lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Kerajaan Negeri Peruntuk RM516,780 Caruman Perkeso Guru KAFA
Ahmad Razif ketika melakukan gimik perasmian Majlis Perasmian Karnival Mahabbah Yayasan Islam Terengganu 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM516,780 untuk caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Tulen setiap tahun. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemberian dana tersebut bagi menbolehkan mereka mendapat perlin­dungan insurans se­kiranya terlibat dalam kemalangan ketika bekerja.“Kita sedia maklum, caruman untuk Perkeso kepada guru-guru KAFA ini sangat penting untuk menjaga kebajikan mereka sekiranya ditimpa musibah.“Setakat ini, seramai 3,000 orang yang sedang menabur bakti dengan mengajar kelas al-quran, fardu ain dan sebagainya di seluruh negeri ini dan khidmat mereka amat diperlukan untuk menegakkan syiar Islam di negeri ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Mahabbah Yayasan Islam Terengganu 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Dato’ Dr. Alias Abdullah.Menurut beliau, pada majlis itu juga guru-guru KAFA turut menerima pemberian bonus seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018.“Dalam bantuan khas 'one-off ' ini, guru KAFA  turut menerima RM1,500 seperti penjawat awam. Sebanyak RM1,000 telah mereka terima awal Januari lalu, manakala bakinya RM500 diberikan hari ini,” ujarnya.Sementara itu Ahmad Razif berkata, bayaran elaun untuk guru Khidmat Masyarakat bagi bulan Februari dan Mac 2018 juga dibuat pada majlis tersebut.“Malah, kerajaan negeri turut memberikan RM500 setiap seorang atas jasa mereka (Guru Khidmat Masyarakat) mengadakan kelas-kelas mengajar di kampung yang melibatkan belanja hampir RM1 juta. “Pembayaran akan dibuat kepada kira-kira 1,700 orang Guru Khidmat Masyarakat pada bulan Ramadhan nanti,” katanya.Lebih mengembirakan katanya, semua pegawai dan kakitangan Yayasan Islam Terengganu turut menerima pemberian bonus sebanyak dua bulan gaji untuk kakitangan Gred 19 ke atas dan tiga bulan gaji kepada kakitangan Gred 14 ke bawah.“Pembayaran ini dibayar secara dua peringkat iaitu pada hari ini dan bulan Disember nanti.“Pemberian bonus ini adalah hasil keuntungan pelaburan saham Yayasan Islam Terengganu untuk tahun 2017 dan 2018 yang berjumlah hampir RM50 juta,” jelasnya.
25 Apr 18
509
Empty Image
PRU14: UniSZA Beri Pelepasan Cuti Khas Dua Hari
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memberi pelepasan khas kepada pelajar selama dua hari pada 8 dan 10 Mei sempena Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14).Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr Ahmad Zubaidi A. Latif, berkata cuti selama dua hari itu memudahkan pelajar untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi di tempat masing-masing pada 9 Mei nanti.“Walaupun kita beri cuti dua hari kepada mereka iaitu sebelum dan selepas hari mengundi, tetapi kelas yang tertangguh mestilah digantikan sebaik sahaja mereka pulang ke kampus.“Mana-mana kelas dan aktiviti yang terlibat pada dua tarikh itu perlu diganti semula mengikut kesesuaian jadual pengajaran”, katanya dalam satu kenyataan media.Menurut Ahmad Zubaidi, berdasarkan rekod, seramai 4,112 pelajar di universiti itu  telah mendaftar sebagai sebagai pemilih dan layak mengundi pada 9 Mei ini.“Langkah pengurusan UniSZA itu  sebagai meraikan demokrasi di negara untuk memilih pemimpin.“Oleh itu, pihak kami menyarankan pelajar yang diberi peluang untuk pulang mengundi perlu menunaikan tanggunjawab masing-masing,”katanya
24 Apr 18
45
Empty Image
Solat Hajat, Doa Selamat Sempena Keputeraan Sultan
 Menteri Besar bersama jemaah yang lain menadah doa sempena majlis solat hajat, bacaan Yassin dan doa selamat sempena Ulang Tahun Ke-56 Hari Keputeraan Sultan Mizan Zainal Abidin,di Masjid Al-Mukhtafi Billah Shah, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailLebih 2,000 rakyat negeri ini menyertai majlis solat hajat, bacaan Yassin dan doa selamat sempena Ulang Tahun Ke- 56 Hari Keputeraan Sultan Mizan Zainal Abidin,di Masjid Al-Mukhtafi Billah Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.Majlis turut dihadiri Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Hadir sama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), W. Ismail Sahaimi W. Omar.Majlis dimulakan dengan solat hajat memohon kesejahteraan Sultan Mizan yang menaungi negeri Darul Iman ini.Seterusnya, hadirin mengalunkan bacaan Yassin dipimpin imam besar negeri, Ustaz Aizi Saidi Abd Aziz sebelum diakhiri dengan doa selamat serta solat Isyak.Di akhir majlis, Ahmad Razif yang hadir bersama mantan Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga calon Barisan Nasional Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail  sempat menjamu selera dan beramah mesra bersama masyarakat setempat.
24 Apr 18
459
Empty Image
PRU14 : Senarai Calon BN Terengganu Muktamad
Ahmad Razif ketika melakukan gimik perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Nerus Kali Ke-2 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimBarisan Nasional (BN) Terengganu sudah memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) 9 Mei ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya tidak akan melayan rayuan atau permohonan daripada mana-mana pihak berhubung senarai calon."Kita tidak ada masalah. Kita sudah muktamad dengan keputusan senarai calon ini kerana penilaian dibuat daripada banyak segi dan kita tidak akan terikut dengan apa saja permohonan atau rayuan daripada mana-mana pihak."Sebenarnya sebelum senarai calon diputuskan, kajian telah dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri selama empat tahun untuk melihat keyakinan rakyat dan calon yang terpilih ini adalah yang benar-benar berkhidmat dan diterima baik oleh rakyat,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Nerus Kali Ke-2 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.Ianya sebagai mengulas mengenai protes sebahagian ahli UMNO bahagian Kemaman terhadap pemilihan bekas EXCO dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Dato' Mohamed Awang Tera sebagai calon kerusi DUN itu pada PRU kali ini.Menurut Ahmad Razif yang juga Pengerusi BN negeri, beliau yakin calon yang diketengahkan oleh pucuk pimpinan adalah yang terbaik dan mampu menyumbang kepada kemenangan BN pada pilihan raya nanti."Saya telah menerima mandat dari presiden parti iaitu Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bahawa tiada perubahan calon setakat ini dan calon yang kita umumkan itulah yang akan bertanding pada PRU14 nanti."Selepas penamaan calon 28 April ini saya yakin dan percaya semua perkara ini akan selesai," katanya.
24 Apr 18
91
Empty Image
PRU14 : Sengketa Itu Biasa, Tidak Jejas Parti
IdrisOleh: Ezzuan AhmadProtes yang berlaku pada segelintir ahli UMNO pada pengumuman calon untuk bertanding dalam pilihan raya adalah perkara kecil dan biasa berlaku di mana-mana.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, situasi sedemikian sudah dijangka akan berlaku pada setiap kali pengumuman calon.Katanya, ini adalah kerana masing - masing mempunyai calon yang dikehendaki. Pun begitu, beliau menegaskan bahawa ianya tidak sama sekali akan menjejaskan parti dalam menuju pada matlamat yang satu iaitu untuk menang dalam pilihan raya."Perkara ini sudah lama berlaku namun ianya tidak akan berpanjangan dan ahli sendiri tahu ianya akan merugikan parti sekiranya berpanjangan,"katanya.Beliau ditemui selepas merasmikan Kolej Komuniti Cawangan Dungun di Bandar Al Mukhtafi Bilah Shah (AMBS), Dungun, petang tadi.Idris berkata, perkara sebegitu bukan sahaja terjadi di negeri ini tetapi ianya berlaku di negeri-negeri lain juga namun ianya dapat diselesaikan dalam masa yang singkat."Pilihan calon yang dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi parti merupakan satu keputusan yang terbaik dan semua ahli parti dapat menerimanya meskipun berlaku sedikit salah faham," katanya. Tambah beliau, meskipun berlaku sedikit perbalahan, ianya tidak seperti parti lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sehingga sekarang tidak boleh menyelesaikan sengketa dalam parti sehingga berlarutan untuk yang panjang."Cuba kita lihat PKR Selangor, sehingga sekarang mereka tidak boleh duduk semeja dan ini menunjukkan mereka hanya berjuang untuk diri sendiri dan bukannya untuk parti."Keadaan salah faham di kalangan kita (BN) sudah pun reda dan masing-masing (ahli ) sedang menjalankan tanggungjawab untuk memastikan kemenangan parti dalam pilihan raya ini," katanya.Apabila ditanya berkenaan pencalonan orang lama seperti beliau dan Dato' Seri Ahmad Said, Idris berkata, pemilihan yang dibuat oleh Menteri Besar dan pucuk pimpinan parti itu  satu keputusan terbaik yang mengambil kira pelbagai faktor dalam menjamin kemenangan BN pada pilihan raya ini.
24 Apr 18
54
Empty Image
Kolej Komuniti Dungun Beroperasi September Ini
Oleh : Ezzuan AhmadPenduduk di Daerah Dungun bakal menikmati pendidikan serta latihan vokasianal ( TVET ) apabila Kolej Komuniti Cawangan Dungun beroperasi selewat-lewatnya September ini.Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, pembukaan kolej ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran vokasional, ianya akan memberikan manfaat kepada penduduk setempat juga."Kehebatan Kolej Komuniti adalah memberi peluang kepada penduduk tanpa mengira umur untuk mempelajari dan mendapatkan kemahiran yang ingin dimiliki."Peluang yang diberikan ini adalah secara tidak langsung akan membuka peluang kepada penduduk untuk menambahkan rezeki mereka berdasarkan kepada kemahiran yang dipelajari mereka,"katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kolej Kominiti Cawangan Dungun di Bandar Al Muktafi Bilah Shah, Dungun, hari ini.Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz dan calon Barisan Nasional Parlimen Dungun, Dato Din Adam.Sebanyak empat kolej komuniti telah beroperasi di Terengganu iaitu di Kuala Terengganu, Kemaman, Besut dan Setiu.Kolej Komuniti Cawangan Dungun merupakan kolej yang ke lima di Negeri Terengganu yang menawarkan kursus sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan serta beberapa program yang berkaitan bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0.
24 Apr 18
441
Empty Image
PRU14: Masyarakat Cina Perlu Sokong BN
Halina menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Masyarakat termasuk kaum Cina di negeri ini perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kebajikan mereka terus terbela.Yang Dipertua Badan Amal Dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi), To’ Puan Seri Halina Zakaria,  berkata golongan itu perlu mendukung dan menyokong kerajaan sedia ada supaya bantuan dapat terus disalurkan kepada mereka. Katanya, ini kerana kerajaan sedia ada sentiasa komited membantu setiap golongan masyarakat di negara ini tanpa mengira kaum dan agama.“Inilah indahnya keamanan di negara ini dan ia perlu dipertahankan. “Kita tutup cerita lama dan tutup buku lama, kalau ada perkara yang tidak bersetuju, kita lupakan sahaja. Kita sokong BN di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd  Najib  Abdul Razak,”katanya.Beliau berkata demikian pada Program Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bandar bersama Serikandi di Dewan PPR, Padang Hilira, Kuala Terengganu, hari ini.Seramai 600 ibu tunggal di DUN itu hadir bagi menerima sumbangan RM200 beserta barangan keperluan dapur dengan nilaian RM100.Pada masa sama, kerajaan negeri turut  mengagihkan bantuan pengurusan RM5,000 kepada Kelab Ibu Tunggal DUN Bandar.
24 Apr 18
34
Empty Image
PRU14 : Jangan Pilih Wakil Rakyat `Chipsmore'
Mohd Sabri bergambar dengan sekumpulan guru selepas merasmikan sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Terengganu, di Wisma Darul Iman. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimPengundi di Kuala Terengganu diminta supaya tidak mengulangi kesilapan memilih wakil rakyat seperti biskut `Chipsmore.' Pegawai Penyelaras DUN Ladang, Dato' Mohd Sabri Alwi berkata, pemimpin berkenaan bersikap tidak amanah untuk memperjuangkan nasib rakyat kerana sering meninggalkan kawasan sedangkan mereka  dipilih supaya sentiasa bersedia berkhidmat dan turun padang menemui rakyat pada bila-bila masa sahaja.Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang berkata, kegagalan berada di kawasan sepenuh masa itu juga menyebabkan rakyat kehilangan tempat untuk merujuk dan menyelesaikan isu setempat. "Kita hanya minta penduduk Kuala Terengganu termasuk di DUN Ladang menilai semula wakil rakyat yang layak mereka pilih bagi meneruskan mandat menjaga kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka."Walaupun (BN) tewas sebelum ini, kita tetap bekerja dan turun padang bagi memastikan nasib rakyat tetap terbela. Jadi, kita minta rakyat membuat pilihan terbaik dan `wi gok sekali' pada kali ini (PRU14) sahaja,"kata beliau ketika berucap di hadapan lebih 1,000 warga pendidik sempena sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail yang juga calon BN Parlimen Kuala Terengganu dan calon BN Batu Buruk, Zamri Awang Hitam, calon BN Wakaf Mempelam, Salleh Othman dan calon BN Manir, Yusof Awang HitamSabri juga memberitahu, beliau sentiasa mengingatkan penduduk bahawa jawatan sebagai wakil rakyat bergelar `YB' (Yang Berhormat) bukan diutamakan beliau, sebaliknya YB yang dipraktikkan beliau sejak sahulu lagi adalah sebagai `yang berkhidmat'."Kita tidak mahu menjadi YB kerana mahu bergelar Yang Berhormat kerana pemimpin dan jentera BN sudah lama bekerja, mendekati rakyat dan turun bantu rakyat tanpa mengira masa dan di mana-mana sahaja."Oleh itu, jika rakyat memberi mandat dan memilih DUN Ladang kembali kepada BN saya pastinya akan kekal sebagai YB, yang berkhidmat, kerana itu adalah keutamaannya dan prinsip perjuangan saya,"katanya.Dalam pada itu, Sabri juga menghargai peranan warga pendidik yang sudah banyak berkorban demi melahirkan modal insan kelas pertama yang unggul dan cemerlang.Menurutnya lagi, golongan itu juga menjadi ejen yang memainkan peranan utama bagi merealisasikan aspirasi negara dan membentuk generasi pemimpin yang dapat meneruskan kesinambungan pembangunan negeri serta negara yang diiktiraf di peringkat dunia.
23 Apr 18
48
Empty Image
PRU14 : Seng Cheng Tanpa Jemu Bantu Penduduk
Toh Seng ChengPegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Toh Seng Cheng berikrar untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan menggerakkan momentum hingga kemuncak bagi mengembalikan kegemilangan kawasan itu.Calon BN DUN Bandar yang lebih dikenali sebagai Áh Cheng' itu turut bertekad memastikan majoriti pengundi kawasan itu akan kembali menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini."Kita sudah lebih setahun bekerja dan memberi perkhidmatan tanpa jemu kepada penduduk memberi perkhidmatan terbaik oleh semua komponen dan sayap parti yang penuh komitmen secara tidak langsung mampu menguatkan lagi sokongan bukan Melayu dan golongan muda yang dilihat lemah sebelum ini."Saya melihat gelombang perubahan sokongan kepada BN sudah berlaku dan kita tidak boleh leka, malah perlu lebih gigih kerana setiap undi tanpa mengira bangsa dan golongan usia itu amat penting untuk kita meraih kemenangan besar dan merampas semula DUN ini,"katanya ketika ditemui selepas pengumuman calon-calon BN Terengganu, kelmarin.Setiausaha MCA Bahagian Kuala Terengganu itu berkata, Dun Bandar mempunyai seramai 20,217 pengundi dan separuh daripadanya adalah pengundi muda. Sehubungan itu, pelbagai program dirangka bagi mendekati golongan itu serta merapatkan hubungan sesama bangsa seperti menerusi penganjuran Festival Peranakan Terengganu dan KT City Fun Run yang berjaya menghimpunkan golongan belia Melayu dan bukan Melayu dalam satu acara bersama sekali gus mengukuhkan perpaduan selain mewujudkan gaya hidup sihat."Jentera BN akan memberi fokus kepada pengundi muda yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan pengundi kawasan ini kerana mereka di kalangan yang mudah terpengaruh terhadap mesej dalam media sosial masa kini yang tidak tepat dan diputarbelitkan.“Saya amat berharap sebagai pengundi muda, mereka lebih peka dan membuat analisis dulu sebelum menerima satu-satu berita yang banyak dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan,” katanya.
23 Apr 18
206
Empty Image
PRU14 : Wakaf Mempelam Kian Membiru
SallehPegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (PPD) Wakaf Mempelam, Salleh Othman optimis mampu menarik lebih ramai pengundi di DUN itu untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Katanya,  pengalaman sejak 1982 berkecimpung dan berkhidmat dalam dunia politik sebelum dilantik sebagai PPD sejak empat tahun lalu memberinya kelebihan untuk memahami landskap politik di kawasan yang sudah sekian lama dikuasai pembangkang itu."Saya positif dengan situasi politik masa kini dan dapat melihat penerimaan pengundi terhadap BN kian baik di Kuala Terengganu termasuk di DUN Wakaf Mempelam."Malah, di DUN Wakaf Mempelam juga kita merekodkan sejumlah 10,611 pengundi yang menyokong BN. Jadi kita sasarkan 1,000 lagi golongan atas pagar dapat menyertai kita dan menambah sokongan sedia ada sekali gus memastikan kemenangan pada 9 Mei ini,"katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pengumuman Calon-Calon BN Terengganu oleh Pengerusi BN Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, semalam.Salleh memberitahu, reaksi positif dan penerimaan ramai itu diperolehi hasil pertemuan dan lawatan jentera BN ke rumah-rumah di kebanyakan cawangan sejak kebelakangan ini termasuk penerimaan ahli Pas sendiri.Tambah beliau lagi, penguasaan pembangkang juga kian merosot apabila mereka sudahpun berpecah dua, sekali gus menjadi antara kelebihan yang akan memihak kepada BN.Menurut Salleh, jika diukur pertembungan satu lawan satu BN dengan Pas sebelum ini, BN  pernah merekodkan kekalahan dengan majoriti 600 undi."Rekod satu lawan satu (BN-Pas) dilihat kita sama-sama kuat. Jika lebih dari 1,000 majoriti undi (kalah) itu mungkin wujud masalah dalaman. Alhamdulillah ini semua tidak berlaku setakat ini."Kita berharap  proses dan perjalanan PRU ini lancar dan tiada protes dalaman. Malah, saya melihat kesatuan dan muafakat di kalangan jentera parti dan akar umbi bagi membuat sebarang keputusan untuk kebaikan bersama juga satu senario yang positif, "katanya.Kata beliau lagi, penduduk di DUN itu juga tidak seharusnya menoleh ke belakang lagi dan keluar menunaikan tanggungjawab pada 9 Mei ini dengan memilih BN supaya mandat yang dizahirkan dapat membawa lebih banyak pembangunan dan projek kesejahteraan rakyat.
23 Apr 18
207