Artikel "Utama" Terkini
Rebut Insentif Kelahiran Bayi Terengganu
Shafaruddin MustaffaSejumlah RM2.49 juta telah diagihkan kepada 24,018 bayi dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sejak 2015.Insentif berjumlah RM100 hingga RM500 dalam bentuk penabungan itu merupakan salah satu usaha kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyat di peringkat awal usia lagi.Pengarah YPKT, Shafaruddin Mustaffa berkata, di bawah skim sagu hati kelahiran, seramai 9,848 bayi telah menerima insentif bernilai RM100 setiap seorang sejak diperkenalkan pada tahun 2015.Jelasnya, syarat kelayakan memohon insentif tersebut ialah ibu atau bapa kepada bayi mestilah rakyat Terengganu atau sudah menetap sekurang-kurangnya 10 tahun di Terengganu.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pejabat YPKT, semalam."Akan tetapi bermula pada tahun 2016, ia diperluaskan dengan kadar insentif sebanyak RM100 setiap kelahiran anak pertama hingga keenam, RM200 bagi anak ketujuh, RM300 bagi anak kelapan, RM400 bagi anak kesembilan dan RM500 bagi kelahiran seterusnya."Namun, pada tahun ini permohonan yang diterima kurang memberangsangkan, jadi kita berharap masyarakat lebih peka dengan membuat permohonan segera."Setakat ini, YPKT baru mengagihkan sebanyak RM136,200 kepada 1,317 bayi di Terengganu dan kita harap ibu bapa mendapatkan borang permohonan insentif ini di pejabat daerah YPKT berhampiran secepat mungkin," katanya.Tambah Shafaruddin, masalah itu berlaku mungkin disebabkan masyarakat tidak peka dengan kemudahan yang ditawarkan itu atau tidak menerima maklumat berkaitan."Oleh itu, pihak kami mengambil inisiatif bekerjasama dengan 32 Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri agar maklumat mengenai insentif ini sampai kepada ibu bapa," ujarnya.Mengikut rekod, pada tahun 2016, YPKT mengagihkan RM666,400 nilai SSPN kepada 6,237 bayi manakala pada tahun lepas, sebanyak RM702,500 diagihkan kepada 6,616 bayi.
08 Aug 18
153
94 Wakil Kampung Terima 'Wakkalah' Dari Sultan Mizan
Seorang juru sembelih menghadap Sultan Mizan untuk menerima ‘wakkalah’ di Istana Syarqiyyah Kuala Terengganu. Foto - Tengku SyamimSultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah mencemar duli dan berkenan melantik seramai 94 orang juru sembelih di Majlis ‘Wakkalah’ Juru Sembelih Korban Sempena Hari Raya Haji 1439 Hijrah di Istana Syarqiyyah, semalam, pada 8 Ogos.Sultan Mizan Zainal Abidin telah bertitah mewakilkan juru-juru sembelih itu melaksanakan ibadah sunat korban di samping baginda berniat melaksanakan ibadat tersebut bagi pihak seluruh umat Islam Negeri Terengganu.Juru-juru sembelih berkenaan menghadap Sultan Mizan sebagai mewakili 90 buah kampung terpilih dari seluruh negeri untuk menyembelih 100 ekor lembu dengan peruntukan Baitul Mal, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebanyak RM680 ribu.Manakala 10 ekor lembu lagi diserahkan kepada Darul Hidayah Jalan Kamarudin sebanyak empat ekor dan masing-masing seekor untuk Penjara Marang, Saudara Baharu Besut, Saudara Baharu Marang, Saudara Baharu Hulu Terengganu, Orang Pekak Kuala Terengganu dan Perkampungan Orang Asli Sungai Berua Hulu Terengganu.Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Dipertua MAIDAM, Dato’ Osman Muda, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Haji Mohd Rozi Bidin dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.Sementara itu, Haji Mohd Rozi berkata, MAIDAM mengadakan majlis ‘wakkalah’ seumpama itu setiap tahun menjelang musim haji, sejak tahun 1997 hingga tahun ini.Menurut beliau, kos pembelian lembu adalah sebanyak RM590 ribu manakala selebihnya ialah kos upah juru sembelih sebanyak RM100 seorang. Manakala tukang urus lembu sembelihan dibayar sebanyak RM200 seekor."Seramai 10 individu dilantik untuk menyediakan lembu korban dari lapan daerah seluruh Negeri Terengganu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis berkenaan selesai."Tahun lalu peruntukan Baitul Mal dikeluarkan sebanyak RM576 ribu dengan jumlah lembu korban sebanyak 91 ekor dan juru sembelih seramai kira-kira 85 orang."Kampung yang menerima ‘wakkalah’ itu bertukar setiap tahun, tidak dikhususkan hanya untuk kampung tertentu sahaja," ujarnya.
08 Aug 18
251
Projek Gagal Diwarisi Kerajaan Terdahulu
Projek Ternakan Kambing Lembah Kaprima Kampung Chabang Kerteh didakwa sebagai antara projek gagal kerajaan yang terdahulu yang `terpaksa' diwarisi kerajaan negeri masa kini.Projek Ternakan Kambing Lembah Kaprima Kampung Chabang Kerteh, Kemaman didakwa antara projek gagal kerajaan yang terdahulu yang `terpaksa' diwarisi kerajaan negeri masa kini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, projek yang bertujuan bagi merealisasikan matlamat menjadikan Terengganu sebagai hab pengeluar kambing terbesar negara dalam 10 hingga 15 tahun akan datang itu, melibatkan 20 hektar tanah, lima unit kandang, rumah penternak dan pejabat serta stor baja."Pada September ini, perjanjian dengan syarikat yang gagal kita akan tamatkan untuk kita mulakan satu perancangan baru."Infrastruktur penternakan yang dibina menggunakan puluhan juta wang rakyat tidak sewajarnya terbiar dan rosak begitu sahaja,"katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman, semalam. Untuk rekod, Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini menswastakan projek Lembah Kaprima kepada lapan anak jati negeri melibatkan Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu, Kampung Chabang, Kerteh (Kemaman), Segading (Hulu Besut), Hulu Seladang dan Telaga Papan (Setiu), Durian Mentangau (Dungun), Tanjung Gaduh (Marang) dan Mengabang Bakong (Kuala Nerus). Projek berkenaan yang bermula sejak 2006 peringkat pelaksanaan fasa ketiga (2015) selepas melaksanakan fasa pertama dan kedua iaitu penyediaan infrastruktur berjalan lancar. Kerajaan negeri ketika itu juga membelanjakan lebih RM13 juta untuk penyediaan infrastruktur seperti jalan dan kandang untuk ternakan kambing berkenaan. Selain itu, projek berkenaan turut diswastakan kepada pengusaha dalam bentuk sewaan kandang yang mana setiap lembah kaprima mempunyai lima kandang dan setiap kandang disewa dengan harga RM200 sebulan.
07 Aug 18
582
Kerajaan Optimakan 12,000 Hektar Tanah Terbiar Untuk Rakyat
Dr Azman Ibrahim berdialog dengan para peserta. Oleh: Ahmad SyahidSeluas 12,000 hektar tanah terbiar akan dibuka permohonannya kepada rakyat untuk diusahakan dengan aktiviti pertanian, bagi meningkatkan sumber pendapatan penduduk.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pihaknya akan memberi penjelasan dari masa ke masa tentang dasar kerajaan dalam sektor terbabit dan peluang yang disediakan untuk rakyat."Saya bersyukur kerana mempunyai pasukan yang komited untuk menjayakan program turun padang bertemu rakyat."Sesi bertemu mata dan memberi taklimat ini diharap berjaya merungkai banyak persoalan golongan nelayan petani dan penternak," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Lawatan Kerja Ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, di Dewan Sivik, Kerteh, semalam Selasa 7 Ogos.Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, inisiatif kerajaan negeri ini boleh membantu mengurangkan kadar pengangguran terutamanya golongan muda yang mahu mengambil peluang menceburi bidang pertanian.Turut hadir ialah ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili, Ahli Majlis Daerah Kemaman, Amri Mamat, Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, Pengarah Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia (LKIM) Terengganu, Tengku Mohd Anuar Tengku Mahmud, Pengarah Lembaga Industri Nenas Malaysia negeri Terengganu, Imraan Fahmi Tajul Arifin, Pegawai Lembaga Industri Nenas Malaysia negeri Terengganu, Pegawai Pertanian Daerah Kemaman dan Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Kemaman.Sehubungan itu, Ir Saiful Azmi Suhaili yang jugaTimbalan Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, dalam ucapan aluannya menggesa rakyat mengambil pelbagai peluang keemasan yang disediakan Kerajaan Terengganu."Rebutlah peluang yang disediakan dan realisasikanlah slogan 'Pertanian Adalah Perniagaan'," jelas beliau yang turut berucap dalam majlis tersebut.Rombongan lawatan itu turut meninjau Kompleks Mini LKIM Kerteh di Kuala Kerteh, ladang ternakan ayam pedaging di Kampung Pengkalan Ranggon dan peninggalan projek terbengkalai Lembah Kaprima di Kampung Chabang.
07 Aug 18
167
Terengganu Usul Lima Isu Kepada Menteri Belia Dan Sukan
Terengganu membangkitkan lima perkara kepada Kerajaan Pusat termasuk isu peruntukan khas kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan Terengganu Cycling Team (TSG) seperti yang dijanjikan oleh Menteri Belia dan Sukan terdahulu, dalam mesyuarat di Putrajaya, semalam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, permohonan insentif khas itu berdasarkan kejayaan cemerlang atlet Terengganu dan juga kecemerlangan sukan berbasikal di mata dunia yang dicapai oleh TSG.Katanya, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menyentuh pembinaan Velodrom berbasikal di Dungun, Pembinaan Kompleks Sukan Hulu Terengganu, Pembinaan Kompleks Sukan Mini di Jabi, Setiu dan Pembinaan Pusat Rekreasi Air di Pulau Duyong."Semua projek ini sebahagiannya telah pun diletakkan batu asas pembinaan dan telah diumumkan sendiri oleh menteri terdahulu, juga oleh kementerian dan diluluskan dalam perancangan projek RMK10 (Rancangan Malaysia Ke-10)."Dengan pendekatan politik yang matang ditunjukkan oleh YB Menteri, saya yakin ianya akan dapat dilaksanakan dan direalisasikan," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas Mesyuarat Bersama Menteri di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya, semalam.Turut hadir dalam mesyuarat itu semua Exco Belia Dan Sukan Negeri-negeri seluruh Malaysia.Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam turut menzahirkan rasa senang dengan sikap matang yang ditunjukkan oleh YB Menteri apabila berulang kali memberitahu untuk memastikan pembangunan sukan dan projek berkaitan tidak akan diabaikan serta tetap akan melaksanakan pembangunan itu di negeri pembangkang seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang.Malah, menurut beliau lagi, Saddiq juga bersetuju untuk melakukan lawatan ke Terengganu, Kelantan dan Pahang untuk menyelaraskan semua perkara berkaitan kementeriannya di antara kerajaan pusat dan negeri secepat yang mungkin.
07 Aug 18
392
Tahniah Faiz - YAB MB
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan tahniah kepada anak Kuala Terengganu, Mohammad Faiz Mohd Zaki atas pencapaian yang memberangsangkan, Master of Engineering with Class One Honours in Electrical Engineering, University of Sheffield, United Kingdom.Anak kepada pasangan Mohd Zaki Mohd Salleh dengan Wan Suhubbiah Wan Abdillah merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kepala Batas turut merangkul keputusan yang cemerlang pada SPM 2011."Setinggi penghargaan diberikan kepada Encik Mohd Zaki dan pasangan atas kejayaan yang berterusan anak lelaki mereka."Pemuda kelahiran Terengganu ini turut membanggakan ibu bapanya apabila mengikut jejak langkah ayah beliau yang merupakan seorang pesara jurutera."Kecemerlangan anak sulung dari empat orang adik-beradik ini bukan saja menjadi contoh kepada adik-adik beliau tetapi dapat menjadi pemangkin semangat buat pelajar-pelajar di luar sana,"katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.Menteri Besar juga berharap kejayaan Saudara Faiz menjadi inspirasi kepada rakyat Terengganu seluruhnya supoaya dapat melakar kejayaan yang serupa, malah mungkin lebih baik di persada antarabangsa.
07 Aug 18
1167
Kerajaan Komited Bantu Usahawan Tani
Wan Hapandi ( dua dari kanan ) ketika melakukan lawatan di Pejabat Pertanian Hulu Paka.Kerajaan negeri komited dalam membantu usahawan tani dan berusaha menjadikan pertanian sebagai suatu bidang yang menguntungkan setanding dengan bidang-bidang lain.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Wan Hapandi Wan Nik berkata, pertanian adalah satu bidang yang dapat memberikan pendapatan bulanan yang besar kepada pengusahanya.Menurutnya, masih ramai yang tidak sedar akan perkara ini kerana bidang pertanian dianggap sebagai pekerjaan yang susah dan mengotorkan."Kebanyakannya tidak sedar bahawa bidang pertanian merupakan satu bidang yang cukup menguntungkan sekiranya dilakukan dengan cara yang betul."Hanya segelintir golongan muda sahaja yang berminat dengan bidang ini manakala selebihnya lebih rela bekerja makan gaji daripada menceburi bidang ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan dan menghadiri jamuan buah-buahan tempatan di Pejabat Pertanian Hulu Paka, tengahari tadi.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Pegawai Daerah Dungun, Ibrahim Mohamad.Wan Hapandi ( empat dari kiri ) menikmati buah - buahan tempatan dalam lawatan tersebut.Sementara itu, Wan Hapandi Wan Nik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura berkata, kerajaan negeri sedia membantu mana-mana golongan muda yang ingin menceburi bidang pertanian."Kerajaan negeri mempunyai peruntukan yang akan disalurkan kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang pertanian."Pelbagai agensi akan turut membantu memberikan khidmat nasihat sehingga projek yang diusahakan mereka berjaya," katanya.Menurutnya, pihak-pihak seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan beberapa agensi berkaitan mempunyai kepakaran masing-masing dalam membantu usahawan tani termasuk teknologi tanaman dan pemasaran hasil tanaman."Kita komited terhadap janji-janji di dalam manifesto pilihan raya lalu untuk membantu usahawan tani yang ada di negeri ini supaya berjaya dalam bidang yang diusahakan mereka," katanya.Wan Hapandi berharap supaya lebih ramai lagi golongan muda menceburi bidang pertanian supaya kebergantungan tehadap pengimportan hasil tanaman dari negara luar dapat dikurangkan.
07 Aug 18
34
Tiga Pelajar Terengganu Wakili Malaysia Ke Korea
Pengetua SAHUT(dua dari Kanan)bersama Guru Pembimbing Program, Ahmad Ridhuan bersama tiga pelajar yang bakal berlepas ke Korea pada 7 Ogos ini.Tiga pelajar dari Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) terpilih untuk mewakili Malaysia ke pertandingan The 13th International Standards Olympiad yang akan berlangsung di Yongin, Korea.Pelajar-pelajar berkenaan, Nik Nurasilah Nik Aziz, Najah Bahrin Shah dan Muhammad Amar Haqim Ramli yang berusia 15 tahun mendapat tempat pertama dalam saringan penulisan esei mengenai keselamatan di lapangan terbang pada tahun lepas.Guru Pembimbing Program, Ahmad Ridhuan Azman berkata, program yang akan dijalankan pada 8 hingga 10 Ogos merupakan program Jabatan Standard Malaysia di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar bagi meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai kepenggunaan standard dan kepentingan."Dalam erti kata lain, ia memberi peluang kepada pelajar untuk mereka cipta sesuatu inovasi yang mampu digunakan secara global dan menyeluruh."Penyertaan bagi pertandingan ini ditaja oleh pihak Korean Agency For Technology and Standards (KATS) termasuk kos makanan dan tempat tinggal."Manakala bagi kos tiket penerbangan, pihak KATS menaja dua orang bagi setiap kumpulan peserta (50 peratus) dan selebihnya adalah di bawah tanggungan pihak sekolah," ujarnya ketika ditemui di SAHUT, semalam.Sementara itu, Najah yang pertama kali menyertai program berkenaan merasa teruja apabila mendapat tahu bahawa kumpulan mereka berjaya mewakili Malaysia ke Korea."Bagi saya, kejayaan ini bukan sahaja membawa nama Malaysia tetapi membawa nama sekolah dan nama Hulu Terengganu ke persada lebih tinggi lagi."Walaupun kami belajar di sekolah pinggir bandar namun boleh berjaya dan mencipta nama setanding mereka yang berada di bandar terutamanya."Apa yang perlu kami reka, belum diketahui kerana soalan dan arahan akan diberikan pada hari pertandingan nanti, yang pasti kami perlu mereka cipta suatu produk untuk kegunaan global yang praktikal dan mudah dipakai," kata Najah.
06 Aug 18
477
Bandar Lestari Akan Dibina Di Setiap Daerah
Satiful Bahri MamatKerajaan Negeri bercadang untuk membina sebuah bandar lestari di setiap daerah bagi memenuhi dan melaksanakan janji manifesto ketika Pilihan Raya Umum ke-14 baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, bandar lestari tersebut akan dibina di setiap parlimen dan kos pembinaannya dianggarkan bakal menelan belanja sebanyak kira-kira RM 500 juta.Menurutnya, buat masa sekarang pihaknya masih di dalam proses untuk mengenal pasti tapak yang sesuai untuk pembinaan bandar lestari tersebut."Kita masih dalam proses mengenal pasti lokasi yang sesuai kerana di samping pembangunan, komponen sedia ada akan dikekalkan."Ianya akan berkonsepkan bandar di dalam taman kerana kita mahu mengekalkan kebersihan alam sekitar selari dengan pembangunan yang dibuat," katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh Urusetia Penerangan Darul Iman hari ini.Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paka berkata, sekiranya projek berkenaan berjaya, ia diyakini mampu meningkatkan tahap sosio ekonomi di negeri ini."Dengan terbinanya projek ini, kita yakin semua penduduk akan mendapat manafaat seperti peluang pekerjaan yang banyak dan peluang untuk berniaga."Sebagai contoh di daerah Dungun sendiri sudah tiada tanah untuk pembinaan rumah dan sekiranya projek ini dapat dilaksanakan, lebih banyak rumah akan dibina dan rakyat sendiri akan dapat merasainya," ujarnya.Tambah beliau, bagi penempatan untuk anak muda pihaknya menganggarkan sebanyak 10, 000 hingga 15, 000 unit rumah akan dibina di bandar lestari tersebut."Ianya juga akan dilengkapkan dengan kemudahan lain termasuk pusat perniagaan, pasaraya dan sekolah rendah serta menengah Islam," katanya.
05 Aug 18
346
Kerajaan Terengganu Komited Pembangunan Industri Minyak dan Gas
Perjalanan industri minyak dan gas di Terengganu membuktikan komitmen kerajaan negeri kepada kemajuan industri.Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, beliau merakamkan setinggi penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar atas lawatan rasmi Loji Petronas Wilayah Timur."Kami bangga atas komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri dalam usaha memahami perjalanan operasi petronas terutamanya di kertih. “Kami juga berharap ianya sebagai satu langkah kepada kerjasama erat di antara Petronas dan Kerajaan negeri,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan taklimat korporat di tapak loji Petronas Wilayah Timur, Kerteh semalam.Dato’ Tengku Hassan berkata, kunjungan tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk memastikan industri minyak dan gas memberi kesan yang positif kepada rakyat tempatan khususnya di Terengganu.“Kerajaan negeri mempunyai hubungan kerja dengan pihak Petronas melalui jawatankuasa kerja khas (JWC) di antara petronas dan kerajaan negeri bagi membincangkan perkara yang menjadi kepentingan bersama.Selain daripada itu, pihak kerajaan negeri juga mewujudkan empat lagi jawatankuasa kecil sebagai satu usaha untuk meningkatkan keberkesanan kerjasama tersebut.Turut hadir, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Ahmad Azmi Md Salleh, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Zulkifli Ali, Pengurus Kanan Koprat Unit Ekonomi Negeri, Azman Ghani, Penolong Setiausaha Kerajaan, Nik Fahmi Nik Nordin, Penolong Pegawai Kanan Industri dan Pelaburan, Tengku Mohamad Hafiz Tengku Hashim Badli dan wakil daripada Malaysia Investment Development Authority Terengganu.Terdapat dua taklimat iaitu taklimat koprat yang disampaikan oleh Wan Mohd Hasnan Abdullah dan taklimat operasi disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Zamri Jaafar.
05 Aug 18
316