lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Serikandi Jelajah Bantu 32,161 Ibu Tunggal Seluruh Terengganu
Halina menyampaikan bantuan kepada seorang ibu tunggal dengan disaksikan Mohd Nor  (empat dari kanan) dan Shafaruddin (tiga dari kanan) serta barisan Ahli Jawatankuasa Serikandi sempena Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi Terengganu 2018 di SMK Bukit Payong, Marang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailBadan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) mensasarkan untuk menjelajah ke 32 Dewan Undangan Negeri bagi menemui kira-kira 32,161 ibu tunggal di seluruh Terengganu sepanjang tahun ini.Program jelajah dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) bertujuan meringankan bebanan golongan itu menerusi bantuan wang tunai RM200 serta barangan keperluan dapur bernilai RM100 kepada setiap ibu tunggal yang berdaftar.Terbaharu, program siri kedua itu menjelajah ke DUN Bukit Payong, Marang untuk meraikan 900 ibu tunggal selepas program perintis di Telemong, Hulu Terengganu, baru-baru ini.Yang Dipertuanya, To' Puan Seri Halina Zakaria berkata, usaha turun padang mendekati golongan yang perlu diberi perhatian itu menjadi keutamaan Serikandi dan akan sentiasa dilaksanakan sebagai wadah mendekati mereka yang memerlukan pembelaan dari semasa ke semasa."Program seumpamanya ini adalah siri jelajah yang kedua, pertama kita berjaya menjayakannya di DUN Telemong."Serikandi akan memastikan semua ibu tunggal akan diraikan. Selepas ini kita akan ke lokasi (DUN) berikutnya iaitu di Pengkalan Berangan, diikuti Jabi  serta Wakaf Mempelam dan juga DUN-DUN lain sehingga selesai semuanya sepanjang tahun ini,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal bersama Serikandi Terengganu 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong, Bukit Payong, Parlimen Marang, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Penyelaras DUN Bukit Payong, Mohd Nor Endot dan Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Halina berkata, pihaknya akan memastikan bantuan itu sampai kepada penerima yang layak di setiap DUN termasuk pasukan petugas menghantar bantuan ke rumah penerima yang uzur.
11 Apr 18
267
Empty Image
PRU14 : Sokong Siapa Sahaja MB Selepas Ini
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berikrar akan terus memberi sokongan penuh kepada sesiapa sahaja yang bakal dilantik menjadi menteri besar selepas Barisan Nasional (BN) berkuasa semula di negeri itu selepas Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14) nanti.Menurutnya, beliau akan menjadi orang pertama menyokong pelantikan menteri besar baharu sekiranya beliau tidak lagi dilantik ke jawatan itu atau jika tidak lagi disenarai sebagai calon pada PRU14 nanti.“Sesiapa yang bakal dilantik menjadi menteri besar tidak penting tetapi apa yang paling utama ialah setiap ahli parti perlu berjiwa besar dan bekerja kuat bagi memastikan BN terus berkuasa di negeri berkenaan.“Tidak lupa juga perlu berlaku adil kerana jika sebelum ini ahli-ahli parti boleh tetap setia menyokongnya, maka saya  juga perlu melakukan perkara yang sama kepada pengganti saya nanti,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Jabatan, Warga Pendidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Daerah Kemaman di Dewan Majlis Pembandaran Kemaman (MPK), Chukai, semalam.Turut Hadir, Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman, Pegawai Daerah Kemaman, Mohd Zahari Mohd Azahar dan Pegawai Penyelaras DUN Chukai, Dato’ Mohamed Awang Tera.Menurut Razif, survival politik orang Melayu perlu dimartabat dan dikekalkan di negeri berkenaan ataupun di negara ini.“Setiap bekas wakil rakyat atau sesiapa sahaja yang tidak tersenarai sebagai calon PRU14 supaya tidak berasa kecewa sebaliknya terus menyokong setiap calon baharu.“Saya sentiasa menasihati setiap ahli parti supaya jangan sekali-kali mengkhianati parti jika tidak dicalonkan sebaliknya perlu terus setia dan berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan kemenangan besar,"katanya.Selain itu Razif berkata, apa yang penting sekarang ialah aspek solidariti dan permuafakatan ahli-ahli parti untuk bekerja kuat sekaligus merampas kembali DUN-DUN yang dikuasai pembangkang termasuk DUN Chukai di Kemaman dengan majoriti lebih besar.  “PRU14 kali ini BN terpaksa berdepan dengan tiga penjuru iaitu Pas dan Pakatan Harapan yang sememangnya memerlukan BN bekerja kuat termasuk menggunakan sepenuhnya kekuatan orang muda.“Semboyan PRU14 dibunyikan dan ahli-ahli perlu melupakan semua isu dalaman parti untuk memulakan gerak gempur untuk melawan musuh.Pada majlis tersebut Datuk Seri Ahmad Razif turut menyampaikan sumbangan bantuan kewangan kepada 71 Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah di daerah Kemaman dan kepada semua J3K.
10 Apr 18
92
Empty Image
Kerajaan Negeri Belanja RM358,300 Untuk 499 Pelajar Cemerlang
Ahmad Razif bergambar dengan sebahagian pelajar cemerlang di Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu kali ke-39 Dan Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM 2017 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) membelanjakan sebanyak RM358,300 untuk Anugerah Pingat Emas dan hadiah kecemerlangan kepada 499 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Agama Malaysia (STAM) 2017. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ganjaran tersebut sebagai menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik. “Diharap inisiatif ini akan menjadi motivasi untuk mereka terus meraih pencapaian cemerlang sekaligus mengangkat nama negeri Terengganu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.“Kita mahu anak-anak Terengganu berani mencabar kelaziman dan mencipta lebih banyak cerita kejayaan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu kali ke-39 Dan Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM 2017 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri A. Latiff Awang, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengarah Yayasan Terengganu Ishamudin Hashim dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin.Pada majlis itu, dua pelajar telah terpilih sebagai penerima Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu iaitu Muhammad Khairul Azri Mohd Khalid daripada Sekolah Menengah Imtiaz YT Besut dan Muhammad Syauqellah Razali daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek.Kedua-duanya yang merupakan pelajar terbaik negeri ini menerima insentif wang tunai RM5,000, sebuah medal pingat emas, sehelai blazer, sebuah laptop dan sijil penghargaan.Sementara itu seorang pelajar menerima Anugerah Khas YT iaitu pelajar kelainan upaya Ahmad Izzat Sohame@Suhaimi daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong yang menerima wang tunai RM2,000 beserta sebuah laptop.Antara anugerah lain yang turut diberikan adalah Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2017 (Semua A+) kepada dua penerima yang mendapat RM500 dan laptop, Anugerah Pelajar Terbaik STAM 2017 kepada dua penerima yang memperoleh RM600 serta laptop dan Anugerah Kecemerlangan SPM 2017 (Semua A) kepada 357 penerima yang mendapat RM500 setiap seorang.Selain itu tiga lagi kategori penghargaan juga diberikan iaitu Anugerah Kecemerlangan STPM 2017 2017 (Semua A) kepada 100 orang yang mendapat RM600 setiap seorang, Anugerah Kecemerlangan STAM 2017 (Mumtaz) kepada 26 orang yang meraih RM600 setiap seorang dan Anugerah Sekolah Terbaik kepada sembilan sekolah yang masing-masing menerima RM10,000.
10 Apr 18
160
Empty Image
89 Produk Sempena MPI Diiktiraf
Mohd Khairul mengondol hadiah utama. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailSebanyak 89 produk daripada 311 penyertaan yang diterima sempena Minggu Penyelidikan dan Inovasi  (MPI)) 2018 yang berakhir semalam dianugerahkan pelbagai pingat atas pencapaian penyelidikan dan inovasi yang dilakukan.Daripada jumlah itu enam dianugerahkan untuk kategori sekolah, manakala 77 pingat emas diberikan kepada peserta daripada pelbagai university awam.Sementara itu enam lagi adalah kategori anugerah khas atas pencapaian penyelidikan dan inovasi yang amat membanggakan sepanjang MPI’ 18 yang berlangsung selama tiga hari bermula 7 April lalu.MPI’ 18 adalah anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan (RMIC) UniSZA yang berkolaborasi bersama tiga universiti awam iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan   Kolej Universiti TATI (TATIUC) yang diadakan  diadakan di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak , Kuala Nerus.Sebanyak 9 kluster pertandingan yang dibahagikan mengikut kluster iaitu  Kluster A : Alam Sekitar & Tenaga Boleh Diperbaharui, Kluster B: Pertanian & Akuakultur ,Kluster C: Reka Bentuk Perindustrian, Kejuruteraan Bangunan & Senibina, Kluster D: Pengurusan Bencana.Sementara itu Kluster E: Pendidikan, Pembangunan Masyarakat & Inovasi Sosial,Kluster F: Kesihatan, Perubatan, Farmasi, Makanan & Tambahan, Kluster G: Era Digital, Analisis Data & Revolusi Automatik, Kluster H: Teknologi Pembuatan, Pemprosesan & Mekanisasi Makanan danKluster I: Teknologi Automobile, Aeroneutical & Maritime.Dalam kategori hadiah anugerah khas itu UniSZA mengungguli dua kategori iaitu hadiah utama melalui produk `Elektromagnetic Radiation Phone Cover’ yang dihasilkan bersama Dr Mohd Khairul Amri Kamarudin, Mohd Syafi Mohd Ridhuan Tee, Roslan Umar, Prof, Madya Dr Hafizan Juahir, Siti Nur Dianah Abdul Rahman dan Nur Hazmin Subri.Manakala  hadiah khas yang turut dimenangi oleh UniSZA ialah melalui produk `MyPlant DIY (Malaysian Plant Diagnoese it Yourself) App.Sekolah Menengah Seri Nilam, Kuala Terengganu turut menerima anugerah khas melalui produk `Kit Mudah Alih Info Kerjaya’Sementara itu 77 penerima pingat emas melalui penyelidikan dan inovasi  ialah UniSZA memperolehi 35 pingat emas, diikuti UMT 30 pingat emas, manakala yang lain ialah TATIUC, Universiti Putra Malaysia dan sekolah.Semua hadiah disampailah oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A. Latif Awang yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
10 Apr 18
76
Empty Image
PRU14: Biarlah Qada Dan Qadar Yang Menentukan-Rozi
Tersenarai atau tidak sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak menjadi satu persoalan dan saya berserah kepada qada dan qadar, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Dato' Rozi Mamat.Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu berkata, semangatnya tetap bersama Barisan Nasional  (BN) dan perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negara akan tetap diteruskan "Saya mesti berjuang untuk memastikan kemenangan BN sekali gus kekal sebagai kerajaan yang mentadbir negara...dan saya tidak ada rasa kerut kening nak fikir jadi calon atau tidak, semua ditentukan oleh Allah SWT."Tetap berjuang dan pastikan BN diberi kemenangan pada PRU kali ini dan tidak ada alasan untuk tidak memilih BN kerana kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk rakyat," katanya.Rozi berkata demikian ketika berucap pada pemberita di Majlis Pengagihan Bantuan Banjir DUN Telemong di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti dan Sosial Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Mohamed Zahari Razali serta Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman.Katanya lagi, tidak ada mana-mana kerajaan dalam dunia yang membantu rakyat seperti BN dan bukan dilaksanakan hanya untuk berdepan dengan PRU tetapi merupakan rutin tahunan termasuk meringankan beban mangsa banjir."Mungkin ada kelemahan di mana-mana tetapi kita sentiasa perbaiki. Ini juga selaras dengan slogan khas BN Terengganu menghadapi PRU (Terengganu Molek Doh) dan di DUN Telemong kita semangatkan perjuangan dengan 'Telemong, apee lagaih'."Apa yang ada pada hari ini, ianya perlu dikekalkan untuk anak cucu kita, jangan musnah apa yang dibina selama bertahun-tahun kerana silap membuat perhitungan dan pilihan," katanya lagi.
10 Apr 18
311
Empty Image
PRU14: Setiu Janji 5-0
Mohd Jidin memalu gong sebagai gimik merasmikan programUMNO Bahagian Setiu berikrar untuk menghadiahkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke- 14 yang akan diadakan tidak lama lagi.Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, sebagai pemimpin di kawasan itu, dia mengetahui susur galur dan kehendak rakyat Setiu yang sememangnya setia terhadap parti UMNO."Saya memberi jaminan kawasan ini bukan saja akan menyapu bersih kerusi tetapi mampu memberi jumlah majoriti yang lebih besar andai semua ahli yang terlibat dalam jentera parti atau pengundi tidak bertindak 'cah keting' atau membuat undi rosak," katanya.Mohd Jidin turut berkata UMNO Terengganu dalam waktu peralihan kuasa dan usaha penjenamaan atau penremajaan semula parti, perlu meneliti pelbagai isu dan kriteria sebelum memuktamadkan dalam soal pemilihan calon yang bakal dipertaruhkan untuk bertanding dalam PRU14."Kita kini giat melancarkan perang, mengatur strategi mengambil hati pengundi sebaik saja parlimen dibubarkan Sabtu lepas," katanya selepas merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Peringkat DUN Batu Rakit di Mengabang Panjang, Batu Rakit, baru-baru ini.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, Ahli Parlimen Setiu Datuk Che Mohd Zulkifli Jusoh, Senator Datuk Abdul Rahman Mat Yassin, Setiausaha Politik Menteri Besar, Dr Rozailan Ibrahim dan semua pemimpin politik tempatan.Sementara itu, Bazlan berkata tiga tambahan pusat daerah mengundi (PDM), iaitu Kampung Mengabang Telong, Kampung Wakaf Tengah dan Kampung Mengabang Telipot menjadikan DUN Batu Rakit kini memiliki 11 PDM dengan tambahan 10 cawangan baru berikutan persempadanan baru yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Bazlan berkata tambahan itu bakal melonjak undi yang lebih banyak dan memerlukan kerja keras jentera perayu undi BN."Tapi kita tidak gentar kerana hari ini, DUN Batu Rakit bersiap sedia dengan 2,000 tenaga kerja yang terdiri dari tiga sayap parti iaitu Pemuda, Puteri dan Wanita," katanya lagi.
10 Apr 18
92
Empty Image
Polis Pantau 1,131 Individu Berpotensi Timbulkan Kekecohan PRU14
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika berucap di Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 yang disempurnakan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailPolis telah mengenal pasti 1,131 individu di seluruh negara yang berpotensi menimbulkan kekecohan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dimana gerak geri mereka sedang diperhatikan.Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, daripada jumlah itu, seramai 31 individu 'pengacau politik' dikesan di Terengganu."Kita bukan nak timbulkan ketakutan atau nak mengugut sesiapa, tetapi kita nak pastikan mereka yang berpotensi menimbulkan masalah pada PRU nanti dipantau."Polis akan bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada kerana kita tak boleh buat perkara ini sewenang-wenangnya dan setiap individu ini memang dah disenaraikan menerusi risikan kita," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 yang disempurnakan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini. Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Ketua Polis Terengganu, Dato’ Aidi Ismail.Katanya, tindakan terhadap mereka yang menimbulkan kekecohan diambil sekiranya keadaan mendesak.Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi berkata, polis juga memantau rapi 171 kawasan panas seluruh negara dikenal pasti sepanjang PRU-14."Kita akan kerahkan lebih 70,000 kekuatan untuk ditugaskan sepanjang pilihan raya dan sekiranya masih tidak mencukupi, kita akan tambah termasuk pasukan simpanan dan pelatih," katanya.Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang bukan saja mengambil berat kebajikan anggota dan pegawai yang bertugas di negeri ini, malah turut sama membantu mengurangkan kadar jenayah dengan menyediakan pelbagai program terutama untuk golongan muda termasuk pembinaan litar lumba untuk ‘mat rempit’.
09 Apr 18
49
Empty Image
Perlu Sedia Hadapi Revolusi Industri Keempat
A. Latiff bersama pemenang anugerah. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Masyarakat terutama penyelidik, pensyarah dan pelajar di negeri ini perlu bersedia menghadapi revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) dan segala cabarannya untuk terus memajukan negara khususnya Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, revolusi itu menyaksikan Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua kepada elektrik, dan ketiga kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).Katanya. industri 4.0 hebat kerana ia menggantikan banyak kerja dalam revolusi pertama, kedua dan ketiga dengan proses automasi hasil bantuan perisian.“Industri ini juga hebat kerana ia meningkatkan kecekapan pengurusan dan sistem penyampaian kerana semua urusan dijalankan secara digital,” katanya.Beliau berkata demikian dalam teks yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang pada Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Minggu Penyelidikan & Inovasi 2018, di Stadium Negeri, Kuala Nerus, petang semalam.Ahmad Razif turut memberitahu, Industri 4.0 akan membawa perubahan besar antaranya kepada media tradisional apabila manusia hanya menggunakan telefon pintar dan komputer untuk membaca berita dan bukan lagi surat khabar.“Persaingan media bukan lagi sesama sendiri tetapi terpaksa bersaing dengan media sosial yang lebih dapat menarik perhatian pembaca,” katanya.
09 Apr 18
37
Empty Image
Azizulhasni, Fatehah Dominasi Anugerah AST
Ahmad Razif meletakkan plak sebagai gimik merasmikan Majlis Anugerah Sukan Negeri Terengganu . Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Raja dan ratu berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa sekali lagi dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati pada Anugerah Sukan Negeri Terengganu (AST) 2017 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, malam tadi.Azizulhasni memenangi anugerah itu sebanyak tiga kali pada musim 2007/2008, 2009/2010 dan 2015/2016, manakala Fatehah pula memenanginya tiga tahun  berturut-turut  pada 2007/2008,2009/2010 dan 2013/2014.Kejayaan Azizulhasni menjuarai acara keirin di World Track Cycling Championship di Hong Kong tahun lalu dan menghadiahkan dua emas pada temasya Sukan SEA menjadi faktor utama kepada pemilihan beliau sebagai olahragawan Terengganu.Dengan kemenangan itu masing-masing membawa hadiah wang tunai RM7,000, piala pusingan, piala iringan,  sijil kepujian serta wang tunai RM2,000 kepada persatuan yang diwakilinya.Hadiah kemenangan disampaikan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman kepada ibu Azizulhasni Selamiah Yong,54, dan Puan Esah Isa, 58 (ibu Fatehah) kerana dua atlet itu masih berada di Gold Cost bagi menyertai kejohanan Sukan Komanwel. Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.Sementara itu,  Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail pula dinobat sebagai tokoh Sukan Negeri Terengganu dengan membawa pulang piala iringan, sijil kepujian, barangan sukan serta wang tunai RM1,000.Bagi kategori olahragawan harapan pula dimenangi Syed Akma Fikri Syed Ali melalui sukan petanque manakala olahragawati harapan dimenangi Nur Iman Aina Ahmad Sabti juga melalui sukan petanque di mana kedua-duanya membawa pulang piala pusingan, piala iringan, sijil kepujian, wang tunai RM2,500 serta RM1,000 kepada persatuan yang diwakilinya.Sementara itu, Zuhairie Ahmad Tarmizi atlet berbasikal paralimpik yang menggondol empat emas pada temasya Sukan Para ASEAN 2017 pula dinobatkan sebagai Olahragawan Paralimpik Terengganu 2017.Manakala, olahragawati paralimpik pula disandang oleh atlet berbasikan paralimpik wanita iaitu Nur Shahida Tajudin yang memenangi satu perak dan satu gangsa pada temasya sukan yang sama tahun lalu. sukan serta wang tunai RM1,000.
09 Apr 18
350
Empty Image
Dana Raya Untuk Anggota Keselamatan Seluruh Terengganu
Ahmad Razif bergambar bersama sebahagian anggota polis pada Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri hari ini mengumumkan khabar gembira kepada lebih 5,000 anggota keselamatan negeri ini apabila menyalurkan bantuan dana raya yang melibatkan peruntukan kira-kira RM5 juta.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ganjaran itu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan pasukan mereka dalam memastikan keselamatan dan keamanan di negeri ini sentiasa terpelihara.“Sebagai mengenang jasa pasukan keselamatan seperti pasukan polis, tentera dan lain-lain lagi, kita wujudkan satu skim dana khas untuk pasukan keselamatan iaitu dana mengenang jasa pasukan keselamatan.“Perkara ini telah diputuskan dalam mesyuarat exco sebelum pembubaran DUN baru-baru ini. Bagi yang bukan muslim kita ikut perayaan mereka. Untuk yang beragama Islam pembayaran bonus itu akan dibuat mulai bulan puasa ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Polis Terengganu, Dato’ Aidi Ismail.Menurut Ahmad Razif, pemberian dana tersebut tanpa mengira pangkat dengan anggota keselamatan yang sudah berkahwin akan menerima sebanyak RM400 manakala pemberian sebanyak RM200 kepada anggota yang masih bujang.Dalam majlis tersebut, Ahmad Razif turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis dan RM50,000 setahun kepada Persatuan Keluarga Polis Negeri Terengganu (PERKEP).
09 Apr 18
43