lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : PM Naik Bas Elektrik
Perdana Menteri diiringi Menteri Besar melambai kepada orang ramai sebaik bertolak dari Hotel TH menunju ke Ekspo Terengganu 2018 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, pagi ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimPerdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menaiki bas elektrik, MyBas MARA Liner daripada Hotel TH, Gong Badak ke tapak Jualan Sentuhan Rakyat, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.Beliau yang tiba semalam dalam lawatan rasmi ke Terengganu sempena Majlis Perasmian Penutupan Ekspo Terengganu 2018, diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, barisan exco kerajaan negeri serta pegawai kanan kerajaan ngeri.Mohd Najib yang tiba pada 10.30 di tapak jualan meninjau di kawasan itu kira-kira 20 minit sebelum meneruskan lawatan ke dalam pavilion Pameran Ekspo Terengganu 2018Sejurus lawatan itu beliau dijadualkan akan ke pentas utama, untuk majlis perasmian penutup, kira-kira jam 11.30 pagi ini.Bas yang dinaiki Perdana Menteri bersama rombongan adalah kenderaan awam di bawah program myBAS Kuala Terengganu yang melibatkan keseluruhan 30 bas, namun sebagai permulaan sebanyak 11 bas akan disediakan termasuk empat bas elektrik.Terengganu menjadi negeri pertama yang menggunakan MyBaS elektrik menerusi skim Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST).
02 Mar 18
231
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : 126,125 Pengunjung Serbu Pada Hari Keenam
Orang ramai berpusu-pusu membanjiri tapak Ekspo Terengganu 2018 pada hari keenam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailSeramai 126,125 pengunjung telah membanjiri Pekarangan Kompleks Sukan Negeri pada hari keenam Ekspo Terengganu 2018.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ekspo Terengganu 2018, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata jumlah keseluruhan kehadiran setakat hari keenam penganjuran ekspo ialah 426,433 orang.“Jumlah ini menjadikan sasaran awal kehadiran telah berjaya dicapai, namun kita mengharapkan jumlah ini akan lebih meningkat pada hari terakhir terutamanya dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang akan merasmikan majlis penutup ekspo hari ini ,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.Beliau menambah, hadiah pengunjung bertuah utama berupa sebuah rumah, satu lot tanah pertanian, satu lot tanah perumahan, sebuah kereta myvi dan sebuah kenderaan pacuan empat roda berjenama Toyota Hilux akan diumumkan pada malam esok (3 Mac).“Cabutan akan dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada jam 10.30 malam di tapak ekspo, selain itu, para pengunjung juga akandisajikan dengan pertunjukan bunga api yang gilang-gemilang, justeru, orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi menantikan detik istimewa ini,”jelasnya.
02 Mar 18
42
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : PM Bakal Rai 111 Pasangan Pengantin
Seramai 271 pasangan melangsungkan perkahwinan secara serentak di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, pada 16 September lalu dan mendapat pengiktirafan The Malaysia Book Of Records. Seramai 111 pasangan pengantin bakal mengabadikan momen indah apabila persandingan mereka akan disaksikan pemimpin nombor satu negara, Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sempena Perkahwinan Perdana 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, esok (3 Mac).Program kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) itu susulan lawatan Perdana Menteri untuk merasmikan majlis penutup Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung bermula 25 Februari hingga 3 Mac.Perkahwinan Perdana 2018 dijadualkan berlangsung bermula jam 10.30 pagi dengan ketibaan jemputan dan disusuli perarakan masuk semua pasangan pengantin diiringi bunga manggar, pasukan selawat serta Kumpulan Kompang ke Dewan Arena.Perdana Menteri yang diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijangka tiba pada jam 12.30 tengahari, akan merenjis mawar pengantin sebelum acara memotong kek sebagai gimik perasmian.Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, semua pengantin dari lapan parlimen seluruh Terengganu itu memohon menyertai program perkahwinan perdana yang mendapat tajaan kerajaan negeri sejak 24 januari hingga 20 Februari lalu.Katanya, semua pasangan itu diberi pilihan memilih dua tarikh walimatulurus sama ada pada 3 Mac (esok) dan 30 Jun ini."Kesemua 111 pasangan pengantin ini sudah bernikah di masjid daerah masing-masing pada 2 Mac lalu. Mereka terdiri daripada Kuala Terengganu (12 pasangan), Kuala Nerus (26), Marang (9), Dungun (17), Setiu (13), Kemaman (15), Setiu (8) dan Besut (11)."Program dapat membantu pasangan pengantin terutama golongan muda memudahkan proses perkahwinan, membantu meringankan bebanan keluarga yang tidak berkemampuan dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak mereka dan memperkasakan institusi kekeluargaan,"katanya.
02 Mar 18
41
Empty Image
Fokus Untuk Rampas Semula 15 DUN, 4 Parlimen Kalah - Ahmad Razif
Foto oleh Hasmizi HamidSaya sendiri akan mengetuai dan melihat secara berfokus serta meneliti 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat kerusi Parlimen yang jatuh ke tangan pembangkang pada PRU-13, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Katanya, beliau akan memainkan peranan sebaik mungkin merampas kembali 15 DUN dan 4 parlimen yang jatuh ke tangan pembangkang dan memulangkannya kepada BN."Yang mana 17 DUN menang tu saya lihat juga tetapi saya beri sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan yang ada."Empat Parlimen yang menang seperti di Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman.. kita beri kepada ketua bahagian untuk menjaganya dan mengatur strategi bagi mengekalkan kemenangan."Dan empat kawasan parlimen lagi saya sendiri akan fokus untuk melihat keperluan supaya kita boleh tambah lagi di samping 'retain' dan 'regain' mana-mana kerusi yang kita boleh dapat semaksima mungkin,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen BN Terengganu di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Dato' Seri Jailani Johari; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi jawatankuasa konvensyen, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan barisan kepimpinan UMNO negeri bersama parti komponen lain.Ahmad Razif berkata, pihaknya akan membuat penyelarasan dan 'monitoring' serta akan turun kebawah untuk melihat persediaan jentera."Mana-mana yang perlu dibantu..kita akan bantu termasuk gunakan modul dari Kemaman untuk bantu parlimen lain."Dengan semangat sekawan, semangat persahabatan dengan ikhlas, perjuangan yang berkobar..Insha Allah, kita akan berada di landasan yang betul maka kita akan dapat lihat keputusan yang memihak kepada BN," katanya.
02 Mar 18
50
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Tuah Bawa Kereta Dapat Bawa Balik TV 45 Inci
Tuah menyebelahi Siti Rokiah yang menjadi pengunjung ke 400,000 mendaftar cabutan bertuah dan berjaya membawa pulang televisyen jenama Sharp 45 inci. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailTuah menyebelahi seorang wanita dari Kampung Bukit Parit, Marang apabila berjaya membawa pulang televisyen 45 inci selepas diumumkan sebagai pengunjung bertuah yang ke 400,000 pada hari keenam Ekspo Terengganu 2018, petang ini.Wanita itu, Siti Rokiah Che Abdullah, 50, dan suami, Ariffin Embong, 52, pada mulanya mahu menaiki motosikal, bagaimanpun memikirkan keselamatan mereka ketika di jalan raya pada waktu malam, dia membatalkan hasrat itu dan menaiki kereta."Pada mulanya suami mencadangkan datang menaiki motosikal, tetapi saya menolak permintaannya kerana merbahaya menunggang malam-malam dan sanggup meredah kesesakan (menaiki kereta) untuk sampai ke sini."Tidak sangka pula keputusan bawa kereta petang ini, akhirnya dapat muat dan bawa pulang tv ini," katanya kepada sejurus menerima hadiah itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Induk Ekspo Terengganu 2018, Dato' Tengku Putera Tengku Awang, di Khemah Utama di Ekspo Terengganu 2018 di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, malam ini.Siti Rokiah yang juga pengusaha kedai makan di kampungnya, berkata suaminya juga mencadangkan ke situ pada sebelah petang sebaik selesai solat Asar kerana lebih selesa meninjau persekitaran tapak ekspo sebelum pulang semula ke rumah dan tidak menduga rezekinya malam ini.Menurutnya, ini pertama kali mereka mengunjungi ekspo berkenaan yang sudah hampir ke penghujungnya serta tergamam dimaklumkan oleh petugas dan Dato' (Tengku Putera Tengku Awang) yang dirinya muncul peserta bertuah antara ribuan yang mendaftar hari ini. 
02 Mar 18
225
Empty Image
90 Peratus Nama Calon BN Sudah Muktamad
pengerusi BN Negeri ketika sidang media sejurus merasmikan majlis penutup Konvensyen BN  petang ini.Foto oleh Hasmizi HamidLebih 90 peratus calon telah dimuktamadkan oleh Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke14 (PRU14) nanti.Pengerusinya, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata senarai calon bagi negeri Terengganu telahpun dihantar dan berada dalam proses akhir."Sebahagiannya saya difahamkan dah siap...termasuklah tapisan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), cuma ada satu dua lagi yang mungkin saat akhir ada perubahan lagi."Mungkin ada beberapa tempat sahaja yang masih lagi belum dimuktamadkan jadi apa-apa perbincangan yang berterusan akan dilakukan antara saya dengan  Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen BN Terengganu di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Dato' Seri Jailani Johari; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi jawatankuasa konvensyen, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan barisan kepimpinan UMNO negeri bersama parti komponen lain.Ahmad Razif berkata, beliau berpuas hati dengan kejayaan Konvensyen BN bersandarkan kepada semangat solidariti dan kemuafakatan yang lahir amat tinggi dan berkobar-kobar."Saya yakin dan percaya pada PRU14 ini,  kita dapat mengulangi kejayaan PRU yang lalu kerana saya nampak gelombang biru telah subur di kalangan mereka apabila dibangkitkan nostalgia dan sejarah...mereka bersemangat kembali."Saya berharap dengan momentom yang ada... kita kekalkan dan tingkatkan lagi dan kejayaan akan jadi milik kita (BN) dalam PRU14, "katanya.
02 Mar 18
76
Empty Image
EKPO TERENGGANU 2018 : Kupon Chicken Cottage Sah Sehingga Tiga Bulan
Pengunjung dan petugas di Ekspo Terengganu 2018 menunjukkan kopun Chicken Cottage yang boleh digunakan sehingga Mei ini. Foto oleh Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail Kupon Chicken Cottage yang diagihkan kepada pengunjung Ekspo Terengganu 2018 sah untuk digunakan sehingga Mei ini.Menteri Besar,  Dato’ Seri Ahmad Razif mengumumkan perkara berkenaan ketika berucap merasmikan food truck Chicken Cottage dan T-Kitchen di Ekspo Terengganu 2018, baru-baru ini.“Dengan ini, saya sukacitanya mengumumkan bahawa kupon Chicken Cottage bernilai RM10 yang diagihkan kepada pengunjung Ekspo Terengganu sah diguna pakai sehingga tiga bulan dan bukannya sepanjang tujuh hari berlangsungnya ekspo ini.“Jadi, orang ramai bukan sahaja boleh menebus kupon tersebut di ekspo, malah boleh menebusnya di cawangan Chicken Cottage di Ladang, Kuala Terengganu dan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dalam tempoh tiga bulan ini,” katanya.Ahmad Razif turut mengumumkan bahawa kupon tersebut turut boleh ditebus di mana-mana food truck yang berdaftar sepanjang ekspo berlangsung dan tidak terhad kepada food truck Chicken Cottage dan T-Kitchen semata-mata.
02 Mar 18
245
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: Sedia Kaunter Pendaftaran Untuk Warga Emas
Kaunter saluran satu turut disediakan warga emas, OKU dan pelancong asing. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kaunter pendaftaran cabutan yang disediakan kepada warga emas, di Ekspo Terengganu 2018, yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Gong Badak, di sini memberi kemudahan kepada golongan berusia 60 tahun ke atas untuk bersama-sama mencuba nasib.Selain warga emas,  kaunter saluran satu itu turut boleh digunakan mereka yang dikategorikan Orang Kurang Upaya dan pelancong asing.Wan Fatimah Omar, 82 dari Jertih berkata dia hanya perlu beratur 25 minit sahaja meskipun ribuan pengunjung datang untuk berdaftar.“Sebaik sahaja kaunter dibuka kira-kira jam 2 petang tadi, saya dan suami, Yasa’ Muhammad, 71 dipanggil oleh penjaga untuk beratur di kaunter warga emas ini.“Memandangkan saya terpaksa menggunakan kerusi roda ia akan menjadi sukar kepada saya dan suami sekiranya kaunter ini tidak disediakan,” katanya yang ditemani anakknya Wan Zakiah Yusof, 57.Anaknya, Zakiah berkata mereka bertolak dari rumah kira-kira jam 9:30 pagi tadi. “Ibu dan ayah memang teruja untuk bersama-sama mencuba nasib mengisi borang cabutan bertuah ini. Mana tahu rezski kami dapat mana-mana hadiah cabutan bertuah ini.“Malah, saya juga berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyediakan kemudahan seperti ini kepada warga emas, kalau tak mesti kami perlu beratur berjam-jam,”katanya.
02 Mar 18
175
Empty Image
EKSP0 TERENGGANU 2018: Jualan Sentuhan Rakyat Tawar Turun Harga 20 Peratus
Barangan keperluan yang dijual di Tapak Ekspo Terengganu 2018 melalui Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018. Orang ramai terutama suri rumah boleh mendapatkan penjimatan lima hingga 20 peratus ketika membeli barang keperluan asas tarmasuk daging segar di Tapak Ekspo Terengganu 2018 melalui Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018.Jualan anjuran, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggubaan (KPDNKK) dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ladang Rakyat, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), dan Pasar Raya Tunas Manja berlangsung pada hari ini  dan esok ( 3 Mac) di tapak ekspo berkenaan.Antara barang keperluan asas yang boleh dibeli pada harga lebih murah berbanding harga pasaran termasuklah barangan asas seperti, gula, minyak, telur, beras, daging, ikan dan pelbagai barangan lain lagi.Pengarah KPDNKK Negeri, Saharuddin Mohd Kia berkata, pada hari ini dan esok  juga, Ladang Rakyat akan mengadakan jualan daging lembu lebih murah iaitu pada harga istimewa RM25.00 berbanding harga biasa RM30.00 hingga RM35,000.Katanya, sebanyak tujuh ekor lembu  disembelih sebelum dijual kepada orang ramai yang hadir.“Pada hari ini kita menjual daging daripada tiga ekor lembu yang disembelih manakala keesokan harinya empat ekor lembu,” katanya.Saharuddin berkata, selain daging, bahagia lain seperti hati, limpa dan tulang juga akan dijual pada harga RM17.00 sekilogram berbanding RM20 hingga RM22 di pasaran.“Sebagai pengguna bijak, saya menyeru orang ramai supaya datang ke tapak ekspo dan membeli barang yang dijual di sini kerana ia lebih jimat dan kualitinya yang baik.“Selain membeli belah, mereka juga dapat melihat pelbagai pameran, aktiviti cabutan bertuah serta aktiviti lain sepanjang ekspo,” katanya.
02 Mar 18
180
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: Buruh Binaan Juara Pertandingan Memancing
Mohd Jamri berjaya membawa pulang RM50,000. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailSeorang buruh binaan Mohd Jamri Tikan, 45, dari Pekan, Pahang menjadi pemenang utama selepas berjaya menaikkan keli berat 6.2 kilogram pada  Pertandingan Memancing Kelab RTM Terengganu Dan Nordin KTJ Fishing  sempena Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Mohd Jamri berjaya membawa  pulang wang tunai berjumlah RM50,000. Manakala tempat kedua dimenangi Mohd Afendi Wan Razak, 22 dari Kuala Besut membawa pulang wang tunai RM30,000 dan tempat ketiga (RM15,000) dimenangi Mohd Syukri Yusof, dari Kampung Pak Madah, Bukit Payong.Mohd Jamri berkata,  apa  diperoleh itu adalah hadiah paling lumayan yang pernah diperoleh sepanjang mengikuti pertandingan memancing di merata negeri."Hadiah paling besar  sebelum ini RM10,000 kerana menjuarai pertandingan memancing di negeri sendiri" Saya akan simpan duit itu untuk kegunaan keluarga, selain mahu dijadikan modal untuk menyertai pertandingan sama pada masa akan datang," katanyaKatanya, demi minat dia bersama enam  rakan sanggup datang dari jauh untuk menyertai pertandingan memancing di Terengganu."Bertolak dari rumah kira- kira jam 12 tengah malam, tiba di lokasi memancing pada jam 4 pagi tadi dan sehingga saat ini masih belum tidur," kata bapa kepada 4 orang cahaya mata.Hadiah pertandingan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Induk 2 Ekspo Dato' Muhammad Pehimi Yusof.Hampir 4,000 pemancing dari pelbagai negeri menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM195,000.
02 Mar 18
823