Artikel "Utama" Terkini
Lima Universiti Disenaraikan Terbaik Di Dunia
Idris menyampaikan sumbangan kepada pengetua SMK Tengku BariahLima Universiti Penyelidikan Malaysia di negara ini disenaraikan berada satu peratus teratas di kalangan 300 universiti terbaik di dunia.Universiti itu adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh, berkata peningkatan itu adalah dalam senarai kedudukan dunia bagi 2017/2018 seperti yang diterbitkan Quacquarelli Symonds (QS).Katanya, hasil daripada peningkatan itu juga membolehkan lima universiti berkenaan berada dalam kelompok satu peratus teratas daripada 26,000 universiti di seluruh dunia."UM dan UPM menunjukkan peningkatan untuk lima tahun berturut-turut iaitu 2013 hingga 2017 dengan UM berada di kedudukan ke-114 iaitu di ambang kelompok 100 terbaik dunia serta diharapkan dapat menzahirkan impian mencapai sasaran itu menjelang 2020."Pada masa sama, UPM mencapai peningkatan tertinggi dengan sebanyak 182 tempat menjadikan kedudukan terkini ialah tempat ke-229 jika dibandingkan kedudukan ke-411 dunia pada 2013/2014," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalinan Kasih PIBG di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pegawai Pembangunan DUN Ladang, Dato' Mohd Sabri Alwi yang juga Pengerusi Persatuan Ibu bapa Dan Guru SMK Tengku Bariah.Idris berkata, pencapaian itu satu berita baik bagi landskap pendidikan tinggi Malaysia terutama pada tahun ini apabila Kementerian Pendidikan Tinggi meraikan 10 tahun memperkenalkan inisiatif universiti penyelidikan dengan harapan dapat merangsang dan membudayakan penyelidikan, penerbitan dan inovasi.
10 Mar 18
133
Kerajaan Negeri Tidak Mahu Retorik
Menteri Besar menyampaikan papan tanda markas kepada Ketua Cawangan Kampung Sekati sempena perasmian Karnival Cakna Rakyat DUN Teluk Pasu, Manir, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri tidak mahu retorik dan sekadar bercakap politik bagi memenangi hati rakyat, kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Katanya, pelbagai program terlaksana sebagaimana diuar-uarkan kerajaan demi kepentingan dan manfaat kepada rakyat yang memberi mandat pada pilihan raya umum lalu."Karnival Cakna Rakyat (DUN Teluk Pasu) ini susulan Ekspo Terengganu 2018 baru-baru ini, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengadakan mini ekspo di seluruh daerah yang akan diketuai pegawai daerah masing-masing."Konsep mini tiga hari dua malam akan ada pameran cerita kejayaan daerah, perancangan pada masa akan datang dan juga perkhidmatan kepada rakyat serta peniaga-peniaga beserta Jualan Sentuhan Rakyat. Kita hendak beri tempat kepada semua pihak supaya dapat menikmati hasilnya, "katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Cakna Rakyat 2018 Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu di Dataran Dewan Dato’ Pendekar, Banggol Tok Esah, Teluk Pasu, Manir, hari ini.Turut hadir, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail dan Pegawai Penyelaras DUN Teluk Pasu, Che Mansor Salleh.Ahmad Razif berkata, konsep sebegini (ekspo) membolehkan rakyat menilai sendiri, membuat pilihan serta keputusan terbaik untuk faedah mereka pada pilihan raya umum nanti.Beliau berkata, pihaknya juga mahu rakyat berfikir dengan bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah serta apa sahaha yang dipolitikkan pihak pembangkang dalam usaha menafikan pencapaian kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat selama ini.Tambahnya lagi, pelbagai cerita kejayaan dan perancangan akan datang dalam pelbagai aspek di seluruh Terengganu yang dipaparkan menerusi ekspo baru-baru ini juga berjaya membuka mata rakyat.Menurut beliau lagi, bagi memastikan setiap perancangan dalam tempoh empat tahun akan datang tidak terkandas, rakyat tiada pilihan lain melainkan memberi peluang dan memilih kerajaan sedia ada supaya dapat meneruskan agenda pembangunan serta menyediakan perkhidmatan yang dijanjikan itu.
09 Mar 18
319
Tiada Permit Niaga Untuk Warga Asing
Sebahagian petugas media bersama pegawai dan kakitangan MBKT yang memeriahkan Majlis Datuk Bandar Bersama Media di Kelab Eksklusif MBKT Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailMajlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak mengeluarkan sebarang permit niaga terhadap warga asing bagi membenarkan golongan itu menjalankan perniagaan di bandar ini.Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, perkara itu jelas menyalahi undang-undang dan peraturan sedia ada pihak berkuasa tempatan.“Setakat ini, kita tidak pernah meluluskan sebarang permit atau lesen untuk kumpulan warga asing berniaga."Kita tidak menolak mungkin ada kes terdapat warga asing menjadi pembantu kedai dan berniaga di kedai yang mana lesen dimiliki oleh isteri di kalangan warga tempatan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada media sempena Majlis Datuk Bandar Bersama Media di Kelab Eksklusif MBKT Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.Samiun menjelaskan, pihaknya juga menawarkan sewa lot premis perniagaan dengan kadar yang murah dan tindakan membatalkan lesen akan dilakukan serta-merta sekiranya warga tempatan itu sendiri didapati bertindak menyewakan lot niaga mereka kepada pihak lain bagi tujuan mengaut keuntungan.Dalam perkembangan yang sama, katanya, MBKT juga akan terus menjalankan pemantauan terhadap peniaga yang melanggar syarat termasuk kesalahan menyewakan lot perniagaan mereka kepada warga asing.Beliau berkata, pihaknya memandang serius kes penyalahgunaan lesen perniagaan dan tidak akan memberi peluang kepada mereka yang melakukan kesalahan itu.
08 Mar 18
416
Solidariti Semua Kaum Faktor Kemenangan BN PRU14 - Ahmad Razif
Menteri Besar (baju hitam, tengah) bergambar bersama pemimpin dan pegawai kerajaan di Kemaman serta 430 penerima angpau di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran 23 NGO kaum Cina Parlimen Kemaman di Dewan Komuniti Cina, Bandar Chukai, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKesepakatan dan solidariti tiga kaum menjadi antara faktor penyumbang kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang dikuasai pembangkang pada masa ini.Pengerusi BN Terengganu yang juga Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kaum Melayu, Cina dan India perlu bersatu dan bekerjasama bagi memastikan BN menawan kembali DUN Chukai dan DUN lain.Katanya, walaupun ianya membabitkan kaum minoriti Cina dan India namun undi mereka boleh menjadi faktor penentu kepada kejayaan BN di Parlimen Kemaman.“Kerja berpasukan melibatkan tiga kaum berkenaan penting untuk menawan kembali DUN Chukai pada PRU14 sekali gus menjadikan Kemaman bandar besar dan maju."Apa yang penting sekarang ialah untuk memperkukuhkan politik dan menunjukkan solidariti agar politik lebih kukuh sekali gus dapat menarik keyakinan pelabur asing,” katanya.Ahmad Razif menyatakan perkara itu ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran 23 NGO kaum Cina Parlimen Kemaman di Dewan Komuniti Cina, Bandar Chukai.Majlis itu dihadiri kira-kira 5,000 penduduk Kemaman khususnya warga Tionghua.Pada majlis tersebut, Menteri Besar turut menyampaikan angpau kepada lebih 430 warga emas dan hadiah kepada pemanang cabutan bertuah.Beliau juga berjanji untuk memastikan lebih banyak pembangunan dalam pelbagai sektor dibawa masuk ke daerah Kemaman khususnya di Chukai sekiranya BN berjaya merampas kerusi itu daripada pembangkang.Dalam pada itu Ahmad Razif berkata, Parlimen Kemaman khususnya kawasan DUN Chukai kini dilihat menjadi perhatian kebanyakan para pelabur luar seperti China bagi menjana ekonomi setempat.
08 Mar 18
58
Golden Pharos Berhad Urus Hutan Kekal Simpan
Kerajaan negeri memberikan kepercayaan kepada Golden Pharos Berhad (GPB) untuk menguruskan konsesi pembalakan di Terenggganu bagi memastikan hasil kekayaaan sumber semulajadi hutan dapat dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata GPB bukan sahaja menguruskan konsesi pembalakan, malah juga menghasilkan produk papan di Kilang Bukit Besi dan di Bandar Chukai, Kemaman.Katanya, syarikat sama milik kerajaan negeri itu turut menguruskan sekitar 130,000 hektar konsesi hutan simpan secara lestari, agar hutan simpan ini boleh kekal untuk jangka masa yang panjang.“Langkah itu melayakkan GPB mendapat pensijilan antarabangsa dari Forest Stewarship Council untuk Well-Managed Forest di mana satu-satunya entiti di Semenanjung Malaysia memperolehnya.“Pensijilan ini mengesahkan bahawa syarikat itu berjaya menguruskan konsesi hutan mengikut piawaian bertaraf Antarabangsa,”katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Golden Pharos Berhad dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Dalam majlis itu GPB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak dan FRIM oleh Ketua Pengarahnya Dato’ Abd Latif Mohmod.Hadir sama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani; Perusahaan Perladangan dan Komoditi Terengganu, Dato' Muhammad Pehimi Yusof dan Pegawai Kewangan Negeri Dato’ A. Rahman Yahya.MoU itu bertujuan meningkatkan kerjasama berkaitan pembekalan bahan mentah seperti kayu bergergaji, khususnya bagi Program Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS).Pada masa sama mampu meletakkan kerangka kerjasama bagi kedua-dua belah pihak, terutama dari segi pembekalan bahan mentah yang mencukupi dan berterusan, bagi industri perabot bumiputera dan penyelidikan berkaitan produk hasil hutan.
07 Mar 18
236
Paya Bunga Hotel Terengganu, Bakal Tawar Harga Serendah RM179
Paya Bunga Hotel Terengganu, hotel terbaru yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu dengan tagline “Where Business Meets Leisure”, menawarkan kemudahan eksklusif kepada tetamu-tetamu dari segenap lapisan masyarakat.Bakal dibuka dengan harga istimewa serendah RM179.00 sebilik semalam, tetamu boleh bersantai sambil menikmati pemandangan indah bandar raya dari hotel yang berkonsep moden kontemporari. Lokasi strategik hotel ini bukan sahaja memberi pemandangan yang indah, tetapi juga memberi peluang kepada tetamu untuk menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan tiga kompleks disekelilingnya iaitu Paya Bunga Square, Paya Bunga Sentral dan Paya Bunga Plaza.Pengurus Besar hotel itu, MS Natasha Noorbaya Yusoff, berkata dengan adanya dua jambatan yang menghubungkan antara hotel dan kompleks-kompleks tersebut, tetamu dapat menikmati kemudahan seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC), panggung wayang LFS dan pusat bowling Coral Crown Bowl. Katanya, sejumlah 1,172 tempat letak kereta, 208 bilik dan suite tetamu yang dilengkapi dengan dekorasi eksklusif disediakan untuk keselesaan pengunjung.“Bagi majlis resepsi atau mesyuarat, Camelia Grand Ballroom amat sesuai untuk majlis yang berskala besar. Camelia Grand Ballroom boleh menempatkan 1,000 tetamu bagi susunan “theatre”. “Bagi majlis-majlis dengan skala kecil, hotel itu turut menyediakan 15 bilik dan suite mesyuarat serta keraian. Selain itu, hotel ini juga menawarkan bilik Orchid yang lengkap dengan ruang makan dan istirehat,”katanya dalam satu kenyataan.Bagi pengemar makanan dan mereka yang sentiasa mencari hidangan istimewa, Restoran The Roselle @ Eleven di tingkat 11 hotel menawarkan pelbagai jenis hidangan antarabangsa dan citarasa Malaysia.Dengan kapasiti 148 tempat duduk am dan 2 bilik persendirian, Roselle @ Eleven yang dihiasi dengan dekorasi Malaysia dan Morrocan merupakan puncak keraian di Kuala Terengganu selaras dengan tagline ‘Pinnacle of Celebration in Kuala Terengganu”. Tetamu boleh menikmati pemandangan rooftop yang indah sekitar Bandaraya Warisan Pesisir Air Kuala Terengganu dari perkarangan kolam renang Paya Bunga Hotel Terengganu. Kolam renang yang berada di tingkat 11 itu merupakan kolam renang aras tinggi pertama di Kuala Terengganu dan menawarkan pandangan 360 darjah bandar Kuala Terengganu kepada tetamu. Selain daripada itu, kemudahan Jimnasium yang dilengkapi dengan alat senaman terbaik juga ada disediakan kepada tetamu-tetamu Paya Bunga Hotel Terengganu.
06 Mar 18
1105
STPM 2017: Anak Pemandu Van Antara Pelajar Terbaik
"Mengulang kaji secara konsisten serta dorongan ibu bapa merupakan kunci kejayaan saya memperoleh keputusan ini,” kata Nur Hidayu Ahmad dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Nur Hidayu antara 23 pelajar cemerlang yang mencatat keputusan semua A bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 di Terengganu.Katanya, setiap hari dia akan memastikan semua kerja sekolah disiapkan dan menumpukan perhatian ketika guru mengajar serta kerap mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan.“Saya jarang belajar ketika berada di rumah, selain tidak mengikuti kelas tambahan kerana bagi saya belajar di sekolah bermula awal pagi sehingga jam 4.30 petang sudah mencukupi. “Penat juga kalu terlalu menumpukan terhadap pelajaran sebaliknya perlu juga melakukan aktiviti lain bersama keluarga,”katanya.Menurutnya, kejayaan itu bukan sahaja menggembirakan dirinya, tetapi apa yang penting adalah untuk membahagiakan kedua ibu bapa.“Ayah yang hanya bekerja sebagai pemandu van, manakala ibu tidak bekerja cukup menaruh harapan supaya saya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, seterusnya mendapat kerja yang selesa,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi pensyarah dalam bidang ekonomi.Manakala Arifah Jusoh, berkata dia seakan tidak percaya memperoleh semua A dan disenaraikan antara yang terbaik membabitkan 23 pelajar di Terengganu.“Apa yang diperoleh itu pastinya menjadi pendorong buat diri saya untuk mencipta kejayaan lain sekiranya dapat melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam kelak,” katanya.
06 Mar 18
90
STPM 2017: Pecapaian Terengganu Terbaik Sepanjang Zaman
A Latiff menunjukkan keputusan STPM 2017. Foto Harish Fadzillah Abu KassimTerengganu melakar satu lagi cerita kejayaan dalam bidang pendidikan pada tahun ini apabila muncul sebagai negeri terbaik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, dalam keputusan yang dianggap paling bersejarah, Terengganu berjaya mengekalkan kedudukan bagi tahun keempat berturut-turut dengan mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.91 mengatasi PNGK nasional 2.76.Katanya, sebanyak 36 sekolah daripada 47 sekolah berjaya mengatasi gred minimum PNGK nasional, 40 sekolah merekodkan lulus 100 peratus dan tiga sekolah memperoleh keputusan 100 peratus 5A dan 4A .“Paling membanggakan, seramai 23 calon memperoleh semua A penuh (PNGK 4.00), 77 pelajar mendapat 4A (A dan A-).“ Seramai 1,115 pelajar berjaya memperoleh PNGK 3.00 ke atas pada STPM 2017 berbanding 997 calon pada STPM 2016,”katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media Pengumuman Keputusan STPM 2017, di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Bukit Kecil, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.Shafruddin berkata, sejumlah 2,453 calon menduduki peperiksaan itu di negeri ini yang mencatatkan peningkatan berbanding 2,254 pada tahun sebelumnya.“Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu muncul sebagai sekolah terbaik negeri dengan PGNK minimum 3.45,”katanya.
05 Mar 18
122
EKSPO TERENGGANU 2018: Jelajah Ke Setiap Daerah
Ahmad Razif menyampaikan replika kunci Proton Iriz kepada Hindun. Kerajaan negeri bercadang memperluaskan program Ekspo Terengganu 2018 ke setiap daerah dalam usaha menyampaikan maklumat daripada kerajaan secara tepat kepada masyarakat setempat.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program sama akan diadakan dalam tempoh tiga hari dua malam dengan menekankan pelbagai kelebihan yang ada di daerah terlibat.Katanya, pemilihan daerah yang akan memulakan program pada bulan depan itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Ahli- Ahli Majlis Kerajaan Negeri."Oleh itu, saya meminta pihak berkaitan di setiap daerah bersedia untuk melaksanakan program sama tetapi dalam skala yang lebih kecil," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Meraikan Petugas Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Stadium Negeri Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Hampir 5,000 petugas termasuk pengamal media hadir pada majlis yang menawarkan hadiah utama cabutan bertuah sebuah Proton Iriz.Kenderaan itu berjaya dibawa pulang petugas yang juga peniaga buah, Hindun Melor, 56, dari Permaisuri, Setiu.Ahmad Razif turut memberitahu, jika ada kemampuan, program sama akan dipanjangkan ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)."Apa yang penting kita mahu rakyat faham apa yang dilaksanakan kerajaan, sekiranya ada kekurangan kita akan perbetulkan "katanya.Ketika diminta mengulas mengenai sambutan ekspo berkenaan, Ahmad Razif melahirkan rasa bangga dengan sambutan orang ramai di mana ia berjaya merekodkan sehingga 700,000 pengunjung pelbagai peringkat umur."Rata- rata mereka melahirkan rasa teruja dan seakan tidak puas walaupun beberapa kali mengunjungi ekspo ini, " katanya.
04 Mar 18
34
EKSPO TERENGGANU 2018 : Ekspo Terbesar Melabuhkan Tirai Dengan Cerita Kejayaan
Ekspo Terengganu 2018 berakhir dengan cerita kejayaan terbesar dalam sejarah oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Dengan kehadiran 614,511 pengunjung sepanjang tujuh hari berlangsung, akhirnya program sepanjang seminggu yang bermula 25 Februari lalu melabuhkan tirainya dengan pelbagai cerita kejayaan termasuk ucapan penghargaan dan pengiktirafan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ekspo berkenaan, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata kehadiran pengunjung yang melebihi sasaran awal menunjukkan penganjuran ekspo ini mendapat sambutan luar biasa rakyat Terengganu khasnya."Kita pamer pelbagai maklumat, cerita kejayaan, aktiviti-aktiviti yang menunjukkan Terengganu Molek Doh di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir oleh menteri besar kita."Rata-rata pengunjung yang ditemui memberi maklum balas yang positif..mereka berkata penganjuran ekspo yang terbesar buat pertama kali ini cukup memberi kepuasan."Sangat luar biasa...dan memberi pulangan yang besar kepada peniaga-peniaga yang rata-rata ketika saya temui secara individu berkata mereka mendapat keuntungan sepanjang ekspo ini berlangsung," katanya kepada pemberita di sidang media bersama penerima-penerima cabutan bertuah.Tengku Putera berkata ini termasuklah hadiah cabutan bertuah yang disediakan seperti apartment, tanah lot kediaman serta tanah lot pertanian, kereta Myvi, pacuan empat roda Hiluxs dan dua pakej perkahwinan bernilai RM20,000 adalah sumbangan ikhlas daripada kerajaan negeri."Kita buat kerjasama dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta dan orang-orang perseorangan yang bersama-sama menyumbang hadiah-hadiah tersebut," katanya.Pihak penganjur turut mengadakan malam penghargaan untuk petugas seramai 4,000 orang yang terlibat sepanjang tujuh hari dengan majlis makan malam dan 100 cabutan bertuah yang mana hadiah utama merupakan sebuah kereta.
03 Mar 18
69