Artikel "Utama" Terkini
Terengganu Sasar Kurangkan 15 Peratus Perokok
Kerajaan negeri mensasarkan pengurangan 15 peratus daripada keseluruhan 170,000 perokok di kalangan penduduk Terengganu melalui Program mQuit Masjid dalam tempoh lima tahun sehingga 2022.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak, berkata pelaksanaan program dimulakan dengan imam yang berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melibatkan seramai 3,000 orang di seluruh Terengganu."Jumlah ini melibatkan 505 masjid yang terdapat di seluruh negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu memainkan peranan dalam menganjurkan Program mQuit Masjid sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau."Objektif program ini adalah untuk membantu pegawai, ahli jawatankuasa dan ahli kariah masjid yang mempunyai masalah untuk berhenti merokok dan diharap menjadi satu ikutan atau 'role model' yang berguna untuk masyarakat islam yang lain," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program MQUIT Masjid Peringkat Negeri Terengganu 2018 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu di Masjid Abidin, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar; Timbalan Pesuruhjaya Agama Negeri Terengganu, Azam Awi dan Imam Besar Negeri Terengganu merangkap Setiausaha Masjid Abidin, Ustaz Aizi Saidi Abd Aziz.Alias memberitahu, sehingga kini sebanyak 40 klinik kesihatan dan enam hospital menyediakan perkhidmatan berhenti merokok dan mempunyai klien berdaftar seramai 556 orang pada 2017."Saya difahamkan daripada jumlah tersebut, seramai 203 orang berjaya berhenti merokok melalui kaunseling dan juga rawatan dengan anggaran kos RM600 bagi setiap klien,"ujarnya lagi.Menurut Alias, sebagai masyarakat Islam yang mengetahui tentang hukum dan kesan tembakau kepada kehidupan mereka haruslah bertindak dengan sewajarnya demi kebaikan semua pihak.Pada masa yang sama, beliau juga berharap agar seluruh jawatankuasa masjid dapat memainkan peranan sebagai penasihat atau memberi teguran kepada jemaah yang merokok."Tazkirah, kuliah dan kelas yang diadakan di masjid juga boleh diselitkan dengan mesej 'Bahaya Merokok' sesuai dengan pewartaan masjid sebagai kawasan Larangan Merokok di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004(PPKHT),"katanya.
06 Jun 18
80
Kerajaan Pimpinan Pas Selesaikan Agihan Dana Bakti Remaja
Wan Sukairi ketika sidang media selepas mesyuarat mingguan exco, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri akan menyelesaikan 16,289 penerima Dana Bakti Remaja yang belum menuntut bayaran itu di seluruh Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri pimpinan Pas mahu memastikan pengagihan dana yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu diteruskan sebagai kesinambungan kebajikan dan kebaikan rakyat Terengganu.Katanya, daripada keseluruhan 117,284 penerima dana berkenaan, 100,995 penerima sudah menebusnya sehingga 9 Mei lalu.“Ada beberapa berita gembira untuk rakyat Terengganu. Yang pertama adalah mengenai Dana Bakti Remaja yang diagihkan sebelum PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) oleh kerajaan terdahulu (Barisan Nasional), yang mana sebahagian besar sudah terima dan sebahagiannya lagi belum terima.“Kami membuat keputusan dalam mesyuarat exco sebentar tadi untuk meneruskan pengagihan dan pihak Yang Berhormat ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) masing-masing bersama pihak Pejabat Daerah akan mengagihkan dalam seberapa segera dan akan diagihkan sebelum menyambut hari raya Aidilfitri ini,"katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mesyuarat mingguan exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah.
06 Jun 18
40
RM6.3 Juta Bonus Untuk Penjawat Awam Di Terengganu
Mohd Nor ketika sidang media selepas mesyuarat mingguan exco, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimBagi menghargai perkhidmatan yang telah disumbangkan oleh penjawat awam, kerajaan negeri pimpinan Pas bersetuju memberi bonus sebanyak RM500 kepada setiap seorang dengan peruntukan lebih RM6.3 juta.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah ketika mengumumkannya berkata, insentif itu akan dinikmati oleh lebih 12,000 penjawat awam di seluruh negeri yang berstatus tetap, kontrak, sementara tanpa penjawatan dan ad hoc.“Kerajaan negeri akan membayarnya untuk kepentingan dan manfaat penjawat awam dalam semua kategori (sektor pekerjaan) agar dapat mengurangkan bebanan menyambut lebaran nanti.“Bonus ini melibatkan jumlah perbelanjaan yang besar iaitu lebih RM6.3 juta, tetapi kita sanggup demi kepentingan rakyat (penjawat awam) dan kemungkinan bukan dibayar pada masa terdekat kerana atas faktor teknikal dan urusan pentadbiran,”katanya sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mesyuarat mingguan exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Mohd Nor berkata, pembayaran tidak dapat dibuat dalam tempoh terdekat, iaitu 7 Jun (esok) bersama-sama pembayaran gaji bulan ini berikutan tempoh masa yang singkat sebaik sahaja kerajaan negeri memutuskan bersetuju membayar bonus tersebut.Katanya, pembayaran bonus akan diusahakan secepat mungkin dan akan diselesaikan kepada semua penjawat awam pada musim perayaan.
05 Jun 18
50
Kerajaan Negeri Perkenal Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030
Menteri Besar bermesra dengan tetamu Majlis Iftar Terengganu Inc Bersama Menteri Besar di Permai Hotel. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri memperkenalkan satu pelan jangka panjang dikenali sebagai Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) bagi membangunkan negeri dalam kerangka pelaksanaan yang lebih strategik.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sasaran pelan itu dirangka dengan berteraskan kepada lapan sasaran pencapaian penting merangkumi lima bidang fokus utama yang membabitkan tujuh prinsip bagi menjadikan Terengganu Sejahtera menjelang 2030.Menurut beliau, tujuh prinsip tersebut ialah; pematuhan kepada prinsip Islam; insan berkualiti aset terpenting negeri; kekayaan dan hasil tempatan adalah untuk rakyat; pembangunan sosial dan ekonomi adalah tanggungjawab kerajaan dan masyarakat; pembangunan lestari, yang mencakupi tiga elemen utamanya, alam sekitar, masyarakat dan ekonomi yang berteraskan Islam.Lain-lain adalah, kerajaan negeri sebagai pemandu, pemudahcara dan pemantau kepada swasta dan rakyat dalam menjayakan pelan pembangunan negeri; pengasingan fungsi antara badan politik dan kuasa ekonomi. Badan politik sebagai penentu halatuju negeri, perancang program dan pemantau. Kuasa ekonomi bertanggungjawab terhadap penentuan syarikat pelaksana."Sehubungan itu, setiap perancangan ini saya mahukan supaya pihak pengurusan Kumpulan Terengganu Inc (TI) membuat analisa dan menambahbaikkan Pelan Strategik sedia ada bagi menyokong hasrat kerajaan bagi kita nencapai matlamat tersebut," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Terengganu Inc Bersama Menteri Besar di Permai Hotel, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif TI, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.Pada majlis itu, beliau juga mengumumkan kakitangan Kumpulan TI bakal menerima bonus sempena menyambut kedatangan Aidilfitri tahun ini. Bagaimanapun kadarnya akan ditentukan kelak."InsyaAllah,kita akan berikan bonus kepada semua kakitangan anak-anak syarikat untuk nembolehkan mereka menikmati situasi lebih baik pada hari raya nanti,"katanya.
05 Jun 18
177
Ibu, Bapa Tunggal Terima Saguhati Perkahwinan
Hanafiah mengagihkan sumbangan kepada peserta Majlis Penyampaian Cek Saguhati Perkahwinan. Foto Harish Fadzillah Abu KarimKerajaan negeri mengagihkan RM199,000 kepada 119 ibu dan bapa tunggal yang kembali menjalani kehidupan berumah tangga dalam Majlis Penyampaian Cek Saguhati Perkahwinan di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Kuala Terengganu, semalam.Pengarah YPKT, Mohd. Shafaruddin Mustaffa berkata, ganjaran RM1,000 bagi setiap individu yang diperkenalkan dalam Bajet 2018 itu merupakan sebahagian daripada rangsangan ke arah mencorak institusi keluarga yang terbela dan lebih sejahtera."Daripada keseluruhan penerima, seramai 18 pasangan direkodkan berkahwin sesama ibu dan bapa tunggal, yang sekali gus membolehkan mereka menerima RM2,000," katanya kepada pemberita.Ganjaran disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat.Yang hadir sama, Timbalan Pengarah YPKT, Ramlah Idris.Hnafiah menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini memperuntukkan RM1 juta menerusi Bajet 2018 bagi menyediakan insentif RM1,000 kepada golongan ibu dan bapa tunggal yang berusaha melengkapkan kehidupan berkeluarga pada tahun ini.Sementara itu, pasangan ibu dan bapa tunggal dari Kampung Mengabang Telipot di sini yang berkahwin pada 2 Januari lalu berhasrat untuk memanfaatkan ganjaran yang diterima bagi membeli barang kemas buat isterinya sebagai lambang perkahwinan mereka.Yazid Borhan, 60, berkata, semasa majlis pernikahan lalu, dia cuma menghadiahkan sebentuk cincin dan beberapa hantaran jadi kali ini dia mahu menghadiahkan isterinya, Rusleza Mohd. Noor, 41, seutas gelang tangan."Kami berterima kasih kepada kerajaan negeri atas sumbangan ini, dan sejak awal kami berniat untuk membeli gelang tangan sempena berkahwin," katanya.Bagi Hussin Ahmad, 65, dan Loyah Embun, 50, yang bertemu kembali selepas 25 tahun terputus hubungan akan menggunakan hadiah perkahwinan itu untuk mengembangkan perniagaan kuih sejuk beku yang diusahakan mereka sejak Februari lalu.
05 Jun 18
171
Jangan Jadikan Puasa Sebagai Alasan Malas Bekerja
A. Rahman berbual mesra dengan kakitangan Wisma Darul Iman. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Penjawat awam di negeri ini diingatkan supaya tidak menjadikan alasan berpuasa sebagai malas bekerja, sebaliknya perlu dilihat sebagai motivasi untuk lebih berusaha dan berjaya..Setiusaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, berkata mereka perlu menjadikan ibadah itu sebagai motivasi mengumpul amalan dan pahala untuk bekalan di akhirat kelak.Katanya, mereka perlu berfikir sekiranya berterusan bersikap lembik’ (malas bekerja), adakah rezeki yang dibawa pulang untuk keluarga dan anak-anak, adakah ianya berkat. “Oleh itu, marilah kita bersama-sama muhasabah diri, ubah sikap malas bekerja kepada kepada bersikap professional, bersemangat dan jujur dalam menjalankan tugas,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulan Warga Kerja Wisma Darul Iman (WDI) di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, hari ini.A Rahman turut berpesan agar tidak terbawa-bawa semangat kepartian masing-masing ketika berurusan perihal kerja.“Jangan terbawa-bawa semangat kepartian sehinggakan ada yang bermasam muka, berprasangka tidak elok sesama sendiri, meregangkan hubungan persahabatan atau perpaduan. “Mereka perlu setia dan patuh apa yang dilaksanakan kerajaan baharu, supaya mudah melaksanakan dasar yang bakal dirancang nanti,”katanya
05 Jun 18
202
Kerajaan Negeri Sedia Terima Pandangan, Kritikan
Dr. Ahmad Samsuri ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Tadbir Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri sentiasa bersedia menerima sebarangan pandangan dan kritikan daripada mana-mana pihak demi kepentingan rakyat khususnya dan negeri amnya.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, anggota pentadbiran kerajaan mahupun rakyat berhak untuk membuat kritikan yang bertujuan memberi kebaikan kepada corak pentadbiran kerajaan kini.“Kita hendak ubah satu paradigma pemikiran bahawa ‘The Boss Is Always Right’. Pada saya, itu adalah satu pandangan yang silap. Kita bekerja dalam satu pasukan dan bila dalam satu pasukan, setiap diantara kita daripada bawah sampai ke atas termasuklah menteri besar haruslah berada dalam keadaan minda yang bersedia untuk terima sebarang pandangan mahupun kritikan.“Sepanjang perjalanan kita memerintah kerajaan, ada perkara-perkara yang kita terlepas pandang yang mungkin disedari oleh anggota pentadbiran yang lain termasuklah rakyat sendiri yang melihat kelemahan, kekurangan dan penambahbaikan yang boleh dibuat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Tadbir Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, anggota pentadbiran kerajaan termasuk pegawai tadbir negeri dan rakyat berhak menyuarakan pandangan dengan cara yang baik bagi mencapai objektif kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah dan membina Negeri Terengganu kearah yang lebih baik dengan penuh kasih sayang.“Akan ada satu pihak yang beri pandangan dan satu pihak terpaksa menerima pandangan dan saya selaku menteri besar yang dilantik di Negeri Terengganu ini dengan terbuka hati bersama dengan anggota pentadbiran kerajaan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-Ahli Parlimen, InsyaAllah kami akan menjadi kumpulan yang bersedia untuk menerima pandangan mahupun kritikan demi kesejahteraan rakyat dan negeri,” ujarnya.
05 Jun 18
46
Terengganu Rekod 1,077 Kes Ingkar Perintah Nafkah
Replika cek bantuan pendahuluan nafkah RM200,000 daripada Maidam kepada Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.Tengku Mohd Syamim Tengku IsmailBahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah Terengganu merekodkan 1,077 kes ingkar perintah nafkah sejak 2009 hingga 2017.Daripada jumlah itu, sebanyak 421 kes difailkan ke Mahkamah Syariah Terengganu bagi tujuan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, berdasarkan statistik kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah anak oleh BSK Jabatan Kehakiman Syariah di Mahkamah Syariah itu jelas menunjukkan masalah ingkar perintah nafkah menjadi satu masalah yang serius dewasa ini yang boleh memberi kesan kepada pada masa depan anak-anak.“Kerajaan negeri sentiasa menyokong penuh usaha murni dan komitmen Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dalam menyalurkan bantuan pendahuluan nafkah kepada ibu-ibu dan anak-anak yang tidak mendapat nafkah ini. Soal kerukunan keluarga rumahtangga dan kesejahteraan keluarga rakyat Terengganu menjadi agenda utama kerajaan negeri.“Kita juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati cuai dan gagal mematuhi serta melaksanakan perintah Mahkamah Syariah. Amat tepat untuk saya nyatakan bahawa program penyaluran dana yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu ini adalah merupakan satu agenda yang amat tepat berteapatan dengan manifesto pentadbiran kerajaan negeri yang menggariskan Karnival kahwin Kali pertama Percuma di mana elemen pemberian nafkah kepada pasangan dan juga anak adalah dititik beratkan dalam pembangunan kekeluargaan,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas melancarkan Majlis Penyampaian bantuan pendahuluan Nafkah Siri 1/2018, di Bilik Gerakan, Tingkat 5, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd.Pada kali ini, seramai 34 penerima mendapat bantuan siri pertama yang berjumlah keseluruhan RM50,050 melibatkan asnaf dan fakir miskin menerusi wang zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) melalui Akaun Amanah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.Maidam memperuntukkan wang bantuan untuk diagihkan kepada ibu dan anak berkelayakan yang berdepan masalah tunggakan nafkah anak di Mahkamah Syariah Terengganu sejak 2014 lagi.Selain itu, beliau juga mahu menarik perhatian semua bahawa antara manifesto ke-12 yang akan diperkenalkan oleh kerajaan negeri adalah menyediakan kad sejahtera RM500 setahun bagi golongan yang berpendapatan rendah.
04 Jun 18
135
Terengganu Jalin Hubungan Baik Dengan Pusat- Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri bersalaman dengan tetamu termasuk kanak-kanak yang menghadir iMajlis Berbuka Puasa Daerah Dungun, di Masjid Hadhari Paka, petang semalam . Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri akan menjalankan hubungan yang baik dengan kerajaan Persekutuan,walaupun mungkin berbeza pentadbiran politik, demikian ditegaskan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Katanya, bukan Terengganu sahaja, malah negeri-negeri yang lain juga yang berbeza kedudukan politik memerlukan hubungan yang baik untuk kepentingan rakyat, kerana politik di negara ini masa kini amat unik sifatnya.Beliau mengulas pertemuan Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan beliau selaku mewakili pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi semalam.Ia adalah pertemuan tidak rasmi, tidak ada apa apa agenda khusus dibincangkan, katanya ringkas.“Kami amat berbesar hati atas penerimaan Perdana Menteri bagi pertemuan itu. Yangpenting ialah keperluan memperkasakan hubungan kerajaan negeri dan pusat,” katanya kepada wartawan di Majlis Berbuka Puasa Daerah Dungun, di Masjid Hadari Paka petang semalam.Turut hadir, pengerusi Jawatankuasa pelaksanaan Syariah, pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paka.Ahmad Samsuri berkata, Perdana Menteri turut memberi respon yang sama mengenai perkara itu (hubungan yang baik negeri dan Pusat).Ditanya adakah dalam pertemuan itu dibincangkan mengenai royalty minyak, Dr Samsuri berkata beliau tidak mahu menyebut apa apa lagi tentang perkara itu kerana pertemuan dan perbincangan pagi semalam adalah “private discussion’. “Yang penting kita memikirkan perkara ke hadapan, perkara yang lepas, dikira lepaslah tidak perlu dibangkitkan,” tegasnya. Beliau tidak menolak kemungkinan akan ada pertemuan susulan lagi selepas ini.Menteri Besar Terengganu itu juga memberitahu pada 27 Jun depan akan ada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan dihadiri oleh Menteri-Menteri Besar.
04 Jun 18
90
Kembara 200km Pengemudi UniSZA Agih Makanan Sahur
Sebanyak 200 juadah sahur diagihkan kepada petugas yang bekerja pada waktu malam di sepanjang jalan bermula Ladang Pasir Akar, Besut sehingga ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus sempena Kembara Sahur Persatuan Kakitangan Pengurusan dan Profesional (Pengemudi), UniSZA.Lebih 20 tempat membabitkan perjalanan 200 kilometer menjadi lokasi persinggahan 10 ahli Pengemudi yang menyertai Kembara Sahur itu untuk mengedar juadah sahur yang bermula sekitar jam 10 malam sehingga 5 pagi.Pengerusinya, Mohd Termizi Aziz berkata, program Kembara Sahur itu merupakan sebahagian daripada programkemasyarakatan sempenan Ramadan oleh Pengemudi UniSZA dalam mendekati semua golongan masyarakat warga kota yang bertugas pada waktu malam.“200 pek makanan sahur telah kami edarkan di semua tempat antaranya stesen minyak, universiti, balai polis, kedai serbaneka dan hospital.“Makanan berupa set nasi beriani serta air dan kurma diberikan pada setiap mereka supaya dapat mencuri sedikit masa mengisi perut untuk sahur,” katanya pada program berkenaan. Tambahnya lagi, kesibukan sehingga terlepas waktu bersahur adalah lumrah bagi rata-rata mereka yang bekerja di waktu malam kerana perhatian yang tinggi terhadap tugasan masing-masing.Menurut Termizi, program seumpama ini masuk tahun ketiga penganjuran dan akan terus dilaksanakan bagi mendekati petugas yang melaksanakan kerja mereka dengan penuh dedikasi.Sementara itu, seorang pegawai keselamatan, Mohd Alif Afizi, 29, berkata, inisiatif mengedarkan pek sahur di tempat kerja sedikit sebanyak memberi kegembiraan buat kakitangan di situ.“Terharu sebenarnya sebab kerana masih ada yang prihatin dengan kebajikan petugas yang melaksanakan tugas hingga ke dinihari pada Ramadan sehingga adakalanya tidak sempat pun bersahur.“Kesibukan di pos keselamatan sudah menjadi sebati buat saya dan berkhidmat ketika awal Syawal juga bukan lagi perkara baharu walaupun hanya baru hampir tiga tahun di UniSZA Kampus Besut ini,” katanya.
03 Jun 18
61