Artikel "Utama" Terkini
Teruskan Peranan Sebar Maklumat-Mohd Nor
Mohd Nor (duduk tengah) bergambar bersama sebahagian kakitangan UKOM di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailUnit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) diminta terus memainkan peranan membantu menyebarkan dasar kepemimpinan kerajaan baharu dari semasa ke semasa.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, UKOM yang akan dijenamakan semula diharap akan terus menyebarluaskan polisi serta dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat umum.“Sudah menjadi tanggungjawab UKOM untuk menyampaikan maklumat dan informasi yang tepat, benar serta terkini kepada masyarakat sehingga akar umbi mengenai pentadbiran kerajaan negeri masa kini.“Selain memperjelas segala isu, unit ini turut berperanan menjawab segala pemberitaan tidak benar yang mungkin menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat,” ujarnya ketika berucap di Majlis Perjumpaan Bersama Kakitangan UKOM di pejabatnya di Wisma Darul Iman, hari ini.Dalam pada itu, Mohd Nor turut mengingatkan agar sumber tenaga yang ada di UKOM digunakan sepenuhnya kerana ianya merupakan amanah dari Allah S.W.T. “Walaupun kerajaan berubah, sebagai kakitangan awam kita perlu teruskan kerja seperti biasa dengan mengenepikan ideologi dan pendirian masing-masing dan sentiasa mencari keberkatan dalam bekerja,” ujarnya.
03 Jun 18
32
Pekida Terengganu Sedia Kerjasama Dengan Pas
Ahmad Samsuri menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim. Foto Harish Fadzillah KassimPertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Terengganu sedia bekerjasama dengan mana-mana kerajaan pemerintah dan menafikan ia menjadi ‘alat’ kepada Umno.Pengerusi Pekida Terengganu, Zabidi Zahid berkata, Pekida adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan kebebasan berpolitik kepada lebih 4,000 ahlinya di seluruh negeri.“Kita NGO bebas dan kita memberikan kebebasan berpolitik kepada ahli, siapa sahaja yang terajui negeri atau negara kita akan sedia sokong dan bekerjasama sekalipun berlakuperlaihan kuasa.“Kali ini kita akan beri kerjasama pada kerajaan Pas. Sebelum ini BN. Mana-mana pemerintah. Kita akan sedia kerjasama. Ahli kita juga bebas untuk sokong parti mana dalam PRU,” katanya ketika ditemui sempena majlis berbuka puasa bersama anak yatim, ibu tunggal dan fakir anjuran Pekida di Dewan Tunku Abdul Rahman, di sini, semalam.Turut hadir, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.Dalam pada itu, Zabidi berkata, beliau menafikan sekeras-kerasnya bahawa Pekida menjadi alat kepada Umno.“Kita tak pernah jadi alat kepada mana-mana parti politik dalam negara malah kita sedia beri kerjasama pada mana-mana kerajaan pemerintah untuk melaksanakan ‘amar makruf nahi mungkar’.“Mana-mana kerajaan pemerintah yang mahu laksanakan kebajikan kepada rakyat, mengekang perkara tidak baik, kita akan sedia bantu dan sokong,” katanya.Ditanya mengenai harapan terhadap tampuk pemerintahan baharu Terengganu kali ini.Katanya, beliau berharap kerajaan hari ini dapat memandang serius peranan pertubuhan sedia ada dan dapat membantu mengukuhkan lagi peranan NGO dalam masyarakat.“Kita amat berbesar hati dengan kesudian Menteri Besar Terengganu untuk hadir ke majlis yang kita adakan ini walaupun beliau perlu bergegas ke Kota Baharu sebaik selesai majlis hari ini (semalam).“Ini jelas menunjukkan komitmen dan sokongan beliau terhadap pertubuhan di Terengganu. Jadi, selepas ini kita amat berharap dapat bekerjasama dengan setiap wakil rakyat di setiap kawasan untuk sama-sama lihat apa yang boleh kita buat untuk kebaikan rakyat,” katanya.Pada majlis itu, sebanyak 60 anak yatim, 30 ibu tunggal dan 30 fakir miskin diraikan dengan menerima sumbangan wang tunai berserta barangan keperluan asas bagi meringankan beban sempena meraikan Ramadan dan menyambut kunjungan Aidilfitri.
02 Jun 18
517
Terengganu Akan Baik Pulih Produk Pelancongan Kurang Berdaya Maju
Kerajaan negeri akan membaik pulih segera produk pelancongan yang kurang berdaya maju bagi meningkatkan pulangan kepada ekonomi negeri.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antara produk yang akan dibaikpulih termasuk Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal."Bila kami ambil alih kerajaan, produk ini sudah ada...jadi tidak wajar jika kami tinggal begitu sahaja termasuk projek-projek lain yang sedia ada."Kita kena cari jalan bagaimana untuk menjadikan projek demikian daripada yang kurang berdaya maju, kurang mendatangkan aktiviti ekonomi kepada projek sedia ada kepada yang mendatangkan hasil..pertamanya kepada masyarakat di kawasan sekitar, kepada pengusaha-pengusaha pelancong termasuk kepentingan kepada kerajaan negeri apabila pelancong datang ke Terengganu,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Masjid Al Amin Kampung Buluh, Kuala Berang, hari ini.Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya; Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Wan Mohd Wan Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau merangkap Ahli Dewan Undangan Kuala Berang, Dr Mamad Puteh.Pada majlis yang sama, Ahmad Samsuri dan isteri, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman turut menyampaikan sumbangan raya kepada 51 anak yatim dari DUN Kuala Berang.Terlebih dahulu, menteri besar meluangkan masa hampir satu jam menghadiri taklimat pembangunan Daerah Hulu Terengganu di Bilik gerakan Pejabat Daerah Hulu Terengganu.Mengulas mengenai pemberian bonus Aidillfitri untuk 10,600 penjawat awam seluruh Terengganu, beliau berkata keputusan akan diketahui selepas mesyuarat exco pada masa terdekat."Kami belum buat keputusan tentang jumlah bonus untuk penjawat awam sempena hari raya kali ini tapi ianya akan diputuskan dalam mesyuarat exco tidak lama lagi," katanya.
31 May 18
177
Khairunisa Mahu Wujud Bengkel Jahitan Muslimat Di Setiap DUN
Persatuan Pertubuhan Isteri-Isteri Wakil Rakyat (Khairunisa’) berhasrat memperbanyakkan Bengkel Jahitan Muslimat ke seluruh Dewan Undangan Negeri DUN) bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan wanita di Terengganu. Pengerusi Khairunisa, Tuan Faizah Abd Rahman berkata bengkel seumpama itu telah lama diwujudkan bagaimanapun hanya melibatkan kelompok kecil atau wujudnya hanya di kawasan pedalaman.Katanya, menyedari perkara itu pihaknya berhasrat memperluaskan aktiviti sama kepada masyarakat di setiap DUN, supaya dapat menambah pendapatan sampingan keluarga.“Ramai di kalangan mulimat hari ini, termasuk yang bergelar ibu tunggal memiliki kepandaian menjahit, cuma tiada peluang untuk pergi lebih jauh termasuk menjadi usahawan,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Tuan Faizah berkata hasil jahitan setiap peserta seperti telekung, jubah dan baju kurung akan dikumpul di Pusat Pengumpulan Produk sebelum dipasarkan ke serata negeri oleh Pegawai Pemasaran berpengalaman yang bakal dilantik.“Pegawai pemasaran berperanan mencari rakan niaga, termasuk pemborong pakaian, pengusaha butik dan juga bertindak menjalankan perniagaan lalui laman sosial,”katanya.
30 May 18
59
Madrasah Khairul Insan Jenagor Jadi Pilihan NGO Beraktiviti Sempena Ramadan
Setiap kali tibanya Ramadan, ramai pihak berlumba-lumba untuk menambah amalan masing-masing bagi memperoleh ganjaran pahala dengan mengadakan pelbagai program termasuk menyumbang kepada mereka yang memerlukannya.Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut mengambil kesempatan untuk beramal bersama insan-insan istimewa yang berada di sebuah penempatan terpencil di Madrasah Khairul Insan Jenagor, Hulu Terengganu.Antara NGO terlibat, Persatuan Belia Pulau Manis Serada bersama TAC Outdoor dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Terengganu (APM), Kelab Eksplorasi Jerangau Barat (Kelek), Terengganu Backpackers dan MAYC Kuala Terengganu serta pengamal media Terengganu.Penyelaras program, Mohd Rafi Kori berkata, program ini dilaksanakan bagi menyemarakkan aktiviti ziarah prihatin di kalangan masyarakat terutamanya golongan anak muda sebagai acara tahunan pengisian aktiviti Ramadan."Kami ingin mengajak anak muda untuk lebih menghayati Jejak Ulama dan Auliyak Terengganu di samping mempromosikan Madrasah Khairul Insan sebagai produk pelancongan islamik di Terengganu."Apabila berada di sini, kita juga boleh mendekati mereka-mereka yang pernah terjebak dengan gejala dadah dan bagaimana penghayatan rohani di madrasah menjadi elemen pemulihan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas program Ziarah Ramadan Madrasah Khairul Insan Jenagor, baru-baru ini.Tambahnya, selain menyampaikan sumbangan prihatin, pelbagai aktiviti turut dilaksanakan sebagai pengisian program bersama penghuni."Antara yang menarik, kami dapat menziarahi Makam Auliya Syarif Muhammad Al Baghdadi yang dikatakan penulis Batu Bersurat Terengganu dan sekitar kawasan madrasah."Saat paling seronok ketika iftar atau taam bersama jemaah apabila kami berkongsi makan dalam talam dan dikatakan dapat mengeratkan ukhwah serta semangat persaudaraan melaluinya."Selepas taam, menunaikan solat fardu dan tarawih bersama jemaah sebelum dihiburkan olehpersembahan Kumpulan Dendang Anak, perkongsian cerita, sejarah melalui zikir dan lagu," katanya.Madrasah ini diasaskan oleh Zulkifli Ismail yang mula menjejakkan diri di kawasan itu pada 1987 bersama Pengkaji Sejarah Terengganu terkenal masa dahulu iaitu Allahyarham Dato Setia Jasa Dato' Salleh Awang.Secara rasminya, penempatan awal mula dibuka pada 1997 melibatkan sebuah pondok yang menggunakan buluh-buluh di kawasan sekitar dan kini penghuni di perkampungan madrasah semakin bertambah sehingga kira-kira 200 orang termasuk 10 keluarga.Menurut Zulkifli, madrasah ini tidak mempunyai sumber peruntukan atau pendapatan tetap dari mana-mana sumber agensi mahupun yuran peserta dan menerima sumbangan dari pelbagai pihak yang prihatin terhadap mereka.
30 May 18
1079
Sultanah Terengganu Sampaikan Sumbangan Kepada Golongan Asnaf
Sultanan Nur Zahirah berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf. Foto Harish Fadzillah Abu KassimSultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenaan berangkat bagi mengurniakan sumbangan Aidilfitri Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) 2018 di di Dewan Az-Zahra' Istana Syarqiyyah Chendering, di sini, hari ini.Baginda turut diiringi anakanda, Nur Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin.Tradisi menyampaikan sumbangan wang tunai dan hamper kepada 350 asnaf serta penenun songket itu bertujuan meringankan beban mereka sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi.Hadir sama ke majlis berkenaan, isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Abul Rahmad, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YTNZ dan Pengerusinya, Datuk Ridzuan Radziwill.Ridzuan ketika ditemui berkata, kesemua penerima Sumbangan Aidilfitri YTNZ 2018 memperoleh wang tunai RM100 serta hamper barang keperluan harian."Tahun ini adalah tahun ketiga program ini diadakan bagi membantu meringankan beban golongan sasar yang layak merima bantuan." Pada tahun ini juga YTNZ juga mempunyai kedudukan kewangan yang lebih baik hasil daripada sumbangan beberapa badan korporat dan jualan songket penenun YTNZ," katanya yang ditemui di Dewan Az-Zahra' Istana Syarqiyyah Chendering, di sini.Ridzuan berkata, YTNZ yang ditubuhkan sejak 2007 di bawah naungan Tuanku Nur Zahirah bermatlamat memperbaiki taraf hidup melalui warisan dengan menciptakan peluang pekerjaan bagi penenun dan pekerja seni."Selain menyediakan peluang pekerjaan, YTNZ juga membantu dari segi kewangan dengan membeli hasil tenunan penenun di negeri ini. "Justeru, dengan hasil dan sumbangan yang diperoleh ini, pihak kami berharapdapat meneruskan tradisi memberi sumbangan ini pada tahun-tahun akan datang,"katanya
29 May 18
755
Kerajaan Negeri Mahu Lebih Ramai Terima Dana Raya
Ahmad Samsuri mengagihkan juadah berbuka puasa. Foto Tg Syamim Tg IsmailKerajaan negeri membuat keputusan mengurangkan jumlah bantuan Dana Raya Aidilfitri 2018 kepada RM250 berikutan mahu lebih ramai rakyat Terengganu yang berkelayakan menerima agihan dana itu.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mohktar, berkata bagaimanapun jumlah peruntukan kerajaan bagi tujuan itu masih sama, hanya jumlah agihan kepada penerima dikurangkan kerana mahu seramai mungkin rakyat menikmati dana itu.Katanya, ini kerana selepas kerajaan Pas mengambil alih pentadbiran, beliaumendapati sebilangan besar mereka yang berkelayakan tertinggal atau mungkin terlupa untuk membuat permohonan."Menyedari perkara itu, kerajaan membuka kembali laman sesawang pada minggu lalu bagi memberi peluang kepada mana- mana yang belum berbuat demikian (permohonan baru)."Saya percaya dengan cara itu, pastinya jumlah penerima akan bertambah, " katanya.Berdasarkan rekod, seramai 239,323 pemohon berjaya melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dengan bayaran membabitkan RM88.7 juta pada tahun lalu.Mereka menerima bayaran antara RM300 dan RM400 bergantung kepada kategori iaitu berpendapatan rendah, orang kurang upaya (OKU), ibu atau bapa tunggal dan warga emas.Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Bersama Anak Yatim dan Warga UMT di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT, Kuala Nerus, petang ini.Pada majlis itu, seramai 121 individu terdiri daripada anak yatim, OKU dan fakir miskin menerima bantuam kelengkapan raya.Ahmad Samsuri memberitahu, program seumpama itu wajar diteruskan bagi meraikan mereka yang serba kekurangan."Apa yang diusahakan UMT itu patut dicontohi pihak lain kerana pada masa sama mampu mengeratkan hubungan masyarakat luar dengan warga UMT," katanya.
29 May 18
41
Kebersihan Bazar Memuaskan, Peniaga Patuhi Peraturan
Tahap kebersihan di bazar Ramadan di negeri ini sangat memuaskan apabila sebahagian besar peniaga mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata, kesemua 2,091 daripada 4,246 gerai di bazar Ramadan seluruh negeri yang diperiksa setakat ini mematuhi piawaian yang ditetapkan.Katanya, beliau sangat berpuas hati dengan tahap kebersihan yang diamalkan oleh semua peniaga di bazar Ramadan."Sebagai contoh, hasil tinjauan saya di bazar Ramadan Batu Burok yang mempunyai 249 gerai ini mendapati rata-rata pengendali makanan menjaga tahap kebersihan gerai, cara pengendalian makanan dan pengendali itu sendiri berada di tahap yang amat memuaskan dengan mengambil suntikan yang disyaratkan dan sebagainya."Berniaga memang dituntut oleh Islam dan merupakan sunnah Rasulullah S.A.W tetapi kita hendaklah memastikan kepentingan pelanggan menjadi keutamaan dengan menjaga aspek-aspek seperti kebersihan, kualiti makanan yang dijual dan sebagainya agar pelanggan berpuas hati," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Operasi Bersepadu Bazar Ramadan Batu Burok, hari ini.Turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohammad Omar.Katanya, beliau juga mengharapkan pemantauan tahap kebersihan dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa agar perkara yang tidak diingini sperti keracunan makanan tidak berlaku di negeri ini.
28 May 18
105
Kerajaan Negeri Beri Perhatian Serius Pemulihan Taman Ilmu
Ahmad Samsuri meninjau asrama penuntut UniSZA di kampus Taman Ilmu, Besut.Oleh: Ruslan Abdul Rahman dan Mohammad Ishak Kerajaan negeri pimpinan Pas akan meneruskan pembinaan Taman Ilmu di Tembila, Besut, bagi memastikan pusat pendidikan bertaraf antarabangsa itu beroperasi dengan baik dan lancar bagi kepentingan pendidikan negeri ini.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek yang terbengkalai sejak 14 tahun yang lalu itu akan dipulihkan secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan kewangan kerajaan.Katanya, pihaknya memandang berat segala kerosakan yang berlaku pada struktur bangunan dan kemudahan yang disediakan di situ menyebabkan ia memerlukan kos penyelenggaraan yang dianggarkan hampir sama dengan pembinaan awal projek itu.Projek Taman Ilmu dibina atas tapak seluas kira-kira 280 hektar membabitkan peruntukan RM 400 juta pada 2004.Bagaimanapun, selepas tiga tahun pembinaannya, ia terbengkalai menyebabkan banyak kelengkapan pejabat dan bangunan rosak serta sebahagiannya turut dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.“Saya sendiri sudah melihat kemusnahan beberapa bangunan utama di pusat pendidikan terbabit dan memerlukan perhatian untuk dipulihkan,” katanya ketika melawat Taman Ilmu, Tembila, hari ini.Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri yang baharu mengambil alih dari Barisan Nasional (BN) berjanji akan meneruskan semua projek yang mempunyai kepentingan untuk rakyat dan tidak mahu ia terus terbiar.Beliau juga dimaklumkan bahawa ramak pihak berminat untuk menempatkan universiti di situ dan beberapa perjanjian sudah dibuat dengan kerajaan sebelum ini serta ianya akan diteruskan.
28 May 18
252
30 Pelajar Kurang Upaya Antara Penerima Sumbangan Raya YDSM
Allif diiringi guru besar sekolahnya, Shahdan menerima sumbangan yang dikurniakan Sultan Mizan kepada fakir miskin dan pelajar sekolah, di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailSeorang kanak-kanak cacat penglihatan, Mohd Allif Firdaus Adnan teruja apabila dapat bersalaman dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi menerima bantuan sempena Hari Raya Aidilfiri Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) kepada fakir miskin dan pelajar sekolah, di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, hari ini.Pelajar Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuala Terengganu (SKPKKT) yang diiringi guru besar, Ahmad Shahdan Ishak itu, mewakili 30 rakannya yang cacat penglihatan dan pendengaran.“Suka sangat dapat salam dengan Sultan. Saya gembira selepas cikgu beritahu akan wakil kawan-kawan. Walaupun tidak dapat melihat, saya tetap gembira dapat menjejakkan kaki dalam istana yang pastinya cantik ini."Saya akan beri sumbangan ini kepada mak dan pastinya dapat bantu ringankan beban mak dan ayah untuk buat persiapan pakaian hari raya. Mak hanya surirumah, ayah pula juruelektrik dengan pendapatan tidak seberapa,”katanya.Menurut Shahdan, pelajar di SKPKKT saban tahun berpeluang menerima sumbangan dari YDSM dan inisiatif itu amat membantu golongan pelajar yang tidak bernasib baik berkenaan bagi membuat persiapan hari raya dengan ceria seperti kanak-kanak normal yang lain.Sultan Mizan dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenaan mengurniakan sumbangan berkenaan kepada setiap penerima. Turut mengiringi baginda, anakanda Nur Nadhirah Zahrah dan Tengku Fatimatuz Zahra.Hadir sama, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faezah Tuan Ab Rahman serta Ahli lembaga Pemegang Amanah YDSM, Dato’ Mohd Fadzli Yusof.Sementara itu, 30 pelajar kurang upaya berkenaan termasuk dalam 530 penerima di kalangan fakir miskin dari seluruh Terengganu dengan nilai sumbangan keseluruhan berjumlah RM186,500.Daripada jumlah berkenaan, 240 pelajar menerima RM200 seorang, 60 pelajar dari dua madrasah (RM200 seorang), 200 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri (RM400 seorang dan hamper barangan keperluan RM150).Selain itu, 20 bekas pemain hoki negeri dan 10 bekas pemain bola sepak negeri turut menerima bantuan serupa sepertimana penerima bantuan JKM.Selain SKPKKT, sekolah lain yang menerima bantuan pada tahun ini adalah SK Chendering, SK Kubang Ikan, SK Bukit Bayas (Kuala Terengganu), SK Pulau Redang (Kuala Nerus), Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri (Kuala Nerus) dan Sekolah Menengah Agama Marang, Marang.
27 May 18
383