Artikel "Utama" Terkini
42 Sekolah Pondok, Pusat Tahfiz Terima Bantuan Alat Keselamatan Kebakaran
Ghazali menyampaikan bantuan alat keselamatan kebakaran di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri, Kuala Terengganu, petang ini. Foto oleh Haridh Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri melalui Jabatan Hal EhwalAgama Terengganu mengambil inisiatif mempertingkatkan ciri keselamatan sekolah pondok dan pusat tahfiz di seluruh negeri.Buat permulaan, 42 institusi pengajian agama yang berdaftar menerima bantuan alat keselamatan kebakaran di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri, Kuala Terengganu, petang ini.Bantuan alat keselamatan itu antara usaha mencegah berulangnya tragedi kebakaran seperti yang pernah berlaku di beberapa pusat tahfiz serta pondok seluruh negara sejak kebelakangan ini.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Dr. Ghazali Taib menegaskan pusat pengajian pondok dan tahfiz merupakan antara institusi yang penting dalam masyarakat dan perlu menekankan aspek keselamatan."Para pengusaha tahfiz dan pondok banyak berkorban masa dan harta dalam melahirkan anak-anak yang mengamalkan dan menyebar luas agama dan akhlak Islam.Namun, kebanyakan institusi ini kurang mengutamakan aspek keselamatan. "Disebabkan itu, kerajaan negeri mengambil langkah untuk meningkatkan ciri keselamatan di pondok dan tahfiz dengan pemberian ini," katanya ketika merasmikan majlis penyerahan tersebut.Antara sekolah yang menerima bantuan itu adalah Maahad Tahfiz wal Dirasah Padang Air dan Maahad Tahfiz wal Tarbiah Tok Jiring.Terdapat 160 sekolah pondok dan pusat tahfiz di seluruh Terengganu.
29 Mar 18
579
Velodrom Azizulhasni Bakal Dibina Dalam Tempoh Terdekat
Ahmad Razif menyerahkan sumbangan kepada Azizulhasni . Foto Tg Syamim Tg IsmailKerja- kerja pembinaan Velodrom Azizulhasni di Dungun yang dirancang sejak beberapa tahun lalu, akan dimulakan dalam tempoh terdekatMenteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata velodrom bernilai kira-kira RM12 juta itu akan dibina di atas tanah seluas 12 hektar di Kampung Balai Besar, di Dungun dan dijangka siap sepenuhnya pada 2020."Dengan terbinanya velodrom ini, ia sekali gus menjadi kebanggaan rakyat Terengganu kerana memiliki prasarana sukan bertaraf antarabangsa di daerah ini."Selain itu, kita harap usaha ini dapat melahirkan lebih ramai pelapis berpotensi untuk mewakili negara dalam sukan lumba basikal di kejohanan peringkat antarabangsa," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peletakan Batu Asas Velodrom Terengganu di Dungun, petang ini.Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Velodrom itu dibina sebagai menghargai jasa pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang yang juga anak jati Dungun kerana berjaya mengharumkan nama negara hingga ke pentas dunia dalam acara lumba basikal.
29 Mar 18
29
Terengganu Diiktiraf Pusat Sukan Berbasikal Negara
Khairy bersama Ahmad Razif berbasikal menuju ke tapak Veledrom Azizulhasni Awang.Foto Tg Syamim Tg IsmailTerengganu diiktiraf sebagai Pusat Sukan Berbasikal Negara berdasarkan pencapaian cemerlang atlet berbasikal kelahiran negeri itu di persada dunia.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata kejayaan sama mendorong kerajaan menamakan velodrom di Kampung Balai Besar sebagai Velodrom Azizulhasni Awang berdasarkan kecemerlangan jaguh pecut berbasikal negara kelahiran Dungun itu mengharumkan nama negara.Katanya, pada masa sama, berbesar hati mengagihkan geran berjumlah RM1 juta yang diperuntukkan Kerajaan Pusat disalurkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) Terengganu bagi keperluan sukan basikal di negeri ini."Pengisytiharan Terengganu sebagai pusat kecemerlangan berbasikal negara selaras dengan kecemerlangan negeri itu dalam sukan berbasikal negara sekali gus memahat nama Malaysia di peringkat dunia terutama menerusi Azizulhasni dan juga ratu trek basikal negara kelahiran Kuala Berang, Nur Fatehah Mustafa, " katanya.Malah jelasnya, ramai sedia maklum pencapaian ramai atlet sukan kelahiran Terengganu yang konsisten sehingga mengharumkan nama negeri dan negara dalam pelbagai acara sukan yang ditandingi."Saya ucap tahniah kepada Menteri Besar (Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman) kerana Terengganu cemerlang dan konsisten dalam sukan yang melahirkan ramai pelapis baharu sehingga ke jaguh dunia (Azizulhasni)."Sebab itu hari ini saya isytiharkan Terengganu sebagai Pusat Sukan Berbasikal negara," katanya dalam sidang media selepas majlis peletakan batu asas velodrom berkenaan di Kampung Balai Besar, Dungun, hari ini.Majlis peletakan batu asas Velodrom Azizulhasni Awang itu disempurnakan oleh Ahmad Razif.Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Dato' Din Adam.Khairy turut memberitahu kementeriannya menyumbangkan RM100,000 kepada pasukan basikal Terengganu (TSG) yang melakar sejarah merangkul jersi kuning sekali gus menjadi juara keseluruhan Le Tour De Langkawi.Mengulas mengenai velodrom itu, katanya, projek berkenaan yang menelan belanja RM12 juta akan mula dibina dalam waktu terdekat dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun depan."Velodrom ini juga dibina berdasarkan reka bentuk Velodrom Roubaix yang terdapat di Perancis," katanya.
29 Mar 18
325
Ketengah Holding Serah Dividen RM1.18 Juta
Din Adam melancarkan tagline `Anda Cergas Anda Sihat '' sempena KETENGAH Holding Cergas & Ceria Bersama Komuniti 2018 di Padang Astaka, Bandar Ketengah Jaya, Dungun, hari ini.Ketengah Holding Sdn Bhd menyerahkan RM1.18 juta dividen 2017 bagi diagihkan kepada golongan miskin di wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).Pengerusinya, Dato' Din Adam berkata, dividen tersebut merupakan sumbangan beberapa anak syarikat dibawah Ketengah Holding Sdn Bhd sebagai tanggungjawab sosial korporat membantu masyarakat di kawasan ini."Peruntukan RM1.18 juta ini adalah dividen keuntungan segala bentuk perniagaan yang dijalankan oleh hampir 11 anak syarikat yang merangkumi segala sektor dalam proses membangunkan masyarakat terutama dalam wilayah dan hasilnya merupakan limpahan kepada rakyat Terengganu."Dividen ini kita akan gunakan sebagai tabung pusingan untuk bantu masyarakat walaupun Ketengah sudah mempunyai bajet tertentu untuk menyalurkan bantuan," katanya.Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Ketengah, berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas Program KETENGAH Holding Cergas & Ceria Bersama Komuniti 2018 di Padang Astaka, Bandar Ketengah Jaya, Dungun, hari ini.Hadir sama, Pengurus Besar Ketengah, Omar Ismail.Sementara itu, Din Adam turut berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh Ketengah Holding pada kali ini yang berjaya mengumpulkan hampir 800 komuniti setempat dengan penglibatan besar anak-anak muda."Saya dapat lihat dari tindak balas yang ditunjukkan sepanjang hari ini, bagaimana mereka berinteraksi, mengikuti aktiviti dengan ceria dan memberikan kerjasama yang cukup baik,"ujarnya.
28 Mar 18
590
UniSZA, Skuad Sukarelawan TTB Jalin Kerjasama Bagi Misi Kemanusiaan
Ahmad Razif menyempurnakan Majlis Perasmian Mahabbah IKIMFM @ UniSZA 2018: Untukmu Al Aqsa Dan Rohinya di Perkarangan Masjid UniSZA, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (SSTTB) akan bekerjasama dengan lebih erat di masa hadapan untuk program berbentuk kemanusiaan dan kesukarelawanan.Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamaruddin Hussin berkata, sebuah kelab kemanusiaan iaitu UniSZA Society for Humanity (HUMANE) telah ditubuhkan baru-baru ini bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti sukarelawan.Komitmen itu dizahirkan kedua-dua belah pihak selepas pelancaran kelab tersebut oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, sempena Majlis Perasmian Mahabbah IKIMFM @ UniSZA 2018: Untukmu Al Aqsa Dan Rohinya di Perkarangan Masjid UniSZA, hari ini.Menurut beliau, melalui kerjasama secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu, ianya diharap dapat digerakkan secara lebih efektif serta berfokus dalam membantu mereka yang memerlukan memandangkan UniSZA mempunyai pakar dalam bidang-bidang tertentu termasuk perubatan.“UniSZA akan bergerak dan mulai sekarang sedang mengumpulkan dana, sukarelawan dan akan hantar sukarelawan kita dari semasa ke semasa termasuk dalam membantu etnik Islam Rohinya.“Sebagai contoh, Kem Cox’s Bazar yang menempatkan pelarian Rohinya amat memerlukan kepakaran dalam bidang perubatan, dan UniSZA sudah ada pakar-pakarnya. Jadi, kita akan berkolaborasi dengan Skuad Sukarelawan TTB yang mempunyai kelebihan tersendiri untuk jalankan misi-misi kemanusiaan selepas ini,” katanya.Katanya, kelab yang bermatlamatkan untuk memperjuang dan membantu isu-isu berkaitan kemanusiaan dalam dan luar negara itu diharap dapat menggembleng sumber kakitangan dan pelajar universiti itu khususnya untuk bersama memupuk semangat kesediaan membantu sesama manusia tanpa batasan agama, bangsa dan negara.
28 Mar 18
56
Jangan Silap Langkah Lagi - Ahmad Razif
Ahmad Razif mengagihkan bantuan pentadbiran kepada J3K DUN Seberang Takir. Foto Harish Fadzillah Abu KassimRakyat digesa agar mengingati dan menilai semula kerenah pemimpin Pas ketika parti itu memerintah Terengganu selama satu penggal antara 1999 hingga 2004.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sepanjang tempoh itu, rakyat menerima kesan yang cukup perit apabila pemimpin pembangkang ketika itu gagal menjaga dan mengutamakan rakyat sebagaimana janji-janji mereka sebelum pilihan raya umum.Katanya, walaupun Barisan Nasional (BN) kalah dan gagal memerintah negeri ketika itu, pemimpin UMNO tetap menjalankan kerja dan amanah kepada rakyat."Pemimpin UMNO tetap menjenguk dan menjaga rakyat meskipun kalah tetapi lihatlah pemimpin Pas, mereka menghilangkan diri dan hanya muncul semula menemui rakyat menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi. "Jangan mudah tertipu dengan pemimpin pembangkang yang kini giat masuk kampung dan menabur pelbagai janji jika menang pilihan raya umum kali ini," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Pertemuan Bersama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Parlimen Kuala Nerus, Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang semalam.Ahmad Razif berkata, perbezaan itulah yang perlu dinilai oleh rakyat dalam memilih parti yang mampu menjaga mereka sama ada susah atau senang dan bukannya memilih waktu."Kini banyak janji ditabur oleh pemimpin Pas tetapi rakyat perlu berani bertanya sama ada janji-janji yang pernah mereka buat jika menang pada pilihan raya umum lalu sudah ditunaikan atau sebaliknya."Rakyat juga perlu bertanya di manakah pemimpin Pas berada dan mengapa mereka tidak mengambil tahu penyokong dan pengikut mereka yang menghadapi masalah setelah kalah pada pilihan raya umum lalu.Katanya, berbeza dengan pemimpin UMNO walaupun kalah, mereka tetap boleh ditemui pada bila-bila masa dan di mana sahaja, malah bersedia membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat tanpa mengira fahaman politik.
28 Mar 18
42
UniSZA Sanjungi Pengamal Media
Jurufoto UKOM, Tengku Mohd Syamim turut menerima hadiah kemenangan kategori foto terbaik sempena Malam Anugerah Kewartawanan UniSZA 2018, malam tadi. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus mengiktiraf peranan media tempatan yang membantu mempromosikan pusat pendidikan itu sehingga menjadi tersohor dan antara pilihan utama ramai pelajar dalam dan luar negara, menerusi penganjuran Malam Anugerah Kewartawanan UnisZA 2018, malam tadi.Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, peranan media dalam membantu menyalurkan maklumat bermanfaat, tepat dan terkini tidak dapat disangkal lagi."Media adalah antara pihak yang banyak membantu UniSZA dalam menyalurkan pelbagai maklumat terkini dan bermanfaat kepada masyarakat. Tanpa sokongan berterusan media UniSZA pastinya tidak dapat menjadi gah seperti hari ini ."Pastinya kita mahu kolaborasi ini akan berterusan sekali gus membantu UniSZA untuk terus menempa lebih banyak kecemerlangannya supaya kekal menjadi pilihan pelajar dari seluruh dunia sebagai tempat meraih ilmu. Kita juga akan terus berusaha dan mencapai kejayaan dalam bidang penyelidikan berimpak tinggi supaya dapat memberi manfaat kepada semua pihak pada masa akan datang," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis Malam Anugerah Kewartawanan UniSZA 2018 di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi. Di majlis itu, Timbalan Pendaftar UniSZA, Ahmad Termizi Abdul Aziz turut mencuri tumpuan apabila menyampaikan puisi yang meruntun jiwa sebagai dedikasi buat Allahyarham Pensyarah Fakulti Pengajian dan Kontemporari Islam (FKI), UniSZA, Dr Shahril Othman, yang meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa, Oman pada minggu lalu. Pengarah Pejabat Kolej Kediaman (PKK) UniSZA itu menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat serangan jantung ketika sedang menunggu penerbangan untuk pulang ke Malaysia, sebaik selesai urusan penyelidikan di Arab Saudi bersama dua pensyarah lain.Pemergian Allahyarham yang berkhidmat di UniSZA selama 10 tahun bermula 2008 dan meninggalkan seorang balu serta empat cahaya mata itu, memberi kesan yang sangat mendalam buat rakan-rakan seperjuangan dan warga UniSZA.Sebelum itu, jurufoto Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail turut menerima anugerah bagi kategori jurufoto terbaik menerusi foto bertajuk '2,359 Graduan UniSZA Di Rai Di Majlis Konvokesyen Ke-9' yang disiarkan menerusi portal www.teganukita.my pada 21 Oktober 2017.
28 Mar 18
135
Polis Siasat Kes Portal Fitnah Mohd Sabri
Laporan polis mendesak pihak penguatkuasa mengambil tindakan terhadap penulis berita dan pemilik portal dipercayai milik sebuah parti pembangkang yang menyiarkan berita berunsurkan fitnah. Foto oleh Hasmizi HamidPolis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan sisatan berhubung tindakan sebuah portal disyaki milik parti pembangkang yang menyiarkan berita fitnah terhadap Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, susulan kejadian itu, polis menerima lima laporan mengenai berita yang mengandungi unsur fitnah terhadap Mohd Sabri disiarkan portal terbabit sejak kelmarin.Katanya, pihaknya akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 500, Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan pemilik portal itu boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali."Setakat ini polis sudah menerima lima laporan yang meminta siasatan dan tindakan undang-undang dikenakan keatas pemilik portal serta penulis berita berkenaan," katanya.Sebelum itu, Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Abdul Razak Ali membuat laporan polis mendesak pihak penguatkuasa mengambil tindakan terhadap penulis berita dan pemilik portal dipercayai milik sebuah parti pembangkang yang menyiarkan berita berunsurkan fitnah.Katanya, laporan itu dibuat selepas tersebarnya kenyataan palsu dan berniat jahat itu menerusi portal rasmi milik parti pembangkang sejak tengah hari semalam."Penulis portal menyiarkan berita palsu dan mengandungi usur fitnah yang kononnya Mohd Sabri mengeluarkan kenyataan amaran akan mengambil tindakan keatas pengundi yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14)."Kenyataan disiarkan dan ditular di media sosial termasuk Facebook (FB), Buletin Online dan Kumpulan p FB Gabungan Anak Terengganu (GATE) adalah palsu serta sengaja direka bertujuan menghasut rakyat terutamanya pengundi di Parlimen Kuala Terengganu untuk merosakkan reputasi selain menjatuhkan maruah Mohd Sabri," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, hari ini.Turut membuat laporan meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan terperinci adalah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Mohd Armi Irzan Mohamad, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Nia Notieya Zaharuddin.Tambah beliau lagi, pihaknya juga menuntut pemilik portal dan penulis berita itu memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.
28 Mar 18
128
Elaun Peserta TGTP Naik Kepada RM1500
Ahmad Razif (tengah) bersama sebahagian pelajar yang menerima bantuan persekolahan pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan dan Pelancaran Tuisyen Rakyat Kuala Nerus di Bangunan Penyelaras Telaga Daing, Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Elaun bulanan peserta Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP) dinaikkan kepada RM1,500 daripada RM1,000 sebelum ini bermula Januari lalu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, seramai 258 lepasan universiti di negeri ini yang menjadi peserta perintis program berkenaan mulai Disember lepas akan menerima bayaran tunggakkan elaun masing-masing. Katanya, 238 peserta daripada kemasukan Disember masih mengikuti latihan di 23 syarikat GLC di bawah Terengganu Inc.Manakala, seramai 380 peserta kemasukan baru bermula Mac lalu yang sedang mengikuti latihan di 12 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Terengganu Inc dan tujuh GLC di bawah Kumpulan anak syarikat PMINT secara automatik menerima kadar elaun baharu itu.Katanya, peningkatan kadar elaun itu antara lainnya bertujuan menggalakkan peserta menghargai dan mengenang jasa kedua ibu bapa.“Kita harapkan mereka dapat bantu ibu bapa dengan menghulurkan sedikit sumbangan daripada elaun yang diterima dan jadikannya sebagai satu budaya,” ujarnya ketika berucap di Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan dan Pelancaran Tuisyen Rakyat Kuala Nerus di Bangunan Penyelaras Telaga Daing, Kuala Nerus, hari ini.Program (TGTP) bertujuan memberi pengalaman dan latihan kemahiran tambahan bagi membantu graduan mendapatkan pekerjaan.Pelancaran inisiatif terbaharu yang merupakan penjenamaan semula kepada Skim Penempatan Siswazah Terengganu (T-GAS) yang diperkenalkan kerajaan negeri pada tahun 2006 itu memberi peluang kepada peserta menimba pengalaman di jabatan, agensi dan GLC negeri ini.Antara bidang latihan yang ditawarkan dalam TGTP adalah pertanian, pembinan dan pembuatan, pengurusan, usahawan, pelancongan, perikanan dan penternakan.
26 Mar 18
76
500 Murid Di Kemaman Sertai Kempen Keselamatan Repsol
Sebahagian murid Tahun Empat menyertai Kempen Keselamatan Repsol Seramai 500 murid sekitar Kemaman menyertai Kempen Keselamatan Untuk Murid-Murid Sekolah Rendah di bawah program khidmat sosial korporat Repsol, semalam.Syarikat minyak dan gas bersepadu yang merupakan kontraktor kepada Petronas itu meneruskan kempen yang dirintis di Sabah pada 2013, buat tahun kedua di negeri ini dengan menumpukan Kemaman dan Kuala Nerus.Pengurus Hubungan Stakeholder Repsol Oil & Gas Malaysia Limited, Ahmad Fakhrurrazi Arshad berkata, program yang telah dijalankan selama lebih lima tahun itu, telah memanfaatkan lebih 8,500 pelajar sekolah rendah membabitkan 12 daerah di Sabah. Katanya, melihat kepada kejayaan itu, pihak Repsol memutuskan untuk meneruskan program sama ke Semenanjung Malaysia iaitu di Terengganu bermula 2016.“Kami telah menjalankan tiga kempen keselamatan di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan juga Kemaman dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan untuk manfaat lebih 1,500 murid Tahun Empat.“Repsol menitikberatkan tanggungjawab sosial di mana terbahagi kepada empat bidang iaitu keselamatan, pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan,” katanya.Beliau berkata demikian pada Program Kempen Keselamatan Bersama Pelajar Sekolah Rendah Di Daerah Kemaman di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh Baru, Kemaman Menurutnya, program itu merupakan kesinambungan usaha syarikat dalam pengisian yang berasaskan keselamatan, antara perkara yang Repsol sendiri utamakan di dalam segenap fasa operasi.“Kami merasakan bahawa isu keselamatan diri ini harus diperluaskan dari tempat kerja sehingga ke rumah dan di kalangan masyarakat.“Kempen ini direka sebagai landasan bagi penyebaran mesej-mesej keselamatan yang tertumpu kepada isu-isu dan ancaman keselamatan diri di rumah, di sekolah dan di persekitaran awam,” katanya.Ahmad Fakhrurrazi berkata, program itu juga bertujuan membantu murid-murid sekolah rendah kerana mereka merupakan kumpulan sasaran yang memerlukan bimbingan serta pendedahan awal tentang keselamatan diri. “Sebagai pelopor dan penaja kempen ini, Repsol telah menghasilkan sebuah video berinteraktif, dengan tujuan khas berkongsi mesej-mesej keselamatan,”katanya.
26 Mar 18
226