Artikel "Utama" Terkini
RM418,500 Disalur Kepada 670 Mahasiswa Kemaman, Dungun
Seramai 670 bakal mahasiswa di Parlimen Kemaman dan Dungun menerima bantuan persediaan Yayasan Terengganu (YT) berjumlah RM418,500 bagi melanjutkan pengajian di Peringkat Asasi dan Diploma sesi kemasukan 2018-2019.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, bagi Parlimen Kemaman sebanyak RM217,250 diagihkan kepada 335 bakal mahasiswa melibatkan 199 pelajar bagi program diploma dan 136 orang bagi matrikulasi.“Namun bagi Parlimen Dungun pula sebanyak RM201,250 untuk 135 orang diploma dan 200 orang matrikulasi."Pada tahun ini sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk bantuan ini dan saya difahamkan program bantuan ini dimulakan sejak tahun 2006 dan sehingga tahun 2017 seramai 272,159 orang mendapat manfaat ini dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM202, 599, 150," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Penyampaian Bantuan Persedian Yayasan Terengganu di Peringkat Matrikulasi, Asasi dan Diploma di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman, Kijal, hari ini.Turut hadir, Ahli Parlimen Kemaman Alias Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Abdul Razak Ibrahim, ADUN Kemasik, Saiful Azmi Suhaili dan Timbalan Pengarah Pendidikan YT, Dr Hashim Che Noh serta Pegetua Sekolah Menengah Imtiaz YT, Roslan Ibrahim.Menurut Hanafiah, dengan bantuan tersebut ianya sedikit sebanyak mampu menampung kos persediaan kelengkapan atau membayar yuran bakal mahasiswa yang mendaftar masuk ke institusi pengajian tinggi (IPT).Sementara itu bakal mahasiswa, Muhammad Hariz Azfar Azhari, 18, berkata, dengan wang bantuan yang diterima mampu menampung persiapan perbelanjaan beliau apabila mendaftar masuk IPTA nanti."Pada hari ini saya mendapat bantuan persediaan yayasan sebanyak RM500 dan saya rasa sangat gembira kerana dengan wang ini dapat membuat wang tambahan saya membeli barang persiapan belajar di Universiti Teknologi Mara (UITM) dalam khusus asasi kejuruteraan," katanya.Namun bagi mahasiswi Nur Farihin Shukri, 18, yang menerima tawaran program Asasi Sains di sebuah IPT di Selangor pula berkata, dia sangat berbangga dapat menjadi anak jati Terengganu kerana menerima banyak insentif daripada kerajaan dalam pelbagai aspek terutama bantuan pembelajaran termasuklah bantuan persediaan ke IPTA dan IPTS.“Dengan bantuan wang yang saya terima hari ini dapat meringankan sedikit beban keluarga saya untuk menampung kos membeli barang belajar saya,” katanya.
10 Jun 18
211
MB Hadiri Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa Istana Syarqiyyah
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menghadiri majlis khatam al-Quran dan berbuka puasa di Istana Syarqiyyah, Cendering Kuala Terengganu, semalam.Majlis anjuran Istana Syarqiyyah itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Negeri Terengganu serta kepimpinan tertinggi kerajaan negeri.Terdahulu, turut diadakan tazkirah, bacaan doa di balai Islam sebelum majlis berbuka puasa.
10 Jun 18
678
Semak Status Permohonan Dana Raya Mulai Hari ini
Pemohon Dana Bantuan Aidilfitri 2018 boleh menyemak status permohonan masing-masing melalui laman sesawang di alamat http://idana.terengganu.gov.my mulai hari ini.Agihan wang dana secara berperingkat-peringkat itu akan disalurkan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai esok (11 Jun). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, kepada pemohon yang tidak mempunyai akaun bank itu, Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengeluarkan baucer yang boleh dituntut di pejabat daerah berdekatan.Katanya, baucer hanya boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan sama ada di Terengganu mahupun luar Terengganu. Manakala tempoh sah laku baucer adalah selama tiga bulan bermula 11 Jun sehingga 11 September depan.“Berdasarkan rekod, seramai 277,619 individu yang dikategori sebagai berpendapatan rendah, Orang Kurang Upaya, ibu atau bapa tunggal dan warga emas layak menerima dana raya melibatkan peruntukan RM69.4 juta pada tahun ini.“Daripada jumlah itu, seramai 192,432 individu akan menerima dana raya melalui BSN manakala selebihnya iaitu 85,187 individu dibayar secara baucer,”katanya yang dihubungi Teganukita ..
10 Jun 18
294
Inovasi Mobile Ehsan JPN Bantu Rosiana Perbaharui Mykad
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Terengganu mengadakan program turun padang membantu ibu tunggal yang kudung kaki, Rosiana Rosli, 37, di Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, hari ini, bagi memperbaharui kad pengenalan (Mykad) menerusi program Mobile Ehsan.Turut serta, Pengarah JPN Negeri Terengganu, Mohd Nasir Kareem.Menurut Mohd Nasir, perkhidmatan Mobile Ehsan merupakan program turun padang yang disediakan kepada orang kelainan upaya (OKU) dan pesakit terlantar seperti Rosiana yang tidak dapat bergerak sendiri ke JPN.“Puan Rosiana perlukan bantuan untuk penggantian kad pengenalan diri. JPN sediakan kemudahan ini dengan kita turun sendiri ke lapangan sebagai kemudahan kepada pesakit terlantar, OKU dan juga warga emas.“Kita mengambil pendekatan tidak hanya tunggu di jabatan, sebaliknya kita yang turun kepada rakyat yang tidak berupaya dan memerlukan perkhidmatan yang kita sediakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah Rosiana, hari ini.Mohd Nasir berkata, selain membantu Rosiana, JPN Negeri Terengganu juga membantu adik Rosiana, iaitu Rohaimi, 35, yang mengalami kecacatan mental yang turut memperbaharui Mykadnya.Tambahnya, sebaik sahaja Mykad mereka siap, JPN akan membawa kad berkenaan kepada pemohon dan seterusnya menyediakan perkhidmatan yang sama kepada anak Rosiana, Muhammad Shahrul Azim Mohd Rozi, 12, yang mengalami lembam dan layak memohon Mykad berikutan genap usia 12 tahun pada 12 Jun ini.Dalam pada itu, menurut Mohd Nasir lagi, waris dan saudara terdekat boleh memohon menerusi JPN Negeri untuk membolehkan pasukan JPN ke lokasi atau kediaman pemohon yang memerlukan urusan pendaftaran tanpa pemohon hadir ke kaunter JPN berdekatan.Katanya, proses permohonan itu lazimnya dapat disiapkan dalam tempoh lima hari bekerja dan kad yang siap akan dihantar kepada pemohon.Menurut Mohd Nasir, JPN sentiasa membuat penambahbaikan perkhidmatan termasuk turun padang bagi memastikan semua rakyat mendapat akses dan kemudahan yang setaraf walaupun kurang bernasib baik dan uzur.Sebelum ini, penderitaan Rosiana mendapat liputan meluas media termasuk dikunjungi Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) yang terpanggil untuk berkongsi kisah dukanya yang menderita penyakit kencing manis kronik. Rosiana yang kudung kaki kanan sehingga lutut, selain kehilangan jari telunjuk kanan dan kaki kiri yang turut berisiko dipotong akibat penyakit itu, tinggal di rumah yang uzur bersama anak tunggalnya, Mohd Shahrul Azim Mohd Rozi, 12, yang lembam dan seorang adik lelaki, Rohaimi, 36, juga mengalami masalah mental.Inisiatif digembleng Kawat bagi menyampaikan sumbangan sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi itu disertai sekumpulan wakil media daripada beberapa agensi di Terengganu. Turut serta, Timbalan Presiden Kawat, Ahmad Syafri Husnaini Mohamad.
10 Jun 18
166
Balai Raya Boleh Diguna Bersama
Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan Pas memutuskan penggunaan balai raya yang di bawah kerajaan negeri boleh digunakan bersama oleh orang ramai pelbagai pihak, termasuk parti politik. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, mereka boleh mengadakan mesyuarat dan hari keluarga misalnya, dengan syarat ia dijaga dengan baik penggunaannya termasuk aspek kebersihan."Saya sering ditanya oleh pihak dari parti politik seperti Umno, Amanah, PKR, berkaitan penggunaan balai raya untuk program mereka, maka saya jawab boleh kerana ia milik bersama dan inilah budaya politik matang dan sejahtera yang kita perkenalkan," jelasnya.Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Berbuka Puasa bersama perantau anak Terengganu di Bangi Convention Centre (BCC) di Bandar Baru Bangi Selangor.Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri antara yang hadir bersama ribuan anak Terengganu di sekitar Lembah Kelang. Turut hadir isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Abd Rahman.Dr Ahmad Samsuri juga bersetuju cadangan agar mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilantik sebagai penasihat ekonomi bagi memajukan ekonomi Terengganu.Tan Sri Khalid yang hadir bersama berbuka puasa di majlis itu, mengucap terima kasih di atas kesudian kerajaan Terengganu melantiknya.Dalam majlis itu Menteri Besar turut mengulangi penegasan bahawa kerajaan pimpinannya bersifat terbuka dengan bersedia menerima pandangan, cadangan dari rakyat dan sesiapa sahaja kerana sebagai manusia biasa wakil-wakil rakyat tetap ada kelemahan dan kekurangannya."Terima kasih atas sokongan dan usaha untuk membawa perubahan kepada negeri Terengganu dan marilah bersama-sama untuk perubahan negeri bagi menuju kepada keredhaan Allah sebagai kemuncaknya," tegas Dr Ahmad Samsuri.Katanya, kita boleh berbeza politik dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi, tetapi kita perlu bersatu dalam hasrat bangunkan negeri.
09 Jun 18
477
TNB Dalam Proses Ambil Alih Tanah
Mohd Nazri melayan pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa TNB Bersama Media. Foto Harish Fadzillah KassimTenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam proses pengambilan tanah bagi pembinaan bangunan berkembar setinggi 19 tingkat di kawasan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) di sini.Pengurus Besar (Perkhidmatan Pelanggan) TNB negeri, Mohd. Nazri Puteh berkata, pembangunan di tapak komersial berimpak tinggi seluas 0.971 hektar itu dijangka bermula tahun ini membabitkan kos melebihi RM100 juta.Katanya, walaupun berlaku peralihan kuasa di Terengganu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu namun ia tidak menjejaskan pelaksanaan projek yang telah dirancang, yang sekali gus bakal merubah landskap bandar raya Kuala Terengganu kelak."Setakat ini kita sudah berbincang dengan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya dan seterusnya, beliau (A.Rahman) akan berunding dengan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar."Jika semuanya berjalan lancar dan kedua-dua pihak selesai memeterai memorandum persefahaman (MoU), saya fikir tahun ini kita boleh mulakan pembinaan bangunan berkembar itu," katanya kepada pemberita dalam majlis berbuka puasa bersama media di salah sebuah hotel di sini semalam.Bangunan berkembar TNB Terengganu yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan itu bakal menempatkan pejabat di samping kemudahan hotel, dewan persidangan dan pusat beli belah.Menurut Mohd. Nazri, reka bentuk bangunan berkembar itu merupakan yang pertama seumpamanya bagi cawangan TNB di peringkat negeri.Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu kes kecurian kabel terutama di kawasan pencawang TNB berjaya dikurangkan hasil daripada rondaan strategik yang dipertingkatkan di bawah jabatan perkhidmatan keselamatan, selain kerjasama erat dengan pihak polis."Kita telah mengenalpasti tempat-tempat yang agak terdedah dan peronda kita telah buat jadual supaya rondaan dilaksanakan secara strategik bagi mengelakkan kejadian berulang."Kawasan sasaran pencuri adalah di luar bandar dan perumahan terbengkalai yang jauh dari penglihatan orang ramai," katanya.
08 Jun 18
168
Terengganu Inc Lancar Jejak Iftar Ramadan
Dr. Wan Ahmad Rudirman menyampaikan sumbangan kepada pengerusi Yayasan Kebajikan Mahfatim yang menguruskan Madrasah Al- Huda.Atas dasar tanggungjawab, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) melaksanakan program Jejak Iftar sebagai kerja amal sempena bulan Ramadan ini sepertimana tahun sebelumnya.Program diadakan di Madrasah al-Huda di Kampung Lubuk Perah, Wakaf Tapai, Marang, malam tadi.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak, kegiatan itu satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat korporat dan warga kerjanya sempena bulan yang penuh keberkatan ini."Bagi saya, program ini berjaya memupuk nilai-nilai murni dan keprihatinan warga kerja terhadap golongan yang memerlukan perhatian dalam masyarakat."Kami mensasarkan beberapa lokasi terutama yang jauh dan kurang mendapat bantuan bagi memastikan apa yang dilaksanakan memberi manfaat dan impak yang besar kepada penerima," katanya.Warga kerja Terengganu Inc. menurukan sumbangan keperluan untuk diserahkan kepada pihak madrasah.Selain menyediakan juadah berbuka bagi 45 orang penghuni Madrasah Al- Huda dan penduduk sekitar, Terengganu Inc turut memberi sumbangan wang tunai dan keperluan bagi kegunaan madrasah yang beroperasi sejak 14 tahun lalu itu.Dalam pada itu, Mudir madrasah, Megat Abd Manan Idrus, 54, turut menghargai usaha yang dilakukan oleh Terengganu Inc. kerana tidak melupakan golongan seperti mereka."Bagi sistem pengajian yang tidak mempunyai sumber dana tetap seperti kami, usaha dan sumbangan syarikat memang amat merindui manfaat untuk kelangsungan pengajian di sini."Selain itu, kami juga terharu dengan kemesraan warga kerja Terengganu Inc. yang terlibat menjayakan program ini," katanya.
07 Jun 18
69
World #QuranHour Galak Masyarakat Budayakan Al-Quran Dalam Kehidupan Harian
Program World #QuranHour dilihat dapat memberi galakan dan motivasi kepada masyarakat untuk memartabatkan, menghayati dan membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, program yang menghimpun penglibatan seramai mungkin umat Islam untuk sama-sama membaca al-Quran serentak di seluruh negara selama satu jam itu diharap boleh diperluaskan untuk semua peringkat.“Tahniah kepada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) yang telah menganjurkan program World #QuranHour 2018 peringkat negeri untuk kali ketiga.“Apa yang kita harapkan matlamat program ini tercapai dan untuk masa akan datang bukan hanya berpusat di Kuala Terengganu sahaja tetapi kita harapkan sampai ke peringkat bawahan secara lebih formal.“Semoga ianya menjadi program berkala dan berterusan dan dapat memberi galakan dan motivasi kepada masyarakat untuk sama-sama dalam program ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program World #QuranHour Peringkat Negeri anjuran PPAT di Dewan Teater PPAT, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah PPAT, Marzialina Mohamed.Sementara itu, Marzialina berkata, acara kemuncak program selama satu jam iaitu pada jam 12 hingga 1 tengahari itu turut diadakan di seluruh perpustakaan daerah seluruh negeri Terengganu, jabatan kerajaan, agensi-agensi, masjid-masjid serta semua sekolah dan universiti di negeri ini. “Kami anggarkan jumlah penyertaan adalah lebih 300,000 orang berdasarkan respon positif yang diterima dari seluruh agensi yang menyertai program ini.“Lebih membanggakan tahun lepas kita berjaya mengumpulkan lebih daripada 284,000 peserta dan merupakan yang tertinggi di Malaysia,” katanya.Katanya, Program World #QuranHour diharap akan dapat diteruskan dan dijadikan acara tahunan dan pihaknya yakin melalui hebahan serta promosi yang telah dibuat jumlah sasaran lebih 300,000 akan tercapai.
06 Jun 18
376
Bayar Cukai Tanah Dilanjut Sehingga 31 Oktober
Kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah tanpa denda di seluruh Terengganu sehingga 31 Oktober 2018.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah ketika mengumumkannya berkata, lanjutan tempoh bayaran yang sebelum ini tamat pada 31 Mei lalu dibuat bagi memudahkan rakyat dan mengurangkan rasa tertekan serta terbeban, apatah lagi pada musim membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri ini."Kami menerima banyak aduan daripada rakyat yang tidak sempat untuk membayar cukai hasil tanah kerana tarikh tamat pembayaran tersebut pada 31 Mei 2018. Oleh itu, kami bersetuju untuk menangguhkan tempoh masa itu sehingga 31 Oktober ini."Dengan keputusan ini, rakyat berpeluang menunaikan tanggungjawab bagi menjelaskan bayaran tersebut, khususnya selepas Ramadan dan perayaan Aidilfitri,"katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mesyuarat mingguan exco, di Wisma Darul Iman, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah. Mohd Nor berkata, dengan keputusan itu, kerajaan negeri berharap penduduk yang belum menjelaskan cukai hasil tanah atau tunggakannya supaya jangan menangguh-menangguh sehingga tamat tempoh ditetapkan itu.Tambah beliau lagi, tempoh lanjutan sehingga lima bulan itu amat wajar bagi memberi ruang untuk semua pihak menunaikan tanggungjawab untuk kebaikan negeri ini.
06 Jun 18
34
Dana Raya Diagih Mulai 11 Jun
Bantuan Dana Perayaan Aidilfitri 2018 berjumlah RM69.13 juta akan diagihkan kepada 276,541 penerima yang layak mulai 11 Jun (Isnin) ini sebagai persediaan menyambut perayaan Aidilfitri.Agihan wang dana secara berperingkat itu akan disalurkan melalui bank masing-masing, manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pihak Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengeluarkan baucer.Baucer hanya boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan sama ada di Terengganu mahu pun luar Terengganu, tempoh sah laku baucer adalah selama tiga bulan bermula 11 Jun sehingga 11 September depan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah , berkata berdasarkan rekod, seramai 258,973 individu pelbagai kategori layak menerima dana raya melibatkan peruntukan RM64.7 juta bagi permohonan fasa pertama.Katanya, manakala sejumlah 17, 568 penerima membabitkan peruntukan RM4.4 juta dicatatkan sebagai layak bagi permohonan fasa kedua yang dibuka selama lapan hari, berakhir pada 31 Mei lalu.“Bagaimanapun jumlah peruntukan dan penerima itu akan bertambah kerana Jawatankuasa Penilai Dana Raya masih meneliti beberapa permohonan yang ditolak untuk dinilai semula sebelum diluluskan.“Antara kesilapan yang dikenalpasti termasuk kesilapan mengisi borang dan tidak mengepilkan dokumen,” katanya ketika dihubungi Teganukita. Bantuan tahunan kerajaan negeri itu diagihkan mengikut kategori iaitu RM44.3 juta kepada 177,097 orang yang pendapatan rendah; RM9.7 juta untuk 38,744 warga emas; RM 10.7 juta kepada 42,800 ibu atau bapa tunggal dan RM4.5 juta pula disediakan untuk 17,900 orang kurang upaya.
06 Jun 18
140