Artikel "Utama" Terkini
Terengganu Tubuh Pusat Komuniti Sa'adah UniSZA Pulih Penagih Dadah
Ahmad Razif meninjau persekitaran Pusat Komuniti Sa'adah UniSZA. Foto Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri menubuhkan Pusat Komuniti Sa'adah UniSZA sebagai usaha menangani masalah penagihan di kalangan masyarakat yang semakin meruncing.Penubuhan pusat komuniti melalui kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu selaras dengan Manifesto Barisan Nasional yang dilancarkan baru- baru ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata apa yang dilaksanakan itu diyakini mampu memulihkan penagih dadah kerana konsep yang digunakan sangat berbeza."Diuruskan melalui Pusat Penyelidikan Dan Rawatan Ketagihan ( CentRenA) UniSZA dengan menekankan kaedah rawatan secara biologi, psikologi, spiritual dan sosiologi."Dalam hal ini, semua pihak akan terlibat terutama keluarga, masyarakat setempat dan pelbagai pihak secara berkumpulan, " katanya.Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pusat komuniti itu di Rimba Louge, Jalan Semarak, Kuala Nerus, petang ini.Hadir sama, Naib Canselor UniSZA, Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Husin Tg Abd Jalil.Pada majlis itu, sebuah kenderaan MPV, kerusi roda elektronik dan tangki oksigen telah diwakafkan penderma untuk kegunaan pusat komuniti itu.Menurut Ahmad Razif, apa yang menariknya konsep ziarah oleh pemimpin tempatan dalam komuniti itu akan dipantau oleh Geographical Information System (GIS) sebagai remedi yang baharu kepada gejala sosial."Pusat komuniti ini turut berfungsi sebagai tempat latihan kepada pemimpin komuniti, wakil belia dan masyarakat setempat," katanya.
06 May 18
95
Suntikan RM28.9 Juta Untuk Usahawan Bumiputera Terengganu
Nawi (tengah) bergambar kenangan bersama usahawan Terengganu pada majlis berkenaan.Kerajaan memperuntukkan RM28.9 juta kepada usahawan Bumiputera negeri ini menerusi Program Peningkatan PKS Bumiputera sejak 2006.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar,Usahawan, Koperasi dan Kepengunaan Negeri, Nawi Mohamad berkata, program itu bagi membantu mempercepatkan pembangunan usahawan Bumiputera negeri ini."Program BEEP ini sememangnya direka khas untuk memberi bantuan kepada usahawan Bumiputera dari segi perolehan mesin dan peralatan, perolehan persijilan dan pengurusan sistem kualiti, penjenamaan, pengiklanan dan promosi, pembungkusan dan pelabelan serta inovasi," katanya pada majlis penyampaian geran perniagaan kepada tujuh usahawan Terengganu di MGV Industries Sdn Bhd, Kawasan Perindusrian Gong Medang, Besut, hari ini.Turut hadir Ketua Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Dr Hafsah Hashim.Nawi yang juga calon BN Hulu Besut berkata, sebanyak 246 syarikat milik Bumiputera mendapat manfaat daripada program yang diperkenalkan sejak 2006.Beliau berkata, Terengganu merupakan negeri yang menerima suntikan dana tertinggi selepas Melaka berjumlah RM23.85 juta, Pulau Pinang sebanyak RM18.08 juta dan Johor RM15.38 juta.Katanya, program Peningkatan PKS Bumiputera (BEEP) yang dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Terengganu berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya.Menurut Nawi, tumpuan utama pembiayaan kita pada tahun ini adalah syarikat-syarikat yang mempunyai nilai impak tinggi terutama dalam sektor pembuatan, sektor perkhidmatan profesional, minyak dan gas serta teknologi tinggi.Tambahnya lagi, walaupun pelbagai syarikat Bumiputera yang berjaya dilahirkan melalui program BEEP ini seperti syarikat MGV Industries Sdn Bhd dan Mutiara Ricemills Sdn Bhd di Besut, kerajaan tidak berhenti begitu sahaja malah sentiasa mencari keperluan bagi membantu usahawan PKS.Malah katanya, pada masa yang sama kerajaan sedang merancang pelbagai usaha yang boleh diambil untuk mempertingkatkan bidang keusahawanan bumiputera di negeri ini.
06 May 18
37
Kerajaan Cakna Nasib Nelayan Kemasek
Oleh : Ezzuan Ahmad Seramai 300 nelayan di Pantai Kuala Kemasek, Kemaman kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan meluluskan peruntukan RM7.2 juta bagi membina benteng pemecah ombak untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu golongan itu sejak 10 tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman berkata, usaha membina benteng bagi menyelesaikan masalah hakisan pantai sepanjang 400 meter akan bermula Jun ini."Masalah nelayan di sini ialah terpaksa berhadapan dengan ombak yang besar setiap kali tiba musim tengkujuh."Keadaan tersebut menyebabkan banyak berlaku kerosakan bot dan peralatan menangkap ikan," katanya.Beliau yang juga ditemui pemberita selepas Majlis Kesyukuran Pembinaan Projek tersebut, di Pantai Kemasek, petang semalam.Menurut Rosli, kerja pembinaan tersebut akan memakan masa selama setahun termasuk pembinaan struktur lampu penunjuk arah untuk rujuan navigasi dan jeti untuk nelayan mendaratkan hasil tangkapan mereka."Pada masa sekarang, projek ini dalam peringkat akhir untuk mendapatkan kelulusan dari pegawai negeri sebelum diserahkan kepada kontraktor yang dilantik," katanya.Sementara itu, nelayan yang ditemui mengucapkan rasa syukur mereka kerana mereka kini tidak perlu berhadapan dengan masalah ombak besar untuk melabuhkan bot mereka di tepi pantai.Abdul GhaniAbdul Ghani Ismail, 68, berkata, pembinaan benteng tersebut adalah sesuatu yang ditunggu oleh nelayan kerana saban tahun mengalami masalah yang sama sepanjang tahun. "Alhamdulillah, sekarang tidak perlu takut lagi hendak nak keluar laut. Dulu kalau air surut memang tak boleh keluar dan bila ombak besar memang kami tak boleh buat apa-apa," katanya.JusohManakala Jusoh Mamat ,71, berkata jika dahulu ada bot rakannya rosak berlaggar antara satu sama lain setiap kali ombak besar melanda kawasan tersebut."Jadi bila dah ada benteng ni, kami boleh letakkan bot kami tanpa ada masalah dan terima kasih kepada kerajaan yang perihatin dengan nasib kami," katanya.
06 May 18
69
Bina 200 Rumah Untuk Peserta Projek Akuapolitan Kuala Nerus
Ahmad Razif (tiga kiri) melihat replika rumah contoh di Majlis Pelancaran Projek Perumahan Akuapolitan Kuala Nerus di Kampung Seberang Pak Abu, Seberang Takir, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri hari ini melancarkan projek pembinaan 200 unit rumah fasa pertama untuk nelayan yang terlibat dalam program Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) di Kampung Seberang Pak Abu, Seberang Takir. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek yang dijalankan dalam beberapa fasa itu secara keseluruhannya kelak bakal menyediakan penempatan bagi 452 keluarga yang dilibatkan di bawah program ke arah mentransformasikan kehidupan keluarga nelayan.Menurut beliau, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM32 juta untuk pembinaan rumah mampu milik jenis ‘townhouse’ itu yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020.“Bagi fasa pertama, kita lancarkan projek perumahan dimana 200 unit rumah akan disediakan kepada 452 peserta yang terdiri daripada nelayan-nelayan di Kuala Nerus terutama nelayan miskin yang tiada rumah. “Kita hendak bantu mereka supaya dapat mempertingkatkan ekonomi keluarga dan juga dapat mengubah kehidupan ke arah lebih baik.“Selain itu, projek perumahan ini juga akan mewujudkan satu taman baru di kawasan ini yang begitu strategik sebab dekat dengan ‘drawbridge’,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Perumahan Akuapolitan Kuala Nerus di Kampung Seberang Pak Abu, Seberang Takir, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato ' Mohd Zubir Embong, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A.Rahman Yahya serta Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) , Dato’ Seri Jebasingam Issace John.Katanya, projek tersebut sebenarnya telah dimulai oleh allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri lebih daripada 50 tahun dahulu menerusi pembinaan rumah murah di Telaga Daing yang digelar rumah murah sarang merpati.“Di situ asasnya, tetapi projek itu tidak berjaya kerana kediaman yang dibina jauh dengan tempat mereka (nelayan) bekerja.“Tetapi yang kita buat disini adalah berkonsep kepada Felda yang diselaraskan oleh satu entiti besar iaitu ECERDC dan kita mengunapakai konsep macam Felda,” ujarnya.Ahmad Razif berkata, projek berkenaan akan disusuli dengan fasa kedua yang akan melibatkan pembinaan infrastruktur termasuk kemudahan jalan, jambatan, jeti, tempat pemprosesan hasil laut dan juga bazar berkonsepkan ‘fish market’ serta butik hotel untuk merancakkan sektor pelancongan di kawasan itu.“Ini sebagai pilot projek, jika ianya berjaya akan diambil oleh ECERDC untuk jadi model bagi dilaksanakan di seluruh negara,” ujarnya.
06 May 18
801
PRU14 : 7,129 PGA, Askar Undi Awal Di Kuala Nerus
Oleh : Muhammad Nur AdhaSeramai 7,129 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Kubang Badak dan Angkatan Tentera Malaysia Kem Seri Pantai, 18 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) (Para) di Terengganu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), semalam.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sempat meninjau ke pusat pengundian awal di kedua-kedua kem berkenaan. hadir sama Calon Barisan nasional (BN) P035 Parlimen Kuala Nerus, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.Ketika ditemui media Ahmad Razif berkata, beliau yakin dan percaya anggota polis dan tentera serta pasangan akan memilih calon BN, DUN Seberang Takir dan Parlimen Kuala Nerus."Kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini, amat mengambi berat kepada keluarga tentera dan polis yang tinggal di kedua dua kem dalam DUN Seberang Takir, Parlimen Kuala Nerus.Segala keperluan dan kemudahan pun telah kerajaan sediakan, malah pelbagai bantuan juga diberikan sebelum ini.Saya juga mengucap terima kasih kepada para petugas pengundian awal, menjadikan ia berjalan lancar" katanya.
05 May 18
1208
Himpunan Tok Dekor Jadi Aktiviti Tahunan
Ahmad Razif bergambar kenangan bersama ahli Tok Dekor. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailProgram Himpunan Tok Dekor Terengganu akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan sekiranya Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus diberikan mandat untuk mentadbir negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelbagai peringkat umur, segenap negeri dan juga penglibatan peserta dari pelbagai negara akan dihimpunkan pada program akan datang."Langkah itu dilihat akan mampu memberi peluang semua penggiat seni mempertahankan diri ini dapat mempelajari dan bertukar idea mengenai pelbagai teknik dan gaya persilatan."Oleh itu, sewajarnya setiap ahli mempertahankan kerajaan sedia ada bukan saja untuk kepentingan seni silat malah pelbagai aspek terutama berkaitan kebajikan ahli "katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Himpunan Pendekar Terengganu, di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, petang semalam.Program itu mempertandingan silat solo tari, tempur, masai, silat pulut dan silat bersenjata dengan penglibatan hampir 3,000 peserta.Program masa, kerajaan negeri turut mengagihkan sumbangan RM200,000 kepada Tabung Kebajikan Persatuan Silat Negeri Terengganu.Ahmad Razif turut memberitahu pelbagai perancangan akan dilaksanakan untuk pembangunan silat di Terengganu agar seninya tidak ditelan zaman kemodenan."Untuk kelangsungannya, saya berharap orang ramai terutama ahli seni silat mengekalkan kerajaan sedia ada,"katanya.
05 May 18
242
RM3 Juta Bina Padang Sintetik Kemaman
Penduduk di Kemaman khususnya golongan muda dapat memanfaatkan padang sintetik baharu yang pertama di Terengganu bernilai RM3 juta hasil cetusan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, semasa beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan dahulu, Najib memberi idea untuk membina satu padang sintetik di Kampung Mak Chili, Kemaman dan inisiatif itu amat ditunggu-tunggu serta kini menjadi kenyataan.“Kemudahan padang sintetik ini menelan kos pembinaan hampir RM3 juta dan kos penyelenggaraan amat rendah serta ia kekal selama tujuh hingga lapan tahun dan tiada sebarang masalah jika dibandingkan dengan kos padang biasa.“Kita bayangkan cuaca sangat mencabar dan hari ini Kemaman dapat laksanakan padang sintetik siap pada waktu sepatutnya dan pemain peringkat negeri mahupun kebangsaan juga boleh menggunakan padang ini.“Selain itu, akan ada penambahan bilik persalinan, pusat bina badan dan lampu dari semasa ke semasa,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Fit Kemaman di Mini Stadium Kampung Mak Chili, Kemaman, hari ini.Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kemaman merangkap calon BN DUN Kijal, Dato’ Seri Ahmad Said, calon BN DUN Cukai, Dato’ Mohamed Awang Tera dan calon DUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar.Menurut Ahmad Shabery, orang ramai boleh menikmati padang sintetik itu yang secara tidak langsung mencetus era pembangunan bola sepak di Bandar Kemaman.“Pengalaman Kemaman mempunyai padang hoki yang merupakan antara penyumbang besar melahirkan pemain hoki Malaysia.“Saya berharap bermula dari padang sintetik ini Kemaman dapat melahirkan pemain bola sepak untuk negeri atau negara pada masa akan datang,” katanya.
05 May 18
1100
PRU14: Empat Pusat Undi Awal Anggota Beruniform Di Marang
Anggota ATM beratur untuk memasuki bilik mengundi.Seramai 274 pengundi yang berdaftar sebagai pengundi awal melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat kawasan masing-masing bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Kem Rejimen 512 Askar Wataniah, Padang Midin, pagi ini.Pengundi yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan serta veteran ATM memenuhi pusat pengundian sejak jam 8 pagi lagi.Dalam pada itu, 11 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut melaksanakan pembuangan undi di Balai Polis Bukit Payung yang menjadi pusat pengundian yang merekodkan pengundi awal paling sedikit daripada empat pusat pengundian di Parlimen Marang hari ini.Dua pusat pengundian lain yang dibuka ialah Ibu Pejabat Polis Daerah Marang dan Kem Polis Simpanan Persekutuan, Wakaf Tapai.
04 May 18
83
PRU14: Kerajaan BN Hargai Tradisi Kaum Cina
Ahmad Razif melakukan gimik perasmian sambil diperhatikan oleh Wan Nawawi, Seng Cheng dan tetamu kenamaan lain. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menghargai kebudayaan, kesenian dan tradisi masyarakat Cina sebagaimana bangsa Melayu dan bangsa lain di negeri ini.Sehubungan itu, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan peruntukan berjumlah RM500,000 bagi sebarang aktiviti kebudayaan dan kesenian masyarakat Hainan di Esplanade Kampung Cina, Kuala Terengganu, malam tadi.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Perarakan Mazu 2018 yang berlangsung sehingga jam 11 malam.Menurut Ahmad Razif, festival yang diadakan kali kedua ini akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri sebagai acara tahunan."Kita mahu mempromosikan festival ini ke peringkat antarabangsa dalam usaha memperkenal perpaduan dan keunikan negeri ini."Kebudayaan masyarakat cina di Terengganu memiliki sejarah panjang di mana Laksamana Cheng Hoon pernah berlabuh di negeri ini untuk mendapatkan bekalan makanan dan air tawar dalam ekspedisi ke Melaka suatu masa dahulu," katanya.Beliau mahu sejarah itu diangkat untuk generasi muda bagi mengukuhkan jambatan perpaduan antara kaum.Dalam majlis tersebut, Ahmad Razif turut menyeru masyarakat menyokong calon BN Toh Seng Cheng (DUN Bandar) dan Dato' Wan Nawawi Wan Ismail (Parlimen Kuala Terengganu) untuk memastikan projek kesejahteraan dan pembangunan berjalan lancar.
04 May 18
83
PRU14: Kak Ton Santuni Peniaga, Tinjau Keperluan Pasar Bukit Payong
Zaitun beramah mesra dengan peniaga ayam di Pasar Bukit Payong. Foto oleh Irsyadi Abu BakarCalon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin mengunjungi peniaga di Pasar Bukit Payung, sambil meninjau permasalahan mereka yang boleh diatasi segera, pagi ini.Beliau yang hadir dengan jentera Jalinan Rakyat (Wanita) beramah mesra kita-kira sejam dengan peniaga-peniaga dan pengunjung di pasar tersebut.Zaitun yang tidak lekang dengan senyuman serta sikapnya yang ramah sejak dulu, memaklumkan kunjungannya bukan sekadar kempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tetapi juga sebagai satu pendekatan untuk melihat keperluan masyarakat."Saya sudah biasa di sini sebelum ini dan mereka semua mengenali saya. Hari ini, ada beberapa aduan berkenaan kos sewa tapak dan pembaikan pasar yang tidak diselesaikan sekian lama, insyaAllah saya akan menilai semula aduan tersebut dan menyelesaikannya," katanya.Zaitun turut menyeru masyarakat di Bukit Payung supaya memberikan sokongan kepada beliau melalui undi kepada Barisan Nasional (BN) 9 Mei nanti."Berilah kepercayaan kepada saya untuk membawa dan menyelesaikan permasalahan masyarakat di sini yang tertangguh penggal lalu. Kemenangan BN di sini bermakna suara rakyat Bukit Payung di Dewan Rakyat," ujarnya penuh harapan.Turut hadir bersama dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato' Muda Mamat.Sebahagian pengunjung tidak melepaskan peluang merakam kenangan bersama Zaitun.
04 May 18
299