Artikel "Utama" Terkini
Ahmad Razif Kekal MB Terengganu
PILIHAN Raya Umum ke 14 (PRU14) bakal diadakan dalam masa terdekat. Negeri Terengganu yang dipimpin Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman telah lama berada dalam keadaan bersiap sedia. Pasukan beliau yang mantap digeruni pihak lawan.Pembangkang di negeri tersebut sedang berusaha merosakkan momentum pasukan MB Razif dengan membuat berbagai-bagai khabar angin untuk melaga-lagakan kepimpinan UMNO Terengganu.Mereka membuat cerita kononnya MB Razif bakal bertanding kerusi Parlimen. Malah pembangkang memetik nama Shabery Cheek sebagai calon MB.Tindakan tersebut dilakukan apabila usaha mereka menabur fitnah dan tohmahan memburuk-burukkan projek Taman Ilmu dan Bas Amphibia menemui jalan buntu. MB Razif berjaya melalui pelbagai persepsi jahat di zaman digital ini. Sebagai MB yang mesra media sosial maka sgala persepsi fitnah dapat diuruskan dengan baik.Dalam perkara ini, kewibawaan Ahmad Razif perlu dipuji. Beliau langsung tidak tergugat. Misi MB Razif hanya fokus terus kepada rakyat negeri yang kaya dengan hasil minyak tersebut. Sememangnya rakyat Terengganu amat beruntung mendapat MB yang sangat tinggi komitmen terhadap mereka.Kejayaan Ekspo Terengganu 2018 baru-baru ini yang mencatatkan pengunjung yang sangat tinggi membuktikan kejayaan beliau sebagai MB Terengganu. Ekspo tersebut mendapat pujian Datuk Seri Najib Razak yang memberi markah tertinggi kepada kerajaan negeri.Perdana Menteri berkata, jumlah pengunjung yang di luar jangkaan dan kandungan paparan yang dipersembahkan kepada rakyat serta kejayaan ekspo itu menyuntik rangsangan dan inspirasi melayakkan kerajaan Terengganu selaku penganjur diberi markah tertinggi.Beliau mengakui turut teruja dan bersemangat melihat kejayaan Ekspo Terengganu yang mendapat sambutan luar biasa, dengan menyaksikan 45 peratus daripada keseluruhan lebih 1.25 juta rakyat Terengganu melawat ekspo itu untuk mendapatkan pelbagai maklumat kejayaan kerajaan mentadbir negeri ini.Menjadi lumrah pembangkang akan cuba merosakkan imej dan gambaran terbaik Ahmad Razif namun menjadi tanggungjawab kepimpinan dalam UMNO Terengganu sendiri juga untuk memastikan segala usaha pembangkang tersebut gagal. Ingatlah, Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.- pru14.tv
14 Mar 18
210
KPM Peruntuk RM18.3 Juta Agih Tablet Untuk 21,979 Guru Terengganu
lima guru dari sekolah sekitar Kuala Nerus menunjukan tablet yang diterima. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan kira-kira RM18.3 juta bagi mengagihkan tablet secara berperingkat-peringkat kepada 21,979 guru di seluruh Terengganu Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemberian tablet itu turut dilengkapi kad sim dan aplikasi khusus untuk guru."Sekarang ini pengagihan tablet di seluruh daerah sedang berjalan dan kita jangka selewatnya hujung bulan ini semua guru bakal memperoleh tablet berkenaan."Kita percaya melalui pemberian tablet kepada guru-guru ini akan memastikan usaha kita untuk memperkukuhkan kelas maya akan berjalan dengan lebih lancar,"katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media sebaik selesai menyempurnakan Majlis Pengagihan Tablet Guru KPM Daerah Kuala Nerus, di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, semalam.Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Datuk Basir Ismail.Menurut Ahmad Razif lagi, penggunaan tablet itu juga secara tidak langsung akan memudahkan guru-guru memperoleh maklumat bagi proses pembelajaran di dalam kelas nanti."Kita harap kecemerlangan pendidikan terus terserlah dan gemilang dengan adanya bantuan tablet ini,"katanya.
14 Mar 18
487
Syarikat, Kontraktor Tempatan Akan Terlibat Dalam Projek ECRL
Menteri Besar menyaksikan majlis pertukaran dan menandatangani Memorandum Persefahaman antara Epic Berhad, CMC Engineering Sdn. Bhd. dan T7 Global Berhad di Bilik Perjanjian, Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri akan memastikan syarikat dan kontraktor tempatan terlibat secara langsung dengan kerja-kerja pembinaan infrastruktur Projek Pembangunan Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang akan bermula tidak lama lagi.Bagi merealisasikan hasrat itu, syarikat pegangan pelaburan kerajaan negeri, Terengganu Incorporated (TI) dan anak syarikat, Epic Berhad akan berunding dengan Pembinaan Infrastruktur Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dan pemaju utama projek, China Communications Construction Company Ltd (CCCC).Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek ECRL sepanjang 600 kilometer yang menelan belanja RM55 bilion itu pastinya memberi impak yang besar terutama membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat negeri ini termasuk syarikat tempatan yang berkelayakan.“Projek ini akan membuka peluang kepada kontraktor tempatan. Kita juga akan menyelaras dari segi pembekal kuari dan pasir-pasir menerusi Terengganu Incorporated dan juga Epic. “TI dan Epic akan berurusan dengan MRL dan CCCC untuk memastikan pengusaha tempatan tidak terlepas dengan peluang-peluang yang terdapat dalam projek ini,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Epic Berhad, CMC Engineering Sdn. Bhd. dan T7 Global Berhad di Bilik Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman, hari ini. Kerjasama dimeterai EPIC Berhad, T7 Global Berhad dan CMC Engineering Sdn Bhd dalam teknologi yang saling berkait ini secara tidak langsung dapat menggalakkan partumbuhan pembangunan sosio-ekonomi Negeri Terengganu dan membantu meningkatkan peluang pekerjaan di Pantai Timur.Menurut Menteri Besar, projek yang dijangka siap pada 2024 itu kini masih dalam proses pengambilan tanah bagi kerja-kerja membangunkan infrastruktur di lokasi yang ditetapkan pemaju projek.“Saya difahamkan jika tiada isu tanah, mana-mana tanah kerajaan dan kawasan yang terlibat untuk proses pengambilan balik tanah ini, maka kerja-kerja akan diteruskan dan yang paling penting pada 2024 projek ini akan siap sepenuhnya.“Apabila memeterai perjanjian ini, maka ia menandakan pada bila-bila masa akan bermula. Setakat hari ini `base camp’ sahaja yang ada. Malah, baru-baru ini juga diadakan temuduga pengambilan pekerja tempatan dan saya difahamkan seramai 3,000 orang akan terlibat, di mana TATiUC (Kolej Universiti TATI) akan menjadi pusat latihan kepada pekerja ini,”katanya.Dalam pada itu, menurut Ahmad Razif lagi, prestasi projek itu juga menutup desas-desus segelintir pihak yang mengatakan projek mega berkenaan tidak memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu.ECRL yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Ogos tahun lalu membabitkan pembinaan laluan rel kereta api yang merentasi sebahagian Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.Projek yang melibatkan sejauh 227 kilometer (km) dengan cadangan bagi empat jejari jajaran adalah 71 km yang membabitkan jarak sejauh 298 km dan Stesen Kampung Raja, Stesen Penarik, Stesen Dungun dan Stesen Chukai.Stesen baru yang dicadangkan iaitu Stesen Kuala Nerus, Stesen Kuala Telemong dan Stesen Pengkalan Berangan yang pada asalnya adalah Stesen Ajil serta Stesen Kemasik bagi menggantikan Stesen Paka.
14 Mar 18
1162
Azizulhasni, Wan Nawawi Terima Anugerah Olahragawan Kebangsaan dan Kepimpinan Sukan
Mohd Azizulhasni dan Wan Nawawi bersama anugerah masing-masing. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Anak kelahiran Dungun, Mohd Azizulhasni Awang dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan di Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2017 yang berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur malam tadi.Anugerah itu berjaya diraih Azizulhasni atau digelar The Pocket Rocket Man berikutan mempamerkan prestasi cemerlang di beberapa kejohanan dunia dan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos tahun lalu.Beliau pernah mencipta sejarah tersendiri apabila menggegar dunia dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia (UC) di Hong Kong.Dengan kemenangan itu, Azizulhasni berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil selaku pemenang utama. Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri , Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dianugerahkan Kepimpinan Sukan berikutan kejayaan pasukan boling padang kebangsaan yang diketuai beliau selaku Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) yang meraih enam emas pada Sukan SEA KL2017 lalu. Tahun ini, Majlia Sukan Negara (MSN) telah menerima 83 senarai calon untuk 11 kategori yang ditawarkan yang mana jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding edisi sebelum ini, sekali gus membuktikan prestasi atlet negara kini semakin melonjak ke tahap agak meyakinkan.ASN yang diperkenalkan sejak 1966 merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kejayaan cemerlang sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan pertubuhan sukan tanah air.SENARAI PENUH PEMENANG ASN 2017:1. Olahragawan Kebangsaan - Mohd Azizulhasni Awang @ Muda (Berbasikal).2. Olahragawati Kebangsaan - Cheong Jun Hoong (Terjun).3. Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Muhammad Ziyad Zolkefli (Olahraga).4. Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Tiada pemenang.5. Pasukan Lelaki Kebangsaan - Pasukan Hoki Lelaki.6. Pasukan Wanita Kebangsaan - Pasukan Tenpin Boling Wanita.7. Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Mohd Poad Md Kassim (Olahraga).8. Jurulatih Wanita Kebangsaan - Yoong Sze Yuin (Bola Keranjang).9. Anugerah Tokoh Sukan - KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (Persatuan Bola Sepak Malaysia).10. Anugerah Kepimpinan Sukan - Datuk Wan Nawawi Wan Ismail (Persekutuan Lawn Bowls Malaysia).11. Anugerah Khas - Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) & Hafizh Syahrin Abdullah
13 Mar 18
678
Calon BN Sudah Muktamad
Menteri Besar bersama tetamu kehormat yang hadir bergambar bersama replika cek dividen projek usahama Felcra Berhad berjumlah RM1.3 juta pada Majlis Sepetang Bersama Menteri Besar, Warga Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku SyamimTengku IsmailSemua calon Barisan Nasional (BN )Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sudah dimuktamadkan.Perkara itu disahkan oleh Pengerusi BN Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Menteri Besar, Warga Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang ini.Hadir sama, Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope.Menurutnya, semua senarai calon yang akan bertanding bersedia untuk didedah dan diumumkan pada bila-bila masa sahaja. "Kita buat pilihan calon ini selepas mengambil kira kehendak dan pandangan rakyat. Tiada yang disyorkan oleh sesiapa sebab kita ada agensi yang dilantik untuk turun ke bawah bagi menilai dan mendengar suara rakyat."Paling penting wakil rakyat yang dipilih itu perlu berwibawa dan mereka ini di kalangan yang mampu menjalankan tugas untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat kawasan masing-masing,"katanya.Beliau berkata, wakil rakyat dan pemimpin yang disyorkan sebagai calon PRU14 ini adalah di kalangan mereka yang mampu memenangi hati rakyat dan menunjukkan rekod yang baik sepanjang berkhidmat.Tambahnya, itulah cara kerja yang dipraktikkan BN selama ini dan pada masa akan datang kerana keutamaan parti itu menunaikan tanggungjawab terhadap amanah yang diberikan dengan sebaik yang mungkin supaya rakyat membuat penilaian yang tepat setiap kali pilihan raya umum.
13 Mar 18
34
Tabung Darul Iman Hulur Sumbangan RM200 Ribu Kepada Bayi Faris Wafiuddin
Ahmad Razif menyerahkan sumbangan RM200,000 kepada ibu bayi Faris WafiuddinKerajaan negeri melalui Sekretariat Tabung Darul Iman menyumbangkan RM200,000 kepada bayi Faris Wafiuddin Faris Irwan berusia 10 bulan yang menghidap penyakit kegagalan hati.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pihaknya terpanggil bagi menampung kos pembedahan hati bayi malang berkenaan berjumlah RM250,000 di Hospital Renjin, Shanghai, China pada akhir bulan ini."Setiap tahun kita membelanjakan hampir RM1 juta untuk membantu rakyat Terengganu tidak berkemampuan yang mengalami masalah kesihatan."Selepas dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Perangan, kita bersetuju membantu Faris Wafiuddin yang memerlukan pembedahan segera bagi merawat penyakitnya," katanya ketika melawat Faris Wafiuddin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur hari ini.Cek bernilai RM200,000 itu diserahkan kepada ibu bayi berkenaan, Siti Rokiah Abd Wahab, 39, yang bakal menemani anak bongsunya itu ke Shanghai.Beliau berkata, bantuan berkenaan tidak terhenti di situ saja, sebaliknya pihaknya akan memantau perbelanjaan Faris Wafiuddin ketika berada di Shanghai nanti."Kita tidak mahu ada perkara yang boleh membebankan keluarga pesakit ketika berada di Shanghai nanti termasuk perbelanjaan harian keluarga yang menemani," katanya.Sementara itu, Siti Rokiah berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menyumbang bagi memenuhkan kos pembedahan anak bongsunya itu ke Shanghai tidak lama lagi."Hanya Allah SWT dapat membalas jasa semua pihak terbabit sama ada berbentuk doa dan wang ringgit bagi meringankan beban kami sekeluarga."Semoga bantuan Kerajaan Terengganu dan seluruh rakyat Malaysia ini dapat mengubati penyakit anak yang semakin serius," katanya.
12 Mar 18
94
Bapa Exco Komunikasi Meninggal Dunia
Ghazali (duduk, berbaju putih) bersama keluarga terdekat di pusara arwah ayah beliau sejurus dikebumikan. Bapa kepada Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Dr Ghazali Taib meninggal dunia malam tadi akibat serangan jantung.Taib Said, 76 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) kira-kira jam 11.15 malam.Ghazali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil turut mengiringi jenazah yang disembahyangkan di Masjid Kampung Tok Jamal Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu pada jam 11 pagi sebelum dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan masjid berkenaan.
12 Mar 18
282
Maidam Agih Lebih RM183 Juta Kepada Golongan Asnaf
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengagihkan wang zakat sejumlah RM 183,760,543 untuk keperluan kehidupan lapan golongan asnaf di Terengganu sepanjang tahun lalu.Berdasarkan jumlah itu, golongan asnaf yang dikategorikan miskin mendapat peruntukan tertinggi iaitu RM74,071,795, diikuti fisabilillah (RM66,264,036), fakir (RM20,173,453 ) , amil (RM15,067,154), muallaf (RM5,468,852), al gharimin (RM1,870,151), al riqab (RM845,190) dan ibnusabil pula membabitkan agihan RM500,000.Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maidam, M. Rozi Bidin, berkata manakala agihan kepada mereka yang mendapat tawaran menyambung pelajaran masih diteruskan.Katanya, anak-anak ini diberikan bantuan RM1,000 untuk ijazah manakala diploma (RM800) dan ke sekolah berasrama penuh pula RM500.“Wang zakat ini diharap mampu menyuntik semangat mereka untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan mengubah nasib keluarga,” katanya kepada TeganukitaM Rozi turut memberitahu, sebanyak RM137,949,543 kutipan zakat berjaya direkodkan pada tahun lepas dan ia adalah rekod kutipan tertinggi Maidam setakat ini.“Kita terus memantapkan ekonomi umat Islam melalui agihan zakat. Bantuan kepada fakir miskin tidak lagi berbentuk wang bulanan, sebaliknya kita sediakan kemudahan dn bimbingan agar mereka berusaha keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.
12 Mar 18
95
Tindakan Tegas Jika Biar Haiwan Berkeliaran
Samiun SallehMajlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak akan berkompromi dan akan mengenakan denda mandatori RM250 bagi setiap ekor haiwan peliharaan yang ditangkap berkeliaran di kawasan tumpuan awam sehingga mengancam nyawa pengguna jalan raya serta mencacatkan pemandangan. Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, tindakan tegas diambil bagi memastikan pemilik haiwan itu lebih bertimbang rasa serta tidak sewenang-wenangnya membiarkan ternakan seperti lembu dan kambing tanpa pengawasan.“Kita perlu mengambil tindakan tegas bagi mendidik pemilik supaya tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka di merata-rata. Jika 10 ekor berjaya ditangkap, maka pemiliknya boleh dikenakan denda sehingga RM2,500 dan kita tidak melayan sebarang rayuan.“MBKT juga akan meningkatkan operasi menangkap haiwan berkeliaran bagi memastikan keselamatan orang ramai dan nyawa pengguna jalan raya diutamakan selain kebersihan dan keindahan persekitaran Bandar Raya Kuala Terengganu lebih terjaga,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Datuk Bandar Bersama Media di Kelab Eksklusif MBKT Batu Burok, Kuala Terengganu, baru-baru ini.Samiun berkata, di bawah perkara 6 UUK (haiwan merayau) MBKT 1989, pihanya boleh mensita atau menembak mana-mana haiwan yang didapati merayau atau berkeliaran dalam kawasan majlis.Tambahnya, haiwan ternakan tersebut akan disimpan di depoh tahanan MBKT, Chendering dan hendaklah dituntut dalam masa dua minggu dari tarikh tangkapan.“Jika haiwan yang ditangkap atau disita tersebut tidak dituntut melebihi dua minggu dari tarikh tangkapan, haiwan itu akan dilelong dan lelongan akan dibuka kepada sesiapa yang berminat,"katanya.Menurutnya, jumlah kadar tebus adalah RM30 seekor dan caj tambahan adalah RM10 seekor bagi setiap hari selepas itu.
12 Mar 18
154
Tarian Tradisional Mampu Promosi Terengganu
Wan Salmah bersama penari gamelan. Foto Zulkifli C W Putra Penggemar seni muzik di awal 1970an, pasti mengenali penggiat seni Wan Salmah Wan Sulaiman, 74, yang setia mengangkat martabat lagu dan tarian tradisional Terengganu.Tarian ulek mayang, rodat, anak burung baniong dan gamelan yang diperkenalkan penggiat seni ketika itu terus tersohor sehingga ke serata negara. Kebanyakan tarian yang berkisarkan kehidupan, budaya dan adat masyarakat Melayu itu mampu menaikkan imej dan keunikan Terengganu. Wan Salmah berkata, dia masih bersedia mengajar mana-mana pihak atau individu yang ingin mengetahui secara mendalam mengenai tarian Terengganu.Katanya, dia sudi berbuat demikian kerana sayang dan bimbang asal-usul pelbagai tarian, termasuk ulek mayang hilang keaslian tarian dan lagunya di mana satu ketika dahulu dicipta dan diperkenalkan Allahyarham Mazlan Embong.“Tarian lain seperti , rodat, anak burung baniong dan gamelan wajar dikekalkan kerana mempunyai keunikan tersendiri berbanding tarian yang dimiliki dan diperkenalkan negeri lain.“Sebagai contoh, tarian ulek mayang iaitu bentuk asalnya adalah sebuah tarian memuja semangat,"katanyaMenurutnya, penari ulek mayang akan menggunakan mayang pinang dan mengoncangkannya semasa menari sehinggalah ia merasakan mayang pinang tersebut bergoncang dengan sendirinya sebelum dilepaskan kepada penari yang lain.“Tarian ini kebiasaannya diamalkan untuk memuja semangat laut. Namun pada hari ini, kepercayaan atas semangat itu sudah hilang, sebaliknya tarian ini cuma tinggal sebagai bentuk hiburan sahaja,” katanya.
11 Mar 18
1386