Artikel "Utama" Terkini
Cari Penaja Bantu Biayai Pengurusan Zoo Bukit Takal
Ahmad Samsuri bersama rombongan meninjau sekitar Zoo Bukit Takal. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri bercadang bekerjasama dengan agensi swasta dan pelabur luar bagi membiayai dan memajukan Taman Rekreasi dan Zoo Mini Bukit Takal, Kemaman tanpa melibatkan pertambahan dana kerajaan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsurii Mokhtar berkata, pelbagai perancangan yang akan dilaksanakan, antaranya mencari penaja bagi membiayai kos mengurus dan menyelenggara kemudahan itu.“Difahamkan kira-kira RM3 juta setahun terpaksa dibelanjakan pihak pengurusan zoo bagi tujuan itu sedangkan pendapatan yang diperoleh hasil kutipan tiket hanya sekitar RM700,000 hingga RM800,000 bagi tempoh sama.“Melihat keadan itu, kerajaan perlu memikirkan langkah yang munasabah sama ada untuk membiayai, menaiktaraf kemudahan dan penjagaan haiwan tanpa melibatkan pertambahan kewangan kerajaan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan tinjauan Taman Rekreasi dan Zoo Mini Bukit Takal, Kemaman, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.Ahmad Samsuri turut memberitahu, kerajaan negeri juga mempelawa pelabur-pelabur bagi memberi pandangan untuk memajukan zoo berkenaan yang memberi impak kepada sektor ekonomi negeri dan juga penduduk.“Bagi perancangan terdekat, beberapa gerai makanan dan cederahati akan dibina Majlis Perbandaran Kemaman, selain mempelawa penduduk setempat menyediakan makanan haiwan,”katanya.
24 Jun 18
276
10,000 Tetamu Meriahkan Raya DUN Bukit Payong
Mohd Nor menyambut ketibaan Menteri Besar bersama rombongan di Majlis Aidilfitri DUN Bukit Payong, di perkarangan Pasar Kedai Buloh, Bukit Payong. Foto oleh Abu Ubaidah Mohd NoorSambutan Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong kali ini lebih nostalgik dan bermakna selepas tempoh 14 tahun kita kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah.Menurut ADUN Bukit Payong itu lagi, majlis yang bermula dari jam 10 pagi dan berakhir empat jam kemudian itu dibanjiri kira-kira 10,000 penduduk setempat dari sekitar Marang dan Kuala Terengganu serta pegawai kanan kerajaan dan pemimpin kawasan."Alhamdulillah dengan kelancaran dan kemeriahan Majlis Aidilfitri DUN Bukit Payong kali ini. Majlis ini sangat bermakna bagi seluruh jentera, ahli, penyokong dan pengundi PAS kerana pertama kali selepas 14 tahun, PAS kembali menjadi kerajaan dan kita dapat meraikannya bersama,"katanya di Majlis Aidilfitri DUN Bukit Payong, di perkarangan Pasar Kedai Buloh, Bukit Payong, semalam.Turut hadir memeriahkan majlis itu, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Beliau tiba bersama isteri, Tuan Faezah Tuan Ab. Rahman pada jam 1.40 petang meluangkan masa kira-kira setengah sebelum bergegas ke majlis lain.Dalam pada itu, Mohd Nor tidak lupa menzahirkan penghargaan beliau kepada semua pihak yang terlibat terutama ahli jawatankuasa sambutan majlis yang tidak mengenal penat bagi memastikan perjalanan sepanjang majlis lancar.Beliau turut berbangga kerana para petugas berkhidmat tanpa mengharapkan upah dan ganjaran sebaliknya ikhlas berkerja untuk memberi kegembiraan dan keceriaan kepada rakyat sempena menyambut lebaran ini."Saya doakan Allah SWT mengurniakan sebaik-baik balasan kepada anda semua. Terima kasih sekali lagi,"kata beliau lagi.
23 Jun 18
185
Sidang DUN Pertama Penentu Hala Tuju Negeri
Dr. Ahmad Samsuri memberikan duit raya kepada pengunjung cilik yang hadir di majlis hari raya DUN Rhu Rendang.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pertama di bawah kerajaan negeri pimpinan PAS dijangka berlangsung 1 Julai ini akan menjadi penentu hala tuju negeri pada penggal yang baharu ini.Beliau mengakui teruja untuk mempengerusikan persidangan DUN buat kali pertama sebagai ketua kerajaan negeri."Sidang (DUN) ini penting untuk saya dan exco-exco kerajaan bagi merangka dan mencorak pentadbiran baharu ini. "Semoga kita bersama-sama dapat membawa Terengganu ke arah yang lebih baik," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Rhu Rendang, di Dewan Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, Marang, semalam.Menteri Besar meraikan pengunjung yang hadir.Lebih 5,000 hadir di majlis yang turut dihadiri exco-exco negeri. Menurut Samsuri lagi, rumah terbuka tersebut adalah tanda terima kasih dan meraikan pengundi DUN dan Parlimen Marang yang memberi kepercayaan kepada PAS untuk memerintah Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.Pelbagai hidangan disediakan buat pengunjung.
22 Jun 18
41
Tabung Darul Iman Ditambah Baik
Kerajaan Negeri akan meneruskan dan menambah baik Tabung Darul Iman yang diwujudkan kerajaan sebelum ini demi dalam menjaga kebajikan rakyat negeri Terengganu yang memerlukan bantuan.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, selepas 35 hari mengambil alih tampuk pemerintahan dari kerajaan terdahulu, pihaknya sudah membelanjakan hampir RM1 juta menerusi tabung berkenaan. Katanya, penambahbaikan yang dilakukan adalah setiap permohonan tidak perlu lagi mendapatkan tandatangan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan tidak perlu dihantar kepada ADUN masing-masing."Dulu pemohon perlu ke sana sini untuk mendapatkan pengesahan dari JKKK dan ianya amat merumitkan dan saya juga sudah keluarkan arahan supaya pengurus Tabung Darul Iman sendiri membuat penilaian untuk kelulusan setiap permohonan dan tidak perlu lagi melalui proses sedia ada."Tempoh kelulusan permohanan yang dahulunya memakan masa sekitar tiga bulan hingga ke empat bulan kini akan menjadi lebih singkat antara sebulan atau dua bulan," katanyaBeliau ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Kemaman yang diadakan di tapak letak kereta bersebelahan Pejabat Daerah Kemaman, hari ini.Mengulas lanjut, Hanafiah yang juga ADUN Cukai berkata, penambahbaikan juga dilakukan terhadap permohonan untuk mendapatkan rumah baharu bagi mangsa yang terlibat dengan bencana seperti kebakaran.Menurutnya, pihaknya akan mempercepatkan permohonan untuk proses pembinaan rumah baru kepada yang terjejas akibat bencana dengan pemohon tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan kelulusan pembinaan sepertimana sebelum ini."Biasanya bagi kes kebakaran mangsa terpaksa menunggu sehingga antara lapan hingga 10 bulan untuk mendapatkan rumah baharu tetapi dengan kaedah baharu selepas perjumpaan saya dengan Tabung Darul Iman dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), saya telah membuat keputusan agar rumah mesti disiapkan segera dalam tempoh antara tiga hingga empat bulan agar mangsa kebakaran tidak terseksa menunggu rumah baharu mereka," katanya.Menurutnya lagi, pembinaan tiga buah rumah baharu di Kampung Losong, Kuala Terengganu kepada mangsa kebakaran adalah projek perintis yang menggunapakai kaedah baharu berkenaan dan ianya akan diperluaskan di seluruh daerah di negeri ini."Kelulusan permohonaan di bawah Tabung Darul Iman tidak mengambil kira fahaman politik dan mana-mana rakyat negeri ini yang berkelayakan boleh memohon dan sumber kewangan untuk membiayai Tabung Darul Iman diperoleh daripada sumbangan anak syarikat kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan derma yang dihulurkan orang ramai," katanya.Bagaimanapun, katanya, setakat ini tidak ramai rakyat di bahagian selatan Terengganu iaitu dari Paka hingga ke Kemaman yang memohon tabung tersebut.Tambah beliau lagi, mungkin ada yang tidak tahu kewujudan tabung ini dan diharap selepas ini bantuan ini ditersebar keeluruh Terengganu.Katanya, mulai bulan depan, borang Tabung Darul Iman boleh diperoleh di Pejabat DUN masing-masing.
21 Jun 18
52
Kerajaan Negeri Beri Perhatian Cadangan Perantau
Menteri Besar bersalaman dengan tetamu di Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Anak-Anak Terengganu Di Perantauan Sempena Aidilfitri 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimSemua cadangan dan sumbangan pemikiran anak-anak Terengganu di perantauan akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri sebagai usaha memajukan negeri ini.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pertemuan Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Anak-Anak Terengganu Di Perantauan 2018, sempena Aidilfitri itu juga pendekatan terbaik kerajaan negeri untuk bermesra dan mendekati seluruh anak-anak Perantau.Oleh itu, majlis tersebut katanya, adalah medan yang sesuai untuk mendapatkan pandangan dan cadangan dari rakan-rakan perantau.“Pada masa yang sama, majlis ini menjadi tempat kepada kerajaan negeri menyampaikan hasrat dan misi kerajaan serta menjawab isu-isu semasa yang melibatkan pentadbiran dan politik,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Anak-Anak Terengganu Di Perantauan 2018, sempena Aidilfitri 1439H, di Dewan Konvensyen Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang, Exco-exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan Presiden Perantau Prof. Dr. Kamaruzaman Yusof serta lebih 3,000 perantau.Oleh itu, beliau yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pusat itu berkata, tugas kerajaan yang dipilih untuk bangun mendepani masa mendatang dengan politik kasih sayang, politik matang dan sejahtera, yang diamalkan oleh parti itu.“Ini merupakan anjakan pemikiran supaya rakyat tidak takut dengan perubahan, yang dilakukan dalam proses demokrasi negara kita.“Kita bangun dengan poliitik yang lebih harmoni ke dalam masyarakat, bukan politik kebencian…(tetapi) politik yang menyelesaikan masalah,” tegasnya.-Buletinonline
17 Jun 18
84
Belanja RM1.8 Juta Untuk Bayaran Bonus Guru Khidmat Masyarakat Dan Pintar al-Quran
Ahmad Samsuri mengagihkan bayaran bonus kepada guru pintar al-Quran. Foto Harish Fadzillah Abu Kasim Kerajaan negeri membelanjakan RM1.8 juta sebagai bayaran bonus kepada guru khidmat masyarakat dan guru pintar al-Quran yang berjumlah RM500 setiap seorang.Ia membabitkan seramai 1,705 guru bagi program Pintar Al-Quran manakala seramai 1,944 orang lagi membabitkan tenaga pengajar bagi kelas masyarakat.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berpesan kepada kepada guru-guru, jangan abaikan pendidikan al-Quran kepada anak-anak kita. Katanya, tugas mendidik anak-anak adalah tanggungjawab bersama yang mesti dilaksanakan dengan tidak melepaskan bebanan ini kepada orang tertentu sahaja. “Guru mestilah menanganinya dengan penuh tanggungjawab ke arah pembentukan peribadi mulia dengan merangsang minda kanak-kanak melalui aktiviti yang telah dimulakan oleh para ibu bapa.“Asas yang telah disemai oleh ibu bapa perlu dipupuk dan disubur lagi oleh guru-guru agar kanak-kanak ini terus mekar membudaya tradisi membaca dalam kehidupannya,”katanya pada satu majlis baru-baru ini.Katanya, bahkan sendiri sebagai seorang insan perlu dekat dengan al-Quran, perlu berwawasan dan mempunyai hala tuju ke arah membimbing masa depan anak-anak. “Biarpun sudah khatam al-Quran, jangan berhenti di sini sahaja. Teruskan membaca al-Quran, memahami makna dan terus menghayatinya dalam kehidupan kita.“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru Al-Quran yang telah lama mencurahkan bakti dalam bidang pengajaran Al-Quran,”katanya
15 Jun 18
64
Polis Terengganu Beri Lebih Tumpuan Kawasan ‘Blackspot’ Sepanjang Op Selamat
Polis Terengganu akan memberi lebih tumpuan kepada kawasan 'blackspot' yang dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlakunya kemalangan dalam Op Selamat 13/2018 sempena Aidilfitri tahun ini.Antara lokasi itu ialah Kilometer 3 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Jalan Kamaruddin) di Kuala Terengganu, KM 72-KM 73 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Pulau Serai) Dungun serta KM 170 Jalan Jerangau-Jabor (Padang Kubu) di Kemaman.Ketua Polis negeri, Dato’ Aidi Ismail berkata, dalam masa yang sama Polis Kontijen Terengganu tidak akan mengabaikan kawasan bukan sasaran."Kita kategorikan kawasan ini sebagai 'blackspot' kerana kebanyakan kes kemalangan berlaku di situ, sebab itu kita beri tumpuan dan pemantauan yang lebih di kawasan ini,” ujarnya.Aidi berkata, aliran trafik dijangka akan menjadi sesak pada 12 hingga 15 Jun dan 18 hingga 19 Jun ini dengan pertambahan kenderaan atas jalan raya sebanyak tiga kali ganda berbanding hari biasa.“Antara jalan yang dijangka menjadi sesak termasuk Bandar Chukai, Kemaman serta Bandar Dungun, Dungun.“Bagi daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pula kemungkinan akan berlaku kesesakan di Jalan Tengku Mizan (Hadapan Mydin Mall), Jambatan Sultan Mahmud, Jalan Banggol Air Lilih dan Plaza Tol Kuala Terengganu.“Manakala, Besut (Pekan Jertih), Marang (Persimpangan Batangan/Jambatan Marang) dan Setiu (Persimpangan Chalok, Bandar permaisuri dan Guntung,” ujarnya.Katanya, bagi mengatasi kesesakan jalan raya di musim perayaan ini, anggota bertanggungjawab mengawal lalu lintas akan ditempatkan di persimpangan lampu isyarat yang sesak.“Kita juga akan mengadakan laluan terus di persimpangan utama dan mengenalpasti jalan alternatif.“Malah, anggota trafik juga akan memantau jalan-jalan yang sesak dan akan mengambil tindakan perlu bagi memastikan pengguna jalan raya tidak terperangkap dalam kesesakan seperti membuat penarikan di persimpangan dan lampu isyarat, laluan akan dibuat selari serta membuat lencongan sekiranya perlu,” ujarnya.
15 Jun 18
176
4,000 Rakyat Sertai Sultan Mizan Solat Sunat Aidilfitri
Sultan Mizan bersalaman dengan jemaah yang turut hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailHampir 4,000 rakyat negeri ini mengambil kesempatan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu, pagi ini.Sultan Mizan tiba jam 8.10 pagi dengan berpakaian baju Melayu ungu turut ditemani Sultanah Terengganu, Sultanah Nurzahirah serta anakanda, Tengku Muhammad Mua'az.Mengiringi baginda, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Abd Rahman dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan isteri, To' Puan Kamsiah Dollah.Solat sunat Aidilfitri hari ini diimamkan Mufti Terengganu, Dato' Dr Zulkifly Muda.
15 Jun 18
124
Lebih 15,000 Hadir Rumah Terbuka Menteri Besar Terengganu
Ahmad Samsuri bersama isteri mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak. Harish Fadzillah Abu KassimKira-kira 15,000 orang hadir ke rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Orang ramai mengambil masa lebih satu jam untuk bersalaman dengan Ahmad Samsuri dan Isteri Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman sebelum menikmati pelbagai juadah disediakan.Walaupun terpaksa berdiri dan beratur di tengah panas terik, ia tidak menghalang rakyat termasuk mereka yang bukan beragama Islam untuk hadir ke majlis rumah terbuka yang diadakan bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.Tiada riak keletihan pada pada wajah Ahmad Samsuri dan isteri yang sentiasa mengalu-alukan kehadiran tetamu.Lebih 200 juadah termasuk laksam, sate, nasi dagang, nasi minyak,keropok goreng segera dan pelbagai kuih muih disediakan untuk pengunjung.Malah, rumah terbuka pemimpin terbabit bukan sahaja dikunjungi masyarakat setempat malah anak perantau dan penduduk luar Terengganu
14 Jun 18
238
KPDNKK Terengganu Jamin Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal
Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu memberi jaminan bekalan bahan mentah di negeri ini mencukupi bagi menampung keperluan pengguna sepanjang Aidilfitri ini.Ketua Penguatkuasa KPDNKK Terengganu, Zulfamy Mat Udi berkata, pihaknya telah mendapat jaminan daripada para pembekal berhubung perkara tersebut.“Orang ramai tidak perlu bimbang dan datang sahaja ke pasaraya, kedai runcit untuk mendapatkan bekalan bahan mentah seperti biasa dan belilah mengikut keperluan.“Pengguna perlu bijak dengan lihat, pilih dan beli. Lihat Harga, pilih barangan yang tepat barulah kita membuat pembelian dan jangan tergesa-gera membuat ketika pembelian,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Walkabout Skim Kawalan Harga Musim Perayaan tahun 2018 di Mydin Kuala Terengganu, hari ini.Sementara itu Zulfamy berkata, sebanyak 19 kesalahan dikesan dilakukan peniaga di negeri ini dalam tempoh empat hari, melalui operasi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Aidilfitri yang bermula 8 Jun lalu.Katanya, daripada jumlah itu, 14 kesalahan membabitkan kegagalan peniaga meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu pada barangan harga terkawal, menjual melebihi harga maksimum ditetapkan (empat), dan satu tiada tanda harga.“Kompaun sebanyak RM3,100 telah dikeluarkan atas kesalahan tersebut,” ujarnya.
13 Jun 18
297