lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
PRU14 : BN Terengganu Tampil Calon Boleh Menang
Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailBarisan Nasional (BN) Terengganu hari ini mengumumkan senarai calon yang akan bertanding di  lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14).Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi BN Terengganu yang juga Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di kediaman rasminya Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini. "Inilah barisan calon-calon (BN) yang akan mengekalkan 17 kerusi BN dan merampas semula 15 kerusi di tangan pembangkang dan empat lagi kerusi Parlimen yang kita hilang sebelum ini."InsyaAllah semua calon BN ini yang akan dibawa pada Hari Penamaan Calon pada 28 April ini tanpa apa-apa perubahan. Dua serikandi (calon wanita di DUN Bukit Payong dan Sura)  juga kita akan pastikan dapat merampas semula dan memihak kepada BN,"katanya.Daripada barisan calon-calon BN yang diumumkan, parlimen dan DUN Besut mengekalkan penyandang sedia ada, Hulu Terengganu juga mengekalkan muka lama, dengan calon parlimen melakukan `comeback', apabila meletakkan mantan ADUN Ajil selama tiga penggal pada 1999-2013, Dato' Rosol Wahid. Parlimen dan DUN di Kemaman juga mengekalkan penyandang, termasuk mantan ADUN Chukai (2004-2013), Dato' Mohamad Awang Tera dicalonkan semula kali ini. Parlimen Setiu juga mengekalkan penyandang, kecuali DUN Permaisuri bertukar kepada mantan ADUN, Dato' Halim Jusoh yang pernah memenangi kerusi itu pada PRU12 lalu.Sementara Kuala Terengganu, Dungun dan Kuala Nerus juga menampilkan ramai muka baharu, dengan Ahmad Razif turut mempertahankan kerusi DUN Seberang Takir (Kuala Nerus).CALON BARISAN NASIONAL (BN) BAGI DUN DAN PARLIMEN TERENGGANUP.033 - Besut (Dato' Seri Idris Jusoh)-penyandangN01 - Kuala Besut (Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman)-penyandangN02 - Kota Putera (Mohd. Mahadi Musa )-penyandangN03 - Jerteh (Dato' Muhammad Pehimi Yusof )-penyandangN04 - Hulu Besut ( Nawi Mohamad ) -penyandangP.034 -Setiu (Dato' Mohd. Jidin Shafee )N05 - Jabi (Mohd. Iskandar Jaafar ) -penyandangN06 - Permaisuri (Dato' Halim Jusoh)-muka baharuN07 - Langkap (Datuk Sabri Mohd. Noor )-penyandangN08 - Batu Rakit (Bazlan Abd. Rahman) -penyandangP.035 Kuala Nerus (Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad) -muka baharuN09 - Tepuh (Datuk Mohd. Basir Ismail)-muka baharuN10 - Buluh Gading (Che Mansor Salleh)-muka baharuN11 - Seberang Takir (Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman) -penyandangN12 - Bukit Tunggal (Tuan Arif Sahibu Fadillah Tuan Ahmad)P.036 Kuala Terengganu (Dato' Wan Nawawi Wan Ismail) -muka baharuN13 - Wakaf Mempelam (Salleh Othman)- muka baharuN14 - Bandar (Toh Seng Cheng)-muka baharuN15 - Ladang (Datuk Mohd. Sabri Alwi )-muka baharuN16 - Batu Buruk (Zamri Awang Hitam)-muka baharuP.037 Marang (Mohamad Nor Endot)- muka baharuN17 - Alur Limbat (Datuk Saiful Bahri Baharuddin) -muka baharuN18 - Bukit Payong (To' Puan Zaitun Mat Amin) -muka Wakaf BaharuN19 - Rhu Rendang (Datuk Nik Dir Nik Wan Ku)N20 - Pengkalan Berangan (A. Latiff Awang) -penyandangP.038 Hulu Terengganu (Dato' Rosol Wahid)N21 -Telemong (Dato' Rozi Mamat)-penyandangN22 - Manir (Yusof Awang Hitam)N23 - Kuala Berang (Dato' Tengku Putera Tengku Awang)-penyandangN24 - Ajil (Dr Ghazali Taib)-penyandangP.039 Dungun (Dato' Din Adam) N25 - Bukit Besi (Roslee Daud ) -penyandangN26 - Rantau Abang (Wan Zaulkifli Wan Gati) -muka baharuN27 - Sura (Datuk Zainun Abu Bakar )-muka baharuN28 - Paka (Tengku Hamzah Tengku Draman -muka baharuP.040 Kemaman (Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek) -penyandangN29 - Kemasik (Ir. Rosli Othman ) -penyandangN30 - Kijal (Dato' Seri Ahmad Said) -penyandangN31 - Cukai (Dato' Mohamad Awang Tera )N32 - Air Putih (Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar) -penyandang
21 Apr 18
288
Empty Image
Kerajaan Negeri Terima RM57.1 Juta Dari UniSZA
Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin telah menyempurnakan penyerahan ‘Mock Cheque’ RM57.1 Juta kepada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di TH Hotel, hari iniKerajaan negeri menerima RM57,118,118 daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi pembayaran dua lot tanah yang merupakan sebahagian daripada Kampus Gong Badak. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bayaran tersebut adalah tuntutan pampasan oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan susulan penyerahan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).“Bayaran yang diterima hari ini adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan RM183 juta yang dituntut kerajaan negeri sebaik KUSZA diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).“Tahun lalu, UniSZA telah membuat bayaran sebanyak RM71 juta kepada kerajaan negeri,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan ‘Mock Cheque’ Bayaran Dua Lot Tanah UniSZA Kampus Gong Badak Kepada Kerajaan Negeri di TH Hotel, hari ini.Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin telah menyempurnakan penyerahan ‘Mock Cheque’ kepada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.Ahmad Razif berkata, bayaran tanah tersebut turut membolehkan UniSZA membangunkan kampus sesuai dengan kehendak dan aspirasi semasa demi kepentingan dan kemajuan fizikal dan modal insan rakyat Terengganu khususnya.“Bayaran yang dibuat ini termasuklah tapak tanah Hospital Pengajar UniSZA setinggi enam tingkat yang sedang dalam pembinaan yang dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2020,” ujarnya.
21 Apr 18
270
Empty Image
Hab Digital Terengganu Dibuka Mulai 1 Mei
Mohd Serigar mencuba kemudahan yang terdapat di TD 1303. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri memperkenalkan Hab Digital Terengganu, TD1303 bagi membolehkan rakyat terutama golongan muda di negeri  ini memanfaatkan kelebihan teknologi dalam pelbagai bidang terutama keusahawanan dalam talian.Projek direncana di bawah Program Transformasi Ekonomi Terengganu (TETP), TD1303 yang terletak di jalan Sultan Zainal Abidin bakal dibuka kepada orang ramai bermula 1 Mei ini.TD 1303  sebagai pusat sehenti itu adalah projek perintis semenanjung.Dilengkapi pelbagai kemudahan moden, antaranya menyediakan ruang kerja, bilik seminar, memperkenalkan inisiatif komunikasi, kandungan, infrastruktur teknologi baharu yang turut direncana untuk menarik tumpuan lebih ramai pelabur ke negeri ini.Prapelancaran TD1303 itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Serigar  Abdullah di sini, petang ini. Projek usahasama kerajaan negeri dan Persekutuan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM12 juta.Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Transfomasi negeri, Datuk Wan Mohd AlBakri Wan Md Noor.Menurut Dr. Mohd Serigar, TD1303 menawarkan pelbagai kemudahan perkhidmatan termasuk yang ingin mengembangkan perniagaan dengan jalinan kerjasama antara agensi awam dan swasta.Katanya, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan utiliti seperti internet berkelajuan tinggi, ruang penyimpanan fail yang selamat dan pusat kawalan yang canggih."Selain itu ia turut memberi ruang kepada aktiviti seni kreatif dan kebudayaan, pembuatan seni kraf tempatan elemen digital, sukan dan rekreaksi di samping ruang kerja bersama  dalam usaha memperkasakan usahawan."TD1303 membawa simbolik tahun yang tercatat di Batu Bersurat Terengganu, berkonsepkan santai dan moden, merupakan salah satu insiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaaan (NBOS)," katanya.Kadar ruang kerja bebas yang disediakan dikenakan sewaan hanya RM10 sehari dan RM150 sebulan, selain ruang tetap sebanyak RM200 sebulan dan ruang kerja peribadi sehingga RM800 sebulan.Oleh itu katanya, golongan muda terutama belia atau penuntut universiti perlu mengambil peluang untuk  meningkatkan kemahiran keusahawanan sehingga mampu menerobos pasaran luar negara. -
21 Apr 18
477
Empty Image
PRU14 : Manifesto BN Besut Tawar Lapan Bidang Utama
Barisan Nasional (BN) Besut  menawarkan lapan bidang utama menerusi manifesto Parlimen Besut bagi memberi kesejahteraan kepada penduduk daerah itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Pengarah Pilihan Raya BN Besut, Nawi Mohamad berkata, lapan bidang utama yang terkandung dalam manifesto khas itu diselaraskan dengan BN negeri dan Pusat supaya semua janji parti dapat dilaksanakan selepas PRU14.Majlis pelancaran Manifesto BN Besut itu disempurnakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga calon BN Parlimen Besut di Dataran Perhentian Kereta Sewa Jertih, Besut, malam tadi.Kira-kira 5,000 penyokong BN memeriahkan  majlis pelancaran berkenaan yang turut dihadiri oleh empat bakal calon BN dari DUN Kuala Besut, Kota Putera, Jertih dan Kuala Besut.Nawi berkata, lapan bidang yang akan diberi tumpuan termasuklah  membina Lebuh Raya Pantai Timur (LPT3), membina 1,500 rumah mampu milik,meneruskan pembangan Pusat Pendidikan Taman Ilmu, manaiktaraf Hospital Besut kepada Hospital Berpakar, merancakkan industri pelancongan, menjadikan Daerah Besut sebagai pusat ternakan dan bekalan susu kambing negara, menjadikan persisiran Sungai Keluang sebagai tempat riadah dan membina Kota Putera Mall.Nawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut berkata, bagi menjayakan semua janji BN dalam manifesto itu penduduk Besut diminta meneruskan sokongan kepada semua calon BN yang diberi peluang bertanding pada PRU14.“Kita memerlukan sokongan padu bagi memastikan empat calon Dewan Undangan Negeri dan Parlimen kekal,” katanya.Idris yang juga Menteri Pendidikan Tinggi ketika berucap pada pelancaran itu berkata, rakyat negeri ini perlu ingat supaya penderitaan yang dialami ketika Pas memerintah negeri ini tidak berulang kembali.Katanya, sepanjang tempoh pemerintahan Pas  rakyat menderita dan tidak ada satu masjid pun dibina oleh parti itu walaupun mereka bercakap mengenai Islam.
21 Apr 18
226
Empty Image
PRU14 : Ketua Keselamatan PPBM Besut Keluar Parti
Jentera Keselamatan Parti Pribumi  Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Besut lumpuh apabila Ketua Keselamatan parti itu, Hashim Che Hassan, 50, bertindak keluar parti itu, malam tadi.Hashim membuat pengistiharan keluar parti dan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli UMNO kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) Dato' Seri Idris Jusoh pada majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) Parlimen Besut di Dataran Jertih Souq, Besut, malam tadi.Majlis perisytiharan keluar parti dan penyerahan borang itu turut disaksikan lebih 5,000 penyokong BN yang hadir pada majlis pelancaran manifesto berkenaan.Ketika berucap pada majlis itu, Hashim berkata, dia yang sudah setahun memegang jawatan itu hilang kepercayaan terhadap PPBM kerana tidak mempunyai arah perjuangan sebenar untuk membela bangsa Melayu.“Saya diberi tauliah sebagai Ketua Keselamatan parti sudah tidak yakin kepada pemimpin PPBM malah tidak ada perancangan untuk membina negara,” Katanya yang disambut laungan Hidup Rakyat oleh penyokong BN.Beliau berkata, dia baru sedar parti pembangkang tidak mampu untuk memberi apa yang dijanjikan bukan sahaja kepada ahli malah seluruh rakyat negara ini.Oleh itu, katanya, tidak ada gunanya rakyat menyokong Pakatan Harapan (PH) kerana BN sahaja satu-satunya parti yang menjaga kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.Hashim berkata, beliau akan berusaha untuk menarik seberapa ramai ahli PPBM Besut supaya keluar dari parti itu dan menyokong semua calon BN di Besut.Idris yang juga Menteri Pendidikan Tinggi ketika berucap pada majlis perasmian pelancaran itu berkata, BN akan terus memberi perhatian terutama meningkatkankan taraf pendidikan negara ke persada antarabangsa selepas diberi mandat semula pada (Pilihan Raya Umum Ke-14) PRU14 nanti.Beliau yang juga calon bagi Parlimen Besut yakin pembangkang di Terengganu akan tewas pada PRU14 berikutan sambutan baik rakyat negeri ini terhadap kepimpinan Kerajaan BN sama ada di peringkat negeri mahupun Pusat.
20 Apr 18
46
Empty Image
PRU 14: Calon Kuala Nerus Diumum
Ahmad Razif bersama wakil ibu tunggal yang menerima sumbangan. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailPengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman memberitahu ada  penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional digugurkan daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14) 9 Mei nanti.Katanya, kerusi di kawasan berkenaan bakal digantikan dengan calon yang berkaliber dan disukai ramai."Pada hari ini saya hanya boleh mengesahkan calon- calon yang bakal mengisi kekosongan DUN di Parlimen Kuala Nerus."Mereka yang disenaraikan dan dipersetujuai adalahDr Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang merupakan seorang pakar motivasi,"katanya.Menteri Besar berkata demikian pada Majlis Cakna Ibu Tunggal Kuala Nerus di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria.Ahmad Razif turut memberitahu, calon lain adalah Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad; Che Mansor Salleh dan Dato’ Basir Ismail."Saya akan turut bertanding sama ada untuk kerusi DUN atau Parlimen tidak boleh dipastikan lagi."Tiga calon di kalangan orang muda turut disenaraikan, selain seorang calon wanita iaitu To' Puan Zaiton Mat Amin," katanya.Menurutnya, calon di semua DUN dan Parlimen yang akan bertanding akan diketahui pada majlis pengumuman calon nanti."Tarikhnya (pengumuman calon) dijangka dalam tempoh terdekat di lokasi yang bakal diberitahu kemudian," katanya.
20 Apr 18
72
Empty Image
Tuduhan Pembangkang Tidak Berasas- Ahmad Razif
Ahmad Razif melayan pelanggan pada Program  Jualan Sentuhan Rakyat. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengatakan masih ramai rakyat di Terengganu berada dalam kelompok miskin adalah tidak berasas.Katanya, pembangkang terlalu  mudah membuat tohmahan dengan membandingkan penerima Dana Aidilfitri sepanjang tempoh tiga tahun iaitu, 2015 sehingga tahun lalu.“Jika berpandukan  kepada angka sememangnya dilihat semakin meningkat kerana syarat  pendapatan yang dipersetujui kerajaan berjumlah RM2,500 pada 2015 berbanding RM3,000 pada 2016 dan 2017.“Apabila syarat kelayakan penerima dana dilonggarkan semakin ramailah yang boleh memohon, faktor itu sebenarnya dilihat meningkat,”katanya.Beliau berkata selepas Majlis Program Walkabout Jualan Sentuhan Rakyat dan Perasmian Pusat Tuisyen Khas Rakyat di Dewan Serbaguna Tok Jembal, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, isteri besar To’ Puan Seri Halina Zakaria.Razif turut memberitahu, kerajaan turut memperkenalkan bantuan dengan mengambil kira pelbagai aspek. Kerajaan menghulurkan bantuan kepada pasukan keselamatan tanpa mengira pangkat. Takkan ketua polis Terengganu pun tergolong dalam kelompok orang miskin."Bantuan-bantuan yang kita berikan itu bukan tertakluk kepada golongan miskin semata-mata tetapi atas faktor-faktor lain seperti menghargai sumbang dan sebagainya,"katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat seorang pemimpin pembangkang yang menyatakan masih ramai rakyat di negeri ini miskin dengan mengambil kira peningkatan jumlah peruntukan Bantuan Dana Aidilfitri.“Tuduhan tidak betul dan tanpa asas itu jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang ketandusan isu."Rakyat diminta menilai setiap berita terutamanya yang tular dimedia sosial agar tidak terpengaruh dengan  berita palsu,"katanya.
19 Apr 18
37
Empty Image
PRU14: Teruskan Legasi Kecemerlangan Arwah Dato’ Razali - Wan Nawawi
Wan Nawawi mengaminkan doa selepas menyempurnakan `punch card' terakhir beliau sebagai penjawat awam, di Pejabat SUK, Wisma Darul Iman. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimBakal calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail optimis mahu meneruskan legasi kecemerlangan yang ditinggalkan bekas Ahli Parlimen itu Allahyarham Dato’ Razali Ismail, jika diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Wan Nawawi,61, telah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 37 tahun dengan jawatan terakhir sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berkata, beliau yakin mampu menyambung legasi yang ditinggalkan oleh tokoh pemimpin hebat dalam bidang pendidikan itu dengan cara tersendiri.“Secara jujur, saya tidak dapat membandingkan diri saya dengan arwah Dato’ Razali kerana beliau berada di kelas yang tersendiri dan saya berada di kelas saya sendiri.“Jika beliau hebat dalam bidang pendidikan mungkin saya lebih dalam perkhidmatan awam. Misal kata, jika diukur pencapaian semasa berkhidmat sebagai  penjawat awam, saya telah mendapat beberapa pengiktirafan di peringkat negeri mahupun kebangsaan termasuk mengendalikan sukan dan sebagainya.“Saya juga mempunyai rekod yang agak baik sebagai penjawat awam sehingga mampu menjawat jawatan tertinggi peringkat negeri dan hubungan rapat sesama penjawat awam turut membantu saya dan memudahkan saya melaksanakan tugas,” ujarnya kepada pemberita selepas menyempurnakan `Punch Card' terakhir di Pejabat SUK, Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.Wan Nawawi yang dilantik sebagai SUK pada 3 Ogos 2016 dan memegang jawatan Pengerusi TDM sejak 29 Ogos 2017, memulakan perkhidmatan dalam pentadbiran negeri sebagai Pegawai Tadbir Negeri di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu pada 1 Julai 1981.Katanya, dengan kelebihan dan aura tersendiri yang ada pada dirinya, beliau yakin berupaya untuk memberi khidmat kepada rakyat sekiranya terpilih memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.“Saya akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan perkhidmatan terbaik, kalau tidak mampu menyamai sebagaimana yang diberikan oleh arwah Dato’ Razali, sekurang-kurangnya saya mencapai taraf yang terbaik bagi diri saya sendiri,” ujarnya.Beliau juga berharap pengundi di Parlimen Kuala Terengganu membuat pilihan yang tepat untuk memilih calon yang boleh membantu mereka dan membawa suara mereka kepada kepimpinan Pusat untuk direalisasikan.“Saya akan sentiasa berpesan kepada pengundi Kuala Terengganu, jangan memilih saya secara membabi buta, sekiranya saya calon yang terbaik seharusnya mereka mengundi saya dan berilah peluang kepada saya untuk meneruskan khidmat bakti sebagai wakil rakyat,” ujarnya.
18 Apr 18
133
Empty Image
PRU14 : Wan Nawawi Calon BN Parlimen Kuala Terengganu
Wan Nawawi menyempurnakan `punch card' terakhir beliau sebagai penjawat awam, di Pejabat SUK, Wisma Darul Iman. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimSetiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail,61, hari ini mengesahkan bakal bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu (P036) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.Pengumuman beliau itu dibuat sejurus pertemuan dengan pegawai dan kakitangan di Pejabat SUK, Wisma Darul Iman, pagi tadi sebelum beliau mengetip kad perakam waktu yang terakhir sebagai  simbolik menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam kira-kira jam 12.45 tengahari ini.Keputusan beliau itu juga menjawab segala persoalan sebelum ini mengenai  sejauh mana kesediaan beliau bertanding pada PRU kali ini.Menurutnya, keputusan menamatkan perkhidmatan lebih awal selepas 37 tahun berkhidmatan dalam pentadbiran negeri dianggap sebagai ketentuan dan anugerah Allah SWT yang sudah diatur dalam kehidupannya.“Saya pastinya berasa sedih kerana sudah 37 tahun dalam perkhidmatan awam dan banyak kenangan pahit manis, liku-liku yang dilalui sepanjang berkhidmat dan semuanya menjadi pengalaman berguna untuk dilalui dalam tempoh akan datang.“Berkhidmat sebagai penjawat awam memberi saya kepuasan yang tidak terhingga. Sudah pasti dunia yang akan saya dilalui selepas ini berbeza, tetapi sedikit sebanyak saya sudahpun melalui kehidupan sebagai ahli politik kerana saya sudah terlibat dengan politik dalam jangka masa agak lama agak lama..saya telah terlibat dalam Pergerakan Pemuda UMNO, Bahagian dan sebagainya serta pengendalian pilihan raya sejak berkhidmat sebagai penjawat awam,”katanya kepada  pemberita selepas menyempurnakan `Punch Card' terakhir di Pejabat SUK, Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Wan Nawawi menjelaskan Allah SWT sudah menentukan takdir perjalanannya untuk terus berkhidmat kepada orang ramai walaupun selepas bersara sebagai pegawai tertinggi pentadbiran awam dan beliau sudah pun bersedia ke arah itu.Beliau sebelum ini dalam satu majlis semalam, mengumumkan untuk menamatkan perkhidmatan sebagai SUK pada akhir Jun ini, bagaimanapun memilih menamatkannya lebih awal.Wan Nawawi yang dilantik sebagai SUK pada 3 Ogos 2016 dan memegang jawatan Pengerusi TDM sejak 29 Ogos 2017, memulakan perkhidmatan dalam pentadbiran negeri sebagai Pegawai Tadbir Negeri di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu pada 1 Julai 1981.
18 Apr 18
132
Empty Image
Festival Perarakan Mazu, Selera Rasa Sasar 40,000 Pengunjung
Tun Ahmad Faisal (dua kanan) menunjukkan poster Festival Perarakan Mazu dan hidangan tradisi Terengganu pada sidang media di Restoran Madam Bee, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menyasarkan seramai 40,000 pengunjung dari dalam dan luar negara bakal memeriahkan dua festival utama yang diadakan di Kuala Terengganu bulan hadapan. Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Razak berkata, festival yang bakal mengetengahkan adat budaya dan makanan tradisional masyarakat di negeri ini dijadualkan bermula dengan Program Selera Rasa Terengganu 2018 pada 3 hingga 6 Mei ini di Pulau Warisan.“Antara pengisian program ini adalah untuk memperkenalkan keunikan makanan dan masakan setiap daerah di negeri ini. “Selain pameran, demonstrasi dan jualan pelbagai produk kering dan makanan sejuk beku keluaran usahawan Terengganu, kita turut menjemput usahawan negeri-negeri lain termasuk Pahang, Kelantan, Johor dan lain-lain lagi untuk berkongsi keunikan hidangan negeri masing-masing,” katanya pada sidang media di Restoran Madam Bee, Kuala Terengganu, hari ini.Beliau berkata, lebih 100 ‘booth’ berasaskan makanan tradisional Terengganu akan dibuka sepanjang program dan dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti jualan makanan basah dan kering, pameran dan juga ‘foodtruck’.Sementara itu, Tun Ahmad Faisal berkata, pada 4 hingga 8 Mei pula akan berlangsung Festival Perarakan Mazu anjuran Persatuan Hainan Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Kampung Cina yang dijangka akan menarik lebih 10,000 masyarakat Cina dari luar Terengganu termasuk dari Wilayah Zhe Jiang, China."Perarakan Mazu ini juga adalah salah satu cabang seni warisan masyarakat Tionghua yang turut menonjolkan persembahan seni kebudayaan masyarakat Peranakan Cina sekaligus memperkenalkan produk pelancongan yang ada di Kampung Cina,” ujarnya.Tun Ahmad Faisal berkata, antara aktiviti sepanjang festival tersebut termasuk perarakan laut dan darat, persembahan bunga api, ceramah kebudayaan Mazu dan sebagainya.“”selain itu, sebanyak 20 pasukan termasuk dari Penang, Kuala Lumpur yang akan terlibat dalam perarakan darat seperti kereta berhias, tarian singa dan naga serta persembahan tradisional,” ujarnya.
18 Apr 18
94