Artikel "Utama" Terkini
PRU14 : Rosol Paling Layak, Diterima Ramai Pengundi
Rosol mendekati seorang penduduk Kuala Berang yang kurang upaya dalam lawatan ke kawasan itu, kelmarin. Foto oleh Hasmizi HamidCalon Barisan Nasional (BN) Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Rosol Wahid dilihat sebagai pemimpin paling layak dan sesuai memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Pandangan ini disuarakan oleh sebahagian besar masyarakat yang ditemui malah turut meminta pengundi menolak pembangkang, sama ada Pas dan juga Parti Keadilan Rakyat yang dikatakan tidak mampu meneruskan legasi kepimpinan BN sebelum ini.NawawiSeorang penduduk, Nawawi Ismail, 45, dari Kampung Buluh, berkata, siapa pun calon pada PRU14 ini, sokongan penuh wajar diberikan oleh pengundi asalkan mewakili parti BN serta mampu meneruskan kesinambungan pembangunan dan kemajuan. "Kita pernah ada pengalaman sebelum ini iaitu pada tahun 1999 apabila pembangkang diberi peluang untuk mentadbir tetapi mereka telah mengabai dan mensia-siakan kebajikan serta gagal membawa pembangunan untuk faedah rakyat,"katanya kepada Teganukita ketika ditemui di Majlis Sepetang Bersama Veteran ATM Cawangan Hulu Terengganu di Plaza Rahmat OKB,Kuala Berang, hari ini.HalimahBagi Halimah Abdullah, 52, dari Kuala Berang, peluang BN untuk menang parlimen Hulu Terengganu cerah jika semua peringkat pengundi dan penduduk memberikan kerjasama secara kolektif serta menunaikan tanggungjawab dengan keluar mengundi."Semua pengundi harus bijak memilih...apa yang pembangkang boleh bagi setakat ini, hanya BN yang bantu rakyat sejak dahulu..hanya BN yang faham apa yang kami nak," katanya lagiSementara itu, calon berkenaan, Rosol berkata, beliau melihat satu sambutan yang cukup memberangsangkan terhadapnya sebagai calon parlimen daripada masyarakat terutama pengundi."Saya melihat sokongan ini tidak pernah putus setiap kali turun padang ke kampung-kampung apabila pengundi datang berjumpa dan menyatakan akan memberi undi kepada saya yang mewakili BN pada 9 Mei ini."Saya cukup berharap kepada semua pengundi P038, buatlah pilihan terbaik dan jangan lupa bahawa hanya parti keramat BN ini sebagai parti yang dapat meneruskan kesinambungan pemerintahan yang sedia ada dan kekal menjaga kebajikan rakyat," ujarnya.
07 May 18
38
Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu Terulung Pantai Timur Bakal Beroperasi
Ahmad Razif meninjau alatan Lokomat Pro & Huber V6 Model yang tersedia di Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu di Hotel Permai. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPusat rehabilitasi yang efisien dan terulung di Pantai Timur dikenali sebagai Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu (TSRC) bertempat di Hotel Permai, Batu Burok, Kuala Terengganu bakal beroperasi dua minggu lagi.Inisiatif yang berkonsepkan pelancongan kesihatan menelan kos RM10 juta ini siap 28 Februari, baru-baru ini selepas melalui dua fasa kerja pengubahsuaian bermula pada awal Februari lalu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, TSRC akan menjadi hab pusat pemulihan untuk atlet negeri serta rakyat dengan mengenakan kadar kos yang minimum."Idea mewujudkan pusat rehabilitasi ini tercetus hasil lawatan rasmi saya ke Pusat Pemulihan Keselamatan Sosial Malaysia (Perkeso) di Melaka pada 23 November 2017 lalu. Sebelum ini saya juga sudah melawat pusat rehabilitasi di Munich dan Amsterdam."Kita juga sudah membina Pusat Rehabilitasi 1Malaysia DUN Seberang Takir di Kampung Telaga Daing," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan `walkabout Terengganu Sports Rehabilitation Centre' di TSRC, Hotel Permai, Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.Ahmad Razif berkata, pusat rawatan itu mampu memenuhi keperluan dan permintaan rakyat Terengganu yang sangat tinggi bagi mendapatkan rawatan fisioterapi, sekali gus menampung kekangan perkhidmatan yang sama disediakan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan hospital setiap daerah yang dilihat kurang efektif kerana lazimnya menyediakan rawatan dua minggu hingga sebulan sekali. "Ini juga satu prinsip makasid syariah bagi membantu rakyat kita yang ditimpa penyakit sama ada strok atau pemulihan selepas menjalani pembedahan dan juga kemudahan untuk atlet kita daripada Terengganu."Sebagaimana diketahui kita (Terengganu) merupakan pengeluar atlet Malaysia serta memerlukan satu pusat rawatan pemulihan (fisioterapi) yang terbaik,"katanya lagi.Menurut Ahmad Razif, pusat rehabilitasi yang dibangunkan kerajaan negeri menerusi Terengganu Incorporated ini mampu menjimatkan kos berbanding menghantar pesakit ke Majlis Sukan Negara (MSN) Malaysia di Bukit Jalil atau ke luar negara bagi menjalani rawatan pemulihan itu.Tambahnya lagi, bagi menjadikan TSRC ini lebih efisien, korporat sinergi diwujudkan antara Kuala Terengganu Specialist (KTS) Hospital, Kumpulan Medic Iman (KMC) berserta Pengarah Medical Division, MSN serta Pakar Rehabilitasi HSNZ bersama Pusat Rehabilitasi Perkeso Melaka.
07 May 18
1113
Penantian 20 Tahun Geran Tanah Berakhir
Bazlan ketika berucap pada Majlis Penyerahan Borang 5 A. Foto Harish Fadzillah Abu KasimPenantian hampir 20 tahun 194 penduduk Kampung Baru Pulau Redang, Setiu bagi mendapatkan geran tanah sebagai hak milik kini menjadi kenyataan.Calon Barisan Nasional (BN) Ahli Parlimen Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafee dan penyandang kerusi DUN Batu Rakit turut ke kampung itu untuk menyerahkan Borang 5A kepada penerima yang layak.Bazlan berkata, usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama 14 tahun, bermula 2004 untuk mandapatkan geran tertunai pada hari ini."Apa yang dilakukan sebelum ini terbantut buat seketika iaitu sewaktu pemerintahan Pas pada 1999 hingga 2004."Pada ketika itu, hanya 27 penduduk yang menyokong Pas terpilih untuk memiliki geran dan selebihnya seakan teraniaya, " katanya.Beliau berkata demikian pada Majis Penyerahan Borang 5A di Dewan Komuniti di Kampung (Kg) Baru Pulau Redang, Setiu, hari ini.Hadir sama, Calon Ahli Parlimen Barisan Nasional Setiu, Dato'Mohd Jidin ShaPenerima geran yang sebelum ini pernah tinggal di rumah rakit' (perkampungan air)diminta berpindah ke awasan Kg Baru Pulau Redang pada 1999 sangat menghargai apa yang dilaksanakan Kerajaan BN.Penerima Aliza Yusof, 46, berkata tiada perkataan yang mampu diluahkan melainkan syukur ke hadrat Ilahi dan jutaan terima kasih kepada kerajaan BN dan Bazlan atas sikap cakna beliau."Hampir 20 tahun menanti, hari ini baru jadi kenyataan, walaupun hanya Borang 5A, sudah puas hati bagi saya kerana kesudahan akan peroleh geran sebagai hak milik,"katanya
07 May 18
58
PRU14: Bazlan Serasi Dengan Penduduk Pulau Redang
Bazlan meninjau persekitaran Kampung Pulau Redang. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim.Jiwa calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman sudah sebati dengan penduduk Kampung Baru Pulau Redang.Setiap bantuan, pembangunan, kemudahan asas diagihkan sama rata antara penduduk di tanah besar dan di perkampungan pulau itu.Sepanjang tempoh lima tahun menjadi wakil rakyat Batu Rakit, Bazlan yang turut dikenali sebagai Pok Lan berjaya membawa perubahan besar di perkampungan itu.Antaranya pembinaan klinik kesihatan, perumahan rakyat dan kilang air batu.Oleh itu, tidak pelik, setiap kali adanya Pilihan Raya Umum (PRU), peti undi Pulau Redang sentiasa memihak kepada BN.Bazlan berkata, dia cukup mengenali dan sangat rapat dengan penduduk Kampung Pulau Redang."Ini kerana saya pernah menjadi guru Sekolah Kebangsaan Pulau Redang selama beberapa tahun iaitu sebelum menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada penggal lalu, " katanyaBeliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Borang 5A di Dewan Komuniti, Pulau Redang, hari ini.Bazlan memberitahu, perkara pertama yang akan dilakukan sekiranya Barisan Nasional diberi mandat mentadbir Terengganu, akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi membuat pelan lima tahun pembangunan di Batu Rakit."Perkara ini penting supaya segala projek yang diagihkan kepada DUN dapat dilaksanakan secara tersusun."Manakala akan mengatasi masalah banjir dan berusaha mempercepatkan jambatan yang menghubung Kampung Baru Pulau Redang dan Pasir Panjang Pulau Redang, " katanya.Seorang penduduk, Siti Safiah Abd Kadir, 30, berkata dia berharap Bazlan kekal menjadi pemimpin Batu Rakit."Beliau yang saya dikenali cukup mesra dengan orang kampung selain mudah menghulurkan bantuan," katanya.
07 May 18
398
PRU14 : Pok Ku Tidak Lokek Hulur Bantuan Untuk Penduduk Paka
Oleh : Ezzuan AhmadNama `Pok Ku' cukup sinonim dan dikenali oleh penduduk di kawasan Paka kerana kelibatnya sering kelihatan di mana -mana majlis dan sentiasa muncul apabila penduduk memerlukan bantuannya.Beliau yang sebelum ini merupakan Pegawai Penyelaras DUN Paka tidak lokek untuk menghulurkan bantuan pada bila-bila masa sahaja diperlukan.Menurut Pok Ku atau nama sebenarnya Tengku Hamzah Tengku Deraman, walapun sebelum ini beliau tiada jawatan sebagai wakil rakyat tetapi kegiatan masuk kampung bagi menyelesaikan masalah penduduk adalah satu keutamaan baginya sebagai pemimpin yang dilantik kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat."Tidak perlu gelaran yang berhormat dalam memberikan bantuan dan perkhidmatan serta bantuan kepada penduduk tetapi amanah yang diberikan sebagai pegawai penyelaras perlu dilaksanakan" katanya.Menurutnya, antara program rutin yang sering dilakukan olehnya selepas Pas memenangi kerusi bagi kawasan tersebut ialah menggerakkan program yang diberi nama ` Jom Bantu Rakyat'.Katanya, semua kegiatan dan gerak kerja berkenaan sudah dilakukan sejak empat tahun lalu secara berperingkat-peringkat dengan memasuki satu kampung ke kampung yang lain serta menemui majoriti penduduk bagi melihat keperluan dan mengatasi masalah mereka."Kita (BN) mendekati rakyat yang memerlukan bantuan seperti pesakit kronik dan penduduk miskin. Segala info dan data berkenaan masalah penduduk kita perolehi melalui J3K (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)yang ada di setiap kawasan malahan masalah seperti ketiadaan bekalan elektrik turut kita bantu," katanya.Beliau menambah, pelbagai bantuan dan program demi kemajuan dan kelangsungan penduduk dapat diteruskan dengan lebih baik dan lancar sekiranya BN diberi mandat untuk memenangi DUN Paka pada pilihan raya Rabu ini ."Pembangkang tidak membawa sebarang kemajuan di kawasan Paka ini dan selama empat tahun, Kerajaan BN yang banyak memberikan bantuan dalam mengatasi masalah yang dihadapi rakyat" katanya lagi.
07 May 18
35
PRU14 : Elaun Sara Hidup Nelayan, Pesawah Dinaikkan Jika BN Kekal
Oleh : Ezzuan Ahmad Nasib lebih 54,000 nelayan dan 300,000 pesawah di seluruh negara akan terus diperjuangkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan mandat menerajui kerajaan pada pilihan raya kali ini.Menterinya, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kebajikan golongan tersebut perlu diberi perhatian kerana tergolong antara penyumbang kepada industri makanan negara."Saya membayangkan elaun sara hidup untuk nelayan dan pesawah akan dinaikkan selepas ini sebagai menghargai sokongan golongan itu terhadap BN " katanya."Bila diutarakan tentang nasib pesawah dan nelayan kepada perdana menteri saya lihat perasaan kasihan beliau yang sangat mendalam terhadap golongan ini " katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta penyampaian bantuan 'touch point' kepada nelayan Dungun, di Pasar Besar Dungun, hari ini. Turut hadir, calon BN Parlimen Dungun, Datuk Din Adam; calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, Datuk Zainun Abu Bakar dan calon BN DUN Rantau Abang, Wan Zaulkifli Wan Gati.Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata beliau terpaksa memberitahu golongan nelayan bahawa ada risiko yang besar sekiranya mereka memilih pakatan pembangkang yang diketuai Tun Mahathir Mohammad pada pilihan raya umum kali ini."Pada zaman dia memerintah, tiada bantuan khusus diberikan kepada golongan tersebut dan sekiranya pakatan memerintah, nasib golongan ini tidak akan dibela" katanya.Katanya lagi, kebimbangan itu disuarakan beliau kerana Pakatan Harapan (PH) di dalam manifestonya mahu menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tetapi pada masa yang sama hendak memberi perkhidmatan secara percuma kepada rakyat. "Mereka (PH) hendak beri tol percuma, PTPTN percuma, jadi ada kemungkinan elaun sara hidup untuk golongan ini akan dikurangkan atau ditarik balik untuk digunakan bagi projek-projek kerajaan yang lain," katanya.
07 May 18
46
Benteng Pemecah Ombak Atasi Masalah Penduduk Paka
Oleh : Ezzuan AhmadKerajaan Pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi projek pemuliharaan Pantai Paka, Dungun yang sering diancam hakisan setiap kali tibanya musim tengkujuh dan ombak besar.Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Datuk Din Adam berkata, benteng pemecah ombak sepanjang tiga kilometer itu akan dilaksanakan pada pertengahan Mei ini dan dijangka siap sepenuhnya pada 2021.Katanya, projek pemuliharaan itu meliputi beberapa pembinaan seperti struktur pemecah ombak (Breakwater), T-groin, penambakan pasir pantai (beach nourishment), river dikes, perlindungan tebing dan pengerukan alur pelayaran. "Muara Sungai Paka seringkali mengalami masalah ketika musim tengkujuh seperti hakisan pantai dan dengan projek pemuliharaan ini ianya akan mampu menyelesaikan masalah hakisan sepanjang muara Kuala Paka, "Seramai 1,000 penduduk pesisir Pantai Paka boleh menarik nafas lega kerana sering hidup dalam ketakutan setiap kali berlakunya ombak besar apabila tiba musim tengkujuh, "katanya.Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pemberita selepas mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bagi merasmikan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Paka, semalam. Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar JPS, Kapten (B) Datuk Ir Anuar yahaya, Pengarah Bahagian Projek Khas JPS, Mohd Sor Othman, Pengarah JPS Terengganu, Ir Idrus Ahmad dan Calon BN DUN Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman. Din berkata, jika sebelum ini 200 orang nelayan mengalami kesulitan untuk ke laut dan mendaratkan hasil tangkapan akibat muara yang cetek, kerajaan juga akan melakukan kerja-kerja mendalamkan muara sungai serta membina benteng penahan ombak."Perkara yang dibimbangi nelayan ialah ketika waktu air surut dimana ia akan menyulitkan nelayan keluar masuk dan apa yang paling ditakutkan ialah kejadian kes bos nelayan rosak akibat dipukul ombak besar," katanya.Menurut beliau, apabila siapnya projek itu nanti, segala kesulitan dan kesukaran yang membelenggu nelayan dan penduduk pesisir pantai itu akan dapat diselesaikan sepenuhnya.
07 May 18
1064
Ketengah Belanja RM140 Ribu Tuisyen Rakyat 2018
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memperuntukan hampir RM140,000 bagi melaksanakan Program Tuisyen Rakyat 2018 kepada penduduk luar bandar yang berada dalam wilayahnya.Pengurusnya, Omar Ismail berkata, program ini merupakan salah satu program keutamaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan kepada golongan pelajar yang kurang berkemampuan.Katanya lagi, usaha yang dilaksanakan oleh KKLW melalui Ketengah itu adalah percuma dan menyasarkan pelajar daripada golongan berpendapatan rendah, khususnya di luar bandar."Ketengah telah melaksanakan Program Tuisyen Rakyat @ KKLW ini sejak tahun 2016 dengan melibatkan 29 pusat tuisyen di tiga parlimen iaitu penglibatan sebanyak 32 buah sekolah."Melalui program ini, kita sediakan kemudahan kelas bimbingan percuma kepada para pelajar luar bandar bagi mempertingkatkan tahap penguasaan mata pelajaran teras dan pencapaian akademik sebagai pemangkin kecemerlangan modal insan."Impaknya kita dapat lihat peningkatan peratusan Lulus Semua Mata Pelajaran (LSMP) di samping peningkatan para pelajar yang memperolehi keputusan Gred A dalam mata pelajaran teras," katanya di Majlis Pelancaran Tuisyen Rakyat @ KKLW Peringkat Parlimen Hulu Terengganu.Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Dr Ghazali Taib di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Landas, Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Di majlis yang sama, Ketengah turut mengagihkan zakat sebanyak RM23,000 melibatkan 92 orang penerima dari golongan asnaf dan fakir miskin.Menurut Omar, pembahagian zakat ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat anak syarikat Ketengah yang menjurus ke arah konsep saling membantu kepada yang memerlukannya.
06 May 18
163
PRU14 : 200 Keluar Pas Sertai UMNO
Mohamad Syakir berucap mewakili rakan lain yang mengisytiharkan diri menyertai UMNO, malam tadi.Seramai 200 ahli Pas Besut membuat kejutan menjelang hari pembuangan undi pada Rabu ini apabila mereka bertindak keluar parti dan menyertai UMNO malam tadi.Pengisytiharan itu diketuai seorang pemuda, Mohamad Syakir Mustaffa, 25, pada Program Kembali Semula Ke UMNO yang diadakan di di Dataran Pasar Akar, Hulu Besut.Mohamad Syakir, dari Kampung Gong Terap, Alur Lintah, mewakili rakan lain turut berucap bagi memperkenalkan diri sebagai anak muda yang sedia bersama Barisan Nasional (BN) dan keluar mengundi parti itu Rabu ini.Majlis bersejarah itu turut disaksikan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga calon BN Parlimen Besut, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof (calon BN Jertih) dan Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad (calon BN Hulu Besut).Muhamad Syakir berkata, sebagai anak muda dia dapat melihat perjuangan UMNO yang jelas dan lebih tersusun kerana sentiasa memberi perkhidmatan terbaik serta membela kebajikan rakyat.Mohamad SyakirKatanya, ketika berada di dalam Pas anak muda tidak diberi perhatian kerana kepemimpinan parti tidak mempunyai perancangan rapi untuk golongan belia.Nawi ketika ditemui memuji tindakan berani ahli Pas terbabit yang sanggup meninggalkan perjuangan parti itu menjelang hari terakhir kempen sebelum pembuangan undi sehari lagi.Katanya, tindakan ahli Pas yang menyertai UMNO adalah hasil gerak kerja jentera UMNO yang mendekati pengundi atas pagar dan penyokong Pas dengan cara kempen yang berhemah dari rumah ke rumah.“InsyaAllah menjelang hari pembuangan undi kita akan mendapatkan 400 penyokong Pas untuk bersama-sama UMNO serta mengundi BN,” katanya.
06 May 18
47
PRU14 : Laporan Polis Berhubung Surat Terbuka Kepada Calon Kuala Berang
Ketua Penyelaras Pemuda UMNO Kuala Berang, Ahmad Badurol Hisyam Mukhatar, 29, hari ini membuat laporan polis berhubung surat terbuka kepada calon Barisan Nasional (BN), yang dimuat naik dan tular di laman Facebook (FB) sejak Jumaat lalu.Turut sama berbuat demikian Tengku Haphiz Tengku Putera, 35 yang juga anak kepada calon BN Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.Menurut Tengku Haphiz , dua laporan dibuat berikutan surat itu seolah-olah ingin mencetuskan kebencian dalam kalangan pengguna FB terhadap calon BN berkenaan.Antara kandungan surat itu memfitnah calon mencantas beberapa nama lain yang sepatutnya menjadi calon BN."Pemilik akaun juga menyentuh tentang beberapa projek di Dewan Undangan Negeri Kuala Berang ketika kempen Pilihan Raya Umum sedang rancak dijalankan."Surat itu mula tular di kalangan pengguna di FB yang memainkan sentimen negatif yang menimbulkan kebencian dan memfitnah sehingga saya terpaksa mengambil langkah ini bagi membersihkan nama calon yang juga ayah saya."Walaupun calon sudah banyak kali membuat penjelasan berkaitan soalan yang dikemukakan tetapi pemilik akaun tetap tidak berpuas hati dan terbaru membuat surat secara terbuka pula,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, petang tadi.Tengku Haphiz berkata, sekiranya pemilik akaun masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang calon berikan, dia boleh bersemuka dan mendapatkan maklumbalas yang lebih lanjut."Dengan memuat naik soalan serta surat terbuka di FB merupakan satu cara yang kurang tepat dalam mendapatkan jawapan sehinggakan mewujudkan rasa negatif di kalangan netizen terutama pengundi yang tidak tahu susur galur setiap perkara yang dinyatakan di laman sosial tersebut,"ujarnya.
06 May 18
69