Artikel "Utama" Terkini
J3K Ditukar Kepada MPKK
Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun lalu dan syor Kementerian Pembangunan Luar Bandar agar diselaraskan penggunaan nama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi semua negeri maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kelmarin (1 Ogos) memutuskan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dipinda kepada nama baharu itu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, J3K seluruh Terengganu akan mengguna pakai nama baru MPKK dengan surat pemakluman mengenainya dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu kepada semua Pegawai Daerah mulai semalam."Penggunaan nama MPKK ini perlu supaya berlaku penyelarasan dalam urusan berkaitan pengurusan kampung antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat dalam urusan penyaluran peruntukan serta hal-hal pentadbiran lain."MMKN juga menerima maklum akan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bahawa perlantikan MPKK adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan semua JKKK Persekutuan (JKKKP) dimansuhkan," kata beliau dalam satu kenyataan kepada media, kelmarin.Menurut Dr Azman, dengan pertukaran nama itu, bermakna tiada pertindihan fungsi antara negeri dan Pusat dalam hal pengurusan kampung.
03 Aug 18
108
250 MPKK Dungun Sertai Kem Jati Diri MPKK Terengganu Sejahtera 2018
Peserta mendapat pendedahan dalam pelbagai slot dan aktiviti.Seramai 250 peserta terdiri daripada ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Dungun menyertai Kem Jati Diri MPKK Terengganu Sejahtera Siri Satu di Akademi Bomba Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang selama tiga hari bermula semalam.Peserta terdiri daripada ahli jawatankuasa MPKK di 100 kampung dalam daerah tersebut.Kem anjuran kerajaan negeri melalui Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) dan Terengganu Strategic & Intergrity Institute (TSIS) dilaksanakan sebanyak tiga siri melibatkan MPKK dari lapan daerah seluruh negeri Terengganu.Raja Arizal Raja Arif.Penolong Pengarah i-MITS, Raja Arizal Raja Arif berkata, program itu secara umumnya merupakan medium untuk menyampaikan dasar dan polisi kerajaan negeri yang baharu kepada pentadbir kampung."Kita perlukan MPKK yang menjiwai tugas dan komited untuk berkhidmat kepada masyarakat," katanya.Beliau yang merupakan pengarah program turut menyatakan kem Jati Diri MPKK juga menjadi medan pertemuan antara pejabat daerah dengan MPKK Daerah Dungun. "Disebabkan itu, kita mulakan program dengan slot Kesejahteraan Pentadbiran Desa bersama Penolong Pegawai Daerah Dungun, Ahmad Bukhari Abdul Rahman," katanya.
03 Aug 18
328
Tengku Hassan Dilantik Pengerusi Golden Pharos Berhad
Golden Pharos Berhad mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah & Kesejahteraan Pentadbiran Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar yang baru dilantik sebagai Pengerusi Golden Pharos Berhad mulai 1 Ogos lalu.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Nadza Abdul berkata, lantikan yang diumumkan dalam kenyataan Bursa Malaysia kelmarin adalah bagi menggantikan Dato’ Muhammad Pehimi Yusof yang memegang jawatan berkenaan sejak 1 Julai 2016.“Seramai enam orang ahli lembaga pengarah baharu telah dilantik berkuatkuasa pada 1 Ogos 2018 bagi menggantikan enam ahli lembaga pengarah yang meletakkan jawatan pada tarikh yang sama.“Syarikat mengalu-alukan lantikan baharu ini dan mengharapkan agar mereka dapat membawa syarikat ke arah halatuju yang lebih baik dan berdaya saing, sesuai dengan kedudukan syarikat yang tersenarai dalam papan utama Bursa Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.Kenyataan dalam Bursa Malaysia semalam turut mengumumkan bahawa hanya seorang sahaja ahli lembaga pengarah lama yang dikekalkan iaitu Dato’ A. Rahman Yahya yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.Nadza Abdul berkata lagi ahli lembaga pengarah yang baharu terdiri daripada golongan professional dan mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan urusan balak dan kayu-kayan dalam negeri serta negara.“Saya turut mengharapkan agar halatuju syarikat dapat dibimbing oleh pengalaman Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar yang luas dalam syarikat GLC serta perkhidmatan awam,” katanya.Tambah beliau, rombakan ahli lembaga pengarah syarikat Golden Pharos Berhad ini juga merupakan salah satu daripada penstrukturan semula kerajaan negeri, selari dengan polisi kerajaan negeri yang baharu.Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Muhammad Pehimi Yusof serta ahli lembaga pengarah yang lain di atas jasa dan sumbangan mereka dalam memajukan syarikat.
03 Aug 18
2105
Sultan Mizan Mahu KTS Jadi Jambatan Penghubung Rakyat Dan Komuniti
Sultan Mizan berkenan berangkat melawat pesakit KTS selepas menyempurnakan majlis perasmian hospital itu di Jalan Sultan Mahmud, Batu Burok, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailSultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyarankan Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS) menjadi jambatan menghubungkan rakyat dan komuniti bagi membentuk tahap kesihatan yang lebih baik untuk rakyat Terengganu khususnya dan Malaysian amnya.Baginda bertitah, dengan wujudnya hospital pakar yang serba lengkap itu, rakyat memiliki pilihan untuk penjagaan kesihatan pakar yang lebih cekap dan berkualiti tinggi.“Beta dimaklumkan bahawa TDM Berhad melalui Kumpulan Medic Iman (KMI) menawarkan penjagaan kesihatan pada kos berpatutan yang memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dibawah TDM Berhad.“Selain KTS, TDM Berhad memiliki tiga buah lagi hospital iaitu Kuantan Medical Centre (KMC) di Pahang, Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) dan Taman Desa Medical Centre di Lembah Kelang.“Hospital-hospital yang dimiliki oleh KMI ini membuktikan pengaruh dan peranan besar mereka dalam bidang penjagaan kesihatan di negara ini,” titah baginda.Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Kuala Terengganu Specialist Hospital, Jalan Sultan Mahmud Batu Burok, hari ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda-anakanda baginda Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Mua’az, Tengku Nadhirah Zahrah dan Tengku Fatimatuz Zahra'.Hadir sama, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ A. Rahman Yahya dan isteri To’ Puan Kamsiah Dollah, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai kerajaan.Dalam majlis tersebut, baginda turut menandatangani plak sebagai simbolik perasmian dan melancarkan logo baru KMI yang merupakan anak syarikat TDM Berhad.Titah baginda, bidang penjagaan kesihatan pada masa kini perlu selari dengan arus pemodenan dan dilihat semakin penting terutamanya dengan peningkatan kesedaran mengenai gaya hidup sihat.Baginda yakin, KMI mampu menyediakan segala kemudahan penjagaan kesihatan bermutu dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang membolehkan rakyat memperoleh manfaat daripadanya.“Beta amat berharap agar penjagaan kesihatan bagi rakyat Terengganu khususnya dapat menjadi bertambah baik dan sempurna memandangkan KTS selama ini banyak membantu masyarakat terutamanya dalam bidang kardiologi dan obstetrik,” titah baginda.
01 Aug 18
523
Semangat Teruskan Misi Bantu Gaza Tidak Luntur - Afandi
Ketibaan Mohd Afandi disambut oleh kaum keluarga, sahabat handai dan kakitangan UniSZA dengan iringan doa selamatWalaupun ditawan tentera Israel selama 36 jam, situasi itu tidak mematahkan semangat aktivis tunggal dari Malaysia yang menyertai misi 'Right to A Just Future for Palestine' ke Gaza, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh untuk terus menyertai misi kemanusiaan.Mohd Afandi berkata, ini merupakan misi keempat yang disertainya dan kali pertama melalui jalan laut malah terpaksa berhadapan lanun Laut Mediterranean iaitu tentera Israel walaupun masuk secara aman."Penahanan kali ini tidak menyekat saya untuk terus membantu Palestin dan ini bukannya satu sahaja medan untuk saya berjuang sebab bagi saya banyak lagi cara untuk teruskan bantuan kemanusiaan ini dan yang pasti kami semua tidak melakukan kesalahan mengikut undang-undang."Ini disokong dengan penglibatan rakan-rakan daripada pelbagai negara bukan islam yang turut berjuang demi kemanusiaan terhadap kekejaman Israel terhadap Palestin walaupun ketika berada selama 36 jam di bawah tahanan Israel, saya cuma teringat keselamatan ibu yang sedang sakit sahaja," katanya .Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, hari ini.Suasana hiba ketika menyambut ketibaan Mohd Afandi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, petang tadiHampir 100 sahabat handai termasuk kaum keluarga hadir menyambut ketibaannya dari Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang tadi.Tambah beliau lagi, semangat yang ditunjukkan oleh kapten kapal warganegara Norway ketika kapal Al-Awda yang dinaikinya bersama beberapa sukarelawan lain ditawan dari setiap sudut sudah hampir ke perairan Gaza iaitu sekitar 49 batu nautika dari perairan Gaza juga memberinya kekuatan untuk bertahan."Walaupun sudah dikepung, kapten kapal warganegara Norway berkeras dan tetap mahu meneruskan perjalanan sehingga 40 batu nautika dari perairan berkenaan dan yang menakjubkan saya, dia hanya berusia 28 tahun dan bukan beragama Islam demi meneruskan misi kemanusiaan Gaza ini,"ujarnya lagi.Mohd Afandi merupakan Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa UniSZA berlepas ke Palermo, Itali bagi menyertai siri terakhir flotila ke Gaza bersama aktivis daripada pelbagai negara.Misi pelayaran kemanusiaan dengan mesej keamanan itu adalah simbolik penentangan masyarakat antarabangsa ke atas kepungan haram rejim Israel ke atas Gaza sejak 2007.Menurut laporan Ketua Pegawai Eksekutif MyCare, Kamarul Zaman Shaharul Anwar, pihaknya terputus hubungan dengan wakil tunggal sukarelawan Malaysia itu selepas kapal yang dinaikinya dihampiri empat buah kapal perang Israel pada jam 7.15 di 53 batu nautika (kira-kira 110.5 kilometer) dari pesisir Pantai Gaza.Aktivis lain di atas kapal ahli politik Norway Mikkel Gruner, doktor pakar ortopedik United Kingdom, Dr Ang Swee Chai, aktivis kemanusiaan warganegara Israel, Zohar Chamberlain Regev serta bekas atlet Norway, Prof Gerd Von der Lippe, bagi menghantar 116 kotak bekalan ubatan bernilai hampir Euro 13,000 (RM61,554) bagi diserahkan kepada penduduk Gaza melalui program #Gauze4Gaza.Pelayaran 'Right to a Just Future for Palestine' bermula pada 22 Mei lalu di Copenhagen, Denmark dan telah melalui 28 pelabuhan di pelbagai lokasi serta peserta bersilih ganti menaiki kapal di lokasi berbeza dan telah melalui 5,794 batu nautika sejak mula pelayaran.Kapal Al-Awda serta dua buah kapal kecil, Huriyyah dan Falastine, meninggalkan pelabuhan Messina, Sicily Itali untuk meneruskan misi Right to A Just Future for Palestine kira-kira jam 4 petang (waktu Malaysia) pada 22 Julai merupakan kapal nelayan dari Norway yang telah diubah suai dan akan diserahkan kepada nelayan di Gaza.
01 Aug 18
51
Ditawan Israel Pengalaman Antara Hidup Dan Mati
Mohd Afandi bersama isteri dan anaknya ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, petang tadiAktivis tunggal dari Malaysia yang menyertai misi 'Right to A Just Future for Palestine' ke Gaza, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu petang tadi, selepas ditahan oleh tentera Israel, tiga hari lalu.Menceritakan pengalamannya, Mohd Affandi, 47, berkata, di saat 12 kapal perang tentera Zionis mengepung mereka setiap sudut, mereka seperti berada dalam peperangan antara hidup dan mati."Pada masa itu, kapal Al-Awda sudah hampir ke perairan Gaza iaitu sekitar 49 batu nautika dari perairan Gaza dan kapten kapal warganegara Norway tetap berkeras meneruskan perjalanan sehingga 40 batu nautika dari perairan berkenaan."Saya dan rakan-rakan buang segala alatan seperti periuk termasuk garfu kerana bimbang dikatakan alat tersebut boleh dijadikan senjata dan boleh cederakan orang lain."Tentera Israel merampas kapal kami dengan tanpa belas kasihan dan memaksa kapal memasuki perairan Israel dan seterusnya dibawa ke pelabuhan yang mana ratusan tentera zionis menunggu kami seperti orang yang telah melakukan kesalahan besar padahal kami hanya nelayan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, petang tadi.Menurutnya, selepas melalui beberapa peringkat, kemudian dipenjarakan atas tuduhan memasuki Israel secara haram."Kemudian saya disuruh untuk menandatangani surat akuan menceroboh Israel tetapi saya tolak dan selepas hari kedua ditahan, barulah saya tandatangan selepas peguam saya mengatakan ia selamat untuk ditandatangani."Akhirnya saya dibenarkan pulangke Malaysia melalui Bangkok, Thailand tanpa punyai apa-apa kecuali pasport dan berjaya hubungi keluarga untuk maklumkan keadaan saya,"ujarnya lagi.Mohd Afandi merupakan wakil tunggal Malaysia dalam kapal Al-Awda yang menjadi tahanan Israel bersama sukarelawan lain ketika membawa bekalan perubatan bernilai RM61,000 untuk rakyat Palestin di Gaza.Beliau yang menyertai misi 'Just Future for Palestine' diculik dari perairan antarabangsa pada 29 Julai kira-kira jam 7.15 petang waktu Malaysia ketika berada pada kedudukan 49 batu nautika dari Gaza.
01 Aug 18
174
UPDI, i-MiTS Bantu Perkasa Kerajaan Negeri
Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) yang menjadi antara agensi penggerak utama pentadbiran negeri menerusi medium komunikasi diperkasakan dengan pelantikan kakitangan baharu bermula hari ini.Pengarah UPDI, Mohd Soud Said berkata, pertambahan 46 kakitangan di agensi itu bakal melancarkan gerak kerja yang sudah dirancang secepat dan sebaik mungkin, menepati kehendak pucuk pimpinan.“Seramai 24 orang untuk UPDI, telah mengangkat sumpah menerima jawatan sebentar tadi dan baki seramai 40 orang lagi akan masuk pada 15 Ogos ini."Antara perancangan terdekat, pihak kami akan mengadakan program dialog dengan MB dan Exco di semua lapan daerah bagi memberikan penerangan secara langsung kepada rakyat berkaitan dengan perancangan dan hasil yang telah kerajaan lakukan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai Majlis Angkat Sumpah Jawatan kakitangan kontrak baharu di Dewan Syarahan Tingkat Dua, Wisma Darul Iman, hari ini.Majlis mengangkat sumpah yang diketuai oleh Ukashah Hassan itu, disempurnakan di hadapan Setiausaha Bahagian (Pengurusan Sumber Manusia), Marzuki Endut.Bagi Pengarah i-MiTS, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah, pula berkata dengan pengambilan baharu ini, mereka ini akan membantu memudahkan kerja-kerja khususnya dalam menjanakan kekuatan kerajaan supaya menepati motto `Maju, Berkat, Sejahtera'.“Saya menaruh keyakinan sepenuhnya semua yang baharu menandatangani surat tawaran jawatan itu adalah yang terbaik yang akan memberikan komitmen yang terbaik kepada kerajaan negeri,"ujarnya lagi.Menurut Kamaruzzaman, i-MiTS adalah diasaskan kepada modal insan sekali gus diharap dapat memainkan peranan untuk menggarapkan jiwa manusia tersebut supaya menjadi manusia yang tepat mengikut al-Quran dan Hadis.Terdahulu, Marzuki memulakan majlis dengan memberikan ucapan alu-aluan dan taklimat ringkas berkenaan tugas sebagai seorang penjawat awam.Beliau menekankan setiap kakitangan perlu menjaga disiplin agar tidak mencemarkan nama baik kerajaan negeri dan juga mengingatkan kepada hukuman yang bakal dihadapi jika didapati bersalah melakukan jenayah.
01 Aug 18
92
Terengganu Tetap Mahu Royalti Minyak Lima Peratus Daripada Hasil Pengeluaran
Kerajaan Terengganu tetap dengan pendirian supaya agihan royalti minyak ke negeri ini diberikan sebanyak lima peratus daripada hasil pengeluaran.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penyaluran royalti minyak itu haruslah ditunaikan berdasarkan apa yang telah dipersetujui.“Kerajaan negeri tetap konsisten dengan pendirian bahawa penyaluran royalti minyak kepada negeri ini adalah sebanyak lima peratus daripada pengeluaran sepertimana perjanjian.“Kalau ada sebarang usaha untuk mengkaji samada bagi memenuhi keperluan manifesto yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan, itu boleh dibuat oleh mereka (Pakatan Harapan) sebagai sebuah kerajaan di peringkat pusat dan tempoh masa untuk tujuan itu terpulang kepada mereka,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas isu tuntutan royalti Negeri Terengganu selepas menyempurnakan Majlis Pelantikan Bapa Angkat Bagi Setiap Acara Sukan SUKMA 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, negeri-negeri pengeluar minyak lain termasuk Sabah, Sarawak dan Kelantan turut dengan pendirian sama yang menuntut agihan royalti minyak dengan jumlah yang sama daripada kerajaan pusat.
01 Aug 18
53
Terengganu Tekad Rampas Kembali Juara Keseluruhan Sukma 2018
Ahmad Samsuri menyerahkan surat perlantikan kepada ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim yang merupakan bapa angkat bagi acara olahraga pada Majlis Pelantikan Bapa Angkat Bagi Setiap Acara Sukan SUKMA 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailTerengganu bertekad untuk merampas semula kejuaraan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang akan diadakan di Perak dari 12 hingga 22 September ini selepas kali terakhir meraih kejayaan sejak 2008 hingga 2012.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dengan sasaran 69 pingat emas kontinjen Terengganu yang diwakili 555 atlet optimis mampu merampas kembali gelaran juara keseluruhan dimana sasaran pingat emas kali ini diharap dapat dijelmakan menerusi acara berbasikal, judo dan memanah.“Kerajaan negeri sehingga kini telah membelanjakan sebanyak RM8 juta sebagai persediaan menghadapi SUKMA kali ini,” ujarnya kepada pemberita pada Majlis Pelantikan Bapa Angkat Bagi Setiap Acara Sukan SUKMA 2018 yang disempurnakan oleh Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, hari ini.Sementara itu, Wan Sukairi berkata, pelantikan bapa angkat dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan ketua jabatan itu diharap memberi kesan positif kepada pencapaian cemerlang atlet yang bertanding pada Sukma edisi kali ini.Katanya, perlantikan bapa angkat juga bertujuan memastikan kelancaran seluruh aktiviti dan memberi suntikan semangat serta menjaga kebajikan anak buah masing-masing.Sebagai rekod, Terengganu muncul juara keseluruhan buat julung kali ketika menjadi tuan rumah temasya Sukma 2008 apabila meraih 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa.Lebih manis, Terengganu mencipta rekod apabila muncul juara keseluruhan buat kali keempat berturut-turut pada temasya Sukma 2012 di Pahang.Ketika itu, kontinjen Terengganu dinobatkan selaku juara selepas berjaya membawa pulang 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa.
01 Aug 18
50
JHEAT Lupus Empat Tan Abu Al-Quran
Mohd Nor melepaskan kiub abu ke laut.Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur melupuskan sebanyak 400 kiub abu al-Quran di perairan Pulau Kapas, Marang, hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkat, kiub seberat empat tan itu adalah hasil pembakaran 10,000 mushaf."Ini adalah kali ke lapan kita melupuskan abu al-Quran sejak 2012 dan inovasi abu dalam bentuk kiub bermula tahun 2016. Ini menyelesaikan masalah abu bertebangan semasa proses pelupusan selain lebih selamat untuk alam sekitar," katanya.Sebanyak 400 kiub abu dengan anggaran 10 kg setiap kiub.Mohd Nor turut menyeru orang ramai yang ingin melupuskan al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat suci al-Quran untuk menyalurkan bahan tersebut di masjid kawasan masing-masing."Masjid pula boleh menyalurkan bahan di pejabat agama daerah. Setakat ini, JHEAT tidak mengenakan sebarang bayaran untuk melakukan pelupusan atas tanggungjawab kita terhadap agama," katanya.Program itu turut dihadiri Penolong Pegawai Penguatkuasa, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri, Suhana Sahidin dan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Mohd Nizam Abdul Latif.Abu dalam bentuk kiub lebih praktikal untuk dilupuskan.
31 Jul 18
155