Artikel "Utama" Terkini
PRU14 : Umum Calon Selepas Dapat Lampu Hijau- Ahmad Razif
Ahmad Razif ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Barisan Nasional (BN) Terengganu hanya dapat mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 selepas mendapat `lampu hijau’ Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Terengganu belum mendapat persetujuan berkaitan itu dari pucuk pimpinan tertinggi UMNO dan bersedia pada bila-bila masa .Katanya, apa yang pasti pengumuman itu akan dibuat dalam tempoh terdekat dan berkemungkinan akan diumumkan secara serentak di seluruh negara.“Saya yakin kesemua calon yang dihantar sudah dimuktamadkan dan percaya calon yang ditampilkan itu dapat menyaingi calon daripada parti lain.“Difahamkan parti lain sudah mengumumkan calon masing-masing termasuk parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala BN akan berbuat demikian dalam tempoh terdekat,”katanya yang juga Menteri BesarBeliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Jabi, Besut, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar To’ Puan Seri Halina Zakaria, Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee dan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi Mohd Iskandar Jaafar.
15 Apr 18
61
Bangunan Baharu LKPI Marang Bukti Kerajaan Prihatin Golongan Hawa
A.Latiff ketika berucap sebagai merasmikan majlis pecah tanah bangunan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Marang.Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM1.8 juta untuk pembinaan bangunan baharu Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Daerah Marang, yang bakal siap dalam tempoh setahun dari sekarang.Bangunan dua tingkat dilengkapi pejabat, bilik mesyuarat dan dewan serbaguna akan memberi manfaat kepada ahli-ahlinya untuk bergerak aktif dan mengembangkan taraf sosio ekonomi bagi mengubah landskap kehidupan ke arah yang lebih baik.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang berkata, kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan dan keperluan rakyat terutama wanita yang sentiasa mahu membantu menyara dan mengubah taraf kehidupan keluarga terutama apabila hilang tempat bergantung."YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sentiasa cakna dan memberikan peruntukan yang besar untuk pembangunan negeri termasuk menjaga kebajikan golongan wanita khususnya ibu tunggal."Kerajaan bukan sekadar membangunkan fiskal, tetapi juga kepada pembangunan kerohanian seperti pendidikan dan pembangunan keluarga. Sebab itu, Terengganu sentiasa menjadi yang terbaik dalam pendidikan di Malaysia," katanya yang hadir merasmikan majlis pecah tanah pembinaan bangunan LKPI Daerah Marang, di Binjai Rendah, Marang, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil- wakil Rakyat (Serikandi) Terengganu, To' Puan Seri Halina Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Berhad (Satu), Atemin Sulong dan Pengarah Kementerian Perdagangan dan Koperasi Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri, Saharuddin Mohd Kia.Hadir sama, Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang merangkap Pengerusi LKPI Marang, To'Puan Zaitun Mat Amin. Di majlis itu juga turut disampaikan sumbangan berjumlah RM450,000 berupa wang tunai dan barang keperluan dapur kepada 1,500 ibu tunggal di DUN Pengkalan Berangan.Bantuan di lokasi ketiga dalam siri Jelajah Cakna Ibu Tunggal Serikandi itu sebagai antara usaha kerajaan negeri bagi meringankan bebanan kira-kira 32,000 ibu tunggal yang berdaftar menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).
14 Apr 18
202
PRU14 : BN Optimis Rampas Alor Limbat, Bukit Payong
A. Latiff ditemuramah media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Marang."Kita yakin akan mendapat kembali dua kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) yang pernah dimenangi Barisan Nasional (BN), Alor Limbat dan Bukit Payong selain mengekalkan DUN Pengkalan Berangan, kata Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang.Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemampuan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini, ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Daerah Marang di Binjai Rendah, Marang, hari ini.Keyakinan beliau selaku individu yang mengetuai jentera BN Marang juga bersandarkan PRU14 adalah masa terbaik untuk pengundi berfikir secara terbuka serta positif dalam memilih calon dan parti yang terbukti mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat.A. Latiff turut menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada Pengerusi BN Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam memilih 'calon boleh menang' bagi seluruh DUN dan Parlimen Marang."Di samping itu, kita juga melihat BN berpotensi besar untuk menawan DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang. Semuanya tidak mustahil kerana sejarah pernah kita lakukan di Parlimen Marang sebelum ini."Jentera Marang akan berjuang sebaik mungkin untuk BN dan percaya siapapun calon yang dipilih, itu merupakan pilihan terbaik untuk kita," tegasnya.
14 Apr 18
185
Belia Digesa Bersedia Hadapi Revolusi 4.0
Ahmad Razif bersama wakil belia yang menerima peruntukan pertadbiran. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailGolongan belia di negeri ini digesa bersedia menghadapi revolusi 4.0 perindustrian keempat (revolusi 4.0) yang kini menjadi agenda Terengganu dan negara.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kerajaan bersedia mengeluarkan peruntukan besar bagi tujuan itu semata- mata melihat lebih belia ramai di negeri ini berdaya saing.Katanya, perkara itu termasuk menjadikan Terengganu sebagai perintis hab digital."Kita akan sediakan lokasi untuk kemudahan itu di Kampung Ladang di pusat bandar raya ini dan Telaga Papan, Setiu membabitkan peruntukan RM12 juta."Bangunan untuk dijadikan Pusat Hab Digital di Kampung Ladang masih dalam proses pengubahsuaian dan dijangka dapat beroperasi dalam tempoh dua atau tiga bulan dari sekarang," katanya.Beliau berkata demikian pada Festival Belia Terengganu, di Batu Burok, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pengerusi Persatuan Kelab- Kelab Belia Malaysia (MAYC) Terengganu, Amirullah Othman.Sementara itu, Amirullah memberitahu kerajaan negeri memperuntukkan RM2.8 juta untuk diagihkan kepada 532 persatuan dan kelab belia peringkat cawangan di seluruh Terengganu. "Agihan RM5,000 untuk setiap persatuan atau kelab itu bertujuan untuk menjalankan aktiviti dan pelbagai program yang bermanfaat untuk setiap ahli berdaftar, " katanya.
13 Apr 18
241
Berita Gembira Untuk Penduduk Hulu Terengganu
Zahid (tengah) bersama barisan kepimpinan negeri ketika lawatan ke Hulu Terengganu sempena perasmian Jentera Pilihan Raya Hulu Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailRakyat di Hulu Terengganu menerima berita gembira sempena lawatan kerja sehari Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.Ahmad Zahid telah mengumumkan pembinaan sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu yang baharu bernilai RM150 juta bagi menggantikan bangunan yang sedia ada.Naib Presiden UMNO itu juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi pembinaan sebuah masjid baharu di kampung Pasir Dula, Hulu Telemong dan sebuah pusat komuniti di Kampung Teris, Hulu Telemong yang bernilai RM250,000."Saya juga berjanji apabila BN terus diberi mandat untuk memerintah dan jika parlimen Hulu Terengganu memberi kemenangan besar 5-0...permohonan dewan besar untuk kemudahan dan keselesaan penduduk juga akan dilaksanakan."Oleh itu Hulu Terengganu mesti bekerja keras untuk kekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ada dan rampas kembali kerusi DUN Manir supaya kita kekal di bawah panji-panji Barisan Nasional" katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Parlimen Hulu Terengganu dan Manifesto Tambahan BN Terengganu di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu.Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan isteri To' Puan Seri Halina Zakaria dan Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Terengganu, Dato' Muhammad Pehemi Yusof.Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari, Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi Mamat dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO negeri.Tambah Zahid lagi, apa jua yang berlaku apabila pengumuman calon, semua pihak perlu akur kerana itu adalah keputusan muktamad pucuk pimpinan yang harus diterima oleh semua pihak.
12 Apr 18
30
PRU14 : Turun Caj Tol LPT2, 40,000 Peluang Kerja Dalam Manifesto Tambahan BN Terengganu
Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu akan menurunkan bayaran tol di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sehingga 50 peratus secara berperingkat-peringkat, mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan, peluang pekerjaan dan perniagaan mengutamakan rakyat Terengganu dalam Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) serta meningkatkan penglibatan golongan wanita yang berkelayakan dalam pentadbiran kerajaan mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) antara yang terkandung dalam Manifesto Tambahan BN Terengganu yang diumumkan hari ini.Empat daripada 20 'touch point' berkenaan akan dilaksanakan sekiranya BN terus diberi mandat mentadbir negeri sejurus memenangi 'peperangan' Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) tidak lama lagi.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, selain manifesto BN di peringkat Pusat yang dilancarkan Perdana Menteri minggu lalu, BN Terengganu turut menyenaraikan 20 titik sentuhan berkenaan untuk dilaksanakan Kerajaan BN sebaik mendapat mandat mentadbir negeri."Mana-mana kerusi yang kita tidak menang kita rampas kembali, manakala yang kita sudah menang kita kekalkan kerusi BN."Sebaik sahaja rakyat mengekalkan mandat kepada BN dan memberi kemenangan lebih besar kepada Terengganu, kita akan tunaikan manifesto tambahan (BN) yang mempunyai lima komponen yang utama selain komponen lain yang menjadi sebab kekal memilih BN,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena lawatan kerja rasmi Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO ke Hulu Terengganu bagi melancarkan Jentera Pilihan Raya Parlimen Hulu Terengganu dan pelancaran Manifesto Tambahan BN Terengganu di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu.Turut hadir, isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis.Hadir sama, Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Terengganu, Dato' Muhammad Pehemi Yusof, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari, Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi Mamat dan kepimpinan BN Negeri.`Masa Hadapan Kita Bina Bersama'Manifesto Tambahan Barisan Nasional Terengganu mempunyai 5 komponen.10. Komponen PERTAMA: 5 SEBAB KENAPA PERLU PILIH BN TERENGGANUSebab Pertama : ISTIQOMAH menjaga Maqasid SyariahSebab Kedua : BANYAK cerita kejayaan (success stories)Sebab Ketiga : REKOD pentadbiran dan kepimpinan yang baikSebab Keempat : BERPENGALAMAN mengurus tadbir NegeriDan Sebab Kelima : BERSUNGGUH dalam membantu rakyat11. Komponen Kedua : TEMA DAN WAR CRY Tema Manifesto ialah Masa Hadapan, Kita Bina Bersama atau Our Future, We Build Together War Cry kita ialah Terengganu…Molek Doh!12. Komponen Ketiga : CERITA KEJAYAAN TERENGGANU Oleh kerana kita mempunyai banyak cerita kejayaan yang melambangkan rekod pencapaian pentadbiran yang cemerlang, maka manifesto ini turut menyebut bahawa terdapat 144 cerita kejayaan, sepanjang lima tahun BN Terengganu menjadi Kerajaan dan kita turut berikan 10 contoh. 13. Komponen Keempat : 5 TERAS AKUJANJI Pertama : Memartabatkan Agama Islam dan Keharmonian BeragamaKedua : Meningkatkan usaha meringankan beban rakyatKetiga : Membina generasi TN50 ke arah Revolusi Industri 4.0Keempat : Memperkasa Pendidikan sebagai asas kecemerlangan sumber manusiaDan Kelima : Menyerlahkan lagi penglibatan aktif golongan Wanita dalam pelbagai bidang14. 20 TOUCHPOINTS :Pertama : Mewujudkan 40,000 peluang pekerjaanKedua : Membina tambahan 20,000 unit Rumah Mampu MilikKetiga : Mewujudkan Onestop Center (JobsTerengganu)Keempat : Mewujudkan Pelan Strategik Revolusi Industri 4.0 untuk generasi TN50Kelima : Menjadikan Sukan Bermotor dan E-Sports sebagai sukan berimpak tinggiKeenam : Mewujudkan Pusat Pemindahan Banjir Bersepadu (P2B) di setiap daerahKetujuh : Meluaskan Rangkaian Pengangkutan Awam di kawasan tumpuan ramaiKelapan : Mewujudkan Sekolah Rendah Imtiaz (SERI)Kesembilan : Mewujudkan Pusat Hemodialisis di setiap daerahKesepuluh : Menurunkan Bayaran Tol LPT2 sebanyak 50% secara berperingkatKesebelas : Membina rumah – rumah PPR di setiap daerahKedua belas : Menukar status rumah PPR daripada Sewa kepada Sewa beliKetiga belas : Membina LPT 3Keempat belas : Memperluaskan Bantuan Program Transformasi Gerai untuk penjaja kecil dan usahawan mikroKelima belas : Memperkasa Pusat Pengajian Agama Harian untuk golongan dewasa di setiap daerahKeenam belas : Memperkenalkan Kad Harga Patut kepada mereka dalam senarai e-kasih, OKU, Ibu Tunggal dan Anak YatimKetujuh belas : Memperluaskan program Jualan Sentuhan Rakyat ke semua daerahKelapan belas : Memastikan peluang – peluang pekerjaan dan perniagaan mengutamakan rakyat Terengganu dalam Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL)Kesembilan belas : Meningkatkan Penglibatan Golongan Wanita yang berkelayakan dalam pentadbiran kerajaan dan GLCDan kedua puluh : Mewujudkan Pusat Tahfiz Darul Iman di setiap daerah
12 Apr 18
871
TPM Hadir Perjumpaan Tertutup Di Hulu Terengganu
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri perjumpaan tertutup pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Hulu Terengganu, di Bangunan UMNO Hulu Terengganu, di Kuala Berang, hari ini.Naib Presiden UMNO itu tiba bersama-sama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis pada jam 2.30 petang dengan diiringi Pengerusi Badan Perhubungan BN Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar.Turut hadir, Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Terengganu, Dato' Muhammad Pehemi Yusof, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari dan Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi MamatPada majlis berkenaan Zahid menyampaikan amanat kepada kira-kira 150 anggota jawatankuasa tertinggi parti termasuk tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.Beliau juga menasihati ahli parti agar sentiasa memberikan sokongan penuh kepada calon yang dipilih dan jangan sehingga ada pergolakan dalaman dan sabotaj sesama ahli.
11 Apr 18
217
RM452 Juta Untuk Biayai 36,022 Usahawan IKS
Zubir merasmikan Majlis Anugerah Usahawan Terengganu 2018. Tengku Syamim Tengku Ismail Sejumlah RM452 juta pembiayaan perniagaan diperuntukkan kepada 36,022 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Terengganu sepanjang tahun lalu.Manakala pemberian geran pembangunan usahawan RM34.5 juta melibatkan 1,134 usahawan IKS, mengadakan 489 program latihan kepada 36,783 usahawan dan 262 program promosi melibatkan 19,733 usahawan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata peruntukan yang diagih melalui Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) itu semata-mata mahu memartabatkan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan dikalangan masyarakat.Katanya, tidak wajar pengukuran kejayaan seseorang seseorang usahawan hanya dinilai daripada sudut kewangan dan keuntungan perniagaan semata-mata.“Malah perlu dinilai daripada aspek kecemerlangan berkaitan mengurus tadbir syarikat dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat,”katanya.Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong pada Majlis Anugerah Usahawan Terengganu 2018, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad; Ketua Eksekutif SME Corp, Datuk Dr. Hafsah Hashim; CEO Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Rozali Salleh dan Pengarah SME Corp. negeri, Muhammad Ibrahim.Pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Upstream Downstream Process & Services (UDPS) Sdn. Bhd., Ahmad Kamarolaili Abu dinobatkan sebagai Usahawan Berprestasi Tinggi Terbaik dalam Majlis Anugerah Usahawan Terengganu (AUT) 2018.Kemenangan tersebut membolehkan beliau yang juga Pengarah Urusan UPDS membawa pulang geran Program Peningkatan Perusahaan Kecil dan Sederhana Bumiputera (BEEP) bernilai RM500,000.Di samping beliau turut memperoleh pembiayaan pembangunan produk berjumlah RM5,000 dan promosi (RM3,500) bagi merangsang pertumbuhan syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas beroperasi di Kemaman itu.Syarikat rempah-ratus di bawah jenama Bunga Ros, Hassan Majid Sdn. Bhd. pula menerima anugerah Kategori Halal dan Standard manakala Kategori Promosi dan Pemasaran Produk dimenangi oleh MGV Industries Sdn. Bhd., Abdul Salikin Ambak dari ASA Frozen Food & Marketing (Usahawan Baru), Norhaiza Nordin (Kraf Warisan) dan Rokiah Mohd. Koyakutty (Groom Big).
11 Apr 18
419
BN Tanggung Tunggakan Cukai Akibat Janji PAS
Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu terpaksa membayar tunggakan cukai pintu selama lima tahun kira-kira RM26 juta kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) selepas berjaya mengambil alih semula negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).Tunggakan itu adalah langkah BN untuk tidak membebankan penduduk selepas mereka tidak membayar cukai pintu berikutan janji PAS dalam manifesto parti itu pada PRU-11 untuk memansuhkan cukai berkenaan jika menang menyebabkan tunggakan itu.Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh, berkata selepas memenangi kerajaan negeri Terengganu pada PRU-11, kerajaan negeri PAS tidak mengeluarkan arahan pemansuhan cukai pintu, sebaliknya hanya mengarahkan PBT tidak mengutipnya.Beliau berkata, kerajaan PAS pada 1999 hingga 2004 juga tidak mengeluarkan arahan bertulis termasuk kelulusan mesyuarat EXCO kepada PBT mengenai pemansuhan cukai pintu."Kerajaan pimpinan PAS negeri juga tidak pernah membentangkan untuk mendapatkan kelulusan pemansuhan cukai pintu di Parlimen."Pemansuhan cukai pintu di negeri ini hanya boleh dilakukan jika Parlimen meluluskan pindaan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)," katanya kepada NSTP.Samiun berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Manifesto PAS yang sekali lagi berjanji untuk mengecualikan cukai pintu kediaman jika berjaya merampas negeri ini pada PRU-14.Katanya, selepas BN berjaya merampas semula negeri pada PRU-12, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak membebankan rakyat apabila menjelaskan bayaran tunggakan cukai pintu kepada MBKT sebanyak RM26 juta- BERITA HARIAN
11 Apr 18
92
PRU14: Hanya BN Memahami Kehendak Rakyat
Manifesto Barisan Nasional (BN) merupakan manifestasi kehendak rakyat dalam mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata kerajaan hari ini telah bertanggungjawab dengan pencapaian prestasi 99.4 peratus yang telah tercapai dalam manifesto BN PRU yang lalu, secara logiknya BN mesti melebihi pencapaian ini untuk PRU14."Pengumuman untuk inisiatif RM1500 kepada anak-anak penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk ke universiti sekurang-kurangnya membantu meringankan beban keluarga bagi permulaan kits pembelajaran."Secara tak langsung juga membantu dari segi kewangan ketua isi rumah B40. Inisiatif ini juga sebagai galakan sosial pihak BN bagi memastikan setiap pelajar sentiasa berpotensi untuk menjadi warganegara terpelajar dan memiliki ilmu ke tahap yang tertinggi,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Berang.Tambahnya lagi, ini termasuklan peningkatan sumbagan BR1M sebanyak 20 peratus jelas menunjukkan kerajaan BN telah menguruskan kewangan negara secara terbaik dan hasil peningkatan pendapatan negara ini dipulangkan semula kepada rakyat." Walaupun ianya diberikan secara one off akan tetapi kesan kepada peningkatan pendapatan individu peserta BR1M ini meningkat hingga 3-12 peratus secara purata bulanan dalam setahun."Kalau kerajaan pada hari ini mampu beri bayaran berganda melalui BR1M, maknanya ekonomi negara tidak ada masalah seperti yang digembar gemburkan oleh pembangkang...masih kukuh dan tidak muflis seperti yang didakwa mereka."Nak kata negara dah muflis...dah tak ada duit, macam mana pihak penjawat awam dapat kenaikan gaji manakala anggota RELA,wataniah dan pasukan keselamatan yang bersara mendapat tambahan elaun, " katanya.Tambahnya lagi, kerajaan BN selama beberapa dekad telah menguruskan negara ini dengan cemerlang melalui pembangunan yang meliputi semua aspek termasuk pembangunan ekonomi dan fizikal."Jangan musnahkan semua perkara yang baik dan istimewa yang telah kerajaan BN berikan selama ini dengan memilih parti yang salah..kecil bagi kita tetapi besar buat rakyat..Hebatkan Negaraku," ujarnya.
11 Apr 18
30