Kuala Berang.Wan Nawawi yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri berkata pentadbiran negeri telahpun menyemak keperluan penganjuran majlis ini dalam semua aspek agar perjalanan kedua-dua majlis ini  mencapai matlamatnya."Pada tahun ini peruntukan bagimenjayakan Majlis Menghafaz dan Tilawah Al-Quran telah dinaikkan kepada RM900,000 berbanding dengan tahun sebelumnya sebanyak RM680,000."Keprihatinan pentadbiran negeri kepada qari dan qariah tidak terhenti apabila berakhirnya penganjuran Majlis Tilawah pada setiap tahun."Dalam usaha menghargai jasa dan sumbangan qari dan qariah yang telah menjadi johan peringkat kebangsaan, satu skim telah diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu berupa saguhati bulanan sebanyak RM500.00 sebulan setiap orang,"katanya lagi.Menurut Wan Nawawi, pemberian ini merupakan satu bentuk penghargaan sepanjang hayat dan diharap akan menjadi dorongan kepada qari dan qariah lain supaya mereka lebih bersemangat menempah kecemerlangan di peringkat kebangsaan seterusnya ke peringkat antarabangsa.
27 Feb 18
73
Empty Image
Terengganu Istiqomah Kembangkan Syiar Islam
Kerajaan negeri akan terus istiqomah dalam meningkatkan usaha mengembangkan syiar islam di Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata penyusunan segala dasar dan perancangan berpandukan kerangka Maqasid Syariah yang mementingkan pemeliharaan lima aspek manusia."Lima aspek iaitu Agama, Nyawa, Akal, Keturunan dan harta menjadi pegangan..inilah usaha dan iltizam kita sebagai kerajaan yang amanah dan bertanggungjawab dahulu sehingga sekarang."Ini dapat kita lihat dalam perkembangan mutakhir yang menampakkan minat dan kecenderungan masyarakat islam di negeri ini yang semakin meningkat dalam mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hal ehwal agama islam"Sebab itu, kerajaan negeri melalui pembentangan Bajet Terengganu 2018 baru-baru ini telah menggariskan beberapa titik sentuhan yang menjurus ke arah usaha meningkatkan syiar islam di Terengganu,"kata Ahmad Razif ketika merasmikan Majlis pembukaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Tahun 1439H/2018M di Dataran Waterfront Kuala Berang.Tambahnya lagi, tema sambutan pada tahun ini, ' Kesatuan Ummah, Kesejahteraan Negara' jelas menunjukkan bahawa islam amat mementingkan kesatuan dan perpaduan ummah yang merupakan kunci kesejahteraan dan keamanan negara bangsa."Sesungguhnya perpaduan bukanlah kata-kata yang bersifat retorik, perpaduan juga bukan tuntutan politik tetapi perpaduan adalah perintah Allah SWT, " ujarnya lagi.Seramai tiga qari dan tiga qariah memperdengarkan bacaan masing-masing, malam ini.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang, khamis ini.
27 Feb 18
46
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Ampicoach Terus Jadi Tarikan
Hari ketiga Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus menyaksikan bas dua alam, Ampicoach terus mendapat perhatian pengunjung yang datang dari seluruh daerah.Ampicoach yang menjadi viral di media sosial sejak minggu lalu menjadi satu tarikan utama ekspo kali ini dan kebanyakan pengunjung teruja untuk melihat secara dekat bas dua alam  yang dipandu uji dalam Sungai Terengganu, minggu lalu.Nurul AinurBagi Nurul Ainur Maznifa Mat Yusup, 20, dari Kampung Peroh, Hulu Terengganu berkata, dia mengetahui mengenai bas itu melalui televisyen dan tidak menyangka berpeluang melihatnya di depan mata.Nurul Ainur yang hadir bersama 40 pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) daerah itu turut berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakannya yang lain kerana dapat pengalaman yang berharga dan boleh dikongsikan dengan keluarga yang lain."Saya nak naik bas ni kalau beri peluang, bas ni boleh masuk dalam air...saya tak takut pun kalau dapat naik,"katanya. Sementara itu, Nadiana Saimun, 39, dari Kampung Pulau Musang, Kuala Terengganu pula sanggup datang buat kali kedua ke ekspo ini bersama suami, Mohd. Kamal Arifin Jais, 49, dan anak sulungnya semata-mata untuk melihat bas sebutan ramai itu.Nadiana "Doh (sudah) mari hari pertama tapi dok (tidak) jumpa kat mana bas ni..sebab tu mari lagi hari ketiga memandangkan suami pulang dari kerja awal hari ini."Semasa di hari pertama saya tidak sempat untuk mencari di mana bas ini dipamerkan dan memandangkan suami pulang dari kerja awal hari ini jadi saya ajak mereka ke sini...cukup puas hati  bila dapat tengok depan mata berbanding tengok dalam Youtube,"katanya lagi.Untuk rekod, Amphicoach yang bersaiz 12.2 meter panjang, 2.35 meter (lebar) dan 3.26 meter (tinggi) mempunyai kelajuan maksimum sebanyak 110km/j di darat serta 8 knots (air).
27 Feb 18
555
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: Pemilik Mykad Pahang dan Kelantan Layak Daftar Diri
Rakyat Terengganu berstatus Mykad Pahang dan Kelantan tetap berpeluang mendaftar diri untuk merebut hadiah utama Ekspo Terengganu 2018.Perkara itu timbul apabila tular menerusi aplikasi whatsapp yang menyatakan rakyat Terengganu di daerah Besut, Setiu  dan Kemaman yang dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,  Hospital Kota Bharu dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan tidak layak menyertai cabutan bertuah sempena ekspo ituPengerusi jawatankuasa kerja ekspo itu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata beliau sedia maklum mengenai penyebaran mesej palsu tersebut dan mengambil langkah segera dengan membetulkan sistem komputer. “Pada masa sama, menampal kenyataan pada kaunter pendaftaran bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.“Pihak kami  menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan mesej tular itu kerana kerajaan negeri tidak pernah mendiskriminasikan rakyat di semua daerah di Terengganu,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media khas sempena Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Stadium Negeri, Gong Badak Kuala Nerus, hari ini.Hadiah utama yang akan diumumkan pada hari terakhir ekspo itu  ialah sebuah rumah di Pangsapuri Ladang Tok Pelam, satu lot tanah perumahan, satu lot tanah pertanian, sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
27 Feb 18
36
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : TDM Perintis Biogas Pertama Di Malaysia
Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail TDM Berhad  muncul syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama di Terengganu dan juga perintis di Malaysia yang memperkenalkan Biogas.Majlis Menandatangani Penerimaan Tawaran Projek Usahasama Penghasilan Biogas dan Penjanaan Kuasa Elektrik melalui perjanjian kerjasama `Build-Own-Operate-Transfer' (BOOT) Kumpulan TDM Berhad dengan syarikat Concord Alliance Sdn. Bhd. berlangsung di Dataran Shahbandar,  Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Tawaran tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TDM Berhad,  Dato’ Mohamat Muda  kepada Pengarah Eksekutif Concord Alliance Sdn Bhd,Datuk Khairuddin Tan Sri Mohd Hussin, dengan disaksikan Menteri Besar,  Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman,  Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi TDM Berhad, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Eksekutif Concord Alliance Sdn Bhd, Tan Sri Datuk Seri Mohd Hussin Abd Hamid.Dato' Mohamat berkata, menerusi pemberian tawaran projek ini, projek pembangunan loji Biogas memperkenalkan konsep penukaran `waste to wealth' sisa buangan ke sumber pendapatan,di mana tenaga elektrik yg terhasil akan dijual kepada  Tenaga Nasional Berhad di bawah kuota Feed-in-Tariff (FIT) yang akan dipohon kelak daripada `Sustainable Energy Development Authority Malaysia' (SEDA).Katanya, loji biogas mengutamakan teknologi hijau dalam memastikan penjagaan alam sekitar yang mampan dan juga membantu mengukuhkan lagi sistem rawatan olahan kilang kelapa sawit yang sedia ada supaya tidak mencemarkan alam sekitar.“Pemberian tawaran ini adalah untuk di dua lokasi kilang-kilang kelapa sawit TDM Plantation Sdn Bhd di Kemaman dan Sungai Tong di Negeri Terengganu. Kos perbelanjaan keseluruhan projek Biogas Plant ini untuk dua kilang adalah dalam lingkungan RM38 juta, walau bagaimanapun TDM telah menggunakan konsep `BOOT' iaitu 'built, operate, own, transfer' di mana semua kos pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju dan peratusan daripada hasil keuntungan akan diagihkan kepada TDM setiap tahun mengikut perjanjian yang telah dipersetujui. Konsesi ini akan beroperasi selama 16 tahun dan selepas itu keseluruhan aset tersebut akan diserahkan kepada TDM secara  percuma,” katanya.Sementara itu, Wan Nawawi pula berkata, TDM telah merangka satu pelan peniagaan  jangka panjang yang mantap dalam usaha untuk menjadi satu pemain atau institusi utama dalam sektor perladangan di masa hadapan. "Sebagai pemegang sijil RSPO dan MSPO yang komited, TDM telah meluluskan pembinaan Biogas plant ini. Di samping menjaga alam sekitar, plant ini juga mampu menjana kewangan untuk syarikat bagi setiap jumlah tenaga elektrik yang disalurkan ke grid TNB. "Kedua-dua kilang kelapa sawit di Kemaman dan Sungai Tong mampu memproses buah kelapa sawit lebih 600,000 metrik tan setahun. Dari jumlah ini sebanyak 390,000mt sisa buangan cecair yang akan terhasil dan ini cukup untuk membekalkan gas methane bagi plant Biogas tersebut untuk penjanaan tenaga elektrik lebih daripada 4 megawat sejam,” katanya.Tan Sri Datuk Seri Mohd Hussin pula menjelaskan, TDM memberi tawaran projek kepada Concord Alliance Sdn Bhd dalam usaha ke arah penjagaan alam sekitar yang mampan, menjana pendapatan tambahan kepada syarikat, mewujudkan peluang pekerjaan bagi anak tempatan dan juga membantu membekalkan bahan untuk kegunaan kilang baja bio-organik TDM.“Kami melahirkan rasa gembira kerana TDM telah memilih Concord Alliance Sdn Bhd untuk projek usahasama ini. Kami akan membuktikan kepada TDM bahawa kami boleh melakukan dan menyampaikan apa yang kami janjikan. Sekiranya kita boleh melakukannya, Concord Alliance Sdn Bhd akan menjadi penyumbang utama dalam memudahkan pihak lain dan pihak berkepentingan, seperti badan pengawal selia seperti TDM, dalam mencapai Agenda Hijau Malaysia. Selain daripada pihak TDM, kami juga amat berterima kasih kepada pihak SEDA, TNB, Bioeconomy Corporation, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), MIDA, Instituti-institusi Perbankan MDV dan Hong Leong Bank, Malaysian Green Technology Corporation, Suruhanjaya Tenaga dan CGC di atas sokongan dan kepercayaan penuh kepada Kumpulan Concord sepanjang penglibatan kumpulan kami di dalam projek biogas dan harapan kami agar kerjasama ini akan dapat diteruskan bagi projek bersama TDM di kedua-dua lokasi tersebut”, katanya.Untuk rekod, inisiatif itu adalah sebahagian dan langkah permulaan yang diambil oleh TDM dalam merealisasi pelan perniagaan jangka panjang yang dirangka selaras dengan Model Transformasi TTB (Transformasi TDM Baharu) bagi Entry Point Project (EPP) yang ke-8 dari 40 EPP yang terdapat dalam Model TTB yang diperkenalkan oleh TDM pada 27 Februari tahun lalu.
27 Feb 18
309
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: 10 Persatuan Penduduk Terima Geran KP1M RM100,000
Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Sebanyak 10 persatuan penduduk sekitar negeri ini menerima geran Komuniti Penduduk 1Malaysia (KP1M) bagi tahun 2018 bagi menambah baik kemudahan serta sistem keselamatan di kampung masing-masing.Geran tersebut diserahkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam Majlis Penyampaian Geran Komuniti Penduduk 1 Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Tapak Ekspo Terengganu 2018, Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.Turut hadir dalam majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Surayati Ibrahim, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Terengganu, Mohd Mufsi Lat.Sementara itu, Mufsi menyeru agar lebih ramai komuniti di Terengganu memohon geran tersebut bagi menambah baik kemudahan serta membaik pulih tahap serta sistem keselamatan di kampung masing-masing.Katanya, pihaknya terpaksa memulangkan kembali sebanyak RM130,000 kepada Kerajaan Pusat pada tahun lalu kerana komuniti dan masyarakat tidak menyedari tentang kewujudan geran itu.“Tahun lalu hanya 18  daripada 22 persatuan komuniti yang berdaftar memohon geran membabitkan perbelanjaan sebanyak RM170,00."Pada tahun ini sebanyak 48 komuniti sudah berdaftar dan daripada RM400,000 yang diperuntukkan, sebanyak RM100,000 geran sudah diagihkan kepada 10 komuniti,” katanya yang ditemui selepas majlis tersebut.
27 Feb 18
335
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: 500 Belia Jadi Tourism Friends
Ahmad Razif bersama Tourism Friends. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailSeramai 500 belia berusia lingkungan  21 hingga 40 tahun sudah menjadi sahabat pelancongan yang bertindak sebagai ejen mempromosi industri pelancongan Terengganu. Kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta, ahli-ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan, persatuan belia, kelab-kelab sukan dan rekreasi. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, selain memberi kesedaran kepada belia tentang produk pelancongan, ia juga bertujuan memupuk semangat mencintai alam, kesenian, budaya dan warisan negeri."Tourism friends juga diharap menarik golongan belia agar lebih "think tourism" dan "act tourism" di samping memupuk semangat kelesterian kepada alam semulajadi, seni, budaya dan warisan negeri.“Penubuhan Tourism Friends pastinya mampu mempromosi Terengganu secara lebih meluas termasuk ke luar negara melalui laman sosial, menambah dan mengaplikasi ilmu pelancongan serta mempergiatkan aktiviti keusahawanan pelancongan,” katanya.Beliau berkata demikian selepas melancarkan Buku Beautiful Terengganu dan Tourism Friends di Dataran Shahbandar, Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Kompleks Sukan Terengganu Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.
27 Feb 18
85
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: Buku Beautiful Terengganu Diterjemah Dalam Tujuh Bahasa
Ahmad Razif melancarkan Buku Beautiful Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Buku Beautiful Terengganu yang akan menjadi panduan dan rujukan khas kepada komuniti setempat dan pelancong luar negara  bakal diterjemahkan ke dalam tujuh bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Cina, Arab, Korea, Jepun dan Jerman.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, terjemahan itu mengikut fokus promosi pelancongan negeri dan penterjemahan dalam bahasa Jerman sedang dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Frankfurt."Buat permulaan buku yang diterbitkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini adalah dalam bahasa Malaysia dan Inggeris. Selepas ini kita cadang terjemah ke bahasa Cina pula kerana pelancong dari China ramai datang ke sini," katanya.Beliau berkata demikian selepas melancarkan Buku Beautiful Terengganu dan Tourism Friends di Dataran Shahbandar, Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Kompleks Sukan Terengganu Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Buku cetusan idea dan diilhamkan sendiri oleh Ahmad Razif itu menonjolkan keunikan Terengganu terutama pulau, warisan dan makanan traditional dan ia menjadi cenderahati khas berkonsepkan "buku coffetable" di peringkat lokal dan global.Buku Beautiful Terengganu digarap oleh Pengarah Penerbit UMT, Dato’ Prof Madya Dr Noraien Mansor bertujuan membantu perhebatkan promosi serta galakan pelancongan kerajaan negeri.Penerbitan buku Beautiful Terengganu turut mendapat kerjasama dari Pejabat Pelancongan Terengganu yang memberi input-input penting untuk dimuatkan dalam buku ini.
27 Feb 18
90
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: Lembu Sado Curi Perhatian
Hero si sado yang berjaya memikat hati ramai pengunjung bernilai RM25,000Sekumpulan lembu sado berjaya mencuit perhatian ramai pengunjung di Ekspo Terengganu 2018 yang sedang berlangsung di perkarangan Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus bermula 25 Februari sehingga 3 Mac ini.Sado dan berotot dengan saiz yang besar menjadikannya sebagai salah satu booth yang dikunjungi ramai tidak mengira usia setiap masa.AtehDinamakan dengan nama-nama unik oleh pemilik-pemiliknya,setiap seekor mampu mencapai berat  antara 700 kilogram dan boleh mencapai sehingga satu tan.Hero si lembu sado yang paling mencuri tumpuan ialah baka Charolis yang berusia empat tahun lima bulan bernilai RM25,000 milik Ahmad Ramali Mohd. Nor dari Kuala Terengganu.Juga lembu yang dinamakan Tapong berusia tiga tahun 8 bulan berharga RM20,000 dari baka Belgium Blue milik Mohd. Rofi Abd. Razak dari Kemaman dan Ateh milik Ibrahim Mohammad dari Kampung Gong Pok Maseh di sini berusia empat tahun dengan nilai harga RM20,000.Nurfatihah Zakaria bersama rakan teruja melihat salah seekor lembu sado yang dipamerkan Sementara itu, pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Nurfatihah Zakaria, 21, dari Pulau Pinang berkata, dia begitu teruja melihat saiz setiap lembu yang dipamerkan."Ya Allah..memang terkejut sangat tengok sendiri depan mata betapa besarnya lembu sado ni. Sebelum ni cuma baca dalam suratkhabar dan media sosial je tapi hari ni secara 'live'."Tak sangka ada lembu sebesar ni.. saya nak ambil gambar dan video bersama lembu-lembu sado ni untuk tunjuk kat emak dan keluarga bila balik ke Pulau Pinang, " ujarnya.
26 Feb 18
759