lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Litar Lumba Gong Badak Kejayaan Besar Atasi Masalah Lumba Haram
Menteri Besar beramah mesra dengan peserta selepas melancarkan pelepasan Drag Challenge 2018, di Litar Lumba Gong Badak,  Kuala Nerus, tengah malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailLitar Lumba Gong Badak, Kuala Nerus antara kejayaan terbesar Negeri Terengganu kerana mampu menarik minat golongan muda yang gemar berlumba melakukan aktiviti itu mengikut peraturan dan tidak lagi menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kemudahan itu antara inisiatif kerajaan untuk membendung masalah 'mat rempit' dan perlumbaan haram di jalan raya serta kawasan awam sejak beberapa tahun yang lalu."Bukan sahaja dapat mengatasi masalah perlumbaan haram, litar lumba itu juga memberi ruang kepada peminat permotoran menonton perlumbaan dengan selamat,"katanya.Beliau berkata demikian selepas melancarkan acara pelepasan Drag Challenge 2018, di Litar Lumba Gong Badak,  Kuala Nerus, tengah malam tadi.Ahmad Razif turut bertemu dan berbual mesra dengan anak muda yang  mengunjungi litar berkenaan.Kira-kira 2,000 pengunjung teruja menyaksikan perlumbaan di kalangan jaguh-jaguh sukan permotoran dari seluruh negeri beraksi.Sementara itu kumpulan geng 'ABIEL 66' dari Chukai, Kemaman, mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar kerana begitu prihatin kepada minat orang muda dengan mengilhamkan sebuah litar permotoran yang hebat dan lengkap."Kemudahan litar ini dapat mengubah mat rempit menjadi pelumba trek yang hebat, kami rasa lebih selamat belumba di litar daripada menjadi pelumba jalanan yang mengundang pelbagai risiko keselamatan awam," katanya.
22 Mar 18
755
Empty Image
Rakyat Terengganu Dijemput `Negeriku Berselawat, Doa Kami Untuk Palestin' 26 Mac Ini
Terengganu bakal menganjurkan program `Negeriku Berselawat dan Doa Kami Untuk Palestin' di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus pada 26 Mac ini (Isnin).Program bermula pada jam 8.00 malam akan disiarkan secara langsung di rangkaian televisyen TV Alhijrah turut menampilkan penceramah tersohor, Ustaz Syamsul Debat.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijadualkan akan turut serta bersama kepimpinan negeri yang lain bagi menjayakan matlamat meneruskan doa dan munajat, memohon pertolongan Allah SWT supaya menghentikan kezaliman musuh-musuh Islam yang menindas rakyat Palestin ketika ini.Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Unit Komunikasi  Negeri Terengganu (UKOM) juga menjemput kumpulan Nur Ahli Badar untuk mempersembahkan Qasidah kepada tetamu yang hadir nanti.Oleh itu, orang ramai dijemput beramai-ramai untuk sama-sama menjayakan majlis bagi mendoakan keselamatan bumi Gaza.
22 Mar 18
313
Empty Image
Terengganu Istiqamah Bangunkan Ummah
 Tetamu yang memeriahkan Program Bicara Profesional Menelusuri Sejarah Peradaban Batu Bersurat di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri akan terus istiqamah dalam usaha membangunkan ummah dan meningkatkan syiar Islam berpandukan kerangka Maqasid Syariah.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong  berkata,  penyusunan segala dasar dan perancangan berpandukan kerangka itu yang mementingkan pemeliharaan lima aspek manusia.Katanya, lima aspek iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta menjadi pegangan..inilah usaha dan iltizam  kerajaan yang amanah dan bertanggungjawab dahulu sehingga sekarang."Ini dapat kita lihat dalam perkembangan mutakhir yang menampakkan kecenderungan masyarakat  yang semakin meningkat dalam mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama,”katanya.Beliau berkata demikian pada Program Bicara Profesional Menelusuri Sejarah Peradaban Batu Bersurat di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Siri bicara anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  dan Lembaga Muzium Negeri  Terengganu itu disampaikan oleh pensyarah Pusat Pengajian Lanjutan Islam, Sains dan Tamadun Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr. Zainiy Uthman.Dr Zainiy  mengupas nilai autentik Batu Bersurat dari pelbagai sudut keilmuan yang membuktikan kegemilangan Terengganu suatu masa dahulu.
22 Mar 18
71
Empty Image
Kerajaan Negeri Belanja RM56 Juta Untuk Bantuan Kebajikan Rakyat
Roslee melakukan gimik perasmian bagi pelancaran program Kembara Kebajikan 1Malaysia di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi , Dungun hari ini.Kerajaan negeri memperuntukkan RM56 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diagihkan kepada kumpulan sasar khususnya golongan tidak berkemampuan sepanjang tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sentiasa memberi tumpuan bagi memastikan permasalahan rakyat terus dibantu serta diselesaikan dengan sebaik mungkin."Daripada jumlah ini, lebih RM13 juta diperuntukkan bagi bantuan am yang melibatkan 20,541 penerima di seluruh daerah dalam negeri ini."Selebihnya melibatkan bantuan bencana alam, elaun latihan bekerja, bantuan kebakaran, bencana ribut, bantuan cermin mata termasuk beberapa lagi bantuan sara diri bagi memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara,"katanya.Roslee berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pelancaran Kembara Kebajikan 1Malaysia 2018 di Dewan Semerbak  Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi, Dungun, hari ini.Seramai 589 penerima bantuan am dan 246 penerima bantuan cermin mata dari Dewan Undangan Negeri Bukit Besi menerima bantuan masing-masing pada majlis tersebut.Turut hadir, Pengarah JKM Terengganu, Zuhami Omar dan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Menurut Roslee, program turun padang yang dilaksanakan oleh agensi-agensi perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa supaya masyarakat akan tahu bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian dan berada dibelakang mereka terutama diwaktu kesempitan.Sementara itu, Zuhami berkata program Kembara Kebajikan 1Malaysia diadakan bagi mendekati kumpulan sasar,  menggerakkan aktiviti kesukarelawanan dan menguar-uarkan perkhidmatan kebajikan selaku peneraju perkhidmatan kebajikan."Bertemakan komuniti perkasa masyarakat sejahtera, program dilaksanakan dengan memberi perkhidmatan secara terus kepada masyarakat."Termasuk program cari dan bantu yang turut diadakan bagi memastikan tidak ada masyarakat tercicir daripada menerima kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri dan Persekutuan," katanya.
22 Mar 18
132
Empty Image
Bina Rumah Projek Akuapolitan Kuala Nerus Mula April Ini
Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) fasa pertama membabitkan pembinaan 200 rumah peserta dijangka bermula pertengahan April ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembinaan rumah tersebut dilaksanakan secara berperingkat melibatkan 452 peserta dengan kos keseluruhan berjumlah RM21 juta.“Ia akan dibina di Seberang Pak Abu di Seberang Takir, untuk menempatkan sebahagian daripada keluarga nelayan yang terlibat dengan projek berkenaan,”katanya.Beliau berkata demikian  selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) ECER, di Pejabat ECER, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar.Ahmad Razif turut memberitahu, hasil mesyuarat bersama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Terengganu tadi, projek pembangunan itu  dijangka akan memakan masa 18 bulan dan akan siap pada 2020. “Sebaik sahaja pembinaan rumah ini selesai, ia akan diikuti dengan pembinaan projek untuk pengisian dan aktiviti-aktiviti bagi Projek Akuapolitan Kuala Nerus yang mana telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada tahun lepas“Peserta yang telah dikenal pasti, telah menjalani latihan Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower ECER,”katanya.
22 Mar 18
336
Empty Image
Sokongan Komuniti Bantu Pulih Penagih Dadah
Masyarakat diseru agar mengubah persepsi terhadap mangsa najis dadah dan bersama membantu merawat mereka.Usaha itu perlu  dan amat penting biarpun mencari kaedah terbaik bagi merawat penagihan dadah menjadi cabaran bukan sahaja di Terengganu malah di  Malaysia dan di negara lain di seluruh dunia.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembanguban Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Mohd Iskandar Jaafar,  berkata kajian yang dilakukan terutama di luar negara mendapati pemulihan dalam komuniti memberi hasil yang lebih baik kepada pengguna dadah kerana mereka melalui pemulihan secara holistik.“Ini akan membantu meningkatkan keyakinan diri seorang penagih yang menjalani rawatan dan merasakan mereka sebahagian daripada masyarakat, " katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan peringkat Negeri Terengganu 2018 di Perpustakaan Awam Negeri , Kuala Terengganu, semalam.Seruan ini disokong oleh Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Kesedaran Awam Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Nazri Muhammad yang turut menegaskan, ia merupakan satu usaha yang dilakukan AADK dalam menghapuskan dadah dalam masyarakat."Tema Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita' untuk tahun ini sebagai usaha untuk mendekati komuniti supaya turut membantu mangsa najis dadah."Di negeri ini, kami menyasarkan keluarga dan komuniti dalam kempen perangi dadah," katanya.Melalui tindakan dan pendekatan AADK, Terengganu mencatatkan penurunan 16 peratus penagih baru sejak kempen dilaksanakan pada 2016.
22 Mar 18
603
Empty Image
Terengganu Boleh Menang Dua Pertiga - Lokman
Lokman ketika memberi penerangan berkaitan dasar kerajaan dan isu semasa kepada 700 orang yang hadir dalam majlis di Dewan Berlian Utama, Majlis Pembandaran Kemaman.Senario politik Negeri Terengganu tetap memihak kepada Barisan Nasional (BN) dengan kemenangan dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum  Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.Pengarah Komunikasi Strategik di Kementerian Kewangan Malaysia, Dato’ Lokman Noor Adam berkata, kemenangan dua per tiga itu bukan Terengganu sahaja malah di peringkat parlimen dan Pusat juga akan menang besar pada PRU14.Katanya, beliau berani menyatakannya perkara tersebut kerana dalam PRU13 yang  2013, pelbagai fitnah yang ditabur oleh pihak pembangkang untuk menjatuhkan BN namun tuduhan tersebut tidak memihak kepada pembangkang.“Walaupun ketiga-tiga barisan pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS bergabung sejak PRU10 lagi namun ianya tidak berjaya, akhirnya BN juga yang menang dan ketika itu juga satu lawan satu antara BN dan pembangkang,” katanya.Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan berkaitan dasar kerajaan dan isu semasa kepada 700 orang yang hadir dalam majlis di Dewan Berlian Utama, Majlis Pembandaran Kemaman, hari ini.Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) serta di akhir majlis diadakan sesi soal jawab bersama Pengarah Komunikasi Strategik di Kementerian Kewangan Malaysia.Turut hadir Pengarah Unit Komunikasi Terengganu (UKOM), Dato’ Muda Mamat dan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Idris Bidin.Hadir sama, ketua-ketua jabatan, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung seluruh Kemaman dan kakitangan kerajaan.
20 Mar 18
114
Empty Image
LTdL 2018 : Perlumbaan LTdL Suntik Semangat Peminat Sukan Berbasikal
Nik Mohd berjaya menduduki podium tempat ketiga. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 melonjakkan semangat peminat sukan berbasikal di Terengganu khususnya anak-anak muda yang melihat acara itu memberi impak positif kepada pembangunan masa depan belia.Ramai peminat sukan berkenaan hadir memberi sokongan di garisan penamat peringkat ketiga LTdL melibatkan jarak 166km dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, kira- kira jam 3 petang, hari ini.Dalam acara itu, pelumba kelahiran Pasir Putih, Kelantan Nik Mohd Azwan berjaya menduduki podium ketiga.Nik Mohd merupakan anggota polis Diraja Malaysia menamatkan kayuhan sejauh 166 kilometer dengan catatan masa 3 jam 58 minit 31 saat.Dengan kemenangan itu, beliau berjaya meraih jersi putih iaitu pelumba terbaik Asia selepas merekodkan masa keseluruhan 12:45:45 saat.Hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa  Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat.Sejumlah 132 pelumba mewakili 22 pasukan berstatus jelajah profesional dunia, profesional benua, benua dan pasukan kebangsaan memberikan saingan sengit pada edisi kali ini yang akan meliputi jarak keseluruhan perlumbaan 1,341km, membabitkan lapan negeri di Semenanjung Malaysia.LTdL 2018 akan bermula dari Kangar ke Kulim dengan jarak 147.9km; diikuti laluan Gerik- Kota Bharu (208.3km); Kota Bharu-Kuala Terengganu (166km); Dungun-Pekan (177.6km); Bentong-Cameron Highlands sejauh 169.4km dengan pendakian berstatus Hors di Tanah Rata; Tapah-Tanjung Malim (108.5km); Nilai-Muar (222.4km) dan tamat di Dataran Merdeka menerusi laluan Rembau-Kuala Lumpur (141.1km).
20 Mar 18
55
Empty Image
Orang Asli Dewasa Sungai Berua Berkhatan
Seramai 20 peserta masyarakat Orang Asli Sungai Berua berusia dalam lingkungan lapan hingga 20 tahun menyertai program berkhatan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).Penolong Setiausaha Dakwah Saudara Kita (Maidam), Abdul Halim Lim Abdul Rahman berkata, inisiatif itu merupakan program kali ketiga yang dilaksanakan pihaknya menerusi kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan komuniti berkenaan turut melaksanakan kewajipan sebagai orang Islam dengan berkhatan."Kita buat secara percuma termasuk pendedahan mengapa perlunya berkhatan dan syukur mereka memahaminya dan menerimanya walaupun agak lambat tentang dakwah yang cuba disampaikan."Bukan sahaja masyarakat Orang Asli Sungai Berua yang terlibat dalam program seperti ini kerana pihak kami turut laksanakan secara bersama dengan dua lagi komuniti Orang Asli iaitu di Sungai  Pergam di Kemaman dan  Sungai Sayap di Besut yang melibatkan lebih kurang 291 keluarga secara keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas program berkhatan di perkampungan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu, hari ini.Abdul Halim berkata, pihaknya memperuntukkan hampir RM7,000 untuk program kali ini dengan setiap peserta akan mendapat sedikit barangan, cenderahati berupa kain pelikat dan wang tunai.Jelasnya lagi, pihaknya turut merancang selepas bulan Syawal, mereka yang dewasa belum berkhatan akan dibawa ke hotel untuk dikhatankan diajar pantang larang dan penjagaan yang perlu bagi memberi keselesaan, mengurangkan rasa rendah diri dan malu jika dibuat secara terbuka di perkampungan mereka.Seorang peserta, Faizal Hassan, 16, mengakui belum sempat berkhatankerana perasaan takut sentiasa menyelubunginya apabila mendengar perkataan khatan."Saya tahu khatan adalah satu kewajipan bagi orang lelaki Islam, saya cuba kumpulkan keberanian dan sebab itu saya melakukannya kerana keinginan berkhatan datang daripada hati saya tanpa ada paksaan.“Ada juga dengar orang cakap yang bukan-bukan tentang berkhatan, tetapi hati saya kuat pada kali ini...dah lama saya tangguh dan hari ini saya sudah pun melaluinya... Alhamdulillah tidak rasa sakit ," kata  Faizal.Alias menunjukkan akar rempah gunung yang digunakan sebagai ramuan ubat bagi menyembuhkan luka berkhatanSementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Sungai Berua, Alias Pelong berkata,  program itu perlu diteruskan setiap tahun perlu bagi memastikan kanak-kanak orang asli berkhatan seawal usia mereka.Tambahnya lagi, menjadi satu tradisi apabila selepas berkhatan, anak-anak tidak bergantung sepenuhnya kepada ubat moden dibekalkan sebaliknya mengamalkan minum air rebusan akar tumbuhan hutan dinamakan rempah gunung bagi cepatkan proses pemulihan.“Cuma ia tidak akan diminum pada hari sama ubat moden dimakan, sebaliknya diselang-seli setiap hari. Sebelum program, kami sudah ke hutan cari akar rempah gunung ini untuk direbus sebelum diberi minum kepada peserta berkhatan,”ujar Alias.
19 Mar 18
1427
Empty Image
Lulus Peruntukan RM500 juta Untuk Jalan Di Besut
 Nawi beramah mesra dengan ahli mesyuaratKerajaan Pusat meluluskan peruntukan  RM500 juta untuk menaik taraf jalan dan pembinaan jambatan kedua merentangi Sungai Besut bagi mengatasi masalah kesesakan yang sering berlaku di bandar ini terutama pada musim cuti umum.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Nawi Mohamad berkata, pembinaan jambatan kedua berhampiran jambatan sedia ada di bandar Jertih diharap dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang sering menjadi rungutan penduduk daerah itu.Katanya, serentak dengan pembinaan jambatan baharu itu kerajaan akan melebarkan jalan daripada dua lorong kepada empat lorong bermula dari Kampung Gong Nering hingga ke Seberang Jertih."Selain itu menerusi peruntukan sama  kerja menaik taraf jalan daripada dua lorong kepada empat lorong dari Hospital Besut ke Pasir Akar, Hulu Besut akan dilaksanakan.“Usaha menaik taraf jalan kepada empat lorong berkenaan juga bertujuan menyelesaikan masalah terputusnya hubungan penduduk Hulu Besut dengan bandar ini apabila berlaku banjir,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-5 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Daerah Besut, hari ini.Nawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut berkata, usaha memberi kemudahan seperti jalan dan jambatan yang dicadangkan itu akan terbantut jika penduduk Besut tidak memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Plihan Raya Umum Ke-14.Oleh itu,katanya, beliau yakin ahli persatuan pesara kerajaan daerah ini akan terus menyokong BN kerana ingin melihat Besut iterus maju dan membangun dalam pelbagai bidang sebagaimana yang dirancang kerajaan.
19 Mar 18
48