lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
PRU14 : Tiada Kawasan 'Panas' Di Dungun
Oleh : Ezzuan AhmadKhabar angin yang menyatakan Dungun antara lokasi dijangka panas dan berisiko berlaku kekecohan sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah tidak benar sama sekali.Bagi calon kerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen P039, Dato' Din Adam berkata,  ia hanya sekadar tanggapan semata-mata kerana terbukti tiada sebarang insiden buruk yang terjadi sepanjang proses penamaan calon hari ini."Isu kerusi panas atau kawasan berisiko berlaku kekecohan tidak akan berlaku kerana semua pihak sudah bersepakat."Kita nafikan Dungun adalah lokasi panas yang akan menimbulkan kekecohan ketika proses PRU berlangsung " katanya.Beliau mengulas demikian ketika ditemui selepas proses penamaan calon di Pejabat Daerah Dungun, hari ini.Din menyeru dan meminta penyokong BN dan UMNO supaya jangan menimbulkan gangguan kepada parti lawan, begitu juga pembangkang juga diminta tidak melakukan sebarang provokasi terhadap BN."Kita bukan nak berkelahi dan jangan memburuk-burukkan sesama calon sebaliknya tonjolkan kemampuan masing-masing."Pimpinan Parti juga akan memerhati supaya semua jentera  mengamalkan politik matang dan sejahtera."Setakat ini kita tidak terima sebarang aduan , dakwaan ini timbul mungkin kerana dahulu kita masih tidak amalkan politik matang dan sejahtera,"katanya.Menurut Din lagi, semua petugas parti juga telah diberikan penerangan dan nasihat supaya dapat  mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi menjamin suasana harmoni dan aman.
28 Apr 18
108
Empty Image
PRU14 : Krisis Dalaman Di Kemaman Selesai
Penyokong BN bersama sepanduk menzahirkan sokongan kepada calon yang bertanding. Foto oleh Aliffah Hanisfarhana SuhaidiIsu dalaman yang berlaku ketika pengumuman calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Barisan Nasional (BN) Parlimen Kemaman pada Ahad lalu yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli parti itu dianggap sudah selesai.Dato’ Seri Ahmad Said yang juga mantan Menteri Besar itu berkata, setiap ahli parti kini sudahpun menyatakan persetujuan dan akan bersatu hati menggerakkan jentera BN bagi memenangi pilihan raya kali ini.“Pada masa ini semua jentera parti lebih fokus bagi memastikan BN memenangi kesemua lima kerusi yang dipertandingkan pada PRU14 kali ini."Ini termasuklah keyakinan masyarakat Tionghua terhadap BN yang masih lagi kuat dan pasti kerusi bagi DUN Chukai akan dapat dirampas kembali kali ini,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai penamaan calon yang diadakan di Dewan Berlian, Majlis Pembandaran Kemaman (MPK), hari ini.Menurut Ahmad, beliau menaruh keyakinan yang sangat tinggi kepada calon BN bagi DUN Chukai, Dato' Mohamed Awang Tera untuk merampas kembali kerusi tersebut yang kini disandang parti Pas.Sementara itu, Mohamed Awang Tera berkata,  krisis dalaman yang berlaku adalah satu perkara yang biasa dan semuanya telah diselesaikan."Kini yang penting, jentera BN akan memberikan tumpuan untuk menangkis setiap tuduhan yang dilemparkan pihak pembangkang bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat tepat,"katanya lagi.Pada kali ini DUN Chukai akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara beliau dengan penyandangnya dari Pas, Hanafiah Mat dan Wan Anies Wan Adnan dari PKR.
28 Apr 18
48
Empty Image
PRU14 : 5,000 Berarak Zahir Sokongan Untuk Calon BN Kemaman
Lebih 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN) berkumpul di perkarangan Bangunan UMNO Bahagian Kemaman di Bandar Cukai sebelum berarak bersama calon menuju ke pusat penamaan calon di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).Calon Pas pula diiringi hampir 4,000 penyokong  bergerak dari Persimpangan Mak Cili, manakala calon PKR bersama kira-kira 300 penyokong turut berarak dari kawasan berhampiran Masjid Sultan Ahmad melalui Jalan Sentosa menghala ke MPK.Kesemua penyokong terbabit bergerak mengikut laluan berbeza bermula jam 8 pagi dan tiba di perkarangan bangunan MPK di Jalan Air Putih,  kira-kira jam 9 pagi.Semua 15 calon yang bertanding mula memasuki Dewan Berlian MPK untuk memulakan proses penyerahan borang pencalonan dan penamaan calon.Lima calon BN terdiri daripada Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek (Parlimen Kemaman), Dato’ Seri Ahmad Said (DUN Kijal), Dato’  Mohamad Awang Tera (Chukai), Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (Air Putih) dan Ir. Rosli Othman  (Kemasek).Calon Pas pula terdiri daripada Che Alias Hamid (Parlimen Kemaman), Ir. Saiful Azmi Suhaili (Kemasek), Hazri Jusoh (Kijal), Hanafiah Mat (Chukai) dan Ab. Razak Ibrahim (Air Putih)Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, Dato’ Wan Marzuki Wan Sembok (Kijal), Ir. Rizan Ali  (Kemasek), Husain Safri Muhammad (Chukai), Mohd. Zukri Aksah (Air Putih) dan Mohd Huzaifah Md. Suhaimi (Parlimen Kemaman).Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kemaman, Zahari Mohd Azahar membuat pengumuman secara rasmi kesemua calon PRU14 yang mewakili parti masing-masing di parlimen itu layak bertanding tanpa sebarang bantahan.
28 Apr 18
406
Empty Image
PRU14: Pertembungan Tiga Penjuru Di Kuala Nerus
Calon BN Kuala Nerus. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerusi Parlimen Kuala Nerus dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan itu bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PKR dan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.Pengumuman pengesahan kesemua calon yang akan bertanding pada PRU14 dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kuala Nerus, Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil di pusat penamaan calon di Kompleks Majlis Sukan Negeri, Kuala Nerus selepas tempoh bantahan berakhir.Tengku Asmadi Tengku Mohamad calon BN akan bertanding di Parlimen Kuala Nerus menentang Abdullah Muhamad (PKR) dan Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali calon Pas. Penyandang kerusi DUN Seberang Takir, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan dicabar oleh calon PKR, Abu Bakar Abdullah dan calon Pas, Mohd Fazil Wahab.Bagi DUN Tepuh, calon BN Dato’ Basir Ismail akan berhadapan dengan calon Pas, Hishamuddin Abdul Karim dan calon PKR, Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan.Che Mansor Salleh (BN) dicalonkan bagi kerusi DUN Buluh Gading bakal ditentang oleh calon PKR Azri Chik dan Ridzuan Hashim (Pas).DUN Bukit Tunggal menyaksikan calon BN, Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad disaingi oleh Dr Alias Razak (Pas) dan Fatimah Laili Omar (PKR).Dalam pada itu kira-kira 5,000 penyokong calon BN hadir seawal pukul 7.30 pagi untuk memberi sokongan kepada calon-calon yang bertanding.
28 Apr 18
90
Empty Image
PRU14: Penamaan Calon Parlimen Marang Penuh Debaran
Calon-calon Parlimen dan DUN Marang bergambar setelah selesai penamaan calon.Proses penamaan calon Parlimen Marang (P037) berlangsung penuh debaran berikutan semua calon dan penyokong terpaksa menunggu sehingga hampir jam 1 petang sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Marang, Mat Azmi Arshad mengesahkan semua calon layak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Seawal jam 8 pagi proses penamaan calon berjalan lancar apabila kesemua calon berarak diiringi penyokong ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Marang, pagi ini.Calon PKR Mohd Dalizan Abd Aziz (Bukit Payung), Aidi Ahmad (Pengkalan Berangan) dan Azri Alias (Alur Limbat) diketuai Dr. Zarawi Sulong (Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang) hadir seawal jam 8.30 pagi di pusat penamaan. Manakala, calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Nor Endut hadir (Parlimen Marang) bersama To' Puan Zaitun Mat Amin (Bukit Payung), Dato' Saiful Bahri Baharuddin (Alur Limbat), Datuk Nik Dir Nik Wan Ku (Rhu Rendang) dan A. Latiff Awang (Pengkalan Berangan) memasuki pusat penamaan pada jam 8.55 pagi.Calon Pas Ariffin Deraman (Alur Limbat), Mohd Nor Hamzah (Bukit Payung), Sulaiman Sulong (Pengkalan Berangan) dan Profesor Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (Rhu Rendang) yang diketuai Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang (Parlimen Marang) pula tiba jam 9.05 pagi.Kesemua calon menyerahkan borang pencalonan sebaik pusat penamaan calon dibuka dan berakhir jam 10 pagi.Mat Azmi Arshad mengumumkan kesemua calon-calon diterima bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke- 14 menyaksikan parlimen Marang dan kesemua empat DUN iaitu Alur Limbat , Bukit Payung, Pengkalan Berangan dan Rhu Rendang menghadapi saingan tiga penjuru antara Barisan Nasional, Parti Islam SeMalaysia (Pas) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).Calon Parlimen Marang (P037) dari kiri Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Dr. Zawawi Sulong dan Mohamad Nor Endut.
28 Apr 18
619
Empty Image
PRU14 : Pertandingan Bersaudara Di Parlimen Besut
Pertembungan calon bersaudara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi Parlimen Besut (P033) menarik perhatian pengundi khususnya penyokong parti yang bertanding.Calon Barisan Nasional (BN)  Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman bakal berdepan sepupunya, mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), Che Ku Hashim Che Ku Mat.Manakala calon Parlimen Besut, Dato' Seri Idris Jusoh (BN)  akan bertemu dua sepupunya, Dato' Ir Wan Nazri Wan Jusoh (PKR).Bagi calon PKR DUN Jertih, Dato' Dr Kamaruzzaman Wan Su pula adalah dua sepupu kepada Tengku Roslan Tengku Othman juga dari PKR yang bertanding bagi merebut kerusi DUN Kota Putera.Bagi Tengku Zaihan, pertembungan kekeluargaan itu adalah satu fenomena yang baru berlaku dalam Parlimen Besut sekaligus menjadikan pilihan raya ke 14 ini sejarah bagi parlimen berkenaan."Malah, calon PKR yang bertanding bagi kerusi Parlimen Besut itu adalah ketua saya ketika bertugas di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2013," katanya.Menurut Tengku Zaihan, dia tidak berasa  janggal untuk berdepan dengan sepupunya, kerana sangat mengenali Che Ku Hashim."Kami hanya berlainan fahaman politik tetapi dalam keluarga kami tidak ada masalah malah hubungan kekeluargaan kami sangat rapat," katanya yang ditemui selepas penamaan calon di Besut, hari ini.Menurut Tengku Zaihan, dia yakin kehadiran sepupu yang dianggap sebagai abang pada PRU14 ini tidak memberi kesan dan yakin mampu menang bagi mengekalkan kerusi yang disandangnya sejak memenangi PRK 2013 lalu.Tambahnya, sokongan kuat daripada keluarga Che Ku Hashim memberi lebih keyakinan kepada beliau untuk mengekalkan kerusi berkenaan."Sebenarnya dia sudah lama cenderung dalam politik iaitu sejak tahun 1985 lagi. Ketika itu dia adalah ahli BN dan mengambil keputusan keluar parti bagi menyertai Pas pada tahun."Kecewa dengan perjuangan Pas selepas kematian Presiden Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, dia membuat keputusan meninggalkan parti itu dan menumpukan perhatian terhadap kerjayanya sebagai seorang doktor dan memiliki klinik sendiri di Pasir Putih, Kelantan," katanya.
27 Apr 18
1182
Empty Image
PRU14: BN Yakin Rampas Kembali Kuala Nerus
Pengerusi Badan Nasional (BN) Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yakin BN akan menang di semua kerusi DUN dan Parlimen di Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.Menteri Besar Terengganu itu berkata, kemenangan mampu berpihak kepada BN dengan pertaruhan calon-calon yang berwibawa.“Saya melihat bahawa di peringkat akar umbi, pengundi-pengundi amat berkeyakinan penuh terhadap kerajaan BN dan penerimaan rakyat juga begitu baik sekali.“Tiada sebab untuk rakyat menolak calon BN. Saya berkeyakinan penuh dengan calon-calon yang ditonjolkan yang begitu berwibawa yang diketua oleh Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi dan dibantu oleh pegawai pembangunan parlimen dan pegawai penyelaras DUN yang mempunyai pengalaman menjaga kawasan masing-masing selama empat tahun," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan kepada wakil SPR di Kompleks Majlis Sukan Negeri, Gong Badak, hari ini.Ahmad Razif yang merupakan calon DUN Seberang Takir di samping Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad (Bukit Tunggal), Datuk Basir Ismail (Tepoh), Che Mansor Salleh (Buluh Gading) dan Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad (Parlimen Kuala Nerus) menyerahkan borang pencalonan masing-masing kira-kira 9.05 pagi.
27 Apr 18
112
Empty Image
PRU14 : Gelombang Kebangkitan Iringi Calon BN
Oleh : Ezzuan AhmadProses  penamaan calon bagi P039, Parlimen Dungun berjalan lancar tanpa melibatkan sebarang provokasi dari setiap penyokong parti bertanding.Kesemua penyokong parti mula berarak menuju ke Pejabat Daerah Dungun sekitar jam 8.00 bagi mengiringi calon mereka untuk menyerahkan borang pendaftaran calon.Kerusi Parlimen Dungun turut melibatkan pertandingan tiga penjuru antara Parti Barisan Nasional (BN), Pas dan PKR .Calon BN kerusi parlimen, Dato Din Adam, Tengku Hamzah Tengku Deraman (DUN Paka) , Roslee Daud (Bukit Besi), Datuk Zainun Abu Bakar (Sura) dan Wan Zaulkfli Wan Gati (Rantau Abang).Calon Pas bagi kerusi parlimen,  Wan Hassan Wan Mohd Ramli , Ghazali Sulaiman (Bukit Besi), Alias Harun (Rantau Abang), Wan Hapandi Wan Nik (Sura) dan Satiful Bahari Mamat (Paka).Calon PKR bagi kerusi parlimen, Abdul Rahman Yusof , Mohammad Padeli Jusoh (Rantau Abang), Mohamad Arif Arifin (Bukit Besi ) , Zulkifli Ali ( Sura ) dan Hasbie Muda ( Paka ).Seramai 4,000 orang penyokong parti Barisan Nasional (BN) berarak mengiringi calon BN untuk proses penyerahan borang pendaftaran calon di Pejabat Daerah Dungun.Semetara itu, Din berkata semangat yang ditunjukkan oleh penyokong BN dari setiap akar umbi yang turun bagi mengiringi calon menunjukkan gelombang kebangkitan BN di Daerah Dungun dapat dilihat pada pagi ini."Saya terharu dengan semua yang turun bagi memberikan sokongan moral kepada kami ( BN) dan ini menunjukkan kesemua mereka setia bersama parti dan akan berjuang untuk kemenangan kali ini""Melihat kepada pembangkang yang suram pada pagi ini menunjukkan seolah-olah berlaku satu konflik dalaman dalam parti tersebut dan ini menambahkan keyakinan kami (BN) untuk menang pada kali ini," katanya.
27 Apr 18
73
Empty Image
PRU14: Calon Di Parlimen Setiu Layak Bertanding
Ribuan penyokong BN membanjiri pekarangan Pusat Penamaan Calon SetiuPenamaan calon bagi Parlimen Setiu (P034) berjalan lancar apabila semua calon yang akan bertanding menyerahkan borang di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah Setiu bermula jam 9.00 pagi.Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Setiu, Rosdi Awang  mengumumkan kesemua calon layak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi (N05), Permaisuri (N06), Langkap (N07) dan Batu Rakit (N08) kira-kira jam 11.45 pagi.Parlimen Setiu dan empat DUN menyaksikan perlawanan tiga penjuru antara Barisan Nasional, Pas dan PKR.Bagi calon BN Parlimen Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafee, menyerahkan borang pencalonan jam 9.03 pagi.Manakala calon PKR, Datuk Dr. Mohd Faudzi Musa selesai jam 9.14 pagi, Shaharizukirnain Abd. Kadir pula selesai menyerahkan borang pencalonan jam 9.30 pagi.Calon BN DUN Jabi pula, Mohd. Iskandar Jaafar selesai menyerahkan borang percalonan tepat jam 9.04 pagi, diikut calon Pas, Dr. Azman Ibrahim pada jam 9.40 pagi manakala calon PKR, Abd. Aziz Abas jam 9.16 pagiSementara calon BN DUN Permaisuri, Dato' Abd. Halim Jusoh menyerahkan borang pada jam 9.05 pagi, calon PKR Wan Mokhtar Wan Ibrahim (PKR) dan Zul Bhari A. Rahman dari Pas masing-masing jam 9.16 dan 9.30.Bagi calon BN DUN Langkap, Dato’ Sabri MohdNoor, menyerahkan borang pencalonan seawal jam 9.03 pagi manakala Azmi Maarof dari Pas pada jam 9.23 pagi serta diikuti calon PKR, Mustaffa Abdullah pada jam 9.12 pagi.Calon BN Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman (9.03 pagi) pula akan ditentang calon Pas, Mohd. Shafizi Ismail (9.25 pagi) dan PKR, Amir Long jam 9.15 pagi.Sebelum kira-kira 4,000 penyokong calon BN hadir seawal jam 7.30 pagi untuk memberi sokongan kepada calon mereka.
27 Apr 18
985
Empty Image
PRU14: Tiga Sekawan Bakal Rebut Kerusi Langkap
Sabri bersama dua calon dari parti lawan Azmi (kiri) dan Mustaffa (kanan)Tiga sekawan yang juga anak peneroka dari Felda Chalok, Kampung Rahmat, Setiu bakal bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.Ketiga- tiga calon itu adalah Dato' Sabri Mohd Nor, 55, dari Barisan Nasional (BN), Azmi Maarof, 57 (Pas) dan Mustaffa Abdullah, 65 dari Parti Keadilan Rakyat (PKR)Apa yang menariknya, masing-masing pernah menuntut ilmu di sekolah yang sama iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Rahmat, Setiu.Calon BN yang juga penyandang DUN Langkap Sabri berkata, dia dan dua calon dari parti lawan adalah rakan sekampung dan juga kawan sekolah yang mana Azmi adalah senior.Katanya, tiada masalah bagi mereka bertiga walaupun berbeza fahaman tetapi tetap berkawan serta bersaing secara sihat pada 9 Mei ini."Masing-masing ada dasar dan misi yang mahu disampaikan kepada rakyat."Bagi saya yang mewakili BN pastinya mahu  mempertahankan hak negara khususnya Terengganu," katanya.Beliau berkata dia akan meneruskan matlamat menjaga kebajikan rakyat, membawa perubahan termasuk menawarkan pelbagai kemudahan dan pembangunan, menambah bilangan rumah untuk rakya seperti mana yang dilaksanakan sebelum ini,"katanya.Sementara itu, Azmi dari calon Pas berkata, dia mengetahui perkara itu dari awal lagi bahawa mereka bertiga bakal bertanding merebut kerusi DUN Langkap."Kami sama sekali tidak akan bermasam muka kerana sedar kami bertiga adalah kawan sekolah, selain mempunyai pertalian keluarga yang jauh (bau- bau bacang)," katanya.Manakala, calon PKR Mustaffa  berkata hubungan mereka tetap baik, malah  turut meminta penyokong  Pas memasang bendera PKR."Perbezaan antara kami hanya berdasarkan warna, fahaman, dasar dan misi yang mahu disampaikan kepada rakyat."Tidak sesekali menaruh dendam dan menanam sifat benci antara satu sama lain,"katanya.
27 Apr 18
292