lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI YAB MENTERI BESAR TERENGGANU
Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhAllahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.Alhamdulillah, bersyukur kita ucapkan kepada Allah Taala kerana diberikan kesempatan menjadi tetamu Allah Taala selama sebulan di bulan Ramadan. Satu bulan yang disediakan kepada kita untuk mentarbiah dan mendidik diri agar menjadi orang yang bertaqwa.Hari raya pula ertinya kita menyambut kemenangan. Kemenangan melawan hawa nafsu dan meninggalkan larangan Allah Taala dalam bulan Ramadan. Semoga hari raya yang disambut ini, menjadikan kita lebih baik dari tahun sebelumnya.Begitu juga yang kita harapkan kepada Negeri Terengganu. Setelah berlakunya perubahan pentadbiran kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14), kita mengharapkan negeri ini juga menjadi lebih baik dengan penambahbaikan untuk kesejahteraan kepada rakyat.Marilah kita membuka lembaran baru membangunkan negeri Terengganu dengan membawa dasar yang mesra rakyat, politik yang melebarkan kasih sayang tanpa batasan warna kepartian, ekonomi yang mampan, dan kehidupan rakyat yang sejahtera.Sempena Hari Raya Aidilfitri, gunakanlah kesempatan ini untuk kita sebarkan keharmonian dengan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memperteguhkan ukhuwah Islamiyyah di kalangan umat Islam tanpa mengira latar belakang politik kepartian serta mengukuhkan keharmonian hubungan antara kaum. Meriahkan Aidilfitri dengan budaya kunjung mengunjung antara sanak saudara dan juga rakan-rakan.Di samping kegembiraan menyambut hari raya, janganlah lupa kepada nasib umat Islam yang berada di luar negara. Mereka berada dalam keadaan yang kurang berkemampuan dan dalam konflik yang berpanjangan. Teruskan berdoa kepada rakyat Palestin, Syria, Rohingya dan seluruh dunia agar dipermudahkan urusan mereka dan diberikan pertolongan oleh Allah Taala.Manakala, buat anak perantau yang akan pulang ke kampung halaman, semoga sampai dengan selamat ke destinasi yang dituju. Pandulah dengan berhati-hati dan banyakkan bersabar. Patuhi peraturan dan had laju yang telah ditetapkan dan saling hormati menghormati antara pengguna jalan raya.Mewakili Kerajaan Negeri Terengganu saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat negeri Terengganu Darul Iman. Maaf Zahir dan Batin.Dr Ahmad Samsuri Bin MokhtarMenteri Besar Terengganu
13 Jun 18
916
Empty Image
Kerajaan Negeri Hargai Pengorbanan Kakitangan HSNZ
Dr Alias menyerahkan pek juada berbuka puasa kepada salah seorang kakitangan HSNZ sempena Program Penyampaian Makanan Kepada Waris Pesakit dan Kakitangan HSNZ, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailMenghargai pengorbanan kakitangan hospital yang bekerja tanpa mengira waktu demi kesejahteraan pesakit, kerajaan negeri mengagihkan 500 pek makanan dan minuman kepada kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, pek juadah berbuka puasa itu turut diagihkan kepada penjaga pesakit.Katanya, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri mengambil inisiatif menyumbang terutamanya untuk kakitangan HSNZ yang bertugas pada petang ini dan juga peneman-peneman pesakit.“Kita sediakan lebih kurang 500 paket makanan dan minuman dan semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan dan kegembiraan kepada kakitangan hospital yang terpaksa berbuka puasa di wad kerana tuntutan tugas di waktu orang lain dapat berbuka puasa bersama keluarga.“Juga kepada penjaga pesakit, pemberian ini adalah sebagai tanda prihatin kerajaan negeri terhadap masyarakat yang bertujuan meringankan beban penjaga yang terpaksa menunggu pesakit yang tentunya menyukarkan mereka untuk membeli juadah berbuka puasa,”ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Penyampaian Makanan Kepada Waris Pesakit dan Kakitangan HSNZ, Kuala Terengganu, hari ini.Katanya, kerajaan negeri berhasrat menjadikan program tersebut sebagai program tradisi setiap kali tibanya Ramadan. “InsyaAllah, program ini akan dijadikan tradisi sempena Ramadan pada tahun-tahun akan datang dan ini merupakan satu kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dengan pihak kesihatan,” ujarnya.
13 Jun 18
157
Empty Image
Tengku Muhammad Agih Sumbangan Raya Kepada 300 Golongan Asnaf Di Setiu, Besut
Yang Dipertuan Muda Terengganu mengurniakan sumbangan Aidilfitri kepada pelajar. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailSeramai 300 golongan asnaf terdiri anak yatim, mualaf, orang miskin dari Besut dan Setiu menerima sumbangan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Zainal Abidin berkenan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai RM200 berserta persalinan hari raya.Baginda turut mencemar duli menyampaikan kurniaan serta meraikan penerima dalam Majlis Pengurniaan Eidul Fitri dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Sungai Tong, Setiu, petang semalam.Antara penerima sumbangan Aidilfitri.Majlis dimulakan dengan alunan bacaan al-Quran daripada johan qariah Terengganu 2018 yang turut meraih tempat ketiga dalam tilawah al-Quran peringkat kebangsaan baru-baru ini, Nor Hidayah Abd. Rahman.Seterusnya, majlis diikuti pengurniaan sumbangan Aidilfitri kepada penerima sebelum diakhiri  dengan majlis berbuka puasa. Tengku Muhammad turut menunaikan solat Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid tersebut.Turut hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang.
12 Jun 18
127
Empty Image
Agih 2,000 Batang Lemang Kepada Pengguna LPT2
Sebanyak 2,000 batang lemang diedarkan kepada pengguna Lebuhraya Pantai Timur k2 (LPT2) dalam masa dua hari di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman, semalam.Timbalan Exco Pelancongan II Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Abd Razak Ibrahim berkata,  lemang tersebut diagihkan secara percuma kepada perantau yang balik berhari raya sempena sambutan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.“Ini adalah kolaborasi di antara kerajaan negeri  melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Pejabat Daerah Kemaman bersama Syarikat LPT2 Sdn Bhd dalam menonjolkan dan memperkenalkan hentian Pelancongan R&R Perasing yang juga dikenali sebagai ‘Mini Kemaman’ di samping kita mempromosikan produk-produk makanan tempatan di Kemaman ini.“Seperti yang kita ketahui di Kemaman terkenal dengan Lemang Kijal yang mempunyai identiti rasa tersendiri kerana ia antara makanan kegemaran ramai dan populariti Lemang Kijal masih tetap bertahan walaupun lebih daripada 20 tahun selain daripada mampu menggamit kunjungan pengguna laluan daripada Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas agihan lemang dan kudapan berbuka puasa percuma di Hentian Rawat dan Rehat Perasing,  semalam.Turut hadir, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Sementara itu, Tun Ahmad berkata, melalui promosi dan program-program yang sentiasa diadakan di R&R Perasing telah mampu menarik kunjungan pengguna LPT2.“Pada hari ini kita dapat lihat perbezaan suasana R&R Perasing tahun ini dengan tahun lalu dimana pada hari ini kita lihat telah ramai pengunjung-pengunjung pengguna LPT yang singgah berehat di sini selain lebih banyak gerai-gerai dibuka kerana berlakunya peningkatan pemintaan selepas kejayaan kita mempromosikan R&R Perasing,” katanya.Menurut Tun Ahmad, selepas ini kita akan membuka Tourist Information Center (TIC) untuk kita paparkan dan memberi informasi mengenai tempat-tempat pelancongan yang menarik dan makanan-makanan tempatan di Kemaman ini kepada mereka yang singgah disini.“Melalui TIC juga makanan-makanan tempatan seperti Lemang Kijal, Satar akan di pasarkan di R&R Perasing bagi membolehkan pengguna LPT2 mendapatkan makanan tersebut tanpa masuk ke Bandar Kemaman untuk mendapatkan berkenaan disamping membuka peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga tempatan,” katanya.
12 Jun 18
241
Empty Image
Terengganu Cadang Laksana Madinah Ramadan Di Setiap Daerah
Para tetamu bersedia untuk menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan dalam program Madinah Ramadan, malam tadi. Kredit foto Ammar PokLan'kKerajaan negeri berhasrat untuk meneruskan program Madinah Ramadan ke setiap daerah mulai tahun depan supaya manfaatnya dapat dinikmati secara langsung oleh penduduk seluruh Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata,  program yang julung kali dilaksanakan di Terengganu sebaik sahaja pentadbiran kerajaan negeri bertukar bulan lalu, akan ditambah baik bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung.“Jika dengan kerjasama seluruh pihak, InsyaAllah kita akan melaksanakan Madinah Ramadan pada tahun depan di setiap daerah. “Pada asasnya kita ingin memberi kemudahan kepada mereka yang kurang berkemampuan supaya dapat berbuka puasa secara percuma, solat tarawih dan moreh serta pulang ke rumah dengan selesa dan begitulah pada hari seterusnya sehingga penghujung Ramadan,”katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Madinah Ramadan Peringkat Negeri di Dataran Shahbandar, mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad samsuri Mokhtar, malam tadi.Mohd Nor berkata,  setiap kelemahan dalam program Madinah Ramadan itu akan diperbaiki dan ditambah baik pada masa akan datang.Bagaimanapun, sepanjang penganjuran sejak 1 Jun (16 Ramadan) lalu, kerajaan negeri berpuas hati dengan sambutan dan pengurusan program yang berjaya mengajak warga kota dan bandar raya Kuala Terengganu untuk menghidupkan bulan penuh rahmat dengan amalan yang dituntut dan disarankan oleh Islam.Tambah beliau, program yang mengambil nama `Madinah’  dengan makna kota  dan daripada kalimah 'ad-deen'  iaitu agama di mana Madinah juga menjadi pusat agama dibina dan dihidupkan.“Syukur dengan sambutan ramai umat Islam yang  menghidupkan suasana di Madinah Ramadan ini, lebih-lebih lagi kita berada di penghujung Ramadan  bila mana dinyatakan oleh para ulamak berlakunya Lailatul Qadar (malam yang penuh kemuliaan dan juga malam yang lebih baik daripada seribu bulan), malam yang mulia inilah Allah SWT menurunkan al-Quran.“Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada kita semua. Yang menerangkan seluruh aspek dalam kehidupan manusia agar manusia hidup di atas dunia ini dengan agama Allah. Akhirnya kita mendapat berkat daripada Allah,”kata beliau.Jelasnya lagi, bertepatan dengan itu juga, kerajaan negeri hari ini mahu membina masyarakat yang memiliki dua aspek penting dalam kehidupan iaitu pertama memiliki iman dan kedua, bertakwa. Beliau menjelaskan, dalam Firman Allah `Kalaulah sesungguhnya penduduk sebuah negeri itu beriman  dan bertakwa kepada Allah, nescaya kami akan bukakan bagi mereka berkat daripada langit dan bumi’.“Walau Allah SWT mengurniakan Negeri Terengganu dengan hasil kekayaan yang banyak dalam negeri tetapi jika tiada berkat, kekayaan ini akan hilang dengan mudah.  Jika kita menguruskan kekayaan ini dengan agama Allah, kita akan dikurniakan keberkatan olehNya dan Terengganu akan menjadi negeri yang maju berkat dan sejahtera, InsyaAllah,”ulas beliau lagi.Beliau juga tidak lupa berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan program itu dan menyampaikan penghargaan dan salam mewakili Menteri Besar kepada  agensi kerajaan yang terlibat secara langsung seperti Majlis Bandararaya Kuala Terengganu, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, TDM Bhd, Yayasan Islam Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Kerja Raya serta individu, syarikat mahupun sukarelawan Madinah Ramadan.Madinah Ramadan dilaksanakan selama dua minggu bermula 1 Jun 2018 sehingga 14 Jun ini diwarnai dengan pelbagai aktiviti termasuk berbuka puasa bersama, solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta solat Tarawih oleh imam dari luar negara. Pengisian lain termasuk tazkirah, bicara ilmu, fiqh wanita, santai bersama Mat Motor, ceramah Badr al-Kubra dan Nuzul Quran.
12 Jun 18
170
Empty Image
4,966 Saman Op Selamat Dalam Tempoh Empat Hari
Sebanyak 4966 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya di negeri ini oleh Polis Kontinjen Terengganu dalam tempoh empat hari sejak Ops Selamat 13/2018 dilancarkan.Ketua Polis negeri, Dato’ Aidi Ismail berkata, saman yang dikeluarkan sejak kempen selama dua minggu bermula 8 Jun lalu itu membabitkan pelbagai kesalahan lalulintas.Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding Op Selamat bagi tempoh sama tahun lepas iaitu 3227 saman."Kesalahan paling banyak dilakukan ialah memandu melebihi had laju, tidak patuhi lampu isyarat, mengguna alat komunikasi semasa memandu, memotong ‘Q’ dan garisan berkembar serta memandu di lorong kecemasan.“Berlaku peningkatan lebih 1,000 saman dalam tempoh empat hari ini, saya nasihatkan pemandu-pemandu janganlah tergopoh-gapah dan patuhilah undang-undang jalan raya untuk keselamatan bersama,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Musim Eidul Fitri Peringkat Negeri yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat di Tol Gemuruh, Kuala Nerus, semalam.Sementara itu, Aidi berkata, sebanyak 143 kes kemalangan telah direkodkan bagi tempoh sama untuk Op Selamat tahun ini, berkurang 30 kes berbanding 163 pada tahun lepas."Bagaimanapun, jumlah kemalangan maut sepanjang empat hari pelaksanaan Op Selamat 13 meningkat kepada tujuh kes berbanding hanya empat kes untuk tempoh sama tahun lepas."Kemalangan paling banyak berlaku di jalan persekutuan iaitu melibatkan 52 kes, jalan bandaran (43 kes), jalan negeri (28 kes), lebuhraya dan lain jalan masing-masing mencatat 10 kes,” ujarnya.Katanya, orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati kerana jumlah kenderaan yang banyak akan memenuhi jalan raya di musim perayaan ini.
12 Jun 18
30
Empty Image
Terengganu Belanja RM1.5 Juta Untuk 2,404 Pelajar Ke IPT
Sebahagian pelajar yang menerima bantuan persediaan kemasukan ke IPT. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri memperuntukan RM1.5 juta  untuk diagihkan kepada 2,404 pelajar sebagai persediaan menyambung   pelajaran ke peringkat matrikulasi, asasi dan diploma di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.Berdasarkan jumlah itu, sejumlah RM808,950 diagihkan kepada 1,249 pelajar di Parlimen Marang, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, dan Kuala Nerus.Manakala, sebanyak RM419,40 diperuntukkan kepada 670 pelajar (Dungun dan Kemaman) dan RM302,900 kepada 485 pelajar di Setiu dan Besut.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keseluruhan peruntukan itu berdasarkan permohonan yang diterima dan diproses oleh Yayasan Terengganu (YT) sehingga  Jun lalu.Katanya, peruntukan itu akan bertambah kerana percaya masih ada lagi pelajar yang akan membuat permohonan selepas ini.“Sudah pasti dengan adanya bantuan sebegini, meskipun jumlahnya tidaklah besar, sedikit sebanyak dapat menampung kos persediaan menyediakan kelengkapan atau membayar yuran mendaftar anak-anak pelajar di universiti nanti.“Semoga insentif dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri akan menambahkan lagi semangat anak-anak pelajar untuk memperoleh kecemerlangan dalam pendidikan sehingga peringkat tertinggi,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Bantuan Persediaan Kemasukan Ke IPT di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahari Mamat;  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Dato' Dr. Alias Abdullah.Ahmad Samsuri berkata, kepimpinan baru kerajaan negeri  akan  sentiasa memastikan  pendidikan  Terengganu terus maju dan unggul selaras dengan hasrat menjadikan Terengganu sebagai Hab Pendidikan Islam Antarabangsa.“Matlamat kita adalah besar, membawa agenda pelan induk Terengganu Sejahtera yang bermatlamat kepada slogan, Maju, Berkat dan Sejahtera merangkumi semua aspek,”katanya..
11 Jun 18
72
Empty Image
Abdul Khalid Dilantik Jadi Penasihat Ekonomi Terengganu
Dr Samsuri bermesra dengan guru khidmat masyarakat. Foto Harish Fadzillah Abu Kasim  Kerajaan negeri  menawarkan jawatan penasihat ekonomi Terengganu kepada mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertujuan  membantu Terengganu mencapai keadaan ekonomi yang lebih baik.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Abdul Khalid bersetuju dengan tawaran itu dan bersedia memberi pandangan serta nasihat yang relevan dalam memantapkan ekonomi negeri dalam pertemuan yang diadakan sebelum ini.Katanya,  beliau  tidak memegang jawatan itu secara rasmi tetapi bersetuju membantu kerana apa yang paling penting bukan jawatan sebaliknya peranan yang dimainkan."Selain Abdul Khalid, kita juga akan bertemu dan mendapatkan pandangan daripada tokoh-tokoh yang lain seperti tokoh cendekiawan, ekonomi dan masyarakat."Kita percaya kerajaan tidak boleh bergerak dengan sendiri tetapi perlu mendapatkan pandangan dan saranan daripada mereka yang mahir di luar sana," katanya.Beliau berkata demikian  ketika ditemui selepas Majlis Bayaran Bonus Guru Khidmat Masyarakat dan Guru Pintar Al-Quran Negeri Terengganu 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Dato'  Dr Alias Abdullah.Ahmad Samsuri dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa bersama anak perantau di Bangi, Selangor pada Sabtu lalu mengakui kerajaan PAS Terengganu dikunjungi Abdul Khalid seminggu selepas membentuk kerajaan negeri.“Terengganu menawarkan jawatan penasihat ekonomi kepada Abdul Khalid susulan keupayaan dan pengalamannya dalam bidang korporat serta berjaya membangunkan kerajaan negeri Selangor ketika pentadbirannya sejak 2008,”katanya. Ahmad Samsuri turut memberitahu, kerajaan negeri membelanjakan RM1.8 juta untuk memberikan bayaran bonus kepada guru khidmat masyarakat dan guru pintar al-Quran  RM500 setiap seorang.“Ia membabitkan seramai 1,705 guru bagi program Pintar Al-Quran manakala seramai 1,944 tenaga pengajar bagi kelas masyarakat,”katanya.
11 Jun 18
155
Empty Image
MB Nasihat Berhati-hati Pulang Beraya
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menasihati supaya anak-anak Terengganu di perantauan berhati-hati ketika pemanduan sepanjang perjalanan untuk pulang beraya di kampung halaman sempena menyambut Aidilfitri tahun ini.Beliau juga mengingatkan pengguna Lebuh Raya Pantai Timur khususnya, mengawasi pemanduan masing-masing terutamanya pada waktu malam agar tidak berlaku kecelakaan di jalan raya.“Saya menyeru seluruh anak-anak perantau dari pelbagai tempat, jauh atau dekat supaya pulang dan memandu dalam keadaan tenang, tidak tergopoh gapah dan sekiranya penat berhenti rehat.“Bersabar ketika memandu dan bersabar juga dengan karenah pengguna jalan raya yang lain. InsyaAllah kita dapat pulang dan berhari raya dengan lebih ceria bersama anggota keluarga,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Bantuan Raya Kepada Anak Yatim dan Miskin di Pasaraya Ku, Marang, hari ini.Majlis anjuran Dewan Pemuda Pas Rhu Rendang dan PPD Rhu Rendang yang mendapat kerjasama Pasaraya Ku Trading Sdn Bhd itu telah meraikan 50 kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan dalam DUN Rhu Rendang apabila diberi peluang membeli-belah persiapan Aidilfitri di Pasaraya Ku, Marang.
10 Jun 18
67
Empty Image
50 Anak Yatim, Miskin Terima Sumbangan Raya
Perasaan gembira dan teruja jelas terpancar pada wajah seramai 50 kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan dalam DUN Rhu Rendang apabila diberi peluang membeli-belah persiapan Aidilfitri di Pasaraya Ku, Marang hari ini.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, program kebajikan itu bertujuan meringankan beban golongan berkenaan selain membawa keceriaan ketika menyambut hari raya.“Program Sinar Aidilfitri DUN Rhu Rendang 2018 adalah merupakan satu inisiatif yang sangat terpuji yang wajar dilakukan bukan sekadar setiap tahun tetapi juga dilakukan oleh NGO-NGO dan orang perseorangan yang diberikan rezeki yang lebih oleh Allah S.W.T.“Kita perlu berkongsi dengan masyarakat terutamanya anak-anak yang tidak berkemampuan, anak-anak miskin, anak yatim dan sebagainya,” ujarnya.Beliau yang juga Adun Rhu Rendang berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Bantuan Raya Kepada Anak-Anak Yatim Dan Miskin di Pasaraya Ku, Marang, hari ini.Program anjuran Dewan Pemuda Pas Rhu Rendang dan PPD Rhu Rendang itu turut mendapat kerjasama Pasaraya Ku Trading Sdn Bhd.Katanya, beliau mengharapkan pada tahun hadapan lebih ramai anak-anak kurang bernasib baik menerima bantuan serupa.“Hari ini, jelas ternampak keceriaan anak-anak ini bila mereka memilih baju dan mendapat sedikit sumbangan walapun tidak seberapa tetapi ini adalah komitmen kita dalam meringankan beban mereka khususnya menjelang Aidilfitri beberapa hari lagi,” ujarnya.
10 Jun 18
324