lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
`Jangan Beritahu Saya Isteri Menteri Besar' - MB
“Pesanan saya kepada beliau supaya pergi (Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu) sebagai rakyat dan jangan pergi beritahu saya isteri Menteri Besar, tentulah mendapat layan `first class’. Pergi sebagai rakyat biasa dan daripada situ barulah kita faham dan merasai sendiri susah atau senang, bagus atau tidak sesuatu perkhidmatan berkait konsep mesra pelanggan itu,” kata Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ucap Negeri Terengganu Tahun 2018 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ A. Rahman Yahya dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim.Menteri Besar berucap di Majlis Ucap Negeri Terengganu Tahun 2018 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Haris Fadzillah Abu KassimMenteri Besar mengulas demikian ketika ditanya berkenaan isu status yang dimuat naik di laman facebook rasmi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkenaan penjawat awam yang dikatakan kurang budi bahasa ketika melayani isteri beliau, Tuan Faezah Tuan Ab Rahman ketika berurusan pertukaran sekolah anak mereka, di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, semalam.Status itu  mendapat lebih 2,000 `likes' dalam tempoh dua jam sebaik sahaja dimuat naik. Sehingga jam 1 petang ini, ia turut mendapat 1,999 perkongsian dan lebih 12,000 likes.Menurut Ahmad Samsuri lagi, beliau memuat naik isu itu hanyalah sebagai sentuhan rasa dan suatu peringatan supaya semua pihak terutama penjawat awam di barisan hadapan memperbaiki budaya kerja sekali gus memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan tanpa mengira latar belakang.“Perkara ini sudah sudah diselesaikan secara baik dan semua pihak berlapang dada, saya juga tidak simpan dalam hati..yang berkenaan juga tidak menyimpan dalam hati dan kita perlu bergerak ke hadapan dan saya percaya mungkin kadang-kadang berlaku dalam keadaan stress secara tidak sengaja, maklumkan kaunter servis berhadapan dengan bermacam-macam orang dan pelbagai latar belakang.“Tetapi kita perlu sentiasa menjaga profesional kerana  rakyatlah yang menilai prestasi perkhidmatan  kerajaan,”kata beliau lagi.Beliau juga meminta supaya SUK mengambil tindakan sepatutnya bagi membaik pulih imej dan perkhidmatan agensi serta jabatan kerajaan negeri tanpa ada pegawai dan kakitangan awam negeri yang mengamalkan sikap pilih kasih kepada pelanggan yang datang berurusan.“Perkara ini sedang diambil perjalanan oleh Dato’ SUK (A. Rahman Yahya) yang menjaga perjalanan pentadiran kerajaan. Kita menekankan secara berterusan bahawa kaunter servis umpamanya tidak boleh double standard, semua pihak termasuk rakyat yang datang berkenaan compang camping sekalipun, mereka juga perlu dilayan sama rata sebagai pengguna.“Kita lihat negara maju, kalau tuan-tuan ke England, Amerika atau Europe, mereka boleh panggil pakcik dalam keadaan `homeless’itu sebagai `sayang, love, darling '..ketika mendapat khidmat, kenapa kita (penjawat awam) tidak boleh melalukan perkara yang sama kepada rakyat kita?"Jadi, inilah antara kaunter servis yang saya menghantar peringatan kepada semua supaya semua perlu ada perubahan `mindset’ dan profesionalisme,”katanya.
16 Jul 18
289
Empty Image
Naufal Terima RM11,000 Skim Takaful Pelajar
Zainun menyerahkan cek kepada pihak sekolah.Pelajar yang putus kaki akibat digilis lori, Muhammad Naufal Yazid Mohd Salleh, 8, menerima insurans bernilai RM 11,000 daripada Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (STPSM) melalui Takaful Malaysia Berhad, baru-baru ini.Sumbangan itu disampaikan Pengurus Bisnes Takaful Malaysia Berhad, Zainan Kassim di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Serada, Kuala Terengganu.Menurut Zainan, STPSM melindungi seluruh pelajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara."Selain daripada insurans yang diperoleh, adik Naufal juga boleh memohon keperluan seperti kerusi roda yang juga termasuk dalam perlindungan yang disediakan," katanya.Pihak sekolah juga menyumbang RM1,000 untuk membantu  membiayai perubatan beliau dalam majlis yang turut dihadiri wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri.Muhammad Naufal Yazid putus kaki kanan dan hancur tangan kiri akibat digilis lori dalam kejadian di Kampung Banggol Cempedak pada hari raya keenam, 20 Jun lalu.Beliau kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
16 Jul 18
219
Empty Image
TDM Buka Kilang Baja Bio-Organik Automasi Pertama Di Malaysia
Ahmad Samsuri melihat pokok lada yang menggunakan baja TDMBIO. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail TDM Berhad anak syarikat milik kerajaan negeri yang berteraskan industri kelapa sawit melakar satu lagi sejarah perkembangannya apabila berjaya membuka  kilang baja bio organik automasi yang pertama seupamanya di negara ini.Kilang kedua selepas kilang baja organik di Sungai Tong, Setiu itu menghasilkan baja organik menggunakan teknologi mikro.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM Berhad, Dato' Mohamad Muda, berkata teknologi  hasil kolaborasi antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan TDM  itu dijalankan selama enam bulan yang berakhir April lalu.Katanya, kini TDM mampu menghasilkan 30,000  metrik tan baja bio organik yang dinamakan TDMBIO dalalm tempoh setahun."TDMBIO dikeluarkan hanya untuk kegunaan tanaman kelapa sawit di ladang- ladang milik TDM sahaja."Rancangan untuk memasarkan baja bermutu tinggi itu berkemungkinan bakal menjadi realisasi dalam tempoh dua tahun akan datang selepas beberapa kajian dan pembesaran kilang dapat dijalankan," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Kilang Bio Organik Pertama Automasi, di Padang Kubu, Kemaman, petang semalam.Hadir merasmikan kilang itu, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Sementara itu Ahmad Samsuri berkata,  dia melihat TDM terus berkembang dengan pelbagai teknologi, selain bijak merangka pelan perniagaan."Harapan utama kerajaan negeri agar semua anak- anak  syarikat kerajaan negeri mampu memberi keuntungan yang positif agar dapat menaikkan ekonomi dan pendapatan negeri, " katanya.
16 Jul 18
904
Empty Image
Loji Janakuasa Tenaga Solar Di Telok Kalong Mula Beroperasi
Ahmad Samsuri menandatangani plak sebagai gimik perasmian. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailLoji Janakuasa Tenaga Solar berkapasiti 18.5 Megawatt (MW) milik Eastern Pasific Industrial Corporation Berhad (EPIC) mula beroperasi secara rasmi hari ini. Epic yang juga anak syarikat kerajaan negeri bekerjasama dengan firma swasta tempatan, MIE Industrial Sdn. Bhd. berperanan sebagai pembawa teknologi untuk membina loji janakuasa tenaga solar tersebut di tapak berkeluasan 28.35 hektar di Telok Kalong, Kemaman.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kejayaan EPIC Berhad mengeluarkan tenaga elektrik melalui teknologi kuasa solar itu adalah sebahagian daripada usaha serius kerajaan negeri untuk mencuba pelbagai kaedah baru bagi mempelbagaikan sumber pendapatan termasuk menjimatkan perbelanjaan negeri.“Ianya juga dapat memberi peluang kepada rakyat Terengganu menceburi bidang baharu seperti teknologi penggunaan kuasa solar dan angin sekaligus menjadi pengeluar tenaga itu pada masa hadapan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 18.5 Megawat milik EPIC Berhad di Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Kemaman tengahari tadi.Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Epic , Noor Fazli Mohamed Nor.Menurut Ahmad Samsuri, penggunaan tenaga solar adalah percuma namun kerajaan negeri terpaksa membuat pelaburan yang agak tinggi dan ianya dapat membantu bidang industri yang ada di sekitarnya untuk mencipta pembangunan teknologi baharu.“Tenaga solar yang dihasilkan itu dapat dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan ianya sekaligus dapat membantu kerajaan negeri mendapat sumber pendapatan baharu.“Sebelum ini juga kerajaan negeri turut membuat pelaburan bagi mencuba mencari tenaga baharu seperti menggunakan teknologi daripada angin tetapi ianya agak kurang berjaya,” katanya.Seterusnya, Ahmad Samsuri berkata, penggunaan tenaga solar dilihat dapat menjimatkan kos penyelengaraan serta dapat menjana keuntungan atau menjadi nilai tambah kepada hasil kerajaan negeri dalam tempoh jangkamasa panjang."Rancangan Malaysia kesebelas (RMK-11) kerajaan negeri akan memfokuskan kepada pembangunan projek-projek tenaga solar berkapasiti sehingga 50 megawat untuk mencapai sasaran penjanaan tenaga solar sebanyak 1000 megawat menjelang tahun 2020," katanya.
15 Jul 18
543
Empty Image
5,000 Peminat Bola Sepak Saksi Perlawanan Akhir Piala Dunia
Menteri besar menyampaikan penghargaan kepada penaja progam.Kira-kira 5,000 peminat bola sepak menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 yang ditayangkan melalui skrin gergasi di Pentas Budaya Pantai Kelulut, Marang, malam tadi.Pemimpin negeri yang hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah.Pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik diadakan sepanjang dua hari program yang berakhir malam tadi.Antara aktiviti ialah pertandingan e-games Pro Evolution Soccer (PES), derma darah, jualan 'foodtruck', musik 'live band' dan kuliah santai yang menampilkan penceramah terkemuka, UstazAzhar Idrus.Ustaz Azhar Idrus menggamatkan progam dengan kuliah santai.Pertandingan 'Street Soccer 3 on 3' pula menyaksikan penyertaan 64 pasukan daripada lapan daerah di seluruh negeri.Ahmad Samsuri menyatakan harapan agar acara anjuran kerajaan negeri itu bukan sekadar untuk menonton perlawanan bola, sebaliknya menjadi majlis mengeratkan persaudaraan sesama masyarakat."Semoga acara yang dianjurkan empat tahun sekali ini menjadi kenangan manis kepada kita semua," katanya.Perlawanan tersebut menyaksikan Perancis akhirnya bergelar juara buat kali kedua dalam tempoh 20 tahun.Pengunjung pelbagai golongan memeriahkan program.
15 Jul 18
57
Empty Image
Khumaira Anak Angkat Terengganu
Ahmad Samsuri melawat Khumaira yang sedang dirawat di HSNZ. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri bercadang  mahu menjadikan kanak-kanak malang Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, 7,  yang putus tangan  kiri dalam kejadian di Kampung Binjai Bongkok, Marang malam kelmarin sebagai anak angkat.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pendekatan itu memudahkan pihak berkaitan membantu Khumaira dengan apa jua keadaan,  paling terdekat akan  mendapatkan  tangan palsu untuk mangsa.“Saya difahamkan oleh Pegawai Perubatan yang merawat Khumaira, mangsa boleh menggunakan tangan palsu, bagaimanapun memerlukan latihan dan rawatan yang selanjutnya.“Bantuan-bantuan lain akan menyusul supaya Khumaira dapat meneruskan kehidupan  seperti kanak-kanak lain,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Khumaira di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, hari ini.Ahmad Samsuri turut mendoakan ahli keluarga mangsa tabah dan cekal menerima dugaan berat itu. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa yang dari Kampung Tebakang, Bukit Payung hanya mengadu sakit dan langsung tidak menangis biarpun turut mengalami luka di kepala dan kaki.Difahamkan anak sulung daripada dua beradik ini memakai baju sejuk bersaiz besar milik ibunya sebelum pakaian berkenaan terbelit pada rim motosikal yang ditunggangi kakak sepupunya semasa mereka dalam perjalanan ke rumah penghulu kampung yang terletak berhampiran
15 Jul 18
293
Empty Image
Kementerian Kesihatan Pantau 24 Projek ‘Sakit’
Dr Dzulkefly melawat adik Nur Zulaikha Khumaira di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberi perhatian serius dan memantau perkembangan perlaksanaan projek-projek di bawah kementerian itu bagi memastikan semua perancangan dapat disempurnakan mengikut jadual.Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga kini terdapat 24 projek untuk kementerian itu termasuk klinik dan hospital di seluruh negara yang dikategorikan sebagai projek ‘sakit’.Katanya, projek yang dikelaskan sebagai bermasalah itu melibatkan kerja-kerja membaik pulih, menambah baik serta pembinaan baru klinik dan hospital oleh kontraktor dilantik sebelum ini yang mengalami kelewatan untuk disiapkan.Disamping itu, beliau mengingatkan mana-mana kontraktor yang gagal menyiapkan projek yang diamanahkan mengikut jadual bakal berdepan tindakan oleh kementerian berkenaan.“Kita tidak akan berkompromi dengan kontraktor yang melaksanakan projek pembinaan infra, fasiliti hospital dan klinik dibawah KKM kerana amaran telah diberikan kepada kontraktor terlibat supaya jangan membelakangkan kepentingan rakyat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dalam rangka lawatan ke Negeri Terengganu bersempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 di HSNZ, hari ini.Antara 12 projek klinik yang sedang dalam pemantauan termasuk Klinik Kesihatan (KK) Puchong, KK Gombak Setia, KK Gial, KK Nilai, KK Taman Ungku Tun Aminah, KK Sungai Tekam, KK Kampung Raja Besut, KK Karak serta Klinik Desa Air Tawar.Turut terlibat ialah 10 projek hospital antaranya Hospital Rembau, Hospital Kuala Krai, Blok Psikiatri HSNZ Kuala Terengganu serta Hospital Sri Aman.Dan juga dua projek kuarters KKM iaitu Kuarters KK Cameron Highlands dan Kuarters KK Nabawan.Dalam perkembangan lain, katanya kerajaan Pusat akan bekerjasama termasuk memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan penderitaan yang ditanggung kanak-kanak malang, Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, 7, yang putus lengan kiri selepas bajunya tersangkut pada rim motosikal ketika membonceng dalam kejadian di Kampung Binjai Bongkok, Marang, Jumaat lalu.
15 Jul 18
164
Empty Image
Anak Yatim Dan Golongan Asnaf Terima Sumbangan RM13,000
Hanapiah bersama anak yatim dan golongan asnafSeramai 60 orang anak yatim dan 10 golongan asnaf diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Kelab The Legends 33 Chukai.Pengerusi Kelab The Legends 33 Chukai, Mohd Zawawi Ahmad berkata, pada majlis tersebut anak yatim dan asnaf juga turut menerima duit raya yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat.“Selain itu, kesemua anak yatim dan asnaf turut menerima barangan dapur seperti beras, gula dan hamper,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan anak yatim dan golongan asnaf di Padang Astaka Kemaman semalam.Menurut Zawawi, pihaknya berjaya mengumpul wang kutipan sebanyak RM13,000 melalui tabung derma ahli-ahli kelab.“Wang tersebut berjaya dikumpul dalam masa tiga minggu sahaja dan semua penerima anak yatim dan asnaf tersebut adalah daripada penduduk Kemaman.“Program ini merupakan program yang pernah dijalankan pada tahun lalu dan pada malam ini merupakan kali kedua kami laksanakan,” katanya.Selepas ini pihaknya akan mengajurkan program derma darah terbuka kepada orang ramai terutama warga Kemaman.Zawawi berkata, dalam majlis itu juga turut mengadakan penyampaian sijil penghargaan kepada ahli-ahli kelab yang disampaikan oleh Hanafiah Mat.“Selain itu, pelbagai juadah turut disediakan seperti sate ikan, lemang, nasi minyak, kambing bakar, aiskrim potong dan minuman.“Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian kumpulan Kemaman iaitu BBS Akustika dan CK Band,” katanya.
14 Jul 18
74
Empty Image
200 Peserta Sertai Projek Tanaman Betik Manis Hybird
Wan Hapandi ( kanan ) menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.Seramai 200 orang peserta telah menyertai projek Tanaman Betik Manis Hybrid yang diadakan di Surau Haji Wan Ismail, disini, hari ini.Projek  yang pertama kali diperkenalkan itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) kawasan Sura,  Wan Hapandi Wan Nik.Turut hadir pada majlis tersebut ialah pencetus projek tanaman itu,  Shaari Awang dan Pengerusi J3K cawangan Jalan Melati  Azahar Mohammad.Wan Hapandi berkata,  projek tanaman terbabit yang diseliakan oleh Jabatan Pertanian daerah itu mendapat permintaan  yang tinggi daripada pengemar." Peserta yang terpilih terdiri daripada penduduk Kampung Batu 48, Sura Jeti, Sura Hujung, Jalan Melati dan Sura Tengah "katanya.Antara peserta yang terpilih hadir pada perasmian tersebut.Wan Hapandi berkata, buat permulaan projek ini,  sebanyak 1,000 biji benih betik Hybrid akan diagihkan kepada peserta yang terpilih.Katanya,  atas permintaan yang tinggi itu,  beliau percaya peserta tanaman betik terbabit mampu menjana pendapatan yang menguntungkan. "Pertanian pada masa sekarang merupakan salah satu bidang yang dapat menjana pendapatan yang lumayan sekiranya di lakukan dengan cara yang teratur," katanya. Menurut Wan Hapandi, peserta  akan dibimbing beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian,  Pertubuhan Peladang dan sebagainya.Katanya, peserta akan diberi bimbingan dari segi pengurusan tanaman seperti cara penjagaan tanaman dengan cara yang betul, teknik meningkatkan hasil tanaman dan sebagainya. " Jabatan Pertanian mempunyai kepakaran dalam teknologi tanaman dan peserta yang mengikuti kursus ini dianggap antara yang betuah dan peluang sebegini perlu direbut," katanya. Katanya, bidang pertanian merupakan  salah satu bidang yang mula mendapat perhatian di kalangan masyarakat dan golongan muda khususnya dan ianya merupakan satu perkembangan yang baik yang perlu direbut oleh semua."Kerjaya bercucuk tanam bukan sahaja mendatangkan hasil yang baik malah ia menyihatkan tubuh badan, "katanya.
14 Jul 18
63
Empty Image
Tingkat Perkhidmatan Produk Pelancongan Menerusi My-TTQS
Sulaiman (tengah) bersama sebahagian peserta Seminar Ke Arah Hala Tuju Baru Pelancongan Negeri Terengganu  di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu. hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimJabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) akan mengadakan  proses audit yang dikenali sebagai My Terengganu Tourism Quality Service (My-TTQS) bertujuan meningkatkan perkhidmatan dan kualiti kemudahan bagi produk pelancongan di Terengganu bermula Ogos depan. Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi kerajaan setempat seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pejabat daerah, NGO pelancongan serta agensi dan jabatan berkaitan bagi menilai serta memberi penarafan ke atas sesuatu produk pelancongan di negeri ini. “Dalam usaha mengklasifikasikan produk pelancongan yang menepati tahap piawaian kualiti yang tinggi bagi memuaskan kehendak pelancong domestik dan antarabangsa, proses audit ini akan menekankan aspek pemilihan, kesediaan dan potensi untuk sesuatu tempat itu dipromosikan sebagai tarikan pelancongan termasuk juga tahap keselamatan, kebersihan, serta kemudahan infrastruktur lokasi tersebut.“Kita sasarkan dapat jalankan proses audit ini terhadap dua produk pelancongan setiap bulan dan antara lokasi yang telah dikenalpasti buat permulaan ini termasuk di Belukar Bukit, Lata Tembakah, Air Terjun Chemerong dan Tasik Kenyir,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penutup Seminar Ke Arah Hala Tuju Baru Pelancongan Negeri Terengganu yang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi I, Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat Negeri, Sulaiman Sulong di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Menurut beliau, dalam usaha memacu sektor pelancongan dan kebudayaan sebagai pemangkin pertumbuhan sosioekonomi yang mampan serta memperkasa dan memelihara produk pelancongan bagi menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke negeri ini, proses audit ini juga dapat meningkatkan keyakinan para pelancong ke atas produk pelancongan di Terengganu yang diiktiraf My-TTQS.
11 Jul 18
36