lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
PRU14 : Orang Bukit Payung Mahu Kak Ton Jadi ADUN
FazlinPilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Terengganu menyaksikan sejarah tercipta apabila Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan dua calon serikandi bagi merampas semula dua daripada 15 kerusi yang disandang pembangkang. Pengumuman nama calon wanita yang tidak asing dalam dunia politik, To' Puan Zaitun Mat Amin, 61, mengisi kerusi DUN Bukit Payung, bukanlah suatu yang mengejutkan. Turut menggalas cabaran itu, Datuk Zainun Abu Bakar yang bertanding di DUN Sura Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan `Kak Ton' disenangi dengan kemesraannya yang sering mendasari rakyat di akar umbi di samping memperlihatkan ketokohan tersendiri, apatah lagi pernah dilantik sebagai Senator dan menganggotai Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.Biarpun pada awalnya ada yang terkejut dengan percaturan BN mempertaruhkan calon wanita selepas kegagalan Nordiana Shafie, perintis calon wanita yang bertanding di DUN Batu Buruk (PRU12), namun kemampuan Zaitun ternyata tidak dipandang enteng. Malah ramai mahukan figura itu berjaya memenangi hati rakyat dan diangkat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).Seorang penduduk, Fazlin Yunus,38, dari Kampung Surau Haji Yaakob amat berharap Kak Ton mencipta sejarah tersendiri di Terengganu dan juga Malaysia sebagai `wanita besi'  yang akan merampas semula DUN itu daripada tangan pembangkang."Dua penggal kita ditadbir urus oleh Pas, saya berharap Kak Ton dapat sokongan dan menang kali ini."Saya amat mengharapkan manifesto tambahan tu dilaksanakan segera kerana ia memberi nilai tambah kepada penduduk di sini. Semoga PRU14 yang dikatakan ibu segala pilihan raya akan menjadi milik BN," katanya.Zaitun berdepan dengan dua calon lain dalam pertandingan tiga penjuru bersama penyandang, Mohd Nor Hamzah (Pas) dan calon baharu mewakili PKR, Mohd Dalizan Abdul Aziz.Sementara itu, Che Rosmalina Che Abu Bakar, 33, pengundi dari Kampung Laut yakin Zaitun akan menunjukkan keupayaan untuk mentadbir kembali bukit payung."Kita rasa teruja bila ada calon kaum ibu dalam PRU14. Harap sangat ada perubahan dalam EXCO negeri dan Kak Ton berjaya mencipta sejarah dan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri bagi memperkasakan wanita kali ini."Saya yakin jika sebelum ini, selama dua penggal berturut Pas memenangi kerusi ini, iaitu pada PRU12 dan PRU13, namun begitu kali ini ramai mahu BN pula menang, apatah lagi diwakili wanita (Kak Ton),"katanya lagi.Abdul WahabBagi  seorang lagi penduduk setempat, Abdul Wahab Ngah, 54 tidak kisah siapa yang menjadi calon sama ada wanita atau lelaki, asalkan wakil rakyat itu daripada BN."Saya cuma ingin Zaitun menang dengan harapan beliau dapat mentadbir dengan cemerlang berbanding ADUN yang lalu. Kita kena sokong kewibawaan pemimpin wanita dari Terengganu ini,"katanya.
08 May 18
173
Empty Image
PRU14: Tsunami Biru Melanda Chukai
Boom KimTsunami biru yang melanda Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) membuktikan sebagai penanda aras DUN itu akan kembali kepada Barisan Nasional (BN).Ironinya, kedudukan pembangkang di DUN itu sudah makin goyah. Sokongan kepada BN juga terbukti dizahirkan ramai pengundi termasuk di kalangan masyarakat Tionghua  Chukai yang berharap kerusi disandang oleh Pas itu berbalik semula kepada BN.Ketua Wanita MCA Bahagian Kemaman, Boom Kim Lain berkata, pengundi kaum Tionghua lebih berpihak untuk mengundi BN kerana mahu BN kekal menjadi peneraju kerajaan negeri serta Pusat.“Sebelum ini Dato' Mohamed Awang Tera (calon BN DUN Chukai) pernah jadi wakil rakyat kita selama dua penggal dan perhubungan masyarakat Cina dengan beliau selaku ADUN ketika itu sungguh baik dan akrab kerana sikap beliau yang prihatin dan cakna kepada rakyat tanpa mengira kaum.“Masyarakat Tionghua Kemaman juga memberi respon positif dan hasil tinjauan saya mendapati mereka memang mahukan Dato' Mat (menang),"katanya .Menurut Boom Kim, calon BN itu juga tiada masalah jika rakyat meminta bantuan dan sentiasa berhubung rapat dengan semua masyarakat di Chukai bagi menyelesaikan setiap isu dengan segerA.Selain itu juga, masyarakat Tionghua turut menyatakan sokongan terhadap calon BN Parlimen Kemaman (P040) yang juga merupakan Ahli Tertinggi UMNO, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek selaku penyandang Ahli Parlimen itu.Seorang lagi pengundi Chukai, Lip Voon Toong berkata, dia sangat menyukai dan menghormati dua tokoh kepimpinan DUN dan parlimen Kemaman itu sekali gus mahu kedua-duanya memenangi PRU ini. Lip Voon“Bagi saya MCA menyokong beliau kerana sepanjang bergelar menteri, Dato' Shabery amat menjaga dan prihatin kepada masyarakat Tionghua Kemaman dan juga peka dengan kesejahteraan rakyat di daerah itu termasuk menyediakan perkhidmatan bas Kemaman `shuttle'.“Bagi calon DUN pula, tiada sebarang masalah yang timbul kerana atas sikap beliau yang sangat bertanggungjawab terhadap pengundi-pengundi BN dan saya juga yakin bahawa kaum Cina semua akan memberi sokongan  tidak berbelah bahagi kepada beliau,” katanya.RosniazizaSeorang lagi pengundi dari Kampung Paya Berenjut, Rosniaziza Omar, 41, berkata,sebelum ini dia sudah mengundi sebanyak tiga kali dan tidak pernah mengharapkan parti lain menang melainkan BN."Berdebar-debar juga nak keluar mengundi untuk kali keempat esok (hari ini) sebab suasana PRU14 ini lain sikit dari sebelum ini. Kalau PRU13 dan sebelum ini di DUN Chukai cuma dua penjuru tapi kali ini tiga penjuru."Sebab itu perang bendera pun meriah dan naikkan lagi semangat untuk keluar memangkah calon dan parti pilihan saya," katanya yang akan membuang undi di Sekolah Menengah Elit Mak Lagam.Nik ImranSeorang lagi anak muda, Nik Arman Nik Ahmad berkata, dia sangat yakin dan berharap calon BN DUN Chukai dikenali sebagai pemimpin yang peramah dan bertanggungjawab itu akan memenangi kerusi itu serta menafikan kuasa pembangkang.“Saya berasa terharu dengan adanya calon seperti Dato’ Mat kerana sentiasa prihatin terhadap penduduk-penduduk Kemaman terutama di Chukai sendiri.“Zaman beliau memenangi kerusi ini sepanjang dua penggal pada PRU11 dan 12 lalu, Dato' Mat memang sangat merendah diri dan sentiasa menjaga kebajikan kita semua,"katanya lagi.
08 May 18
205
Empty Image
PRU14 : Pok Ku Selamanya Dekati Rakyat
Hari terakhir berkempen memperlihatkan semua calon parti yang bertanding menggunakan peluang untuk bertemu dengan pengundi bagi menerangkan manifesto dan pelbagai perancangan yang akan dilaksanakan sekiranya diberi mandat untuk menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Bagi calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi N28, Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman, juga tidak mensia-siakan peluang saat akhir ini untuk bertemu dengan penduduk di kawasan Felda Kerteh serta menemui golongan nelayan dan memberikan bantuan kepada pesakit yang memerlukan.Menurut Tengku Hamzah, peluang terakhir ini digunakan untuk bertemu untuk menerangkan berkenaan dasar kerajaan serta manifesto yang disusun untuk kesejahteraan rakyat."Kita (BN) telah pergi ke semua pelusuk kawasan di dalam Paka ini sejak dari awal lagi untuk menghulurkan bantuan serta memberi penerangan kenapa perlu mengekalkan kerajaan yang sedia ada ini untuk kesejahteraan mereka," katanya.Menurut Tengku Hamzah,  sepanjang tempoh berkempen, banyak permasalahan yang telah diutarakan oleh penduduk kepadanya kerana wakil rakyat dari pihak pembangkang (Pas) tidak pernah mengambil cakna berkenaan permasalahan mereka.Tambahnya, pada lawatannya juga turut menyumbangkan keperluan barangan keperluan seperti makanan dan bantuan kerusi roda kepada pesakit yang memerlukan."Kita turut memberikan penerangan kepada penduduk berkenaan kemajuan yang telah dibawa oleh pihak kerajaan (BN) dan adalah satu kerugian besar sekiranya tidak mempertahankan apa yang sudah diperolehi mereka" katanya.Kata beliau, pada siri lawatannya sepanjang tempoh berkempen, beliau juga melihat sokongan dan keyakinan rakyat terhadap BN telah meningkat kerana mereka sudah melihat sendiri kemajuan dan kesejahteraan yang telah di bawa sepanjang memegang tampuk pemerintahan negara."Penduduk mula sedar bahawa kemajuan yang dikecapi selama ini datangnya dari sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh dalam membawa agenda pembangunan demi kesejahteraan anak cucu mereka pada masa hadapan," katanya.Justeru itu dia berharap supaya pengundi dapat memilih kerajaan yang sedia ada untuk dikekalkan supaya lebih banyak bantuan dan pembangunan dapat dilaksanakan di negara ini .
08 May 18
31
Empty Image
PRU14: Setiu Boleh Menang 5-0
Mohd Jidin bermesra dengan penduduk Kampung Baru Pulau Redang. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Barisan Nasional (BN) di Setiu dijangka dapat mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan sasaran melepasi 61 peratus berdasarkan kepada sokongan rakyat yang sentiasa teguh berdiri di belakang barisan kepimpinan BN.Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan penerimaan rakyat di daerah ini dalam setiap program anjuran parti sama ada di peringkat belia, Puteri, Pemuda, Wanita dan veteran."Walaupun pembangkang sentiasa mencanangkan isu berkaitan masalah dalaman UMNO di Setiu, namun ia bukanlah satu isu besar kepada pihak kita mengekalkan kemenangan sama seperti pilihan raya lepas."Biasalah jika bunyi bising dalam rumah tangga ia ibarat asam garam untuk mengukuhkan persefahaman dan benda yang lepas biarlah menjadi iktibar kepada semua,” katanya yang juga calon  BN Ahli Parlimen Setiu.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Borang 5A kepada 194 penduduk Kampung Baru, Pulau Redang, kelmarin.Katanya, Setiu yang mempunyai empat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu Parlimen dianggap sebagai sandaran dan deposit kepada BN untuk terus menawan negeri ini.“Ini sebab, daripada keputusan pilihan raya lalu, Setiu merupakan kawasan kubu kuat BN dan pembangkang tidak boleh sewenang-wenangnya mengimpikan kemenangan di kawasan ini.“Saya percaya, semangat kerja berpasukan dalam diri semua ahli BN dapat memastikan hasrat pucuk pimpinan negeri menjadikan Setiu sebagai kawasan deposit BN direalisasikan,” katanya.
08 May 18
175
Empty Image
PRU14: Dato' Pul Pilihan Anak Muda Alur Limbat
Ahmad ShukriRamai anak muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, Marang mahu calon Barisan Nasional (BN), Dato' Saiful Bahri Baharuddin mendapat mandat untuk diangkat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, sekali gus menunaikan janji untuk membawa pembaharuan dan perubahan fizikal.Seorang anak muda, Ahmad Shukri Muda, 32, dari Kampung Kepong berkata, penglibatan Dato' Pul sejak empat tahun lalu sebagai Pegawai Pembangunan DUN banyak menyelesaikan masalah rakyat, namun terdapat kekangan jika dibandingkan dengan kawasan yang mempunyai ADUN daripada  Kerajaan BN."Saya yakin, sekiranya pengundi Alur Limbat mahu lebih pembaharuan dan pembangunan di kawasan sendiri, yang sudah lama ketinggalan ini, sepatutnya esoklah masa terbaik sebagai penentuan masa depan untuk tempoh lima tahun akan datang."Realitinya juga jika dinilai empat tahun kebelakangan ini, kita seharusnya berterima kasih kepada Kerajaan BN kerana menerusi usaha Dato' Pul juga sudah banyak menyelesaikan masalah dan memperbaiki infrastruktur seperti membuat saliran air untuk mengelakkan banjir di kawasan Kepong," katanya.Shukri turut memaklumkan anaknya yang memerlukan rawatan turut dibantu Dato' Saiful melalui Tabung Darul Iman setelah usahanya memohon bantuan ADUN pembangkang selaku wakil rakyat di DUN itu tidah diendahkan.Wan KhairuPerkara yang sama diakui oleh Wan Mohd Khairu Affendy Wan Sulong, 35, dari Kampung Kubang Panjang apabila mendambakan kemajuan DUN itu dan juga Marang seperti kawasan lain di Terengganu khususnya Bandar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Kemaman."Beliau banyak membangun infrastruktur untuk anak muda seperti balai raya Kampung Gelugor Kedai. Malah ambil peduli tentang rakyat walaupun pengadu datang dari luar kawasan Alur Limbat. Ini wakil rakyat yang kita mahukan sebenarnya," ujarnya.Manakala, seorang penduduk, Zaipas Ismail, 43, dari Kampung Banggol Katong juga berharap Dato' Saiful dapat mengembalikan DUN itu kepada BN sekali gus merealisasikan semua janji dan memastikan pembangunan seiring dengan bandar dan pekan lain yang dimenangi BN."Saya harap pengundi di sini memilih pemimpin yang betul-betul mampu membangunkan kampung dan kawasan ini,"luahnya.
08 May 18
90
Empty Image
PRU14 : Moyang Enam Cicit Mengundi Sejak 1959, Kekal Pilih BN
Meskipun usianya sudah menjangkau 83 tahun, namun tidak menghalang seorang warga emas yang uzur akibat sakit tua untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)  esok.Menurut moyang kepada enam cicit Mohd Noor Ngah, walaupun uzur dan terpaksa dipapah atau berkerusi roda, ia terpaksa diketepikan demi masa depan anak cucu cicitnya."Pertama kali mengundi pada tahun 1959..pada masa tu Kapal Layar di bawah Parti Perikatan pada usia 23 tahun dengan semangat nak jadikan Tanah Melayu (Malaysia) milik bangsa kita."Hingga kini, Pak Cik berasa tidak tenang kalau tidak mengundi, kerana ini tentang ketuanan Melayu...takut hilang kuasa dan bangsa Melayu dijajah kembali," katanya yang juga bekas guru kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kuala Berang, hari ini.Mohd Noor merupakan seorang daripada 17,848  pemilih yang layak mengundi bagi Dewan Undangan Negeri Kuala Berang pada PRU14 ini.Apa yang menariknya, Mohd Noor yang mempunyai 11 anak dan kira-kira 30 cucu itu mendakwa tidak pernah ketinggalan keluar mengundi setiap kali pilihan raya sejak dia layak mengundi bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai rakyat.Menurut Mohd Noor, selagi masih hidup dan mampu melaksanakan tanggungjawab, dia akan turun mengundi sebagai melunaskan tanggungjawab yang besar bagi memilih pemimpin negara.Tambahnya yang pernah memegang pelbagai jawatan parti sejak dalam perikatan hingga ke parti Umno, menganggap perjuangan dan sokongannya terhadap Barisan Nasional sudah sebati dalam diri dan keluarga."Kalau dulu pernah jadi penceramah masa parti kapal layar .Lepas tukar kepada Umno, pak cik pernah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Setiu pada tahun 60an dan jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Terengganu pada tahun 70an."Jawatan terakhir sebelum bersara dari politik, sempat memegang jawatan Naib Ketua Veteran Umno Bahagian Hulu Terengganu dan terpaksa berehat apabila sakit tua...tetapi syukur bila perjuangan ini diwarisi oleh dua anak perempuan yang bergiat aktif dalam Puteri Umno,"katanya lagi.Mohd Noor berkata, baginya tiada istilah kecewa atau merajuk dengan parti sejak menceburi kancah itu kerana perjuangan untuk Melayu menjadi agenda baginya untuk memastikan BN tetap berkuasa."Orang yang mudah kecewa dan merajuk bukan pejuang sebenar kerana mempunyai misi lain disebalik perjuangan politik memertahankan kedaulatan melayu...jangan kerana sikap kita... anak cucu kehilangan tanahair kerana niat nenek moyang terdahulu...menangis air mata darah pun tidak berguna lagi,"ujar Mohd Noor.
07 May 18
189
Empty Image
PRU14: BN Sedia Rampas Buluh Gading
Che Mansor Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading (dahulunya Teluk Pasu) menyaksikan kekuatan pengaruh Barisan Nasional (BN) dan Pas yang hampir seimbang dengan kadar majoriti kemenangan di bawah 1,000 undi.Kawasan itu sebenarnya sentiasa lebih memihak kepada BN, namun bekas Exco kerajaan negeri, Dato’  Abdul Rahin Mohd Said selaku penyandang selama dua penggal tewas mengejut kepada calon Pas, Ridzuan Hashim cuma dengan kelebihan 109 undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).Projek laluan susur Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) bagi kemudahan umum yang membabitkan pengambilan tanah dan rumah di Kampung Banggol Donas yang dalam proses penyelesaian, namun dijaja oleh Pas berjaya mempengaruhi sebilangan penduduk menjadi sebahagian daripada faktor penolak kepada BN dalam PRU-13.Kini, dalam PRU-14, giliran calon baharu BN, Che Mansor Salleh, 50, Pegawai Penyelaras DUN Teluk Pasu bagi meneruskan usaha parti mengambil semula kerusi berkenaan dan kembali berkhidmat sebagai penghubung rakyat dengan kerajaan.Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mansor dalam kalangan masyarakat setempat dan bertugas sekian lama sebagai guru di kawasan itu tentunya tidak perlu banyak diperke­nalkan lagi.PRU kali ini dilihat lebih mencabar dan sukar diduga, walaupun tiada isu setempat berlegar apabila kerusi DUN itu melibatkan pertandingan tiga penjuru antara BN, Pas dan PKR.Dua calon lain yang bakal dihadapinya ialah penyandang kerusi ini, Ridzuan Hashim dan calon baharu mewakili PKR, Azri Chik bekas ahli Pas setempat yang dikatakan agak berpengaruh de­ngan membawa penyokong bersamanya ke dalam parti baharu.Namun, kalangan pemerhati politik menyifatkan perpecahan yang berlaku dalam Pas itu, membuka peluang terbaik kepada Che Mansor untuk meraih kemenangan selain bersandar rekod perkhidmatannya kepada masyarakat selain kurangnya ma­salah dalam parti.Malah suasana yang lebih memihak kepada BN kali ini diperlihatkan dengan sokongan padu yang diberikan oleh Abdul Rahin yang sentiasa bersamanya dalam kempen memastikan kemenangan sekali gus membantu jentera parti berjalan lancar.Che Mansor ketika ditemui di Markas Besar BN Buluh Gading malam kelmarin memba­yangkan kemenangan malah de­ngan majoriti lebih besar kali ini.“Selain perpecahan undi antara Pas dan PKR, isu LPT2 membabitkan tanah dan rumah keluarga telah selesai manakala kekuatan jentera parti semakin bertambah dengan sokongan golongan muda dan tua.“Saya juga cukup terharu apabila mendapat sokongan daripada Abdul Rahin yang boleh dikatakan setiap malam turun padang bergerak seiring membantu saya berkempen,” ujarnya.Katanya, suasana masyarakat terutama sepanjang musim PRU agak berbeza kali ini apabila tidak lagi kelihatan sikap taksub para penyokong Pas yang sebelum ini seakan bermusuh sehingga mendekati markas mereka pun ditegah.“Insya-Allah sekiranya diberikan kemenangan dalam PRU-14, banyak lagi yang boleh diusahakan untuk manfaat rakyat terma­suk menyediakan Rumah Mampu Milik untuk penduduk di Buluh Gading selain janji-janji lain yang terdapat dalam manifesto BN negeri dan Pusat,” ujar beliau- Utusan Online
07 May 18
247
Empty Image
PRU14 : Setiap Undi Bernilai, Jangan Korbankan Masa Depan Sendiri - Jailani
Dengan hanya satu hari, satu undi, satu pangkah, mampu mengubah segalanya dalam tempoh lima tahun akan datang...maka golongan anak muda dan pengundi baru perlu mengambil tanggungjawab ini dengan hati yang ikhlas dan jujur, demikian pesanan mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari.Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu berkata, golongan itu perlu mengambil tanggungjawab itu pada esok (9 Mei) untuk memilih calon yang terbukti berintegriti, dihormati, telus, amanah dan bekerja keras kerana semua ciri itu menjadi asas kepada kerajaan yang dibentuk nanti."Sikap tidak mengambil tidak ambil atau istilah yang lebih sensasinya, sikap suka menjadi 'pemerhati kehormat' semata-mata adalah tidak baik.Ia bukan sahaja merugikan negara, lebih teruk akan merugikan diri sendiri kerana masa depan golongan ini masih panjang."Ramai belia pada hari tidak sedar bahawa tanpa penglibatan aktif mereka dalam amalan demokrasi, ia bukan sahaja akan menjadikan pentadbiran negara lesu..malah mengakibatkan sesuatu dasar yang boleh memberi impak yang buruk kepada masa depan mereka sendiri boleh terlepas dan diluluskan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Santai Anak Muda Hulu Terengganu Peringkat Dewan Undangan Kuala Berang di Dewan Komuniti Kuala Berang, malam tadi.Pada majlis tersebut, Jailani turut menyerahkan Dana Bantuan Pentadbiran Belia Cawangan sebanyak RM5,000 daripada kerajaan negeri kepada 26 buah persatuan belia di kawasan tersebut.Tambahnya lagi, masa depan dan kelangsungan kedaulatan negara, jatuh bangun anak bangsa, pandangan baik atau buruk orang luar kepada kita, semuanya bergantung kepada golongan belia yang menjadi 'tulang belakang' atau 'nadi' sesebuah masyarakat."Kesemuanya amat bergantung dan dipengaruhi oleh tahap kecergasan, kebijaksanaan dan daya saing anak-anak muda kerana belia adalah cerminan masa depan sesebuah negara."Sebagai bekas Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri yang telah mencurahkan bakti dan khidmat sepanjang lima tahun yang lalu, saya sudah cuba yang terbaik, saya hanya boleh membuka jalan...saya hanya mampu menyediakan kain rentang putih..tetapi anda semualah yang mesti mencorak dan mewarnakannya dengan aspirasi yang betul, dengan semangat yang kuat serta dengan kesungguhan yang ikhlas dengan memastikan BN akan menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini, "ujarnya.
07 May 18
56
Empty Image
PRU14: Pengundi Dinasihat Keluar Awal Esok
Ahmad Razif turut sama memotong ayam di sebuah gerai semasa menghadiri program Jualan Sentuhan Rakyat di Dataran Permata, Seberang Takir, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimPengundi di negeri ini dinasihatkan supaya keluar lebih awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat yang baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) esok.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ini kerana keadaan cuaca yang tidak menentu terutama pada waktu petang akan menyebabkan pemilih berdaftar boleh terlepas peluang untuk mengundi.“Pengundi perlu menunaikan tanggungjawab mereka lima tahun sekali dengan keluar mengundi.“Seboleh-bolehnya keluarlah mengundi diwaktu pagi dan pastikan keluar mengundi awal kerana cuaca sekarang panas dan kadang kala waktu petang pula hujan kerana kita bimbang keadaan ini akan menyukarkan para pengundi untuk keluar mengundi,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Jualan Sentuhan Rakyat di Dataran Permata, Seberang Takir, hari ini.Dalam pada itu Ahmad Razif berkata, kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) berada di landasan yang betul memandangkan telah 61 tahun mentadbir negara.“Yakin dan percayalah hanya parti BN sahaja yang mampu melaksanakan sepertimana yang telah kita buktikan selama ini termasuk untuk mencapai Transformasi Nasional 2050 (TN50),” ujarnya.
07 May 18
45
Empty Image
PRU14 : Jangan Biar Sejarah Hitam 1999 Terengganu Berulang
Tindakan tidak berperikemanusiaan kepada anak kecil di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) yang terpaksa mengusung meja dan kerusi apabila dihalau Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1999, masih menjadi igauan ngeri buat sebahagian besar rakyat negeri ini.Walaupun kezaliman itu berlalu hampir 19 tahun lalu, iaitu selepas PAS memenangi Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU-10), sikap membisu seolah-olah membalas dendam oleh pucuk pimpinan tertinggi parti itu masih menghantui fikiran pengundi untuk terus memberi mandat kepada PAS pada PRU-14, esok.Selain bertindak menghalau kanak-kanak daripada Tabika di balai raya sehingga menyebabkan pembelajaran terpaksa dilakukan di wakaf atau menumpang di ruang tamu rumah penduduk, JSR yang dilantik kerajaan PAS terus bermaharajalela apabila turut merantai mesin jahit dibekalkan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) untuk melatih golongan wanita menjahit pakaian.Sikap agresif pemimpin dan penyokong PAS terserlah apabila mereka mengepung dan mengunci pintu pagar Wisma Darul Iman, beberapa jam sebelum keputusan PRU-10 diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Dicaci pemimpin PASSeorang mangsa sikap agresif pemimpin dan penyokong PAS, Roslan Abdul Rahman, 55, berkata cacian dan pelbagai kata carutan dilemparkan ketika dia dan isteri serta anak keluar dari pekarangan Wisma Darul Iman.Katanya, dia dan ahli keluarga serta anak cuba dihalang untuk keluar dari Wisma Darul Iman, selepas kunci keretanya dirampas pemimpin PAS."Saya bernasib baik apabila seorang rakan membantu keluarkan saya daripada kepungan pemimpin dan penyokong PAS."Walaupun kejadian itu sudah berlalu lebih 19 tahun, peristiwa kelakuan biadab dan di luar ajaran Islam itu masih menghantui saya dan ahli keluarga," katanya.Biarpun peristiwa zalim itu berlaku pada 1999 hingga 2004 dan rakyat sudah menjatuhi hukuman kepada parti itu apabila pemimpin mereka hanya memenangi empat daripada 32 kerusi pada PRU-11, sikap kepemimpinan PAS yang diibaratkan sebagai biskut 'Chipsmore' kerana gagal melaksanakan tanggungjawab selepas diberi mandat amat mengecewakan pengundi.Sebagai bukti rakyat mengalah dan tidak berdendam selepas menjatuhkan hukuman kepada PAS pada PRU-12, calon parti itu sekali lagi diberi mandat apabila PAS dipilih memenangi 15 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan pada PRU-13.Bagaimanapun, 15 Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) PAS, termasuk seorang wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal melaksanakan kewajipan seperti dijanjikan selepas diberimandat 'percubaan' pada PRU lalu.Seorang suri rumah, Asmah Salleh, 50, dari Kampung Padang Tanjung, Bukit Payung, Marang, berkata sejak PAS memenangi kerusi di DUN Bukit Payong pada PRU lalu, tiada kelibat wakil rakyatnya masuk ke kampung untuk menyelesaikan masalah dihadapi penduduk."Kami hanya mengenali dan berjumpa wakil rakyat PAS yang kini dipilih semula untuk bertanding ketika dia masuk kampung menabur pelbagai janji, ketika berkempen pada PRU lalu."Saya sendiri sudah lupa wajah sebenar wakil rakyat PAS itu, tetapi hanya nampak semula wajahnya melalui poster, televisyen serta akhbar, selepas diumumkan sebagai calon untuk bertanding pada PRU yang akan diadakan esok," katanya.Asmah berkata, pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi 15 kerusi DUN dan empat Parlimen di negeri ini pada (PRU-13) diibaratkan sebagai biskut 'Chipsmore'.Pemimpin tak turun padangKatanya, gelaran pemimpin biskut 'Chipsmore' itu amat bertepatan apabila semua bekas wakil rakyat parti pembangkang itu menghilangkan diri selepas diberi mandat, tetapi muncul semula menabur pelbagai janji menjelang PRU Rabu ini."Pengundi di 15 DUN dan empat Parlimen yang dikuasai pemimpin PAS bernasib baik, kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih mengambil berat untuk membantu menyelesaikan masalah pengundi apabila melantik Pegawai Penyelaras DUN (PPD)."PPD yang dilantik Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, tidak berdendam seperti dilakukan pemimpin parti pembangkang, apabila mereka menyalurkan bantuan tanpa memilih kasih dan fahaman politik," katanya.- Berita Harian
07 May 18
48