lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Terengganu Mahu Rampas Juara SUKMA 2018
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri (tengah berbaju hijau) bersama Wan Sukairi turun padang memberi sokongan bersama tetamu kenamaan lain bagi menyaksikan bola sepak akhir Liga Juara-Juara, Liverpool menentang Real Madrid dalam Program 'Meh Tengok Bola' di Gelanggang Budaya Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, awal pagi tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Terengganu akan memastikan kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) XIX 2018 di Perak pada September ini menjadi milik mereka.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) akan mengatur persiapan serta perancangan rapi bagi menghadapi temasya tidak lama lagi itu.Katanya, Terengganu yang sebelum ini gah dalam persada sukan tanah air sudah dua kali gagal mempertahankan kejuaraan SUKMA pada temasya terdahulu. Kali terakhir Terengganu muncul juara sukan dwitahunan itu adalah pada 2012, selepas bergelar juara bertahan sejak edisi 2008 lagi.“Terengganu dua kali tidak berjaya mengekalkan juara pada SUKMA  dan kerajaan negeri akan memastikan kita dapat merampas semula kejayaan itu.“InsyaAllah kita akan melihat keperluan dan persiapan yang sepatutnya supaya tahun ini juara menjadi milik kita. Kita juga berharap semua rakyat Terengganu mendoakan kejayaan ini,”katanya ketika berucap di Program 'Meh Tengok Bola' di Gelanggang Budaya Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, awal pagi tadi.Program anjuran kerajaan negeri sempena perlawanan akhir secara langsung Liga Juara-Juara antara Liverpool menentang Real Madrid yang berkesudahan Real Madrid menang 3-1, disiarkan menerusi layar gergasi, berjaya menarik lebih 1,000 pengunjung di kalangan anak muda  terutama peminat bola sepak.Turut hadir memeriahkan program itu, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Sebelum perlawanan bermula pada jam 2.45 pagi, orang ramai berpeluang menyertai sembang santai bersama tokoh anak muda dan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus.Selain itu, turut diadakan pertandingan PS4, jualan `carboot', cabutan bertuah dan program bersahur serta siaran langsung perlawanan Liga Super antara Terengganu dengan Melaka yang turut dipancarkan menerusi layar gergasi dan menyaksikan tuan rumah menang 1-0.
27 May 18
54
Empty Image
Kerajaan Negeri Kaji Semula Projek Terbengkalai
Ahmad Samsuri berkata sesuatu kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Raya 2018 anjuran Muaz Force Sdn Bhd di pasar raya Mydin Mall, Gong Badak, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan negeri akan mengkaji semula projek-projek mega di seluruh Terengganu yang terbengkalai termasuk Taman Ilmu di Tembila, Besut.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, komitmen kerajaan negeri kini adalah membangunkan dan menjayakan semula semua projek yang gagal.“Langkah pertama yang saya buat ialah minggu depan saya akan berkunjung ke Taman Ilmu bersama dengan pihak-pihak yang berkenaan untuk melihat kedudukan terakhir dan mencari jalan selepas itu bagaimana untuk kita membuat sesuatu supaya ianya memberi manfaat.“Sebab yang paling penting kepada kita adalah bukan sekadar untuk menyelamatkan projek-projek yang diiktirafkan sebagai gagal, atau yang menimbulkan masalah tetapi untuk menjadikan projek-projek yang sedemikian itu bermanfaat kepada rakyat terutama kepada masyarakat sekitar tanpa memberi bebanan kepada pihak kerajaan negeri,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas mengenai perkembangan Taman Ilmu selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Raya 2018 anjuran Muaz Force Sdn Bhd di Pasar Raya Mydin Mall, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Pengerusi Eksekutif Muaz Force Sdn Bhd, Dato’ Seri Zakaria Abdul Razak dan Pengarah Urusan Muaz Force Sdn Bhd, Mohd Azrul Zakaria.Menurut Ahmad Samsuri, selain Taman Ilmu, kerajaan negeri turut memberi perhatian kepada projek-projek mega lain yang terbengkalai semasa pemerintahan kerajaan terdahulu.“Kita juga akan mengadakan lawatan terhadap senarai projek belum siap, tidak dapat disiapkan atau timbul masalah. Kita akan lihat kesemuanya satu persatu dan cuba mencari jalan penyelesaian tanpa membebankan kerajaan negeri dan memberi keuntungan serta limpahan ekonomi kepada rakyat.“Kerajaan negeri mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan daripada sesiapa sahaja termasuk dari rakyat sendiri berkaitan ‘projek-projek sakit’ yang dilaksanakan oleh pentadbiran yang lepas. “Sekiranya rakyat memberi cadangan yang kita rasakan boleh dilaksanakan untuk menukar ganti daripada keadaan yang gagal ini kepada yang lebih baik kita boleh bincang dan terima pandangan kerana kerajaan ini adalah kerajaan bersama dengan rakyat,” katanya.
26 May 18
245
Empty Image
Muaz Force Sumbang Pakaian Raya Kepada Kakitangan
Ahmad Samsuri menyarungkan baju melayu kepada kepada seorang kanak-kanak sempena Majlis Sumbangan Pakaian Raya Di Mydin Mall Gong Badak, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimSyarikat perkhidmatan kawalan keselamatan, Muaz Force Sdn Bhd mengambil inisiatif membantu kakitangannya yang kurang berkemampuan dengan menghulurkan sumbangan berbentuk baucar pakaian raya sempena kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.Seramai 278 penerima seluruh negeri yang terdiri daripada pengawal keselamatan, ibu dan bapa tunggal serta anak yatim menerima sumbangan baucar bernilai RM300 untuk pembelian keperluan kelengkapan raya di pasar raya Mydin Mall.Setiausaha Eksekutif Muaz Force Sdn Bhd, Nurafifa Dayana Hasbullah berkata, objektif utama penganjuran program tersebut adalah bertujuan membantu warga kerja Muaz Force Sdn Bhd menyediakan keperluan pakaian raya untuk diri sendiri dan ahli keluarga.“Ini merupakan tangunggjawab sosial korporat syarikat kami bagi membantu para pekerja dan golongan memerlukan setiap kali Ramadan dan ini merupakan kali keempat program ini diadakan,” ujarnya kepada pemberita di Majlis Penyampaian Sumbangan Raya 2018 yang disempurnakan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Mydin Mall Gong Badak, hari ini.Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Pengerusi Eksekutif Muaz Force Sdn Bhd, Dato’ Seri Zakaria Abdul Razak dan Pengarah Urusan Muaz Force Sdn Bhd, Mohd Azrul Zakaria.Sementara itu, Ahmad Samsuri turut memuji pendekatan yang dilaksanakan oleh syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan itu dalam membantu kakitangan yang memerlukan.“Tahniah kepada Muaz Force Sdn Bhd kerana meringankan beban kakitangan untuk menyambut Aidilfitri.“Selain memberikan kegembiraan kepada mereka, program sebegini mampu mengeratkan hubungan antara pekerja dan syarikat dan diharapkan syarikat-syarikat yang lain juga mengambil langkah yang sama,” ujarnya.
26 May 18
488
Empty Image
Kelek JB Prihatin Sedia Juadah Sahur Petugas Malam
Adun Ajil, Maliaman Kassim menyampaikan sumbangan juadah untuk bersahur kepada kakitangan Hospital Hulu Terengganu sempena Program Singgah Sahur anjuran Kelek JB semalamDi saat orang lain lena dibuai mimpi, ada insan-insan yang sedang gigih melaksanakan tanggungjawab demi menjaga kesejahteraan masyarakat pada waktu malam 'petugas malam'.Bagi mengenang jasa dan pengorbanan itu sekumpulan anak muda daripada Kelab Eksplorasi Jerangau Barat (Kelek JB) yang aktif dalam aktiviti luar  menyediakan juadah untuk bersahur.Presidennya, Mohamad Hanif Mat Rasat berkata, program ini dilaksanakan bagi menyantuni warga hospital yang terdiri dari para doktor, warga perubatan, jururawat dan pegawai keselamatan yang bertugas sepanjang malam di wad."Mungkin pada masa kita tidur nyenyak dan lena dibuai mimpi, wira-wira inilah yang bertugas dan memastikan kesemuanya berjalan lancar demi menjaga kesihatan masyarakat."Kebanyakan warga staf yang bekerja syif malam pada bulan Ramadan akan bersahur secara ala kadar kerana mereka perlu menjaga pesakit sepanjang masa bertugas."Sumbangan sekecil ini sedikit sebanyak diharap dapat memberi keceriaan dan membuatkan mereka berasa dihargai serta sentiasa diingati kerana merekalah sebenarnya wira yang menjaga kita tanpa mengira masa," katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Sahur Muhibah Ramadan Anjuran Kelek JB, di Hospital Hulu Terengganu, malam tadi.Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim.Salina Zainal AbidinBagi Jururawat U29, Salina Zainal Abidin, 30, yang bekerja syif malam pada  Ramadan akan bersahur secara ala kadar kerana mereka perlu menjaga pesakit sepanjang masa bertugas."Memang seronok tengok ada yang masih mengambil berat, prihatin dan sedar tentang kami yang tidak pulang ke rumah dan bersahur bersama keluarga," katanya.
25 May 18
60
Empty Image
Terengganu Sasar Jadi Koridor Pelancongan Islam Antarabangsa
Kerajaan negeri mensasarkan untuk menjadikan Terengganu sebagai Koridor Pelancongan Islam Antarabangsa dan Hab Industri Batik Dunia sekaligus membangunkan industri pelancongan dan sokongan pelancongan di negeri ini.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu mempunyai banyak kapasiti yang boleh dibangunkan untuk menjadi hab pelancongan."Sekarang ini, negara kita yang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia termasuk dari Timur Tengah tetapi sebahagian besar tidak berkunjung ke negeri ini."Jadi tumpuan kita sekarang ini adalah kita menarik mereka untuk datang ke negeri Terengganu,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar dan Porfolio Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri bersama pengiat-pengiat industri pelancongan di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman.Katanya, Terengganu sepatutnya menjadi destinasi pilihan sekiranya pelancong ingin melihat keindahan alam semulajadi dan seni warisan budaya."Kita mempunyai banyak perkara yang boleh ditonjolkan tetapi kita tidak menonjolkan seperti sepatutnya seperti suasana hidup masyarakat Melayu Islam, keindahan pantai dan pulau-pulau dan sebagainya," ujarnya.Ahmad Samsuri berkata, hab pelancongan bukan sahaja berupaya menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke negeri ini malah menyumbang kepada pembangunan ekonomi rakyat dan negeri.Katanya, pentadbiran kerajaan dibawah pimpinan Pas mempunyai satu tanggungjawab kepada masyarakat untuk memperkenalkan industri pelancongan, perindustrian dan sebagainya berlandaskan Islam sebagai rujukan dan garis panduan dalam membuat pertimbangan.
24 May 18
149
Empty Image
TDM Rekod RM448.8 Juta Hasil Pendapatan 2017
Ahli-ahli lembaga pengarah bersama Wan Nawawi (dua dari kanan) menunjukkan buku laporan tahunan TDM Berhad .Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimKumpulan TDM Berhad kembali mencatatkan perkembangan positif dengan merekodkan hasil pendapatan sebanyak RM448.8 juta bagi kewangan berakhir 31 Disember 2017 (FY2017), peningkatan 4.7 peratus berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM428.5 juta.Pengerusi TDM Berhad, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, keuntungan sebelum cukai Kumpulan (PBT) pula melonjak 49 peratus kepada RM52.3 juta untuk (FY2017) daripada RM35.1 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.“Peningkatan dalam prestasi kewangan didorong oleh peningkatan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) dan juga juala isirong yang lebih tinggi.“Dengan perkembangan positif ini, TDM akan membayar dividen sebanyak 0.5 sen untuk setiap saham biasa dengan jumlah anggaran RM8.3 juta.Bayaran ini selari dengan polisi dividen TDM di mana jumlah dividen adalah bersamaan dengan 36 peratus dari keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI)," katanya kepada pemberita di sidang media selepas  mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan TDM Berhad kali ke-53 (AGM), di Hotel Primula Beach, hari ini.Menurut Wan Nawawi, pendapatan bahagian perladangan Kumpulan TDM meningkat sebanyak 7.9 peratus kepada RM265.3 untuk FY2017 daripada RM245.9 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.Tambahnya lagi, bahagian penjagaan kesihatan turut mencatatkan peningkatan sebanyak satu peratus kepada RM183.4 juta daripada RM182.7 juta yang dicapai pada tahun sebelumnya di mana terdapat peningkatan jumlah pesakit yang mendapat rawatan di hospital-hospital bawah naungan TDM Berhad.“Di bawah Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMDI), TDM mempunyai empat hospital pakar dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan yang mampu dinikmati pesakit (Secondary Specialist Community Hospital) iaitu Kuantan Medical Centre, Kuala Terengganu Specialist Hospital, Kelana Jaya Medical Centre dan Taman Desa Medical Centre.“KMDI turut bercadang untuk bekerjasama dengan PNB Commercial Sdn Bhd (PNBC) dalam usaha membangunkan sebuah hospital swasta yang berkapasiti berjumlah 100 buah katil di atas sebidang tanah milik PNBC bersebelahan dengan Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur dengan reka bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh KMDI dan dijangka siap sepenuhnya pada 2020,” ujarnya.Wan Nawawi berkata, beliau percaya bahawa strategi yang disediakan akan memberi kesan pertumbuhan yang mampan bagi memastikan TDM sentiasa berada di landasan yang betul bagi membantu pertumbuhan ekonomi negeri.  
23 May 18
226
Empty Image
Penjawat Awam Perlu Jaga Integriti Masa
Menteri Besar menyempurnakan majlis penyerahan tugas antara Wan Nawawi dan A Rahman. Foto Harish Fadzlillah Kassim Penjawat awam di negeri ini diingatkan supaya sentiasa menjaga integriti masa dan bukannya bersikap acuh tidak acuh sewaktu dalam tempoh lapan jam bekerja.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, berkata budaya itu tidak elok diamalkan oleh penjawat awam kerana mereka diamanahkan untuk bekerja dan tempoh itu sewajarnya dimanfaatkan dengan tugas-tugas yang diberi.Katanya, setiap tugasan adalah amanah daripada Allah SWT, oleh itu, mereka perlu menjalankan tugas sebaik mungkin kerana setiap  masa bekerja akan dibayar mengikut kadar penjawatan masing-masing.“Untuk mendapatkan keberkatannya, setiap penjawat awam perlu menjalankan tanggunjwab sebaik mungkin,  tidak bersikap seumpama biskut `chips more’ atau dengan kata lain sekejap ada, sekejap hilang.“Saya mengakui, masih ada penjawat awam di mana-mana jabatan di negeri ini masih bersikap acuh tidak acuh dalam tugasan yang diberi selain suka mencuri masa dengan melakukan kerja tidak berfaedah ,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Tugas Pengurusan Tertinggi Pentadbiran Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Majlis penyerahan tugas antara mantan Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Wan Nawawi Ismail kepada SUK  Baharu  dan beberapa pegawai tertinggi lain itu, disempurnakan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.A Rahman sebelum ini mengalas jawatan sebagai Pegawai Kewangan Negeri.A Rahman turut memberitahu, dia akan meneruskan pentadbiran cemerlang sewaktu dipimpin SUK sebelum ini, selain menambah baik peraturan sedia ada, termasuk menguatkuasa larangan keluar masuk kakitangan dari bangunan Wisma Darul Iman. “Pendekatan itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bertujuan mendisplin kakitangan terhadap masa dan tugasan,” katanya yang sudah 36 tahun  berkhidmat dalam sektor kerajaan,” katanya.
23 May 18
55
Empty Image
Kerajaan Negeri Bantu Mangsa Kebakaran, Bina Dua Rumah Baharu
Ahmad Samsuri bertanyakan sesuatu kepada mangsa kebakaran di Kampung Losong Haji Mat Shafie, Kuala Terengganu. Foto Oleh: Teengku Syamim Tengku IsmailMajlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan TDM Berhad dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri membina dua buah rumah baharu untuk keluarga mangsa kebakaran di Kampung Losong Haji Mat Shafie, Kuala Terengganu yang hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka terbakar, malam tadi.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, hampir RM100,000 diperuntukkan bagi pembinaan dua buah rumah itu yang bakal disiapkan sebelum umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri.“Agensi kerajaan negeri iaitu Maidam dan juga anak syarikat kerajaan negeri TDM Berhad bertanggungjawab mendirikan balik rumah yang musnah dalam kebakaran ini.“Kita mengharapkan supaya sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu ini rumah-rumah ini mampu disiapkan dan mangka kebakaran boleh menjalani ibadah puasa di rumah baharu selepas ini dan menyambut hari raya puasa dalam keadaan yang lebih baik,’ ujarnya selepas menziarahi mangsa rumah terbakar di Kampung Losong Haji Mat Shafie, Kuala Terengganu, hari ini.Turut sama dalam lawatan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim.Katanya, pihak Maidam akan memperuntukkan RM58,000 untuk pembinaan sebuah rumah manakala TDM Berhad dalam lingkungan RM40,000 untuk sebuah rumah lagi bagi meringankan beban keluarga tersebut.“Kita turut mengalu-alukan bantuan daripada masyarakat untuk turut menyumbang supaya kita dapat menyiapkan dan melengkapkan lagi rumah itu dengan lebih baik.“Pembinaan kedua-dua rumah ini juga akan dipantau dari semasa ke semasa supaya dapat disiapkan dalam tempoh yang kita jangkakan,” ujarnya.Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam tadi, dua rumah musnah dalam kebakaran itu, bagaimanapun kesemua lima belas mangsa termasuk warga emas 73 tahun berjaya menyelamatkan diri.
22 May 18
121
Empty Image
Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018 Dibuka Mulai Esok
Satiful Bahari mengadakan sidang media berkaitan Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018Permohonan Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018 secara dalam talian akan dibuka kepada mereka yang berkelayakan mulai esok (24 Mei) sehingga 31 Mei depan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahari Mamat, berkata mana-mana individu yang telah  membuat permohonan melalui kerajaan sebelum ini  boleh digunapakai dan tidak perlu membuat permohonan baharu.Katanya, permohonan dalam tempoh seminggu itu, hanya dibuka kepada mereka yang mahu mengemaskini maklumat dan membuat permohonan baru. Boleh melayari laman sesawang sama iaitu  http://danattb.terengganu.gov.my.“Syarat kelayakan  juga masih sama iaitu pemohon yang berpendapatan ketua isi rumah  tidak melebihi RM2,500 sebulan serta mestilah rakyat Terengganu dan perlu mendaftar sebagai pengundi.“Mereka yang berstatus bujang berusia melebihi 40 tahun dan berpendapatan bawah RM1,500 juga layak memohon,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Mesyuarat Mingguan Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Satiful berkata, bagi permohonan baharu, perbezaannya mereka tidak perlu perlu mendapatkan  perakuan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K).“Pengagihan duit dana  Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018 dijangka dibuat seminggu sebelum menjelang Aidifitri ,”katanya.
22 May 18
55
Empty Image
Kerja Untuk Rakyat, Lipatgandakan Khidmat Untuk Mereka-MB
Ahmad Samsuri ketika berucap di Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Warga Kerja WDI, di Dewan Besar WDI, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail.Penjawat awam di negeri ini dibawah pentadbiran baharu diseru meneruskan kerja untuk rakyat dan melipatgandakan khidmat untuk mereka.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, adalah menjadi tanggungjawab penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang seharusnya dilakukan secara kerjasama.“Masa yang ada di saat ini ialah masa untuk kita meneruskan kerja. Saya mengajak seluruh warga kerja Wisma Darul Iman (WDI) untuk kita memulakan kerja besar untuk rakyat dan melipatgandakan khidmat untuk mereka."Tanggungjawab melaksanakan kerja yang berat ini hanya boleh dilakukan secara bersama dan hubungan yang erat diantara Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan kakitangan kerajaan yang menjadi jentera bagi menggerakkan negeri yang kita dicintai untuk mencapai kemakmuran,” ujarnya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Warga Kerja WDI, di Dewan Besar WDI, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A.Rahman Yahya, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Mohamad Wan Ibrahim, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Zainal Abidin Hussin dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Menurut beliau, gandingan jentera kerajaan dan seluruh agensi yang ada di bawah kerajaan negeri amat penting bagi memastikan kesinambungan dan penerusan gerak kerja yang akan memberikan kebaikan kepada rakyat.“Tugas yang berat ini bukan untuk saya, exco, wakil rakyat tetapi untuk kesejahteraan dan kepentingan rakyat secara keseluruhannya.“Diatas prinsip inilah kita juga meletakkan kepercayaan kepada warga kerja WDI untuk menjalankan kerja dengan penuh tanggungjawab kepada rakyat Terengganu,” ujarnya.Katanya, misi utama kerajaan kini adalah membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat.“Maka ini memerlukan satu proses transformasi pentadbiran yang berterusan dan saya mengharapkan seluruh warga kerja WDI bersama saya memikul tanggungjawab besar ini,” ujarnya.
22 May 18
70