lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
PRU14 : 464,000 Keluar Mengundi Sehingga Jam 2 Petang Ini
Sekumpulan pengundi menunjukkan jari yang dicalit sebagai tanda sudah membuang undi pagi ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Sehingga jam 2 petang ini,  jumlah peratusan pengundi seluruh Terengganu yang keluar mengundi di 401 pusat mengundi mencapai 63 peratus atau 464,078 orang.Seramai 736,632 pemilih berdaftar di negeri ini layak menunaikan tanggungjawab masing-masing sehingga jam 5 petang ini bagi menentukan kepimpinan negara dan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.Calon BN Bukit Payung, To' Puan Zaitun beramah mesra dengan perayu undi ketika keluar membuang undi pagi ini.Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Terengganu, Nik Andy Suwardy Amry berkata, setakat 2 petang ini, 63 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka di 401 pusat mengundi seluruh Terengganu. Katanya, daripada jumlah itu, hanya tujuh pusat mengundi ditutup awal iaitu pada jam 3 petang ini. Tujuh sekolah berkenaan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian, SK Pulau Redang, SK Kuala Jenderis, SK Tepus, SK Kampung Shukor, SK Jongok Batu dan SK Sg Pergam.
08 May 18
247
Empty Image
PRU14 : Proses Pengundian Di Dungun Terkawal
Din membuang undi di SK Bukit besi. Foto oleh Ezzuan AhmadSeramai 90,000 pengundi berdaftar layak mengundi di 49 pusat pembuangan undi yang melibatkan 173 saluran di Parlimen Dungun sehingga jam 5 petang ini.Tinjauan Teganukita mendapati, pusat pembuangan undi yang dibuka bermula jam 8.00 pagi mula dikunjungi pengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka untuk membuang undi dan sehingga tengahari ini, tiada sebarang provokasi dilakukan oleh penyokong part-parti yang bertanding. Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun, Dato' Din Adam keluar untuk membuang undi seawal pukul 8.00 pagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Besi, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketengah Jaya dan calon DUN Rantau Abang, Wan Zaulkifli Wan Gati pula mengundi di SK Gong Pasir.Menurut Din, dia amat berpuas hati dengan perjalanan proses pembuangan undi setelah membuat lawatan ke beberapa pusat pembuangan undi di Parlimen Dungun dan turut memuji pasukan keselamatan kerana berjaya mewujudkan suasana tenteram di setiap pusat pembuangan undi."Ketiga parti bertanding telah menunjukkan suasana politik yang matang apabila keadaan terkawal dan tenang di semua pusat mengundi. "Setiap petugas telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh komitmen dan pengundi serta penyokong parti turut mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya.
08 May 18
123
Empty Image
PRU14: Ajal Di Pusat Mengundi
Proses mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai gempar apabila seorang wanita yang sedang menunggu giliran untuk membuang undi tiba - tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia. Dalam kejadian pukul 9.05 minit pagi itu, Rokiah Sulong,54, berasal dari Kampung Pelandang, Pulau Serai disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan yang tiba selepas menerima panggilan berkenaan kejadian tersebut. Ketua Polis Derah Dungun, Supritenden Baharudin Abdullah ketika ditemui mengesahkan mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut. Menurut beliau, ketika kejadian mangsa sedang beratur untuk menunggu giliran untuk mengundi. "Mangsa yang sedang beratur dikatakan secara tiba - tiba pengsan sebelum rebah diatas lantai."Mangsa dikatakan menghidap penyakit darah tinggi dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Dungun akibat penyakitnya itu " katanya. Menurut beliau, sepasukan anggota pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Pulau Serai yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Sementara itu anaknya, Nur Zita Md Nur, 36 berkata, dia dan emaknya keluar dari rumah kira-kira jam 8.00 pagi untuk mengundi.  "Ketika keluar dari rumah emek seperti biasa dan tiada tanda-tanda sakit atau tidak sihat dan dia kelihatan gembira untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara. Kata Nur Zita, dia dan keluarga masih terkejut dengan kejadian itu tetapi menerima ketentuan Ilahi dengan reda. "Ketika itu emak sudah pengsan dan saya melihat dua hingga tiga kali dia menarik nafas panjang sebelum disahkan sudah tiada.  "Emak tidak sempat membuang undi tetapi saya tetap meneruskan tanggungjawab walaupun amat sedih dan terkejut," katannya. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pengurusan pengebumian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
08 May 18
40
Empty Image
PRU14 : Hampir 50 Peratus Keluar Mengundi Sehingga Tengahari
Proses pengundian di satu daripada 50 pusat mengundi di Parlimen Marang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Sehingga jam 12 tengahari ini, jumlah peratusan keluar mengundi di 401 pusat mengundi seluruh Terengganu mencapai 48 peratus.Untuk rekod, seramai 736,632 pemilih berdaftar di negeri ini dijangka menunaikan tanggungjawab masing-masing sehingga jam 5 petang ini  dalam menentukan kepimpinan negara dan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.  Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Terengganu, Nik Andy Suwardy Amry berkata, setakat tengahari, jumlah pengundi berdaftar yang sudah membuang undi mencapai 48 peratus di semua pusat mengundi menerusi 1,433 saluran. Katanya, daripada jumlah itu, hanya tujuh pusat mengundi akan ditutup pada pukul 3 petang iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian, SK Pulau Redang, SK Kuala Jenderis, SK Tepus, SK Kampung Shukor, SK Jongok Batu dan SK Sg Pergam, manakala lain-lain pusat mengundi akan dibuka sehingga pukul 5 petang. Katanya, mereka yang akan keluar mengundi dinasihatkan membuat semakan maklumat pengundian masing-masing seperti nama pusat mengundi dan saluran mengundi (dalam buku Daftar Pemilih) melalui aplikasi MySPR Semak atau melalui laman pengundi.spr.gov.my.. Selain itu, kaedah lain adalah melalui sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO.KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 atau telefon ke talian 03-88927018 atau semak di barung SPR di setiap Pusat Mengundi pada Hari Mengundi. "Parti-parti politik tidak dibenarkan membuka, menubuhkan atau menyenggarakan suatu pejabat atau barung dengan alasan untuk membantu pengundi-pengundi menyemak maklumat pengundian mereka. " Dokumen-dokumen pengenalan diri yang boleh digunakan pada hari mengundi adalah kad pengenalan, pasport, lesen memandu, resit kehilangan kad pengenalan JPN KPPK11 atau resit pengenalan sementara KPPK09," katanya. 
08 May 18
604
Empty Image
PRU14: Ahmad Razif Puas Hati Proses Pengundian Lancar
Ahmad Razif dan isteri menunjukkan jari telunjuk yang dicalit dakwat kekal sebagai tanda selesai mengundi. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimMenteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berpuas hati dengan proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang berjalan lancar hari ini dengan sebahagian besar pengundi keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka.Katanya, setakat ini proses pengundian berjalan lancar dengan para pengundi dilihat keluar secara berperingkat-peringkat. “Cuaca pada hari ini juga tiada masalah. Mengikut ramalan cuaca di Terengganu tidak berlaku hujan dan dijangka baik sehingga ke petang.“Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, saya amat berpuas hati kerana tidak ada sebarang isu, kekecohan serta provokasi yang berlaku,” ujarnya kepada pemberita selepas selesai melakukan pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, kira-kira 9.15 pagi tadi.Katanya, beliau yakin proses pengundian pada hari ini dapat berjalan lancar dan dapat diselesaikan dengan cara yang baik.Ahmad Razif yang juga calon DUN Seberang Takir hadir ditemani isteri beliau, To’ Puan Seri Halina Zakaria turut meluangkan masa selama satu jam bermesra dengan pengundi di pusat mengundi berkenaan.
08 May 18
42
Empty Image
PRU14 : Idris Selesai Mengundi Di SK Seberang Jertih
Idris bersalaman dengan seorang pengundiMenteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jertih, Besut, hari ini.Idris yang juga calon Parlimen Besut ditemani isterinya tiba ditempat pengundi jam 9.30 pagi dengan berpakaian baju berwarna biru.Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Besut akan ditentang tiga calon dari pembangkang, Datuk Dr Ir Wan Nazari Wan Jusoh dari PKR dan Riduan Mohamad Nor dari PAS.Pada Pilihan Raya Umum (PRU13)  Idris menewaskan calon Pas Riduan Mohamad Nor dengan majoriti 8,342 undi.Idris dan isterinya Che Kamariah selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Seberang JertihBekas Menteri Besar  itu dijangka mampu mengekalkan kerusi Parlimen Besut pada PRU14 walaupun terpaksa berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru.Ketika ditemui Idris berkata, beliau yakin BN Besut mampu mengekalkan kesemua empat DUN iaitu Kuala Besut, Kota Putera, Jertih dan Hulu Besut.Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan menggalakan terhadap setiap program yang dijalankan BN dengan mendekati pengundi selain tiada isu yang mampu diketengahkan pihak pembangkang.“Empat calon BN yang dikemukan di kawasan DUN masing-masing juga membuktikan mereka mencapai tahap cemerlang ketika menjadi ADUN sebelum ini,” katanya.
08 May 18
178
Empty Image
PRU14 : Shabery, Rosli Selesai Mengundi Di SK Kemasik
Dua calon Barisan Nasional (BN), Ahli Tertinggi UMNO, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan DUN Kemasik, Rosli Othman mengundi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Kemasik pagi ini.Kedua calon tersebut tiba kira-kira jam 8:15 pagi dan selesai membuang undi pada jam 9 pagi.Suasana di pusat mengundi itu begitu meriah namun terkawal apabila pengundi-pengundi datang awal pagi untuk menentukan wakil rakyat kawasan mereka.Kelima-lima saluran beroperasi dengan lancar dengan pengundi mematuhi proses membuang undi.Kerusi roda juga turut disediakan khas oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk pengundi-pengundi warga emas dan uzur.
08 May 18
309
Empty Image
PRU14: MB, Isteri Tunai Kewajipan Buang Undi
Ahmad Razif ketika melakukan proses calitan menggunakan dakwat kekal sebelum membuang undi. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimMenteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hadir membuang undi sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, kira-kira 8.55 pagi ini.Isteri beliau, To’ Puan Seri Halina Zakaria turut menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di pusat yang sama.Tinjauan Teganukita menunjukkan pemilih berdaftar mula beratur di pusat itu untuk menunaikan tanggungjawab mereka seawal 7.30 pagi.Semua pusat mengundi mula dibuka pukul 8 pagi dan waktu penutupan pula berbeza mengikut lokasi, namun semua ditutup sepenuhnya pada pukul 5.00 petang.
08 May 18
88
Empty Image
PRU14: Bazlan Selesai Buang Undi Jam 10.15 Pagi
Bazlan bersama isteri buang undi jam 10.15 pagiCalon Barisan Nasional, Bazlan Abd Rahman bersama isteri, Siti Zaimah Mahmud hadir membuang undi di Sekolah Kebangsaan Batu Rakit kira- kira jam 10.15 pagi ini.Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit kini merekodkan 21,881 bilangan pengundi berbanding 14,306 pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13).Batu Rakit menerima tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang baru dengan tambahan sehingga 7,575 pengundi.Bazlan, 54, memberikan khidmat cemerlang sejak memenangi kerusi DUN Batu Rakit pada PRU13.Bukan mudah untuk bertahan, namun itulah tanggungjawab yang wajib digalas bagi menegakkan kesinambungan perjuangan hampir lima tahun lalu supaya apa yang dirancang serta pembangunan yang berjalan tidak sia-sia.Anak tunggal daripada keluarga nelayan yang dilahirkan di Kampung Pengkalan Atap, Setiu itu merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiu dan juga bekas Setiausaha serta Jawatankuasa Bahagian Setiu serta mengetuai Umno di Batu Rakit.
08 May 18
148
Empty Image
PRU14 : Tiba Masanya Selamatkan Wakaf Mempelam Dari Cengkaman Pembangkang - Salleh
Salleh berucap di Program Diskusi keibubapaan Cemerlang 2018, Setiap Anak Permata Negara, di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Kuala Terengganu. Foto oleh Hasmizi HamidPegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam, Salleh Othman merayu pengundi di kawasannya untuk  menolak parti yang gagal membawa perubahan dan pembangunan, sementelah menjaga kebajikan rakyat.Calon Barisan Nasional (BN) DUN Wakaf Mempelam itu secara jujur mengajak pengundi di kawasan itu untuk menilai dengan sebaik mungkin dan keluar mengundi pada esok (9 Mei) bagi memilih parti yang terbukti sudahpun membela nasib serta masa depan generasi akan datang, tidak lain dan tidak bukan hanyalah BN."Kita tidak mahu sudah acap kali `keguguran'..sudah tujuh kali,, Sampai bila kita kena hadapi saat duka ini. Saya menyeru dan merayu semua pengundi di DUN saya, (Wakaf Mempelam) supaya kali ini kita selamat melahirkan selepas sekian lama kita menjaga kandungan kita."Macam DUN Bandar baru sekali keguguran (Pilihan Raya Umum Ke-13), jadi ubatnya tidak banyak. Boleh bangkit dan menang semula (DUN Bandar). Berbanding Wakaf Mempelam seperti orang yang sudah sakit lama, terkena strok hanya mata yang mampu bergerak, maka ubatnya payah dan kena jumpa pakar. Maka, saya sudah berbuat bermacam cara, tinggal anda semua pengundi untuk menyembuhkannya kerana bagi saya, setiap undi amat bernilai dan menjadi penentuan esok,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Program Diskusi keibubapaan Cemerlang 2018, Setiap Anak Permata Negara, di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, calon BN DUN Bandar, Toh Seng Cheng dan isteri calon BN Parlimen Kuala Terengganu, To' Puan Anis Hamid yang mewakili Dato Wan Nawawi Wan Ismail.Dalam pada itu, Salleh optimis masih berpeluang menarik pengundi untuk memihak kepada BN ketika kempen hanya berbaki sehari lagi menuju ke hari pembuangan undi.Katanya, mengikut bancian terkini, majoriti pengundi yang tidak memihak kepada BN hanya kurang 500 orang dan jentera parti akan lebih agresif bekerja untuk memastikan jumlah itu terus dikurangkan sehingga mampu menjadi sifar bagi memastikan BN memenangi kerusi DUN itu walaupun sekadar menang tipis.Bagi To' Puan Anis pula, beliau yakin kredibiliti, kesungguhan dan pelbagai rekod kejayaan yang sudah dibuktikan oleh suami beliau sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam dan menerajui  persatuan sukan di peringkat negeri serta negara akan mampu diadaptasikan untuk menjadi wakil rakyat yang sebenar seperti dimahukan oleh rakyat."Saya akan sentiasa menyokong perjuangan beliau, walaupun selepas pencen kami berasa tiba masanya untuk memberi tumpuan bagi menambah saham akhirat. Bagaimanapun selepas beberapa kali menolak (tawaran) sebagai calon, sudah tertulis ini adalah anugerah dan amanah daripada Allah SWT yang perlu suami galas."Saya bersama anak-anak dan keluarga sentiasa menyokong sepenuh jiwa kerana yakin laluan ini adalah antara jalan yang diberikan Dia untuk kami terus mencari saham àkhirat..terus berkhidmat kepada rakyat jika diberi mandat oleh semua,"katanya lagi ketika berucap ringkas mewakili Wan Nawawi.Salleh berucap di Program Diskusi keibubapaan Cemerlang 2018, Setiap Anak Permata Negara, di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Kuala Terengganu. Foto oleh Hasmizi Hamid
08 May 18
84