Artikel "Utama" Terkini
EKSPO TERENGGANU 2018: Pangsapuri Ladang Tok Pelam Milik Mek Yah
Dato' Tengku Putera Tengku Awang bersama pemenang-pemenang utama cabutan bertuah Ekspo Terengganu 2018.Cabutan bertuah yang dilakukan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman semalam pada Ekspo Terengganu 2018 memberi tuah kepada suri rumah sepenuh masa, Mek Yah Muda, 48, dari Taman Desa Jaya, Gong Badak, Kuala Nerus memenangi sebuah pangsapuri di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu.Katanya, beliau hanya mendaftarkan diri sekali sahaja bersama anak-anaknya untuk menyaksikan sendiri kemeriahan yang ada di situ dan tidak menyangka rezeki sebuah pangsapuri yang menjadi idaman setiap pengunjung itu menjadi miliknya.“Saya hanya mengetahui saya menang hadiah utama ketika bangun solat subuh pagi tadi melalui kiriman Whatsapp yang dihantar oleh anak sedara pada jam 1 pagi tadi,”“Saya datang ke ekspo ini sebanyak tiga kali kerana anak-anak saya suka melihat pameran dan aktiviti yang dijalankan selain membeli-belah namun pada hari kedua, barulah saya mendaftarkan diri sekadar suka-suka, manalah tahu rezeki berpihak pada saya.Mek Yah“Saya hanya mengetahui saya menang hadiah utama ketika bangun solat subuh pagi tadi melalui kiriman Whatsapp yang dihantar oleh anak saudara saya pada jam 1 pagi tadi,” katanya.Katanya, ketika malam pengumuman pemenang dibuat, dia berada di ekspo berkenaan namun tidak menyedari namanya diumumkan sebagai pengunjung bertuah di pentas utama.“Malam tadi saya hanya datang untuk membeli makanan dan membawa anak saya jalan-jalan dan kemudian terus pulang ke rumah dan tidur.“Bangun sahaja subuh tadi, saya terbaca Whatsapp kiriman anak saudara saya, saya ingat saya bermimpi tapi apabila anak sedara membuat semakan melalui laman Facebook Ekspo Terengganu 2018 memang sah ia nama saya,” katanya.Ab AzizSementara itu, seorang lagi pemenang bertuah, Ab Aziz Mamat, 62 dari Wakaf Tembesu, Kuala Nerus berkata dia tidak menyangka menang lot tanah banglo kerana itu adalah kali pertama dia menyertai cabutan bertuah.“Saya datang ke sini kerana tertarik dengan aktiviti dan pameran yang dia buat. Selepas melihat ramai yang beratur untuk membuat cabutan bertuah saya pun terasa ingin mencuba.“Meskipun terpaksa beratur selama 20 minit namun saya teruskan juga niat saya untuk menyertai cabutan bertuah. Walaupun bukan mudah kerana saya juga perlu mendapatkan 16 cop di 'check point' berbeza tapi ia nyata berbaloi,” katanya.Ab Aziz yang juga pesara guru Matematik Tambahan dari Sekolah Menengah Kompleks Gong Badak berkata dia berterima kasih kepada kerajaan negeri yang menganjurkan ekspo sedemikian kepada rakyat.“Hadiah ini adalah antara antara cara kerajaan menzahirkan rasa terima kasih kepada rakyat dan saya sebagai rakyat Terengganu rasa begitu bertuah kerana mempunyai kerajaan yang cukup prihatin seperti ini sejak dahulu hinggalah sekarang,” katanya.HawaBagi pemilik pacuan empat roda Toyota Hilux pula, Hawa Mamat, 61 dari Besut berharap ekspo tersebut diadakan lagi kerana pelbagai info-info serta aktiviti dijalankan sepanjang tujuh hari itu.Katanya yang juga seorang guru Quran di bawah Yayasan Islam Terengganu berkata saya banyak mendengar tentang kemeriahan Ekspo Terengganu 2018 yang dijalankan namun tidak berpeluang untuk hadir."Saya hanya hadir pada hari terakhir ketika Majlis Penutup Ekspo Terengganu 2018 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak."Dengan kereta pacuan empat roda yang diterima ini, saya akan menggunakannya untuk memulakan perniagaan," katanya.
03 Mar 18
88
EKSPO TERENGGANU 2018 : Pelajar Tahun Lima Menang Pakej Perkahwinan
Nur Afrina Mohd Azmi, murid tahun lima yang berjaya membawa pulang salah satu hadiah cabutah bertuah utama sempena Ekspo Terengganu 2015.Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailHanya datang ke ekspo untuk melihat pelbagai aktiviti bersama keluarga akhirnya membawa tuah kepada Nur Afrina Mohd Azmi,11, apabila muncul antara pemenang hadiah cabutan bertuah utama sempena Ekspo Terengganu 2018 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, malam ini.Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol, Setiu yang juga anak sulung daripada tiga beradik menerima pakej perkahwinan bernilai RM20,000 sumbangan Primula Beach Hotel.Cabutan itu dilakukan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri To' Puan Seri Halina Zakaria.Menurut ibunya, Nur Shaarawati Deraman, 32, dia bersama suami, Mohd Azmi Abllah,44, serta tiga anak termasuk Nur Afrina hanya sekadar mencuba nasib sebanyak tiga kali."Kami sekeluarga datang ke ekspo kerana anak-anak yang ingin melihat sendiri aktiviti serta pameran yang diadakan di sini...tiga kali pada Ahad, Khamis dan hari ini."Sebab dah berada di sini, kami hanya suka-suka daftar dan tidak pernah letak harapan yang tinggi..jadi bila umum nama Nur Afrina, terkejut dan merasa gembira,"katanya.Nur Shaarawati turut berkata, setakat ini mereka belum mempunyai perancangan mengenai pakej tersebut memandangkan usia Nur Afrina masih muda.Manakala Mek Yah Muda,48 , dari Kuala Terengganu berjaya membawa pulang hadiah utama berupa sebuah rumah apartment ladang Tok Pelam, sumbangan kerajaan negeri sempena Ekspo Terengganu 2018.Seramai 20,000 orang hadir pada malam penutup Ekspo Terengganu 2018 yang bermula 25 Mac sehingga 6 petang esok.
03 Mar 18
34
EKSPO TERENGGANU 2018: Kerajaan BN Mampu Tangani Masalah Rakyat
Mohd Najib menyampaikan replika elaun guru Kafa. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim. Rakyat di negara ini sewajarnya sedar hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu menangani pelbagai isu berkaitan kepentingan rakyat.Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, komitmen serta keperihatinan kerajaan sejak dahulu lagi sentiasa meletakkan keperluan dan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dan itulah kelebihan yang dimiliki BN dan tidak ada pada pembangkang.Jelas beliau, parti pembangkang hanya melakukan perkara yang mempunyai kepentingan politik semata – mata sedangkan soal rakyat diabaikan sehingga membebankan mereka.Najib yang juga Presiden UMNO, pembangkang lebih gemar menabur fitnah dan berita palsu dengan tujuan mencetuskan kemarahan serta kebencian rakyat terhadap kerajaan."Berbeza dengan pembangkang yang sering menimbulkan isu, kebanyakannya fitnah dan berita palsu yang bertujuan menimbulkan api kemarahan rakyat. Mereka (pembangkang) tidak beri alternatif yang boleh membina dan tak mampu selesaikan (pelbagai isu rakyat)."Lain dengsn BN yang seperti berkaitan isu kos sara hidup, jadi penyelesaiannya?. Jawapannya di Ekspo Terengganu. Di sini ada jualan sentuhan rakyat yang menyediakan barangan basah harga jauh lebih murah seperti daging, ikan, minyak masak dan sebagainya," katanya.Perdana Menteri menyatakan perkara itu ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutupan Ekspo Terengganu 2018 yang dihadiri kira-kira 50,000 pengunjung di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Ekspo yang bermula 25 Mac lalu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dikunjungi hampir 500,000 orang selepas hampir seminggu berlangsung.
03 Mar 18
31
EKSPO TERENGGANU 2018 : Momen Indah Buat 111 Pasangan Pengantin Baru
Perdana Menteri (dua dari kiri) meraikan Majlis Resepsi Perkahwinan Keluarga Generasi TTB Perkahwinan Perdana 2018, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPerdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meluangkan masa sempena kunjungan ke Terengganu sejak malam tadi, meraikan Majlis Resepsi Perkahwinan Keluarga Generasi TTB Perkahwinan Perdana 2018, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Majlis disertai oleh 111 pasangan pengantin berlangsung kira-kira pukul 12.30 tengah hari selepas kebanyakan mereka dinikahkan di masjid daerah masing-masing, pagi semalam.Mereka terdiri daripada 10 pasangan dari daerah Kuala Terengganu dan Besut manakala Setiu (enam pasangan), Kemaman (15 pasangan), Dungun (14 pasangan), Hulu Terengganu (10 pasangan), Marang (tujuh pasangan) serta Kuala Nerus (25 pasangan).Pada majlis berkenaan, Najib turut berkesempatan merenjis air mawar dan menabur bunga rampai ke atas salah seorang pengantin berkenaan iaitu pasangan Azmer Rahman, 26, dan Norasyikin Nabila Rahimi, 18.Azmer merupakan jurulatih angkat berat Terengganu manakala pasangannya Norasyikin Nabila adalah pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2018 bagi kategori 58 kilogram wanita acara sama.Najib turut menyampaikan replika kad nikah, sijil Simpanan Premium Bamk Simpanan Nasional (SSP-BSN) bernilai RM1,000, sijil penyertaan kepada wakil pengantin.Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud serta Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Mohd. Shafaruddin Mustaffa.Program Perkahwinan Perdana 2018 yang memasuki siri ketiga itu antara lain bagi membantu golongan muda memudahkan proses perkahwinan termasuk membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak mereka.Tahun lalu, Terengganu menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila menghimpunkan 271 pasangan pengantin dalam majlis resepsi yang diadakan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.
02 Mar 18
222
EKSPO TERENGGANU 2018 : Jurulatih Angkat Berat Antara Pengantin Baru Diraikan PM
Perdana Menteri meraikan pasangan pengantin dengan menyampaikan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (SSP-BSN) bernilai RM1,000 sempena Majlis Perkahwinan Perdana di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail Perubahan tarikh majlis perkahwinan dari Jun kepada bulan Mac membawa tuah kepada pasangan pengantin, Azmer Rahman, 26, dan Norasyikin Nabila Rahimi, 18, apabila diraikan oleh pemimpin nombor satu negara.Pasangan bertuah itu tidak menyangka terpilih untuk upacara merenjis air mawar dan menabur bunga rampai oleh Perdana Menteri , Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang meluangkan masa meraikan Majlis Resepsi Keluarga Generasi TTB di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus sempena Majlis Perasmian Penutupan Ekspo Terengganu 2018, hari ini.Azmer merupakan jurulatih angkat berat Terengganu manakala pasangannya Norasyikin Nabila adalah pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2016 bagi kategori 58 kilogram wanita acara sama."Perancangan awal kami sebenarnya pada bulan enam tetapi ditawarkan untuk menyertai majlis resepsi ni oleh bapa angkat saya yang bekerja dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT)."Dia yang uruskan segalanya untuk kami...apabila dapat tahu perdana menteri sendiri yang akan menepung tawar, memang gembira tak terkata, bangga sangat sebab terpilih antara 111 pasangan pada masa yang sama," katanya kepada pemberita sejurus ditemui selepas majlis itu.Pada majlis berkenaan, Najib turut menyampaikan replika kad nikah, sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (SSP-BSN) bernilai RM1,000 dan sijil penyertaan kepada pasangan pengantin.Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud serta Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Menceritakan detik perkenalan, Azmer yang merupakan jurulatih kepada Norasyikin Nabila mula berkenalan pada tahun lepas dan mengambil keputusan untuk berkahwin selepas tiga bulan perkenalan.Beliau berkata, perkahwinan adalah yang terbaik baginya lebih-lebih lagi mereka berdua berada dalam bidang yang sama dan tidak berniat untuk menghalang isterinya untuk aktif selepas ini.Mereka akan memulakan sesi latihan selepas seminggu bercuti sebagai persiapan sukan Malaysia(Sukma) di Perak nanti.
02 Mar 18
332
EKSPO TERENGGANU 2018: PM Puji, Kejayaan Luar Biasa Ekspo
Mohd Najib melihat replika pembangunan yang disediakan pada Ekspo Terengganu 2018. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kejayaan Ekspo Terengganu 2018 yang mampu mencatatkan jumlah pengunjung lebih 500,000 pada hari kedua terakhir penganjurannya mendapat pujian Perdana Menteri dengan memberi markah tertinggi.Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, jumlah pengunjung yang di luar jangkaan, kandungan paparan yang dipersembahkan kepada rakyat serta kejayaan ekspo itu menyuntik rangsangan dan inspirasi melayakkan kerajaan Terengganu selaku penganjur diberi markah tertinggi.Beliau mengakui turut merasa teruja dan bersemangat hari ini melihat kejayaan Ekspo Terengganu yang mendapat sambutan luar biasa, dengan menyaksikan 45 peratus daripada keseluruhan lebih 1.25 juta rakyat Terengganu melawat ekspo berkenaan untuk mendapatkan pelbagai maklumat kejayaan kerajaan mentadbir negeri ini."Apabila kita buat satu ekspo, ada beberapa kayu ukur untuk tentukan sama ada ekspo itu berjaya dapat sambutan atau sebaliknya."Ujian pertama ialah bilangan pengunjung yang hadir. Jadi, kalau hendak dikira yang hadir, saya boleh beri markah yang sangat tinggi kerana yang hadir di luar jangkaan," katanya.Katanya, kedua ialah daripada segi paparan atau kontennnya, sama ada ada kandungan dalam sebuah ekspo itu penuhi kehendak penganjur dan sampaikan mesej jelas dan dapat difahami serta dihayati oleh rakyat dan pengunjung ekspo.Menurutnya lagi, jika dihitung dari segi kandungan, walaupun beliau hanya sempat meneliti dan melihat sedikit berbanding semua paparan, beliau tetap berpuas hati dan memberi markah tertinggi kepada kerajaan negeri, kerana jelas paparan itu menjurus kepada pencapaian serta kejayaan Kerajaan Terengganu."Ukuran ketiga ialah sama ada sebuah ekspo itu memberi ransangan dan inspirasi pada mereka yang melawatnya supaya dalam hati kita akan timbul satu semangat baru, kesungguhan dan bersama-sama dalam perjuangan hala tuju baru dan Transformasi Terengganu Baharu (TTB). Ini juga saya beri markah tinggi," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Ekspo Terengganu 2018 di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, hari iniTurut hadir Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Chik dan mantan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said. Perdana Menteri berkata, beliau juga dapat melihat dengan jelas apa perancangan dan gambaran hala tuju kerajaan negeri dan ia bukan hanya satu slogan, tetapi mempunyai pengisian yang amat jelas.
02 Mar 18
25
EKSPO TERENGGANUN 2018 : Barangan Keperluan Murah, Menjimatkan
Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak meninjau tapak Jualan Sentuhan Rakyat kira-kira 20 minit sambil beramah mesra dengan pengunjung yang datang seawal pagi untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga murah.Program selama dua hari anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).Barang keperluan asas seperti telur, gula, minyak, ikan dan beras menawarkan potongan dari lima hingga 20 peratus termasuk tawaran istimewa sekilo daging lembu hanya dijual dengan harga RM25 berbanding dengan harga semasa RM30.Perdana Menteri tiba di tapak jualan itu dari TH Hotel dengan menaiki bas elektrik, My Bas MARA Liner. Rata-rata pengunjung ketika ditemui di tapak program jualan itu juga melahirkan rasa puas hati dan memuji usaha Kerajaan Persekutuan itu serta berharap program seumpama itu diteruskan pada masa akan datang.Seorang pengunjung terawal yang ditemui, Roslina Ramli , 42, surirumah yang berasal daripada Kuala Nerus menganggap program jualan itu sangat membantu meringankan beban rakyat."Sebenarnya saya datang ni sebab nak sambut Perdana Menteri(PM) tapi terjebak kat jualan ni sebab harga barang murah berbanding biasa."Sangat bagus program sebegini...tak perlu susah payah nak pergi beli kat lain..alang-alang dah ada semua barang keperluan dapur yang memang perlu dibeli setiap bulan ada di sini jadi saya beli terus dekat sini," katanya kepada pemberita ketika ditemui.Nur Fatma Zahirah Jasni, 24, yang ditemui juga bersyukur dengan insentif Kerajaan Pusat yang berusaha mengurangkan bebanan dihadapi rakyat dalam berbelanja."Harga memang murah, sangat berpatutan dan menjimatkan... harganya jauh lebih murah daripada di pasar raya."Saya berterima kasih kerana program ini sedikit sebanyak memang membantu kami untuk membeli barang keperluan pada harga cukup murah."Macam hari ni, saya cuma habiskan lebih kurang RM100 untuk membeli telur, minyak, tepung, ayam dan sayur berbanding hari biasa RM130.Cuma kita harapkan, ia dapat diadakan dengan lebih kerap lagi kerana dapat mengurangkan bebanan rakyat yang kurang berkemampuan," katanya.
02 Mar 18
55
EKSPO TERENGGANU 2018 : Ekspo Disambung Hingga 6 Petang Esok
Perdana Menteri menyampaikan replika wau kepada kanak-kanak untuk membawa `Terengganu terbang tinggi ke serata dunia' sevagai gimik pelancaran majlis penutup ekspo hari ini.Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Ekspo Terengganu 2018 yang sepatutnya berakhir pada jam 10 malam ini akan diteruskan sehari lagi sehingga jam 6 petang esok (Ahad), berikutan sambutan luar biasa pengunjung sepanjang seminggu program sejak 25 Februari lalu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika mengumumkan perkara itu, berkata lanjutan masa berkenaan adalah bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat negeri ini dapat meluangkan masa ke tapak program sehingga esok, memandangkan esok juga merupakan cuti umum sempena Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu. “Sehingga semalam (hari keenam), ekspo ini telah menerima pengunjung lebih daripada 420,000 pengunjung dari seluruh Terengganu sekali gus mencapai sasaran sebagaimana kita mahu seramai 400,000 orang.“Jadi, saya ingin umumkan yang ekspo Terengganu 2018 ini kita akan lanjutkan sehingga 6 petang esok supaya lebih ramai rakyat datang melihat sendiri kemajuan dan pembangunan di negeri ini, katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Ekspo Terengganu di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, hari ini. “Sehingga semalam (hari keenam), ekspo ini telah menerima pengunjung lebih daripada 420,000 pengunjung dari seluruh Terengganu sekali gus mencapai sasaran sebagaimana kita mahu seramai 400,000 orang. “Jadi, saya ingin umumkan yang ekspo Terengganu 2018 ini kita akan lanjutkan sehingga 6 petang esok supaya lebih ramai rakyat datang melihat sendiri kemajuan dan pembangunan di negeri ini, katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Ekspo Terengganu di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Turut hadir, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Sri Jailani Johari, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan Negeri Terengganu.Ahmad Razif sebelum itu menzahirkan rasa gembira dengan sambutan luar biasa orang ramai yang tidak putus-putus mengunjungi tapak ekspo yang menyediakan pelbagai peluang dan perkhidmatan untuk dimanfaatkan oleh semua rakyat.
02 Mar 18
59
EKSPO TERENGGANU 2018 : 85 Ribu Pengunjung Banjiri Majlis Penutup
Oleh : Mohd Irsyadi Abu Bakar Foto oleh : Harish Fadzillah Abu Kassim Kira-kira 85,000 pengunjung membanjiri perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus sempena Majlis penutupan Ekspo Terengganu 2018 yang dilancarkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, hari ini.Sejak awal pagi lagi, lapangan pentas utama dipenuhi 'lautan biru' pengunjung dan pemimpin politik serta yang datang memakai baju tema Terengganu Molek Doh.Beliau hadir ditemani Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman melawat ruang pameran kerajaan negeri dan Jualan Sentuhan Rakyat sebelum merasmikan penutupan Ekspo Terengganu 2018.Mohd Najib berasa teruja dengan eskpo yang diadakan kali ini melihat kepada semangat dan kebangkitan rakyat Terengganu."Hari ini telah lebih 400 ribu hadir ke sini bermakna 45 peratus rakyat Terengganu telah melihat ekspo kali ini."Saya dapat melihat Transformasi Terengganu Baharu yang dibuktikan oleh pimpinan negeri ini."Melihat kepada pendekatan terbaik yang disajikan, saya memberi markah yang tinggi untuk negeri ini."Berbeza dengan pembangkang. Mereka hanya mengutarakan isu tanpa melahirkan alternatif. Isu kos sara hidup dan lain- lain, segalanya telah dijawab kerajaan dalam Eskpo ini," katanya. Beliau memaklumkan, Bajet 2018 memberikan banyak insentif ditambah lagi dengan bantuan kerajaan negeri disemua peringkat rakyat."ECRL akan mempunyai jajaran landasan terpanjang di Terengganu ini yang akan menawar lebih 30 ribu peluang kerja."Ekonomi negara juga meningkat 5.9 peratus berbanding tahun lalu. Di Terengganu, Kemaman 'zero' miskin tegar dan akan diikuti daerah lain dalam dua ke tiga tahun lagi."Aramco akan melabur tujuh bilion USD iaitu lebih kurang RM 30 bilion di Malaysia dan kita akan mendapat dana tambahan itu pada hujung bulan ini."Ini tidak termasuk tujuh bilion yang masuk melalui projek Silika di Terengganu," katanya yang akan terus menyokong kepimpinan Terengganu.Beliau turut menyampaikan bantuan khas dan insurans untuk pemandu teksi yang pertama di Malaysia.Rata-rata berpuas hati dengan ekspo kali ini dan kagum dengan pencapaian Negeri Terengganu sepanjang empat tahun ini serta di bawah pentadbiran tiga mantan Menteri Besar (Kerajaan BN).Sebelum itu, Menteri Besar juga mengumumkan Ekpo Terengganu 2018 disambung sehingga jam enam petang esok.
02 Mar 18
51
EKSPO TERENGGANU 2018: PM Saksi Pertukaran Empat Dokumen Projek Pembangunan Impak Tinggi
Wan Ahmad Rudirman membuat pertukaran dokumen bersama CEO CCC, Bai Yinzhan sambil disaksikan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak menyaksikan pertukaran empat dokumen rasmi sebelum merasmikan Majlis Penutup Ekspo Terengganu 2018 di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Mengiringi beliau menyaksikan pertukaran-pertukaran tersebut, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Bagi segmen pertama, Mohd Najib menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman Antara Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Sdn Bhd (CCC) untuk menjayakan projek berimpak tinggi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Simbolik penyerahan dokumen perjanjian tersebut diwakili oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Dr Wan Ahmad Rudirman dari Terengganu Inc manakala MRL oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Sri Darwis Abdul Razak dan CCC pula oleh Pengarah Urusan Eksekutifnya, Bai Yinzhan.Segmen kedua pula menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman diantara Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Sri Jebasingam Issace John dan MRL pula oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Sri Darwis Abdul Razak.Majlis pertukaran dokumen tersebut adalah bagi kerjasama di antara ECERDC dan MRL menerusi program pembangunan modal insan ECERDC iaitu 'Empower ECER' yang akan memberi manfaat kepada para pelajar dari 49 sekolah sekitar stesen sepanjang laluan ECRL di Terengganu, Pahang dan Kelantan dengan jumlah keseluruhan pelajar seramai 1,350 orang.Manakala bagi segmen ketiga pula, Mohd Najib menyaksikan penerimaan Nota Surat Komitmen bagi membangunkan Terengganu International Industrial Park (TIIP) di atas tapak seluas 1,000 ekar di KM402, Lebuhraya Pantai Timur (Kuala Terengganu - Kuala Lumpur)Mukim Kuala Berang, Terengganu.Penyerahan tersebut diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LS Associates (SEA) Sdn Bhd, Maimunah Abu Bakar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Dalam segmen terakhir, Mohd Najib menyaksikan Majlis Penyerahan Dokumen/Surat Komitmen Oleh Pelabur Berpotensi Untuk Pembangunan Lembah Silika Terengganu kepada Wan Nawawi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Silika.Penyerahan pertama diserahkan daripada Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Kumpulan Petronas, Maliki Kamal M. Yasin bagi penyaluran dan pembekalan gas ke tapak Lembah Silika Terengganu.Seterusnya, Wan Nawawi menerima surat komitmen bagi pembangunan infrastruktur dari Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Jebasingam Issace John.Wan Nawawi turut menerima surat komitmen daripada Pengerusi Terengganu Industrial Mineral Group, Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud.Penyerahan terakhir dilakukan oleh Pengerusi Eksekutif Melewar Group, Tunku Dato' Yaacob Khyra Almarhum Tunku Tan Sri Abdullah sebagai 'Master Developer' bersama MB Incorporated bagi pembangunan Lembah Silika Terengganu.Selepas menyaksikan pertukaran empat dokumen tersebut, Mohd Najib sempat memotong pulut kuning sempena sambutan ulang tahun ECER yang ke-10.
02 Mar 18
319