Artikel "Utama" Terkini
PRU14: Zamri Sedia Galas Amanah Demi Kebajikan Rakyat
ZamriCalon Barisan Nasional (BN) DUN Batu Burok, Zamri Awang Hitam bersedia menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat sebaik mungkin sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.Katanya, beliau yakin pengalaman yang dimiliki sebagai Pegawai Pembangunan DUN Batu Burok mampu memastikan agenda pembangunan rakyat di kawasan itu dapat direalisasikan.“Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dipilih sebagai calon DUN Batu Burok. Saya akan terus bekerja, empat tahun ini saya telah bertugas sebagai Pegawai Penyelaras DUN Batu Burok dan akan lipat gandakan kerja dan usaha untuk menawan kembali DUN Batu Burok yang 28 tahun diwakili oleh wakil rakyat dari pembangkang.“InsyaAllah, jika diberi mandat kepada BN dan saya calonnya, saya akan meneruskan kerja-kerja sepertimana diarahkan pucuk pimpinan dan terus memberi khidmat kepada rakyat.“Tempoh 28 tahun ini bukan suatu masa yang singkat kerana banyak pembangunan-pembangunan yang sepatutnya ada di DUN Batu Burok kita ketinggalan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi DUN Batu Burok yang telah disempurnakan oleh Yang DiPertua Serikandi To’ Puan Seri Halina Zakaria di Terengganu Equestrian Resort (TER), hari ini.Turut hadir, Calon BN Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail yang juga Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri.Zamri berkata, tidak dinafikan kecaknaan kerajaan dengan menyalurkan bantuan khususnya demi kebajikan rakyat tetapi apa yang mahu ditumpukan sekiranya diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat di DUN Batu Burok adalah membawa lebih banyak pembangunan di kawasan itu.“Apa yang akan kita fokuskan adalah dengan memberi keutamaan kepada pembangunan untuk golongan anak-anak generasi kedua.“Sepatutnya tanah kerajaan yang ada di Batu Burok ini kita buat pembangunan seperti Rumah Mampu Milik, pusat tarbiyah dan sebagainya. Dan dalam tempoh dua tahun ini juga banyak rungutan dari nelayan terhadap permasalahan muka kuala Kuala Ibai.“Inilah antara yang akan kita perjuangkan apabila BN memenangi DUN Batu Burok kerana apa yang kita rancangkan akan sedikit sukar sekiranya pembangkang terus menguasai DUN ini,” ujarnya.
23 Apr 18
132
Guru Ejen Perubahan Penting Dalam Masyarakat
Ahmad Razif bersama jemaah membaca surah Yasin. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Golongan pendidik menjadi ejen perubahan penting bagi seseorang individu dan keluarga kerana pengetahuan yang dimiliki mampu meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata dengan adanya pendidikan yang baik, anak seorang pekebun kecil boleh seiring dengan anak pegawai tinggi kerajaan mahupun pemimpin utama negara.
Katanya, hanya dengan pendidikan dan kemahiran yang ada boleh membantu sesebuah keluarga keluar daripada kepompong kemiskinan, seterusnya memberikan kesan terhadap sosio ekonomi masyarakat pada masa kini.
“Terima kasih cikgu, tanpa anda negara mungkin terus ketinggalan untuk bersaing dengan negara-negara maju yang memerlukan modal insan berilmu, berkemahiran dan berwawasan tinggi,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Solat Sunat Hajat dan Bacaan Yasin sempena Perayaan Hari Guru peringkat Terengganu, di Masjid Al Abrar, Bukit Tok Beng, Kuala Nerus, semalam .Sebelum itu, Ahmad Razif bersama-sama jemaah terdiri daripada ahli keluarga guru, kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan penduduk setempat menunaikan solat hajat dan membaca surah Yassin .
23 Apr 18
110
PRU14 : Mat Tera Mampu Pulangkan Chukai Kepada BN
MohamedBekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Dato' Mohamed Awang Tera sekali lagi menjadi taruhan Barisan Nasional (BN) di kerusi ADUN Chukai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)Mesra dengan panggilan 'Mat Tera' pencalonannya kali ni dilihat akan mampu merampas kembali kerusi DUN Chukai yang dipegang oleh Pas.Dianggap sebagai 'Winabble Candidate', beliau dilihat mampu menarik pengundi di kalangan kaum lain untuk terus menyokong BN.Meskipun terpaksa berhadapan dengan protes di kalangan ahli parti sendiri, beliau menyatakan itu adalah perkara biasa di dalam kancah politik."Tapi (protes) ini kebiasaannya pada awal-awal sahaja, biasalah ada ahli parti mula-mula rasa tak puas hati (dengan calon) tetapi lama kelamaan kepentingan parti itu melebihi segala-galanya."Saya akan berusaha selesaikan (perkara ini) sebelum bermulanya kempen," katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman calon BN berkenaan, di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, semalam.Berikutan itu, tegas beliau penyelesaian kepada masalah itu akan dilakukan secara baik namun jika penyelesaian cara baik tidak berkesan, tindakan tegas akan diambil sebagaimana yang telah diarahkan pihak pucuk pimpinan. Ujarnya, beliau akan terus bekerja dengan jentera yang sedia ada untuk menjalankan amanah yang telah diberikan bagi memenangi pilihanraya yang dianggap penting sepanjang bergelar sebagai ahli politikMohamed merupakan bekas ADUN Chukai selama dua penggal dari 2004 hingga 2013 dan pada PRU13, namanya tidak disenaraikan sebagai calon di kerusi tersebut.
23 Apr 18
94
PRU14: Pengundi Kuala Terengganu Perlu Bijak Buat Pilihan
Wan Nawawi berkata sesuatu kepada Zamri ketika menghadiri Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi DUN Batu Burok yang telah disempurnakan oleh Yang DiPertua Serikandi To’ Puan Seri Halina Zakaria di Terengganu Equestrian Resort (TER), hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailCalon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail menyeru pengundi membuat keputusan yang bijak dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar berkaliber pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.Beliau yang juga Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berkata, kuasa kira-kira 104,000 pengundi akan menentukan individu yang bakal menjadi wakil rakyat parlimen tersebut bagi memastikan agenda pembangunan rakyat di kawasan itu dapat diteruskan. “Terserah kepada rakyat buat pilihan. Jangan undi saya kerana terpaksa, saya mahu semua orang dapat keberkatan. InsyaAllah, bersandarkan keberkatan saya dapat laksanakan tugas dengan baik. Jangan lari dari apa yang diajar oleh al-Quran.“Biarlah pengundi yang menentukannya. Pengundi perlu memilih calon yang benar-benar layak. Apa yang pernah saya lakukan selama ini ketika berkhidmatan dalam pentadbiran negeri akan saya praktikkan dalam dunia politik sekiranya saya diberi mandat pada pilihan raya kali ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi DUN Batu Burok yang telah disempurnakan oleh Yang DiPertua Serikandi To’ Puan Seri Halina Zakaria di Terengganu Equestrian Resort (TER), hari ini.Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Batu Burok, Zamri Awang Hitam yang juga calon BN DUN Batu Burok.Katanya, beliau juga berharap pengundi di Parlimen Kuala Terengganu membuat pilihan yang tepat untuk memilih calon yang boleh membantu mereka dan membawa suara mereka kepada kepimpinan Pusat untuk direalisasikan.Wan Nawawi mula dilantik ke jawatan tertinggi pentadbiran negeri pada 3 Ogos 2016 dan perkhidmatannya berakhir pada Ogos tahun lalu kemudian disambung selama setahun.Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai SUK iaitu empat bulan lebih awal dari tarikh asal untuk menumpukan kepada gerak kerja sebagai calon BN Kuala Terengganu bagi menghadapi PRU14.Lulusan Sains Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Oklahoma, Amerika Syarikat itu pernah menjadi Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan Setiu di samping Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan dan Pegawai Kewangan negeri.
23 Apr 18
46
PRU14: Penduduk Bukit Besi Setia,Yakin Bersama BN
RosleeBerita oleh : Izzuan Ahmad Majoriti pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi masih yakin dengan kemampuan Barisan Nasional (BN) dan akan kekal memberi mandat itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.Ini kerana parti tersebut telah membuktikan bahawa telah banyak melakukan pembangunan serta membela nasib rakyat di kawasan tersebut.Penyandang ADUN Bukit Besi, Roslee Daud yang juga bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkata, respon rakyat dan pengundi untuk terus memihak kepada BN dizahirkan menerusi sambutan dalam pelbagai program anjuran parti dan Kerajaan BN.Katanya, penduduk juga tanpa ragu mengakui hanya BN yang kekal dari dulu membela dan menunaikan janji kepada rakyat. Malah, tiada sebab untuk mereka menolak parti itu pada PRU nanti."Penduduk sudah melihat pembangunan yang telah dibuat oleh BN dan mereka mahukan parti ini untuk terus kekal pada kali ini."Ini dibuktikan dengan pelbagai bantuan yang telah diberikan seperti pemberian dana, Projek Perumahan Mampu Milik, Pembinaan LPT2 dan banyak lagi,"katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pengumuman calon-calon BN Terengganu oleh Pengerusi BN Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Menurut Roslee, pada PRU kali ini BN dilihat mampu memenangi dengan mudah kerana ianya merupakan kubu kuat di daerah ini." Kita tiada masalah dalaman kerana ahli parti sedar perbalahan tidak membawa apa - apa makna sebaliknya akan menghancurkan parti itu sendiri " katanya lagi.Tambahnya, jentera parti sudah pun bersedia dari awal untuk menghadapi pilihanraya pada kali ini dan akan mempertahankannya daripada jatuh ke tangan pembangkang.
22 Apr 18
343
Kerajaan Konsisten Bantu Rakyat-Halina
Halina menyampaikan sumbangan Serikandi Terengganu kepada Kelab Ibu Tunggal DUN Batu Burok di Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi DUN Batu Burok di Terengganu Equestrian Resort (TER), hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan sentiasa konsisten dalam menyalurkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama atau bangsa. Yang Dipertua Serikandi (Badan Amal Dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu), To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, menerusi Bajet 2018 contohnya, bantuan yang disalurkan juga meliputi semua peringkat umur dari usia bayi, remaja, dewasa hingga warga emas.Malah katanya, program bantuan kepada rakyat dilaksanakan secara berterusan sepanjang masa dan bukan hanya dilakukan secara bermusim terutama menjelang pilihan raya.“Kerajaan dibawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sangat prihatin terhadap rakyat dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada semua peringkat dari semasa ke semasa tanpa mengira musim termasuk kepada golongan ibu tunggal.“Justeru, buatlah pilihan terbaik dengan memilih calon yang boleh meneruskan perjuangan untuk memperkasa golongan ibu tunggal semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei nanti,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi DUN Batu Burok di Terengganu Equestrian Resort (TER), hari ini.Turut hadir, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pegawai Penyelaras DUN Batu Burok, Zamri Awang Hitam.Pada majlis itu, Halina turut menyempurnakan penyampaian bantuan keperluan dapur dan wang tunai berjumlah RM300 kepada ibu tunggal di DUN tersebut yang berdaftar dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).Bantuan pengurusan RM5,000 oleh kerajaan negeri menerusi Serikandi juga diserahkan kepada Kelab Ibu Tunggal DUN Batu Burok pada program tersebut.
22 Apr 18
125
PRU14 : Sabri Mahu Kekal Sebagai 'YB, Yang Berkhidmat'
Mohd SabriCalon Barisan Nasional (BN) Ladang, Datuk Mohd Sabri Alwi mahu kekal menjadi 'YB' yang berkhidmat kepada lebih 22,000 pengundi di DUN itu sebagai kelangsungan gerak kerja parti jika dipilih memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti."BN sudah lama berkhidmat di seluruh Terengganu termasuk di DUN Ladang..bukan hanya lima tahun lalu kita tumpukan kawasan ini, malah sejak sekian lama kita turun bantu rakyat tanpa mengira parti, masa dan juga keadaan di seluruh kampung dan cawangan."Oleh itu, jika rakyat memberi mandat dan memilih DUN Ladang kembali kepada BN saya akan kekal sebagai YB, yang berkhidmat, kerana itu keutamaannya seperti mana yang sudah kita lakukan selama ini," katanya.Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan Pegawai Pembangunan DUN Ladang berjanji untuk sentiasa melihat ke bawah mendengar permasalahan dan suara rakyat serta mengatasi setiap permasalahan itu dengan segera yang mungkin.Menurutnya lagi, beliau sentiasa mengingatkan diri untuk menjadikan kesilapan dan kelemahan parti pada pilihan raya umum terdahulu sebagai ikhtibar bagi mengembalikan kekuatan BN dLadang tanpa mencari kesalahan pihak lain."Jika dipilih berada di atas pastinya rakyat di bawah dan akar umbi mahu supaya saya mendengar suara mereka dan menyelesaikan segala permasalahan yang ada."Saya akan sentiasa menunduk ke bawah dan sedaya upaya akan mengembalikan kepercayaan dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk manfaat pengundi-pengundi di DUN Ladang,"katanya.Terkenal dengan slogan 'Wi Gok Sekali', beliau yang turut dikenali ramai penduduk sebagai pemimpin yang merendah diri dan mesra, juga yakin BN semakin berjaya menawan hati pengundi-pengundi DUN Ladang menerusi pelbagai gerak kerja turun padang jentera parti yang diketuai beliau sendiri.Tambahnya lagi, pelbagai program, bantuan dan usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat yang dilakukan parti itu memberi petanda baik untuk Ladang mengembalikan kerusi itu kepada BN.
22 Apr 18
466
PRU14: Mohamad Nor Optimis Tumbang Pas Di Marang
Mohamad NorBarisan Nasional (BN) optimis mampu menumbangkan dominasi pembangkang di Parlimen Marang pada pilihan raya umum lalu. Calon Parlimen (P037) Marang, Mohamad Nor Endot meluahkan keyakinan tersebut selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini, sekali gus akan menentang Presiden Pas, Abdul Hadi Awang pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU14)."Walaupun saya diberi kepercayaan untuk bertanding di Parlimen yang sekian lama telah didominasi oleh pembangkang, saya yakin dalam PRU14 ini saya akan menyerahkan kembali kepada BN."Apa relevannya lagi berada di bawah kepimpinan pembangkang sedangkan terbukti BN sahaja yang telah memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat selama ini. Mengapa tidak kita pulangkan parlimen ini kembali kepada BN,"kata beliau lagi.Mohamad Nor menambah, jentera parti memiliki kekuatan tersendiri dan bersedia menggempur kubu pembangkang pada kali ini.Pengerusi Peyelaras DUN Bukit Payung itu turut mengajak seluruh jentera untuk berjuang habis-habisan kerana tidak mustahil kegemilangan bekas Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Rahman Bakar yang merampas parlimen itu pada PRU11 2004 lalu.Abdul Rahman pernah mengalahkan Abdul Hadi sebanyak dua kali iaitu pada PRU 1986 dan 2004 sehingga mendapat jolokan 'giant killer'.
22 Apr 18
83
PRU14 : Empat Otai Kembali Bantu Penguasaan BN
MohamedEmpat calon Barisan Nasional (BN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ibarat sirih pulang ke gagang apabila turut diberi kepercayaan membarisi senarai 32 calon kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.HalimKeempat-empat mereka, Dato' Abd Halim Jusoh yang pernah menjadi ADUN Permaisuri, Dato' Mohamed Awang Tera (DUN Chukai), Dato' Rosol Wahid (DUN Ajil) dan Dato' Din Adam (DUN Bukit Besi) adalah wakil rakyat yang pernah menang pada PRU12 (2008).Di atas kertas, Mohamed dan Din diihat berdepan cabaran besar untuk merampas kembali DUN Chukai serta Parlimen Dungun yang kini disandang Pas, sementara Rosol dan Abdul Halim diamanahkan supaya mempertahankan kerusi BN Parlimen Hulu Terengganu dan DUN Permaisuri.RosolRosol yang juga Ahli Jawatakuasa UMNO Bahagian berkata, pencalonannya pada PRU14 ini memberi cabaran lebih besar berbanding kerusi DUN Ajil yang dimenanginya selama tiga penggal sejak 1999 hingga 2008.“Sebagaimana kita ketahui tsunami politik pada 1999 apabila Pas mengambil alih pemerintahan sebagai kerajaan, saya antara empat wakil rakyat BN yang menang dan menjadi pembangkang ketika itu.“Bagaimanapun, rekod selama tiga penggal di kerusi DUN Ajil, pengundi yang berpihak kepada BN semakin baik dan meningkat..dengan jentera parti yang kuat, saya yakin BN akan terus menang di Hulu Terengganu,” katanya.DinManakala Din yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri pada 2004 berkata, pemilihan semula beliau memberi peluang untuk memacu pembangunan dan kemajuan untuk dinikmati pengundi Parlimen Dungun pada PRU kali ini.“Kita sudah lama bekerja keras dan berkhidmat untuk rakyat tidak kira masa dari segenap lapisan masyarakat sama ada di bandar atau di kampung-kampung,“Tiada parti lain selain BN yang mampu membawa perubahan tidak kira dari segi sosial dan fizikal di Parlimen ini berbanding pihak pembangkang yang sekadar wujud pada nama semata-mata,” katanya.
22 Apr 18
65
PRU14 : Rosol 'Comeback', Pertahan Hulu Terengganu
Gandingan mantap calon-calon BN Hulu TerengganuMantan Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Dato' Rosol Wahid yang pernah berkhidmat sejak 1999 hingga 2013 dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen Hulu Terengganu.Dengan tagline 'Hulu Terengganu Hulubalang Terengganu', kemunculan semula beliau selepas direhatkan seketika pada PRU13 mengganggap pencalonannya adalah sebagai wadah terbaik meneruskan perkhidmatan kepada rakyat.Rosol berkata, tanggungjawab mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Terengganu itu merupakan satu takdir dengan peluang yang diberikan kepada selepas tiga penggal berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil sebelum ini."Alhamdulillah kerana diberi peluang sekali lagi untuk menabur bakti kepada rakyat Hulu Terengganu dengan kawasan yang lebih luas berbanding ketika saya menjadi ADUN seketika dahulu."Kali ini saya perlu lebih fokus dan membuat perancangan rapi supaya rakyat Hulu Terengganu tidak ketinggalan berbanding daerah-daerah lain dengan pengalaman yang saya ada sebelum ini," katanya kepada pemberita di kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.RosolKetika ditanya mengenai pertembungan dengan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Dato' Razali Idris, beliau menyifatkannya senario itu pelik tapi benar."Pertembungan yang merupakan antara sahabat yang pernah bersama dalam perjuangan yang sama dahulu. Satu perkara yang pelik tapi benar sebab dia tidak mengundi untuk diri dia sendiri yang berada di Marang tetapi bertanding di Hulu Terengganu."Saya tidak punyai masalah mengenainya dan saya yakin Parlimen Hulu Terengganu menang bergaya pada PRU14 nanti," katanya
22 Apr 18
298