lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Pengiktirafan UEC Dinilai Secara Holistik
Dr. Maszlee Malik.Sijil pelajaran Unified Examination Certificate (UEC) akan dinilai secara holistik terlebih dahulu sebelum diberi pengiktirafan oleh kerajaan.Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, tindakan itu perlu berikutan timbulnya pelbagai bantahan terhadap cadangan untuk menjadikan sijil itu sebagai antara syarat kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bersama Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).Menurut Maszlee, pengiktirafan UEC merupakan janji Kerajaan Pakatan Harapan. Bagaimanapun, sebahagian yang membantah melihatnya bukan semata-mata sijil pelajaran, sebaliknya melibatkan isu bahasa kebangsaan dan perpaduan kaum di Malaysia."Kementerian akan memanggil semua pihak iaitu pendidikan UEC, pakar bahasa dan pihak yang bertanggungjawab dalam memantau perpaduan untuk menyelesaikan isu ini," katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, Marang, petang ini.Maszlee melihat pelan bangunan sekolah daripada pejabat pendidikan daerah.Sekolah itu menjadi antara lokasi awal lawatan kerja beliau sebagai Menteri Pendidikan di Negeri Terengganu.
08 Jul 18
35
Empty Image
Terengganu Tuan Rumah Muktamar PAS Pusat 2018
Datuk Seri Abdul Hadi memotong kek sambutan Aidilfitri. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailTerengganu akan menjadi tuan rumah bagi Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pusat yang  berlangsung pada 14 hingga 16 September ini.Keputusan itu dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presidennya, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.Muktamar akan berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, diikuti Dewan Pemuda PAS diadakan di Stadium Negeri dan Dewan Muslimah di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.Manakala, Majlis Syura Ulama pula akan dijalankan di Hotel Permai, Kuala Terengganu.Datuk Takiyuddin Hassan.Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat dan  Terengganu yang turut dihadiri lebih 5,000 rakyat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan kepimpinan tertinggi parti seperti Mursyidul Am, Hashim Jasin, Setiausaha Majlis Syura Ulama, Dato' Dr. Nik Zawawi Nik Salleh, Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob dan Dato' Mustafa Ali.
08 Jul 18
205
Empty Image
Kurangkan Penglibatan Orang Politik Dalam PBSNT
Dr. Ahmad Samsuri ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Korobori Pengakap kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan negeri menghormati keputusan ahli-ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang sebulat suara bersetuju meminda perlembagaan persatuan dalam Kongres Luar Biasa (EGM) PBSNT 2018 yang berlangsung di Kuala Terengganu, semalam.Agenda utama yang dipersetujui ialah pindaan Artikel 33 Perkara 1 dan 2 serta Artikel 39 PBSNT yang menyaksikan jawatan presiden secara automatik akan disandang oleh Menteri Besar Terengganu.Pindaan itu menyaksikan PBSNT kini diterajui Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan peletakan jawatan Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman secara rasmi susulan tampuk pentadbiran negeri kini diterajui Kerajaan PAS selepas merampasnya daripada Kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu.Sementara itu Ahmad Samsuri berkata, berhubung jawatan Timbalan Presiden yang dahulunya dipegang mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail yang telah dikosongkan,  pihaknya sedang meneliti beberapa perkara sebelum mengisi kekosongan tersebut.“Saya sedang meneliti beberapa perkara, sebab yang paling penting sekarang ini adalah objektif yang kita hendak capai.“Paling penting, kita mahu cari jalan terbaik membentuk organisasi dari segi struktur dan kepimpinan bagi mengembalikan balik kegemilangan sukan bola sepak Terengganu. “Saya akan berbincang dengan beberapa pihak termasuk bekas-bekas pemain, jurulatih dan pihak berkaitan yang ada kepentingan dalam sukan bola sepak di negeri ini dan selepas itu saya akan membuat keputusan apa yang terbaik,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kepimpinan baru PBSNT di Majlis Perasmian Penutup Korobori Pengakap kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Dalam pada  itu, Wan Sukairi berkata, pihaknya menyambut baik keputusan PBSNT yang mahu Presiden PBSNT ditentukan kepada individu yang menjawatan sebagai Menteri Besar.“Kita menghormati apa yang telah diputuskan di peringkat persatuan dan seperti yang telah  diputuskan secara automatik Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan menjadi Presiden PBSNT menggantikan mantan Menteri Besar yang lalu.“InsyaAllah, di peringkat Timbalan Presiden ianya akan dilantik dengan persetujuan presiden,” ujarnya.Menurut beliau lagi, kerajaan negeri juga akan mengurangkan kebergantungan PBSNT kepada orang politik secara berperingkat-peringkat bagi memastikan pengurusan persatuan itu bergerak lancar.“Kerajaan negeri akan mengikuti apa yang diputuskan dalam EGM sehingga sampai ke satu peringkat PBSNT dapat mengurangkan kebergantungan kepada orang politik secara beransur-ansur.“Namun begitu ia mungkin akan memakan masa satu hingga dua tahun kerana kita hanya akan melepaskan PBSNT apabila persatuan ini berada pada tahap yang kita yakin dapat berdikari termasuk dari sudut kewangan dan kepimpinan,” ujarnya.Selain itu juga, menurut beliau lagi, strategi untuk mengurangkan kebergantungan persatuan kepada penglibatan orang politik adalah bagi membantu pemain menonjolkan permainan yang lebih bermutu. “Kerajaan negeri akan kurangkan penglibatan orang politik dalam persatuan ini kerana setelah sekian lama orang politik menjadi Presiden dan Timbalan Presiden PBSNT, prestasi pasukan bola kita tidak konsisten, kadang naik dan kadang turun.“Kita mahu lihat persatuan boleh berdikari dan juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada kewangan kerajaan negeri,’ ujarnya.Katanya, beliau juga mengharapkan pengurusan baru PBSNT bukan sahaja dapat berjalan dengan baik tetapi dapat meningkatkan lagi prestasi bola sepak Terengganu ke peringkat tertinggi seperti yang dipamerkan oleh sukan berbasikal apabila menunjukkan prestasi begitu cemerlang.
08 Jul 18
258
Empty Image
Yang Di-Pertuan Muda Berkenan Rasmi Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan
Tengku Muhammad Ismail berkenan merasmikan Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2018 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimYang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Korobori Pengakap kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2018 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kuala Nerus, hari ini.Keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya serta Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim.Turut hadir, Ahli Pangkuan DiRaja Terengganu; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Mufti Terengganu, Dato' Dr Zulkifly Muda; Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dato’ Seri Paduka Dr Shafie Salleh dan Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Dato’ Abdullah Taib.Seramai 7,000 ahli pengakap seluruh negara berhimpun di negeri ini selama empat hari bermula 6 Julai lalu untuk bertemu, berinteraksi, berkenalan, bertukar-tukar fikiran serta mengenali budaya antara sesama mereka.Dalam pada itu Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri berbesar hati menerima kedatangan ahli-ahli pengakap dari seluruh negara.“Saya yakin aktiviti dan program menarik yang disusun oleh pihak urusetia sepanjang program berlangsung banyak memberi manfaat kepada para peserta.“Diharapkan mereka boleh mengambil sebanyak mungkin manfaat dari program ini untuk dijadikan panduan dan pengalaman yang berharga,” ujarnya ketika berucap di majlis tersebut.Katanya, pengakap sedia dikenali dengan  kerja-kerja membangunkan anak remaja termasuk membantu membina sistem nilai yang berasaskan prinsip kerohanian, sosial dan keperibadian.“Sememangnya soal moral dan kerohanian merupakan perkara yang sangat penting dalam pembangunan modal insan.“Oleh itu, sukalah saya mengajak kita semua menambah baik keperibadian diri mengikut lunas ajaran Islam dengan memperbanyakkan program-program berbentuk kerohanian dan keagamaan keranan pembanguan modal insan yang baik mampu melahirkan individu yang boleh berdikari dan berdiri atas kaki sendiri,” ujarnya.Katanya, tumpuan yang ditonjolkan pengakap dalam membangunkan modal insan adalah selari dengan dasar kerajaan negeri yang menitikberatkan soal pembangunan  modal insan berasaskan prinsip Islam.
07 Jul 18
997
Empty Image
Petronas Taja 43 Pelajar Terengganu Cemerlang SPM 2017
Ahmad Samsuri berbual dengan pelajar yang menerima penajaan PESP. Foto Harish Fadzillah Abu KassimPetronas menganugerahkan penajaan melalui Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) kepada 43 anak Terengganu yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2017Mereka di antara 300 pelajar yang terpilih daripada 8,280 calon seluruh negara yang membuat  pemohonan pada tahun ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,  pihaknya dimaklumkan seramai 1,488 pelajar Terengganu yang cemerlang dalam SPM mendapat tajaan melalui  program itu membabitkan  nilaian RM168 juta  sejak penubuhan PESP."Mereka yang terpilih perlu berasa bangga kerana daripada ribuan permohonan hanya sebilangan kecil sahaja yang terpilih."Apa yang istimewanya pelajar diberi peluang untuk memilih  melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sama ada dalam dan luar negara, selain ke Universiti Teknologi Petronas," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepasMajlis Anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas di Institut Teknologi Petroleum Petronas (Instep), Batu Rakit.Hadir sama, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas Dato’ Raiha Azni Abd Rahman.Sementara itu, Dato’ Raiha berkata Petronas terus kekal komited di dalam penajaan pendidikan bagi memastikan pelajar yang layak, diberi peluang sepenuhnya untuk meneruskan kecemerlangan mereka di peringkat ijazah."PESP berjaya memenuhi keperluan sumber tenaga manusia Petronas dan negara dalam melahirkan tenaga kerja mahir terutamanya di dalam bidang minyak dan gas dan juga bidang-bidang yang lain."PESP ialah sebahagian daripada komitmen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berterusan Petronas di dalam bidang pendidikan." Ianya adalah sebahagian daripada sokongan PETRONAS kepada usaha kerajaan di dalam bidang pembangunan sumber manusia negara," katanya.Semenjak perlaksanaannya pada tahun 1975, PESP telah memberi manfaat kepada lebih daripada 36,000 orang pelajar dengan nilai perbelanjaan lebih RM3 bilion.
07 Jul 18
575
Empty Image
Kebakaran KBC Hampir Pulih
Kebakaran tangki simpanan minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company ( KBC ), di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman kini semakin pulih apabila dua daripada tiga tangki yang terbakar berjaya dipadamkan sepenuhnya.Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Sharikan Bustaman berkata, kedua-dua tangki tersebut berjaya dipadamkan pada jam 6.40 dan 10 pagi tadi.Menurut Sharikan, anggota keselamatan melakukan teknik pemadaman secara terus dengan menggunakan buih dan operasi penumpuan tersebut dijalankan pada jam 3 pagi tadi."Kita menumpukan pada kedua - dua tangki tersebut kerana keadaan api yang membakar baki minyak mentah pada ketika itu sudah berkurangan," katanya.Sharikan berkata,  sehingga jam 2 petang masih ada sebuah tangki yang mempunyai kapasiti 13,666 meter padu minyak mentah masih terbakar pada tahap 30 peratus sahaja."Berdasarkan kepada kemajuan tersebut kita yakin baki kebakaran yang masih tinggal dapat dipadamkan semuanya menjelang tengah malam ini," katanya."Keadaan angin yang kuat dan asap yang tebal menyukarkan sedikit kerja pemadaman dan pihaknya terpaksa menukar syif anggota pada setiap dua jam bagi memastikan anggotanya tidak terjejas."Keadaan berangin menyebabkan kami sukar menempatkan hala tuju pancutan air dan bila kami nak tuju pada satu posisi kami terpaksa mengambil langkah ke arah 30 darjah dari target kami sebenarnya akibat keadaan angin,”katanya.Tambahnya, operasi pada hari ketiga melibatkan seramai 196 anggota JBPM Negeri Terengganu termasuk anggota bantuan daripada JBPM Perak dan Pahang .Menurutnya, pihaknya turut menerima bantuan dari sembilan agensi lain dengan kekuatan anggota berjumlah 46 orang.Keadaan kebakaran petang semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
07 Jul 18
244
Empty Image
Penduduk Sekitar Kilang Terbakar Dinasihat Dapat Rawatan Di Klinik Kesihatan
Menteri Besar turun padang melihat sendiri kejadian dan mendengar taklimat daripada pihak polis. Foto oleh : Tengku Syamim Tengku IsmailPenduduk yang tinggal di sekitar kilang Kemaman Bitumen Company (KBC) yang  terbakar dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital berdekatan jika mempunyai masalah penafasan akibat pelepasan asap hitam tebal dari kebakaran itu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penduduk di sekitar kawasan yang terjejas dengan kebakaran itu diminta sentiasa memantau tahap kesihatan keluarga terutamanya kanak-kanak.“Meskipun pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan kenyataan yang  tahap indeks pencemaran udara (IPU) agak terkawal namun beliau menasihati orang ramai supaya dapat memastikan tahap kesihatan anak-anak atau warga emas dalam keadaan baik.“Saya meminta kepada penduduk sekitar supaya bersabar dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berusaha memadamkan kebakaran kilang berkenaan terutamanya yang kita bimbang ialah peringkat awal kerana gas klorin dan karbon monoksida,” katanya.Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu tidak jauh dari lokasi kebakaran kilang Kemaman Bitumen Company (KBC), Kemaman, hari ini.Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang kelmarin (Khamis) tiga buah tangki minyak mentah kilang KBC meletup dan terbakar sehingga menyebabkan kawasan sekitar diseliputi asap hitam tebal sehingga menganggu kehidupan seharian penduduk sekitar.Menurut Ahmad Samsuri, antara pihak yang terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran kilang berkenaan sejak kelmarin ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta beberapa agensi lain dan sehingga hari ini ianya masih diteruskan.“Orang ramai juga dingatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu di laman sosial dan mendapatkan maklumat tepat daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih panik di kalangan penduduk sekitar kilang berkenaan,” katanya.
07 Jul 18
378
Empty Image
Orang Ramai Diminta Tidak Sebar Berita Palsu Kebakaran Kilang Kemaman
Ahli Parlimen Kemaman, Alias Abdul Hamid mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu mengenai kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah kilang memproses tar di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman, petang semalam.Menurut beliau, tindakan sesetengah individu yang menyebarkan berita palsu di dalam laman sosial Facebook mengenai kematian pekerja yang terlibat dalam kejadian tersebut adalah sangat tidak bertanggungjawab."Tindakan sedemikian dilihat sebagai tidak bertanggungjawab kerana akan menimbulkan panik di kalangan penduduk khususnya di Bandar Chukai," katanya.Menurut Alias lagi, sikap sesetengah individu yang menyebarkan berita palsu tersebut dilihat cuba mencari populariti sendiri berdasarkan kepada maklumat yang tidak tepat."Sepatutnya orang ramai perlu mendapatkan dan mengikuti maklumat dari sumber yang tepat seperti pihak polis dan pasukan penyelamat yang lain," katanya.Alias ditemui ketika melawat pos operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lokasi kejadian kebakaran kilang memproses tar di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman, malam tadi.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasek, Ir Saiful Azmi Suhaili.Sementara itu, Alias amat berpuas hati dengan kecekapan anggota keselamtan yang bertungkus- lumus menjaga keselamatan lokasi kejadian.Menurut Alias, pihaknya akan sentiasa bersiap sedia menghulurkan bantuan kepada pihak berkuasa pada bila-bila masa."Kita telah menghulurkan bantuan makanan kepada petugas yang terlibat dan kita akan sentiasa bersiap sedia dari masa ke semasa," katanya.Dalam kejadian pukul 6.15 petang itu, dua tangki yang menyimpan minyak mentah yang dipercayai berkapisiti 80 ribu liter terbakar semasa kerja-kerja mengimpal sedang dijalankan.Dalam kejadian tersebut, tiga orang pekerja kontrak yang sedang melakukan kerja-kerja mengimpal cedera dan dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman.
05 Jul 18
66
Empty Image
Program Home Manager Akan Ditambah Baik
Ahmad Samsuri dan isteri ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Terengganu Inc. hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) akan meneruskan Program Home Manager atau pengurus kediaman dengan melakukan penambahbaikan bagi memastikan peranannya lebih diperkasakan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, program yang diperkenalkan kerajaan negeri terdahulu itu, antara lain akan menekankan aspek kerohanian.“Kita akan membuat penambahbaikan lagi untuk semua proses bukan setakat cara mengendali bayi dan kanak-kanak tetapi juga aspek psikologi dan agama yang perlu diterapkan kepada semua Home Manager.“YPKT akan memainkan peranan untuk langkah yang seterusnya,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Sambutan Hari Raya Terengganu Inc. di Chendering, hari ini.Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri juga sedang mengkaji langkah pelaksanaan terbaik bagi membuka pusat asuhan di setiap jabatan kerajaan negeriini seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.“Kita telah membentuk jawatankuasa untuk melihat keseluruhan pelaksanaan manifesto di mana ada yang dapat kita laksanakan dengan segera setelah membentuk kerajaan di Negeri Terengganu.“Dan ada yang akan mengambil masa kerana berlaku aspek perundangan, peraturan dan sebagainya,” ujarnya.Katanya, semua itu sedang dikaji dan dilihat bagaimana cara yang terbaik untuk dilaksanakan supaya ianya dapat dilaksanakan dengan baik dan mengurangkan karenah-karenah yang akan timbul kemudian hari.Dalam pada itu, sebagai mengulas mengenai kematian Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif  , lima bulan ditemukan mati di rumah pengasuhnya di kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor dengan mayatnya tersorok dalam ruang sejuk beku peti ais di rumah tersebut, Ahmad Samsuri memberitahu kerajaan negeri lebih berperanan kepada mendidik rakyat negeri ini berbanding mengambil tindakan undang-undang.“Ini akan berlaku pertindihan bidang kuasa di bawah Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.“Kerajaan negeri sebenarnya boleh melalui agensi yang kita ada termasuklah YPKT, Yayasan Islam dan sebagainya mengadakan kursus-kursus kesedaran dan sebagainya. Tetapi ianya lebih kepada mendidik daripada bentuk penguatkuasaan kerana penguatkuasaan masih lagi di bawah Kerajaan Pusat,” ujarnya.Katanya, untuk tempoh jangka panjang pendidikan kepada seluruh anggota masyarakat bukan sekadar kepada pengasuh sahaja tetapi juga anggota keluarga yang menghantar anak ke pusat asuhan supaya mereka sendiri meneliti dan bukan menyerah seratus peratus kepada pusat jagaan.“Hubungan dua hala antara ibu bapa dan pusat jagaan perlu ada dan untuk yang hantar anak kepada pengasuh persendirian, perlulah diteliti dengan lebih cermat kerana di zaman sosial media ini sesiapa sahaja akan iklan di dalam facebook dan sebagainya bahawa dia boleh menjadi pengasuh dan sebagainya.“Ini memerlukan lebih kepekaan di pihak ibu bapa supaya dapat mengelakkan tragedi tidak diingini berlaku,” ujarnya.
04 Jul 18
280
Empty Image
SMK Kuala Besut Buktikan Anak Terengganu Hebat
Pasukan SMK Kuala Besut bergambar bersama replika cek selepas menerima insentif itu di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Wisma Darul Iman Tahun 2018M/1439H anjuran Kelab Wisma Darul Iman di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailTiada yang mustahil dalam hidup. Rakyat Terengganu boleh dan mampu mencapai yang terbaik bukan sahaja untuk diri kita sendiri, tetapi juga untuk Negeri Terengganu, kata Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Menurutnya, kejayaan di peringkat dunia yang dicapai pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut yang merangkul johan dalam Pertandingan Pembangunan Sumber Manusia Untuk Tenaga Nuklear di Korea Selatan pada Mei lalu, membuktikan kehebatan anak Terengganu yang membanggakan negeri dan juga negara sekali gus mampu menjadi perangsang kepada pelajar lain untuk bersaing bersama bangsa asing di pentas antarabangsa."Kejayaan gemilang ini bukan hanya boleh dicapai dalam pelajaran, malah juga di bidang lain yang kita mahu terokai asalkan ada keyakinan serta kemahuan yang tinggi.“Saya juga sebagai rakyat Terengganu pernah mencipta kejayaan di peringkat dunia 10 tahun dahulu apabila memenangi pertandingan reka cipta yang bukan biasa-biasa, tetapi reka cipta terhadap komponen pesawat kapal terbang di Rusia,”katanya di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Wisma Darul Iman Tahun 2018M/1439H anjuran Kelab Wisma Darul Iman di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’A. Rahman Yahya, barisan Exco negeri serta pegawai kanan kerajaan negeri.Beliau mengulas demikian susulan kejayaan pasukan pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut yang merangkul Johan Dunia:Third International Conference On Human Resource Development For Nuclear Power Programmes : Meeting Challenges To Ensure The Future Nuclear Workface Capability di Gyougju, Korea pada 28 hingga 31 Mei lalu.Di majlis itu, kerajaan negeri turut  menyampaikan insentif berupa wang tunai RM1,000 kepada semua peserta berkenaan, iaitu Muhammad Syazwan Mat Sidik dan Muhammad Anuar Ag Ghani, masing-masing berusia 17 tahun serta Safyyah Muhammad Nasir, 16 dan dua guru, Wan Zul Azri Wan Mod Shatar serta Rohaya Hussin, sebagai menghargai kejayaan pasukan itu.Dalam pada itu, sambutan hari raya yang bermula dari jam 9 pagi menyajikan pelbagai juadah istimewa kepada tetamu turut meraikan 100 pelajar di lima sekolah rendah sekitar Kuala Terengganu apabila menerima duit raya daripada menteri besar dan juga isteri.
04 Jul 18
846