lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Terengganu Belanja RM80 Juta Untuk kebajikan Rakyat
Hanafiah ketika diwawancara wartawan UPDI, di pejabat beliau hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri memperuntukkan hampir RM80 juta bagi memperkasakan kebajikan rakyat melalui Portfolio Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri.Pengerusinya,  Hanafiah Mat berkata, perbelanjaaan itu diagihkan kepada beberapa agensi iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) sebanyak RM56 juta, Tabung Darul Iman (TDI) (RM10 juta), RM8 juta bagi Yayasan Pembangunan Keluarga(YPK) dan bantuan-bantuan am lain sebanyak RM5 juta.Menurutnya, sebanyak RM800,000 setiap bulan dibelanjakan untuk Tabung Darul Iman bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat di bawah beberapa kategori meliputi bantuan sara diri tahunan, bantuan peralatan perubatan, bantian implan, bantuan susu dan lampin pakai buang dan bantuan musibah bagi meringankan penderitaan rakyat yang memerlukan perhatian segera terutama mereka yang berdepan musibah dan penyakit kritikal.“Pihak kami juga telah memperkasakan kebajikan dengan beberapa pindaan bagi menyenangkan pihak yang berurusan seperti  Tabung Darul Iman atau Tabung Kronik tidak lagi memerlukan tandatangan sokongan daripada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) untuk sebarang urusan permohonan bantuan daripada kerajaan negeri.“Sebarang permohonan termasuk borang-borang yang berkaitan dengan permohonan yang dibuat hanya perlu diisi oleh pemohon tanpa tandatangan JKKK dan boleh dihantar terus kepada agensi berkaitan,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di pejabat beliau, di Wisma Darul Iman, hari ini.Sementara itu, untuk memperkasakan lagi portfolio beliau, Hanafiah berkata pihaknya juga bercadang untuk melantik pegawai dari kalangan bukan Melayu iaitu dari kaum Tionghua dan India bagi melancarkan lagi perjalanan pihak mereka dalam menjaga kebajikan rakyat yang terdiro daripada pelbagai bangsa di negeri ini.“Setakat ini, kita suah ada calon nama untuk menjadi wakil kaum India iaitu Dr, Balachandran dan masih menunggu nama dari kaum Tionghua. Ini termasuklah melantik  seorang pegawai khas wanita supaya dapat melicinkan lagi peranan jawatankuasa ini,”ujarnya
25 Jul 18
40
Empty Image
Taska Di Semua Jabatan Kerajaan Mulai 2019
Hanafiah ketika diwawancara wartawan UPDI, di pejabat beliau hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri akan memastikan semua agensi dan jabatan kerajaan termasuk di daerah mewujudkan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska)  di tempat kerja masing-masing bermula tahun depan.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, langkah itu selaras dengan janji yang telah ditawarkan dalam Manifesto PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 baru-baru ini.“Sebagai langkah pertama, saya telahpun berbincang dengan jawatankuasa di bawah portfolio saya  supaya semua jabatan kerajaan termasuk di daerah menyediakan premis taska untuk memulakan pelaksanaan  pusat asuhan ini dengan segera.“Pihak berkenaan perlu mencari premis yang sesuai sama ada berdekatan dengan pejabat atau sekitarnya  supaya menyenangkan ibu-ibu yang bekerja  meninggalkan anak mereka di pusat asuhan tersebut,” katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di pejabatnya, di Wisma Darul Iman, hari ini.Hanafiah berkata, pihaknya bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) juga bersetuju akan memulakan projek perintis di Kompleks Seri Iman selain yang sudah terlaksana di beberapa tempat seperti Kompleks YPKT, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Universiti Malaysia Terengganu.“Pengurusan taska ini akan diserahkan kepada YPKT untuk dilaksanakan dan bagaimana untuk melaksanakannya nanti.“Untuk taska di agensi swasta, pihak mereka ada jumpa saya baru-baru ini untuk mohon peruntukan taska dan perkara ini belum lagi diputuskan kerana ia masih dalam pertimbangan,”ujarnya. Menyentuh mengenai pelaksanaan  pencen rakyat RM50 sebulan bagi warga emas yang layak, Hanafiah berkata pihaknya sudahpun memasukkannya dalam Bajet 2019 kerajaan negeri untuk diluluskan. “Kita akan mula pada tahun hadapan dan ia terbuka kepada semua warga emas yang tidak mendapat mana-mana bantuan termasuk  Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan  juga bukan pesara kerajaan,”katanya.Untuk rekod, pencen rakyat RM50 bagi warga emas ini merupakan satu daripada 20 janji yang akan dilaksanakan sekiranya diberi mandat untuk menerajui Terengganu pada PRU14 nanti yang merangkumi semua aspek yang menyentuh kepentingan rakyat. 
25 Jul 18
43
Empty Image
Peserta Luar LAJSM 2018 Meningkat Lima Kali Ganda
Wan Sukairi (berdiri tiga kiri) menunjukkan t-shirt LAJSM 2018 di Majlis Sidang Media Pra-Pelancaran LAJSM 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimPeserta luar negara bagi Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2018 menunjukkan peningkatan lima kali ganda kepada 2,000 orang berbanding hanya 400 peserta tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, LAJSM 2018 yang akan berlangsung 8 September depan di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu dijangka disertai 50,000 peserta dari dalam dan luar ne­gara.“Sehingga kini, seramai 48,000 orang telah mengesahkan penyertaan termasuk peserta luar negara seperti Singapura, Thailand, Somalia, Yaman, United Kingdom, India, China, New Zealand serta Afrika.“Berdasarkan peningkatan bilangan peserta luar negara pada setiap tahun dimana pada 2016 hanya 100 pelari, 2017 (400) dan tahun ini seramai 2,000 yang telah berdaftar, kita percaya bahawa acara ini berupaya dijadikan salah satu platform utama mempromosikan negeri melalui pelancongan sukan sekali gus menjana ekonomi tambahan rakyat Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sidang Media Pra-Pelancaran LAJSM 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Presiden Persatuan Olahraga Amatur Te­­rengganu (POAT), Dato’ Wan Hisham Wan Salleh dan Pe­ngarah Maj­lis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.Wan Sukairi memberitahu, kerajaan negeri terus memberi kepercayaan penuh kepada POAT bagi me­ngurus dan menjayakan LAJSM 2018 dengan tema ‘Vacay Run’atau ‘Lari Sambil Melancong’ bagi menjayakan Visit Beautiful Terengganu.Katanya, LAJSM yag menawarkan hadiah keseluruhannya bernilai RM214,000 menampilkan lima kategori utama iaitu 42 kilometer (km), 21 km, 12 km, lima km dan tiga km yang dijadualkan bermula pukul 12.01 tengah ma­lam sehingga pukul 10 pagi keesokannya.
25 Jul 18
139
Empty Image
Kerjasama Kerajaan Negeri Dengan Pusat Demi Agama, Kebaikan Rakyat
Kerajaan negeri sekali lagi menegaskan komitmen untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat bagi menjayakan sebarang program demi kebaikan rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, kerajaan negeri sangat komited membantu Kerajaan Pusat terutama hal yang melibatkan agama Islam kerana itulah dasar utama perjuangan kerajaan negeri melalui wadah politik PAS sebelum memenangi pilihan raya umum, kini dan akan datang."Persefahaman yang dicadangkan seperti menyediakan ruang kerjasama bagi tahfiz-tahfiz kendalian atau yang diiktiraf oleh kerajaan negeri oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), pastinya akan membuka peluang baharu di bidang ini."Selain itu, kerajaan negeri mungkin boleh menawarkan tenaga bantuan bagi Jakim memantau pengusaha-pengusaha yang mendapat sijil halal, agar berterusan mematuhi piawaian Jakim, sekiranya Jakim mempunyai kekangan kakitangan,"katanya.Beliau berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia mewakili Terengganu, di Kompleks Islam Putrajaya, semalam.Persidangan yang diadakan buat kali kedua bagi tahun ini dan pertama selepas pertukaran kerajaan, dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr, Mujahid Yusof dan timbalannya, Fauziah Salleh.Turut hadi, Ketua Pengarah Jakim Datuk Mohamad Nordin Ibrahim serta kakitangan Jakim yang berkaitan."Saya mewakili kerajaan negeri, merasa gembira apabila menteri mengesahkan Jakim tidak dihapuskan dan pusat-pusat tahfiz akan diperkasakan lagi, kami pegang janji Kerajaan Pusat ini,” kata beliau lagi.Ketika ini, Terengganu hanya mempunyai sebuah tahfiz yang mengadakan kerjasama dengan Jakim iaitu Institut Pengajian Islam (INSPI)  Terengganu sejak 2011.Mohd Nor juga berhasrat untuk menambah bilangan tahfiz-tahfiz menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jakim bagi memperkasakan institusi itu.Dalam pertemuan lebih dua jam itu, Jakim juga memberi penjelasan berkenaan beberapa perkara lagi yang berkait dengan pentadbiran mereka seperti isu imam, bilal, guru takmir dan juga Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).Dalam perkembangan lain, sebagai menyahut kesanggupan kerjasama dengan Kerajaan Pusat, Terengganu akan menjadi lokasi penganjuran seminar berkaitan bahaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu yang dianjurkan oleh Jakim pada Ahad 29 Julai ini.Seramai lebih 200 orang dijangka hadir ke seminar sehari itu yang akan mengupas dan membincangkan mengenai ancaman dan juga penyelesaian masalah sosial ini.
24 Jul 18
35
Empty Image
NGO Jadi Mata Dan Teliga Kerajaan
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini diharap menjadi medium terbaik untuk membantu kerajaan negeri dalam menyampaikan pelbagai maklumat kepada masyarakat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Negeri , Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata tanggungjawab tersebut perlu dipikul bersama selaras dengan pelbagai pendekatan yang diambil kerajaan negeri terutamanya dalam berdepan pelbagai cabaran ekonomi dan teknologi kini.Katanya, kerajaan negeri meletak harapan yang cukup tinggi kepada kumpulan NGO   untuk bantu kerajaan dalam pelbagai aspek terutamanya kebajikan yang melibatkan kesejahteraan rakyat.“Selain itu, mereka (NGO) boleh jadi mata dan telinga kepada kita supaya setiap masalah rakyat terjaga,”katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman, di pejabatnya hari ini.Sementara itu Wan Sukairi turut memberitahu bahawa  kerajaan negeri  berhasrat  mahu melahirkan ahli sukan profesional yang patuh syariah bagi  mencipta nama di persada antarabangsa.“Kita akan mendalami perkara itu  supaya apa yang dilakukan Terengganu menjadi ikutan pihak lain terutama berkaitan aspek pemakaian, displin dan sebagainya,”katanya
23 Jul 18
40
Empty Image
Lesen Memandu Motosikal, Sasar 30,000 Belia Nikmati RM300
Kerajaan negeri mensasarkan kira-kira 30,000 belia terutama berumur 15 tahun ke atas layak menikmati  tawaran RM300 bagi mendapatkan Lesen Memandu Motosikal (B2) seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pas pada Pilihan Raya Umum  Ke-14.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Negeri , Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata dia menjangkakan perkara itu dapat direalisasikan dalam Bajet 2019 yang bakal dibentangkan Menteri Besar hujung tahun iniKatanya, pelaksanaan program  yang membabitkan peruntukan RM9 juta itu, berkemungkinan awal tahun depan.“Pihak kami  telah bertemu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , pemilik institut memandu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) berkaitan perkara itu dan tahap perancangan dan perangkaan kerja  kini dalam peringkat akhir. “Tumpuan utama pelaksanaan janji itu, mahu mengurangkan bebanan keluarga yang sebelum ini terpaksa membayar RM350 untuk mendapatkan Lesen Memandu B2, mengurangkan kadar kemalangan, sifat kadar merempit dan mendidik belia memahami undang-undang jalan raya,”katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman, di pejabatnya hari ini.Katanya, berdasarkan kajian, peningkatan kadar kemalangan dan adanya aktiviti merempit,  kurangnya pengetahuan undang-undang jalan raya.“Oleh itu, kerajaan negeri bersetuju mendidik mereka belajar undang-undang jalan raya melalui cara mendapatkan lesen memandu dengan kadar harga RM50 dimana sebelum ini perlu membayar RM350,”katanya.
23 Jul 18
53
Empty Image
Fama Saran Pekebun Tanam Durian Klon
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menyarankan pekebun durian  di Terengganu lebih menumpukan penanaman pokok durian cantuman (klon) kerana harga pasaran yang lebih tinggi serta tempoh memperoleh hasil sangat singkat.Pengarah jabatan itu, Fauzi Mohamad berkata, pekebun sewajarnya peka dengan pemintaan pasaran berikutan pelanggan yang lebih gemar memilih durian klon, termasuk musang king, raja udang merah, D1, D13, D24 dan D101 berbanding durian kampung atau durian asli.“Berdasarkan harga pasaran, durian klon boleh mencecah antara RM40 hingga RM50 sekilo berbanding durian kampung hanya RM5 hingga RM10 sekilo. “Lebih menarik, durian klon mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh singkat iaitu antara  empat hingga tujuh tahun selepas ditanam,”katanya.Beliau berkata demikian kepada media ketika menyertai Program Jom Kenduri Durian, di perkarangan Rumah Kelab wartawan Media Terengganu (Kawat), Chendering, petang semalam.Hadir sama, Pengerusi Kawat, Wan Abdul Rahman Hayat.Sebelum itu, sekumpulan ahli Kawat menunaikan Solat Hajat dan Solat Asar secara berjemaah.Fauzi memberitahu, pihaknya melalui Unit Pendidikan Fama berhasrat menganjurkan Kursus Penanaman Durian Musang King dalam tempoh terdekat sebagai usaha menggalakkan orang ramai menanam durian jenis itu.Katanya, program sama pernah dianjurkan di Kelantan dan Negeri Sembilan mendapat sambutan sangat menggalakkan sehingga mencecah lebih 1,000 peserta pada satu-satu masa.“Langkah itu pastinya boleh menanam minat, menambah ilmu pengetahuan dan memberi semangat terutama kepada pekebun dan pengemar durian untuk menambah pendapatan keluarga,”katanya.
23 Jul 18
90
Empty Image
MB Adakan Pertemuan Dengan Ketua Menteri Sarawak Berkait Isu Royalti
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Difahamkan, pertemuan yang memfokus isu royalti minyak itu turut dihadiri Menteri Muda Perundangan, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan pegawai kanan Kerajaan Sarawak.Ahmad Samsuri berkata, secara khususnya kedua-dua negeri bersetuju dan komited untuk memastikan yang terbaik bagi negeri Terengganu dan Sarawak serta negeri pengeluar minyak dan gas yang lain.“Pembayaran royalti adalah perlu mengikut perjanjian yang dimeterai, dan kami juga sepakat bahawa ianya adalah royalti dari pengeluaran minyak dan gas, dan bukannya dari keuntungan bersih,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
23 Jul 18
228
Empty Image
Sultan Mizan Berkenan Rasmi Taman Herba Pasir Raja
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menurunkan tandatangan pada plak perasmian sebagai gimik perasmian pembukaan Taman Herba Pasir Raja di Mukim Pasir Raja, Dungun, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan pembukaan Taman Herba Pasir Raja yang dinamakan Pembangunan Kluster Bersepadu Herba (HICD) di Mukim Pasir Raja, Dungun hari ini.Keberangkatan baginda diiringi anakanda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua'az.Hadir menyambut baginda Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya; Pengerusi Bioalpha Holdings Berhad, Tan Sri Abdul Rahman Mamat dan Ketua Pegawai Eksekutif ECER, Dato’ Seri Jebasingam Issace John.Terdahulu Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata, pembukaan Taman Herba Pasir raja dibawah pelan induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) adalah selaras dengan harapan kerajaan untuk merealisasikan potensi permintaan herba tropikal yang tinggi dalam industri farmaseutikal, nutraseutikal dan kosmeseutikal.“Projek usahasama awam-swasta menerusi Model Syarikat Induk yang diperkenalkan Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECERDC) dengan sebuah syarikat pembuatan produk suplimen kesihatan, Bioalpha menawarkan manfaat yang besar kepada rakyat disamping mempercepatkan pertumbuhan ekonomi tempatan.“Menerusi model ini, pihak kerajaan menyediakan pelaburan dan pembangunan prasarana manakala sektor swasta pula mengusahakan bahagian komersial,” ujarnya ketika berucap di majlis Perasmian Pembukaan Taman Herba Pasir Raja yang disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Mukim Pasir Raja, Dungun, hari ini.Katanya, pembukaan HICD juga membawa pelbagai peluang pekerjaan buat komuniti setempat dimana sehingga kini lebih daripada 50 penduduk sekitar diambil bekerja sebagai kerani umum, penjaga tapak semaian, penanam herba dan lain-lain jawatan.Sementara itu, Abdul Rahman berkata, projek Taman Herba Pasir Raja yang ditanam dengan 20 jenis tanaman herba di atas tanah seluas 1,004 ekar sejak 2015 berjaya melahirkan 32 peladang satelit herba di mukim ini.“Seluas 260 ekar tanah setakat ini ditanam dengan 20 jenis tanaman herba termasuk Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Hempedu Bumi, Dukung Anak, Pecah Beling dan Mas Cotek."Menerusi projek ini peladang satelit berpeluang menjadi usahawan tani berjaya menerusi sistem bayar balik yang akan memberi pendapatan berpatutan sekaligus membangunkan ekonomi negeri ini," katanya.
22 Jul 18
511
Empty Image
Anak Besut Cemerlang Di Universiti Liverpool
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mohktar  mengucapkan tahniah di atas kejayaan anak jati Kota Putera, Besut Wan Nur Faezah Wan Mustafa atas kejayaan menamatkan pelajaran dengan cemerlang serta memperoleh First Class (Hons) Ijazah Perakaunan di University of Liverpool, England.Katanya, pujian juga harus wajar diberikan kepada ibu bapa pelajar itu, Wan Mustafa Hussin, 56, dan ibunya Zaiton Zakaria, 54, di atas pencapaian anakanda mereka yang sangat membanggakan  itu dan pastinya memberikan kegembiraan yang bermakna buat keluarga.“Saya juga difahamkan bahawa beliau datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, namun ia bukanlah satu halangan untuk beliau mengecapi kejayaan ini.“Kejayaan anak kelahiran Besut yang juga anak petani  ini turut menjadi kebanggaan rakyat  Terengganu dan diharapkan dapat menjadi penyuntik semangat buat pelajar lain untuk mencontohi beliau,” katanya dalam satu kenyataan kepada media pada hari ini,Wan Nur Faezah pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Besut,  memperoleh keputusan 8A+ dan 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  2014 , ditawarkan  melanjutkan pelajaran ke University of Liverpool, England dalam bidang Perakaunan dan Kewangan selama tiga tahun bermula September  2015.
21 Jul 18
167