lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Jangan Fikir Soal Ganjaran - SUK
Nawawi bersama penjawat awam pada Perhimpunan Bulanan Warga Wisma Darul Iman. Tengku Syamim Tengku IsmailPenjawat awam di negeri ini diingatkan  supaya tidak terlalu memikirkan soal ganjaran, termasuk jumlah pendapatan bulanan sebaliknya perlu  mencari kepuasan kerja apabila ditempatkan di mana-mana organisasi.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, berkata pendekatan itu dengan sendirinya akan melahirkan keikhlasan dalam melaksanakan setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan.Katanya, oleh itu, suka dia berpesan kepada pengantinya kelak agar memastikan setiap penjawat awam perlu berfikiran terbuka,  kreatif, inovatif dan sentiasa berada di hadapan untuk menolong dan memberi perkhidmatan terbaik  kepada pelanggan.“Pada masa sama kita juga perlu mewujudkan suasana budaya kerja yang positif, produktif dan komited bersama pasukan kerja masing-masing.“Maka akan lahirlah kepuasan kerja, saya sendiri pun mengambil pendekatan ke arah itu selain sedaya upaya mencapai sasaran kerja pada tahap maksimum setiap kali mengambil alih tugas baru,” katanya.Beliau berkata demikian selepas berucap di hadapan warga Wisma darul Iman sempena Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Pada majlis itu, seramai 15 penjawat awam dari pelbagai jabatan menerima anugerah pekerja cemerlang bagi Januari sehingga Mac.Antara penerimanya, Anida Mohamed @Abd Ghani dari Unit Komunikasi Negeri Terengganu; Norlida Mohamed (Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu) ; Abdul Aziz Embong (Pejabat Pengarah dan Tanah Galian Terengganu); Mohd Jamadil Akhir Samaah (Unit Perancang Ekonomi) dan Suhairi Muhammad (Unit Audit Dalam).   Menurut Nawawi lagi, perhimpunan yang dihadirinya pada pagi ini dijadualkan sebagai  yang terakhir berikutan beliau akan bercuti panjang bermula 1 Jun depan, sebelum bersara wajib berkuatkuasa akhir Jun nanti.“Sebelum mengakhiri tugasan sebagai Setiusaha Kerajaan Negeri, saya mahu berpesan kepada semua penjawat awam agar menjalankan tugas sebaik mungkin, perlu mencipta pembaharuan dan kejayaan sepanjang tempoh bertugas agar boleh dijadikan kenangan abadi apabila bersara kelak,”katanya.
17 Apr 18
75
Empty Image
PRU14 : Wan Nawawi Sedia Bertanding
Wan Nawawi ketika menjawab soalan Teganukita selepas berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Wisma Darul Iman, pagi ini. Foto oleh Tengku Mohd Syamim Tengku IsmailSetiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail bersedia menggalas tugas untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jika diarahkan pucuk pimpinan. Nawawi, 61, akan menamatkan perkhidmatan sebagai SUK pada akhir Jun ini dan mula bercuti pada  1 Jun dilantik sebagai SUK pada 3 Ogos 2016, selain turut memegang jawatan sebagai Pengerusi TDM sejak 29 Ogos 2017, memulakan perkhidmatan dalam pentadbiran negeri sebagai Pegawai Tadbir Negeri di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu pada 1 Julai 1981."Jika saya dipilih bertanding sebagai calon, saya minta sokongan dan saya tidak minta untuk menyokong saya secara membabi-buta,. Minta dengan Tuhan, memilih yang terbaik, sekiranya Tuhan membuka hati mereka untuk memilih saya sebagai wakil mereka, InsyaAllah saya akan memberikan tanggungjawab yang semaksimum mungkin sebagaimana saya berkhidmat sebagai pegawai kerajaan," katanya kepada Teganukita selepas berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Wisma Darul Iman, di Wisma Darul Iman, pagi ini.Nawawi mengulas demikian sebagai menjawab persoalan berhubung nama beliau antara yang disebut-sebut akan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU ini.Menurut beliau lagi, sebelum ini sudah ditawarkan untuk bertanding,  namun menolak atas faktor belum bersedia dan masih mahu terus berkhidmat sebagai pegawai pentadbiran kerajaan."Ini tafsiranlah..memang saya sudah berhasrat  untuk meninggalkan perkhidmatan ini lebih awal. Berkait sama ada saya bertanding atau tidak, ia juga satu anugerah. Saya tidak melihat ia sebagai satu yang membangggakan, ini tanggungjawab yang perlu saya pikul (jika dipilih). “Saya tidak tahu..ini sudah diatur oleh Ilahi sepanjang karier saya. Saya selalu menggunakannya sebagai anugerah Ilahi.. seperti juga (kejayaan) dalam bidang-bidang  sukan yang saya dapat, betapa besarnya nikmat dan kurniaan Allah kepada saya. Kalaulah saya terpilih saya juga akan mengabdikan diri untuk memberi perkhidmatan (terbaik),”katanya.
17 Apr 18
461
Empty Image
PRU14 : Deposit Pasang Bendera Hanya Cagaran
Bayaran deposit RM50 bagi permit pemasangan bendera dan iklan pilihan raya di setiap jalan di kawasan pentadbiran Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) bukanlah perkara baharu, sebaliknya diperkenalkan sejak PRU13.Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, perkara itu tidak seharusnya menjadi isu dan menegaskan bahawa deposit itu akan dipulangkan kembali selepas 14 hari daripada tarikh pengundian.“Tindakan kita itu berasaskan Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihan raya) (Majlis Perbandaran Kuala Terengganu) 1990 dan surat yang kita keluarkan kepada parti-parti politik adalah sebagai peringatan.“Bayaran deposit ini dikenakan sebagai cagaran kepada poster-poster, lambang-lambang dan kain rentang yang dinaikkan. Kita beri tempoh selama 14 hari selepas pilihan raya untuk mereka tanggalkan.“Kalau selepas tempoh itu ada lagi bendera yang tidak dibuang, deposit inilah yang akan kita potong. Kalau tidak, kita akan beri semua sekali deposit mereka,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Kelab Ekslusif MBKT di Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.Mengulas lanjut, beliau berkata, bukan semua jalan yang akan dikenakan bayaran, sebaliknya hanya melibatkan jalan utama dan sekitar kawasan mengundi.Bagaimanapun, bagi memberi penjelasan kepada semua parti yang bertanding, MBKT akan mengadakan taklimat selepas pengesahan pengumuman calon pada 28 April depan.“Bagi tujuan pemantauan juga, satu pasukan ‘task force’ SPR juga akan ditubuhkan, iaitu ketua pasukan penguatkuasaan kempen pilihan raya, yang mana ia akan diketuai pegawai Kumpulan A yang kebiasaannya dari kalangan pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT).“Jawatankuasa ini terdiri daripada wakil calon yang bertanding, biasanya wakil parti yang dilantik dan perkhidmatan jawatankuasa ini ialah 24 jam sehingga habis tempoh membuang undi.“Kalau ada yang tidak berpuas hati terutamanya daripada segi kain rentang yang mengutuk lawan, bersifat rasis dan tidak bersesuaian, kita akan bincang dan tanggal. Setiap perkara atau tindakan khususnya yang menyalahi undang-undang seperti pemasangan bendera dan ceramah, jawatankuasa ini akan bersidang dan ambil kata putus,” jelasnya.Menurut Samiun, undang-undang yang dikuatkuasakan itu perlu demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.Jelasnya, Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Kuala Ibai antara kawasan larangan kerana angin yang kuat di kawasan itu boleh membahayakan pengguna jalan raya sekiranya bendera yang dipasang jatuh dan menimpa pengguna jalan lain, selain jalan menuju ke istana-Sinar Harian
17 Apr 18
44
Empty Image
Pesara Perlu Sokong Kerajaan
Rakyat Terengganu termasuk pesara kerajaan diminta supaya tidak menyokong mana-mana parti baharu yang berteraskan kepentingan peribadi selain dilihat mahu membalas dendam akibat dipinggirkan daripada parti lama semata-mata.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sejarah membuktikan setiap parti serpihan tidak mampu bertahan lama kerana konsep perjuangan mereka lebih berfokus kepada kekecewaan tanpa hala tuju jelas."Setakat ini hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) berjaya kekal sejak sekian lama kerana kita ada prinsip perjuangan yang jelas."Saya yakin parti serpihan tidak akan dipilih majoriti rakyat kecuali dalam kalangan mereka yang kecundang dan kecewa semata-mata,” katanya yang juga Menteri BesarBeliau berkata demikian pada Majlis Tautan Kasih Pesara Kerajaan Malaysia Negeri Terengganu, di Permai Hotel, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKKM), Dato’ Muhatar Abdullah.Ahmad Razif turut memberitahu apabila gendang pilihan raya dipalu, golongan pesara diingatkan supaya membuat keputusan yang tepat bagi memilih kerajaan yang bukan sahaja mampu membela nasib dan kebajikan golongan pesara malah menghargai jasa mereka.“Hanya Kerajaan BN yang dilihat mampu memberikan kebaikan secara menyeluruh iaitu bukan sahaja nasib golongan pesara terbela tetapi ahli keluarga dan generasi akan datang juga akan memperoleh faedah dalam pelbagai bentuk seperti bantuan kewangan dan persekolahan,” katanya.
17 Apr 18
97
Empty Image
Bantuan Serikandi Berterusan - Halina
Bantuan keperluan dapur dan wang tunai berjumlah RM300 kepada setiap ibu tunggal menerusi Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi (Badan Amal Dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu) ke seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak awal bulan ini hanya aktiviti sampingan badan itu di samping pelbagai program turun padang yang lain kepada golongan sasar.Yang Dipertuanya, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, program menerusi kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Syarikat Air Terengganu (Satu ) dan Terengganu Incorporated (TI) itu bukan dilaksanakan kerana negara bakal berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini, sebaliknya sudah menjadi tradisi sejak sekian lama.Program jelajah yang pertama di DUN Telemong, diikuti Bukit Payong (11 April), Jabi (15 April) dan Wakaf Mempelam (17 April) serta Parlimen Kuala Nerus (Seberang Takir, Bukit Tunggal, Tepuh dan Buluh Gading) di Stadium Tertutup Gong Badak pada 20 April serta diikuti seluruh DUN lain sepanjang tahun ini.“Bantuan sumbangan wang tunai RM200 dan barangan dapur (RM100) ini diharap sedikit-sebanyak akan meringankan beban penerima di kalangan ibu tunggal. “Program ini baru sahaja kita buat (perintis) di  DUN Telemong pada 3 April lalu dan kita menyasarkan untuk menyampaikannya di seluruh Terengganu kepada 32,000 ibu tunggal dan ianya akan berterusan sehingga habis (32 DUN) bukan kerana pilihan raya. Jika sampai tarikh PRU (9 Mei) memang tidak sempat kerana banyak lagi (DUN) yang kita hendak pergi,” katanya.Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan di Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal bersama Serikandi Terengganu 2018 di Bangunan Pejabat DUN Wakaf Mempelam, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Penyelaras DUN Wakaf Mempelam, Salleh Othman dan Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Di majlis itu, kerajaan negeri juga menyampaikan bantuan pengurusan RM5,000 kepada Kelab Ibu Tunggal DUN Wakaf Mempelam.    Dalam pada itu, Halina berharap semua golongan ibu tunggal yang sudah banyak menikmati faedah dan manfaat menerusi bantuan yang disediakan kerajaan negeri akan sentiasa menyokong kerajaan demi memastikan nasib mereka sentiasa terbela.HasnahSeorang penerima, Hasnah Ngah, 58, dari Kampung Losong Haji Long, berkata dia sangat terharu dengan sumbangan yang mampu meringankan beban mereka sebagai ibu tunggal bagi menyara kehidupan seharian selepas kehilangan ketua keluarga."Terima kasih kepada isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kita sebab melaksanakan program ini. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu menampung perbelanjaan harian. Terima kasih banyak-banyak,"katanya.HitamBagi seorang lagi penerima bantuan itu, Hitam Ismail, 74, dari Kampung Kubang Parit pula berasa bertuah dan sangat bernasib baik kerana tidak pernah terpinggir daripada menerima bantuan daripada kerajaan serta pelbagai agensi lain termasuk Serikandi."Walaupun berniaga dan memperolehi pendapatan sendiri bagi menyara keluarga selepas kematian suami, pemimpin setempat tidak pernah lupa orang seperti mak cik, selepas menjadi ibu tunggal. Wakil rakyat BN yang ada hari ini sentiasa tolong kita. Syukur sangat,"katanya lagi. Seorang lagi penerima, Hasmah Mohamad,51 dari Kampung Paloh Sekolah pula berkata dia yang bergelar ibu tunggal sejak 20 tahun lalu bersama keluarga tidak pernah terlepas daripada menerima bantuan daripada kerajaan khusus bagi membantu golongan tidak berkemampuan seperti mereka.Hasmah "Bantuan hari ini sangat bermakna kepada saya. Alhamdulillah apa sahaja bantuan sampai kepada saya, walaupun saya tinggal dengan mak sekali pun. Bantuan baiki rumah, baiki dapur dahulu rumah kayu tukar kepada batu, JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) juga melawat ibu saya bertanya  khabar kesihatannya dan dia berjanji membantu mengikut kemampuannya,"katanya.   
16 Apr 18
205
Empty Image
Projek Pembangunan Berskala Besar Dijangka Siap Tahun Hadapan
Ahmad Razif bergambar bersama sebahagian ahli PKMM Negeri Terengganu pada Menyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Terengganu kali Ke-42 di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan negeri optimis projek-projek berskala besar khususnya untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri ini akan siap sepenuhnya tahun hadapan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, walaupun berdepan dengan kekangan sumber kewangan ianya tidak menghalang perlaksanaan projek pembangunan di negeri ini.“Walaupun Terengganu mengalami masalah kekurangan pendapatan yang diperolehi, tetapi alhamdulillah banyak projek-projek yang telah selesai. “Saya jangkakan dalam tahun depan kita dapat selesaikan projek-projek besar dan selepas itu barulah kita ada keupayaan untuk membina projek-projek baru,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Menyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Terengganu kali Ke-42 di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua PKMM Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri.Ahmad Razif berkata, fokus kerajaan negeri adalah untuk menyelesaikan projek-projek sedia ada sebelum memberi laluan kepada projek baru.Dalam majlis itu, beliau turut menyatakan komitmen untuk membantu PKMM Negeri Terengganu terutama memastikan persatuan itu bergerak lebih aktif sekali gus bersama-sama kerajaan negeri membangunkan Terengganu.“Saya harap selepas ini pihak persatuan dapat berbincang lebih teliti dengan pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagaimana kita dapat membantu kontraktor Melayu tempatan kita ini melalui projek-projek akan datang,” ujarnya.
16 Apr 18
232
Empty Image
Sate Jabi Sejuk Beku Untuk Pasaran Lebih Luas
Ahmad Razif mengagihkan sumbangan kepada Kelab Ibu Tunggal. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri menggesa pengusaha sate di negeri ini terutama di Jabi, Besut mengeluarkan produk secara sejuk beku supaya dapat meluaskan pasaran sehingga ke luar Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kaedah berkenaan dilihat sangat berpotensi untuk memenuhi permintaan pasaran dan mampu menembusi hingga ke luar negara.Katanya, ini dapat dibuktikan apabila Terengganu Kitchen (T-Kitchen) mampu memasarkan  lebih 50,000 paket nasi dagang dan keropok lekor  ke pasaran antarabangsa sejak diperbaharui menjadi sejuk beku.“Produk tersebut kini boleh didapati di dua buah negara luar iaitu di Australia dan Singapura selain terdapat di Kuala Lumpur.“Saya juga difahamkan pengusaha sate dan otak-otak turut menambah baik keluaran menggunakan kaedah yang sama..Reaksi pelanggan terutama di Kuala Lumpur dan Johor sangat positif, kebanyakan mereka hanya membuat pesanan melalui dalam talian,” katanya.Beliau berkata demikian selepas Program Pemimpin Bersama Rakyat di Jabi, Besut, semalam. Dalam pada itu, Ahmad Razif turut memberitahu, cadangan mahu memasarkan sate secara sejuk beku itu juga memerlukan kajian terperinci oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).Katanya, konsep yang mahu diketengahkan adalah menggunakan resipi dan ramuan sama dan mengekalkan kualiti rasa walaupun diperbaharui menjadi sejuk beku.“Kerajaan  serius mahu membantu pengusaha sate di negeri ini termasuk mereka yang mengusahakan secara-kecil-kecilan di rumah agar dapat menambah sumber pendapatan,”katanya.
16 Apr 18
52
Empty Image
PRU14 : PPBM Umum Calon Di Tiga Parlimen, Lapan DUN
Razali (lima dari kanan) bersama calon-calon PPBM yang akan bertanding pada PRU14Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu mempertaruhkan pengerusinya, Dato' Razali Idris, 52, sebagai calon Parlimen Hulu Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).PPBM yang dibubarkan buat sementara itu mendahului rakan parti dalam pakatan pembangkang apabila mengumumkan kesemua calonnya yang akan bertanding pada PRU14 kecuali dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Dengan pengumuman itu bermakna  PPBM akan bertanding di 10 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga daripada lapan kerusi Parlimen di Terengganu.Razali berkata, pemilihan merupakan calon-calon berkaliber dan menepati citarasa rakyat bagi mencipta kejayaan dalam PRU14."Mereka adalah muka baharu dan tidak mempunyai pengalaman dalam dunia politik dan kita yakin boleh menang di kerusi yang dipertandingkan."Calon-calon terdiri dari kalangan profesional termasuk jurutera, doktor, ahli perniagaan selain bekas pegawai tadbir negeri," katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon di pejabat PPBM negeri, Bukit Perpat, Ajil, Hulu Terengganu, malam tadi.Dua lagi calon Parlimen ialah Dato' Ir. Wan Nazari Wan Jusoh (Besut) dan Dato' Dr Mohd Faudzi Musa (Setiu).Calon PPBM lain yang diketengahkan bagi kerusi DUN ialah Che Ku Hashim Che Ku Mat (Kuala Besut), Ismail Abdul Kadir (Hulu Besut), Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan (Tepuh), Dato' Zulkifli Mohamad (Ladang), Aidi Ahmad (Pengkalan Berangan), Zamani Mamat (Ajil), Mohamad Arif Arifin (Bukit Besi) dan Dato' Wan Marzuki Wan Sembok (Kijal).Namun dua kerusi DUN iaitu Langkap dan Batu Rakit masih belum dapat diisi calonnya disebabkan pihaknya masih meneliti kelayakan calon yang dijangka akan selesai dalam tempoh terdekat.
15 Apr 18
130
Empty Image
PRU14 : Pemimpin UMNO Besut Janji Tidak Khianati Parti
Pemimpin UMNO Besut sepakat berjanji tidak akan mengkhianati parti jika mereka tidak dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Umum (PRU14) ini.Pemimpin berkenaan, Ahli Parlimen Besut, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan Tinggi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut merangkap Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad; ADUN Jertih, Dato' Muhammad Pehimi Yusof yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu dan ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.Mereka sudah beberapa kali membuat pengakuan terbuka di hadapan ahli parti bahawa akan akur dengan sebarang keputusan dibuat pucuk pimpinan tertinggi parti terutama mengenai kedudukan diri masing-masing.Hasrat itu bagaimanapun disambut dingin oleh ahli akar umbi kerana mahu khidmat mereka masih diperlukan untuk pembangunan Daerah Besut dan mengukuhkan kekuatan Barisan Nasional (BN) Terengganu.Idris yang sebelum ini memberi laluan kepada Nawi untuk menjadi Ketua UMNO Bahagian itu menjadi idola kepada semua wakil rakyat di Parlimen Besut juga pernah berkata bahawa sudah sampai masanya orang muda perlu diberi peluang menjadi pemimpin.Nawi ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan Pengerusi PDM Parlimen Besut pada Ahad lalu berkata, beliau tidak kisah sama ada namanya dicalonkan atau tidak pada PRU14 ini."Saya sudah tiga penggal diberi peluang menjadi wakil rakyat tidak akan kecewa jika tidak dicalonkan sebaliknya akan terus menyokong BN" katanya.Pada majlis sama, Muhammad Pehimi turut melahirkan nada sama dengan Nawi dan berikrar akan terus membantu parti jika tidak dicalonkan semula.Bagaimanapun, jentera BN Besut yang menjadi kubu kuat parti di utara Terengganu berharap semua wakil rakyat sedia ada dikekalkan bagi memberi kemenangan lebih besar kepada BN Terengganu.Pengerusi PDM Seberang Jertih, Abdul Rani Mat Amin pula berkata, khidmat semua wakil rakyat BN di Besut masih diperlukan kerana mereka disukai pengundi selain mempnyai rekod cemerlang.
15 Apr 18
94
Empty Image
Sekolah Rendah Sukan Pertama Bakal Dibina Di Jabi
Ahmad Razif  menggunakan jengkaut sebagai gimik menyempurnakan Majlis Pecah Tanah bagi membina Komplek Mini Sukan Jabi. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri bercadang akan membina sekolah rendah sukan yang pertama di negara ini di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi sekiranya Barisan Nasional (BN) Terengganu memenangi  Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.Cadangan sekolah rendah sukan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Belia dan Sukan sebagai memaksimumkan penggunaan Kompleks Sukan Mini Jabi yang  bakal dibina bulan depan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kompleks sukan mini bernilai kira-kira RM9 juta itu  akan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk padang bola bertaraf antarabangsa, gelanggang bola tampar berbumbung, gelanggang olahraga, tempat duduk berbumbung, surau dan pejabat pengurusan."Kita akan mencadangkan Sekolah Kebangsaan Jabi dekat sini yang terletak berhampiran tapak kompleks sukan mini berkenaan sebagai perintis kepada projek sekolah sukan peringkat rendah tersebut."Sekiranya BN terus diberi mandat sebagai kerajaan negeri, kami bersedia untuk membina bangunan asrama bagi tujuan sekolah sukan terbabit," katanya selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat di Jabi, Besut, hari ini. Turut hadir, isteri Menteri Besar To’ Puan Seri Halina Zakaria,  Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee dan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi Mohd Iskandar Jaafar.
15 Apr 18
437