Artikel "Utama" Terkini
PRU14 : Prestasi Terbaik Calon Wanita
Ahmad Razif meninjau tugasan pengamal media di Pusat Media PRU14, di Hotel Permai. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPrestasi calon wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura dan Bukit Payung, memberangsangkan seterusnya mencerahkan peluang BN merampas dua DUN milik pembangkang itu, kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Ketua Wanita Dungun dan Marang, Datuk Zainun dan To' Puan Zaiton dikatakan begitu cemerlang mengetuai kempen masing-masing dan wajar diberikan pujian kerana berkemampuan serta begitu wibawa dalam gerak kerja mendekati pengundi.Ahmad Razif berkata, beliau sendiri sangat terkejut dengan perkembangan yang berlaku di dua DUN yang diwakili calon wanita itu sebaik sahaja kempen bermula selepas penamaan calon Sabtu lalu, sekali gus memberi gambaran yang sangat baik dan wajar menjadi contoh kepada semua calon BN yang bertanding.“Pada peringkat awal kita berasa sukar untuk menang di kawasan Sura, namun akhir-akhir ini kita lihat prestasi di Sura lebih baik dari DUN lain. Dua calon wanita ini insyaAllah akan menang.“Malah, calon-calon baru yang lain juga tiada masalah untuk memenangi pilihan raya kerana penerimaan rakyat sangat baik,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke Pusat Media PRU14, di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.Ahmad Razif juga berkeyakinan dengan prestasi calon baru termasuk Dr Tengku Asmadi Mohamad (Parlimen Kuala Nerus) dan Dato' Wan Nawawi Wan Ismail (Parlimen Kuala Terengganu) untuk merampas semula dua parlimen itu daripada pembangkang.Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan semua calon dan jentera parti supaya tidak terlalu selesa dan `over confident’ tetapi terus bekerja dengan gigih untuk memastikan 9 Mei ini BN akan memperolehi keputusan terbaik.
02 May 18
81
PRU14 : 'Sapa Bila Nok Lok Wakaf Pelam Mundur..' - Salleh
SallehSapa bila nok lok (membiarkan) ke (kepada) pembangkang dan biarkan DUN Wakaf Mempelam mundur? Ketika kawasan lain maju..Kita (Wakaf Mempelam) juga satu-satunya kawasan pinggir bandar yang ketinggalan sokmo, kata Pegawai Penyelaras DUN (PPD), Salleh Othman.Calon BN DUN Wakaf Mempelam itu berkata, kali inilah peluang terbaik untuk warga tempatan membuat pilihan tepat dan memberi mandat kepada BN supaya pembangunan bergerak seiring di seluruh DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu.Katanya, berbanding DUN lain, Wakaf Mempelam adalah yang terkebelakang dari pelbagai aspek sama ada pembangunan fizikal dan juga modal insan berikutan sudah 36 tahun dikuasai Pas."Saya memberi cabaran kepada pengundi di DUN ini supaya lebih bijak memilih dan tidak terus menggadaikan kawasan kita kepada pembangkang yang jelas gagal membawa apa-apa perubahan serta kemajuan untuk rakyat."Selama bergelap ini, Kerajaan BN juga yang menyediakan segala kemudahan dan menjaga kebajikan warga tempatan tanpa ada yang tercicir daripada mendapat dana, subsidi serta pelbagai bantuan," katanya kepada Teganukita, baru-baru ini.Salleh berkata, sebagai anak tempatan dan sudah mengetahui segala selok belok kawasan Wakaf Mempelam, beliau yakin mampu membawa pembaharuan dan nafas baharu demi kesejahteraan dan manfaat warganya jika dipilih majoriti pengundi pada pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.Tambahnya, jika sebelum ini ramai melihat kerusi kebal Pas ini sukar digugat, namun pada PRU14 ini dilihat berlaku gelombang kebangkitan apabila semua cawangan dapat mengibarkan bendera BN dan membina markas termasuk di kampung yang dikatakan kubu kuat Pas sendiri."Saya melihat satu gelombang biru yang luar biasa dengan kekuatan jentera terdiri daripada akar umbi dan sayap parti yang saling muafakat dan bersatu untuk mengerah tenaga bagi mengembalikan Wakaf Mempelam kepada BN."Suatu sejarah apabila sebaik sahaja kompang PRU dipalu, semua kawasan bangkit menaikkan bendera. Jika ada kawasan `hitam' sebelum ini sukar untuk kita letak bendera BN, kali ini tiada masalah. Itu petanda BN sudah kian diterima pengundi DUN ini,"katanya lagi.Menurut Salleh lagi, sepanjang empat tahun dilantik sebagai PPD beliau berusaha memberi nafas baharu dan memulihkan segala kelemahan serta menambah baik peranan jentera parti mahupun kerajaan sehingga ke akat umbi supaya sentuhan lebih menyeluruh kepada rakyat.
02 May 18
343
Penjawat Awam Perlu Bijak Guna Media Sosial - Ali Hamsa
Ali Hamsa bergambar bersama sebahagian penjawat awam yang hadir di Majlis Amanat KSN Bersama Penjawat Awam Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KassimKetua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa menasihatkan penjawat awam agar menggunakan media sosial secara bijak dan positif khususnya dalam menyebarkan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.Katanya, kakitangan awam perlu membantu kerajaan berkongsi kejayaan dasar negara dengan rakyat menerusi medium perantara berteknologi itu yang cukup popular ketika ini.“Di era digital ini, mudah sangat kita nampak berita yang negatif, mencari sensasi, memburukkan dan menimbulkan kemarahan orang lain dan sebagainya di media sosial.“Justeru, saya galakkan saudara-saudari (penjawat awam) secara individu menghebohkan perkhidmatan kita contohnya pembangunan yang dicapai dan sebagainya secara bijak dan positif agar berita-berita kejayaan sampai kepada seluruh dunia secara tepat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Amanat KSN Bersama Penjawat Awam Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Walau bagaimanapun katanya, penjawat awam perlu memastikan kesahihan sesuatu berita itu sebelum disebarkan kepada pihak lain.“Medium sosial media seperti Aplikasi WhatsApp, Facebook, Instagram adalah media yang paling popular, tetapi kalau tidak pasti tentang sesuatu maklumat itu jangan sebarkan berita palsu kerana kita terikat dengan undang-undang berkaitan dengan kelakuan dan tataterbit sebagai penjawat awam dan Akta Antiberita Tidak Benar 2018,” ujarnya. Dalam perkembangan lain katanya, tiada golongan dipinggirkan dalam agenda pembangunan negara kerana ianya dilaksanakan atas dasar keadilan dan menyeluruh bagi memastikan semua rakyat menerima faedah hasil kemakmuran negara.“Menerusi Bajet 2018, tiada siapa yang terpinggir kerana setiap kumpulan sasar dapat manfaat kerajaan.“Hasil yang dipungut daripada LHDN, Kastam, GST dan lain-lain sebenarnya diagihkan semula kepada rakyat dalam bentuk bantuan seperti BR1M, biasiswa pendidikan, subsidi kesihatan dan sebagainya kerana ini semua adalah peranan kerajaan untuk mengagihkan hasil yang diterima kepada rakyat.“Saya rasa tiada kumpulan tertinggal kerana daripada kanak-anak baru lahir dapat kemudahan,warga emas, wanita, penjawat awam semuanya terima manfaat daripada pengagihan hasil bersandarkan dasar inklusif yang dilaksanakan kerajaan,” ujarnya.
01 May 18
78
PRU14 : Tiada Cabaran Besar BN Kekal Parlimen Kemaman
Oleh : Ezzuan AhmadKeputusan PKR untuk meletakkan calon yang tidak dikenali bagi kerusi P040 Parlimen Kemaman untuk melawan penyandang, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dilihat tidak akan memberikan cabaran besar untuk BN mengekalkan kerusi itu.Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Dato' Seri Ahmad Said berkata, meskipun calon tersebut merupakan anak jati Kemaman, namun penglibatannya di dalam politik di daerah itu tidak menonjol."Penyandang sekarang dilihat sebagai calon pilihan kerana sudah banyak membawa perubahan di Daerah Kemaman."Saya lihat parti ini perlu mempunyai 'grass root ' orang yang terkenal, orang yang memberi khidmat di kawasan itu dan memang orang pun dah kenal siapa itu Shabery Cheek," katanya.Beliau ditemui selepas menghadiri program Mesra Rakyat bersama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), di Dewan Sivik, Bandar Seri Bandi, Kemaman, hari ini.Menurut Ahmad, situasi tersebut dapat dilihat pada proses penamaan calon pada Sabtu lalu apabila hanya sekitar 300 orang penyokong PKR memberikan sokongan berbanding parti lain."Dia (calon PKR) kebanyakan masa dia berada di Kuala Lumpur dan sekiranya dipilih adakah dia sentiasa bersama rakyat apabila diperlukan? Tidak, "katanya.Ahmad turut berkeyakinan bahawa pengundi di Kemaman sudah matang dalam menilai dan memilih calon yang terbaik untuk membawa perubahan lebih pesat di daerah tersebut .Tambahnya, kemajuan dan pembangunan sudah dibuktikan oleh Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek sepanjang bergelar menteri.
01 May 18
62
PRU14 : Pertandingan Tiga Penjuru Kelebihan Kepada BN
Oleh : Ezzuan AhmadPertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai dilihat akan memberi kelebihan kepada BN untuk merampas semula kerusi berkenaan daripada Pas.Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Dato' Seri Ahmad Said berkata, sebarang kemungkinan mungkin akan berlaku seperti mana yang terjadi kepada Pas apabila ramai penyokongnya yang berpaling tadah menyertai Pakatan Harapan kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti tersebut"Situasi tersebut akan memberi kelebihan kepada BN di mana pengundi Pas pada pilihan raya sebelum ini memberikan undi kepada PKR sekali gus menyebabkan undi pas itu sendiri merosot."Kemerosotan undi yang berlaku antara Pas dan Pakatan Harapan itu akan membolehkan BN mempertahankan kerusi DUN Chukai dan semua kerusi lain yang dipertandingkan dalam Parlimen Kemaman," katanya.Beliau ditemui selepas menghadiri program Mesra Rakyat bersama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), di Dewan Sivik, Bandar Seri Bandi, Kemaman, hari ini.Menurut Ahmad lagi, BN mempunyai kelebihan di kawasan yang mempunyai penyokong tetap dan itu antara indikator kejayaan BN pada kali ini.Beliau yang juga calon bagi kerusi DUN Kijal berkata, perpecahan yang berlaku di dalam Pas sememangnya dilihat dapat membantu meningkatkan majoriti undi untuk BN.Tambah beliau, tumpuan kempen juga akan dipergiatkan di semua kawasan penempatan Felda khususnya dalam DUN Air Putih dan Kemasik bersama-sama calon mereka iaitu Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan Ir Rosli Othman."Kita akan memastikan gerak kerja jentera parti lebih agresif dengan meneruskan usaha untuk mencapai kemenangan di semua lima kerusi yang akan dipertandingkan di daerah ini,"katanya.
01 May 18
65
Nawawi Terima Anugerah Penjawat Awam Terbaik
Ahmad Razif menyampaikan anugerah kepada Nawawi. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailBekas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Dato' Wan Nawawi Wan Ismail diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Penjawat Awam Terbaik 2018 sempena sambutan Hari Pekerja peringkat Terengganu, hari ini.Beliau yang bersara pada pertengahan April lalu memperlihatkan komitmen tinggi terhadap tanggungjawab di samping pendekatan kreatif serta inovatif dalam usaha melancar serta meningkatkan lagi mutu perkhidmatan telah meletakkan pejabat SUK negeri dalam kelas tersendiri dengan turut meraih pelbagai anugerah di peringkat negeri dan negara.Nawawi yang juga calon Barisan Nasional Parlimen Kuala Terengganu memberitahu penganugerahan yang diterima itu menguatkan lagi semangat untuk terus berbakti kepada masyarakat."Kejayaan demi kejayaan yang dicipta sewaktu mengalas jawatan SUK akan digarap dan diguna pakai sekiranya diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu," katanya.Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Pekerja peringkat negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Dalam majlis itu Pejabat SUK turut menerima Anugerah Majikan Prihatin dan Anugerah Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) Terbaik manakala Jabatan Kesihatan meraih Anugerah Kehadiran Kakitangan Jabatan Tertinggi.Berucap dalam majlis itu Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri sangat menghargai sumbangan pekerja yang bersama menterjemahkan dasar dan hasrat untuk memberikan yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat.“Data yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan mencatatkan negeri Terengganu pada tahun 2017 mempunyai seramai 435,900 orang pekerja, meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 428,400 orang.“Ini menunjukkan bahawa ekonomi negara dan negeri berkembang baik berikutan pertambahan bilangan pekerja di seluruh negara,” katanya.
01 May 18
164
PRU14 : Pusat Hemodialisis Di Alur Limbat Bukti Kerajaan BN Cakna
Saiful Bahri berusaha keras mewujudkan Pusat Hemodialisis Rakyat untuk meringankan bebanan pesakit mendapat rawatan di pusat kesihatan berhampiran.Pusat Hemodialisis rakyat di Alur Limbat, Parlimen Marang siap dibina sepenuhnya dan bakal beroperasi tidak lama lagi.Projek kesihatan rakyat dibangunkan oleh kerajaan negeri menerusi usaha Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, Dato' Saiful Bahri Baharuddin membuktikan Manifesto Tambahan BN Terengganu bukan retorik dan janji kosong.Saiful yang juga calon BN DUN Alur Limbat berkata, kemudahan itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan berikutan ramai rakyat yang memerlukan rawatan hemodialisis akibat penyakit buah pinggang."Sebelum ini, hemodialisis hanya disediakan pihak swasta dan hospital. Jadi, biasanya kos tinggi diperlukan setiap kali rawatan."Hasil kerjasama agensi-agensi kerajaan, pusat ini diwujudkan bagi membantu rakyat mendapatkan rawatan dengan kos yang minimum."Ini usaha yang saya mampu lakukan berikutan hanya sedikit peruntukan yang diperolehi di DUN yang kalah kepada pembangkang penggal lalu. Pun begitu diharap kemudahan ini mengurangkan bebanan yang ditanggung pesakit," katanya.Pusat Hemodialisis terletak betul-betul di bawah Pejabat Penyelaras DUN Alur Limbat.Pusat Hemodialisis rakyat terletak di tingkat bawah Kompleks Majlis Daerah Marang (MDM) Telaga Mengkudu.Pusat ini akan diselia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.Dalam pada itu, Saiful yang akan bertanding di DUN tersebut mengharapkan sokongan pengundi kepada BN supaya lebih banyak pembangunan dan kemudahan dapat diwujudkan pada penggal akan datang.Tambahnya, rakyat perlu membuat penilaian dan pemilihan yang bijak pada 9 Mei ini jika tidak mahu ketinggalan dari aspek pembangunan prasarana dan projek kesejahteraan rakyat berbanding DUN yang disandang oleh BN.
01 May 18
1164
PRU14: Zaitun Prihatin Nasib Mangsa Ribut
Zaitun bergambar bersama keluarga mangsa.Calon Barisan Nasional (BN) DUN Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin, melawat mangsa ribut, Razali Mohamad di Padang Tanjung, pagi ini.Dalam kejadian jam 1.30 pagi tadi, ribut yang melanda kawasan itu menyebabkan rumah Razali yang didiami bersam isteri, Hasmah Salleh serta anak-anak dihempap sebatang pokok dan mengalami kerosakan pad bahagian bumbung.Zaitun berkata, musibah yang melanda ini merupakan satu ujian dan pengajaran buat semua termasuk pihak berwajib supaya mengambil tindakan yang sewajarnya."Semoga keluarga ini sabar dan tabah menghadapi dugaan. Saya akan berusaha untuk mendapatkan bantuan untuk meringankan beban sedang dihadapi mangsa sekeluarga," katanya.Zaitun melihat kerosakan yang berlaku.
30 Apr 18
28
PRU14: Usah Percaya Janji Manis Pembangkang
Bazlan bermesra dengan penduduk kampung Batu Rakit. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailPenduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji manis pembangkang yang dinyatakan melalui manifesto.Calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman, berkata hampir 90 peratus apa yang dijanjikan Pas dalam manifesto parti itu telah dilaksanakan Kerajaan Barisan Nasional (BN)."Sebagai contoh penawaran tanah lot kediaman, perkahwinan perdana secara percuma dan 20 meter padu bekalan air percuma kepada rakyat, perkara ini sudah lama dinikmati rakyat."Selain pelbagai kemudahan, bantuan, pendidikan, kabajikan, sudah dirasai rakyat,"katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Peti Sejuk Beku Kepada 15 pengusaha makanan di DUN Batu Rakit, di Dewan Seba Guna Batu Rakit, petang semalam.Menurutnya, melihat perkara itu, tidak wajar rakyat menolak Kerajaan BN yang sudah lama menabur bakti dengan membawa pelbagai pembangunan dan perubahan berbanding pembangkang yang hanya menabur janji tanpa berbuat apa-apa."Janji- janji manis pembangkang turut dijaja melalui ceramah dah ziarah penduduk dalam tempoh 11 hari berkempen.Tidak wajar rakyat mempercayainya sedangkan kerajaan sudah lama melaksanakannya," katanya.
30 Apr 18
41
PRU14 : Ir Rosli Hormati Lawan
RosliOleh : Ezzuan AhmadCalon Barisan Nasional (BN) Kemasik, Ir Rosli Othman tidak akan memandang rendah keupayaan lawannya dalam pilihan raya kali ini.Menurutnya, pertandingan tiga penjuru pada kali ini dianggap satu pertandingan sengit bagi merebut kerusi kawasan yang disandang beliau sejak 2008.Rosli berkata, kedua-dua lawannya itu mempunyai latar belakang pekerjaan yang sama sepertinya iaitu sebagai jurutera profesional."Tidak sesekali saya akan memandang rendah lawan pada kali ini dan menghormati kewibawaan mereka tetapi kita akan berusaha untuk mengekalkan kemenangan kita dengan jentera yang kita ada sekarang," katanya.Beliau berkata, jentera parti di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM ) sudahpun berada dalam keadaan bersiap bersedia untuk dikerahkan sepanjang kempen bagi memastikan pengundi kekal memilih BN pada kali ini.Katanya, persiapan awal jentera termasuk mendekati pengundi untuk memberikan maklumat tepat mengenai kerajaan serta melancarkan setiap gerak kerja dan perkhidmatan.Rosli berkata, pada kali ini bukan kemenangan sahaja yang hendak dicapai namun juga mahu undi majoriti kepada BN juga meningkat.Pada kali ini, beliau akan dicabar oleh Ir Saiful Azmi Suhaili (Pas) dan Ir Rizan Ali dari Parti Keadilan Rakyat.
30 Apr 18
354