lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Manifesto BN Terengganu Fokus Tiga Bidang
Menteri Besar beramah mesra dengan tetamu  yang hadir sempena majlis temu mesra di Dewan Merdeka Kota Putera Square, semalam. Foto oleh Mohamad IshakBarisan Nasional (BN) Terengganu akan menumpukan tiga bidang utama dalam manifesto peringkat negeri bagi meneruskan kesejahteraan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tiga bidang berkenaan adalah tawaran mengurangkan kos beban hidup rakyat, perumahan dan pendidikan yang bakal diberi keutamaan sebagai janji Kerajaan BN kepada rakyat negeri ini.Katanya, menerusi usaha mengurangkan kos beban hidup rakyat beberapa insentif baru berbentuk bantuan akan disediakan dalam manifesto berkenaan.Beliau berkata, kemudahan tempat tinggal sebanyak 40,000 rumah mampu milik turut disediakan bagi memberi tempat tinggal yang lebih selesa kepada penduduk yang tidak mempunyai rumah kediaman.Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 1,000 unit rumah mampu milik akan disediakan kepada penduduk Daerah Besut.“Usaha juga disediakan untuk memberi perhatian kepada bidang pendidikan bagi mengekalkan pencapaian Terengganu sebagai hab pendidikan utama negara,” katanya selepas Majlis Temu Mesra Peringkat Daerah Besut di Dewan Merdeka Kota Putera Square Kampung Raja, semalam.Pada majlis itu lebih 4,000 peserta mewakili  ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan guru-guru seluruh Daerah Besut.Sehubungan itu, Menteri Besar berharap rakyat negeri ini memberi mandat semula kepada BN supaya semua program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar  selepas berjaya membentuk kerajaan.Beliau berkata, BN Terengganu juga tidak menolak  menjalin kerjasama dengan PAS selepas pilihan raya bagi meneruskan  pembangunan yang dirancang kerajaan.Pada majlis itu, Ahmad Razif turut menyampaikan bantuan RM5,000 kepada setiap JKKK dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) serta RM2,000 kepada PIBG.
02 Apr 18
49
Empty Image
Tahap Pendidikan Orang Asli Makin Baik
Tahap pendidikan anak-anak masyarakat Orang Asli di negara ini mencatatkan peningkatan positif berikutan penambahbaikan pelbagai program dan kemudahan infrastruktur oleh kerajaan.Menteri Pendidikan, Dato' Seri  Mahdzir Khalid berkata, pihaknya tidak pernah meminggirkan masyarakat Orang Asli apabila sentiasa meningkat­kan tahap pem­­­ba­ngu­nan pen­di­dikan golongan itu yang kini semakin menarik minat mereka ke sekolah."Kini terdapat 99 buah sekolah komuniti orang asli di seluruh negara termasuk sebuah sekolah menengah dengan jumlah pelajarnya seramai 37,934 orang manakala tenaga pengajar seramai 329 orang."Terdapat lima buah sekolah kategori K9 yang menempatkan sekolah rendah dan sekolah menengah(tingkatan satu hingga tiga) dalam satu kawasan iaitu dua di Perak, dua di Pahang dan satu di Selangor," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas Majlis Penyerahan Bangunan Baru Sekolah Rendah Sungai Berua di perkampungan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Dr Ghazali Taib.Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan,  Datuk Seri Alias Ahmad; Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Amin Senin, Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu, Matsor Ismail dan Timbalan Pengerusi Eksekutif T7 Global Berhad, Tan Sri Tan Kean Soon.Mahdzir turut berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan sumbangan daripada pihak swasta bagi membantu pembangunan pendidikan di kalangan komuniti Orang Asli.Sementara itu, Tan Kean Soon berkata bangunan tambahan yang bernilai RM200,000 berkenaan disumbangkan oleh T7 Global Berhad bagi memberikan keselesaan dan kemudahan pembelajaran kepada murid-murid Orang Asli."Selain itu, pihak kami berharap ianya menjadi motivasi kepada mereka untuk meneruskan pembelajaran dan pengajaran kepada guru-guru di samping menggalakkan kehadiran anak-anak ini ke sekolah."Pihak kami juga berbesar hati untuk menjadikan 104 murid-murid di sekolah ini sebagai anak angkat T7 Global Berhad, " ujarnya.
01 Apr 18
119
Empty Image
Permohonan Dana Aidilfitri 1 April Hingga 30 April 2018
Permohonan Bantuan Dana Perayaan Aidilfitri  2018 bagi rakyat negeri ini dibuka selama sebulan, bermula hari ini (1 April) sehingga 30 April 2018.Permohonan secara atas talian itu diwajibkan kepada pemohon sama ada yang telah memohon sebelum ini atau pemohon baharu, di mana mereka diminta mengisi kembali permohonan dan tiada kemas kini maklumat.Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin, berkata  pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.danattb.terengganu.gov.my.“Antara syarat kelayakannya ialah pemohon mestilah mempunyai keluarga, rakyat Terengganu dan jumlah pendapatan bulanan hendaklah tidak melebihi RM3,000  sebulan.“Manakalan pemohon yang belum berkahwin, mestilah berumur melebihi 40 tahun serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000.00 sebulan,” katanya kepada teganukita .Katanya, borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersama salinan dokumen kad pengenalan, surat nikah, surat cerai atau surat mati pasangan dan slip gaji.“Bagi bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mengemukakan surat pengakuan pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau penghulu mukim.“Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Terengganu. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak,” katanya.
01 Apr 18
83
Empty Image
Terengganu Berpotensi Jadi Pusat Sukan Bermotosikal Negara
Tengku Sri Temenggong Raja menyarungkan jaket sebagai cenderahati kepada Menteri Besar sempena majlis perasmian dan Makan Malam TBW 2018, di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimTerengganu berpotensi muncul sebagai pusat permotoran motosikal negara satu masa nanti dengan kejayaan penganjuran Terengganu Bike Week (TBW) yang sudah masuk edisi ketujuh tahun ini serta kewujudan kemudahan litar lumba yang mendapat sambutan peminat sukan itu dari seluruh Malaysia pada masa kini.Pembinaan litar lumba baharu di sebelah Velodrom Azizulhasni di Dungun seperti yang diumumkan oleh kerajaan negeri, baru-baru ini serta litar lumba sedia ada di Gong Badak, Kuala Nerus turut menyumbang kepada potensi itu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri akan terus menyokong usaha bagi merealisasikan hasrat itu  dan tiada masalah bagi membantu TBW mencapai penyertaaan luar biasa daripada peminat sukan itu pada setiap tahun.“Pada tahun pertama (TBW) tidak sampai 1,000 peserta, tahun kedua 1,000 lebih..Malam ini saya dimaklumkan lebih 2,000 telah menyertai program ini. Saya percaya tahun depan akan jadi lebih 3,000 akan menyertai program ini.“Bagi menyambut kunjungan peserta (lebih 3,000) tahun depan, maka kita akan membuat persediaan awal. Kita akan membuat persiapan dan mahu menyediakan pusat konvensyen di bandar Kuala Terengganu yang boleh memuatkan tidak kurang 2,500 peserta untuk meja bulat dan kemudahan itu akan dilaksanakan segera. Pada masa yang sama, pada tahun depan juga lebih banyak infra dan pusat pelancongan baharu akan disediakan kepada pengunjung seperti jambatan angkat (KTCC) dan bas amfibia juga kemungkinan boleh beroparasi sepenuhnya,”katanya.Beliau berucap demikian di majlis Perasmian dan Makan Malam TBW 2018, di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Presiden Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT), Tengku Sri Temenggong Raja, Dato' Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud.Terengganu menjadi tuan rumah Terengganu Bike Week buat kali ketujuh, di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, bermula 30 Mac dan berakhir hari ini.Program tahunan anjuran Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri bakal menghimpunkan hampir 3,000 pemilik motosikal kuasa tinggi dari seluruh Malaysia termasuk Brunei, Singapura  dan Thailand berkampung di Terengganu.Ahmad Razif berkata, program TBW memberi manfaat yang besar kepada rakyat negeri ini kerana wujudnya kuasa beli yang tinggi di kalangan peserta dari luar Terengganu dan luar negara termasuk Thailand, Singapura dan Brunei sepanjang berada di negeri ini.“TBW akan menyebabkan berlaku suatu transformasi ekonomi. Tuan puan bukan sahaja melihat keindahan dan menghayati panorama sambil bercuti di Terengganu yang dikenali sebagai `negeri cantik, budaya menarik dan orangnya InsyaAllah baik-baik,’.“Jadi dengan apa yang ada di sini sudah pasti akan menarik untuk membawa kunjungan tuan puan berulang kali ke Terengganu bersama keluarga pada masa akan datang kerana ada sesuatu yang akan menggamit dan memberi manfaat kepada pengunjung,”katanya.
31 Mar 18
116
Empty Image
Misi Masuk Kampung Kuala Berang
Masyarakat sekitar kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang begitu teruja apabila sekumpulan jururawat mengunjungi rumah mereka secara mengejut semalam.Kumpulan jururawat ini datang dengan satu tujuan bagi menabur bakti kepada masyarakat dengan jalankan pemeriksaan percuma kepada orang kampung melalui Program Misi Masuk Kampung anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Adun Kuala Berang.Program tersebut turut melakar sejarah tersendiri kerana julung kalinya diadakan dalam Dun Kuala Berang dengan diiringi barisan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung(JKKK).Adun Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata pada kali ini lebih 300 jururawat pelatihdoktor dan kakitangan kesihatan menjelajah ke setiap ceruk di 37 buah kampung dalam dun berkenaan secara serentak."Program ini memberi manfaat kepada 500-600 penduduk kampung dalam Dun Kuala Berang pada kali ini."Misi-misi ini bukan sahaja ke rumah pesakit kronik tetapi juga jalankan pemeriksaan kesihatan kepada jiran serta penduduk yang lain termasuk melakukan pemeriksaan tahap paras gula serta tekanan darah masing-masing."Mereka akan rekod segala data dan bagi kad, jika bacaan tidak bagus mereka perlu rujuk ke klinik atau hospital berhampiran selepas ini bagi pemeriksaan lanjut," kata Tengku Putera.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Serta Pelepasan Misi Pelatih ke 37 JKKK Sempena Program Misi Masuk Kampung di Dataran Kuala Berang, semalam.Menurutnya lagi, program ini dilaksanakan bagi mempertingkatkan kesedaran dikalangan masyarakat untuk lakukan pemeriksaan kesihatan."Pendekatan secara masuk kampung ini diharapkan dapat ketepikan rasa takut kepada doktor, misi atau hospital yang masih ada dalam diri masing-masing."Sebaiknya jangan tunggu sakit barulah kita nak pergi periksa... sebaliknya perlu sentiasa jalankan pemeriksaan kerana sekiranya dikesan alami masalah kesihatan ia dapat dirawat pada peringkat awal," katanya.
31 Mar 18
61
Empty Image
Rakyat Perlu Buat Pilihan Tepat
Ahmad Razif beramah mesra dengan tetamu. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailRakyat Terengganu harus membuat pilihan tepat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi bagi memastikan negeri ini tidak kembali ke zaman “kegelapan” semasa di bawah pentadbiran Pas.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata meminjam slogan Parlimen Besut Dato' Seri Idris Jusoh, “Masihkah Kau Ingat,”  rakyat Terengganu perlu ingat bagaimana Pas semasa mentadbir negeri ini telah menutup tadika, gagal menguruskan sampah sarap serta tidak menunaikan janji untuk melaksanakan hukum hudud.“Jika rakyat terus beri kepercayaan kepada BN, Insya-Allah, landskap negeri ini akan berubah hebat dalam beberapa tahun akan datang,” katanya.Ahmad Razif berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 5,000  tetamu  pada Majlis Pertemuan Bersama J3K,  guru- guru dan ahli PIBG di Dewan Arena Merdeka DungunAhmad Razif  yang juga Pengerusi BN Terengganu berharap rakyat  akan terus memberi kepercayaan dan mandat kepada kerajaan negeri bagi memastikan negeri ini kekal milik BN." Pada masa sama  mahu mengingatkan rakyat Terengganu supaya memberi mandat yang kuat kepada BN untuk membolehkannya terus menjaga kebajikan rakyat, melaksanakan pembangunan dan pelbagai program," katanya.
30 Mar 18
38
Empty Image
Gimnasium Rakyat Dibangunkan Di Setiap DUN
Antara aktiviti dilaksanakan sempena Fit Malaysia pagi ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimTerengganu bakal membangunkan gimnasium rakyat di Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika mengumumkan perkara itu berkata, kemudahan sukan di seluruh Terengganu untuk membudayakan gaya hidup sihat dan aktif di kalangan masyarakat.Katanya, buat permulaan, kemudahan itu akan dibina di Kuala Nerus sebelum diteruskan ke setiap DUN."Kita juga merancang untuk mewujudkan program dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berserta insentif untuk menggalakkan rakyat membentuk berat badan ideal," katanya ketika merasmikan Program FIT Malaysia peringkat negeri di Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, pagi ini.Ahmad Razif turut mengumumkan pembinaan litar lumba kedua bersebelahan Velodrom Azizulhasni yang bakal dibina di Dungun.Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Briged Jeneral Mohd Khairy Jamaluddin juga mengumumkan pembinaan Kompleks Sukan baharu di DUN Jabi untuk masyarakat sekitar Setiu.Khairy berkata, program Fit Malaysia di Terengganu pada kali ini mencatat rekod tersendiri, apabila menarik penyertaan kira-kira 25,000 peserta menerusi acara larian dan berbasikal sekali gus menjadi antara penyertaan terbesar negara setakat ini.
30 Mar 18
149
Empty Image
Dana Raya Untuk Semua Yang Layak, Tak Kira Parti- Ahmad Razif
Pengerusi  Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) diingatkan lebih telus dalam pengagihan bantuan Dana Raya kepada semua pemohon yang layak tanpa mengira parti politik.Permohonan bantuan akan dibuka sepanjang sebulan bermula 1 April ini dan pengagihan dijangka akan dibuat bermula awal Ramadan iaitu pertengahan Mei nanti.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, semua J3K  perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan sesiapa sahaja yang layak tidak terkecuali daripada mendapat bantuan itu."Saya berpesan kepada semua Pengerusi J3K supaya jangan memilih orang (parti yang disokong). Jika mereka layak, kita perlu sokong dan luluskan bantuan ini."Sudah menjadi hasrat kerajaan negeri membantu semua yang tidak berkemampuan. Bukan soal dia sokong (kerajaan) atau tidak," katanya.Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu berkata demikian ketika berucap di Majlis Pertemuan bersama J3K, Guru-Guru & PIBG Daerah  di Dewan Majlis Daerah Marang Kampung Paya, Marang, hari ini.Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang.Ahmad Razif turut berkata, mereka yang mendapat manfaat dari bantuan itu namun tidak menyokong kerajaan diharap akan beroleh hidayah satu masa nanti.Beliau juga mengingatkan J3K supaya lebih adil dan tidak sewenang-wenangnya menyokong permohonan di kalangan keluarga sendiri yang tidak menepati syarat terutama berpendapatan besar.Dalam pembentangan bajet 2018 pada Disember lalu, kerajaan negeri melonggarkan syarat kelayakan untuk pendapatan bagi penerima Dana Raya dan Dana Bakti Remaja bermula tahun ini.Menteri Besar berkata, syarat pendapatan isi rumah bagi dana raya akan dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM3,000 manakala bagi dana bakti remaja dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000.“Dengan kenaikan syarat pendapatan ini, bilangan penerima dana raya dianggarkan meningkat daripada 240,294 kepada 264,294 orang menjadikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM99 juta.“Manakala bagi pemberian Dana Bakti Remaja, jumlah peruntukan meningkat daripada RM22.7 juta kepada RM27 juta,” katanya.
30 Mar 18
111
Empty Image
Kerajaan Negeri Hadiah SSPN1M-i Kepada 1,163 Pelajar Cemerlang
Ahmad Razif (tengah) bersama pelajar cemerlang PPSR dan PBSMR 2017 Yayasan Terengganu di Duyong Marina Resort, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM581,500 kepada 1,163 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang bagi Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) di seluruh negeri ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, insentif berupa akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia (SSPN1M-i) bernilai RM500 diberikan kepada pelajar tersebut atas kecemerlangan akademik yang ditunjukkan dalam peperiksaan berkenaan tahun lalu.Menurut beliau, seramai 578 pelajar berjaya memperoleh semua A dalam peperiksaan PPSR dan 585 lagi mendapat keputusan cemerlang dalam PBSMR."Pada tahun ini, kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu memilih SSPN1M-i sebagai hadiah kepada pelajar atas kecemerlangan mereka."Anugerah kecemerlang pelajar merupakan insentif kerajaan negeri dalam memperkembang dan mempertingkatkan kemajuan pendidikan di negeri ini sekaligus merangsang pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan," ujarnya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar PPSR dan PBSMR 2017 Yayasan Terengganu di Duyong Marina Resort, hari ini.Pada majlis tersebut, Ahmad Razif menyampaikan sijil SSPN1M-i kepada 400 pelajar cemerlang dalam daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
29 Mar 18
301
Empty Image
Calon PRU14 Terengganu Lulus Saringan SPRM
Menteri Besar menyampaikan hadiah kepada johan Pertandingan Ihtifal Kesenian Islam Kemas Peringkat Negeri Terengganu 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimPengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengesahkan semua senarai nama calon yang dipilih melepasi saringan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Beliau berkata senarai nama calon yang akan bertanding pada pilihanraya umum ke 14 (PRU14) di Terengganu telah pun dihantar kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak."Setakat ini, semua nama calon yang dihantar Badan Perhubungan UMNO Terengganu telah lulus saringan SPRM...tiada masalah. Cuma senarai calonnya (muktamad) kena tunggu pengumuman Presiden," katanya.Ahmad Razif yang juga Pengerusi BN Negeri turut memaklumkan bahawa manifesto BN Terengganu telah siap dan sedia untuk diumumkan."Kita tunggu selepas majlis pengumuman manifesto BN peringkat Pusat, kemudian barulah kita mengumum manifesto untuk negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Mahabbah IKIM FM & Universiti Sultan Zainal Abidin 2018: 'Untukmu Al Aqsa dan Rohingya' di perkarangan masjid universiti, Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.Beliau bagaimanapun enggan memperincikan manifesto BN Terengganu untuk pilihanraya umum kali ini namun memberi jaminan ia tetap memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat merangkumi semua aspek.Pada PRU13, BN Terengganu menyenaraikan 18 perkara dalam manifestonya antaranya membina 10,000 unit rumah mampu milik, memberi peluang kepada rakyat memiliki tapak rumah atau tapak pertanian dan pajakan tanah individu dinaikkan daripada 30 tahun kepada 60 tahun.BN Terengganu juga berjanji untuk membina tiga lagi sekolah menengah Imtiaz, masing-masing di Setiu, Marang dan Kuala Nerus bagi menjadikan satu daerah satu Imtiaz.Sekolah Menengah Imtiaz ditubuhkan hasil kerjasama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).Ahmad Razif berkata kesemua perkara dalam manifesto PRU13 telah pun dilaksanakan BN Terengganu.-- BERNAMA
29 Mar 18
208