Artikel "Utama" Terkini
PRU14: Penamaan Calon Kuala Nerus Lancar
Proses penamaan calon P035 Kuala Nerus bertempat di Kompleks Majlis Sukan Negeri, Gong Badak, pagi ini berjalan lancar.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pasukan keselamatan dan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab."Perjalanan untuk proses penamaan calon pada pagi ini berjalan lancar."Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pegawai pengurus dan juga anggota SPR pada pagi ini yang dapat melaksanakan proses penamaan calon dengan lancar."Malah, pasukan keselamatan dapat mengawal keadaan dengan begitu baik sekali dan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan kepada wakil SPR di Kompleks Majlis Sukan Negeri, Gong Badak, hari ini.Ahmad Razif yang juga calon Barisan Nasional (BN) DUN Seberang Takir turut berterima kasih kepada kesemua penyokong parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di kawasan itu yang berpolitik secara matang."Saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong parti BN, Pas dan Pakatan Harapan kerana semua penyokong tidak agresif dan mereka berpolitik secara matang."Ini menampakkan pembaharuan dan proses demokrasi yang terpimpin dan begitu baik sekali," ujarnya.Katanya, persiapan rapi yang telah dibuat oleh pasukan keselamatan dan SPR telah membolehkan kesemua calon membuat proses penamaan calon dengan aman dan penyokong juga terkawal."Saya berharap proses sebegini (keadaan aman) akan berterusan sampai ke hari pengundian pada 9 Mei ini," ujarnya.Ahmad Razif bersama empat lagi calon BN Kuala Nerus menyerahkan borang pencalonan kepada wakil Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) kira-kira 9.05 pagi.
27 Apr 18
117
PRU14 : 10,000 Penyokong BN Mara Ke Stadium Negeri
Lautan penyokong BN berarak menuju ke Stadium Negeri. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail dan Hasmizi HamidSuasana sekitar Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hingar bingar dengan sorakan ribuan penyokong daripada tiga parti yang mengiringi calon masing-masing sempena proses penamaan calon, hari ini.Seluruh Terengganu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei ini.Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Nawawi Ismail, Salleh Othman (Wakaf Mempelam), Toh Seng Cheng (Bandar), Dato' Mohd Sabri Alwi (Ladang) dan Zamri Awang Hitam (Batu Buruk).Manakala calon Pas, Ahmad Amzad Mohamed (Kuala Terengganu), Wan Sukairi Wan Abdullah (Wakaf Mempelam), Ahmad Shah Mohamed (Bandar), Dato' Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang) dan Muhammad Khalil Abdul Hadi (Batu Buruk).Calon PKR terdiri daripada Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Parlimen Kuala Terengganu dan DUN Batu Buruk), Zubir Mohamed (Wakaf Mempelam), Azan Ismail (Bandar) dan Datuk Zulkifli Mohamad (Ladang).Lautan kira-kira 10,000 penyokong Barisan Nasional (BN) berarak sambil berselawat sejauh 500 meter dari Restoran Chicken Cottage, di Kampung Ladang sambil mengiringi calon, tiba di perkarangan stadium kira-kira jam 8.45 pagi.Lima minit sebelum itu, kira-kira 100 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba bersama calon mereka.Kira-kira 2,000 penyokong Pas pula tiba di perkarangan Stadium Negeri kira-kira jam 8.47 pagi.Pegawai Pengurus Pilihan Raya P036 Kuala Terengganu, Azmi Razik kemudiannya mengumumkan tempoh masa untuk semua calon menyerahkan borang penamaan bermula pada jam 9 pagi.Proses penyerahan borang pencalonan dimulakan dengan calon Pas, diikuti BN dan PKR.
27 Apr 18
382
PRU14 : 'Dato' Jai' Turut Sertai 12,000 Penyokong BN
Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari muncul memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P038 Hulu Terengganu, di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah Hulu Terengganu, hari ini.Kehadiran Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang sebelum ini penyandang Parlimen Hulu Terengganu itu mengejutkan ramai pihak yang turut teruja untuk bersama-sama menyokong calon BN.Sebelum ini juga, pelbagai spekulasi tersebar mengenai beliau sejak hari pengumuman calon pada 22 April lalu oleh Pengerusi BN Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil pada 1999 sehingga 2013, Dato' Rosol Wahid dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Hulu Terengganu menggantikan beliau.Rata-rata orang ramai menyifatnya sebagai pemimpin yang berjiwa besar yang akan terus membantu BN walaupun tidak dicalonkan pada PRU14 dengan hadir pada kali ini.Perarakan calon-calon bermula jam 7.30 pagi dengan berkumpul di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu dan mula bergerak ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah pada jam 8.30 pagi dengan diiringi hampir 12,000 penyokong BN.
27 Apr 18
194
PRU14: Zaitun Komited Tingkat Ekonomi Penduduk
Calon N18 Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung (N18), To' Puan Zaitun Mat Amin berazam memberikan nilai tambah kepada pembangunan sedia ada untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk di kawasan itu.Menurut beliau, kedudukan Bukit Payung yang terletak di laluan utama antara Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu menjadikan kawasan itu pesat membangun berbanding kawasan lain di sekitarnya."Namun, saya melihat keperluan untuk meningkatkan ekonomi penduduk di mana pembangunan tanpa peningkatan ekonomi masyarakatnya akan menyebabkan perkembangan kemajuan itu sendiri terhenti," katanya.Beliau yang berasal dari Kampung Atas Tol berkata, usaha membangunkan ekonomi telah dilakukan sejak dahulu lagi oleh Kerajaan BN walaupun DUN tersebut dimenangi pembangkang.Zaitun sendiri melalui Pergerakan Wanita UMNO telah banyak melaksanakan usaha membantu masyarakat terutama golongan ibu bagi meningkatkan ekonomi keluarga dan keluar dari taraf kemiskinan."Kerajaan melalui pegawai- pegawai yang dilantik telah menggerakkan usaha membangun masyarakat. Bagaimanapun, untuk mewujudkan usaha yang lebih sistematik dan tersusun, kita perlukan wakil rakyat dari pihak kerajaan sebagai penggerak dan melancarkan segala dasar kerajaan."Saya dengan ini menyeru rakyat untuk menyokong kerajaan hari ini supaya usaha yang telah dilaksanakan dapat diteruskan dengan lebih baik dan diperkasakan lagi," ujarnya.
27 Apr 18
652
PRU14 : Kuasa Wanita Penentu Kejayaan BN
Kuasa wanita menjadi penentu utama memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)Yang Dipertua Badan Amal Dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi), To' Puan Seri Halina Zakaria berkata, wanita adalah aset dan senjata utama dalam memastikan kemenangan besar BN pada PRU14 kerana majoriti pengundi adalah kaum hawa."Wanita juga merupakan jentera paling hadapan untuk menentukan kekuatan BN dalam memastikan pentadbiran Kerajaan Pusat dan beberapa negeri diteruskan untuk tempoh lima tahun akan datang."Ini selaras dengan tahun memperkasakan wanita apabila Perdana Menteri sendiri telah mengangkat martabat wanita setinggi-tingginya dalam pelbagai aspek."Saya sendiri telah melihat kekuatan wanita ini melalui program-program yang telah dilaksanakan apabila mereka menjadi nadi di setiap majlis dan hadir tanpa alasan, setia dan sanggup berkorban," katanya.Beliau berkata demikian kepada Teganukita di Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Bersama Serikandi Terengganu 2018 di Dewan Al-Bukhari Sekolah Menengah Kebangsaan Belara, Manir, hari ini.Turut hadir calon N22 DUN Manir, Yusof Awang Hitam dan Timbalan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Ramlah Idris.Seramai 690 orang ibu tunggal yang berdaftar menerima bantuan wang tunai RM200 serta barangan keperluan dapur bernilai RM100 kepada setiapSementara itu seorang penerima, Rohani Abd Manan, 49, ibu kepada tiga orang anak yang berusia 21 hingga 25 berkata, bantuan yang diterima memberi seribu rahmat kepadanya sebagai ibu tunggal sejak 20 tahun lalu."Walaupun bekerja dan mempunyai pendapatan bulanan tetapi bantuan yang diberikan pada hari ini meringankan beban harian lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu."Terima kasih kepada kerajaan BN yang sememangnya cakna kepada rakyat terutama golongan ibu tunggal yang sememangnya memerlukan perhatian daripada pemimpin...bukti pilihan kami adalah tepat sejak dulu kini dan selamanya," katanya.
27 Apr 18
78
PRU14: Kembalikan Kegemilangan Pembangunan Marang
Mohamad Nor berucap di hadapan penduduk dalam Majlis Tahlil dan Solat Hajat DUN Bukit PayungCalon P037 Parlimen Marang, Mohamad Nor Endut menyeru 105,000 pengundi yang turun pada 9 Mei ini untuk mengembalikan legasi kepimpinan kepada Barisan Nasional (BN) yang cemerlang membangunkan daerah dan negeri."Sewaktu Dato' Sri Abdul Rahman Bakar memimpin parlimen ini pada tahun 1986, beliau telah membangunkan Bukit Kor dengan Industri Kecil Sederhana (IKS)."Manakala, pada tahun 2004, beliau sekali lagi membuat pembangunan dengan membina Institut Latihan Perindustrian di Bukit Parit. Kedua-dua pembangunan ini telah memberi banyak manfaat kepada penduduk Marang."Saya yakin dan percaya 56 peratus pengundi muda yang menguasai undi pada Pilihanraya Umum ke - 14 kali ini mahukan transformasi baharu kepada parlimen ini dan melihat 'track record' pembangunan yang dibawa pemimpin terdahulu," katanya ketika ditemui di bilik gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung , Marang, malam tadi.Mohamad Nor memberitahu, sepanjang penggal lalu, kerajaan tidak lupa membangun daerah ini melalui pegawai- pegawai yang dilantik terutama Pegawai Pembangunan Parlimen dan DUN masing-masing."Tetapi, kita tidak mendapat peruntukan yang besar dan hanya menumpukan infrastruktur keperluan rakyat."Jadi, untuk mendapatkan impak yang lebih besar kepada pembangunan Marang, rakyat mesti meletakkan calon Barisan Nasional sebagai wakil kepada rakyat di parlimen ini supaya nikmat pembangunan itu lebih menyeluruh," katanya.
27 Apr 18
34
900 Ibu Tunggal Di DUN Batu Rakit Terima Sumbangan
Halina menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal.Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) hari ini menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 900 ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit melalui program siri Jelajah Cakna Ibu Tunggal Serikandi.Dalam perjumpaan ramah mesra itu, masing-masing menerima wang tunai RM200 beserta barangan keperluan dapur bernilai RM100 yang disampaikan oleh Yang Dipertua Serikandi, To' Puan Seri Halina Zakaria yang juga isteri Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Sehingga kini program itu sudah menjelajah ke 20 lokasi antaranya Telemong, Bukit Payung, Wakaf Mempelam, Pengkalan Berangan, Kuala Nerus, Jabi, Bandar, Ladang dan Batu Rakit merupakan lokasi yang ke-20.Halina berkata, bantuan itu bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh ibu tunggal dalam menguruskan kehidupan seharian mereka setelah ketiadaan suami di sisi."Kira-kira 32,000 ibu tunggal yang berdaftar di negeri ini akan diberi bantuan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM6.4 juta," katanya.Beliau berkata demikian pada Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal Serikandi bagi DUN Batu Rakit di Dewan Sekolah Menengah Tengku Mizan Zainal Abidin, Batu Rakit, hari ini.Turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafee dan calon DUN Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman.Menurut Halina, kerajaan negeri di bawah YPKT dan Syarikat Air Terengganu (Satu) merupakan penyumbang utama kami dalam menjayakan program murni ini dan merupakan yang terbesar pernah dlaksanakan."Kerajaan BN akan terus membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan untuk memastikan tiada yang terpinggir," katanya
26 Apr 18
60
PRU14 : Pusat Media Terengganu Dilancar
Rozailan (kiri) dan Muda menunjukkan buku Direktori Media 2018 yang diterima dari Jabatan Penerangan Negeri sempena perasmian Pusat Media PRU14 di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim.Pusat Media Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Terengganu yang akan beroperasi bermula 27 April sehingga selesai proses pilihan raya 9 Mei ini, dilancarkan di Hotel Permai, Kuala Terengganu, malam tadi.Kemudahan yang dapat menempatkan 100 pengamal media pada satu-satu masa dibuka sepanjang 24 jam sehari bagi melancarkan tugasan pengamal media sama ada cetak dan eletronik melaksanakan tugas masing-masing sepanjang membuat liputan PRU14.Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), Dato' Muda Mamat berkata, pusat media berkenaan menyediakan pelbagai kemudahan seperti mesin faksimili, fotostat dan imbasan serta pelbagai bahan rujukan PRU."Selain kelengkapan berkenaan pusat media yang akan beroperasi setiap masa ini turut menjadi tempat diadakan sidang media khusus untuk menemuramah pihak berkaitan termasuk calon-calon yang bertanding."Petugas juga disediakan makan sepanjang berada di pusat media ini,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Media PRU14 Terengganu, di Hotel Permai, Kuala Terengganu, malam tadi.Pusat media itu dilancarkan oleh Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Besar, Dr Mohd Rozailan Mamat sebagai mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Sebelum itu, turut diadakan solat hajat yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri, Ustaz Aizi Saidi Abdul Aziz sebagai memohon supaya Allah SWT melancarkan operasi dan tugasan pengamal media sepanjang PRU ini.Pusat media itu diselaraskan Kerajaan Negeri Terengganu menerusi UKOM dengan kerjasama Pejabat Penerangan Negeri Terengganu.
25 Apr 18
278
Lantik Profesor Jadi Penasihat- Ahmad Razif
Ahmad Razif ketika berada pada Program Bual Bicara Intelektual dan Pra Pelancaran Majlis Profesor Negeri TerengganuKerajaan negeri akan melantik profesor serta pakar dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai penasihat dan pakar rujuk kepada barisan Exco Kerajaan Negeri sekiranya Barisan Nasional (BN) diberimandat untuk terus mentadbir selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelantikan itu merangkumi seluruh aspek pentadbiran termasuk ekonomi, kerajaan dan politik.“Kita perlu ada pakar terutama individu yang dekat dengan projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) kerana segala yang hendak dilakukan perlu berasaskan pada kajian, sebab itu kita memerlukan khidmat daripada pakar termasuk profesor.“Pada peringkat awal dahulu penubuhan Institut Darul Iman (IDAMAN) sudah dilaksanakan bagi menjalin kerjasama dengan penyelidik dari universiti, apabila ia berjaya maka kita perluas kan lagi jalinan kerjasama dengan profesor dan cendikiawan daripada seluruh IPTA di Terengganu,” katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepasProgram Bual Bicara Intelektual dan Pra Pelancaran Majlis Profesor Negeri Terengganu di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Ahmad Razif berkata, pembabitan profesor sebagai penasihat secara sah kepada portfolio Exco Kerajaan Negeri akan berkuatkuasaselepas PRU14.“Melalui kolaborasi bersama beberapa IPTA terkemuka, pihak kami yakin kita dapat bergerak lebih pantas untuk pembangunan negeri ini.“Malah, ia juga diharap dapat menukar mentaliti rakyat yang kadang kala kurang keluar daripada kelaziman, sedangkan mereka boleh buat lebih daripada kemampuan," katanya.
25 Apr 18
105
PRU14 : Pembangkang Hanya Tabur Janji Kosong
Oleh : Ezzuan AhmadPembangkang dilihat tidak membawa sebarang pembangunan dan hanya pandai menabur janji-janji kosong setiap kali tibanya pilihan raya.Calon Barisan Nasional (BN) Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman berkata, ianya dapat dilihat di mana tiada pembangunan dilakukan di kawasan yang dimenangi mereka.Katanya, banyak pembangunan dilakukan oleh BN di kawasan yang dikuasai pembangkang melalui Pejabat Penyelaras DUN yang diwujudkan oleh kerajaan negeri bagi memastikan nasib rakyat terbela."BN tidak memilih bulu untuk membantu dan mendengar denyut nadi rakyat. Tidak seperti pembangkang yang hanya memilih orang yang menyokong mereka sahaja," katanya.Beliau berkata demikian pada ucap utama Program Pemberian Dana di Dewan Sivik Paka, Dungun, hari ini.Tengku Hamzah berkata, mengambil contoh seperti di Paka ini meskipun berada di bawah Pas, Kerajaan BN masih melaksaakan pembangunan dan membantu masyarakat yang memerlukan."Wakil rakyat sedia ada yang telah diberikan amanah tidak menjalankan amanah yang diberikan oleh pengundi untuk membela nasib mereka, sebaliknya kami (BN) tanpa segan silu turun membantu,"katanya.Tambahnya, rakyat harus sedar tentang perkara ini dan tidak memberikan sokongan kepada pembangkang untuk membawa pembangunan di kawasan tersebut."Hanya BN sahaja yang mampu membawa kepada perubahan kepada rakyat dan ia telah dibuktikan sepanjang memegang tampuk pemerintahan negara,"katanya.Ditanya bagaimanakah peluang untuk memenangi kerusi di DUN Paka, beliau memberitahu pengundi sudah mula sedar pembangunan yang dinikmati di Paka adalah dari BN dan yakin perubahan sokogan terhadap BN akan bertambah.
25 Apr 18
62