Artikel "Utama" Terkini
Anggota APM Siap Sedia Berdepan PRU
Anggota APM bersiap sedia hadapi PRU Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan mengerahkan anggotanya pada bila-bila masa bagi menjalankan tugas sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).Ketua Pesuruhjaya APM, Mej Jeneral Dato' Azmy Yahya berkata, pihaknya dalam keadaan siap siaga bagi memastikan seluruh negara dalam keadaan aman dan sejahtera sepanjang tempoh kempen pilihan raya.Katanya, ketika ini APM mempunyai kekuatan 2.1 juta anggota seluruh negara dan sebahagiannya sukarelawan akan dikerah menjalankan tugas yang diperlukan dalam tempoh berkenaan."Semua anggota APM sudah dilatih untuk membantu orang ramai jika berlaku sebarang kes kecemaasan yang ada kaitan dengan tugas anggota pasukan berkenaan.“Semua pengarah APM seluruh negeri juga sudah diarah menyediakan pasukan anggota yang terbaik bagi mempastikan keadaan di kawasan masing-masing sentiasa dipantau,” katanya selepas majlis penghargaan kepada petugas Monsun Timur Laut (MTL), di Besut, hari ini.Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh merasmikan program berkenaan serentak dengan pelancaran Skuad Sukarelawan APM Parlimen Besut.Azmy berkata, APM menyasarkan menjelang akhir tahun ini sejumlah 3 juta anggota agensi itu ditambah dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.Idris ketika merasmikan program itu, berkata beliau turut berbangga dengan perkhidmatan yang diberikan anggota APM yang sentiasa bersedia menjalankan tugas secara sukarela."Kenaikan tambahan elaun yang diumumkan kerajaan baru-baru ini diharap lebih ramai rakyat menyertai pasukan APM kerana ia satu tugas murni untuk negara."Bencana banjir yang berlaku di negeri ini tiap tahun bukti anggota APM sentiasa berada di barisan hadapan dalam membantu mangsa banjir,"katanya.
19 Mar 18
180
Kesedaran Bumiputera Terhadap Pelaburan Saham Masih Lemah
Tengku Putera memalu gong sebagai gimik merasmikan program. Harish Fadzillah Abu KassimPenglibatan golongan Bumiputera dalam pelaburan saham masih lagi rendah dan perlu diberi lebih pendedahan agar mereka dapat menjadi pelabur yang berjaya.Timbalan Ketua Setiausaha (Pedagangan)Kementarian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Isham Ishak, berkata orang Melayu masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain dalam bidang saham.Katanya, mereka lebih gemar untuk terlibat dengan pelaburan yang tidak sah di sisi undang-undang serta mudah terpengaruh dengan jaminan akan mendapat pulangan lumayan dalam jangka masa yang singkat.“Golongan ini perlu diberi perhatian dan didikan mengenai asas pelaburan yang betul. Mungkin sebelum ini mereka ada melabur tetapi tidak menguntungkan dan sebab itu memilih jalan mudah dengan menyertai skim cepat kaya,” katanya.Beliau berkata demikian pada Seminar Pelaburan Saham Terengganu 2018, ‘Pelaburan Berteraskan Syariah’ di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir merasmikan seminar Pengerusi Jawatankuasa dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.Menurut beliau, program-program sedemikian mampu memberikan pendedahan, peluang dan perkongsian yang bermanfaat kepada masyarakat untuk menceburi bidang saham.“Pihak kami mahu masyarakat melabur dengan bijak dan pandai menilai risiko sebelum sesuatu keputusan pelaburan dibuat.“Mereka perlu belajar teknik pelaburan dengan betul, tahu bila masa hendak jual atau beli saham dan mengetahui keadaan ekonomi dunia mampu mempengaruhi sesuatu nilai saham berkenaan.“Oleh itu, ambil peluang ini untuk memperbaiki diri dan menajamkan kemahiran. Untuk menjadi seorang pelabur saham yang berjaya, proses pembelajaran tidak pernah terhenti dan sentiasa dikembangkan dengan ilmu-ilmu baharu,” katanya
19 Mar 18
39
Tawaran Kerja RM8 Juta Untuk 139 Kontraktor
Menteri Besar bergambar bersama kontraktor selepas penyerahan surat tawaran Kerja JKR Negeri Terengganu di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailSeramai 139 kontraktor menerima surat tawaran kerja melibatkan peruntukan lebih RM8 juta bagi melaksanakan kerja inden, undi elektrik, undi dan mekanikal di seluruh Terengganu bermula tahun ini.Penyerahan surat tawaran Kerja Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, hari ini.Ahmad Razif juga berharap semua kontraktor yang terpilih dan terlibat dengan projek berkenaan akan terus berjaya pada masa akan datang serta mewarisi perusahaan kepada keluarga dan pewaris yang sepatutnya.“Para kontraktor binaan di negeri ini juga diingatkan supaya tidak ‘mengalibabakan’ atau meminjamkan lesen mereka kepada pihak lain untuk melaksanakan projek.“Kita juga mahu memastikan setiap projek yang diperolehi ini dapat dilaksanakan sendiri oleh kontraktor, tidak menjualnya kepada pihak lain sehingga mengabaikan kualiti projek akibat mengambil untung atas peruntukan projek,”katanya.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman dan Pengarah Kerja Raya Terengganu, Ir. Che Kamaruddin Bahar.Ahmad Razif berkata, tindakan meminjamkan lesen kepada pihak lain boleh memberi kesan kepada pemegang lesen jika pihak berkenaan tidak mampu menyiapkan sesuatu projek mengikut piawaian ditetapkan.Beliau juga berharap, semua kontraktor terlibat dapat merancang dan melaksanakan kerja mengikut waktu dijanjikan dan menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Tambah beliau, JKR juga perlu sentiasa memantau semua projek berkenaan bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut spesifikasi dan melancarkan projek pembangunan yang memberi manfaat kepada semua.
18 Mar 18
254
UMT Catat 794 Berita Dengan Nilaian RM16.8 Juta
Nor Aeni bergambar kenangan bersama pengamal media yang hadir pada MAM. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merekodkan sejumlah 794 liputan media di akhbar utama edisi timur dan nasional dengan nilaian berita berjumlah RM16.8 juta telah memberi kesan secara langsung kepada dalam memperkasakan universiti itu sepanjang tahun lalu.Naib Canselor UMT, Prof Dato Dr Nor Aeni Mokhtar , berkata menyedari perkara itu, Pusat Komunikasi Korporat UMT sebagai penghubung kepada pihak media terus mengambil insiatif mempelbagai program, memperkasakan kajian, selain menjenamakan semula #UMTSohor."Besarlah harapan UMT agar sahabat media dapat memberi sokongan dan liputan secara berterusan agar UMT terus sohor di peringkat nasional dan global mahupun peringkat nasional, " katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Media (MAM) 2018 di Permai Hotel, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir sama, Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato' Muda Mamat, Presiden Kelab Wartawan Terengganu, Wan Abd Rahman Hayat.Kira - kira 200 pengamal media dari pelbagai agensi media hadir memeriahkan MAM yang menawarkan sebuah peti sejuk sebagai cabutan utama.Dr Nor Aeni turut memberitahu, ledakan perkembangan teknologi informasi maklumat, dunia kewartawanan kini menyaksikan kemunculan akhbar-akhbar dalam talian, penyebaran berita melalui laman sosial seperti facebook, instagram, twitter mahupun whatsapp, menjadi cabaran mempertahankan agenda nasional sangat besar dan mencabar.Katanya, portal berita dan juga media sosial mengemaskini berita mereka hampir setiap minit. Aliran maklumat menjadi terlalu pantas, informasi sama ada yang sahih atau tidak disebar kepada orang awam dengan sekelip mata sehingga ada adakalanya tidak memberi ruang kepada pembaca untuk mencerna intipati yang disampaikan.“Namun, saya percaya biar secanggih mana pun teknologi yang digunakan dalam dunia kewartawan baik di media cetak, elektronik mahu pun portal berita, etika serta tanggungjawab anda sebagai wartawan tidak pernah berubah khususnya dalam menyampaikan maklumat dalam aspek pendidikan,”katanya.
17 Mar 18
80
Jambatan Angkat Dijangka Beroperasi Oktober Ini
Ahmad Razif meninjau perkembangan projek jambatan angkat di Seberang Takir. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Jambatan angkat (draw bridge) yang menghubungkan Kuala Terengganu Selatan dengan Seberang Takir, Kuala Nerus dijangka siap pada September ini dan dapat digunakan sepenuhnya pada Oktober nanti.Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jambatan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dengan kos keseluruhan RM248 juta itu mampu memendekkan jarak perjalanan dari Kuala Terengganu ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang mengambil masa kira-kira 10 minit.Katanya, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan berperanan mengendalikan jambatan ikonik itu yang merupakan satu lagi mercu tanda baharu bagi Terengganu.“Orang akan kenal Terengganu dengan draw bridge. Apabila sebut jambatan angkat pastinya akan tahu hanya di Terengganu," katanya. Beliau berkata ketika melawat jambatan itu yang diiringi Pengurus Besar Corporate Strategic Planning Division ECERDC Datuk Ragu Sampasivam, di Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini. Ahmad Razif berkata apabila siap kelak, jambatan itu dapat menyelesaikan kesesakan lalulintas di Jambatan Sultan Mahmud, yang kini semakin meruncing.Katanya, ia sudah pasti akan menarik minat ramai pengujung terutama pelancong kerana ia merupakan jambatan yang sangat menarik dengan mempunyai empat menara yang akan menempatkan restoran dan dewan-dewan untuk majlis keramaian.“Kerajaan sedang mengkaji dan berbincang sama ada jambatan itu dikendalikan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) atau badan-badan lain yang bersesuaian.“Di kawasan itu nanti akan dijadikan bandar warisan pesisir air yang hidup dan dibangunkan kawasan perdagangan dengan pelbagai projek dengan peruntukan melebih RM1 bilion,”katanya. Manakala di sebelah Selatan Kuala Terengganu pula, beliau berkata, ia akan bermula dengan Kuala Terengganu City Central (KTCC), diikuti dengan menara Tenaga Nasional Berhad."Tidak berapa lama lagi Mayang Mall akan mula beroperasi di situ yang akan menempatkan apartment yang menjadikan kawasan itu satu kawssan tarikan yang utama pengunjung dan pelancong," katanya.Dengan siapnya jambatan itu kelak, ia menjadikan empat jambatan yang menghughungkan Kuala Terengganu dengan Kuala Nerus iaitu menerusi Jambatan Sultan Ismail (Pulau Rusa-Manir), Jambatan Bukti Losong (Losong-Teluk Pasu), Jambatan Sutlan Mahmud (KUala Ternggnau-Bukit Tunggal) dan Jambatan Angkat.
17 Mar 18
226
SPM 2017: Terengganu Terus Capai Kecemerlangan
Kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi tahniah, penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu dan seluruh warga pendidikan Terengganu berikutan kejayaan cemerlang dalam keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, yang diumumkan hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, Terengganu sekali lagi mencipta sejarahnya yang tersendiri kerana keputusan SPM 2017 menyamai pencapaian terbaik dalam SPM sebelum ini apabila mencapai Gred Purata Negeri 4.90 dan angka ini merupakan peningkatan 0.12 berbanding Gred Purata Negeri Tahun 2016 iaitu 5.02."Peratus layak SPM juga meningkat dengan pencapaian lebih baik iaitu daripada 86.6 peratus pada 2016 kepada 88.56 peratus pada 2017."Bagi kategori SABK/SMKA, Terengganu telah mendominasikan ranking terbaik kebangsaan apabila tiga buah sekolah menduduki tiga tempat teratas iaitu SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Kemaman dan diikuti SM Imtiaz Kuala Berang," katanya dalam satu kenyataan kepada media.Katanya, kehebatan Terengganu adalah apabila tiga orang pelajar mendapat semua A+."Mereka adalah Muhamad Khairul Azri Mohd Khalid dari SM Imtiaz Besut; Muhammad Syauqellah Razali SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu masing- masing memperoleh 11A+," katanya.Menurutnya, manakala Nur Ellena Elmie dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus memperoleh 9A+."Lebih membanggakan kita iaitu seorang pelajar Calon Berkeperluan Khas dari sekolah menengah harian di Hulu Terengganu, SMK Kuala Telemong juga mendapat keputusan cemerlang."Pelajar itu adalah Ahmad Izzat Sohame @ Suhaimi SMK Kuala Telemong yang memperolehi mendapat (6A 1B 2C)," katanya.Menurutnya lagi, kerajaan negeri amat berbangga dengan pencapaian hebat yang meletakkan pendidikan Terenggganu mengungguli Keputusan SPM 2017.
15 Mar 18
336
Tubuh PMTI Lancar Pembangunan Taman Ilmu
Ahmad Razif menyerahkan replika kunci tanda simbolik merasmikan Universiti P RamleeKerajaan negeri akan menubuhkan Perbadanan Memajukan Taman Ilmu (PMTI) bagi melancarkan proses pembangunan Taman Ilmu, di Tembila, Besut sebagai pusat pendidikan terkemuka negara.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perbadanan yang akan dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu bertanggungjawab secara keseluruhan untuk pembangunan pendidikan yang menempatkan pelbagai institusi pendidikan tinggi.Katanya, Taman Ilmu akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat membabitkan usaha sama kerajaan negeri dan institusi lain termasuk universiti tempatan."Pelbagai pihak berminat untuk menubuhkan universiti di Taman Ilmu dan kerajaan bersedia menimbangkan permohonan pihak terbabit untuk menempatkan kampus masing-masing di taman berkenaan.“Penubuhan perbadanan itu diharap dapat memancu pertumbuhan pembangunan dan meningkatkan pendidikan negeri ini,” katanya selepas merasmikan penubuhan Universiti P Ramlee, di Taman Ilmu, Besut, hari ini.Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan,Dato' Rasdan Abdullah dan Rektor Aswara, Dato' Dr Mohd Rizon Juhari.Penubuhan Universiti P Ramlee itu sebahagian usaha kerajaan untuk membangunkan semula Taman Ilmu yang dibina pada 2004 dan terbengkalai sejak beberapa lama.Universiti P Ramlee pada awalnya dikenali Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) kini dinaik taraf universiti sebelum ini mempunyai kampus tetap di Kuala Lumpur.Taman Ilmu yang dibangunkan di bawah projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dilaksanakan sejak 2004 di kawasan seluas 280 hektar membabitkan peruntukan sebanyak RM300 juta.Ahmad Razif berkata, matlamat asal penubuhan taman ilmu ialah untuk menempatkan sembilan universiti dan usaha itu diharap akan menjadi kenyataan apabila ia dijadikan sebuah perbadanan."Ketika ini sebuah masid yang mampu lebih 8,000 jemaah sudah digunakan sepenuhnya sejak tiga tahun lalu."Manakala kemudahan lain termasuk dewan, perpustakaan, kompleks sukan mengalami kerrosakkan dan akan diperbaiki semula membabitkan peruntukan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Kerajaan Terengganu.Kumpulan pertama 1,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diambil mengikuti sembilan kursus kesenian yang ditawarkan oleh universiti dan mereka dijangka memasuki universiti itu padaa September ini.
15 Mar 18
204
SPM 2017 : Dyslexia Tidak Halang Izzat Dapat Keputusan Cemerlang
Izzat (paling kiri) bersama tiga lagi pelajar cemerlang SPM 2017 selepas menerima keputusan itu, di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, hari ini.Kekurangan diri sebagai pelajar yang mengalami masalah dyslexia tidak menjadi penghalang untuk berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila diumumkan sebagai calon berkeperluan khas (CBK) cemerlang negeri Terengganu 2017.Bagi Ahmad Izzat Sohame @ Suhaimi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong, Hulu Terengganu, kekurangan dirinya tidak pernah membantutkan usahanya untuk meraih kejayaan sebagaimana pelajar normal lain.Anak ketiga daripada empat beradik kepada pasangan suami isteri, Suhaimi Abdullah,59, seorang pesara telekom dan Norliah Othman, 49, guru pendidikan khas di sekolah yang sama, mempunyai dyslexia iaitu menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal sejak kecil.Ahmad Izzat berkata, dia tidak menduga akan berjaya mendapat 4A, 2A-, 1B+, 1C+, 1C dan mahu rakan yang senasibnya juga mampu mendapat kejayaan lebih baik sebagai jaminan masa depan.Jelasnya, proses pembelajaran di dalam kelas adalah sama seperti rakan yang lain dan banyak dibantu oleh rakan-rakan termasuk guru-guru yang tak pernah membezakannya sewaktu pengajaran dan pembelajaran."Kat sekolah belajar macam biasa lepas itu saya akan ulangkaji bersama rakan-rakan dan sambung semula bila balik ke rumah dengan bantuan abang."Walaupun saya hadapi masalah untuk faham dan ingat dalam mata pelajaran bahasa Inggeris dan sejarah, saya tetap akan cuba dan terus mencuba...dan jika saya masih ada masalah untuk memahami tentang sesuatu mata pelajaran...saya akan hubungi cikgu untuk penjelasan,"kata Ahmad Izzat kepada pemberita ketika ditemui selepas pengumuman SPM di pejabat Jabatan Pendidikan Terengganu hari ini.Katanya lagi untuk mencapai kejayaan pasti ada halangan tetapi dia tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk meneruskan perjuangan dengan sokongan orang-orang yang tersayang."Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan dan guru-guru yang mengajar dengan penuh kasih sayang dan memahami masalah yang saya hadapi malah memberi semangat untuk saya kuat hadapi SPM," ujarnya.Beliau berkata, berita gembira ini adalah hadiah kepada ibu bapanya dan tidak sabar untuk menghubungi mereka yang kini berada di Istanbul, Turki atas urusan kerja bagi berkongsi kejayaan itu.Ahmad Izzat yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Sains Geomatik turut menasihatkan mereka yang mempunyai masalah sepertinya supaya tidak menjadikannya sebagai halangan untuk berjaya.
14 Mar 18
596
SPM 2017 : Terengganu Kekal Terbaik
Terengganu terus melakar sejarah dalam bidang pendidikan apabila Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 merekodkan peningkatan dengan Gred Purata Keseluruhan (GPK) negeri 4.90 mengatasi GPK kebangsaan 4.97.Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, ini merupakan kejayaan yang membanggakan bagi 2017 dan menyamai pencapaian terbaik yang pernah dicapai Terengganu dalam SPM."Sebanyak 88.50 peratus iaitu 16,195 daripada 20,525 calon SPM negeri ini lulus penuh peperiksaan itu dan layak memperolehi sijil."Seramai 278 calon memperoleh keputusan cemerlang A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM di Terengganu," katanya pada sidang akhbar pengumuman SPM di pejabat Jabatan Pendidikan Terengganu, hari ini.Beliau juga berkata, pihaknya juga telah mengenalpasti beberapa subjek atau mata pelajaran yang telah menyebabkan pelajar tidak mendapat semua A+.“Antara subjek yang kita kenal pasti ialah bahasa Inggeris dan matematik tambahan.Selain itu, subjek sains tulen iaitu kimia, biologi dan fizik serta matematik tambahan termasuk subjek bahasa melayu. Kita akan fokus kepada subjek-subjek ini,” katanya lagi.Dua pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat semua A+ ialah Muhammad Khairul Azri Mohd Khalid dari Sekolah Menengah Imtiaz Besut dan Muhammad Syauqellah Razali dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik, Kuala Terengganu yang mendapat 11A+ dan Nur Ellena Elmie dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus, mendapat 9A+.Sekolah Menengah Imtiaz, Besut dan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud Kuala Terengganu pula merupakan sekolah paling cemerlang manakala calon berkeperluan khas (CBK), Ahmad Izzat Sohame @ Suhaimi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong, Hulu Terengganu yang mengalami disleksia pula adalah calon CBK cemerlang negeri, dengan mendapat 4A, 2A-, 1B+, 1C+, 1C.
14 Mar 18
770
TSG Tubuh Akademi Cungkil Bakat Baru
Pasukan TSG bersedia beraksi pada LTdL 2018. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri akan menubuhkan Akademi Terengganu Pro Asia Cycling Team sebagai usaha mencungkil bakat baru dalam sukan berbasikal dari seawal usia tujuh tahun.Akademi yang dijangka bermula sebelum pertengahan tahun ini mampu melahirkan lebih ramai pelumba berkualiti dan profesional.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, inisiatif itu mampu memberi pendedahan awal kepada bakat muda untuk diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa."Di Terengganu ramai pelumba-peluma basikal, tetapi sekarang ini mereka tidak diketengahkan malah, tidak ada peluang untuk diketengahkan.“Oleh itu kita perlu mewujudkan pasukan pelapis untuk memberi peluang dan pengalaman kepada mereka untuk menyertai acara-acara terutamanya di luar negara", katanya.Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian pada Majlis Perasmian TSG Station dan Memperkenalkan Pelumba Serta Barisan Penaja di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir sama, Pengarah Eksekutif TSG, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TSG, Ahmad Farhan Abdul Wahab.Rozi berkata, jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi memilih pelajar yang berkelayakan termasuk mempelawa kanak-kanak yang memiliki basikal lajak untuk mencuba nasib.“Saya melihat mereka ini sangat berbakat, jika diberi peluang dan terpilih untuk bersama-sama menyertai akademi, sekurang-kurangnya mereka tidak lagi melepak di lokasi tertentu sehingga larut malam. “Buat permulaan seramai 30 pelajar di bangku sekolah rendah dengan mengutamakan anak jati Terengganu akan diserap bagi memberi pendedahan di akademi itu yang berpusat di Kuala Terengganu.“TSG akan mengendalikan akademi tersebut sepenuhnya termasuk modul pelaksanaannya,""katanya.
14 Mar 18
168