Artikel "Utama" Terkini
LPT3 Tangani Masalah Trafik, Pemangkin Ekonomi Terengganu
Menteri Besar menuju ke sidang media khas sempena pembubaran Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KasimProjek Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) menghubungkan Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan yang diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan manifesto Barisan Nasional (BN), kelmarin membuktikan keprihatinan kepimpinan negara kepada keperluan rakyat negeri ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pengumuman LPT3 bermula dari Tepoh, Kuala Nerus terus ke Kota Bharu itu menjadi satu lagi hadiah bermakna khususnya dalam menangani masalah trafik di Terengganu, selain projek laluan rel Pantai Timur (ECRL) sebelum ini.“Selain projek ECRL yang bernilai RM55 bilion dari Kelantan sampai ke Gombak. Lebuh raya (LPT3) ini menjadi satu lagi hadiah yang bernilai RM2.4 bilion. Jadi secara khususnya masalah trafik di Terengganu kita boleh atasi, maka secara tidak langsung kita boleh dekatkan lagi jarak antara Besut, Setiu, Kuala Nerus Kuala Terengganu sehinggalah ke Kemaman.“Bermakna sekarang ini lengkaplah jalinan pengangkutan Negeri Terengganu dengan adanya lapangan terbang bertaraf antarabangsa, adanya ECRL, LPT2 dan 3, dan jaringan jalan raya yang lain.Semua pembangunan infrastruktur ini menjadi pemangkin ekonomi Negeri Terengganu,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang media khas sempena pembubaran Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.Ahmad Razif berkata, beliau juga percaya manfaat daripada pembangunan itu cukup besar dan secara tidak langsung merancakkan ekonomi serta sektor pelancongan Terengganu.Menurut beliau lagi, inisiatif baharu itu menjadi satu lagi cerita kejayaan Terengganu yang berjaya direalisasikan menerusi keyakinan Perdana Menteri terhadap pentadbiran kerajaan negeri masa kini.
09 Apr 18
138
Urusan Seterusnya Serah Kepada SPR
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong menyerahkan watikah pembubaran DUN kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Terengganu, Nik Andy Suwardi Amry selepas sidang media khas pengiystiharan pembubaran DUN Terengganu oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KassimDewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu secara rasminya dibubarkan selaras dengan Peruntukan di bawah Perkara 44 (2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman, berkuat kuasa hari ini.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong berkata, bermula hari ini sehingga kerajaan baharu yang akan dilantik selepas pilihan raya nanti, semua fungsi kerajaan sementara akan mengambil tanggungjawabnya sepertimana di dalam Perkara 43 (1) Perlembagaan Persekutuan.“Setelah DUN dibubarkan, mengikut Perkara 44(4) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman, maka hendaklah diadakan pilihan raya umum dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran DUN iaitu dalam tempoh masa 9 Jun 2018.“Mengikut Perkara 44(4) Para Dua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman juga, DUN yang baharu hendaklah dipanggil mesyuarat pada satu tarikh tidak lewat 90 hari daripada tarikh pembubaran,” ujarnya kepada pemberita selepas pengisytiharan pembubaran DUN Terengganu oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, tarikh terakhir DUN mesti bermesyuarat selepas DUN dibubarkan secara rasmi ialah pada 9 Julai 2018.“Dengan pengisytiharan pembubaran DUN ini, urusan selanjutnya terletak kepada bidang kuasa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk melaksanakan proses pilihanraya umum,” ujarnya.
08 Apr 18
402
Terengganu Bubar DUN Hari Ini
Menteri Besar menyerahkan watikah pembubaran DUN kepada yang Dipertua DUN, Dato' Mohd Zubir Embong sebelum diserahkan kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Terengganu, selepas sidang media khas, di Wisma Darul Iman. Foto oleh Harish fadzillah Abu KassimDewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dibubar secara rasmi pada hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembubaran DUN berkenaan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sebaik sahaja beliau menghadap baginda di Istana Syarqiyyah, Chendering, kira-kira 10.17 pagi ini.“Saya telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu untuk memohon perkenan bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri Terengganu, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah mengampuni perkenan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri bermula hari ini. Ini adalah supaya Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum dapat diselaraskan dan diadakan secara serentak,” katanya kepada pemberita dalam sidang media khas di Wisma Darul Iman, sebentar tadi.Ahmad Razif turut berterima kasih kepada rakyat Negeri Terengganu kerana memberi kepercayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negeri sepanjang tempoh lima tahun ini.Menurut beliau, Kerajaan BN telah melaksanakan dan memberikan yang terbaik untuk rakyat dan kini kuasa dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang mereka mahu.“Bagi pihak Barisan Nasional Terengganu, insyaAllah dengan izin dan kuasaNya, kami berikrar bahawa sekiranya kami diberi mandat sekali lagi untuk menubuhkan kerajaan kami akan pastikan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita nikmati selama ini dapat dikekalkan selaras dengan kerangka dan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang terkandung dalam Maqasid Syariah,”kata beliau lagi. Tambah beliau, BN akan menghadapi PRU 14 ini dengan yakin akan segala pencapaiannya yang lalu dan meletakkan sepenuhnya kepada Allah SWT jua dalam menentukan masa hadapan kita bersama.Dalam pada itu, pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa Sabtu dan meminta kerajaan negeri, kecuali Sarawak, turut membubarkan DUN masing-masing bagi membolehkan PRU14 dilaksanakan secara serentak.
08 Apr 18
183
Wanland Metro Bina 370 Unit Rumah Teres Mampu Milik
Nawi melihat rumah contoh yang dipamerkan kepada orang ramai Syarikat pemaju perumahan, Wanland Metro Sdn Bhd telah diberi peluang oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi membina 370 unit rumah teres mampu milik di Kampung Bukit Cina, Pasir Akar, Hulu Besut. Pengarah Projek, Mohd Hairiezan Rasli berkata, pelaburan kira-kira RM62 juta di tapak seluas 27 ekar itu dijadualkan bermula bulan ini dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2019. Menurutnya, Wetland Metro bercadang membina 174 unit rumah jenis A yang berkeluasan 800 kaki persegi dan 188 unit rumah jenis B dengan keluasan 1,000 kaki persegi berserta dengan 8 unit rumah kedai yang berkeluasan 1,680 kaki persegi.“Projek yang diketuai perunding Surea Mamat Arkitek akan menghasilkan rumah tiga bilik tidur yang selesa dengan ruang tamu dan ruang makan dengan harga RM145,000 seunit bagi jenis A dan RM185,000 seunit bagi jenis B. “Manakala harga jualan bagi rumah kedai ialah RM300,000 seunit. “Syarikat akan mengutamakan barang-barang pembinaan daripada pasaran tempatan dan ia akan menawarkan peluang pekerjaan kepada anak tempatan selama tempoh projek 2 tahun,” katanya di sini baru-baru ini. Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran projek itu yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut.Tambah Mohd Hairiezan, pihaknya akan memastikan pembangunan projek yang mesra alam dengan aplikasi teknologi hijau serta memperkenalkan dinding panel Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) jenis acotec yang berkualiti tinggi. “Penggunaan panel acotec yang berasal daripada tekonogi Jerman itu akan menghasilkan penjimatan melalui penggunaan tenaga kerja yang minima dan tempoh siap yang lebih singkat,” ujarnya. Projek itu turut melibatkan pembinaan komponen lain termasuklah surau, tadika, balai raya, kawasan lapang dan kolam tadahan bagi menjadikan ia sebuah kediaman yang tersusun dengan persekitaran yang moden.
08 Apr 18
1169
Kerajaan BN Tepati Janji, Tiada Rakyat Terpinggir
Kenyataan Rasmi YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman sempena pelancaran Manifesto Barisan Nasional Pilihan Raya Umum Ke -14 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (7 April 2018)Manifesto yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, sebentar tadi membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak sesekali mengabaikan nasib rakyat dari setiap golongan.Bermula dari Perlis sehinggalah ke Sabah, manifesto tersebut menekankan setiap inci perihal kebajikan rakyat serta pembangunan negara bagi membolehkan ekonomi negara berada di tahap yang lebih selesa.Kerajaan BN merupakan sebuah kerajaan yang menepati janji dan tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat sepertimana yang dicanangkan oleh parti pembangkang untuk membeli undi rakyat dan memperdayakan mereka.Malah manifesto yang diumumkan pada pilihan raya umum yang dahulu, Kerajaan BN telah berjaya melaksanakan semua manifesto yang diumumkan.Jadi rakyat tidak perlu berasa takut dan ragu-ragu dengan Kerajaan BN kerana kita janji, kita umum, kita buat dan kita laksanakan, bukan sahaja untuk kepentingan rakyat, malah untuk pembangunan modal insan serta negara.Kepada rakyat Terengganu, sekiranya diberi mandat sekali lagi kepada Kerajaan BN untuk memerintah, sudah pastinya pengumuman pembinaan lebuh raya yang menghubungkan dari Tepoh di Kuala Nerus ke Kelantan akan merancakkan lagi ekonomi tempatan tersebut di samping menjimatkan masa perjalanan.Ini merupakan berita gembira buat rakyat Terengganu khususnya penduduk di Kuala Nerus, Setiu dan Besut.Oleh itu, rakyat perlu yakin dan percaya bahawa Kerajaan BN merupakan kerajaan yang diasaskan untuk memberikan kesenangan dan kemakmuran kepada rakyat dan bukannya berasaskan dendam dan benci yang akhirnya akan memakan diri sendiri.
07 Apr 18
35
Tindakan Ironik Pakatan Harapan Guna Logo PKR
Keputusan Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dianggap sebagai satu tindakan yang cukup ‘ironik’ dan mengejutkan semua pihak.Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, pun begitu terpulanglah kepada PH untuk menggunakan apa-apa logo atau lambang.“Asal usulnya Parti Keadilan Rakyat menggunakan logo atau lambang berbentuk mata yang diilhamkan daripada mata Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebam bagi meraih simpati rakyat.“Pada ketika itu rakyat amat marah dan tidk berpuas hati dengan tindakan Tun Mahathir sehingga menyebabkan mata Datuk Seri Anwar lebam,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawanita bersempena Road to MAHA 2018 di Pantai Kuala Kerteh, Kemaman hari ini.Turut hadir Menteri Wanita, Keluarga dan Kemasyarakat, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Dr Ismail Bakar, Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Dato’ Seri Ahmad Said dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kemaman, Dato’ Rohani Abdullah.Menurut Shabery, pada pilihan raya umum 1999 ada negeri yang mengalami kekalahan termasuk Terengganu.“Bagaimanapun teori politik pembangkang hari ini telah bertukar dan lari daripada landasannya sehingga menyebabkan penyokong PKR sanggup memeluk Tun Mahathir.“Pada masa ini ramai penyokong pembangkang lari daripada prinsip perjuangan asal mereka sehingga sanggup menyokong orang yang mengkhianati mereka dahulu,"katanya lagi.Semalam Pengerusi PH, Tun Mahathir Mohamad mengumumkan kesemua calon daripada empat parti komponennya akan menggunakan simbol PKR pada PRU14 ini.Pengumuman itu dibuat Tun Mahathir pada siri kemuncak Jelajah Pakatan Harapan yang berlangsung, di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.
07 Apr 18
199
Perkasa Wanita Menerusi Road To MAHA 2018
Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan penglibatan golongan wanita menerusi program Road To MAHA (Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia) 2018 adalah bukti komitmen kerajaan dalam memperkasakan golongan tersebut.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, fokus tersebut selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak sebelum ini yang mengisytiharkan 2018 sebagai tahun memperkasa wanita.“Antara langkah yang dilaksanakan ialah menjadikan slogan 'Segalanya Wanita' sebagai tema MAHA 2018 yang bakal diadakan pada November depan."Agensi pembiayaan seperti Agrobank dan Tekun Nasional (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) juga diarahkan untuk memperuntukkan sebahagian daripada dana tahunan kepada usahawan wanita."Contohnya, Tekun Nasional disasarkan untuk mengagihkan sekurang-kurangnya RM250 juta daripada RM800 juta dana pembiayaan agensi itu khusus kepada golongan tersebut," katanya.Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Karnival Usahawanita yang disempurnakan Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil di Pantai Kuala Kerteh, Kemaman petang tadi.Menurut Shabery, kedua-dua agensi pembiayaan tersebut telah diberi arahan untuk membuka kaunter khas bagi melayani permohonan daripada usahawan tani dan industri asas tani wanita.Dalam perkembangan berkaitan, lagu tema MAHA 2018 berjudul Segalanya Wanita nyanyian kumpulan rock, Def-Gab-C diperdengarkan buat pertama kali pada Karnival Usahawanita tersebut.Lagu bergenre rock terbabit merupakan ciptaan Def-Gab-C manakala liriknya nukilan bersama kumpulan tersebut bersama Ahmad Shabery.Sementara itu, vokalis Def-Gab-C, Asheed berkata, kepercayaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam penghasilan lagu tema MAHA 2018 tersebut merupakan penghormatan besar kepada mereka yang telah lima menyepi daripada arena hiburan tempatan."Def-Gab-C yang sudah tidak aktif sejak tahun 2012 teruja dan membuat keputusan untuk aktif semula selepas menerima tawaran daripada kementerian tersebut."Lagu 'Segalanya Wanita' ini juga manifestasi kami untuk menghargai sumbangan wanita dalam pembangunan keluarga dan wanita," katanya.Def-Gab-C yang turut dianggotai Jembo (pemain gitar), Atong (pemain drum) dan Epyn (pemain bas) popular dengan lagu Cinta Sakti, Maria dan Ibu Kota Cinta pada lewat 1990-an dan awal 2000-an.
06 Apr 18
272
Road To Maha 2018 Zon Timur Beri Penghormatan Kepada Wanita
Road To MAHA (Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia) Zon Timur berjaya memberi penghormatan kepada golongan wanita melalui penganjuran Karnival Usahawanita 2018 yang dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, semalam.Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian pertanian itu berjaya mengangkat martabat kaum wanita secara tidak langsung dalam sektor tersebut.“Road to MAHA pada kali ini telah memberi satu penghormatan kepada kaum wanita dan ianya juga merupakan satu perancangan dan langkah yang amat bijak kerana mensasarkan golongan ini sebagai satu era baru yang mampu menjana kekayaan kepada negara.“Langkah ini diibaratkan impian yang menjadi kenyataan kerana wanita adalah kumpulan sasar sektor pertanian dan usaha mengangkat pendapatan serta kesejahteraan mereka dalam semua aspek di bidang ini adalah sangat wajar," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Road to MAHA 2018 di Tapak Karnival Usahawanita, Pantai Kuala Kerteh, Kemaman, yang dihadiri hampir 15,000 pengunjung yang terdiri dari penduduk Kerteh dan sekitar Kemaman.Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian, Dato’ Sri Dr Ismail Bakar, Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Dato’ Seri Ahmad Said, Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.Menurut Shahrizat, dengan adanya karnival seperti ini ia juga memberi satu penghormatan setinggi-tingginya kepada kaum wanitadan ia juga merupakan contoh kejayan Barisan Nasional (BN) kerana parti ini tidak pernah sesekali mengetepikan wanita.Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia berkata, pergerakan itu akan terus memperjuangkan kebajikan wanita di negara ini supaya setiap daripadanya mempunyai mampu mempunyai 'dompet' sendiri untuk kehidupan yang lebih terjamin.Sementara itu, Ahmad Shabery meminta sekurang-kurangnya RM250 juta daripada keseluruhan dana RM500 juta Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) diperuntukkan kepada golongan wanita."Pihak kementerian akan memberi keutamaan kepada pembangunan usahawan wanita sebagai salah satu usaha menjayakan slogan 'Segalanya Wanita' dan lebih banyak lagi program akan dilaksanakan nanti bagi menjayakannya," katanya.
06 Apr 18
33
Sidang Akhbar Khas 11.30 Pagi
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengadakan sidang akhbar khas pada pukul 11.30 pagi ini di Bangunan Perdana Putra, Kuala Lumpur.Sidang akhbar khas itu bertujuan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).RTM1 akan menyiarkan secara langsung sidang akhbar Perdana Menteri.Desas-desus pembubaran Parlimen mula hangat apabila sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara ditangguhkan semalam. - UTUSAN ONLINE
05 Apr 18
30
484 Penduduk Seberang Takir Terima Bantuan JKM
Ahmad Razif mengagihkan bantuan JKM. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailSeramai 484 penerima Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat kawasan Seberang Takir menerima bantuan yang bernilai RM99,300, petang semalam.Masing- masing menerima bantuan bagi bulan April antara RM200 hingga RM450 seorang yang sebelum ini menerima melalui akaun bank masing- masing.Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri Toh Puan Halina Zakaria menyampaikan bantuan tersebut sempena Majlis Penyampaian Bantuan JKM dan Penyerahan Tekun Nasional di Bangunan Penyelaras Dewan Undangan Seberang Takir, Kuala Nerus petang semalam.Turut hadir Timbalan Pengarah JKM negeri Noorazam Abdul Manaf dan Pengurus Tekun Kuala Nerus Othman Yusof.Sementara itu Menteri Besar turut nenyampaikan PenyerahanCek Tekun Nasional kepada 45 penerima kawasan Kuala Nerus.Mereka itu terdiri daripada Pinjaman Skim Temanita dan Skim Teman Tekun yang mendapat pinjaman antara RM 7, 000 hingga RM 10,000.Semenrara itu Noorazam berkata JKM negeri memperuntukan sebanyak RM574, 100 untuk diagihkan kepada 2,751 penerima bantuan di Parliman Kuala Nerus setiap bulan .Katanya selain peruntukan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan turutmemperuntukan sebanyak RM640,200 untuk diagihkan kepada 2,052 penerima bagi Parlimen Kuala Nerus setiap bulan.Selain Seberang Takir, ia melibatkan Tepoh, Bukit Tunggal, dan Batu Rakit.
05 Apr 18
88