Artikel "Utama" Terkini
PAS Tidak Bertanding, Bukan Beri Laluan Kepada UMNO - Ahmad Samsuri
PAS tidak meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis bukan kerana memberi laluan, sebaliknya itu atas pelbagai pertimbangan selepas mendapat pandangan daripada rakan-rakan (PAS) di Selangor, kata Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Menurut beliau, PAS memutuskan perkara itu selepas mempertimbangkan kajian dan maklumat terkini yang ada termasuklah kedudukan kewangan semasa parti itu.“Walaupun dibaca sesetengah pihak, bahawa keputusan tidak bertanding itu sebagai memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding, itu adalah tafsiran orang di luar. Apa yang berlaku adalah keputusan PAS sendiri untuk tidak meletakkan calon atas pertimbangan-pertimbangan yang pelbagai selepas mendapat pandangan daripada rakan-rakan di Selangor,”katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Dana Maahad Darul Quran (MDQ) sempena Ihtifal Idul Ilmi MDQ 2018 di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang, kelmarin.Mengulas mengenai persediaan PAS bagi berdepan PRK di Balakong, menteri besar menjelaskan kedudukan PAS bagi meletakkan calonnya di situ juga belum ditentukan lagi berikutan baharu sahaja menerima berita itu (kematian ADUN Balakong) hari ini (Jumaat lalu).Beliau yang juga Ketua pengarah Pilihan Raya PAS Pusat seterusnya akan mengadakan perbincangan susulan perkara itu bagi mendapat pandangan daripada bawah terutama di kalangan jentera pilihan raya PAS Selangor sebelum membuat sebarang keputusan.
21 Jul 18
111
Terengganu Teliti Penyaluran 20 Peratus Royalti Minyak
Terengganu akan meneliti secara keseluruhan mengenai penyaluran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri berkata, pihaknya masih kurang jelas dengan maklumat tersebut sama ada pendirian Kerajaan Pusat itu akan menambah atau mengurangkan hasil berbanding kadar yang lazim diterima sebelum ini.Katanya, apa yang difahami mengenai kenyataan perdana menteri adalah pengeluaran keuntungan bersih bagi Petronas di negeri terlibat. Jadi jika berdasarkan untung bersih, maka tentulah nilainya tidak sama dengan yang dibaca sekarang, iaitu royalti sebanyak lima peratus yang diterima bersamaan RM1.2 bilion.“Saya rasa kami perlu tengok dulu berapakah jumlah pengeluaran minyak Terengganu dan berapakah hasil yang telah ditolak cukai, kemudian baru dikira 20 peratus daripada itu.“Nilai itu mungkin kurang daripada RM1.2 bilion atau mungkin lebih. Jadi untuk memberi sokongan atau tidak setuju kami perlu lihat dengan lebih terperinci perkara tersebut,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas Majlis Makan Malam Dana Maahad Darul Quran (MDQ) sempena Ihtifal Idul Ilmi MDQ 2018 di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang malam tadi.Semalam, Dr.Mahathir memaklumkan Kerajaan Persekutuan di bawah kepemimpinan Pakatan Harapan memenuhi janji menyalurkan 20 peratus keuntungan minyak dan hasil petroleum negara kepada empat negeri pengeluar sumber itu.Menurut Ahmad Samsuri, bagi negeri-negeri yang sebelum ini hanya menerima wang ehsan termasuk Terengganu, kadar royalti sepatutnya dibayar adalah sekurang-kurangnya lima peratus.Walaubagaimanapun beliau berkata, kerajaan negeri bersetuju dengan prinsip Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan wang royalti minyak secara terus kepada kerajaan-kerajaan negeri tanpa mengira parti mana yang mentadbir negeri berkenaan.“Kita komited dengan prinsip itu dan akan menggunakan wang berkenaan untuk rakyat cuma dari segi penjelasan terperinci sama ada lima peratus kedudukan sekarang ini atau 20 peratus daripada untung bersih itu kita akan tengok balik mana yang lebih mendatangkan keuntungan kepada kerajaan negeri,” katanya.
21 Jul 18
41
Bazar Kahwin Tarik 10,000 Pengunjung
Tuan Faizah melawat pameran Bazar Kahwin. Foto Abu UbaidillahBazar Kahwin Pantai Timur 2018, karnival perkahwinan Melayu terbesar seumpamaya di negeri ini menarik lebih 10,000 pengunjung.Program selama tiga hari itu berlangsung di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu dengan penglibatan 70 vendor perkahwinan, berakhir hari ini.Berkonsepkan pusat sehenti, ia memudahkan bakal pengantin mendapatkan pelbagai keperluan mereka bagi mengatur perancangan dan persiapan menempuh detik bersejarah, melangkah ke alam kehidupan baharu./Pengurus program, Roslina Zakaria berkata, kalangan vendor menawarkan pelbagai promosi pakej perkahwinan, khusus untuk bakal raja sehari dari Kelantan, Pahang dan negeri ini.“Para pengunjung berpeluang melihat dekorasi busana pengantin yang boleh memberikan ilham untuk majlis mereka kelak,” katanyaBazaar Kahwin Pantai Timur 2018 dirasmikan oleh isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Abd Rahman malam tadi.Roslina berkata, antara vendor yang mengambil bahagian ialah butik pengantin, penyedia katering, fotografi dan videografi, pelukis inai tangan, pembekal kad jemputan perkahwinan dan cenderamata."Turut serta ialah jurusolek-jurusolek tersohor yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik pada hari penting pengantin.“Kita juga adakan pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti pertunjukan fesyen dan busana pengantin serta persembahan pencak silat,” katanya.
21 Jul 18
46
Kerajaan Negeri Bantu Lepasan Maahad
Menteri besar menyerahkan sumbangan kepada pengetua MDQ.Kerajaan negeri akan membuka lebih banyak peluang untuk mengikuti latihan kemahiran dan teknikal kepada lepasan maahad di Terengganu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya melihat kesukaran pelajar berkenaan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi."Oleh itu, kerajaan berhasrat mengemuka inisiatif termasuk menyediakan kemahiran teknikal dan elaun jika perlu," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Makan Malam Dana Pendidikan Maahad Darul Quran Rusila, Marang, malam tadi.Pelajar maahad membuat persembahan.Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM10,000.Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali dan Presiden PAS , Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
21 Jul 18
126
Pembinaan Kuala Terengganu Bypass 70 Peratus Siap
Mohd Anuar meneliti kemajuan Projek Kuala Terengganu Bypass. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimPembinaan Projek Kuala Terengganu Bypass sepanjang 5.875 kilometer yang membabitkan kos RM321 juta kini hampir 70 peratus siapProjek yang dimulakan pada pertengahan 2016 itu, pada awalnya dijangka siap pada Januari tahun depan, bagaimanapun berkemungkinan terpaksa dilanjutkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan terdapat beberapa masalah teknikal, termasuk pengambilalihan tanah.Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir, berkata bagaimanapun, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan projek di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) itu dapat disiapkan mengikut jangkaan jadual.Katanya, antara skop projek itu adalah membina jalan baharu empat lorong dengan piawaian rekabentuk Jabatan Kerja Raya (JKR) U5, membina empat buah jambatan dengan panjang keseluruhan sejauh 598 meter serta melibatkan skop menaiktaraf dan pembinaan persimpangan di Simpang Tok Molor , Jalan Tok Adis (T12) dan Jalan FT03 di Kg Durian Burung.“Skop kerja lain, penyediaan sistem perparitan dan pembentungan yang sistematik, pemasangan lampu jalan dan lampu isyarat, pemasangan kelengkapan jalan,pengalihan utiliti dan pembinaan dua buah 'vehicular box culvert' (VBC),”katanya.Pembinaan laluan dari Simpang Tok Molor, Jalan Tok Adis ke Kampung Durian Burung itu mampu mempercepatkan perjalanan dari Kuantan ke Kota Bharu dan sebaliknya.Disamping menjadi komponen utama dalam Pembangunan Bandar Baru Bukit Besar.
19 Jul 18
616
Kerajaan Negeri Sasar Tarik Lima Juta Pelancong
Ariffin (kiri) ketika menyempunakan Majlis Perasmian Pejabat Baru MATTA Cawangan Terengganu di Dataran Panji, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Abu Ubaidah Mohd NoorKerajaan negeri yakin dapat mencapai sasaran kunjungan lima juta pelancong dari dalam dan luar negara ke Terengganu sehingga akhir tahun ini bersandarkan keistimewaannya memiliki kepelbagaian produk pelancongan yang cukup lengkap.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, sasaran itu mampu dicapai memandangkan Terengganu memiliki pulau-pulau dan taman marin, jaluran pantai serta tasik yang boleh menarik pelancong.''Tasik Kenyir di Hulu Terengganu adalah antara destinasi ekopelancongan yang cukup unik menjadi pilihan pelancong sekiranya tidak berpeluang ke pulau-pulau di negeri ini.“Kebiasaannya, ada empat bulan pulau terpaksa ditutup atas faktor keselamatan pelancong,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pejabat Baru Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cawangan Negeri Terengganu di Dataran Panji, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Presiden MATTA, Dato’ Tan Kok Liang dan Pengerusi MATTA Cawangan Negeri Terengganu, Roslan Idris.Menurut beliau, pakaj-pakej lawatan boleh diasimilasikan antara destinasi pulau dengan destinasi seni budaya dan warisan, antara destinasi alam semulajadi dengan destinasi pantai malah boleh juga memperkenalkan destinasi Bandaraya Warisan Persisir Air dengan destinasi tasik.Katanya, beliau yakin formulasi sebegini bakal menzahirkan lebih keterujaan kepada pengunjung untuk mengetahui keunikan yang terdapat di negeri ini.Dalam pada itu Ariffin berkata, kerajaan negeri juga akan mempergiatkan usaha dalam memastikan prasarana pelancongan menepati keperluan kemudahsampaian dan keselesaan pelancong.“Negara kita amnya dan Terengganu khususnya telah dikenali sebagai destinasi mesra muslim.“Apa yang penting adalah untuk kita menerapkan prinsip iaitu dari segi kepatuhan kepada sistem dan nilai yang ditetapkan oleh syarak, kegiatan yang mendapat keredaaan Allah S.W.T dan kesan yang diperoleh hasil kegiatan pasca pelancongan,” ujarnya.
18 Jul 18
71
Simbolik Logo Terengganu Maju Berkat Sejahtera
Model Pembangunan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) yang dirangka berteraskan tiga dasar, tujuh prinsip, sembilan strategi, lima bidang utama, sepuluh program induk, enam sasaran dan tiga teras pelaksanaan adalah bagi menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera menjelang 2030.Di sebalik PITAS 2030 yang berfalsafah untuk membina sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah, logo Terengganu Maju Berkat Sejahtera dicipta bagi memberi mesej yang menggambarkan keseluruhan sasaran pembangunan itu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika menyampaikan ucapan di Majlis Ucap Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, pada Selasa lalu menerangkan mesej sebalik logo berkenaan, iaitu warna hitam putih digunakan sebagai simbolik warna rasmi Negeri Terengganu, manakala hijau pula melambangkan warna universal untuk Islam.“Bangunan pula melambang kemajuan duniawi, masjid adalah lambang pembangunan modal insan, pokok pula menunjukkan Terengganu sebagai negeri pesisir pantai. Malah kita mempunyai pantai terpanjang di Malaysia dan keunikan tersendiri. Manakala corak batik melambangkan seni warisan negeri Terengganu. Betapa kita menghargai kewujudan pelbagai sektor yang ada di Terengganu.“Motif bulan dan bintang pula melambangkan bendera Negeri Terengganu. Bentuk logo bulat pula membawa maksud kepada permuafakatan, persefahaman dan kerjasama di antara kita dalam menggerakkan agenda Terengganu Maju Berkat Sejahtera,” ulas beliau lagi.Ahmad Samsuri dalam ucapannya juga menyeru dan mengajak semua pegawai tadbir untuk bersama beliau berganding bahu sebagai satu pasukan bagi menjayakan PITAS 2030 dengan meletakkan kesejahteraan negeri serta rakyat Terengganu sebagai keutamaan dan `mardhatillah’ menjadi matlamat semua.
18 Jul 18
2095
Untung RM273 Juta Jual Tenaga Solar
Anak syarikat kerajaan negeri, EPIC Berhad menjangkakan mampu memperoleh keuntungan kira-kira RM273 juta hasil penjualan tenaga solar kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama tempoh 21 tahun.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata EPIC melabur RM86 juta untuk membina sistem tenaga solar mula beroperasi secara rasminya pertengahan bulan ini di kawasan seluas 28 hektar di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman. Katanya, pelaburan itu mampu memperoleh keuntungan kira-kira RM13 juta setahun atau RM273 juta selama tempoh berurusniaga dengan TNB selama 21 tahun.“Sistem tenaga solar berskala besar yang mampu menghasilkan 18.5 megawatt (MW) tenaga elektrik itu berupaya memberi manfaat kepada sistem bekalan elektrik secara langsung selepas dijana daripada sumber alam.“Tenaga elektrik yang dihasilkan melalui sistem solat itu dapat menampung bekalan elektrik sebahagian kilang perindurian di kawasan Teluk Kalong, Kemaman,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Loji Janakuasa Tenaga Solar, di Telok Kalong, Kemaman, kelmarin.Dr Ahmad Samsuri yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Epic Berhad berkata, Teknologi itu juga mampu memacu pertumbuhan ekonomi apabila inovasi dalam bidang itu dapat digunapakai bukan sahaja dalam industri malah membawa manfaat kepada pengguna tenaga..“Epic melalui kerjasama EPIC solar Sbd Bhd memperoleh latikan daripada Suruhanjaya Tenaga untuk melaksanakan projek itu.“Bekalan elektrik yang dihasilkan daripada sistem tenaga solar itu akan dijual kepada TNB selama tempoh penjanjian iaitu 21 tahun,”katanya.
18 Jul 18
380
Hospital Pengajar UniSZA Siap Sepenuhnya 2020
Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang sedang dalam pembinaanHospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang memperkasakan lagi peranan Fakulti Perubatan UniSZA kini mencapai 25 peratus kerja pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2020.Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr Ahmad Zubaidi A. Latif berkata, hospital setinggi enam tingkat di tapak seluas 12 hektar melibatkan kos RM600 juta masih dalam proses pembinaan dan setakat ini berjalan dengan lancar.“Jika ada dakwaan yang mengatakan bahawa projek ini salah satu ‘projek sakit', itu adalah tidak benar kerana pembinaannya sedang berjalan dengan baik di bawah pantauan pihak UniSZA.“Pihak kami sentiasa berhubung dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan mengadakan mesyuarat setiap bulan bersama pihak yang terlibat bagi memastikan pembinaan salah satu mercu UniSZA berjalan lancar tanpa masalah,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Syarahan Tahunan Naib Canselor Dan Anugerah Kecemerlangan Staf Serta Jamuan Semoena Hari Raya Aidil Fitri UniSZA di Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Pro Canselor, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof Noor; Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi UniSZA.Ahmad Zubaidi berkata, projek yang melibatkan dua fasa itu akan menempatkan 200 katil yang dilengkapi dengan kemudahan terkini pada peringkat pertama dengan dijangka akan mengambil seramai 1,540 kakitangan pelbagai jawatan dan daripada jumlah itu seramai 70 kakitangan kumpulan pertama akan diambil pada 2019.Sementara itu, UniSZA turut meluluskan bajet sebanyak RM1 juta bagi memulakan pelaksanaan strategi peningkatan reputasi akademik dan penyelidikan UniSZA di peringkat Asia di bawah pemantauan Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti (SPaQM).“Bajet ini akan digunakan untuk mengalakkan pelaksanaan aktiviti yang dapat meningkatkan kualiti persekitaran serta meningkatkan keternampakan UniSZA di peringkat global.“Segala strategi ini merupakan sebahagian daripada persediaan UniSZA menghadapi penilaian penarafan ‘QS Rating’ pada tahun 2020 dalam menentukan keberadaannya di mata dunia,” kata Ahmad Zubaidi.
17 Jul 18
1077
Sasaran PITAS 2030 Realistik
Ahmad Samsuri ketika berucap di Majlis Ucap Negeri Terengganu Tahun 2018 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimMenteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan pelaksanaan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) yang menjadi model polisi dan pentabiran negeri jangka panjang adalah realistik.Beliau berkata, pelan tersebut dirangka berteraskan tiga dasar, tujuh prinsip, sembilan strategi, lima bidang utama, sepuluh program induk, enam sasaran dan tiga teras pelaksanaan bagi menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera menjelang 2030.“Bagi mencorak pembangunan lebih terancang dan memberikan faedah meluas kepada rakyat, masa untuk melaksanakan perkara-perkara ini tidak cukup dalam lima tahun dan sebab itulah sasarannya adalah tahun 2030 iaitu tempoh yang realistik untuk dibuat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media Majlis Ucap Negeri Terengganu Tahun 2018 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya , Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Menurut beliau, tujuh prinsip yang terkandung dalam PITAS 2030 ialah; pematuhan kepada prinsip Islam; insan berkualiti aset terpenting negeri; kekayaan dan hasil tempatan adalah untuk rakyat; pembangunan sosial dan ekonomi adalah tanggungjawab kerajaan negeri dan rakyat; pembangunan lestari yang mencakupi tiga elemen utamanya, alam sekitar, masyarakat dan ekonomi yang berteraskan Islam.Lain-lain adalah, kerajaan negeri sebagai pemandu, pemudahcara dan pemantau kepada swasta dan rakyat dalam menjayakan pelan pembangunan negeri; pengasingan fungsi antara badan politik dan kuasa ekonomi (Badan politik sebagai penentu halatuju negeri, perancang program dan pemantau manakala kuasa ekonomi bertanggungjawab terhadap penentuan syarikat pelaksana).Tambah beliau, walaupun falsafah PITAS 2030 adalah membina sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya yang menuju keredhaan Allah S.W.T, namun kerajaan negeri tetap mengutamakan kaum-kaum lain di negeri ini.“Kita tidak kata membina sebuah masyarakat Islam kerana kita memahami inilah realiti yang ada di Negeri Terengganu (kepelbagaian kaum),” ujarnya.
16 Jul 18
789