lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Peranan Besar Pemuda PAS Selamat Generasi
Abdul Hadi menyampaikan ucapan kepada 'muktamirin'.Oleh: Aziz HambaliPemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berdepan dengan cabaran dan peranan yang besar untuk menyelamatkan generasi muda yang kini semakin parah.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, generasi ini perlu diselamatkan dengan kesedaran agama."Kita harus membantu dan mengeluarkan mereka daripada kejahilan agama, masalah sosial dan keruntuhan akhlak."Justeru, pemuda berperanan penting untuk memberikan pendidikan politik yang matang dan menyedarkan mereka akan serangan pemikiran penjajah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) Kali Ke-49.Terdahulu, muktamar tersebut dimulakan dengan acara konvoi. Ratusan anak muda menyertai konvoi tersebut dan mereka berlepas dari Masjid Rusila.Muktamar yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Marang, Kampung Paya itu dihadiri oleh lebih 800 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negeri yang mewakili setiap kawasan.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong, ADUN Manir, Ustaz Hilmi Harun, ADUN Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Bendahari PAS Terengganu, Cikgu Shukrimun Shamsudin.
10 Aug 18
120
Empty Image
Dr Samsuri Hargai Rakan Media
Dr Ahmad Samsuri beramah mesra dengan rakan-rakan media. Foto - Tengku SyamimOleh: Suhaimi TaibKerajaan Negeri Terengganu berusaha mengukuhkan hubungan dua hala di antara pengamal media dengan kepimpinan negeri supaya segala agenda kerajaan dapat disebarkan seluas-luasnya.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan kesungguhan pihak media mengikuti perkembangan pentadbiran negeri serta kepimpinannya."Saya gembira dan berpuas hati serta tabik dengan tuan-tuan yang tidak putus-putus membuat liputan tentang kepimpinan kerajaan negeri termasuk saya," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Bersama Media anjuran Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) di Primula Beach Hotel, semalam (9 Ogos).Dr Ahmad Samsuri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancang Kewangan & Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli negeri memuji pihak media kerana melaksanakan tugas dengan menggunakan kepakaran masing-masing sehingga laporan dapat disampaikan kepada masyarakat dengan tepat."Wartawan kadang-kadang sampai ke malam masih menunggu, pagi esoknya jumpa lagi, petang pun jumpa lagi."Tugas tuan-tuan tidak mudah, menunjukkan betapa tuan-tuan mengambil berat dengan program kerajaan dan kepimpinan kami, " ujarnya.Justeru, Dr Ahmad Samsuri memohon maaf bagi pihak pentadbiran kerajaan sekiranya kerjasama yang diberikan tidak memuaskan hati pihak media.Menurutnya, media di Terengganu bersifat profesional apabila didapati tiada satu pun laporan yang disiarkan diputar belit dalam media masing-masing.Ini kerana masing-masing mengambil sikap bertanggungjawab dan memastikan etika kewartawanan  dilaksanakan dengan sebaik mungkin."Kamu (media) adalah yang terbaik dalam tugasan kamu kerana membuat liputan yang betul tentang kerajaan negeri."Kita ambil manfaat 'win-win situation' di antara seluruh kepimpinan kerajaan negeri dan rakan media," jelasnya.Justeru, beliau berjanji bahawa kerajaan negeri akan memperbaiki segala kelemahan yang ada untuk tujuan tersebut.Kerajaan bersikap terbuka dan sedia mendengar teguran serta pandangan dari mana-mana pihak demi kebaikan kerajaan dan rakyat negeri Terengganu.Katanya, kerajaan menyifatkan semua media Terengganu berada di dalam kelas yang tersendiri dan patut dipuji.Sementara itu, sebanyak 25 agensi media hadir di majlis berkenaan termasuk Bernama,  Utusan Malaysia,  New Straits Time,  Harian Metro, TV3, Astro Awani, TV Al-Hijrah dan lain-lain.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said.
10 Aug 18
68
Empty Image
Kerajaan Komited Lahir Pelajar Tahfiz Serba Boleh
Ustaz Saiful yang ceria di konti Radio Manis FM.Oleh: Muhd LukmanKerajaan sedang memperkasakan institusi tahfiz dan pondok melihatkan banyak permintaan daripada rakyat untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah tahfiz.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, bidang pendidikan merupakan aset penting kepada negara."Jangan anggap pelajar tahfiz hanya layak menjadi imam sahaja,sedangkan di sana lahirnya ramai doktor, jurutera dan profesional yang menjadi kebanggaan kita."Kerajaan juga akan mewujudkan sekolah rendah dan sekolah menengah islam bermula tahun hadapan."Ianya sekaligus akan membuka peluang pekerjaan kepada graduan-graduan di negeri ini untuk menjawat jawatan sebagai guru di sekolah berkenaan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam segmen "Manis Sokmo" di konti Radio Manis FM, semalam.Menurut Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, kerajaan juga akan berusaha untuk menyelaraskan sistem pembelajaran di sekolah tahfiz dan menerapkan kelas-kelas kemahiran seperti elektrikal,mekanikal dan sebagainya."Kerajaan akan memastikan supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar tahfiz yang serba boleh dan seimbang dari segi ilmu 'aqli' dan 'naqli' seterusnya dapat menabur bakti di negeri ini," ujarnya.Tambahnya, institusi tahfiz dan pondok ini tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak sebaliknya kita sama-sama membantu pelajar-pelajar ini untuk terus cemerlang bukan sahaja duniawi tetapi juga ukhrawi.
10 Aug 18
48
Empty Image
Perogol Dipenjara 20 Tahun, 35 Kali Sebatan
Tertuduh dibawa ke perbicaraan.Angkara nafsu iblis, seorang penganggur dihukum penjara 20 tahun dan 35 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini atas enam pertuduhan berasingan iaitu rompak, rogol dan liwat seorang pekerja wanita di sebuah kedai menjual pakaian wanita di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu pada 1 Ogos baru-baru ini.Hakim, Tuan Azman Mustapha menjatuhkan hukuman selepas Mohamad Nurhadi Othman, 25, mengaku bersalah terhadap keenam-enam pertuduhan itu yang dibaca di dua mahkamah sesyen berasingan yang dijalankan serentak bermula tarikh penangkapan tertuduh.Tertuduh, dari Jalan Hiliran Parit Gali, mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak, tiga pertuduhan meliwat dan satu pertuduhan merogol mangsa yang berusia 22 tahun.Bagi empat pertuduhan itu, tertuduh dikenakan hukuman 20 tahun dan 12 sebatan kerana kesalahan merogol (pertuduhan pertama), diikuti 15 tahun dan lapan sebatan kerana meliwat (pertuduhan kedua), 15 tahun dan lima sebatan kerana meliwat (pertuduhan ketiga) dan 15 tahun dan lima sebatan kerana melakukan seks oral (pertuduhan keempat).Sebelum itu, Nurhadi turut dihukum penjara 20 tahun dan 12 sebatan atas dua pertuduhan melakukan rompakan terhadap mangsa di sebuah lagi Mahkamah Sesyen di sini.Mengikut pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad, tertuduh didakwa merompak wang tunai RM2,600 di butik tersebut dengan bersenjatakan sebilah pisau.Tertuduh juga didakwa merompak dua utas rantai tangan dan cincin milik mangsa berumur 23 tahun, juga bersenjatakan sebilah pisau.Sehubungan dengan itu, tertuduh didakwa melakukan dua kesalahan mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.Dia dituduh melakukan perbuatan itu di premis berkenaan di Jalan Bukit Kecil, di sini pukul 9.56 malam hingga 10.55 malam, Rabu lalu.Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi dan Nur Zafirah Rosli.
09 Aug 18
168
Empty Image
500,000 Dijangka Kunjungi MAHA Terengganu
Sidang media selepas mesyuarat "Road To MAHA'. Foto - Solahuddin Al-IdrusPameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) akan diadakan di Negeri Terengganu pada tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, terdapat banyak pengisian yang mampu menarik para pengunjung hadir ke program tersebut yang akan diadakan pada 25 hingga 27 Oktober 2018."Kita menjangkakan kehadiran seramai kira-kira 500,000 orang pengunjung yang akan hadir memeriahkan program mega ini.Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Manir akan bertindak sebagai tuan rumah.“Ianya program yang melibatkan para peladang, penternak, nelayan serta pelbagai agensi yang terlibat dalam sektor pertanian.“Menariknya MAHA ini, kita akan isikan dengan seminar dan taklimat  yang melibatkan pelbagai aspek termasuk pemprosesan produk, teknologi pertanian baru, peluang bisnes dan kursus asas berkaitan dengan pertanian.“Bahkan para pengunjung akan turut didedahkan dengan peluang-peluang pembiayaan yang mampu diperoleh daripada institusi kewangan seperti Agrobank, jelasnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat "Road To MAHA" di Pejabat MARDI Terengganu, Kampung Kubang Jela, pada Rabu, 8 Ogos.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Ustaz Hilmi Harun.Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, pameran-pameran haiwan yang ditonjolkan adalah termasuk pameran lembu sado, kambing, ikan hiasan, ayam serama dan ayam ratu serta pelbagai lagi yang dijangkakan mampu menarik para pengunjung melawat tapak pameran.Katanya, dalam masa yang sama gerai-gerai turut disediakan untuk membuka peluang kepada para peniaga menjual pelbagai produk termasuk produk pertanian, penternakan dan perikanan.Menurutnya, pelbagai agensi kerajaan terlibat dalam program ini, antaranya Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar , MARDI, IADA Ketara, Lembaga Pertubuhan Peladang dan sebagainya.YB Dr Azman Ibrahim bersama Timbalannya Ustaz Hilmi Harun yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Pihak MAHA juga mengundang beberapa syarikat swasta untuk mereka memperkenalkan input-input baru dalam peralatan pertanian termasuk jentera, benih, fatagasi dan produk pertanian.“Saya mewakili jawatankuasa induk "Road To Maha" mengajak semua rakyat Malaysia untuk sama-sama hadir berkunjung ke MARDI Manir bagi memeriahkan dan mengambil manfaat secara optimum daripada program yang diadakan,” ujarnya.
09 Aug 18
77
Empty Image
100 Hari Pentadbiran Menteri Besar
Dr Ahmad Samsuri ketika diwawancara wartawan. Foto Syaful Mustafa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ru Rendang, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu ke-15 pada 10 Mei lalu. Tanggal 20 Ogos nanti genap 100 hari tempoh pentadbiran beliau dengan tagline Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Sepanjang  tempoh itu, Ahmad Samsuri kerap kali menyatakan tugas mengisi dan melaksanakan agenda Negeri Terengganu untuk membawa negeri ini ke era baharu bukan hanya perlu digalas Menteri Besar, Ahli-ahli Menyuarat Negeri dan wakil rakyat semata-mata malah semua pihak perlu mengalas tanggungjawab itu bersama-sama.Pelbagai perancangan dan hala tuju bakal direalisasikan untuk kebaikan dan kebajikan rakyat termasuk menunai janji Manisfesto PAS secara berperingkat-peringkat.Tidak lupa merencanakan ekonomi negeri dalam pelbagai sektor dan menterjemahkan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030)  sepanjang tempoh penggal pertama pentadbiran Dr. Ahmad Samsuri.Wartawan: Sejauh mana manifesto  yang sudah dilaksanakan  Kerajaan PAS selepas berjaya mengambil alih tampuk kepimpinan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.Dr. Ahmad Samsuri: Manifesto PAS  akan ditunaikan secara berperingkat-peringkat dengan mengutamakan keperluan  terdesak yang diinginkan rakyat, pertamanya kita telah melaksanakan pemberian 20 meter padu air percuma kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.Sama juga janji kita berkaitan pemberian lot tanah kediaman  kepada rakyat, perkara ini akan dilaksanakan  dalam tempoh terdekat tetapi perlu mengambil masa sedikit masa dan penelitian sebelum dikeluarkan tawaran kepada mereka yang benar-benar rakyat.Perkara ini sudah dilaksanakan kerajaan lalu, tetapi didapati berlaku ketidakadilan agihan, termasuk mereka yang sudah mempunyai tanah turut disenaraikan sebagai layak untuk memiliki tanah yang ditawarkan.Wartawan: Apakah kejayaan yang boleh dijadikan contoh oleh pihak luar Dr. Ahmad Samsuri: kejayaan terbaru, Terengganu menjadi negeri pertama mampu menyelesaikan pelantikan ahli jawatankuasa  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan apa yang menariknya perkara itu dijadikan contoh oleh negeri lain.Di sini menunjukkan wujud kerjasama erat di antara jentera kerajaan dan pentingnya MPKK itu ditubuhkan adalah bagi menyelaras urusan berkaitan pengurusan kampung antara kerajaan negeri dan  Pusat, penyaluran peruntukan serta hal-hal pentadbiran lain.Wartawan: Usaha yang bakal dilakukan untuk menarik minat pelabur-pelabur Wartawan: kerajaan negeri yakin dengan perubahan yang bakal dilaksanakan mampu menarik menarik minat pelabur  tempatan dan antarabangsa dalam berskala besar. Sudah pastinya kita akan memberi tumpuan dalam indutri minyak dan petroleum, memperluaskan pasaran keluli, memperbanyakkan  industri silika, memfokuskan industri hiliran dan memperbanyakkan aktiviti perkapalan di pelabuhan dalam tempoh terdekat.Perkara ini perlu dipandang serius kerana bukan saja mampu merancakkan ekonomi Terengganu, malah paling utama adalah mewujudkan peluang kerajaan.Kerajaan PAS juga akan tetap meneruskan projek-projek berskala besar yang melibatkan kepentingan rakyat di bawah rangka kerjasama awam-swasta (PPP) pada masa depan melalui kaedah pembayaran secara tertangguh dan juga kaedah bayaran berjadual.Namun pendekatan lebih berhati-hati perlu diambil dengan melakukan kajian terperinci terutama mengambil kira keupayaan untuk melunaskan bayaran agar kerajaan negeri tidak terbeban.Wartawan: Adakah Terengganu  berasa tercabar dengan kepimpinan Kerajaan Pusat  yang diterajui Pakatan Harapan.Dr. Samsuri: itu sudah pasti terutamanya apabila  mahu menyelesaikan satu- satu perkara penting.  Kita sudah laju, apabila tiba kepada kementerian tertentu, perkara itu terpaksa ditangguhkan kerana menteri yang mengambil peranan masih tidak bersedia.Saya berharap dapat diselesaikan secepat mungkin.Wartawan: Apakah kelebihan yang ditampilkan PAS sehingga mampu mengambil alih tampuk kepimpinan.Tiada kelebihan istimewa, mungkin disebabkan  ada sebilangan besar rakyat berasa tidak puas hati dengan cara kepimpinan terdahulu, termasuk agihan projek, bantuan untuk rakyat dan sebagainya.Mungkin juga faktor pemilihan calon yang dilihat memberi kelebihan kepada PAS, penggunaan media sosial di kalangan sukarelawan yang mahu membantu PAS dan kerjasama erat yang ditonjolkan jentera-jentera PAS.      
09 Aug 18
118
Empty Image
Bincang Dahulu Dengan Rakyat
Haji Hishamuddin (berdiri) memperkatakan sesuatu kepada nelayan di Majlis Sesi Taklimat Bersama Penduduk dan Nelayan Bagi Projek Pencegahan Hakisan Pantai di Mengabang Telipot baru-baru ini.Mana-mana jabatan kerajaan perlu berbincang terlebih dahulu dengan komuniti kampung sebelum melaksanakan sesuatu projek supaya permasalahan setempat dapat dikenalpasti.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Haji Hishamuddin Abdul Karim berkata, kegagalan berbuat demikian akan menimbulkan banyak masalah dan mengundang bantahan daripada rakyat.Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh pihak media berhubung Projek Pencegahan Hakisan  Pantai Mengabang Telipot di sini yang mendapat bantahan penduduk kerana tidak sesuai dengan keadaan setempat.Haji Hishamuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berkata, projek berkenaan sedikit sebanyak mengundang hakisan pantai."Hakisan akan berlaku di tempat lain, akibat biasan daripada projek terbabit," katanya.Terdahulu, beliau menemui penduduk di Majlis Sesi Taklimat Bersama Penduduk dan Nelayan kampung terbabit pada 30 Julai lalu.Haji Hishamuddin melawat kawasan pendaratan bot di Mengabang Telipot, berhampiran dengan kawasan projek tersebut.Sementara itu, Ahli Parlimen Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir ketika dihubungi berkata, projek  itu bertujuan supaya hakisan pantai tidak berlaku akibat pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang berhampiran dengan pantai kampung berkenaan.Beliau mengharapkan jabatan berkenaan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah hakisan itu memandangkan musim tengkujuh semakin hampir.Beliau telah membawa permasalahan itu ke Sidang Dewan Rakyat dan ianya di bawah perhatian kementerian terbabit.Projek itu dimulakan pada 8 April tahun 2014 oleh Kontraktor Syarikat Pending Makmur Sdn Bhd dengan kos RM80 juta dan dijangka siap 29 Disember 2018.Projek Pencegahan Hakisan Pantai di Mengabang Telipot dalam proses penyiapan.Projek berkenaan mempunyai dua fasa. Fasa pertama sudah hampir siap manakala fasa kedua dalam proses pembinaan.Komuniti Nelayan Mengabang Telipot menyarankan agar Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) Negeri membuat pengubahsuaian agar bermanfaat kepada nelayan tempatan.JPS sedang mengkaji projek itu selepas aduan komuniti nelayan itu dibuat.Timbalan Pengarah JPS, Encik Osman Abdullah ketika dihubungi berkata, JPS telah menemui komuniti nelayan berkenaan dan meneliti semua pandangan mereka.Menurutnya, pihak jabatan sedang mengkaji projek tersebut dan berusaha mendapatkan pelan pengubahsuaian baharu dari kontraktor untuk dilaksanakan di tapak projek.Antara bot-bot nelayan Mengabang Telipot yang diletakkan berhampiran kawasan projek berkenaan"Pihak JPS Malaysia melalui bahagian pengurusan zon pantai telah mengambil kira keluhan, saranan dan pandangan penduduk serta sedang mengkaji semula reka bentuk projek tersebut," jelasnya.Tambahnya, selepas mendapat reka bentuk baharu daripada kontraktor, JPS akan melaksanakannya di tapak projek berkenaan.
09 Aug 18
252
Empty Image
Program Sembang Santai Platform Terbaik Bantu Usahawan
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan Negeri Terengganu, Saharuddin Bin Mohd Kia menerangkan sesuatu kepada para peserta pada Program Sembang Santai Usahawan Bersama Exco peringkat Daerah Kuala Nerus di Stadium tertutup Gong Badak, hari ini. Foto Oleh: Syaiful MustafaPara usahawan dan bakal usahawan di Terengganu dipelawa hadir ke siri jelajah program keusahawanan yang akan diadakan di setiap daerah di seluruh negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, Program Sembang Santai Usahawan Bersama Exco yang dianjurkan Majlis Sektretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) itu telah bermula di Besut.“Kuala Nerus adalah lokasi kedua selepas Besut dan pada 20 Ogos depan siri jelajah ini akan diadakan di Setiu dan daerah-daerah lain selepas itu. “Misinya adalah untuk menjadi platform untuk kita bertemu dengan usahawan dan bakal usahawan,” ujarnya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Program Sembang Santai Usahawan Bersama Exco peringkat Daerah Kuala Nerus di Stadium tertutup Gong Badak, hari ini.Katanya, program tersebut juga adalah untuk memberi penerangan berkenaan peluang-peluang perniagaan dan sumber pembiayaan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada usahawan dan bakal usahawan.Mohd Nurkhuzaini berkata, beliau turut mengharapkan akan mendapat maklum balas yang holistik daripada para usahawan pada akhir sesi penjelajahan itu.“Selepas habis sesi jelajah ini kita harapkan akan mendapat satu gambaran apa sebenarnya usahawan Terengganu mahukan.“Mungkin di Besut lain, Setiu lain kehendak mereka, secara keseluruhan apabila kita buat siri jelajah ini para usahawan dan bakal usahawan akan mendapat maklumat yang lebih jelas,” ujarnya.
08 Aug 18
78
Empty Image
Projek Kelapa Matag Perlu Dipulihkan
Kerajaan negeri akan memulihkan projek tanaman Kelapa Matag, di Kampung Kubang Puyu Langkap, Setiu yang dikatakan gagal berikutan hanya 20 peratus kawasan sepatutnya dimajukan dengan tanaman itu sejak tujuh tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, projek  penanaman yang diusahakan menerusi Jabatan Pertanian Terengganu dan sepatutnya dapat menghasilkan produktiviti buah yang lebat dan santan yang banyak, tidak mencapai sasaran sebenar.Katanya, hanya kira-kira 35 hektar sahaja tanaman itu, jauh daripada jumlah keluasan sebenar tanah seluas 174 hektar."Masih ada baki tanah 139 hektar yang terbiar kosong. Kos hampir RM5 juta telah dibelanjakan termasuk kos pembersihan dan perparitan. Sekarang terbiar tanpa penjagaan dan sebarang hasil yang sepatutnya diraih oleh kerajaan  negeri serta  pengusaha.Menurut Dr. Azman, perusahaan itu antara satu lagi `projek sakit' yang memerlukan pemulihan segera dan pelbagai penambahbaikan.Untuk rekod, Kelapa Matag atau nama saintifik Cocos nucifera 'Matag' lebih cepat mengeluarkan hasil berbanding varieti kelapa 'Malayan Tall' sedia ada kerana pengeluaran hasilnya lebih tinggi iaitu antara 100 hingga 120 biji satu pokok setahun berbanding pokok kelapa biasa kira-kira 70 biji setahun.Ia juga mampu memberi pulangan yang baik di mana harga kelapa tersebut di peringkat ladang jauh lebih murah dan berbeza sehingga sekali ganda berbanding harga di pasaran.
08 Aug 18
1030
Empty Image
Terengganu FC II Kekal Sebagai `Feeder Team'
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)  bersetuju untuk mengekalkan Terengganu FC II (TFC II) sebagai pasukan 'feeder team' (pasukan simpanan), manakala pasukan utama Terengganu Football Team I (TFC I) akan terus dimantapkan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia.Keputusan mengenai kedudukan pasukan kedua negeri itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif PBSNT pertama yang dipengerusikan Presidennya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, di Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir, Timbalan Presidennya,  Hishamuddin Abdul Karim yang juga Timbalan Pengerusi Jawtankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri.Setiausaha Agung PBSNT, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, pasukan kedua Terengganu itu akan terus bersaing dalam Liga FAM 2019."Sehubungan itu juga, PBSNT juga bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan yang akan bertanggungjawab menguruskan pembangunan bola sepak negeri ini dengan lebih tersusun, sistematik dan holistik"BSNT juga menyusun beberapa langkah proaktif dalam memperkukuhkan saingan di masa hadapan dan akan diumumkan dari semasa ke semasa. Tumpuan buat masa ini adalah untuk Piala Malaysia dengan mengharapkan agar pasukan TFC terus mara dan bangkit.Tengku Farok berkata, kerajaan negeri dan PBSNT berharap agar perancangan dan keputusan berkenaan akan membuahkan hasil yang positif dalam perkembangan bola sepak negeri.
08 Aug 18
47