lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Mansuh ECRL Merugikan Rakyat Terengganu
Mohd Zubir menyempurnakan Majlis Perasmian Program Menhubung Menyatu @Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini.“Satu perkara bagi saya akan merugikan orang Terengganu kalau kita bersetuju dengan kenyataan tersebut,” kata Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong.Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir ketika berucap pada Program Bicara Bersama Tun M Siri 2.0: Cabaran Ekonomi Anak Muda baru-baru ini yang menyatakan bahawa pakatan pembangkang tidak menolak kemungkinan menghentikan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) jika mengambil alih Putrajaya kerana disifatkan satu pembaziran.Mohd Zubir berkata, setiap projek mega yang akan dilaksanakan kerajaan sudah tentu melibatkan kajian dan perbincangan di beberapa peringkat sebelum diumumkan kepada rakyat.“Saya cukup percaya, perancangan kerajaan bukan ‘hentam kromo’.“Sudah ada kajian dan penyelidikan yang cukup teliti bertapa pentingnya kita memerlukan ECRL dan suatu yang amat merugikan sekiranya kita menolak projek ECRL di negeri ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Menhubung Menyatu @Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Ali Mohamad Nor.Katanya, projek mega yang berimpak tinggi itu adalah demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat.“ECRL adalah projek kereta api rakyat yang dapat memendekkan jarak mereka yang berada di Pantai Timur dengan Kuala Lumpur.“Inilah masanya untuk kita memastikan hubungan kita dengan pusat dekat. Pergi Kuala Lumpur dekat. Sudah lama kita menunggu saat-saat perkhidmatan kereta api kembali berpoerasi di negeri ini,” ujarnya.
05 Apr 18
41
Empty Image
Bubar DUN Tanpa Ambil Kira Cuti Umum
Mohd Zubir ketika mengunjungi gerai pameran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Terengganu sempena Majlis Perasmian Program Menhubung Menyatu @Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini. Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu tidak akan mengambil kira pada hari cuti umum bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan dalam tempoh yang telah ditetapkan.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong berkata, setiap DUN akan dibubarkan selepas pembubaran Parlimen dan mendapat perkenan dari Sultan.“DUN Terengganu sudah membuat persiapan dan bersedia jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.“Pembubaran dewan adalah suatu perkara yang besar. Tidak kira termasuk hari cuti umum atau tidak, prosesnya perlu dibuat secepat mungkin kerana kita tidak mahu perkara yang melibatkan perlembagaan dan sebagainya akan terganggu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Menhubung Menyatu @Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Ali Mohamad Nor.Katanya, mengikut kepada prosedur operasi standard (SOP) sedia ada, Dun Terengganu akan dibubarkan selepas pembubaran Parlimen dan mendapat perkenan dari Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.“Sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, DUN Terengganu akan menyediakan surat pengisytiharan pembubaran dewan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Jawi.“Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman kemudiannya akan mohon menghadap Sultan Mizan untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi membubarkan DUN.“Sebaik sahaja Tuanku perkenan, barulah pengisytiharan pembubaran diwarta dan dikeluarkan. Kita kemudiannya akan serahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan,” katanya.
04 Apr 18
240
Empty Image
Kenaikan Gaji Satu KGT Untuk Penjawat Awam Negeri Terengganu
Menteri Besar bergambar dengan pemimpin dan sebahagian wanita Barisan Nasional selepas melancarkan JR PLUS Negeri Terengganu dan Jentera PRU14 Wanita Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri hari ini, mengumumkan berita gembira untuk kakitangan awam di seluruh Terengganu apabila memberi kenaikan gaji bersamaan jumlah satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) khas kepada semua 10,488 penjawat awam.Kenaikan bermula 1 Julai ini melibatkan kos RM7.06 juta itu kepada semua penjawat awam negeri yang berstatus tetap, kontrak dan sementara.Berita gembira itu juga selari dengan pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd  Najib Tun Razak yang memberikan KGT khas kepada semua penjawat awam berjumlah 1.6 juta orang di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Mingguan Exco semalam sebagai menghargai kakitangan awam negeri selaras dengan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri kepada kakitangan awam Persekutuan sebelum itu."Apa yang diumumkan semalam khas untuk kakitangan Persekutuan, dan hari ini kerajaan negeri Terengganu turut melakukan perkara yang sama dan akan melibatkan peningkatan kos lebih RM7 juta setahun yang ditanggung oleh kerajaan negeri."Terengganu menjadi negeri yang pertama melaksanakan perkara yang serupa dengan apa dilancarkan oleh di peringkat Pusat semalam,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan JR PLUS Negeri Terengganu dan Jentera PRU14 Wanita Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari iniTurut hadir Pengerusi Wanita Barisan Nasional Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
04 Apr 18
175
Empty Image
Hotline Mudahsokmo
Apabila adik iparnya de­ngan nada keterujaan memberitahu telah mene­rima surat tawaran melanjutkan pengajian di Sekolah Sukan Bukit Jalil, sewaktu dia singgah menjenguk mentua di Padang Muar dekat sini, Khalilah Mustafa, 26, mulai beransur dijentik kesayuan.Khalilah membayangkan hari-hari yang bakal dilalui Nur Hidayah Che Ibrahim, 13, kelak jika emak mentua dan keluarga tidak dapat memenuhi keinginan ke sekolah impiannya itu kerana kekangan kewangan untuk membiayai keperluan awal termasuk urusan pemergiannya.“Kakak Nur Hidayah juga berpeluang memasuki sebuah kolej vokasional dan perlukan persiapan. Saya dan suami rasa buntu, tak dapat membantu secukupnya kerana pendapatan suami yang bekerja di sebuah bengkel motor di Chalok sekadar menampung keperluan harian keluarga dan tiada simpanan.“Saya tahu sebenarnya dia sedih bila emak kata, kalau susah tak payah pergi. Tapi saya lebih sedih kerana tak mahu dia kecewa. Saya tahu dia boleh bantu ubah kehidupan dirinya dan ke­luarga kelak,” ujar suri rumah dan ibu kepada tiga orang anak itu tentang adik bongsu suaminya.Emak mentuanya, Rusni Ashaari, 50, bergantung hidup dengan hasil menoreh di kebun warisan arwah suami yang meninggal pada pertengahan tahun lalu setelah terlantar akibat angin ahmar sejak 2015.Daripada sumber itulah mentuanya menampung sedikit sebanyak keperluan bagi kakak Nur Hidayah yang kini berada di Kolej Vokasional di Kuala Terengganu dan abangnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).Khalilah ketika ditemui menceritakan tentang runtunan perasaannya sepanjang Disember tahun lalu apabila mengenangnya nasib adik iparnya, sehingga sukar melelapkan mata, namun dia perlu melakukan sesuatu, biarpun rasa cukup berat.“Suatu malam saya melayari internet dan terlintas paparan Hotline Mudahsokmo Pejabat Menteri Besar. Saya WhatsApp kira-kira pukul 1 pagi menyatakan kesempitan untuk menghantar adik ke sekolah dan siangnya, saya mendapat balasan.“Sangat melegakan dari situ banyak sumber yang disediakan oleh kerajaan yang boleh membantu tetapi yang kami tidak sedari. Apatah lagi Hidayah layak mendapat bantuan persediaan di bawah peruntukan kerajaan negeri dan segala urusan dipercepatkan,” ujar Khalilah.Begitu juga bagi kakaknya, Syafikah Umirah, 16, yang baru melanjutkan pengajian turut layak menerimanya di bawah Yayasan Terengganu, di samping peruntukan Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) malah dia dan suaminya juga turut dilorongkan bagi mendapatkan bantuan dalam bidang keusahawanan.Ditemani emak, kakak, Khalilah, anak-anak dan suami, mereka menyewa kereta untuk menghantar Nur Hidayah, atlet bola jaring negeri bawah 12 tahun negeri itu ke Sekolah Sukan Bukit Jalil Januari lalu bagi menyempurnakan impiannya.Sejak dilancarkan pada 17 November tahun lalu, Hotline Mudahsokmo kendalian Unit Aduan Rasmi Pejabat Menteri Besar di bawah fasilitator Dr. Wan Ashaari Wan Ismail menerima purata 60 aduan sebulan.Kira-kira 70 peratus berkait dengan kesulitan peribadi, juga permasalahan keluarga, dan Khalilah merupakan antara pengadunya manakala selebihnya yang menyentuh permasalahan setempat melibatkan kepentingan umum.Berdasarkan aduan, tinjauan dilakukan pendekatan ziarah kasih ke penempatan pengadu atau melalui Sahabat Online di daerah dan Sahabat NGO sebelum langkah susulan dibuat melalui tindakan oleh jabatan-jabatan dan agensi yang mempunyai kaitan untuk membantu menyelesai atau menanganinya.Melalui hotline 24 jam ini, fokus pentadbiran kerajaan negeri dalam menawarkan perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkatkan selari dengan prinsip Inklusif Suara Rakyat Suara Keramat dalam Transformasi Terengganu Baharu.Dengan khidmat ini turut membantu kerajaan mendapat dan menyalurkan maklumat kepada pihak yang bertangungjawab dengan berkesan di samping membantu kerajaan mengenal pasti isu-isu semasa  dan kritikal dalam kehidupan rakyat."Saya sangat berterima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif  kerana melalui talian ini telah membantu melancarkan perjalanan pembelajaran adik-adik, malah kami sendiri. Juga kepada pengendali hotline yang membimbing menunjukkan jalan dan wakil-wakil rakyat yang juga tampil membantu. "Kalau boleh, saya ingin menemui dan mengucapkan sendiri di depan Menteri Besar. Semoga dia terus pimpin negeri, boleh terus membantu orang macam kami. Mungkin bagi sesetengah orang masalah ini kecil." Tetapi cukup besar bagi kami  ketika dalam keadaan amat tersepit. Dan kami tidak minta lebih daripada itu,"ujar Khalilah yang berhasrat menceburi diri dalam perniagaan untuk membantu memantap lagi kehidupan keluarga . - UTUSAN ONLINE
04 Apr 18
36
Empty Image
Pemohon Baharu Perlu Isi Borang Dana Perayaan
Pemohon baharu Bantuan Dana Perayaan Aidilfitri 2018 yang  memenuhi syarat kelayakan perlu mengisi borang yang dipaparkan  melalui laman web www.danattb.terengganu.gov.my. Manakala penerima tahun lalu hanya perlu mengemaskini maklumat  sekiranya terdapat sebarang perubahan berkaitan alamat, jumlah pendapatan, pertambahan bilangan anak, status perkahwinan dan sebagainya. Borang yang dikemaskini atau  permohonan baharu hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersama salinan dokumen kad pengenalan, surat nikah, surat cerai atau surat mati pasangan dan slip gaji.Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin, berkata  bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mengemukakan surat pengakuan pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau penghulu mukim.Katanya, pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Terengganu. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak,“Permohonan dana itu dibuka selama sebulan, bermula 1 April lalu sehingga 30 April depan.“Pengagihan dan penebusan baucer dijangkakan bermula pada 17 Mei depan di Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank manakala tempoh sah laku baucer akan berakhir pada 17 September,”katanya.
03 Apr 18
42
Empty Image
Anak Orang Asli Pertama Lanjut Pengajian UniSZA
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada Reemy Razak yang merupakan  anak Orang Asli  pertama di Terengganu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke UniversitiSiapa kata anak Orang Asli tidak boleh berjaya dalam pelajaran kerana belakang parang kalau diasah tetap akan tajam dan mereka mampu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi sama seperti masyarakat luar.Ini terbukti apabila seorang remaja Orang Asli Sungai Berua, Reemy Razak, 20, berjaya mencipta sejarah menjadi Orang Asli pertama di negeri Terengganu yang ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) setelah mendapat keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini.Anak keempat dari lima beradik yang memulakan alam persekolahan ketika berusia sembilan tahun berkata dia amat teruja apabila mendapat perkhabaran tersebut serta menyifatkannya sebagai satu anugerah yang cukup bermakna buatnya dan keluarga."Sebelum ni ada dengar desas-desus tentang UniSZA menawarkan tempat kepada saya dan hari ini ianya menjadi kenyataan apabila diumumkan sendiri oleh Menteri Besar tadi."Memang teruja sangat dan saya akan buat yang terbaik untuk mencapai impian bergelar guru dan pulang menabur bakti kepada anak masyarakat Orang Asli supaya mereka juga akan menikmati kejayaan yang sama seperti saya dapat hari ini" katanya.Dia berkata demikian kepada pemberita di Program Ramah Mesra YAB Dato' Seri Menteri Besar Terengganu bersama Masyarakat Orang Asli Sungai Berua di perkampungan Sungai Berua, Hulu Telemong hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat merangkap Ahli Dewan Undangan Telemong,Tambahnya lagi, walaupun selalu dipandang rendah dan dihina sebagai anak Orang Asli tetapi dia pernah mengambil hati malah menjadikannya sebagai kata-kata semangat untuk berjaya dalam pendidikan."Saya buat tak tahu bila ada rakan-rakan yang memandang serong, mengejek malah selalu memperlekehkan saya sebab lahir sebagai anak Orang Asli tetapi saya diamkan sahaja, tetap belajar macam biasa..ikut kelas tambahan, kalau tidak faham saya tanya guru dan kawan-kawan," ujar Reemy.Reemy juga aktif pelbagai aktiviti di sekolah dan menjadi johan dalam Pertandingan Azan di Program Dakwah Bilal SJKC dan SK Orang Asli dan naib johan Pertandingan Pidato Bahasa Melayu peringkat Sekolah Rendah (Kategori Murid Orang Asli) peringkat Negeri Terengganu tahun 2012.Sementara itu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd.Rahman dalam ucapannya berharap kejayaan Remy akan menjadi contoh dan ikutan kepada anak-anak Orang Asli yang lain dan akan melahirkan lebih ramai insan cemerlang dalam bidang pendidikan.Dalam majlis tersebut juga, beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM260 ribu untuk membaik pulih jalan yang runtuh dan sebuah van untuk kegunaan anak-anak orang asli ke sekolah.
03 Apr 18
184
Empty Image
SPNB Bina 248 Unit RIR Di Kuala Ping
Ahmad Razif bersama penduduk menjamu seleraSyarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 248 unit Rumah Idaman Rakyat (RIR) di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu, dalam tempoh terdekat.Projek di kawasan lapan hektar itu melibatkan rumah teres setingkat dengan tawaran harga serendah RM68,000 sehingga RM277,000 seunit.Pengerusi SPNB,Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, projek yang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan Terengganu itu sebagai matlamat memenuhi keperluan perumahan rakyat dengan tanah disediakan oleh kerajaan, manakala SPNB membangunkan RIR berkenaan." SPNB turut giat mendapatkan tanah di beberapa negeri bagi membina lebih banyak RIR dan bersedia membina rumah sama di negeri pembangkang  sekiranya ditawarkan tanah untuk berbuat demikian."Pihak kami pernah membuat tawaran di Pulau Pinang tetapi syarat yang dikenakan cukup ketat sehingga menyukarkan pihak kami membantu Bumiputera di negeri itu," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Projek Perumahan RIR di Kuala Ping, Hulu Terengganu, hari ini.Projek itu dilancarkan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Abd Latif memberitahu, berlainan di Terengganu di mana kerjasama yang diberikan sama ada di peringkat pemimpin negeri dan pertadbiran kerajaan negeri  sangat mudah."Faktor itu, Terengganu adalah negeri yang paling banyak menerima rumah RIR iaitu sebanyak 2,151 unit RIR dalam tempoh tiga tahun, di mana pembinaan bermula tahun lalu," katanya. Projek itu melibatkan  bilangan 1,403 unit RIR di Kertih, Kemaman, diikuti  Kuala Ping, Hulu Terengganu (248),  Tok Jembal Kuala Nerus (271) dan Santong, Dungun dengan  bilangan 229 unit RIR.
03 Apr 18
663
Empty Image
Tindakan Tegas Jentera Parti Salah Guna Harta Awam
Wan Nawawi menerima pengiktirafan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi pemakaian pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) yang dilakukan oleh Ketua Pengarah JBPM, Dato' Seri Wan Mohd Nor Ibrahim di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana parti yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekiranya terlibat dalam penyalahgunaan harta kerajaan dan awam untuk tujuan kempen politik.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, pihaknya telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Terengganu supaya mengambil tindakan segera terhadap parti yang ingkar.“Pada setiap musim pilihan raya, memang kita dapati ada parti-parti yang bertanding selalu menggunakan sama ada premis atau harta awam seperti tiang elektrik dan sebagainya untuk digantung bendera parti, poster atau apa sahaja alatan kempen.“Saya telah memberikan arahan kepada semua PBT untuk melarang parti yang bakal bertanding pada PRU14 nanti menggunakan harta milik kerajaan untuk tujuan berkempen,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima pengiktirafan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi pemakaian pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Ketua Pengarah JBPM, Dato' Seri Wan Mohd Nor Ibrahim.Wan Nawawi berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut kerana boleh mengundang bahaya terhadap pengguna jalan raya dan orang awam.“Kita sudah bagi arahan untuk PBT mengambil tindakan segera termasuk menurunkan bendera parti yang dipasang di tempat awam seperti jambatan serta yang dipasang tanpa mengikut spesifikasi sepatutnya,” katanya.Tambah beliau, kesemua jentera parti termasuk pihak kerajaan mahupun pembangkang telah diberikan penjelasan untuk tidak menggunakan harta awam bagi tujuan berkempen.“Tidak kira kerajaan mahupun pembangkang, tindakan boleh dikenakan terhadap mana-mana parti yang mendatangkan ketidakselesaan kepada pengguna jalan raya dan juga sesetengahnya yang boleh mengundang bahaya.“Kita telah panggil semua jentera parti termasuk pembangkang dan mereka bersetuju memberikan kerjasama dan diharapkan kerjasama yang diberikan akan berterusan sehingga ke kempen akhir pilihan raya,” ujarnya.
02 Apr 18
162
Empty Image
Wan Nawawi Terima Pengiktirafan Bomba
Wan Nawawi dipakaikan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh Wan Mohd Nor Ibrahim dalam Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat JBPM di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail hari ini menerima pengiktirafan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi pemakaian pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).Pemakaian pangkat itu disempurnakan Ketua Pengarah JBPM, Dato' Seri Wan Mohd Nor Ibrahim, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.Wan Mohd Nor berkata, pemakaian pangkat itu merupakan penghargaan JBPM kepada individu berpengaruh yang banyak memberi bantuan dan sumbangan tanpa mengira waktu kepada jabatan itu."Pengiktirafan ini tanda terima kasih JBPM di atas sumbangan dan sokongan diberikan Wan Nawawi yang juga merupakan Pengerusi Bencana Negeri yang banyak membantu JBPM dari semasa ke semasa khususnya ketika bencana seperti banjir, ribut, kebakaran dan sebagainya," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Katanya, JBPM sangat menghargai peranan Wan Nawawi dalam membantu melancarkan gerak kerja jabatan itu terutamanya ketika berlaku bencana yang tidak diingini.
02 Apr 18
468
Empty Image
Jadikan Kisah Wanita Turki, Merve Sebagai Iktibar - Ahmad Razif
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman membawa hadirin menghayati kisah duta wanita Turki yang bertudung, Merve Kavakci yang juga Ahli Parlimen Turki diusir dari parlimen kerana bertudung pada 1999.Wanita itu kemudiannnya dilucutkan kewarganegaraan disebabkan tindakannya mencabar kerajaan berhubung isu berkenaan.Bagaimanapun, menurut Ahmad Razif lagi, selepas 19 tahun peristiwa malang itu, beliau kini dilantik oleh Kementerian Luar Negara Turki sebagai Duta Besar Turki ke Malaysia."Selepas pemecatan itu ...12 tahun kemudian, Kabinet Turki yang dipimpin oleh Erdogan sebagai Perdana Menteri meminda larangan bertudung dan membatalkan pemecatan kewarganegaraan terhadap Merve."Demikian kisah ini perlu dijadikan iktibar dan sumber inspirasi kerana Allah SWT akan memberi ganjaran dan keadilan kepada pejuang Islam yang sebenar apabila tiba waktu dan ketikanya," katanya.Ahmad Razif dengan gayanya tersendiri berucap di bawah pentas kepada kira-kira 2,000 jemputan sempena Majlis Temu Mesra Menteri Besar Terengganu Bersama Guru-Guru, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J3K) dan Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) Setiu di Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, Setiu, malam tadi.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permaisuri, Dato' Mohd Jidin Shafee, Adun Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor, Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman dan Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang. Ahmad Razif juga berharap semua pengundi di Setiu dan Terengganu khasnya tidak menjadikan calon atau peribadi sebagai pilihan masing-masing pada PRU14 nanti, sebaliknya meletakkan parti BN sebagai keutamaan."Jangan tengok kepada personal tapi tengoklah kepada parti, saya akan pastikan kemenangan besar BN di Terengganu."Marilah bersama saya, untuk memastikan BN terus menjadi kerajaan di Terengganu," katanya.Sebelum itu, Mohd Jidin dalam ucapannya turut menceritakan usaha-usaha yang dilaksanakan Kerajaan Barisan Nasional di Setiu dan seluruh Terengganu diteruskan demi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.Beliau juga berharap Ahmad Razif akan terus mentadbir Terengganu dan berjanji terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan sedia ada bagi mengekalkan kestabilan ekonomi serta melancarkan usaha pembangunan Negeri Terengganu.
02 Apr 18
83