lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Mohd Syahir Dilantik Setiausaha Politik Presiden PAS
Mohd Syahir (kanan) bersama Dr. Ahmad SamsuriPengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Mohd Syahir Che Sulaiman dilantik sebagai Setiausaha Politik Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang baharu.Pelantikan beliau bagi menggantikan Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang kini dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu.Perkara ini disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung pada 8 Julai lalu, di Kuala Terengganu.Dr. Ahmad Samsuri melalui laman Facebooknya semalam, merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan itu."Perlantikan ini amat tepat, berdasarkan kelayakan dan kebolehan beliau yang  amat membanggakan."Saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua, sekiranya sepanjang menggalas amanah sebagai Setiausaha Politik Presiden sejak 2008, terdapat  kelemahan dan kekurangan. "Pengalaman saya sebagai Setiausaha Politik Presiden,  merupakan suatu pengalaman yang tidak ternilai harganya."Kepada Saudara Syahir, selamat menunaikan tanggungjawab sebaiknya demi bangsa, agama dan negara," ulas beliau lagi.Mohd Syahir merupakan lulusan Sarjana Pengajian Pembangunan (Master of  Development Studies) Universiti Malaya (UM) dan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Beliau kini memegang jawatan Penolong Naib Presiden (AVP), Development Strategy di sebuah syarikat korporat terbesar negara.
11 Jul 18
709
Empty Image
MB Rakam Takziah Kematian Bekas Ketua Pegawai Agama TDM
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Muhamad Zain Abd Rahman yang kembali ke rahmatullah pagi tadi di rumah beliau, di Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor."Mewakili kerajaan dan rakyat Negeri Terengganu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan bakti Allahyarham,"katanya dalam satu kenyataan kepada media. Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Agama, TDM Berhad pada awal 2000 hingga 2004.إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
11 Jul 18
591
Empty Image
KPDNHEP Terima 26 Aduan Berkaitan GST
Saharuddin sedang melayan tetamu. Foto Harish Fadzillah Abu KassimKementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNHEP) Terengganu menerima  26 aduan kesalahan peniaga yang masih mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) enam peratus sejak 1 Jun lepas.Pengarah KPDNHEP, Saharuddin Mohd Kia, berkata berdasarkan jumlah itu, Kuala Terengganu mencatatkan jumlah aduan paling tinggi iaitu 20 aduan diikuti Kemaman (20 aduan) dan Dungun dengan 1 aduan.  Katanya, antara kesalahan yang dikenalpasti, termasuk harga barangan tidak berubah, penurunan harga tidak selaras, premis masih mengenakan GST, harga yang dibayar tidak sama pada tanda harga yang dipaparkan dan  harga barangan meningkat.“Pihak kami  telah memeriksa sebanyak 1,281 premis perniagaan membabitkan pasar raya, kedai runcit, pasar mini dan  peruncitan lain sejak pemansuhan GST sehingga 5 Julai Lepas.“Melalui  Operasi Catut, 4,0 itu, sebanyak 47,523 barangan runcit, makanan dan minuman, buku dan alat tulis, pakaian, produk kecantikan telah diperiksa,”katanya .Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Majlis Sambutan Hari Raya KPDNHEP, di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, hari ini.Sharuddin mengingatkan agar semua peniaga mematuhi peraturan kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka diambil tindakan menerusi beberapa akta seperti Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan “Orang ramai yang mengesan sebarang kesalahan peniaga berhubung GST boleh hubungi bilik gerakan ini pada talian 09?6204679 (KPDNKK Negeri / Cawangan Kuala Terengganu), 09-6902203 (Cawangan Besut), 09-8502457 (Cawangan Kemaman) dan 09-8453586 (Cawangan Dungun),”katanya.
11 Jul 18
34
Empty Image
Doa Rakyat Terengganu Buat Jepun
Kerajaan Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah buat Negara Jepun atas kejadian banjir dan tanah runtuh yang melibatkan kehilangan dan kematian ratusan nyawa.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan harapan serta doa mewakili rakyat Terengganu supaya Allah SWT mempermudahkan urusan lebih dua juta penduduk yang dipindahkan ke wilayah lebih selamat dan mangsa yang berada di pusat perlindungan."Saya yakin Kerajaan Jepun di bawah pimpinan Presiden Shinzo Abe dan seluruh rakyat Jepun dapat menangani kesan bencana alam ini dengan baik,"kata beliau dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Akhbar melaporkan angka kematian akibat hujan lebat luar biasa yang melumpuhkan Jepun dengan banjir dan tanah runtuh meningkat kepada 156 hari ini (semalam), kata jurucakap kerajaan.Operasi mencari dan menyelamat diteruskan selepas bencana berkaitan cuaca paling buruk dalam masa tiga dekad, dengan puluhan masih dipercayai hilang dalam kejadian yang berlaku sejak Khamis lalu.
11 Jul 18
143
Empty Image
Sambutan Hari Raya UPDI Meriah
Majlis Hari Raya Aidilfitri Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) yang diadakan di perkarangan pejabat UPDI hari ini meriah dengan kehadiran lebih 1,000 orang tetamu.Majlis yang bermula dari jam 11 pagi dan berakhir empat jam kemudian itu turut dihadiri pengamal media negeri ini, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin kawasan serta penduduk sekitar Kuala Terengganu.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed.Pelbagai juadah seperti nasi pilaf, nasi minyak, kambing golek, sate, rendang, ketupat, rojak betik, buah-buahan disediakan untuk dinikmati pengunjung.
10 Jul 18
196
Empty Image
MTD Bukit Ibam Hargai Bantuan PAS Dungun
Perkhidmatan van jenazah yang disediakan oleh PAS Dungun.                                  Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Ibam, Keratong, Pahang, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kepimpinan PAS Parlimen Dungun, berikutan membantu menguruskan dua jenazah mangsa kemalangan yang maut di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT), semalam.Timbalan Pengarahnya, Din Abu Bakar Mohamad berkata, penghargaan tersebut ditujukan kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Dungun dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Lama Sura kerana menguruskan serta menghantar jenazah ke kampung halaman mereka."Saya mewakili keluarga mangsa mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAS Dungun kerana menyediakan perkhidmatan van jenazah dan menghantarnya ke kampung halaman mereka dan juga pihak masjid yang menguruskan urusan jenazah," katanya.Menurut Din, pertolongan yang diberikan sedikit sebanyak telah mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa kemalangan yang kehilangan insan yang tersayang di dalam kejadian tersebut."Bagi pihak keluarga mangsa, apa yang terjadi merupakan satu ujian Allah terhadap mereka dan kita sebagai hambaNya perlulah memberikan sokongan dan pertolongan kepada mereka (keluarga mangsa) dalam pengurusan jenazah ahli keluarga mereka," katanya.Katanya kerjasama sebegini perlulah dikekalkan dalam mengukuhkan ukhwah di kalangan ahli PAS untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan tanpa mengira masa.Keadaan kereta yang remuk teruk dalam kemalangan tersebut.Dalam kejadian jam 11.40 pagi semalam di kilometer 334.3 Lebuh Raya Pantai Timur 2 berhampiran susur keluar Plaza Tol Paka, Syed Namirun Putra Syed Khairul, 11, dan Mohamad Nor Mohammad, 28,  maut selepas kenderaan jenis Proton Wira yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di laluan tersebut.Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki mengakibatkan kecederaan parah di kepala serta anggota badan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Bapa kepada Syed Namirun, Syed Khairu Hissham Md Akhir, 45, yang duduk di bahagian hadapan penumpang pula mengalami kecederaan parah.Ketika kejadian, kesemua mereka dalam perjalanan dari Felda Keratong, Pahang untuk menjemput pulang anak sulung  kepada Syed Khairul Hissham, Syarifah Filzatun Athirah, 20,  yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Dungun .
09 Jul 18
751
Empty Image
Kartun Gila-Gila Jadi Tumpuan
Kartun Majalah Gila-Gila yang terkenal ketika era 70-an menjadi tumpuan utama pengunjung ke Pameran Kartun dan Kita 2018 anjuran Lembaga Muzium Negeri Terengganu di Dewan Mendalika, di Muzium Negeri Terengganu , Losong Kuala Terengganu, bermula 1 Julai sehingga 31 Oktober depan.Pameran tersebut mengumpul lebih 100 karya majalah itu daripada 500 karya yang meraikan pelbagai kisah sejarah warna-warni Malaysia yang jarang disaksikan atau difahami di persekitaran budaya kontemporari.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman, melalui pameran selama empat bulan itu,  pengunjung berpeluang mengetahui sejarah perkembangan kartun dan komik di negara ini bermula pada 1925 dan mencapai zaman kegemilangannya pada 1971 hingga 1990. “Paling menakjubkan, komik Gila-Gila berjaya memberi impak besar yang mencorak kehidupan ramai orang. Bahkan, ia pernah muncul sebagai majalah terbanyak dibaca dibandingkan semua majalah yang diterbitkan di Malaysia.“Kita berharap generasi muda hari ini dapat menghargai dan meneladani bakat kreatif pengkaryaan komik seperti yang pernah dinukilkan oleh barisan kartunis tersohor dan berbakat ini,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Kartun Dan Kita 2018, di muzium itu, hari ini.Ariffin turut memberitahu,  kartun dan animasi merupakan medium hiburan yang paling dekat dengan masyarakat pada hari ini. Katanya, animasi bukan lagi perkara baharu dalam industri hiburan antarabangsa mahupun tempatan. Malah, di Malaysia bidang ini semakin berkembang pesat dengan lahirnya bakat dan idea lebih kreatif selari dengan kecanggihan teknologi dunia pada masa kini.“Bersesuaian dengan status negara kita sekarang yang sedang melangkah ke arah negara  maju, pelbagai indikator menjadi ukuran untuk merealisasikannya.  “Antaranya adalah bidang-bidang strategik yang berpotensi. Bidang animasi di lihatkan mempunyai nilai potensi yang sangat besar kerana ianya merupakan metodologi pendidikan melalui hiburan yang amat dekat dengan dunia kanak-kanak dan masyarakat hari ini,”katanya.
09 Jul 18
665
Empty Image
Kerajaan Negeri Akan Selesaikan Projek Padang Setengga
Kerajaan negeri akan memastikan Projek Perumahan Padang Setengga fasa tiga dan empat yang terbengkalai sejak 2010 diselesaikan secepat mungkin.  Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan negeri memandang serius isu berkenaan dan akan menyelesaikannya selaras dengan hasrat terkandung dalam Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang mahu setiap rakyat nemiliki rumah kediaman sendiri.Katanya, projek berkenaan yang melibatkan 234 pembeli, antara empat projek `sakit' di negeri ini  yang akan diberi keutamaan supaya dapat diselesaikan secepat mungkin."Kita sudah adakan perbincangan dengan penasihat undang-undang yang dilantik dan akan ambil tanggungjawab mengikut lunas undang-undang selepas kes syarikat kontrator terdahulu selesai di mahkamah pada bulan Oktober ini."Keputusan baharu berkenaan projek ini kita akan buat dan pastikan tidak bercanggah dengan undang-undang yang ada termasuk tidak membebankan pembeli dengan kos tambahan,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakuan tinjauan ke tapak projek perumahan Padang Setengga, di Kuala Berang, hari ini.Difahamkan, projek di kawasan perumahan Padang Setengge bagi fasa tiga dan empat itu dilaksanakan secara berperingkat bermula sekitar 2011 melibatkan 234 unit rumah dan berdasarkan jadual, pemaju sepatutnya menyerahkan kunci kepada pembeli pada Ogos 2014.Seorang pembeli rumah, Haslina Masni Hashim, 40, mengharapkan ada sinar selepas menunggu hampir lapan tahun untuk mempunyai rumah sendiri.“Saya mula menandatangani pembelian rumah ini sekitar 2010 dengan harga sekitar RM89,000, dan mula membayar secara  berperingkat atas permintaan kontraktor pada masa berkenaan."Kerja pembinaannya bermula setahun selepas itu dan dijangka siap tahun 2014. Malangnya, rumahnya antara yang masih terbengkalai sehingga kini,"katanya.Haslina  yang juga ibu tunggal berkata, sehingga kini nasib pembeli masih lagi terumbang-ambing dan dia juga sudah menghubungi pemaju, namun alasan yang diberikan adalah kegagalan kontraktor."Saya berharap kepada kerajaan negeri yang baharu dapat mendapatkan keadilan kepada saya dan pembeli yang lain, selesaikanlah dengan segera supaya kami dapat tinggal di rumah sendiri selepas sekian lama menunggu,"ujarnya.
08 Jul 18
255
Empty Image
Pengorbanan Pasukan Keselamatan Padam Kebakaran KBC Dihargai
Kerajaan negeri menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan yang bertungkus lumus memadam kebakaran tangki minyak milik Kemaman Bitumen Company (KBC) sejak Khamis lalu, sehingga berjaya dipulihkan sepenuhnya hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat menyifatkan kesemua yang terlibat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan agensi lain sebagai wira kerana sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk menyelesaikan tugasan tersebut."Mereka ini adalah wira yang tidak didendang kerana ketika penduduk sedang nyenyak tidur, mereka berhadapan dengan api yang besar dalam melakukan tugasan mereka," katanya.Menurut Hanafiah, pengorbanan yang dilakukan pihak bomba adalah sesuatu yang tidak dapat dibalas dengan wang ringgit kerana apa yang dilakukan mereka tidak mungkin dapat dilakukan oleh orang lain."Bayangkan mereka terpaksa berhadapan dengan situasi yang merbahaya kerana tangki tersebut boleh meletup pada bila - bila masa dan mereka terpaksa merisikokan nyawa mereka untuk kesenangan orang lain," katanya.Menurut beliau lagi, semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh anggota bomba menjadi ramuan utama kepada kejayaan operasi pada kali ini.Tambah beliau,  kemahiran yang dikuasai oleh setiap anggota keselamatan dalam operasi tersebut menjadi faktor utama kepada kejayaan mereka.Hanafiah berkata, kecekapan yang ditunjukkan oleh anggota bomba dapat menghalang kebakaran menjadi besar dan tempoh pemadaman kebakaran dapat dilakukan dalam masa tiga hari."Sekiranya tiada faktor tersebut, kemungkinan kebakaran menjadi lebih teruk dan ianya akan mengakibatkan panik di kalangan penduduk setempat, " katanya.Hanafiah turut memuji peranan yang dimainkan oleh petugas media yang berkampung di kawasan kejadian bagi memberi maklumat yang tepat mengenai tragedi itu kepada orang ramai.Operasi pemadaman kebakaran loji tersebut yang dianggap terburuk dalam sejarah Negeri Terengganu selesai sepenuhnya pada jam 1 petang tadi selepas 67 jam operasi pemadaman dijalankan.
08 Jul 18
116
Empty Image
Operasi Padam Kebakaran KBC Selesai
Operasi pemadaman kebakaran tiga bua  tangki  menyimpan minyak mentah milik kilang penapisan Kemaman Bitumen Company (KBC) ditamatkan sepenuhnya pada jam 1 petang tadi.Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Sharikan Bustaman berkata, operasi itu ditutup selepas pihaknya mendapati  tiada lagi punca-punca yang boleh menyebabkankebakaran selain proses memulihkan suhu tangki yang berdekatan ke tahap normal .Menurutnya, ekoran daripada penutupan operasi itu,  kerja-kerja penyiasatan kebakaran akan dijalankan segera mulai esok sehingga hari Khamis ini untuk mengetahui punca sebenar kepada kejadian tersebut."Sekiranya  kita masih gagal mengenal pasti punca kebakaran, proses penyiasatan akan diteruskan sehingga kita berpuas hati dan berjaya mengenal pasti punca sebenar kebakaran ini."Kita akan siasat punca kebakaran, punca kenapa kedua-dua tangki meletup dan kami juga akan membuat penyiasatan kepada mana-mana ruang tangki yang mungkin menjadi penyebab kepada berlakunya kebakaran dengan begitu pantas," katanya.Sharikan ditemui selepas melakukan pemantauan penutupan Pos Kawalan Bomba di perkarangan kilang itu, hari ini.Mengulas lanjut, Sharikan berkata, kerja-kerja penyiasatan kebakaran itu akan dijalankan oleh Penolong Ketua Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran JPBM, Edwin Galan Teruki bersama sepasukan pasukan penyiasatan dari  Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)  Putrajaya.Sharikan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama sepanjang tiga hari proses pemadaman kebakaran itu."Kerjasama yang telah diberikan sepanjang tiga hari tersebut amatlah dihargai kerana semua pihak mengambil peranan masing-masing untuk memastikan keadaan terkawal dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya," katanya.Insiden kebakaran tiga tangki minyak mentah berkenaan berlaku pada jam 6.15 petang, Khamis lalu sebelum ia berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 6.40 petang semalam.
08 Jul 18
43