lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Patriotik Disemai, Pahlawan Dihargai
Kemerdekaan dan keamanan negara yang kita kecapi pada hari ini merupakan hasil dari pengorbanan para perajurit dan anggota keselamatan yang menyekat segala ancaman dari dalam dan luar negara.Mereka mempertahankan ibu pertiwi dengan darah dan nyawa menjadi taruhan, kata Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi laman Facebook yang dimuat naik beliau hari ini."Justeru, sempena Hari Pahlawan, saya mengajak seluruh rakyat Terengganu dan Malaysia umumnya menyemai semangat patriotik dalam diri dan mempertahankan kedaulatan negara seperti semangat perwira.Jadikanlah ia sebagai satu iltizam dalam diri untuk menghargai para pejuang negara.Selamat Hari Pahlawan kepada semua perajurit dan anggota keselamatan serta keluarga mereka.Tanpa kalian, rakyat Malaysia tidak dapat menikmati apa yang  dimiliki sekarang,"ulas beliau lagi.
31 Jul 18
38
Empty Image
TDM Umum Penstrukturan Semula Ahli Lembaga Pengarah
TDM Berhad telah menjalani proses penstrukturan semula ahli lembaga pengarahnya yang telah menyebabkan lima peletakan jawatan secara sukarela dan lima pelantikan baru yang berkuatkuasa serta-merta.Dalam satu kenyataan di Bursa hari ini, TDM Berhad mengumumkan Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail meletakkan jawatan dan digantikan oleh Dato’ Raja Idris Raja Kamarudin.Idris, 65, berpengalaman selama 30 tahun dalam jawatan pengurusan kanan di syarikat swasta, syarikat tersenarai awam dan multinasional. Beliau adalah Pengarah Eksekutif Kumpulan TDM dari tahun 2000 hingga 2004.Beliau juga merupakan pengarah Terengganu Inc Sdn Bhd - syarikat pemegangan pelaburan milik negeri Terengganu - yang merupakan pemegang saham utama dalam TDM.Sementara itu, dua Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif, Dato’ Ahmad Shukri Md Salleh dan Mohd Nasir Ali, juga meletak jawatan. Turut meninggalkan lembaga itu adalah dua Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif, iaitu Samiun Salleh dan Md Kamaru Al-Amin Ismail.Mereka digantikan oleh Mohd Kamaruzaman A Wahab dan Burhanuddin Hilmi Mohamed yang dilantik sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif manakala Mazli Zakuan Mohd Noor dan Dato’ A. Rahman Yahya dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif.Jun lalu, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Moktar dilaporkan berkata kerajaan negeri akan menyusun semula semua anak syarikatnya, terutama di bawah Terengganu Inc. seperti TDM, untuk menyusun semula kepentingan mereka dengan kerajaan negeri."Kami akan menyusun semula semua syarikat yang dimiliki oleh kerajaan dan menyusun semula arah perniagaan mereka," kata Ahmad Samsuri. Terengganu Inc. kini mempunyai kira-kira 61.084% kepentingan dalam TDM yang mengendalikan penanaman sawit dan penjagaan kesihatan.Saham TDM ditutup satu sen atau 3.85% kepada 25 sen hari ini, dengan satu juta saham diniagakan, untuk permodalan pasaran sebanyak RM414.47 juta.
31 Jul 18
69
Empty Image
Nelayan Mohon JPS Pertimbang Kedudukan Pemecah Ombak Pantai Mengabang Telipot
Hishamuddin (berdiri) ketika memberi penerangan kepada para nelayan ketika Sesi Taklimat Bersama Penduduk Dan Nelayan Bagi Projek Pencegahan Hakisan Pantai di Pengkalan Nelayan, Kampung Tengah, Mengabang Telipot Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimPara nelayan di kawasan Pantai Mengabang Telipot, Kuala Nerus memohon Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menimbang semula kedudukan pemecah ombak (Break Water) kedua yang dibina JPS bagi menangani masalah hakisan di pantai itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pembinaan pemecah ombak adalah cetusan idea para nelayan yang telah dipersetujui pihak JPS.“Kita cuba bawa nelayan bertemu secara langsung dengan pihak JPS untuk meluahkan pandangan dan juga kritikan berhubung pembinaan pemecah ombak dan berlaku sedikit ketegangan berhubung lokasi pemecah ombak kedua.“Punca pemecah ombak kedua yang menimbulkan rasa tidak puas hati para nelayan adalah disebabkan ianya dibina di bahagian lapis lindung hakisan pantai iaitu berdepan dengan batu di tepi pantai ini sehingga dilihat ianya tidak mendatangkan sebarang manfaat. “Jadi pandangan mereka (nelayan) supaya dialihkan atau dianjakkan dari lokasi asal supaya berada dihadapan tempat pendaratan bot nelayan di Pengkalan Nelayan Kampung Tengah yang dilihat lebih praktikal dan efektif untuk melindungi pantai daripada berlaku hakisan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada Sesi Taklimat Bersama Penduduk Dan Nelayan Bagi Projek Pencegahan Hakisan Pantai di Pengkalan Nelayan, Kampung Tengah, Mengabang Telipot Kuala Nerus, hari ini.Kerja-kerja pembinaan pemecah ombak kedua telah mencapai 90 peratus dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini.Hishamuddin yang juga penduduk kawasan pantai itu mengharapkan pihak JPS mengambil kira suara dan pendapat para nelayan.“Projek yang membabitkan hakisan perlu dilibatkan nelayan sebab mereka walaupun tidak ada ilmu kejuruteraan, tetapi pengalaman yang ada pada mereka ini terbukti banyak membantu untuk kita mengawal hakisan dan juga dapat pulihkan balik pantai.“Saya rasa, walaupun dilihat nelayan satu kelompok kecil masyarakat tetapi idea dan pandangan mereka perlu diketengahkan dan perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan,” ujarnya.Katanya, beliau dan penduduk kampung yang terlibat cukup terkesan dengan apa yang berlaku (hakisan pantai).“Kami sangat berharap ianya tidak merebak dan pihak berkaitan boleh mencari satu penyelesaian yang tuntas melalui pengalaman-pengalaman di negara lain yang boleh diterokai.“Dengan teknologi yang ada pada hari ini diharapkan ianya boleh pulihkan balik kawasan Pantai Mengabang Telipot ini khususnya dan Terengganu akan kekal sebagai sebuah negeri yang memiliki pantai yang cantik dan indah untuk dikunjungi,” ujarnya.
29 Jul 18
188
Empty Image
Jawatan J3K Bukan Suatu Kebanggaan, Tetapi Amanah
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) perlu menjalankan tugas yang diamanahkan secara adil dan saksama sekali gus tidak menganggap jawatan itu sebagai suatu yang harus dibanggakan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, tanggungjawab sebagai J3K adalah satu amanah yang wajib dilaksanakan oleh pemegangnya dengan ikhlas sama ada suka, payah mahupun senang."Namun seseorang mesti memikul beban amanah, dan dia mestilah kuat dan beriman supaya ia tidak akan menjadi kehinaan dan penyesalan kepada pemegangnya di akhirat nanti jika gagal menjalankannya,"katanya ketika merasmikan Taklimat Fungsi dan Peranan J3K Daerah Marang.Seramai 200 orang Pengerusi dan Setiausaha (SU) J3K yang baharu dilantik pada majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Marang, Kamarudin Yaakob, penghulu-penghulu mukim Daerah Marang.Beliau juga mengingatkan bahawa J3K adalah mata dan telinga bagi kerajaan untuk membantu melicinkan pentadbiran negeri sehingga sampai ke akar umbi dalam memenuhi keperluan rakyat."J3K perlu meningkatkan kesabaran, senyum dalam berkomunikasi ketika menguruskan kehendak rakyat kerana kebiasaannya, mereka inginkan penyelesaian yang segera tanpa memahami prosedur kerajaan.“Berkat hidup yang paling penting ialah dengan memakmurkan masjid, maka Pengerusi, SU dan AJK J3K kena rajin pergi masjid. Kalau boleh sembahyang subuh berjemaah di masjid, kalau tidak boleh setiap masapun kena ada masa lain."Jangan pula Pengerusi J3K sampai berbulan-bulan tak nampak di masjid,” tambah beliau sebagai ingatan kepada mereka yang hadir.NorhayatiSementara itu, Pengerusi J3K Bukit Jetit, Pengkalan Berangan, Puan Norhayati Mohd Nor, 43, yang merupakan satu-satunya pengerusi wanita tunggal dalam Daerah Marang, berkata, beliau bersyukur kepada Allah S.W.T. dengan pelantikan itu walaupun memahami beban yang bakal diterimanya nanti.“Saya bersyukur atas kepercayaan yang diberi oleh kerajaan sebagai wakil muslimat di kawasan saya.Saya akan memastikan pembangunan yang sekata di kawasan saya, masalah sosial dihapuskan dan masalah rumah PPRT yang ada sebahagiannya sudah tidak diduduki oleh generasi kedua kerana sudah keluar dari kemiskinan,” katanya apabila ditanya mengenai perancangan awal sebagai Pengerusi J3K.MustafaBagi Mustafa Yaakob 52, Pengerusi J3K Paya Resak pula merancang untuk menyegerakan pembaikan sistem perparitan yang sedia ada dan menambah jika perlu bagi menangani masalah banjir di sekitar Kampung Paya Resak.“Jalan-jalan kampung juga, saya akan memastikan sentiasa dalam keadaan baik dan akan membaiki mana-mana yang telah rosak."Buat masa sekarang ini, sejak J3K baru ditubuhkan, kami telah membaik pulih rumah OKU (orang kelainan upaya) dan mengadakan gotong royong membersih kubur di sini,” ujar beliau.
29 Jul 18
165
Empty Image
Rempit, Pendekatan Polis Kemaman Dipuji
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan tahniah dan syabas kepada Polis Daerah Kemaman  menerusi pendekatan yang terbaru diambil oleh pasukan keselamatan berkenaan yang diketuai Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Said Ibrahim dalam menangani dan membanteras gejala rempit."Pendekatan yang terbaru diambil oleh pihak polis bahagian ini dalam menangani dan membanteras gejala rempit ini adalah pendekatan yang sangat baik dan wajar dipuji," kata beliau dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook `Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar', hari ini.Dalam operasi Ops Bersepadu Samseng Jalanan Daerah Kemaman yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik  pada 26 Julai yang lalu, seramai 79 orang mat motor yang ditahan dibawa untuk solat Subuh berjemaah, mengadakan bacaan Yasin dan juga sedikit peringatan dari imam yang bertugas."Dalam usaha mencegah budaya rempit ini, bukan aspek luaran sahaja perlu diambilkira tetapi pengisian rohani amat penting dalam mendidik anak muda kita yang terjebak dengan budaya yang tidak sihat ini. Syabas sekali lagi diucapkan,"ulas beliau lagi.
29 Jul 18
125
Empty Image
Terengganu Mahu Wujud Pusat Pemulihan Dadah Islamik
Maliaman menikmati taam bersama wakil-wakil agensi selepas melakukan kunjungan ke Madrasah Khairul Insan di JenagorKerajaan negeri sedang merangka satu pusat pemulihan dadah berkonsep Islamik sepenuhnya bagi membantu penagih dadah pulih seratus peratus menerusi pendekatan kerohanian.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim berkata, setakat ini dua lokasi dikenal pasti iaitu di Marang dan Kemaman bagi merealisasikan perancangan tersebut."Bangunan sudah ada cuma tunggu kata putus sahaja. Kita datang ke Madrasah Khairul Insan (MKI) di Jenagor ini sebagai kajian asas untuk dilaksanakan pada pusat pemulihan yang akan diwujudkan nanti."Di pusat ini, kita dapat melihat dua perkara yang penting iaitu manfaat dari persembahannya dan kelebihan MKI itu sendiri sebab ia berjaya membentuk 'isi dalam' bagi pemulihan penagih walaupun serba kekurangan," katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan kunjungan ke MKI, Jenagor, Hulu Terengganu bersama agensi-agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini.Tambah Maliaman lagi, baginya MKI cukup istimewa kerana berjaya memulihkan penagih dadah dengan terapi kerohanian mengikut Islam jika dibandingkan tempat lain yang mempunyai pelbagai kelengkapan canggih tetapi masih gagal dalam cara pemulihannya."Walaupun banyak kemudahan tetapi mereka gagal bentuk jiwa penagih dadah ini kerana 'isi dalam' masih kosong menyebabkan ada yang tidak pulih sepenuhnya dari masalah penagihan ini."Sebab itu, madrasah ini akan dijadikan kajian untuk kerajaan negeri laksanakan pusat pemulihan Islamik dan kita akan lihat sama ada sertai bersama MKI atau dibuat secara berasingan dan juga kekalkan di sini dengan kerjasama kerajaan negeri,"ujarnya.
29 Jul 18
360
Empty Image
"Teruskan `Me-rocket' The Pocket Rocket Man" - MB
Kejayaan demi kejayaan telah dilakarkan oleh warga Terengganu dalam bidang akademik, sukan dan sebagainya hingga ke peringkat antarabangsa.Kejayaan `The Pocket Rocket Man', Azizulhani Awang yang merangkul  Pingat Emas di Piala Basikal Trek China 2018, dalam acara kegemarannya iaitu Keirin, baru-baru ini membanggakan seluruh kepimpinan dan rakyat Terengganu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam laman Facebook `Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar' mengucapkan tahniah kepada anak Terengganu yang memahat nama di persada dunia itu."Kegigihan beliau yang konsisten berlatih dan terus mencipta kejayaan perlu dijadikan dorongan kepada anak muda lain."Teruskan "me-rocket" The Pocket Rocket Man!," ulas beliau lagi.Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang menerima suntikan berharga menjelang Sukan Asia di Jakarta-Palembang, bulan depan selepas memenangi pingat emas kedua pada kejohanan Piala Trek China 2018 di Taiyuan, China pada Khamis lalu. Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu, yang meraih pingat emas pertama dalam acara pecut pada Rabu, meneruskan kayuhan bertenaganya untuk memenangi emas kedua dalam acara keirin pada Khamis.Mohd Azizulhasni mencatat masa 13.569 saat untuk menewaskan dua pelumba China, Xu Chao dan Wang Yibo, yang masing-masing memenangi perak dan gangsa selepas ketinggalan 0.568 dan 0.811 saat di belakang pelumba Malaysia itu.
29 Jul 18
113
Empty Image
Berubah Kerana Allah S.W.T. - Bekas Mak Nyah
“Bagi saya penghijrahan bermula dari dalaman dan bukannya daripada luaran, kerana ianya tidak akan kekal. Jadi kebanyakan kawan-kawan saya dia beranggapan bila kita nak berhijrah, kita kena berhijrah dari luaran, maksudnya potong rambut, buang baju-baju perempuan, tetapi bagi saya itu salah."Sebenarnya penghijrahan yang bagus, yang hebat yang betul-betul mantap, bila kita mengenali diri kita dan kita mengenali Allah S.W.T, kita mengenali Islam, dan di kala itulah kekuatan akidah Allah S.W.T akan campakkan,”  kata Mohd Khariri Mohamad Ramli.Begitulah antara luahan hati seorang bekas `mak nyah' yang terjebak lebih kurang 15 tahun secara serius sebagai transgender, iaitu sejak usia 18 tahun dan berjaya bebas dari masalah berkenaan kira kira lapan tahun lalu.Perubahan beliau bermula secara beransur-ansur dengan kembali mengerjakan perkara wajib dan solat-solat sunat seperti tahajud, taubat dan mengaji al-Quran bagi menguatkan lagi keazamannya untuk berubah.Mohd Khariri yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Uda, Kelang, itu juga berkata dengan mengamalkan semua perkara ini, beliau dapat merasakan ada kesan positif dikurniakan Allah kepada beliau seperti ketenangan yang belum pernah dirasai sebelum ini.Dahulu, beliau juga sanggup mengambil hormon bagi menjadikan tubuh badannya lebih menarik sehingga pada satu masa, beliau sendiri  tidak nampak cara terbaik untuk berubah akibat tindakan itu.Menurutnya, semua itu terdorong oleh nafsu yang tidak berjaya dikawal, sehinggakan segala amalan baik doa-doa yang pernah diamalkannya dahulu ditinggalkan dan menjadikan beliau lebih jauh terpesong dari jalan Allah S.W.T.Bagaimanapun pada 2011, beliau berusaha keras mempersiapkan dalaman dirinya bagi melakukan satu perubahan besar dalam hidupnya iaitu kembali kepada kehidupan normal, sehingga berjaya.Beliau ditemui dalam satu Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)), di Dewan Auditorium Jabatan hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Seminar selama sehari itu adalah dengan kerjasama Kerajaan Negeri melalui JHEAT yang dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Mujahid Yusof  Rawa dan turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah.Mohd Khariri itu juga meminta agar masyarakat sentiasa memberikan dorongan dan kasih sayang kepada mana-mana golongan maknyah yang ingin berubah kepada kebaikan.“Bagi saya apa yang utamanya adalah golongan LGBT ini ataupun fenomena ini akan mencetuskan lebih banyak masalah sekiranya kita tidak menangani atau tidak membantu mereka dengan pendekatan yang lebih berhemah dan kasih sayang.Sebab apa yang utamanya, bagi saya sebagai seorang yang telah berhijrah, sebagai seorang pendakwah bebas, saya amat intim dengan konsep kasih dan sayang dan saya juga berubah dengan penuh kasih dan sayang, saya juga berubah kerana Allah S.W.T.“Kerana itu saya berjaya dalam pengekalan sebagai seorang lelaki, sebagai seorang muslim sehinggalah ke hari ini dan doakanlah semoga saya kekal berhijrah dan saya juga mengimpikan sebuah rumah tangga sebagaimana lelaki-lelaki di luar sana insyaAllah,” katanya lagi.Kepada golongan maknyah yang ingin berubah juga beliau menasihatkan agar berubah kerana Allah S.W.T, bukan kerana populariti, dan terus memandang ke hadapan kerana jati diri yang kuat, perlu dalam perubahan ini.Juga kepada golongan muda yang baru mahu berjinak jinak untuk menjadi maknyah beliau merayu agar tidak sekali-kali mencubanya.
29 Jul 18
242
Empty Image
868 Guru PASTI Diraikan Pada Konvokesyen Ke-10
Tiga penerima anugerah dekan menunjukkan plak masing-masing pada Sidang Pertama Majlis Istiadat Konvokesyen Perguruan PASTI Malaysia Ke-10 di Hotel Primula, malam tadi. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Guru-guru PASTI seluruh negara telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen Perguruan PASTI Malaysia Kali Ke-10 yang berlangsung selama dua hari bermula 27 Julai di Hotel Primula Kuala Terengganu.Seramai 868 guru layak menerima Sijil Perguruan PASTI Malaysia dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.Menurut Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Mohd Azam Abd Samat berkata, semua penerima adalah para guru yang telah lulus dengan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan dari Institut Pendidikan Pasti Malaysia yang bertanggungjawab melatih guru-guru PASTI seluruh negara.Katanya, sehingga kini PASTI Malaysia mempunyai guru hampir 8,000 orang dan pihaknya menyasarkan 80 peratus guru-guru PASTI akan mempunyai Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak secara berperingkat dalam tempoh lima tahun akan datang."PASTI yang telah beroperasi lebih 30 tahun di Malaysia selama ini hanya menyediakan latihan perguruan peringkat sijil sahaja."Namun mulai tahun lepas, PASTI telah menyediakan latihan peringkat diploma selaras dengan hasrat kerajaan yang inginkan semua tenaga prasekolah memiliki sijil peringkat diploma mulai tahun 2020,"ujarnyaBeliau berkata demikian kepada pemberita pada Sidang Pertama Majlis Istiadat Konvokesyen Perguruan PASTI Kali Ke-10 yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr Samsuri Mokhtar di Hotel Primula, malam tadi.Menurut beliau, tahun ini merupakan konvokesyen terakhir bagi peringkat Sijil Perguruan PASTI Malaysia dan selepas ini akan digantikan dengan diploma.
27 Jul 18
1427
Empty Image
Sultan Terengganu Berkenan Rasmi Masjid Sentol Patah
Sultan Mizan menandatangani plak perasmian.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Masjid Kampung Sentol Patah, Marang hari ini.Keberangkatan baginda diiringi anakanda, Yang Dipertuan Muda Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua'az serta Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah dan Pegawai Daerah Marang, Mat Azmi Arshad.Sultan Mizan berkenan bertitah dan menyempurnakan perasmian dengan menandatangani plak perasmian.Masjid Kampung Sentol Patah yang bernilai RM4.7 juta siap dibina pada 2014 bagi menggantikan masjid lama yang dibina pada 1965.Kemudahan ibadat yang terletak di mukim Rusila itu dapat menampung kira-kira 1,000 jemaah dalam satu-satu masa.
27 Jul 18
247