Artikel "Utama" Terkini
Bantuan RM200,000 Kepada Mangsa Ribut Di Kemaman
Hanafiah MatKerajaan Negeri memperuntukkan RM200,000 bagi membaiki kediaman penduduk yang rosak dalam kejadian ribut di sekitar Kemaman semalam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata, peruntukan tersebut disalurkan sebagai bantuan kepada penduduk yang terjejas dalam kejadian tersebut.Katanya, pihaknya mengarahkan wakil penduduk di setiap kawasan yang terjejas untuk mengenal pasti kerosakan yang dialami mangsa."Antara bantuan yang diberikan ialah berupa atap, kayu dan beberapa barangan lain untuk membaiki kerosakan yang dialami."Kita bersimpati dengan kejadian yang menimpa penduduk dan selepas dari kejadian semalam, kita sudah pergi untuk memberikan bantuan awal dan mengambil data bagi setiap kerosakan yang dialami penduduk," katanya ketika dihubungi oleh Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini.Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan negeri berkata, pihaknya juga menggunakan khidmat beberapa orang tukang rumah untuk melakukan kerja pembaikian.Tambahnya, kerja pembaikian bermula pagi tadi dengan peringkat awal melibatkan penggantian kayu dan atap rumah.Katanya, kerja berkenaan sudah siap 70 peratus di beberapa kawasan dan ianya dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum Khamis ini."Bagi rumah yang rosak teruk, banyak kerja pembaikian yang perlu dilakukan seperti menggantikan kayu alang atap yang rosak sebelum atap dapat dinaikkan," katanya.Justeru itu Hanafiah menasihatkan kepada penduduk yang rumahnya yang terjejas teruk supaya dapat bersabar sementara kerja pembaikian selesai.
05 Aug 18
24
Penjawat Awam Harus Utamakan Displin
Setiap penjawat awam haruslah menitikberatkan soal displin di tempat kerja bertujuan menjadikan nilai intergriti sebagai budaya kerja.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya berkata, arahan perbendaharaan juga perlu dipatuhi bagi memastikan setiap proses kerja dapat dilakukan dengan cara betul dan berperaturan.Katanya, pengurusan kewangan yang teratur penting bagi memastikan perbelanjaan berhemah di setiap jabatan."Paling penting, kakitangan perlu menjadikan prinsip Islam sebagai asas dalam pentadbiran, ekonomi yang bebas rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa."Pada masa sama, setiap jabatan perlu memanfaatkan penggunaan teknologi dalam perkhidmatan masing- masing," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Jasamu Dikenang, di Duyong Marina, Kuala Terengganu, hari ini.Pada majlis itu seramai 71 kakitangan cemerlang termasuk 18 kakitangan yang bersara dirai.A. Rahman berkata, elemen inovasi perlu diterapkan dalam setiap program atau proses kerja yang dilakukan bagi memberi nilai tambah baharu kepada setiap program.Katanya, kerajaan sentiasa menghargai pengorbanan dan usaha penjawat awam dalam meningkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan."Insentif kecemerlangan yang diwujudkan sebagai satu bentuk penghargaan kepada pegawai dan kakitangan untuk terus memberi sepenuh perhatian dan daya usaha ke arah meningkatkan mutu kerja yang berkualiti tinggi,"katanya.
05 Aug 18
84
Kerajaan Negeri Salur Bantuan Segera Kepada 60 Mangsa Ribut
Maliaman meninjau keadaan bemgkel kemas yang turut terjejas akibat ributKerajaan negeri akan menyalurkan bantuan segera melalui peruntukan Tabung Darul Iman dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu lebih 60 penduduk yang terlibat dengan kejadian ribut di Felda Bukit Bading, Ajil.Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Maliaman Kassim berkata, beliau sudah berbincang dengan wakil Pejabat Daerah dan penghulu mukim untuk menyelesaikannya secepat mungkin bagi meringankan beban penduduk."Kontraktor dah mulakan kerja mereka sejak semalam sebab kita bimbang dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ini berulang dan menjejaskan keselamatan penduduk."Sehingga hari ini, sebahagian rumah telahpun diganti atap baru, hanya tinggal sedikit sahaja yang sedang dalam proses menukar atap manakala bangunan yang mengalami kerosakan akan diselia oleh Koperasi Felda bagi dibaiki dengan segera supaya dapat digunakan kembali," ujarnya.Dalam kejadian petang semalam, puluhan penduduk di Felda Bukit Bading, Ajil mengalami detik cemas apabila kawasan berkenaan dilanda ribut berserta hujan lebat menyebabkan rumah mereka mengalami kerosakan teruk selain beberapa batang pokok tumbang.Kejadian ribut itu dikatakan disertai hujan air batu yang berlaku secara tiba-tiba dalam tempoh kira-kira sepuluh minit, namun menyebabkan hampir 60 rumah penduduk dan 30 bangunan mengalami kerosakan terutama pada bahagian atap.Kalsom menunjukkan sebahagian atap rumahnya yang rosak akibat dilanda ributSeorang mangsa, Kalsom Othman, 70, yang menetap lebih 60 tahun di situ berkata, dia hanya mampu menangis apabila melihat bahagian ruang tamu rumah pusakanya hampir ranap keseluruhannya akibat diterbangkan angin."Masa kejadian saya ada di rumah sedang menyediakan juadah petang, dengar bunyi angin yang sangat kuat diikuti hujan air batu, sekejap sangat diikuti dengan bunyi seakan-akan letupan kecil."Mak cik dan dua orang anak lelaki kemudian menjenguk keluar dan mendapati atap rumah telahpun diterbangkan angin...hampir 50 keping atap rosak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Felda Bukit Bading, hari ini.Sejurus selepas itu, kata Kalsom, air hujan mula memasuki ruang bilik tidur dan mengenai tilam serta perabot rumahnya."Ini merupakan kali keempat dalam tempoh 60 tahun mak cik tinggal di sini dan kejadian kali ini yang paling teruk. Mungkin kawasan rumah kami ini merupakan laluan angin ribut," katanya yang bimbang mungkin kejadian sama akan terus berulang di masa akan datang.Difahamkan pada hari kejadian tersebut, beberapa buah kampung turut terjejas termasuk Kampung Tok Randok, Tok Gebok dan Bukit Diman tetapi kadar kerosakan yang dialami cuma sedikit.
04 Aug 18
58
MPKK Perlu Ubah Dilabel Negatif
Oleh : Rohayati RipinKonotasi Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) sebelum ini membawa gambaran negatif apabila ianya dikaitkan dengan amalan 'kronisme', kaki projek dan 'pilih kasih'.Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Marang, Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail berkata, apabila disebut J3K masyarakat memandang negatif kerana sebelum ini mereka didakwa mengambil duit sahaja tanpa buat sesuatu perkara.“Adakah kita nak dilabelkan dengan perkara yang sama ataupun tidak..Bagaimanapun bukan semua JK3 dulu lagu (macam) itu tapi biasalah ada yang buat perangai maka terpalit semuanya.“Kalau selama ini kita gambarkan J3K sebelum ini negatif pada dari pandangan , maka kita nak kena ubah persepsi diri sendiri dan juga di kalangan masyarakat. Inilah yang kita nak realisasikan pada masyarakat insyaAllah,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ucapan pada kem Jati Diri Terengganu Sejahtera 2018 Daerah Kemaman di The Regency Waterfront Kuala Terengganu, semalam.Wan Ahmad Zuki berkata, semua penjawatan terdahulu dalam J3K akan diguna pakai bagi ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang baharu.“Maka apa yang kita (MPKK) buat dan urus adalah orang di bawah pentadbiran kita.“Kita diberi amanah memerintah Negeri Terengganu takkanlah Menteri Besar nak turun kampung…nak buat kerja nak tanya sorang-sorang masyarakat dengan masalah yang mereka hadapi,” jelasnya.Menurutnya, pemimpin PAS yang dipilih dan diberi amanah untuk memimpin masyarakat di peringkat asas akar umbi perlu melaksanakan tanggungjawab itu dengan komited dan ikhlas.“Sebenarnya bila kerja yang berkait dengan kebajikan masyarakat dan soal pengurusan kebajikan rakyat maka kita adalah pelaksana bagi dasar pemerintahan.“Jadi tuan-tuan kena faham kita yang dilantik penerima amanah sebagai J3K (MPKK) adalah satu organisasi yang bukan datang bersifat untuk mencari keuntungan sebagaimana kita buka syarikat.“Sebaliknya kita mewakili rakyat di peringkat bawahan maka tuan-tuan dari sudut skop kerja sekarang kena berhadapan dengan masyarakat kampung,” ujarnya.Justeru itu, katanya, persiapan rohani perlu ada dalam diri untuk berhadapan dengan rakyat tidak kira dari mana-mana parti pun termasuk PAS, UMNO, Pakatan Harapan (PH) ataupun atas pagar kerana mereka adalah di bawah pengurusan pentadbiran negeri.
04 Aug 18
52
MPKK Berperanan Sebagai Duta Kerajaan
Kamaruzaman bersama Dr. Azman bergambar bersama-sama peserta Kem Jati Diri J3K bagi daerah Dungun di Akademi Bomba Wakaf Tapai , hari iniJawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan memainkan peranan sebagai duta kerajaan negeri bagi merealisasikan`Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera'.Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzaman Abdullah berkata, MPKK akan bertindak sebagai duta atau agen yang berada paling dekat dalam komunikasi secara langsung dengan rakyat."Ini bermakna pimpinan kerajaan negeri akan memberi penekanan kepada maklumat yang datang dari MPKK."Mengapa kita berkata demikian...sebab MPKK bawa hasil komunikasi terus dari rakyat di bawah, itu yang dikatakan berperanan sebagai duta kerajaan," katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Kem Jati Diri J3K Daerah Dungun di Akademi Bomba, Wakad Tapai, Marang, hari ini.Kamaruzaman turut berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh MPKK dalam Kem Jati Diri yang merupakan sesi pertama sebaik sahaja dilantik memikul amanah sebagai pemimpin masyarakat."Saya melihat jati diri yang tinggi di kalangan MPKK yang hadir, sangat bermotivasi dan bersemangat tinggi yang merupakan elemen penting untuk melaksanakan inspirasi kerajaan Maju, Berkat dan Sejahtera dapat dilaksanakan."Begitu juga amalan budaya politik matang dan sejahtera yang diamalkan menunjukkan hubungan kerajaan negeri dengan parti yang pernah menjadi kerajaan negeri tidak mempunyai jurang pemisah."UMNO yang kehilangan ibu dan ayah nampaknya lebih selesa dengan apa yang ada sekarang, lebih tenang dan matang," ujarnya lagi.Menurut beliau lagi, pengalaman pada 1999 mengajar kerajaan negeri yang ada sekarang supaya lebih berhati-hati dalam mentadbir supaya peristiwa itu tidak berulang lagi.
04 Aug 18
100
Kerajaan Bangunkan Sekolah Menengah Agama Setiap Parlimen
Maliaman berucap di majlis penutup.Kerajaan negeri akan berusaha mewujudkan satu sekolah menengah agama bagi setiap parlimen sebagaimana terkandung dalam Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) lalu.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Maliaman Kassim berkata, selain itu kerajaan negeri turut mensasarkan penubuhan sekolah rendah agama untuk setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)."Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang diasaskan PAS membawa asas pendidikan bertunjangkan ukhrawi yang mana telah mendapat kepercayaan ibu bapa pada masa kini."Besar harapan pendidikan berasaskan dunia akhirat ini berterusan dengan wujudnya sekolah rendah agama," katanya. Beliau yang juga ADUN Ajil, berhasrat ingin menjadikan DUN itu sebagai tapak mula sekolah rendah agama di bawah penyeliaan kerajaan negeri."Kerajaan menyasarkan kewujudan satu sekolah rendah agama di Hulu Terengganu pada 2019. "Oleh itu, saya berusaha untuk menjadikan Ajil sebagai lokasi pertama bagi daerah ini," katanya ketika berucap dalam majlis penutup program Alam Ria Pasti Daerah Hulu Terengganu di Dewan Sivik, Ajil, Huli Terengganu, hari ini.Kalam Jamaie antara yang dipertandingkan.Pelbagai acara dipertandingkan dalam program itu seperti nasyid, Kalam Jamaie, pertandingan brcerita, bacaan khutbah, azan, sajak dan pidato.Seramai 136 peserta daripada empat DUN iaitu Ajil, Kuala Berang, Manir dan Telemong memeriahkan program anjuran Jabatan Pasti Hulu Terengganu itu.Johan nasyid akan mewakili Hulu Terengganu.
04 Aug 18
56
Bendahari MPKK Bakal Dibayar Elaun RM300 Sebulan
Dr. Azman Lebih 1,000 bendahari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang baharu dilantik akan menikmat bayaran elaun RM300 sebulan berbanding RM650 setahun sebelum ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, keputusan dibuat oleh kerajaan negeri bagi memantapkan lagi pengurusan dan perjalanan MPKK selepas menimbangkan pelbagai perkara.Katanya, elaun bagi Pengerusi dan Setiausaha pula masih lagi seperti biasa dengan sebahagian disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan sebahagiannya dari kerajaan negeri."Bagi elaun Pengerusi MPKK, ia akan dibayar sebanyak RM900 sebulan melalui peruntukan Pusat RM500 dan tambahan RM400 dari kerajaan negeri."Ini juga melibatkan pembayaran yang sama kepada Setiausaha iaitu RM300 dari Pusat dan sebanyak RM200 dari kerajaan negeri."Yang berbeza pada kali ini cuma elaun bendahari, kalau dahulu cuma dapat RM650 setahun tetapi kerajaan negeri membuat sedikit perubahan dengan membayar elaun RM300 sebulan menggunakan peruntukan negeri,"ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Kem Jati Diri J3K Daerah Dungun, di Akademi Bomba, Wakad Tapai, Marang, hari ini.Azman berkata, elaun untuk mengadakan mesyuarat dan pengurusan pentadbiran dikekalkan seperti biasa oleh Kerajaan Pusat kepada MPKK."Ini termasuklah bantuan geran fizikal dan bukan fizikal kepada setiap MPKK dengan jumlah tidak lebih RM10,000 setahun."Namun tuntutan ini perlu melalui beberapa prosedur yang akan diperincikan oleh Pejabat Daerah masing-masing kepada MPKK nanti," katanya.
04 Aug 18
238
Pengerusi MPKK, Ketua Kampung Untuk Semua
Ustaz Mohd Nor (berjubah) ketika bersalaman dengan peserta Kem J3K Daerah Kemaman di TER Kuala Ibai Kuala Terengganu.Oleh : Suhaimi TaibPengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) adalah ketua kampung untuk semua, tidak terhad untuk satu parti sahaja.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, mereka berperanan sebagai pemimpin kepada semua penduduk di sesuatu kampung tidak lagi hanya untuk PAS sahaja."Justeru Pengerusi MPKK mesti mengambil cakna hal ehwal semua penduduk kampung tanpa mengira latarbelakang agama, kaum dan politik, " katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Kem Jati Diri J3K Daerah Kemaman di Dewan Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Terengganu, hari ini.Mohd Noor menjelaskan, itu semua penting supaya segala masalah penduduk kampung dapat diselesaikan dengan jayanya.Tambahnya lagi, penduduk kampung tanpa mengira latar belakang mereka adalah rakyat Negeri Terengganu yang berhak memperolehi apa sahaja keperluan untuk rakyat di peringkat kampung."Ahli Jawatankuasa MPKK harus mengikis imej sebagai pembangkang kerana sekarang PAS sudah memerintah negeri Terengganu semula."Kita sudah menjadi kerajaan bukan lagi pembangkang, jadi imej dan sikap pembangkang hendaklah dibuang, " tegasnya.Di samping itu katanya, mereka juga bertugas sebagai wakil kerajaan dan semestinya melaksanakan dasar kerajaan di peringkat kampung.Add captionKatanya, mereka juga perlu bersedia menghadapi segala kerenah penduduk kampung termasuk bersedia melayan panggilan telepon dilewat malam atau awal pagi."Saya pernah menerima panggilan penduduk kampung saya, jam 3.00 pagi, minta saya cari anak lelakinya tidak balik ke rumah. "Saya terus menunggang motorsikal untuk ke rumah penduduk berkenaan dan kemudiannya cuba mencari anaknya, walaupun saya pasti tidak akan menemuinya, " jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong.Yang penting, katanya, seorang pemimpin perlu melayan kerenah rakyatnya supaya mereka dapat diberi perhatian sewajarnya.Sementara itu, Kerajaan Negeri mengalu-ngalukan tiga orang Ahli Jawatankuasa MPKK berbangsa Tionghua dari Kampung Cina, Cukai Kemaman kerana sudi bertugas sebagai anggota kerajaan di peringkat akar umbi. Kesudian mereka melambangkan kepercayaan mereka bahawa Kerajaan Terengganu mahukan kesejahteraan dan kemajuan untuk semua rakyat negeri itu, tanpa mengambil kira latar belakang mereka.Mereka itu ialah Pengerusi MPKK, Lip Woob Chang, Stiausahanya, Low Jin Lee dan bendaharinya, Lee Hwa Jee.Mohd Nor meminta ketiga-tiga orang ahli jawatankuasa berkenaan bangun memperkenalkan diri di majlis tersebut dan tepukan gemuruh diberikan untuk mereka oleh peserta kem berkenaan.
04 Aug 18
449
Terengganu Jadi Negeri Pertama Selesai Pelantikan MPKK
Dr. Azman bersama Pengerusi i-MITS, Ustaz Kamaruzaman Abdullah di Majlis Perasmian Penutup Kem Jati Diri J3K Daerah Dungun di Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang, hari iniTerengganu menjadi negeri pertama yang mengalami peralihan pimpinan kerajaan yang menyelesaikan pelantikan Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berbanding negeri lain.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, Terengganu menyelesaikan lebih awal dari yang dijangkakan dan secara rasmi menggunakan nama MPKK sebagai nama baharu seperti yang diumumkan dalam Mesyuarat Mingguan Kerajaan Negeri pada 1 Ogos lalu."Seperti yang disyorkan oleh jemaah menteri untuk kita guna pakai nama MPKK menggantikan nama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah pun keluarkan surat arahan ini kepada semua Pegawai Daerah pada 2 Ogos."Maka secara rasmi kita gunakan nama baharu ini kerana pihak kita telah selesai awal bahagian penyusunan jawatankuasa ini.Namun sebaliknya bagi negeri-negeri lain yang turut berlaku peralihan pimpinan kerajaan, mereka belum menubuhkan lagi MPKK ini," katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Kem Jati Diri J3K Daerah Dungun di Akademi Bomba, Wakad Tapai, Marang, hari ini.Dr Azman berkata, kerajaan negeri turut membuat penambahbaikan dari segi memberi peluang kepada pengerusi yang melebihi had umur yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat untuk terus kekal sebagai Pengerusi MPKK."Kerajaan Pusat telah mengariskan had umur tertentu bagi jawatan pengerusi iaitu tidak lebih dari 69 tahun dan bagi ahli jawatankuasa pula 65 tahun ke bawah."Tetapi sekiranya di kampung-kampung yang memerlukan individu tertentu untuk memimpin walaupun umur melebihi 69 tahun, maka YAB Menteri Besar memberi kebenaran khas untuk kekal sebagai Pengerusi MPKK tanpa campur tangan Kerajaan pusat."Terdapat beberapa kes yang melibatkan Pengerusi MPKK yang melebihi had umur tetapi dikira masih terbaik untuk memimpin diberikan kebenaran khas ini bagi penggal ini untuk meneruskan perkhidmatannya,"ujarnya.
04 Aug 18
143
Tiga Tionghua Turut Sertai Kem Jati Diri MPKK
Oleh: Suhaimi TaibSeramai 337 orang orang Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) termasuk tiga daripada mereka kaum Tionghua menyertai Kem Jati Diri MPKK Terengganu Sejahtera bagi Daerah Kemaman, sepanjang tiga hari berakhir esok.Pengarah kem tersebut, Ustaz Muhammad Ramlan Mahmood berkata, dari jumlah itu seramai 298 peserta lelaki manakala selebihnya (39 orang) adalah peserta perempuan.“Tiga orang Tionghua dari MPKK Kampung Cina, Chukai Kemaman termasuk Pengerusinya, Lip Woon Chang, Setiausahanya Low Jin Lee dan Bendaharinya, Lee Hwa Jee.“MPKK Kampung China mempunyai 16 ahli jawatankuasa termasuk dua orang berketurunan India, seorang Melayu dan selebihnya kaum Tionghua,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Dewan Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, Kuala Terengganu, semalam.Muhammad Ramlan berkata, program yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk mempertingkatkan kefahaman dan motivasi diri ahli MPKK berdepan dengan kerenah masyarakat di samping menjaga imej kerajaan di peringkat akar umbi.Katanya, program tersebut dipenuhi dengan enam slot khusus termasuk Slot Kesejahteraan Pentadbiran Desa, Budaya Politik Matang dan Sejahtera.“Selain itu ada slot Pengurusan Kewangan, Pembinaan Imej dan Hubungan Seranta, Komunikasi Awam, Pengurusan Kebajikan Rakyat (1) dan Pengurusan Kebajikan Rakyat (2).“Ia diselang seli dengan kuliah Maghrib, kuliah Subuh, qiamullail dan riadah bermotivasi dari Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) dan perunding yang dilantik,” kata beliau lagi.Katanya, kem selama tiga hari itu akan berakhir pada tengahari esok. (Sabtu)
03 Aug 18
167