Artikel "Utama" Terkini
PRU14: BN Tarik Balik Penggantungan Raja Ahmad Soufi
Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersetuju untuk menarik balik penggantungan keahlian Ketua Cawangan UMNO Kampung Langgar, Raja Ahmad Soufi Sulaiman.Jelasnya, penarikan balik penggantungan ini bagi memastikan sokongan daripada UMNO tetap utuh bagi kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Beliau mengumumkan perkara tersebut di Program Mesra Rakyat Bersama YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang, hari ini.Terlebih dahulu, Pengerusi Badan Peehubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman memaklumkan pihaknya telah membuat surat rayuan baru-baru ini kepada Lembaga Disiplin supaya Raja Soupi dikembalikan status ahli UMNO setelah digantung keahliannya selama enam tahun."Kita dah buat surat rayuan tersebut dan berharap kepada badan disiplin menerimanya kerana dia dah bekerja kuat untuk BN..jadi berilah peluang kepadanya," katanya lagi.Raja Ahmad Soufi digantung keahliannya sebagai ahli UMNO mengikut perlembagan apabila melanggar peraturan 3.1.6 yang menggunakan media massa bagi menolak Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari sebagai calon PRU14 bermula pada 30hb Januari 2018.Raja Ahmad Soufi yang ditemui berkata penarikan balik penggantungan keahlian UMNO merupakan satu berita gembira lebih-lebih lagi disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri."Saya ucapkan terima kasih kepada PM kerana menerima balik saya sebagai ahli UMNO. Sebelum ini pun saya tetap menjalankan tugas saya sebagai penyokong parti walaupun bukan ahli lagi sebab saya berjiwa UMNO."Saya akui mungkin cara saya mengkritik Ahli Parlimen Hulu Terengganu agak keras kerana menggunakan laman sosial sebagai tempat melontarkan serangan tetapi saya tiada pilihan apabila masih tidak ada perubahan setelah berjumpa antara satu sama lain."Dan pada hari ini apabila diberi peluang sekali dengan penarikan balik pengantungan keahlian UMNO, saya akan pastikan ianya tidak sia-sia dengan memberi kemenangan kepada BN pada PRU14 nanti," katanya.
04 May 18
341
PRU14 : Beri Mandat BN Terus Terajui Terengganu
Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama calon-calon BN Hulu Terengganu pada Program Mesra Rakyat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail.Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyeru rakyat Terengganu memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus menerajui negeri ini.Katanya, menerusi kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang memperkenalkan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) pelbagai bentuk pembaharuan dan pembangunan sedang dirancang dan juga telah dilaksanakan.Katanya, seluruh pengundi di negeri ini patut memilih kerajaan yang memberi manfaat kepada mereka kerana banyak lagi pembangunan akan dilaksanakan sekiranya rakyat tetap utuh menyokong kerajaan negeri sedia ada. “Bagi peluang Menteri Besar yang baru pegang jawatan lakukan pembaharuan pada negeri kerana beliau hendak laksanakan pembaharuan terhadap Terengganu. Jangan kita sekejap tukar sana dan sini. “Tukar kereta boleh, tapi jangan tukar kerajaan kerana sesuatu perubahan itu mengambil tempoh yang sangat lama. Jika sekejap nak tukar, sekejap nak tukar, habis rosak kita,” katanya ketika berucap pada Program Mesra Rakyat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato ' Mohd Zubir Embong serta Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A.Rahman Yahya. Hadir sama, calon BN Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, Calon BN DUN Manir, Yusof Awang Hitam, dan Calon BN DUN Telemong, Dato’ Rozi Mamat.Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi BN mengharapkan semua kepimpinan BN negeri ini bersatu.“Mari kita rapatkan barisan. Saya tak nak dengar ada masalah dalaman, saya tak nak ada cah keting, saya tak nak ada peteh keting, saya minta kita semua pertahankan barisan, kalau ada apa perubahan pun kita terima.“Sebab itu saya hendak ucap terima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari kerana walaupun tidak menjadi calon dia tidak kacau kerana dia ‘gentlemen’,” ujarnya.
04 May 18
329
PRU14: Rakyat Perlu Bijak Pilih Pemimpin
Mohd Najib menyerahkan replika lesen memandu kepada Che Nor Maizan. Foto Harish Fadzillah Abu KassimPerdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak memberitahu masa depan sesebuah negara tidak boleh dicorak berdasarkan kepada fitnah, hasutan mahu pun serangan berita palsu.Katanya, masa depan dibentuk dengan adanya pemimpin yang boleh menentukan kehidupan seseorang itu ke arah yang lebih baik dan boleh membawa negara ke mercu kejayaan.“Sebagai pengundi yang matang, mereka perlu tahu semua perkara itu, di mana perlu bijak memilih pemimpin yang benar-benar boleh membentuk keharmonian negara.“Semua itu perlu menjadi kayu pengukur pada kita semua untuk membuat perhitungan pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) pada 9 Mei nanti,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Terengganu, di Paya Bunga Square, Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu, hari ini.Menurutnya, apa yang dilaksanakan pemimpin sedia ada, cukup membuktikan kewibawaan mereka mecorakkan negara.“Sebagai contoh, dengan adanya Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) nanti, pastinya mampu mengubah ekonomi dan kehidupan sosial penduduk dalam jangka panjang.“Bukan itu saja, kerajaan sedia ada turut menjaga kebajikan rakyat dengan pemberian pelbagai bantuan kepada golongan pelajar, petani, pekebun nelayan dan sebagainya.“Tidak lupa kepada penjawat awam, mereka baru saja menerima kenaikan tangga gaji khas manakala pelajar yang mengikuti Skim Latihan 1Malaysia turut menerima imbuhan kenaikan elaun daripada RM1,500 kepada RM2,000 sebulan,” katanya.
03 May 18
59
UTC Terengganu Rekod 1.17 Juta Pengunjung
Mohd Najib melancarkan UTC, Paya Bunga Square, Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimAdd captionKerajaan negeri sentiasa memastikan keseimbangan transformasi dan pembangunan antara kawasan bandar dengan luar bandar, seiring peranan besar rakyat di negeri ini selaku pendukung kuat aspirasi kerajaan.Kewujudan 21 Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara, termasuk yang ke-15 di Terengganu menjadi antara bukti dan terjemahan komitmen Kerajaan Pusat untuk mengimbangi transformasi supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati pembangunan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata transformasi tidak terhad kepada pembangunan fizikal saja tetapi juga perubahan minda dan tindakan yang diterjemahkan sebagai pemikiran, perasaan dan tindakan."Tiga elemen ini harus ditransformasikan kerana pembangunan fizikal tidak akan bermakna jika mereka yang menerima bantuan dan sumbangan tidak menghargainya."Transformasi dibuat bukan kerana apa yang dimahukan pemimpin tetapi apa yang diperlukan rakyat peringkat akar umbi,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Terengganu, di Paya Bunga Square, Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu, hari ini. UTC Terengganu, Kuala Terengganu,hari ini.Hadir merasmikan UTC, Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak. Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong,Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan calon Barisan Nasional Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Terengganu. Ahmad Razif memberitahu, UTC Terengganu yang mula beroperasi pada 27 Jun 2016 dan sehingga Mac tahun ini telah mencatatkan seramai 1,167,676 pengunjung.Katanya lagi, kemudahan itu adalah lambang kesungguhan kerajaan dalam menyediakan dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.“Perkhidmatan unik ini wajar dihargai dan tidak diambil sambil lewa kerana tiada kerajaan lain di serata dunia yang menawarkan perkhidmatan sedemikian.“Memang tidak ada tempat lain di dunia di mana kerajaan menyediakan perkhidmatan sebegini yang dipusatkan dalam satu tempat. Beroperasi tujuh hari seminggu, bermula jam 8.30 pagi sehingga 10.00 malam pada setiap hari,” katanya.
03 May 18
241
Inisiatif UTC Terbaik Di Dunia
Mohd Najib menyerahkan Mykid dan sijil kelahiran kepada pengunjung yang mendapatkan perkhidmatan UTC sempena perasmian UTC di Paya Bunga Square. Foto oleh Harish fadzillah Abu KassimTiada mana-mana negara di dunia termasuk negara maju yang mampu melakukan inisiatif UTC (Pusat Transformasi Bandar) ini kerana mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti, pantas dan selesa kepada rakyat di bawah satu bumbung, kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Menurutnya, antara perkhidmatan yang menjadi tumpuan ramai pengguna termasuk membuat pasport antarabangsa apabila prosesnya hanya mengambil masa kira-kira satu jam berbanding perkhidmatan serupa di negara maju lain yang mungkin memakan masa sehingga dua minggu untuk siap.“Ada satu cerita, cerita benar yang berlaku baru-baru ini di mana sebuah keluarga hendak ke luar negara apabila sampai di airport, anaknya sedar bahawa pasport mak dia hanya tinggal seminggu sahaja lagi akan luput tarikh laku pasport.Sudah sampai di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) hendak naik kapal terbang, dalam masa tidak lama lagi, dia dalam keadaan cemas tetapi dia teringat kepada UTC di Pudu Raya (Pudu Sentral)..dia berkejar ke Pudu (Sentral) dan dia dapat memperbaharui pasport serta berkejar balik ke KLIA.“Banyak lagi cerita dan kisah-kisah yang memberangsangkan, kalu kita pandang sekali lalu jika kita berurusan hendak bayar cukai tanah, kita boleh bayar cukai tanah, kalau buat Mykad boleh buat dalam masa sejam, jika hilang pendaftaran boleh selasai 24 jam, sambil menunggu jika gigi sakit boleh masuk ke Klinik Pergigian 1Malaysia, bayar RM1 sahaja ..Kemudahan alatan di situ saya jamin adalah terkini bukan menggunakan alatan barangan terpakai. Jadi tidak rasa sakit hendak cabut gigi di UTC, bayar RM1 sahaja. Peniaga juga beruntung kerana putaran jumlah pengunjung yang semakin rancak,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Terengganu, di Paya Bunga Square, Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong.Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan calon Barisan Nasional Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Terengganu.Mohd Najib berkata, kejayaan inisiatif UTC menyebabkan ramai pengunjung dari luar negara begitu terpegun dan mahu mengetahui kaedah pelaksanaan kemudahan yang disediakan kerajaan itu.Tambah beliau lagi, sejak dilaksanakan pada 2012 sehingga 2016, seramai 61 juta rakyat di negara ini mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang disediakan 30 agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, badan berkanun serta swasta sepanjang tujuh hari seminggu yang terdapat di 21 UTC seluruh negara.Sementara di Terengganu, seramai 1,167,676 sudah mendapat manfaat di UTC sejak dibuka pada 27 Jun 2016 sehingga Mac tahun ini. Jumlah pengunjung meningkat daripada 306,000 (2016) kepada 6,750,000 (2017) dan sepanjang suku pertama tahun ini pula merekodkan seramai 186,000 pengunjung di UTC Terengganu.“World Bank dan juga Badan Commonwealth serta peringkat Asian juga telah membuat peninjauan dan mereka semua kata bahawa mereka beri markah yang begitu tinggi kepada perkhidmatan UTC yang dijalankan oleh kerajaan kita,” kata beliau lagi.Menurutnya, inisiatif UTC juga sebagai kayu ukur mutlak yang menepati slogan yang diperkenalkan sewaktu beliau mula-mula menjadi Perdana Menteri iaitu, `rakyat mesti didahulukan, pencapaian diutamakan’, maka UTC benar-benar berteraskan rakyat.
03 May 18
107
PRU14 : Pembangkang Terdesak Tabur Fitnah
Oleh :Ezzuan AhmadPembangkang sekali lagi dilihat terdesak apabila meraih simpati pengundi dengan membuat serangan peribadi terhadap calon kerusi N28, Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman.Dalam fitnahnya yang terbaru menyatakan sekiranya BN memenangi kerusi itu pada pilihan raya kali ini, Tengku Hamzah dikatakan hanya akan menjaga kebajikan masyarakat Felda dan bukan masyakarat di sekitarnya.Tengku Hamzah ketika ditemui berkata, fitnah yang ditaburkan itu menunjukkan seolah-olah pembangkang sudah terdesak dan ketandusan idea untuk meraih sokongan rakyat.Menurutnya, sepanjang menjadi Pegawai Penyelaras DUN Paka, beliau tidak pernah bersikap 'pilih bulu' dalam memberikan perkhidmatan dan bantuan kepada penduduk setempat."Meskipun saya berasal dari kalangan peneroka Felda, saya tidak pernah meminggirkan masyarakat lain dalam menghulurkan bantuan dan khidmat selama ini."Saya diberi amanah untuk menjaga kebajikan penduduk di Paka dan saya jalankan amanah tersebut sebaik mungkin," katanya.Menurut Tengku Hamzah, sekiranya diberi mandat untuk menjadi wakil rakyat, pembelaan dan kebajikan untuk warga Paka akan diteruskan selain menambah baik pembangunan dan projek untuk kesejahteraan rakyat.Beliau juga tidak menolak bahawa pembangkang memang dikenali sebagai parti yang sering menaburkan fitnah dan akan berbuat apa sahaja untuk menarik simpati rakyat. "Mereka (pembangkang) sendiri telah melihat pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan namun masih lagi menabur fitnah untuk memburukkan kerajaan, seakan tiada kebaikan dan itu memang tugas mereka."Fitnah dan pembangkang sudah sinonim dengan mereka.. mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggunakan cara tersebut," katanya.Baginya, meskipun banyak fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap calon BN, rakyat sudah faham dan masak dengan permainan pembangkang sejak dari dulu lagi.
03 May 18
66
PRU14 : Pembangunan Bukan Dari Tangan Pembangkang
Oleh : Ezzuan AhmadPembangunan fizikal dan program kebajikan rakyat yang dikecapi oleh penduduk di Paka pada masa kini dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukannya hasil usaha pembangkang.Calon bagi kerusi N28 DUN Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman berkata, nikmat pembangunan dan pelbagai bantuan yang dirasai penduduk di kawasan Paka adalah hasil usaha Kerajaan negeri selain kesepakatan dengan Kerajaan Pusat."Pembangkang (Pas) selalu menyatakan mereka juga telah membawa pembangunan di kawasan ini namun hakikatnya tidak dan hanya kami (BN) yang membawa pembangunan di sini," katanya.Menurutnya, Pas melalui wakil rakyat mereka yang juga penyandang ADUN Paka, Satipul Bahari Mamat sering berbangga dengan pusat tahfiz yang diwujudkan di kawasan tersebut namun semua sudah sedia maklum pembinaan tersebut adalah hasil dari sumbangan ahli-ahlinya sendiri.Tambahnya, apabila melibatkan mengenai kebajikan rakyat, Pas mendakwa kerajaan bertindak kejam kerana tiada sebarang peruntukan yang diagihkan kepada mereka. "Jika buat tahfiz ada peruntukan tetapi kenapa bila melibatkan pembangunan mereka (Pas) menyatakan bahawa kerajaan tidak memberi sebarang peruntukan."Sepatutnya mereka ada sumber kewangan sendiri melalui parti yang diwakili mereka dan bukan meyalahkan kerajaan, jika buat tahfiz ada pula peruntukan kenapa bila nak buat pembangunan tiada peruntukan?" katanya.Katanya, rakyat harus sedar apabila Pas mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri pada 1999 di mana perkara pertama yang dibuat ialah menghalang dan menghalau pelajar tadika dari menggunakan bangunan mereka untuk belajar."Mereka (Pas) selalu mendabik dada mengatakan bahawa mereka cakna akan pendidikan namun apa yang dibuat kepada pelajar tadika pada tahun itu menunjukkan sebaliknya. "Saya ingat lagi bagaimana kanak-kanak menangis kerana dihalau di tempat mereka menimba ilmu, saya ingat lagi bagaimana mereka terpaksa menumpang di bangunan-bangunan dan kedai untuk menimba ilmu, mereka hanya kanak-kanak, apa yang Pas fikirkan masa itu? Hanya kepentingan politik sahaja,"katanya.Tengku Hamzah berkata, Pas hanya pandai menabur janji kosong sahaja dan hanya berbangga dengan kemajuan yang dibawa oleh BN."Semua yang ada ini adalah hasil dari kerajaan dan wakil rakyat yang dilantik (Pas) tidak berbuat apa-apa dan hanya menabur fitnah berkenaan kerajaan. BN sahaja yang menjaga kebajikan dan membuat pembangunan di Paka ini. "Adakah BN tidak memperjuangkan islam sepertimana yang didakwa mereka?Kerajaan juga memperjuangkan agama islam namun cara dan perbuatan mereka (Pas) yang sebenarnya yang tidak mengikut Islam dan ianya boleh diibaratkan seperti 'sibuk mencari dosa orang tetapi dosa-dosa sendiri belum tentu kelihatan dan terhapus'," katanya.Menurutnya lagi, sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, Pas tidak seharusnya membuat fitnah dan hanya tahu menyalahkan pihak lain atas kegagalan mereka.
03 May 18
78
PRU14: Kaunter Aduan Bergerak Kak Ton Beri Khidmat Terbaik Kepada Masyarakat
Inisiatif calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung,To' Puan Zaitun Mat Amin mewujudkan Kaunter Aduan Bergerak menjadi medium terbaik dalam memberi khidmat secara langsung dan efektif kepada masyarakat setempat.Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang itu berkata, kaunter bergerak berkenaan akan ditempatkan di kawasan tumpuan orang ramai supaya masyarakat lebih mudah untuk berhubung serta bersemuka dengan pemimpin tempatan."Kaunter aduan ini adalah manifesto tambahan saya bagi DUN ini. Tujuannya supaya rakyat dapat mengutarakan sebarang masalah kepada wakil mereka untuk dibawa ke peringkat atasan."Sebelum ini, rakyat sukar bertemu dan menyuarakan pendapat kepada pemimpin di sini. Ini adalah usaha untuk mendekatkan hubungan pemimpin dan rakyat. Ianya jadi lebih mudah apabila kita yang turun kepada rakyat untuk mendengar masalah mereka," katanya ketika ditemui pemberita sejurus pelancaran oleh Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil di Dewan Sivik Bukit Payong, hari ini.Buat masa ini, Zaitun berkata, beliau tidak mengehadkan permasalahan atau pendapat yang diterima daripada masyarakat Bukit Payung, malah menerima kesemuanya dan akan berusaha menyelesaikan sebaik mungkin sekiranya terus diberi mandat pada 9 Mei ini."Kita akan cuba selesaikan apa masalah sekalipun dan membawa Kaunter Aduan Bergerak menyelusuri seluruh pelusuk kampung bagi memberi khidmat terbaik kepada masyarakat," tegas beliau lagi.
03 May 18
106
PRU14 : Sokong Ayoh Ku Kekal Terajui Kuala Berang - Pengundi
Sebahagian beliawanis yang sempat merakamkan foto bersama Tengku Putera ketika Program Turun Padang hari ini.Foto oleh Tengku SyamimDengan menyifatkan pilihan terbaik, penduduk N23 menyatakan sokongan jitu kepada anak tempatan, Dato' Tengku Putera Tengku Awang, sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Berang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Sulaiman Md HassanPengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Padang Tara, Sulaiman Md Hassan, berkata Tengku Putera sewaktu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang selepas memenanginya pada PRU13 banyak membantu penduduk setempat meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka termasuk pembangunan kawasan.“Kami menyokong penuh apabila namanya dicalonkan kembali bagi kerusi DUN Kuala Berang kerana beliau merupakan calon yang paling layak dan sentiasa mempunyai pendekatan baharu bagi politik luar bandar."Malah pengundi percaya dan meletakkan kepercayaan calon mampu membawa lebih banyak perubahan dari segi pembangunan dan ekonomi di kawasan Kuala Berang termasuk Kampung kami,” katanya kepada Teganukita ketika ditemui hari ini.Nur Fauzani Md ArshadBagi pengundi muda, Nur Fauzani Md Arshad, 35, Kampung Getang, berkata ini merupakan kali kedua berpeluang mengundi selepas PRU13 yang lalu dan dia tetap menyokong calon yang sama.Baginya Tengku Putera yang lebih mesra dengan panggilan Ayah Ku, dikatakan seorang calon yang memiliki wawasan jauh bagi mempertingkatkan usaha penduduk tempatan memajukan ekonomi.“Ayah Ku merupakan anak tempatan yang mempunyai wawasan tinggi dalam bidang ekonomi, justeru saya percaya beliau dapat menjadi pemimpin terbaik di kawasan ini,” tegasnya.Mariam Deraman kelihatan teruja ketika dikunjungi calon N23 Tengku Putera dan isteri Halijah Ali.Seorang warga emas Kampung Tapu, Mariam Deraman, 90, pula berkata, dia sejak mula mula mengundi hanya BN yang menjadi pilihannya."Tok dok (tidak) pernah pangkah yang lain, biar lah orang kata macam-macam pun sebab tok cuma tau BN parti hak paling molek sekali."Ku Tera pun wakil rakyat hok bagus dah yang Tok kenal..dok sombong, cakna ke warga emas kalau nak bandingkan dengan orang lain...payah nak cari orang macam ni," katanya.Bakar HusinSementara itu bagi, Bakar Husin, 67, berkata Tengku Putera merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat yang sememangnya bertanggungjawab untuk menghadapi pelbagai cabaran pembangunan di kawasan terbabit.“Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Tengku Putera untuk bersama-sama melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk rakyat di Kuala Berang."Pemilihannya sekali lagi sebagai calon BN pada PRU14 nanti adalah amat sesuai kerana hubungan rapatnya dengan penduduk setempat.“Kami yakin beliau dapat membawa lebih banyak pembangunan di kawasan ini,” katanya lagi.
03 May 18
106
Pusat Hemodialisis Akan Ditambah
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada wakil persatuan-persatuan belia. Foto Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan negeri melalui Strategi Lautan Biro Kebangsaan (NBOS) akan berusaha menyediakan lebih banyak pusat hemodialisis bagi meringankan beban pesakit buah pinggang yang terpaksa menanggung kos rawatan yang tinggi.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sehingga kini terdapat 22 buah pusat hemodialisis di seluruh Terengganu."Daripada jumlah ini, sembilan buah milik kerajaan, tiga buah dibangunkan secara NBOS, enam buah kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tujuh buah milik swasta,"katanya.Beliau berkata demikian pada Program Sihat Milikku anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus, petang tadi.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Karnival itu, Dr Mohammad OmarSementara itu, Mohammad berkata peratusan pesakit tibi dalam kalangan rakyat tempatan mula memperlihatkan trend peningkatan membimbangkan di negeri ini yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.Katanya, kira-kira 98 peratus daripada keseluruhan 771 pesakit tibi yang direkodkan di Terengganu pada tahun lalu terdiri daripada rakyat tempatan."Kes kematian akibat penyakit itu turut dikesan tinggi dengan sebanyak 79 kes dilaporkan, dalam tempoh sama tahun lalu."Oleh itu, pengesanan awal sangat penting supaya rawatan segera diambil dan pesakit sembuh," katanya.
03 May 18
187