Artikel "Utama" Terkini
Lebih 10,000 Pengunjung Berselawat Di Stadium Tertutup, Gong Badak
Ahmad Razif bersama kepimpinan negeri berselawat pada program `Negeriku Berselawat dan Doa Kami Untuk Palestin', foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailLebih 10,000 pengunjung membanjiri Stadium Tertutup Gong Badak, malam tadi sempena program `Negeriku Berselawat dan Doa Kami Untuk Palestin'.Program bermula pada jam 6.30 petang itu disiarkan secara langsung di rangkaian televisyen TV Alhijrah pada jam 9 malam dengan menampilkan penceramah tersohor, Ustaz Syamsul Debat.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman hadir bersama-sama kepimpinan negeri bagi menjayakan matlamat meneruskan doa dan munajat, memohon pertolongan Allah SWT supaya menghentikan kezaliman musuh-musuh Islam yang menindas rakyat Palestin ketika ini.Pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus Fatiha Najeha Muhaimin, 16, berkata dia bersama 30 rakan dijemput khas ke program yang cukup bermakna itu dan sudah berada di lokasi program kira-kira jam 6 petang.“Sangat teruja dan tersentuh hati apabila mendengar semua hadirin bersama-sama mengalunkan zikir, selawat dan qasidah.“Saya berharap apa yang dilaksanakan penganjur diteruskan pada masa datang, sebaik-baiknya menganjurkannya pada setiap tahun,”katanya.Pengunjung dari Seberang Takir, Ruhaimi Salleh, 40, berkata program itu sangat sesuai untuk semua peringkat umur, terutama untuk remaja kanak-kanak.“Anak lelaki saya, Ikmal Naufal Ruhaimi, 5, ralit mendengar alunan qasidah, selain setia mengikuti program itu sehingga tamat program.“Perangainya sangat berbeza berbanding ketika membawanya menghadiri program lain di mana sebelum ini tidak mahu menumpu perhatian selain gemar membuat hal sendiri,” katanya.Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) itu menjemput kumpulan In-Team untuk mempersembahkan Qasidah kepada tetamu.
26 Mar 18
95
Kursus Kulinari, Jahitan ECERDC Beri Manfaat Kepada Keluarga Peserta AKN
Jebasingam bersama Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman beramah mesra dengan peserta di bawah ECERDCKursus Kulinari dan Jahitan yang diperkenalkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Terengganu berjaya memberi manfaat kepada 43 peserta dan keluarga peserta Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN).Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, semua peserta termasuk isteri, anak-anak dan ahli keluarga mereka kini sedang dilatih oleh ECERDC di bawah Program Empower. “Apa yang penting, bagaimana kita nak mengubah kehidupan mereka supaya mereka boleh meneruskan hidup. Malah, kita juga memberi latihan daripada segi pendidikan dan kemahiran untuk mereka,” katanya dalam satu majlis baru-baru ini.Katanya, projek AKN adalah satu skim pembasmian kemiskinan untuk komuniti nelayan negeri ini dan yang pertama di Malaysia.“Projek tersebut akan dibangunkan oleh ECERDC dan akan dibangunkan sebagai zon penangkapan ikan laut bersepadu dan mampan, yang merangkumi pembinaan Terminal Perikanan Akuapolitan, Perkampungan Pemprosesan Ikan Akuapolitan dan Pusat Penyelesaian Menyeluruh Perikanan.“Bagi menjayakannya, ECERDC telah melantik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai perunding untuk menjalankan kajian mengenai sosio-ekonomi, strategi pembangunan dan pelaksanaan menyeluruh AKN,”katanya.
26 Mar 18
39
Kejayaan TSG Bukti Usaha Kerajaan Tidak Sia-Sia
Kejayaan Pasukan Berbasikal Terengganu (TSG) melakar sejarah muncul juara keseluruhan buat pertama kali selepas 22 tahun penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL), membuktikan usaha kerajaan Terengganu terhadap pembangunan sukan berbasikal tidak sia-sia.Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, selaku pemimpin nombor satu negeri itu, beliau sangat berbangga dengan pencapaian pasukan TSG, malah rakyat Terengganu khususnya dan rakyat Malaysia amnya, juga amat gembira dengan kemenangan tersebut."Setelah 22 tahun kita tunggu, hari ini dapat mencipta sejarah dan dicipta pasukan TSG. Sudah pasti kerajaan Terengganu akan memperkasakan lagi sukan berbasikal. Kita akan terus membantu pasukan dalam mencari bakat baharu.“Saya percaya kejayaan Ovechkin akan membakar semangat pelumba tempatan dalam pasukan TSG untuk melakar kejayaan lebih cemerlang pada masa akan datang," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.Kejayaan pelumba Rusia, Artem Ovechkin memenangi jersi kuning selaku pelumba terbaik keseluruhan untuk pasukan Malaysia, menutup saingan perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 yang melabuhkan tirainya di Dataran Merdeka, semalam.Tiada sasaran diletakkan kepada pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) itu, namun beliau membuktikan kerjasama berpasukan yang erat selain sokongan padu daripada kerajaan negeri Terengganu yang membuat pelaburan besar terhadap TSG, jelas membuahkan hasil positif.Untuk rekod, Ovechkin merupakan pelumba pertama yang meraih jersi kuning untuk pasukan Malaysia sejak pengenalan LTdL pada 1996.Dalam pada itu, pelumba Itali kembali menguasai jersi hijau selaku Raja Pecut dengan pelumba pasukan Bardiani-CSF, Andrea Guardini menyambar jersi berkenaan buat kali keempat setelah memenangi jersi berkenaan sebanyak tiga kali sebelum ini - 2011, 2012 dan 2016.- Bernama
25 Mar 18
146
Peruntukan Segera RM200 Ribu Mendalam Muara Sungai Merang
Mohd Jidin meninjau persekitaran sempena lawatan di muara Sungai Merang, Setiu, hari ini. Foto oleh Aminuddin Ismaild captionKerajaan negeri menyediakan peruntukan segera sebanyak RM200,000 bagi kerja-kerja mendalamkan muara Sungai Merang berhampiran jeti Merang yang kini semakin cetek serta menyulitkan pergerakan bot-bot nelayan dan pelancong.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato' Mohd Jidin Shafee berkata, kerajaan negeri amat serius untuk menangani permasalahan itu termasuk melaksanakan pendekatan segera bagi mengelak masalah lebih buruk berlaku.“Bagi tindakan segera, sebanyak RM200,000 diperuntukkan untuk membuat alur sementara menunggu proses sebenar untuk mengatasi masalah air cetek di muara kuala itu.“Kerja-kerja itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini bagi memberi memudahkan pergerakan bot keluar masuk,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di muara Sungai Merang, Setiu, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Terengganu (JPS), Osman Abdullah, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Jurutera Daerah JPS Setiu, Aisyah Abu Bakar.Mohd Jidin berkata, fenomena air cetek di muara itu berlaku saban tahun walaupun pelbagai usaha dijalankan bagi mengatasinya.Tambah beliau lagi, kerja-kerja menaik taraf kawasan itu amat penting bagi memastikan Merang muncul sebagai gerbang pelancongan utama ke Pulau Redang. "Kerajaan negeri melalui JPS sudahpun memohon peruntukan sebanyak RM200 juta daripada Kerajaan Pusat untuk membina benteng pemecah ombak bagi menyelesaikan masalah muara cetek itu," katanya.Menurutnya lagi, apabila peruntukan berkenaan diluluskan nanti, masalah muara cetek di Kuala Merang dijangka akan dapat diatasi sepenuhnya seperti yang sudah dilaksanakan di muara sungai lain.
25 Mar 18
847
Pesta Buku @ PPAT 2018 Tawar Harga Buku Serendah RM1
Pelbagai judul novel , bahan bacaan termasuk buku latihan serendah RM1 bakal ditawarkan kepada pengunjung Pesta Buku @ PPAT 2018 di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Jalan Hiliran, Kuala Terengganu.Pesta buku yang dijadualkan berlangsung selama lapan hari bermula 31 Mac itu menjanjikan pelbagai aktiviti menarik semata-mata mahu menarik orang ramai terutama golongan pelajar.Antaranya persembahan artis cilik Muhammad Irfan Yusmanizam atau lebih dikenali sebagai Mat ipang, pertandingan teka muka surat buku, persembahan buskers, pertandingan mewarna, demonstrasi masakan dan food truck.Pengarah PPAT, Marzialina Mohamed, berkata seramai 61 penerbit buku terdiri penerbit novel, alat bantuan mengajar dan juga jualan alat tulis akan turut serta pada pesta buku itu.“Pelbagai bacaan bacaan, novel dan buku latihan menanti pengunjung dengan harga sangat berpatutan.“Pendekatan ini dapat memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk memilih bahan bacaan yang terkini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.Program yang bermula dari 9 pagi sehingga 10 malam itu bakal dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.
24 Mar 18
139
Serikandi Lancar Buku Koleksi Kuih Tradisional Terengganu
Halina menunjukkan buku koleksi makanan tradisi Terengganu, Selera Ganu Kite yang dilancarkan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Serikandi Kali Ke-31 di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailBadan Amal Dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) melancarkan buku koleksi kuih tradisional Terengganu, Selera Ganu Kite hari ini, sebagai medium memperkenalkan makanan tradisi negeri yang kian dilupai generasi muda dan mempromosikan produk pelancongan negeri Terengganu.Buku bermuka surat 144 dengan paparan 143 jenis kuih-muih pelbagai citarasa unik dan menyelerakan yang berasal dari Terengganu.Pelancaran buku yang diilhamkan Yang Dipertua Serikandi, To' Puan Seri Halina Zakaria bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Serikandi Kali Ke-31 di Hotel Permai, Kuala Terengganu.Halina berkata, buat permulaan tiga naskhah buku itu dicetak bagi gimik pelancaran dan diikuti 1,000 unit lagi untuk diagihkan kepada jabatan kerajaan serta tetamu daripada negeri dan negara luar yang berkunjung ke Terengganu."Buku ini mula ditulis dan direkodkan secara bergambar sejak 2015 dan siap sepenuhnya pada awal tahun ini selepas membuat kajian serta penelitian kuih-muih serta makanan tradisi yang terdapat di Terengganu."Serikandi berharap agar dapat menjadi rujukan kepada semua pihak termasuklah pelajar untuk mengenali lebih mendalam tentang makanan tradisi Terengganu,"katanya.Pelancaran buku dan perasmian mesyuarat agung itu disempurnakan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan jawatankuasa serta ahli Serikandi.Di majlis itu, Serikandi turut menerima bantuan pentadbiran berjumlah RM100,000 sumbangan Terengganu Incorporated (TI) yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TI, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.Serikandi turut menyampaikan sumbangan bernilai RM300 seorang berupa barangan keperluan dapur dan wang tunai kepada 30 warga emas Melayu, Cina dan India yang kurang berkemampuan di sekitar Kuala Terengganu.
24 Mar 18
1075
Orang Ramai Disaran Sumbang Karya Menerusi KREATIFMARKET.MY
Jailani menyampaikan sijil penyertaan kepada seorang peserta KREATIFMARKET.MY, Azli Adzlan sempena majlis pelancaran program tersebut di Dewan sivik AjilOrang ramai disarankan supaya merebut peluang untuk menyumbangkan hasil karya kreaviti foto mereka dalam program KREATIFMARKET.MY untuk menjana pendapatan sampingan yang berterusan.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Dato' Seri Jailani Johari berkata, peluang ini hasil inisiatif kementeriannya dan MYNIC yang merupakan platform pertama di Malaysia mengkomersial hasil karya seni fotografi tempatan atas talian berkonsepkan crowdsourcing.Jelasnya lagi, ini bagi memberi peluang kepada komuniti untuk menjana pendapatan sampingan secara berterusan setanding platform antarabangsa seperti Shutterstock, Getty Images, 123rf dan banyak lagi."Seiring dengan teras KKMM yang dapat memberi fokus dalam pemerkasaan industri kreatif dan menggerakkan ekonomi digital negara , program KREATIFMARKET.MY dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui kemahiran sebagai aset untuk menjana pendapatan secara digital." Para penyumbang mampu memperolehi insentif sehingga RM600 bagi karya yang dimuat naik dan bagi setiap karya yang dijual melalui platform KREATIFMARKET.MY, setiap penyumbang mampu untuk menjana pendapatan sehingga RM5,000,"katanya selepas melancarkan platform Kreatifmarket.my di Dewan Sivik Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC, Datuk Hasnul Fadhly Hasan berkata, sehingga kini pihaknya tmenerima sumbangan sebanyak 11,000 hasil fotografi dengan lebih daripada 2,500 gambar yang dimuat naik diluluskan mengikut kriteria kreatif."Melalui sumbangan tersebut, lebih RM9,000 insentif telah dibuat kepada pihak penyumbang yang telah berdaftar."MYNIC secara tidak langsung sebenarnya telah membentuk generasi cakna digital yang boleh menyesuaikan pelbagai bidang kemahiran terutama bidang fotografi untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan pasif berterusan melalui keusahawan dalam talian," katanya lagi.
24 Mar 18
172
RM100 Ribu Suntikan Untuk Kelab Sahabat Najib
Kerajaan negeri menyerahkan bantuan RM100,000 kepada Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu bagi pengurusan kelab dan persiapan menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Daripada jumlah itu, RM10,000 diagihkan kepada Kelab Sahabat N87 setiap daerah, manakala RM20,000 kepada kelab negeri.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dengan peruntukan itu pihaknya berharap kelab berkenaan akan terus menjalankan program yang bermanfaat serta bersama-sama menyokong perjuangan Barisan Nasional (BN) supaya terus kekal mentadbir negeri dan negara.Bantuan pentadbiran kepada setiap daerah sempena Genderang Perang PRU14 'Antara Realiti & Fantasi' Terengganu Molek Doh! Kelab Sahabat N87 di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail"Saya berharap ahli-ahli kelab Sahabat N87 kuatkan semangat untuk terus berjuang bagi memastikan kelangsungan BN pada PRU14."Calon sudah ada.. yang pasti kita perlu bekerja keras untuk memastikan kita mampu menang dua pertiga majoriti kerusi DUN negeri dan juga dua pertiga peringkat Pusat,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Genderang Perang PRU14 'Antara Realiti & Fantasi' Terengganu Molek Doh! Kelab Sahabat N87 di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Pengerusi Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu, Dato' Seri Abdul Rahman Bakar.Ahmad Razif berkata, sampai masanya pada PRU14 nanti, BN mampu merampas semula 11 lagi kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen.Menurutnya lagi, kemenangan itu akan menambah 15 lagi wakil rakyat BN sekali gus mengukuhkan pentadbiran dengan suara majoriti.
23 Mar 18
227
Turun Padang Sentuh Hati Rakyat
Bazlan bersama penduduk Pulau Redang. Gambar oleh Suriati AliTidak protokol, sederhana dan berusaha sedaya upaya untuk memberi sumbangan dan bantuan kepada penduduk yang memerlukan.Itu antara sikap dan perwatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman dalam kalangan masyarakat setempat.Kriteria yang digalas Bazlan itu menyebabkan belaiu disenangi kerana tidak pernah meletakkan sebarang syarat semasa berurusan dengan orang ramai.Lebih menyenangkan lagi apabila perkhidmatan sebagai wakil rakyat tidak hanya tertumpu kepada masyarakat di tanah besar sahaja malah penduduk di perkampungan Pulau Redang.Setiap bulan Bazlan tidak lupa menjenguk penduduk perkampungan itu dengan mengadakan pelbagai program sentuhan rakyat, termasuk Program Mengagihkan Wang Ehsan, pada hari ini.Seorang penduduk, Mohd Nor Musa, 80 berkata, dia mengenali Bazlan ketika mengajar di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang, memiliki sifat peramah dan sangat menyenangkan.Katanya, setiap bulan datang menjenguk penduduk pulau dengan membawa barangan sumbangan."Seperti hari ini, dapat wang bantuan banjir berjumlah RM1,000."YB Bazlan bagi tahu, duit ini dari Kerajaan Pusat RM500 dan selebihnya dari kerajaan negeri, " katanya.Ibu tunggal Zaimah Mat Amin, 72 berkata, wang RM1,000 yang diagihkan melalui YB Bazlan sangat bernilai, boleh beli ubat- ubatan dan barangan keperluan dapur." Terima kasih kepada kerajaan kerana tidak pernah melupakan rakyat, terutama yang sudah uzur, golongan warga emas dan ibu tunggal, " katanya
23 Mar 18
35
Jangan Ambil Mudah Berkongsi Dokumen Pengenalan Diri Di Laman Sosial
Jailani menendang bola sebagai gimik perasmian Sukan LiSUS di padang bola Kampung Butut, Kuala Berang hari ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan orang ramai terutamanya pengguna media sosial tidak mendedahkan dokumen pengenalan diri (Mykad) bagi mengelakkan berlakunya jenayah siber.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Seri Jailani Johari berkata sekiranya dokumen berkenaan di muat naik di media sosial, sudah tentu ada pihak yang tidak bertanggungjawab akan memanipulasinya untuk tujuan penipuan."Ada pihak memuat naik salinan kad pengenalan dengan tujuan membantu contohnya jika berlaku bencana atau kemalangan bagi memohon bantuan ramai tetapi tidak sedar ada pihak akan mengambil kesempatan."Pihak yang tidak bertanggungjawab seperti peniaga atas talian palsu atau 'scammer' akan gunakan maklumat berkenaan untuk mencari mangsa, menggunakan data mereka sekaligus meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada mangsa berkenaan,"kata Jailani kepada pemberita di majlis perasmian Liga Sukan Untuk Semua(LiSUS) di padang bola Kampung Butut, Kuala Berang hari ini.Beliau turut berkata, jika perkara ini jatuh ke tangan orang lain tidak mustahil perkara buruk akan berlaku walaupun mangsa tidak terlibat."Contohnya jika dokumen berkenaan digunakan dan terlibat dengan elemen-elemen fitnah, menghuru-hara dan sebagainya perkara tersebut adalah terjatuh dibawah 233 Akta Komunikasi...dan pemilik dokumen juga akan menghadapi masalah tanpa pengetahuan mereka."Tetapi pihak yang menjadi mangsa godam boleh membuat laporan sekiranya maklumatnya dimanipulasi kepada SKMM agar penjenayah siber berkenaan boleh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,"katanya lagi.Menurutnya pihak penjenayah siber juga boleh dikenakan tindakan tegas dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 kerana telah menceroboh dan menggunakan maklumat tanpa kebenaran sehingga boleh memudaratkan pemilik data.
23 Mar 18
92