Artikel "Utama" Terkini
PRU14: Kak Jat Minta Pilih Calon Serikandi
Shahrizat berucap ditemani calon DUN Bukit Payung, Zaitun dan calon Parlimen Marang, Mohamad Nor.Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyeru semua wanita di Marang supaya menyokong calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin untuk dpilih sebagai wakil rakyat dalam kepimpinan Negeri Terengganu.Kata beliau, bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Terengganu mencatatkan sejarah apabila menyenaraikan dua calon wanita bertanding di DUN Sura (Datuk Zainun Abu Bakar) dan Bukit Payung."Wanita perlu ingat, di bahu kita terletak tanggungjawab untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Bukit Payung," "Ceritakan kebaikan dan kemajuan yang dibawa kerajaan hari ini kerana kita ada bukti BN telah memerintah negara dengan baik," katanya ketika melawat Parlimen Marang dalam program Jelajah Hebatkan BN PRU14, di Dewan Sivik Bukit Payong, Marang, hari ini.Shahrizat turut mengingatkan supaya jentera Jalinan Rakyat (Wanita) berkempen penuh adab dan nilai yang melambangkan pekerti wanita Pantai Timur.Turut hadir, calon Parlimen Marang, Mohamad Nor Endut dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato' Muda Mamat.Shahrizat berkata, Terengganu mencatatkan pembangunan yang amat baik selepas 2004 sekali gus mencipta masa hadapan yang lebih baik untuk anak-anak bangsa dan generasi akan datang.
03 May 18
48
PRU14: Manifesto BN Realistik, Bukan Retorik
Manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukan sahaja dilihat realistik dan diyakini seluruh rakyat, bukan retorik seperti pembangkang.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau membayangkan sokongan sebenarnya dijangka akan meningkat memandangkan manifesto yang dibentangkan oleh BN memperjuangkan kepentingkan rakyat secara nyata.Pauzi"Manifesto ini juga merupakan komitmen kami kepada keseluruhan rakyat tidak kira kaum dan latar belakang. Semua orang mendapat manfaat. Kita juga tidak sekadar berjanji seperti yang lain sebaliknya menunaikan setiap yang dijanjikan,"katanya pada satu majlis baru-baru ini.Kakitangan kerajaan, Pauzi Mahmud, berkata Manifesto BN dilihat merangkumi kehendak pelbagai kaum dan peringkat umur.“Pada masa yang sama memberi kelebihan kepada golongan belia apabila kerajaan BN turut menawarkan 40,000 peluang pekerjaan dan menumpukan aspek sukan bermotor.“Oleh itu, saya menyarankan golongan berkaitan merebut peluang yang ada dengan memilih kepimpinan yang boleh mencorak negara khususnya Terengganu,” katanya. SaufianPengerusi Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Semenanjung Malaysia, Saufian Ngah, berkata langkah dan janji kerajaan mahu menambahkan bilangan rumah melalui manifesto BN sangat bertepatan dengan keperluan rakyat yang kian mendesak itu.Katanya, umum mengetahui rumah adalah keperluan asas paling penting bagi setiap masyarakat terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak ramai.“Sebelum ini, kerajaan sudah membina pelbagai jenis perumahan rakyat, namun masih belum mencukupi, seboleh- bolehnya perlu sasaran satu rumah untuk satu keluarga,” katanya.
02 May 18
68
PRU14: 300 Rumah Mampu Milik Setiap DUN
Ahmad Razif berucap di majlis pertemuan dengan penduduk DUN Alur Limbat. Di belakang beliau Mohamad Nor (kanan) dan Saiful Bahri. Foto Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri akan membina 300 unit Rumah Mampu Milik di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh empat tahun akan datang.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan berita baik itu ketika turun padang menemui penduduk di Kampung Banggol Katong, DUN Alur Limbat, Parlimen Marang, malam ini.Katanya, Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah meluluskan peruntukan untuk membina 10,000 unit rumah tersebut di seluruh Terengganu."Oleh kerana itu, saya akan mengagihkan peruntukan ini kepada 32 DUN di seluruh negeri jika kita memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini."Saya berharap para pengundi tidak mengambil ringan kewajipan membuang undi untuk Kerajaan BN merealisasikan perancangan itu nanti keranapada 9 Mei bakal menjadi penentu kepada pembangunan negeri bagi lima tahun akan datang," katanya.Ahmad Razif berkata, Terengganu banyak ketinggalan pada tahun 1999 sepanjang pemerintahan Pas dan zaman kegelapan itu sepatutnya menjadi memori buruk yang tidak sepatutnya berulang dalam lipatan kehidupan rakyat negeri ini."Kita jangan memilih untuk merugikan negeri ini sekali lagi, pilihlah kerajaan yang mampu berkhidmat," tegasnya.Beliau turut memaklumkan sebanyak 50 buah rumah di bawah Projek MyBN sedang dilaksanakan dan bakal dijual dengan harga serendah RM20,000 untuk membantu rakyat.Mantan Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Rahman Bakar turut hadir memberikan sokongan.
02 May 18
47
PRU14: Teruja Mengundi Kali Pertama
Shahfimil dan Nor Azwana ketika bersiaran langsung di laman sosial di terengganu news dan terengganu times. Foto Tengku Syamim Tengku Tengku IsmailPilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang berbaki seminggu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan kegiatan berkempen, dengan setiap jentera parti berusaha menonjolkan kepimpinan terbaik yang mampu diketengahkan menjadi wakil rakyat dan berupaya menerajui pentadbiran kerajaan.Rata-rata rakyat, terutama mereka yang baru pertama kali mengundi pastinya teruja untuk membuang undi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing.Pengerusi Belia TN50, Muhamad Shahfimil Haffiz Salleh, berkata dia amat berbangga kerana bakal menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara pada PRU14 tahun ini.Katanya, dia mendaftar sebagai pengundi ketika berusia 21 tahun dan bersyukur pada kali ini bakal mengundi di tempat kelahirannya sendiri untuk memilih pemimpin terbaik dan mampu menunaikan manifesto yang dijanjikan. "Tiada masalah bagi saya keluar mengundi untuk menentukan kerajaan yang bakal memimpin negeri dan negara.“Saya pastinya akan memilih pemimpin yang boleh menjamin keamanan, kesejahteraan hidup dan membawa perubahan kepada segenap masyarakat,” katanya yang juga lepasan Management & Science University (MSU).Beliau berkata demikian ketika mengunjungi Pusat Media di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.Sementara itu, lepasan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Perbankan Islam, UiTM, Nor Azwana Azini, berkata pengundi muda khususnya yang mengundi buat pertama kali mempunyai peranan besar dalam PRU kali ini.Katannya, oleh itu, dia menyarankan gologan belia, supaya mengundi keluar menunaikan kewajipan masing-masing bagi memilih pemimpin yang mengubah ekonomi negeri dan negara.“Saya juga seperti rakan lain tidak sabar untuk merasai pengalaman mengundi, hendak memilih pemimpin yang brkaliber iaitu calon kerusi Bukit Payong To' Puan Zaiton Mat Amin,” katanya.
02 May 18
190
PRU14: Ambil Pendekatan Tidak Berkempen
Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap mengambil pendekatan tidak berkempen buat masa ini kerana banyak perkhidmatan dan projek kesejahteraan untuk rakyat sudah dilakukan sejak lima tahun lalu.Dato’ Sabri Mohd Noor berkata, segalanya sudah dilaksanakan dan ia adalah usaha yang terdaya dilakukan dalam tempoh berkenaan.Menurutnya, aktiviti berjumpa masyarakat di DUN itu adalah perkara rutin ketika beliau menjadi wakil rakyat dan 'tempoh berehat' malah kini, ia masih diteruskan."Rakyat dah tahu dan dapat nilai sendiri apa yang saya sudah buat dan sebenarnya banyak lagi yang sedang dan akan dirancang."Tapi apa pun, kita tunggu pilihan rakyat pada 9 Mei ini dan selepas itu saya akan mulakan semula tugas sebagai wakil rakyat jika dipilih," katanya kepada Teganukita.netSabri berkata, beliau yakin rakyat akan 'calit' atau mengundi BN supaya segala yang dirancang dapat diteruskan bagi fasa seterusnya.“Tugas hakiki sebagai wakil rakyat adalah membantu penduduk dan itulah yang dilakukan dulu, kini dan pada masa akan datang."Saya bekerja dengan rakyat sebab itu menjadi wakil rakyat dan berkhidmat kepada masyarakat di Setiu.Dengar dan selesai masalah kerja ambo, tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan kecuali tua dan mati," katanya.
02 May 18
31
PRU14 : `Wanita Besi' Terengganu
Ahmad Razif (kiri) bersama Halina dan Zaitun (dua dari kanan) mengaminkan doa di majlis masuk kampung di Balai JKKK Kampung Surau Haji Yaakob, DUN Bukit Payung. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimBarisan Nasional (BN) Terengganu mahu melahirkan `iron lady' negara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.Hasrat itu disuarakan Pengerusi BN Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika turun padang menemui penduduk di Balai JKKK Kampung Surau Haji Yaakob, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, Parlimen Marang, malam tadi."Saya selalu mengatakan bahawa kita kena berani mencabar kelaziman. Maka hari ini Terengganu mencabar kelaziman..Biasanya calon wanita seorang sahaja..tetapi sudah lama tiada. Maka kali ini (PRU14) sekali gus dua orang.Kita minta supaya kedua-dua calon wanita ini membuktikan (menang)."Ramai yang tidak percaya bahawa Terengganu ada calon-calon yang bertanding. Jadi ini sebagai permulaan..mungkin ini sebagai satu pemangkin untuk membolehkan calon-calon wanita boleh bertanding pada masa akan datang. Sebab Perlis negeri yang kecil pun ada calon wanita, jadi Terengganu kenapa tiada..Jadi kita hendak buktikan di bawah kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional kita tiada masalah dan kita sentiasa memberi peluang dan melihat pencapaian kedua-dua calon ini,"katanya kepada pemberita sejurus program itu, malam tadi.Turut hadir isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), Dato' Muda Mamat.Hadir sama, calon Parlimen Marang, Mohamad Nor Endut dan calon Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin.Ahmad Razif sebelum itu dalam ucapannya mahu calon BN Bukit Payung, mampu membuktikan keupayaan bergelar sebagai `wanita besi' sepertimana gelaran Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Allahyarhamah Datuk Maznah Hamid yang menjadi ikon serta inspirasi kepada golongan hawa negara ini kerana kejayaan mempunyai 68 cawangan dan berjaya menyaingi 500 buah syarikat keselamatan lain di dunia.Menurut beliau lagi, DUN yang diwakili kedua-dua calon wanita, Bukit Payung dan Sura (Datuk Zainun Abu Bakar) bukan kerusi yang mudah, berikutan disandang oleh pembangkang. Bagaimanapun, prestasi semasa yang baik selepas empat hari berkempen mula memberi petunjuk yang baik untuk BN merampas semula kedua-dua kerusi itu. Tambahnya, beliau mahu dua calon wanita itu membuktikan keupayaan untuk memenangi PRU14 ini dan menjadi wakil yang mampu membela nasib wanita dengan lebih agresif sekali gus memperkasakan taraf kehidupan golongan itu."Mereka (Zaitun dan Zainun) ini sangat gigih. JR (Jalinan Rakyat) di kedua-dua DUN ini akan bekerja bermati-matian, kerana mereka adalah di kalangan Ketua Wanita UMNO Bahagian masing-masing. Saya yakin, kedua-dua kerusi yang kita letakkan calon wanita ini akan menyaksikan pertandingan yang sengit dan insyaAllah akan memihak kepada kita,"katanya. Ahmad Razif juga yakin calon BN Bukit Payung itu mendapat sokongan tidak berbelah bahagi suami beliau (Pengarah UKOM) yang sarat dengan pengalaman politik apabila pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selama dua penggal (1986-1995) dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)) Binjai yang kini dikenali Pengkalan Berangan selama empat penggal (1982- 1999).Selain menjadi Ketua UMNO Bahagian Marang selama 21 tahun (1985-2004), Muda juga dilantik sebagai Pengerusi Biro Penaziran UMNO Negeri sejak 2014 sehingga kini.
02 May 18
119
PRU14 : MCA Dekati Pengundi Tionghua
Oleh : Ezzuan AhmadMCA Bahagian Kemaman akan terus mendekati pengundi Tionghua atas pagar bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali menang di kerusi N31 Chukai dari tangan Pas.Pengerusi MCA Bahagian Kemaman, Datuk Seri Jamy Tan berkata, pendekatan itu sudah dibuat sejak enam bulan lalu agar dapat menambah majoriti kemenangan bagi kerusi Parlimen Kemaman pada pilihan raya kali ini.Menurut Jamy, pengundi Cina di DUN Chukai mempunyai kira-kira 3,800 orang dan 1,800 daripadanya merupakan ahli MCA."Daripada 1,800 pemilih Cina berdaftar itu pula dianggarkan 80 peratus menyokong BN manakala selebihnya adalah pengundi atas pagar yang berusaha didekati agar kembali bersama BN."Kita membuat lawatan dari rumah ke rumah untuk menemui pengundi atas pagar dan dari situ kita cuba merapatkan hubungan dengan mereka agar sokongan mereka hanya kepada BN," katanya.Jamy ditemui selepas program ceramah perdana di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dusun Nyior, Chukai, emaman, semalam.Menurut Jamy, maklum balas yang di terima sangat memuaskan cuma apa yang menjadi kebimbangan ialah pengundi luar namun dia yakin pengundi tempatan akan menyokong BN.Program ceramah berkenaan turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Kemaman merangkap calon BN DUN Kijal, Dato' Seri Ahmad Said dan calon BN Dun Chukai, Dato' Mohamed Awang Tera.Apabila ditanya mengenai strategi MCA untuk menambah hati pengundi luar, Jamy memberitahu, pihaknya akan berhubung terus dengan keluarga kesemua pengundi luar terbabit."Kita akan sampaikan penerangan jelas mengapa perlu mereka mengundi BN. Ini kerana kalau undi Pas pun tak datangkan hasil kerana sepanjang sepenggal Pas di Chukai, tiada apa-apa perubahan pun."Hanya BN yang mampu buat perubahan dan boleh beri apa yang rakyat mahu," katanya lagi.Sehubungan itu, katanya, MCA akan terus bekerja keras dan memberi sokongan penuh kepada BN agar misi menawan kembali Dun Chukai berjaya direalisasikan.
02 May 18
104
PRU14 : Pembangkang Raih Simpati Tuduh Projek Tanaman Jagung Bijian
Oleh : Ezzuan AhmadDakwaan pembangkang kononnya projek perintis tanaman jagung bijian di Kampung Dadong, gagal adalah tidak benar sama sekali dan ianya hanya bertujuan untuk meraih simpati politik.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, projek itu memberikan satu kejayaan besar kepada kementeriannya kerana ia membuktikan ia boleh ditanam dan dibangunkan di negara ini."Sebenarnya projek tanaman jagung bijian ini dijalankan mengikut kaedah giliran iaitu selepas tanaman jagung, padi pula ditanam jadi pembangkang jangan cepat buat tuduhan, bila lihat padi ditanam di tapak projek jagung bijian, mereka kata Jabatan Pertanian gagal, menteri tak pandai dan sebagainya," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Program Penuaian Jagung di Kampung Seberang Tayor Hilir, petang semalam.Ahmad Shabery berkata, kaedah tanaman secara giliran digunapakai di kawasan itu kerana projek tanaman padi hanya dijalankan setahun sekali memandangkan ia bukan dalam kawasan jelapang padi negara yang membolehkan tanaman padi ditanam sepanjang tahun. "Menerusi projek ini, kaedah giliran diguna pakai iaitu ada waktu tanam jagung dan ada waktu tanam padi yang mana untuk satu musim kedua-dua tanaman ini ia memakan masa lebih kurang 100 hari," katanya.Calon Parlimen Kemaman mengulas mengenai tuduhan dilemparkan pembangkang bahawa projek rintis jagung bijian yang dijalankan di Kampung Dadong tidak berjaya selepas melihat tapak projek berkenaan kini ditanam dengan tanaman padi.Tambah beliau, dengan kaedah giliran itu, ianya dilihat menjadikan tanaman akan menjadi lebih subur dan memberi pulangan hasil yang lebih baik kepada pengusaha."Selepas habis musim jagung, ia akan ditanam dengan padi dan akan menjadikan padi lebih subur kerana keadaan tanah akan lebih baik dengan kaedah yang kita gunakan sekarang.Melihat kepada kejayaan projek perintis berkenaan , beliau menambah, projek itu akan diperluaskan di 20 lokasi di Johor dan Kedah dan selain itu akan turut dibangunkan di Sabah dan Sarawak.Menurut beliau, projek tanaman jagung bijian sangat perlu dilaksanakan bagi menghasilkan makanan ternakan terutama sekali untuk ayam kerana Malaysia perlu menternak ayam dalam jumlah besar untuk menampung keperluan negara.
02 May 18
377
PRU14 : Pilih Parti Yang Tunai Janji, Beri Khidmat Terbaik - A. Latiff
Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang mengingatkan pengundi terutama golongan muda supaya memilih secara matang dengan melihat 'track record' parti yang mampu menjana pembangunan dan memberi khidmat terbaik. "Mengapa kita ingin pilih parti yang tidak mampu membangun dan memberi sumbangan kepada masyarakat? "Sedangkan Kerajaan BN di Terengganu terbukti berjaya melaksanakan Manifesto Pilihan Raya Umum (PRU13) lalu dan bagi PRU14 ini, manifesto yang diumumkan lebih baik dan realistik," katanya ketika ditemui di Pusat Media PRU14, di Hotel Permai, Kuala Terengganu, semalam.A. Latiff yang merupakan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan penggal lalu mengharapkan pengundi di DUN tersebut dapat turun mengundi beramai-ramai supaya BN dapat meningkatkan majoriti perbezaan undi berbanding PRU lalu.Beliau juga berkeyakinan bahawa perkhidmatan yang diberikan betsama jentera parti pada penggal lalu melalui bantuan, peningkatan ekonomi dan pembangunan secara bersepadu di DUN itu memberi petunjuk terbaik untuk pengundi terus menyokong BN.Selain itu, katanya kerajaan negeri sedang membangunkan banyak pembangunan di Marang dan kestabilan politik penggal hadapan akan membantu kelancaran projek-projek itu.Kompleks Perniagaan di Binjai Rendah bernilai 8.2 Juta hampir siap dibangunkan.
02 May 18
63
PRU14: Lapan Calon BN Bekas Guru
Barisan Nasional (BN) Terengganu mengiktiraf profesion perguruan apabila meletakkan lapan daripada 32 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), di kalangan guru.Mereka adalah Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar bakal merebut kerusi Seberang Takir; Bazlan Abd Rahman (Batu Rakit) dan Che Mansor Salleh calon bagi Buloh Gading.Calon lain yang disenaraikan, Dato’ Rosol Wahid bakal merebut kerusi Parlimen Hulu Terengganu, Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad (Bukit Tunggal), A. Latiff Awang (Pengkalan Berangan); Dato’ Rozi Mamat (Telemong) dan Ghazali Taib (Ajil).Ahmad Razif berkata, pemilihan mereka adalah di atas persetujuan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak dan juga berdasarkan kepercayaan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.Katanya, kebanyakan masyarakat hari ini percaya mengenai kredibiliti dan sikap kepimpinan yang ada pada seorang guru.“Oleh itu, tidak menjadi masalah bagi kerajaan BN melantik lapan daripada 32 calon BN Terengganu untuk menjadi pemimpin masayarakat setempat.“Dengan ilmu yang ada, pastinya boleh membawa perubahan di DUN masing-masing terutama mengenai aspek minda masyarakat, pendidikan dan pembangunan modal insan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perayaan Hari Guru peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang.Hampir 5,000 guru hadir pada majlis itu yang diserikan dengan pelbagai persembahan dan penganugerahkan kepada guru cemerlang.Majlis sama, Ahmad Razif mewakili kerajaan negeri menyampaikan wang sumbangan RM250,000 kepada untuk Tabung Hari Guru 2018
02 May 18
144