lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Jemaah Haji Terengganu Catat Peningkatan
Ahmad Samsuri bermesra dengan sebilangan jemaah haji. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail.Terengganu mencatatkan peningkatan bilangan umat Islam yang berpeluang mengerjakan ibadah haji pada saban tahun di mana mencapai 2,739 jemaah pada tahun ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata jumlah itu melonjak dengan ketara berbanding pada 621 jemaah pada 2014, 832 jemaah (2015), 1,327 jemaah (2016) dan 2,548 jemaah pada tahun lalu.Katanya, pertambahan kuota yang diberikan Lembaga Tabung Haji membolehkan kerajaan negeri menghantar 101 kakitangan cemerlang."Sejumlah 112 penerbangan disediakan untuk membawa 30,200 jemaah haji Malaysia termasuk 2,739 jemaah dari Terengganu yang bermula 14 Ogos ini, "katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Musim 1439 Hijrah peringkat Negeri Terengganu, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Adi AzuanSeramai 120 petugas TH bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada jemaah bagi melaksanakan ibadat haji melalui simulasi bertawaf, saie, melontar jamrah, amalan dan beribadah secara berkumpulanAhmad Samsuri berkata bakal jemaah haji dinasihatkan membuat persediaan awal dengan melakukan aktiviti riadah, kecergasan, penjagaan kesihatan sertam pemakanan dan seboleh-boleh perlu mengambil vitamin."Sepanjang berada di Tanah Suci, bakal haji juga dinasihatkan  untuk mematuhi peraturan oleh TH dan pihak Kerajaan Arab demi kebaikan bersama," katanya
29 Jun 18
99
Empty Image
Golongan Berpendapatan Rendah Mula Nikmati Bekalan Air Percuma
Kira-kira 6,000 penerima terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah di negeri ini telah memperoleh manfaat menerusi pemberian air percuma oleh kerajaan negeri bermula bulan ini.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau Ngeri, Dr Mamad Puteh berkata, jumlah itu dijangka akan meningkat berdasarkan semakan semula terhadap senarai penerima e-Kasih. “Setakat ini, lebih kurang 6,000 penerima telah memperoleh manfaat bagi penggunaan 20 meter padu air. Mereka terdiri dalam senarai penerima e-Kasih dan penerima Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).“Kita jangka jumlah penerima akan bertambah setelah pembukaan permohonan baharu (e-Kasih), penerima zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu selain penyelarasan kaedah baharu termasuk (keluarkan borang) yang akan di laksana bagi membolehkan mereka yang layak mendapatkan bantuan bekalan air,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mesyuarat mingguan exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, pemberian air percuma hanya meliputi penggunaan sebanyak 20 meter padu ke bawah yang ditawarkan hanya untuk golongan berpendapatan rendah dan miskin sahaja.“Sekiranya mereka menggunakan lebih daripada kadar itu, contohnya 25 meter padu, mereka hanya perlu membayar bagi penggunaan lima meter padu sahaja," ujarnya.
27 Jun 18
190
Empty Image
UKOM Dijenamakan Semula Kepada UPDI
Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) yang merupakan jentera penggerak media rasmi kerajaan negeri akan dijenamakan semula berkuatkuasa 1 Julai ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, ia yang bakal dikenali sebagai Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) akan terus berperanan menyebarluaskan dasar-dasar kerajaan negeri dan kepemimpinan kepada rakyat.“Kita hanya mengubah nama UKOM kepada UPDI dan diharap seluruh jentera UPDI akan berperanan seperti mana biasa.“Kita letakkan Darul Iman tujuannya untuk memperkasakan dan mengingatkan balik kepada rakyat Terengganu bahawa Negeri Terengganu ini adalah sebuah negeri yang dibina dengan asas yang kuat (Darul Iman),” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mesyuarat mingguan exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, pertukaran nama unit itu juga bagi menggambarkan pergerakan penerangan dibawah kerajaan PAS berasaskan iman bagi menjawab segala fitnah dan memberi penjelasan sebaik mungkin kepada masyarakat berkaitan sesuatu isu mahupun dasar-dasar kerajaan.Katanya, pensyarah Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) Manir Mohd Soud Said  akan dilantik sebagai sebagai pengarah UPDI bermula 1 Julai ini.Dalam perkembangan lain katanya, kerajaan negeri di bawah portfolio yang dipengerusikan beliau juga akan menubuhkan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS) bermula tarikh yang sama.“Kita telah bersepakat untuk menubuhkan satu agensi kerajaan yang akan melaksanakan semua polisi dan dasar kerajaan sehingga sampai ke kampung-kampung.“Dalam erti kata lain, institut ini juga berperanan membina modal insan yang ada diseluruh negeri Terengganu samada belia, beliawanis dan seluruh lapisan masyarakat berasaskan prinsip Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera,” ujarnya.
26 Jun 18
233
Empty Image
Pantau Projek Elak Terbengkalai
Ahmad Samsuri bermesra dengan kanak-kanak Orang Kurang Upaya. Foto Harish Fadzillah KassimKerajaan negeri akan memantau secara serius semua projek pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Kuala Nerus bagi mengelak terbengkalai.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemantauan lebih kerap itu dibuat memandangkan ada beberapa projek yang lewat siap daripada tarikh sepatutnya.Katanya, hari ini dia diberi taklimat mengenai projek pembangunan di Kuala Nerus dan dimaklumkan terdapat beberapa projek mengalami kelewatan, termasuk projek tebatan banjir.“Perkara itu perlu dipandang serius kerana berkait dengan masalah penduduk setempat di mana di antara mereka terutama yang tinggal berhampiran pantai dibelenggu kehilangan rumah,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Daerah Kuala Nerus di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, ADUN Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim dan ketua-ketua jabatan lain.Ahmad Samsuri turut memberitahu, seboleh-bolehnya setiap projek yang bakal dilaksanakan kerajaan kelak akan mengambil kira pandangan rakyat bagi mengelak rasa tidak puas hati.“Perkara itu sememangnya menjadi dasar kerajaan, apa yang disuarakan rakyat akan dibincangkan dalam mesyuarat.“Bagaimanapun ada juga projek yang perlu dilaksana tanpa pandangan mereka, sebaliknya memerlukan khidmat beberapa pakar dalam bidang berkaitan,”katanya.
26 Jun 18
44
Empty Image
Jambatan Angkat Beroperasi Dalam Tempoh Setahun Dari Sekarang
Menteri Besar bergambar dengan pegawai dan kakitangan Bahagian Arkitek Jabatan Kerja Raya yang memenangi gerai tercantik dalam pertandingan antara agensi sempena Majlis Hari Raya Wisma Negeri. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Mercu tanda negeri, jambatan angkat (drawbridge) yang menghubungkan muara selatan di pusat Bandar Raya Kuala Terengganu dengan muara utara di Seberang Takir dijangka siap dan dibuka untuk kegunaan umum dalam tempoh setahun dari sekarang. Menteri Besar,  Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pembinaan  jambatan ikonik pertama di Asia Tenggara yang dibangunkan oleh kerajaan terdahulu  menerusi Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECER)  itu diteruskan seperti biasa.“Jambatan angkat masih dalam pembinaan dan ada beberapa isu berbangkit mengenai projek itu kerana sedikit sebanyak mengganggu pergerakan kapal yang terpaksa mengambil penumpang pekerja  di pelantar minyak. Bagaimanapun, ia sudahpun dibincang dan pada masa ini ia berjaya diselesaikan.“InsyaAllah dalam tempoh setahun menara jambatan angkat akan dapat disiapkan sebelum beroperasi,”katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas mengunjungi Majlis Hari Raya Aidilfitri di Wisma Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Turut hadir, isteri beliau, Tuan Faezah Tuan Ab. Rahman. Hadir sama, ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan di wisma berkenaan. Projek sepanjang 638 meter mampu menyuraikan aliran trafik di Jambatan Sultan Mahmud, selain menjadi mercu tanda ikonik yang dapat menarik minat lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke Terengganu.Sementara itu, ketika mengulas mengenai cadangan pembinaan Universiti al-Quran oleh kerajaan negeri sebelum ini, beliau memberitahu kerajaan negeri juga akan meneliti semula perkara itu sebelum sebarang keputusan diambil dengan mengambil kira pelbagai faktor.Terengganu sebelum ini menawarkan tapak bagi penubuhan sebuah Universiti al-Quran sebagaimana terkandung di dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan (mantan) Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.Difahamkan Kerajaan BN ketika itu telah membeli Kolej Islam Sains Teknologi (KIST) di Kuala Berang, Hulu Terengganu melibatkan kos RM30 juta untuk dijadikan kampus tetap universiti berkenaan.Tambah beliau lagi, dalam tempoh baru sebulan setengah kerajaan pimpinan PAS mengambil alih pentadbiran negeri, banyak perkara termasuk projek pembangunan yang perlu dikaji semula sebelum diteruskan dengan mengambil kira beberapa syarat iaitu tidak membebankan kewangan kerajaan, memberi kesan yang baik kepada masyarakat sekitar serta menguntungkan kerajaan negeri terutama dalam sektor pelancongan dan ekonomi. Menteri Besar  turut mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa kepimpinan kerajaan masa kini akan kekal  memberi komitmen dan meneruskan semua projek yang dibangunkan oleh kerajaan terdahulu, sekiranya ia mampu memberi manfaat kepada rakyat.“Bagaimanapun, yang mana (projek)  tidak beri limpahan ekonomi kepada rakyat, ianya akan ditambah baik semula supaya dapat memberi kesan secara langsung terutama kepada kemajuan ekonomi setempat.“Bukan sahaja Zoo Kemaman yang sempat saya kunjungi beberapa hari lepas akan diperbaiki dan ditambah baik aktivitinya supaya memberi manfaat kepada ekonomi penduduk sekitar, malah ini juga kita tekankan kepada semua projek lain,"katanya.
26 Jun 18
48
Empty Image
Keputusan Teruskan ECRL Tindakan Wajar - MB
Ahmad Samsuri menaiki bot meninjau kawasan Setiu Wetland. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya terma-terma dalam kontrak perjanjian itu boleh dirunding semula adalah satu tindakan wajar.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat termasuk melibatkan perkara tersebut.“Kita sedar ada masalah-masalah tertentu dalam projek ECRL ini yang menjadi punca kebimbangan bukan sahaja kepada rakyat tetapi kepada kerajaan sama ada kerajaan negeri mahupun Pusat.“Kepentingan projek tidak boleh dinafikan, tetapi apa yang penting sekarang ialah sekiranya ada kebimbangan yang wujud kita perlu berunding balik untuk meneliti dan mengkajinya dari pelbagai aspek.“Termasuk dari segi kos, terma perjanjian, pelaksanaan projek serta kesan kepada masyakarat dan sebagainya kerana ini yang perlu kita perbetulkan bukan dengan membatalkan terus sesuatu projek,”ujarnya kepada pemberita selepas meninjau kawasan Setiu Wetland dalam lawatan kerja sehari ke Setiu, semalam.Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberitahu sebuah portal berita bahawa Kerajaan Pakatan Harapan akan meneruskan ECRL selepas perbincangan semula kosnya dan sejumlah RM20 bilion juga sudah dibayar.Katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat berikutan membuat pertimbangan yang sewajarnya berhubung perkara itu dan menjawab persoalan yang membelenggu rakyat negeri ini.“Bagaimana kita hendak mengatasi masalah terma-terma dan sebagainya itu kita akan hadapi bersama antara kerajaan negeri dengan Pusat dan juga kontraktor dari negara China,” ujarnya.
25 Jun 18
48
Empty Image
Kerjasama Kerajaan Dan Rakyat Penting Bina Terengganu Lebih Baik
Ahmad Samsuri menceduk kuah laksa kepada tetamu di Majlis Sambutan Hari Raya Perdana Peringkat Daerah Setiu di Dewan Majlis Daerah Setiu. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailSeluruh rakyat negeri ini diharap memberi kerjasama utuh kepada kerajaan negeri agar usaha membina Terengganu yang lebih baik tercapai.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerjasama yang baik dan erat antara kepimpinan pentadbiran  kerajaan dan rakyat negeri ini sangat penting dalam merealisasikan pembangunan dan kemajuan negeri.“Apa yang lepas, biar lepas. Sekarang ini, kita hendak bergerak ke hadapan. Kelemahan yang lepas kita cuba baiki termasuk sebagai kerajaan baharu, kita akan membaik pulih dan meningkatkan kesejahteraan penduduk kepada suatu tahap yang lebih cemerlang.“Terengganu dikurniakan oleh Allah S.W.T sumber hasil bumi yang banyak dan sekiranya ianya dapat dimanfaatkan melalui kerjasama kerajaan dan rakyat , InsyaAllah kita mampu menjadi sebuah negeri yang lebih baik daripada yang ada sekarang ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Raya Perdana Peringkat Daerah Setiu di Dewan Majlis Daerah Setiu, semalam.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya serta Pegawai Daerah Setiu Rosdi Awang.Di majlis itu, Ahmad Samsuri turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Petronas secara khususnya yang telah mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu program kemasyarakatan bukan sahaja di daerah Setiu bahkan di seluruh negeri ini.Terdahulu, beliau turut menghadiri taklimat khas berkaitan projek-projek pembangunan dan permasalahan yang ada di Setiu menerusi penerangan yang diketuai oleh Rosli dan juga ketua-ketua jabatan daerah itu di Pejabat Daerah Setiu.
25 Jun 18
49
Empty Image
JHEAT Jadi Tonggak Jayakan Terengganu Maju, Berkat Dan Sejahtera
Mohd Nor menyampaikan cenderahati sempena persaraan pegawai dan kakitangan JHEAT. Foto oleh Abu Ubaidah Mohd NoorKerajaan negeri meletak harapan tinggi kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) supaya menjadi  agensi utama yang mampu menjayakan tema `Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera'.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, agama menjadi asas untuk membina kemajuan dan ianya datang dari kesedaran masyarakat itu sendiri.Jelasnya, apabila minda dan hati manusia menjadi miskin, ini akan menyebabkan mereka tidak mampu bekerja dan bersikap proaktif. Oleh yang demikian, pejabat agama memainkan peranan untuk mengkayakan hati dan minda mereka supaya bersikap positif untuk memajukan negeri, kehidupan mereka dan keluarga."Keduanya melalui agama, sudah tentu memberi garis panduan kepada masyarakat untuk mendapat berkat dalam kerja yang dilakukan termasuk negeri ini akan mendapat berkat dari Allah yang sudah tentunya diatur dengan agama.. datang melalui penyusunan dari pejabat agama."Akhirnya sejahtera yang paling asas iaitu kesejahteraan hati yang perlu diwujudkan oleh pejabat agama dengan ilmu, dakwah, pendidikan, kerohanian dan sebagainya oleh agensi ini melalui agenda mereka bagi mengimarahkan seluruh ruang-ruang bagi memberi kefahaman kepada masyarakat dengan agama dan beramal agar tema negeri terlaksana dengan baik," katanya.Beliau berkata demikian kepada Teganukita di Majlis Meraikan Persaraan Pegawai dan Kakitangan JHEAT bagi tahun 2018 di Dewan Auditorium, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu,hari ini.Turut hadir Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu yang  juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Wan Ismail Sahaimi Wan Omar.Seramai 32 pegawai dan kakitangan JHEAT pelbagai peringkat diraikan sempena persaraan dan pertukaran pada tahun ini.Sementara itu, Wan Ismail berkata majlis yang diadakan itu merupakan tanda penghargaan dan penghormatan sebagai mengenang bakti yang dicurahkan sepanjang bergelar penjawat awam."Walaupun saya merasakan penghargaan yang diberikan pada hari ini tidak setimpal jika dibandingkan dengan jasa sepanjang mereka berkhidmat namun sedikit sebanyak jasa mereka tetap dikenang dengan penganjuran majlis serta pemberian cenderahati dalam penganjuran majlis kali ini," katanya.
24 Jun 18
348
Empty Image
Rujuk Pakar Atasi Hakisan Pantai Geliga, Kuala Kemaman
Kerajaan negeri akan mendapatkan khidmat pakar kejuruteraan pantai dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam masa terdekat susulan ancaman hakisan yang berlarutan di Pantai Geliga, Kuala Kemaman.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pada masa sama akan merujuk penyelidik dari mana-mana universiti bagi mencari alternatif, sumbangan idea dan kepakaran yang boleh membantu mengatasi pemasalahan itu tanpa menanggung kos yang terlalu tinggi.Katanya, kerjasama dengan Kerajaan Pusat juga diharapkan dapat berterusan bagi membina benteng pemecah ombak sepanjang 2.5 kilometer yang membabitkan kos RM30 hingga RM40 juta.“Kerajaan akan berusaha mengatasinya secepat mungkin kerana menyedari penting untuk keperluan nelayan keluar dan masuk mencari rezeki, pelancong dan masyarakat setempat,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan tinjauan Taman Rekreasi dan Zoo Mini Bukit Takal, Kemaman, semalam.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman YahyaAhmad Samsuri turut memberitahu perkhidmatan Kemaman Shuttle akan disambung semula dengan beberapa penambahbaikan."Kita akan tengok dan perincikan kembali sama ada dari segi kekerapan serta jalan mana yang akan dilalui dan semua itu akan dilihat kembali mengikut keperluan yang diperlukan rakyat,"katanya.
24 Jun 18
499
Empty Image
Projek Bandar Baru Kijal Diteruskan
Kerajaan negeri akan meneruskan projek pembangunan Bandar Baru Kijal yang sedang dalam pembinaan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan juga akan mengkaji dan memperincikan semula projek yang belum berjalan.“Kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini meluluskan peruntukan kira-kira RM250 juta untuk pembangunan di Bandar Baru Kijal."Mana-mana projek dalam Terengganu ini yang sedang berjalan juga akan diteruskan sehingga selesai. Sekiranya projek mendatangkan manfaat dan hasil yang baik kepada rakyat kita akan luluskan dan teruskan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sekepas meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di tempat letak kereta Astaka, Kemaman, hari ini.Menurut Ahmad Samsuri, kerajaan negeri sebelum ini juga sudah memutuskan untuk meneruskan projek yang sedang berjalan di seluruh negeri ini."Projek yang belum berjalan akan kita kaji dalam pelbagai aspek termasuk melihat dari segi  keadaan kewangan negeri dan sebagainya,"katanya.Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, perkhidmatan bas Kemaman ‘Shuttle’ akan diwujudkan kembali demi menyediakan kemudahan penduduk Kemaman."Kemaman Shuttle ini akan diwujudkan kembali dengan beberapa perubahan yang akan diperincikan oleh Yang Berhormat di sini.“Kita akan kaji berapa buah bas yang perlu termasuk kekerapan laluan termasuk kepada penduduk di luar bandar Kemaman,” katanya.Tambah beliau lagi, kerajaan akan meneruskan perkhidmatan bas percuma di daerah lain demi meringankan beban masyarakat.
24 Jun 18
135