lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
3,959 Gerai Bazar Ramadan Diperiksa
Mohamad memeriksa gerai di Bazar Ramadan, Shahbandar, Kuala Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailJabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merekodkan sebanyak 3,959 lot Bazar Ramadan di Terengganu telah diperiksa sepanjang tahun lalu.Daripada jumlah itu, 3,724 gerai mencatatkan markah lebih 80 peratus ke atas, manakala 254 gerai memperoleh 60 sehingga 79 peratus dan sebuah premis telah ditutup.Manakala sebanyak 418 daripada 4, 246 gerai Bazar Ramadan diperiksa JKNT sejak awal Ramadan, baru- baru ini.Pengarah jabatan itu, Dr Mohamad Omar berkata, pada masa sama, pihaknya turut menjalankan pemeriksaan terhadap 374 pembekal bahan mentah, premis penyediaan ais dan pembekal kuih muih.Katanya, 172 sampel makanan telah diambil bagi mengetahui tahap pencemaran mikrobiologi dalam makanan."Sampel itu kemudiannya  dihantar ke Makmal Kesihatan dan Kualiti Makanan untuk dianalisis, " katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Kebersihan dan Keselamatan Makanan di tapak Bazar Ramadan Shahbandar, Kuala Terengganu, petang ini.Program itu sebagai usaha memastikan pengendali makanan terutama pengusaha yang mengunakan bahan mentah ayam dan daging mengamalkan kebersihan diri dan lokasi niaga.Secara umumnya , makanan mudah tercemar adalah lauk pauk berasaskan ayam, minuman soya dan kuih muih yang diperbuat daripada santan dan kelapa.
22 May 18
332
Empty Image
Hotel Grand Continental Rai Anak Yatim
Amzad bersama anak yatim sewaktu Majlis Berbuka Puasa di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu, petang semalam.Bersempena kedatangan bulan Ramadan, Hotel Grand Continental Kuala Terengganu (HGCKT) menganjurkan majlis berbuka puasa bagi meraikan 40 anak-anak dari Maahad Tahfiz Alquran Al Tahiri Kampung Gelugur dan Asrama Puteri Pratahfiz Kubang Parit, semalam.Pengurus Kanan Bahagian Jualan dan Pemasaran HGCKT, Norlindawati Hasan, berkata, majlis yang diadakan pada setiap kali Ramadan merupakan program tanggungjawab sosial korporatnya untuk membantu golongan kurang kemampuan khususnya anak yatim."Ini merupakan usaha bagi HGCKT untuk menyemarakkan harapan dan keceriaan dalam kalangan kanak-kanak yang tidak bernasib baik membawa mereka menikmati majlis berbuka puasa yang penuh kemeriahan ini."Saya berbesar hati kerana tahun ini adalah tahun ke 21 HGCKT mengadakan majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak yang kurang bernasib baik...melalui usaha ini sekurang-kurangnya keceriaan dapat dikongsi bersama sekali gus peluang untuk mereka menikmati Ramadan dengan penuh bermakna,"katanya kepada pemberita di Majlis Berbuka Puasa di Jala Mas Coffee House,Hotel Grand Continental Kuala Terengganu.Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim dan isteri serta wakil-wakil jabatan.Sementara itu, HGCKT turut melancarkan tabung derma untuk anak-anak yatim negeri Terengganu yang dirasmikan oleh Amzad."Hasil kutipan tabung ini akan diagihkan kepada pusat anak-anak yatim yang ada di negeri ini sebelum Aidilfitri nanti.“Kami mempunyai peranan yang besar untuk membantu masyarakat dan berharap inisiatif ini dapat memberikan keceriaan dan menyemarakkan semangat mereka berhari raya,” kata Norlindawati.Bagi Ana Danisa Mokhtar, 11,dia amat berbesar hati apabila berpeluang berbuka puasa bersama rakan-rakan di hotel dengan aneka juadah yang tidak pernah terlintas dihati.“Seronok sangat dapat makan sedap-sedap dan dapat pula duit raya. Sumbangan ini sangat bermakna bagi kami,” kata Ana yang tinggal di rumah anak yatim sejak lima bulan lepas selepas kehilangan ayah ketika berusia sembilan tahun.
21 May 18
403
Empty Image
Geng Sarong Mayang UniSZA Laksana Tugas Murni
Geng Sarong Mayang sedang melipat telekung untuk kegunaan jemaah surau UniSZAMasalah telekung sembahyang dan sejadah berbau tidak lagi menjadi masalah di surau-surau di dalam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) apabila tugas membersihkan kemudahan untuk orang ramai itu kini diambil oleh `Geng Sarong Mayang’.Usaha murni yang dilakukan sekumpulan 23 penuntut Ijazah Sarjana Muda (Antropologi dan Dakwah) itu bertujuan menyelesaikan masalah membabitkan kebersihan kain telekung solat, di samping memberi kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa mementingkan kebersihan.Menggunakan tanda pagar 'dok bau doh', Geng Sarong Mayang itu turut menerima tajaan sebanyak 100 pasang telekung solat untuk diletakkan di surau-surau di universiti berkenaan.Pengarah Projek, Izzat Imran Wahid berkata, kesemua 100 telekung yang diterima itu turut dijahit dengan label 'Sarong Mayang' bagi memudahkan sukarelawan menukar setiap telekung yang berbau atau kotor."Kita sedia maklum bahawa masalah kain telekung berbau dan kotor sering dihadapi golongan wanita apabila ingin menggunakan kemudahan yang disediakan di surau-surau atau masjid itu."Malah, ada juga telekung solat yang digunakan meninggalkan kesan solekan dan bintik hitam kerana basah serta tidak digantung."Jadi, kami mengambil inisiatif ini untuk mengajar dan mendidik masyarakat agar lebih peka dengan keadaan pakaian solat sebelum beribadah selain menerapkan sikap bertanggungjawab dalam menjaga barang wakaf yang diberikan,"katanya.Jelasnya lagi, bagi menggalakkan orang ramai turut terlibat dengan kegiatan amal, kumpulan itu turut menyediakan bakul di dalam surau pada setiap hujung minggu untuk mana-mana pihak turut serta menyumbang tenaga dan pahala bagi membasuh dan meletakkan kembali telekung bersih di setiap surau di dalam UniSZA. "Pihak kami berharap projek sukarelawan ini diteruskan dan disambut baik oleh semua mahasiswa, disamping dapat memupuk budaya lebih prihatin dan cakna terhadap keadaan sekeliling”, katanya.Sementara itu, seorang sukarelawan yang ditemui Muhammad Wan Faizal Che Juhari berkata, langkah memperkenalkan program sedemikian bertepatan memandangkan masalah telekung solat berbau dan kotor sering dihadapi ramai pihak.  "Alhamdulillah, pensyarah dan kakitangan UniSZA turut menyokong usaha yang dilakukan ini bagi membantu memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat tentang kebersihan sebelum solat dan budaya wakaf."Pihak kami juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu memberi sumbangan dalam bentuk atau  kewangan dalam memastikan projek ini dapat diteruskan,"katanya.
21 May 18
201
Empty Image
Terengganu Akan Temui Kerajaan Pusat Bincang Isu Royalti
Ahmad Samsuri ketika meninjau Bazar Ramadan Batu Enam, Kuala Nerus, petang semalam. Foto Harish FadzillahKerajaan negeri akan mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan kaedah pelaksanaan penyaluran royalti minyak dan gas kepada negeri itu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jaminan Dr Mahathir yang dikeluarkan menerusi media sosial itu sangat positif serta ditunggu-tunggu oleh rakyat Terengganu sekali gus turut mencerminkan hubungan baik antara kerajaan negeri dengan Persekutuan bagi menyelesaikan isu tuntutan royalti ini sejak sekian lama.“Saya mewakili seluruh rakyat Terengganu mengalu-alukan sebarang langkah ke arah memberikan royalti kepada Terengganu. Ini suatu yang positif dan dialu-alukan oleh rakyat Terengganu,” katanya selepas meninjau Bazar Ramadan Batu Enam, Kuala Nerus, petang semalam.Isu royalti minyak dan gas Terengganu antara Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 Pakatan Harapan yang berjanji akan menyalurkan royalti sebanyak 20 peratus kepada Terengganu sekiranya berjaya memenangi PRU berkenaan.Dalam perkembangan yang lain,  Ahmad Samsuri menganggap kenyataan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Azan Ismail yang menegaskan rakyat Terengganu tidak akan mendapat manfaat secara terus daripada royalti itu, hanyalah pandangan peribadinya.Sementara itu, beliau juga mengalu-alukan untuk meneruskan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana inisiatif itu mampu menjana ekonomi negeri dan rakyat Terengganu terutama di setiap hentian sepanjang projek itu."Secara umumnya sebarang projek yang mampu membawa keuntungan dan menjana ekonomi negeri serta rakyat kita alu-alukan."Kita berharap Kerajaan Persekutuan menimbangkannya lebih serius supaya tidak membebankan negeri dan juga rakyat Terengganu,"katanya.
20 May 18
99
Empty Image
Kakitangan Kesenian Dipindahkan Ke Jabatan Lain
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman. Foto UKOMKerajaan PAS Terengganu bercadang memindahkan kakitangan awamnya yang terbabit dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan tidak bercirikan Islam ke jabatan lain.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, berkata pihaknya akan membuat semakan kelulusan pendidikan kakitangan terbabit untuk membolehkan mereka diserapkan ke jabatan atau bahagian bersesuaian."Kerajaan negeri akan mengubah aktiviti kesenian kepada yang bercirikan Islam dan mana-mana kakitangan yang sebelum ini bertugas dalam aktiviti seni yang tidak dibenarkan contohnya penari wanita akan diserap ke tempat lain."Kita akan semak dulu kelulusan pendidikan mereka supaya dapat dipindahkan ke bahagian yang bersesuaian dengan kelulusan," katanya kepada NSTP ketika dihubungi di sini, hari ini.Beliau turut menafikan khabar angin kononnya pekerja 'ad-hoc' kesenian akan ditamatkan kontrak."Sebenarnya, kita belum memutuskan lagi status mereka ini dan akan meneliti dulu segala yang berkaitan sebelum mengambil keputusan," katanya.Dalam perkembangan lain, Ariffin berkata, kerajaan PAS akan membuat kajian dan penilaian terhadap beberapa produk pelancongan yang belum mendatangkan keuntungan."Contohnya Tasik Kenyir yang membabitkan belanja pembangunan besar, kita akan kaji bagaimana boleh tingkatkan kedatangan pelancong ke situ."Begitu juga kawasan pantai, mungkin ada beberapa tempat yang dibenarkan pengunjung mandi," katanya.Sumber : Berita Harian
18 May 18
156
Empty Image
Kembali Bersatu, Elak Permusuhan - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri bersama penduduk pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailMasyarakat terutama umat Islam di negeri ini diminta kembali bersatu dan menjalinkan silaturahim sekiranya wujud persengketaan sewaktu berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru- baru ini.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tidak elok sekiranya antara kita berterusan menyimpan  perasaan dendam dan buruk sangka.Katanya, sifat bersengketa itu amat dibenci Allah SWT dan juga Rasulullah SAW, oleh itu marilah kita bersama-sama bermaaf-maafan antara jiran, rakan sekampung dan kawan pejabat pada bulan yang mulia ini."Mulai hari ini tanamkan azam untuk bersikap mulia, berbaik sangka dan menjaga adab serta perilaku."Setiap perbuatan dan perilaku pastinya akan menjadi contoh kepada masyarakat negeri lain, " katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Tazkirah Ramadan di Masjid Jamek, Pengadang Baru, Kuala Terengganu, petang ini.Ahmad Samsuri turut berpesan supaya jangan sombong serta bangga dengan pangkat dan jawatan yang dipegang kerana semua itu, cukup kecil nilainya di sisi Allah."Apa yang penting setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul perlu laksanakan sebaik mungkin,"katanya.
18 May 18
124
Empty Image
Enam Pegawai Kerajaan Negeri Bertukar
Wisma Darul Iman, pusat pentadbiran negeri.Enam pegawai tadbir negeri Terengganu ditukarkan ke jawatan baharu berkuatkuasa 16 Mei lalu.Pertukaran yang dinyatakan dalam surat yang ditandatangani Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya bertarikh 16 Mei itu melibatkan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Husin yang mengisi kekosongan jawatan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian dan Setiausaha Sulit Kanan YAB Menteri Besar, Md Kamaru Al-Amin Ismail ditukarkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC dan jawatan itu kini digantikan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Setiu, Azran Amin Mazlan.Manakala Setiusaha Khas Kepada YAB MB, Ahmad nizam Abd Karim  ditukarkan untuk mengisi kekosongan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Hulu Terengganu; Pegawai Khas Kepada YAB MB, Fatima Az Zuhra Aziz pula ditukarkan ke jawatan Penolong Setiausaha Pembangunan Sumber Manusia) Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu dan Setiausaha Akhbar Kepada YAB MB, Wan Nabila Aisha Wan Bakhri pula mengisi kekosongan jawatan Pegawai Korporat Dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Dungun.
17 May 18
447
Empty Image
Tabika Kemas Beroperasi Seperti Biasa
Dr Samsuri mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai. Foto Harish Fadzillah KassimOperasi Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di negeri ini akan berjalan seperti biasa dalam proses peralihan kuasa yang berlaku.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rakyat tidak perlu bimbang dengan dakwaan kononnya operasi agensi yang ditubuhkan Kerajaan Persekutuan ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) itu bakal ditutup kerana persoalan tersebut tidak pernah dibincangkan kerajaan negeri di bawah PasBagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan yang operasi Tabika Kemas itu akan terus diperkasakan di masa depan sekiranya tiada sebarang keputusan dimuktamadkan."Apa yang kita bincang di peringkat pentadbiran kerajaan negeri ketika ini adalah perkara yang lebih penting untuk masyarakat dan isu mengenai Tabika Kemas tidak menjadi keutamaan dalam perbincangan itu."Kita biarkan semua proses berjalan seperti biasa sebab di awal ucapan saya semasa istiadat angkat sumpah lalu, saya ingin memastikan sebarang penambahbaikan yang dibuat kelak tidak menimbulkan rasa tidak senang dalam masyarakat terutama dalam isu-isu pendidikan anak-anak, " katanya.Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pengagihan bubur lambuk di Masjid Abidin, Kuala Terengganu, petang semalamHadir sama, isterinya, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman; Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin; Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Wan Mohd. Wan Ibrahim dan Imam Besar Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz.Dalam majlis itu, sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk yang disumbangkan kerajaan negeri diagihkan secara percuma kepada orang ramai sempena bulan Ramadan.Aizi Saidi berkata, agihan bubur lambuk itu bermula pukul 3.30 petang itu merupakan acara tahunan di Masjid Abidin sejak lapan tahun lalu."Setiap hari kita akan mengagihkan 2,000 bekas bubur lambuk kepada masyarakat sehingga hari ke-28 Ramadan."Orang ramai yang datang bukan sahaja dalam kalangan umat Islam tetapi bangsa-bangsa lain kerana ramai mengatakan bubur lambuk di sini lebih enak berbanding di tempat lain," katanya.
17 May 18
59
Empty Image
Kerajaan Negeri Pimpinan Pas Teruskan Dana Raya
Kerajaan negeri mengumumkan untuk meneruskan Bantuan Dana Raya 2018 sebagai menambahkan keceriaan dan kemeriahan sambutan perayaan Aidilfitri di kalangan rakyat negeri ini terutama kepada golongan berpendapatan kecil.Menteri Besar, Prof Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, permohonan dana raya yang diteruskan  secara atas talian seperti sebelum ini, turut terbuka kepada pemohon baru yang layak.“Mengambil kira kita hendak menyambut Ramadan dan tradisi yang dilaksanakan di Terengganu, maka kita membuat keputusan untuk meneruskan pemberian dana raya berjumlah antara RM300 hingga RM400 mengikuti kelayakan masing-masing.“Pengagihan akan dibuat pada bulan puasa dan dalam masa yang sama kita membuat penambahbaikan dengan membuka kepada permohonan baru,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco yang pertama di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahari Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah.Dalam perkembangan lain, Ahmad Samsuri berkata, selaras dengan usaha untuk memastikan rakyat menerima manfaat tanpa melalui kerenah birokrasi, kerajaan negeri turut memutuskan untuk menghapuskan keperluan  tandatangan sokongan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk sebarang urusan  permohonan bantuan daripada kerajaan negeri.“Bagi mengurangkan kerenah birokrasi yang menyusahkan rakyat maka proses permohonan yang melibatkan tandatangan JKKK telah ditiadakan.“Sebarang permohonan termasuk borang-borang yang berkaitan dengan permohonan yang dibuat hanya perlu diisi oleh pemohon tanpa tandatangan JKKK dan boleh terus kepada Majlis Daerah atau agensi berkaitan,” katanya.
16 May 18
42
Empty Image
Kerajaan Negeri Tunai Janji, Beri Air Percuma
Ahmad Samsuri ketika sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Mingguan Exco yang pertama di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim  Rakyat yang kurang berkemampuan di negeri ini dan mendaftar dalam program e-Kasih akan mendapat bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pas Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini.Menteri Besar, Prof Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan perkara itu dalam Majlis Mesyuarat Mingguan Exco yang pertama di Wisma Darul Iman, hari ini.“Atas rasa tanggungjawab terhadap keperluan rakyat miskin dan menunaikan sebahagian daripada manifesto yang dijanjikan dalam PRU14,, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan 20 meter padu air secara percuma kepada rakyat miskin negeri ini yang tersenarai dalam e-Kasih.“Ini adalah pelaksanaan manifesto kita dan terdapat perbezaan dengan dengan apa yang telah dibuat kerajaan negeri sebelum ini,” ujarnya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Mingguan Exco tersebut.Menurut Ahmad Samsuri, pengguna hanya perlu membayar nilai meter padu air yang digunakan melebihi jumlah 20 meter padu yang diberikan secara percuma.“Sebagai contoh, jika penggunaan 21 meter padu , jumlah yang perlu dibayar hanya satu meter padu sahaja, berbanding sebelum ini perlu membayar jumlah penuh (21 meter),” ujarnya.Katanya, pemberian bekalan air secara percuma itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat selepas segala proses berkaitan termasuk dari segi pentadbiran dan sebagainya selesai.“Kita telah buat keputusan secara dasar dan dari segi pelaksanaan akan dibuat seberapa segera.“Pentadbiran akan teliti perkara ini kerana ianya melibatkan proses-proses pentadbiran yang perlu dibuat. Jadi, selesai proses ini termasuklah dengan agensi yang terlibat membekalkan air, maka ianya akan terus dilaksanakan,” ujarnya.
15 May 18
66