Artikel "Utama" Terkini
Kerajaan Tanggung Kos Naikkan Bot Karam
Gambar : Abu Ubaidah Mohd NoorKUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri akan menanggung sebahagian kos untuk menaikkan bot seorang nelayan kelas B, Wan Zakaria Wan Abdullah yang karam empat hari lalu, di Pulau Duyung, di sini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan memutuskan demikian bagi membantu meringankan beban nelayan terbabit yang perlu meneruskan aktiviti menangkap ikan sebagai sumber rezeki.“Kita akan cuba bincang dari segi kos sewaan kren dan tongkang serta tengok skop bantuan yang boleh membantu meringankan sebahagian daripada beban yang ditanggung oleh tuan punya bot.“Keadaan ini menjadi rumit sebab sebenarnya bot nelayan yang ditambat di Marina Pulau Duyung bukan berada di bawah selian Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),” katanya.Beliau berkata demikian ketika melawat jeti di tempat kejadian di bot tersebut tenggelam kelmarin (12 Ogos).Katanya, jeti yang dibina ketika kejohanan Piala Monsun sebelum ini, tidak digazetkan menjadi pengkalan kepada bot nelayan dan tidak berdaftar, selain menjadi tempat simpanan bot yang ditahan oleh Jabatan Perikanan."Kita tengok tidak ada satu penyeliaan dan penjagaan apabila pukat diletakkan merata-rata dan beban berat serta saiz bot yang ditambat melebihi kemampuan jeti ini," jelasnya.“InsyaAllah isu ini kita akan ambil perhatian serius untuk dibawa ke atas bagaimana kita nak manfaatkan kesan tinggalan Monsoon Cup supaya ia jadi lebih tersusun dan sekurang kurangnya ada pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas jeti ini,” ujar beliau.
13 Aug 18
324
Penghulu 'Orang Tengah' Kerajaan Dan Rakyat
Ahmad Samsuri ketika berucap di Majlis Perjumpaan Menteri Besar Bersama Penghulu-Penghulu Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailMenteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mahu penghulu di negeri ini menjadi ‘orang tengah’ termasuk dalam menyampaikan maklumat mengenai permasalahan rakyat di peringkat akar umbi untuk perhatian dan tindakan pihak kerajaan.Beliau berkata, maklumat tersebut diperlukan supaya setiap dasar yang diolah dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat.Katanya, kerajaan negeri juga akan sentiasa menjaga kepentingan mereka agar dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan. “Penghulu perlu mainkan peranan yang sewajarnya kerana antara tugas mereka adalah untuk menyampaikan segala dasar dan maklumat yang dilaksanakan kerajaan supaya rakyat tahu.“Penghulu adalah satu unit yang amat penting dalam masyarakat, kalau berlaku masalah di antara mereka maka tentulah menjejaskan pelbagai perkara termasuk pentadbiran kerajaan. “Jadi, dengan menekankan kepentingan mereka, saya yakin mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih baik,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perjumpaan Menteri Besar Bersama Penghulu-Penghulu Terengganu yang dihadiri oleh seramai 76 penghulu dari peringkat tertinggi sehingga ke penghulu mukim di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ A. Rahman Yahya.Ahmad Samsuri berkata, pertemuan yang diadakan secara santai itu adalah pertemuan pertama beliau bersama penghulu negeri ini dan ianya akan diadakan dari semasa ke semasa.“Hari ini adalah lebih kepada pertemuan santai dimana untuk kita meneruskan hubungan dan saling faham memahami antara satu sama lain.“InsyaAllah, akan ada pertemuan lagi dalam pelbagai bentuk dan cara.“Selepas ini juga, kita akan bincang dengan persatuan mereka sendiri apa yang kerajaan boleh bantu dari segi ketrampilan dan sebagainya,” ujarnya.
13 Aug 18
285
Kerajaan Pusat Mesti Bantu Penoreh Getah
Dr Azman Ibrahim memberi ulasan mengenai isu harga getah yang merudum. Foto - Syaiful MustafaKerajaan Pusat mesti memikirkan langkah yang drastik untuk membantu para pekebun dan penoreh getah berhubung isu harga getah yang merudum jatuh.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri Terengganu tidak ada kuasa terhadap penetapan harga getah.“Kita telah beberapa kali bersuara tentang perlunya diletakkan satu harga syiling kepada getah."Setiap kali kita turun berjumpa dengan masyarakat penoreh, mereka minta tak banyak, hanya sekadar RM4 sahaja.“Apabila harga RM4 ini boleh direalisasikan sebagai harga syiling, maka sudah tentu mereka (penoreh) tidak lagi memerlukan bantuan ‘one off’ yang lain,” katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu harga getah ketika ditemui oleh pemberita di Pulau Duyong, semalam (13 Ogos).Katanya, isu harga getah melibatkan agensi di bawah kerajaan pusat terutama agensi seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).Menurut Dr Azman Ibrahim yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, bantuan musim tengkujuh yang diberikan akan habis dalam satu tempoh yang singkat.“Kita mahukan bantuan yang boleh menjamin kehidupan penoreh getah dan kelestarian sumber getah untuk satu tempoh yang panjang,” ujarnya.Menurutnya, harga pasaran getah terkini iaitu RM 1.90 menurun pada tahap yang dikira sangat rendah.“Majoriti masyarakat penoreh sebenarnya mengambil upah menoreh getah yang menjadi milik orang lain.“Jadi RM1.90 dibahagi dua pula dengan tuan punya kebun bermakna pendapatan sekilogram untuk orang yang bekerja menoreh tidak sampai pun seringgit.“Ini bukan lagi tahap kemiskinan tapi sudah dikira kefakiran,” jelasnya.Sebagai sebuah kerajaan negeri, kebajikan masyarakat akan diambil cakna dan masalah rakyat akan disantuni secara dekat melalui wakil rakyat yang ada di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).
12 Aug 18
126
SAHUT Bawa Pulang Pingat Perak, Harumkan Nama Negara
Tiga Pelajar Sahut bersama Guru Pembimbing Menerima Anugerah Perak(tempat kedua) di KoreaSekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (Sahut) mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila tiga pelajarnya membawa pulang pingat perak kategori menengah rendah di pertandingan The 13th International Standards Olympiad di Yongin, Korea Selatan pada 8 hingga 10 Ogos baru-baru ini.Mereka bertiga berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan ini walaupun menghadapi persaingan sengit antara 20 kumpulan dari 12 negara seperti Korea, Jepun, Ecuador dan lain-lain membuktikan rekaan anak Malaysia setanding peringkat antarabangsa dan mampu mengharumkan nama negara.Program Jabatan Standard Malaysia di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar diadakan bagi meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai kepenggunaan standard dan kepentingan di bawah tajaan pihak Korea Agency For Technology and Standards (KATS).Nik Nurasilah Nik Aziz, Najah Bahrin Shah dan Muhammad Amar Haqim Ramli, 15, yang mewakili Malaysia mengambil masa hampir enam jam untuk menghasilkan satu rekaan prototaip dan portfolio mengikut syarat yang diberikan.Bertemakan 'fourth industrial revolution' , ketiga-tiga pelajar berkenaan mencipta 'Smart Water Dispenser' yang mampu menyiram pokok dengan enam rentak berbeza dalam satu masa.Najah Bahrin ShahNajah Bahrin Shah, 15, berkata, mereka terpaksa melakukannya tanpa bantuan guru dan dalam pada masa yang sama, telefon turut diambil."Soalan yang diberikan terlalu banyak dan kami terpaksa bahagikan tugas, saya menyediakan portfolio manakala Nik Nurasilah dan Amar membina prototaip binaan yang diperlukan, kadang-kadang kami bergilir melakukannya."Kami diberi enam pemilihan idea dan harus memilih yang terbaik jadi kami pilih 'Smart Water Dispenser' yang boleh berfungsi secara automatik bagi memudahkan penyiraman pokok tanpa kawalan jumlah air yang diperlukan."Setelah enam jam, kami tinggalkan untuk hakim membuat penilaian dan menunggu keputusannya tetapi tidak menjangka akan menang kerana hasil dari negara lain sangat hebat dan kreatif terutama Korea dan Jepun,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, hari ini.Turut menyambut kepulangan mereka, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Ustaz Maliaman Kassim dan Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin.Menurut Najah, dia dan rakan-rakan terkejut apabila diumumkan berada di tempat kedua kerana sebelum ini merasakan peluang tipis apabila melihat kehebatan negara lain."Teruja sangat dan bersyukur atas kemenangan ini dan berharap akan lebih meraih kemenangan yang lebih besar pada pertandingan akan datang jika diberi peluang."Terima kasih kepada dua rakan saya yang memberi kerjasama yang terhebat, terima kasih juga kepada guru pengiring yang tidak putus memberi semangat kepada kami untuk capai tahap ini,"kata Najah lagi.Sementara itu, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah dan berbangga dengan kejayaan dan kecemerlangan ini sekaligus memberi inspirasi kepada anak-anak pelajar negeri seluruhnya.
12 Aug 18
445
Hayati Keistimewaan Hari Arafah
Kerajaan negeri akan menganjurkan program penghayatan Hari Afarah pada setiap tahun bermula tahun ini bagi memberikan kesedaran kepada rakyat Terengganu khususnya agar merasai kelebihan hari di mana para jemaah haji berwukuf di Arafah bagi melunaskan salah satu rukun Haji.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mohktar bakal menyempurnakan majlis perasmian program julung kali itu di Taman Tamadun Islam pada 20 Ogos ini.“Tahun ini kita akan mulakan untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Terengganu agar merasai keistimewaan Hari Arafah dan ianya akan dijadikan program tahunan bagi menyedarkan masyarakat bertapa pentingnya Hari Arafah yang jatuh pada hari ke sembilan Zulhijah setiap tahun.“Keistimewaan dan kelebihan Hari Arafah ini sepatutnya bukan sahaja dirasai oleh jemaah haji yang ada di Mekah tetapi perlu dihayati oleh seluruh masyarakat Islam dimana pada hari tersebut digalakkan menunaikan ibadah puasa sunat, bertakbir dan sebagainya,” ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.Mohd Nor berkata, program tersebut juga bertujuan menanamkan dalam diri masyarakat supaya menumpukan dan memfokuskan pemerhatian mereka di Padang Arafah. “Hari Arafah adalah hari penyatuan masyarakat, bangsa, kaum, keturunan, bahasa di satu tempat di atas nama Islam dan mereka berkenal-kenalan. “Roh penyatuan umat Islam itu sepatutnya dihayati oleh umat Islam di mana-mana sahaja, termasuk rakyat Terengganu dengan menghayati perpaduan dan mengenepikan perbezaan pandangan, pendapat, bahasa, bangsa serta keturunan yang disatukan atas nama Islam untuk kepentingan dunia dan akhirat,’ ujarnya.Katanya, Hari Arafah juga diharapkanakan mengingatkan umat Islam kepada Hari Akhirat.“Mudah-mudahan pada 9 Zulhijah akan mengingatkan kita rakyat Terengganu kepada akhirat dan persiapan untuk menunaikan ibadah qurban sebagai suatu ibadah pengabdian diri kepada Allah S.W.T“Oleh kerana itu, kita mohon agar Hari Arafah dihayati oleh masyarakat dan seluruh masjid negeri ini melalui pengisian solat hajat, doa, zikir dan sebagainya,” ujarnya.
12 Aug 18
73
Kibaran Jalur Gemilang Lambang Keharmonian
Ariffin Deraman menyampaikan ucapan aluan.Kibaran bendera Jalur Gemilang di seluruh negara melambangkan kedaulatan, kestabilan dan keharmonian negara kita.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, galakan untuk mengibarkan Jalur Gemilang perlu ditingkatkan di setiap jabatan agar dapat menanam patriotisme dan cintakan negara yang berterusan."Aktiviti ini terbukti sangat penting kerana meskipun telah berlaku perubahan pentadbiran diperingkat negeri dan negara, usaha melahirkan cinta kepada negara perlu diteruskan.Ariffin bersama Adun Bukit Payung, Mohd Nor dan Adun Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini."Ia bukan sahaja dapat menyuntik semangat rakyat untuk cintakan negara tetapi menjadi mekanisma mengeratkan hubungan kaum di negara ini," katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pagi ini.Beliau turut meminta semua pihak mengibarkan Jalur Gemilang di premis dan kediaman masing-masing sebagai lambang muafakat dan semangat muhibah terutama di Terengganu.Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri bermula hari ini (12 Ogos) dirasmikan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhta. Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali.
11 Aug 18
146
PAS Terengganu Hantar Delegasi Bantu Kempen PRK Seri Setia
PAS Terengganu akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tentang delegasi yang akan dihantar membantu Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia dalam masa terdekat.Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PAS negeri akan tetap menghantar bantuan jentera bagi mempastikan kemenangan calon PAS dalam PRK tersebut.“Mereka yang terlibat dan berapa jumlah yang akan dihantar sepanjang tempoh berkempen bakal dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan,”katanya yang juga Menteri Besar.Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2018 Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Yahaya Ali; Pengerusi Jawatankuasa Agung Sambutan Hari Kebangsaan 2018, Ariffin Deraman dan Ketua Polis Negeri Datuk Aidi Ismail.Ditanya tentang isu pengiktirafan komunis sebagai pejuang, Ahmad Samsuri memberitahu, dia tidak faham kenapa masih ada pihak mahu mengiktiraf golongan itu yang jelas tidak bersesuaian langsung untuk mendapat pengiktirafan.“Pada masa sama perkara itu boleh dianggap satu penghinaan kerana Malaysia sudah lama mencapai kemerdekaan hasil kerahan keringat, tumpah darah dan pengorbanan nyawa daripada anggota keselamatan dan masyarakat terdahulu,” katanya.Terdahulu dalam ucapan, Ahmad Samsuri berkata masyarakat hari ini terutama golongan belia harus diserap dengan pengertian tentang kemerdekaan, jati diri dan semangat patriotik supaya dapat memahami prinsip rukun negara untuk dihayati dan diamalkan.Katanya, hanya mereka yang memahami semangat kemerdekaan saja akan menjana pengisian dan dapat memelihara kemerdekaan untuk semua pihak termasuk generasi baru.“Pelbagai dasar telah digubal untuk memberi kesejahteraan dan keharmonian hidup rakyat dengan semuanya direka sejajar dengan kehendak dan keperluan semasa.“Kefahaman tentang kontrak sosial sedia ada juga perlu dibincangkan dengan semangat patriotik yang tinggi dengan adunan elemen baru dan lama bagi mengekalkan kestabilan dan keharmonian masyarakat,” katanya .
11 Aug 18
32
Hasil Negeri Untuk Yang Berhak
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi AwangAhli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata kekayaan negeri harus diagihkan kepada seluruh rakyat jelata sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang.Ini kerana katanya, Allah SWT menentukan pembahagian rezeki tidak terkecuali hanya untuk orang yang beriman sahaja tetapi juga untuk orang yang bukan Islam.Ini dinyatakan Allah kepada Nabi Ibrahim A.S. ketika baginda meminta supaya rezeki diagihkan kepada keturunan baginda yang beriman sahaja."Allah Ta'ala kata, rezeki diberi kepada semua sama ada yang menentang Aku atau yang beriman, tidak terkecuali kepada sesiapa pun."Begitulah juga kita ketika menjadi kerajaan kena beri semua tak kira yang menyokong kita tau menentang kita," tegasnya.Beliau berkata demikian dalam satu majlis, di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, Selangor, hari ini.Dr Ahmad Samsuri MokhtarTerdahulu dari itu Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam kebanyakan majlis menyatakan bahawa Kerajaan Terengganu tidak akan mendiskriminasikan rakyat dalam semua aspek termasuk dalam agihan bantuan kerajaan.Kerajaan negeri telah memastikan mereka yang layak menerima bantuan mendapat hak mereka tanpa mengira latar belakang politik, kaum dan agama.Dalam pada itu Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, turut menyebut bahawa terdapat di kalangan orang Islam yang mahu hanya al-Quran sahaja menjadi panduan dalam amal ibadat mereka sehari-hari dengan menolak Hadis Nabi s.a.w. secara bulat-bulat.Katanya, pegangan tersebut adalah salah di sisi Islam kerana al-Quran sendiri perlu penjelasan dari Hadis Nabi s.a.w. dalam banyak perkara termasuk sembahyang, Ibadat Haji dan sebagainya."Ibadat sembahyang tidak dijelaskan secara detail dalam al-Quran tetapi ia dijelaskan melalui hadis Nabi yang sahih di mana Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Sembahyanglah kamu sebagaimana aku sembahyang," katanya.Sebagaimana Al-Quran, hadis Nabi SAW ada kaedah ilmunya yang patut diketahui oleh umat Islam, tidak boleh diperkatakan semberono.Hadis menurutnya dikategorikan kepada empat termasuk Hadis Sahih, Hassan, Dhoif dan Maudhu'.Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi berkata, hadis sahih terbahagi kepada hadis mutawatir dan A'ahad."Umat Islam wajib berpegang dengan hadis mutawatir, tidak boleh ditolak, jika ditolak ia boleh membatalkan iman," jelasnya.Ini kerana hadis ini diriwayatkan oleh ramai perawi dan mereka pula boleh dipercayai dari segi ilmu, akhlak, sifat adil dan kuat ingatan."Manakala Hadis A'ahad diriwayatkan oleh hanya seorang perawi sahaja. Sementara hadis hassan diriwayatkan oleh perawi yang ada sifat pelupa sedikit, sementara hadis dhoif pula diriwayatkan oleh perawi antara lain kurang baik dari segi akhlaknya."Namun begitu hadis itu boleh diamalkan untuk mencari kelebihan dalam melakukan amal ibadat. Sementara hadis maudho' adalah hadis yang direka atau palsu, ianya hendaklah ditolak," tegasnya.
11 Aug 18
183
Lembu Korban Di Terengganu Dijamin Bebas Penyakit
Dr. Mohd Termizi Ghazali Jabatan Veterinar Terengganu memberi jaminan bahawa kesemua bekalan lembu yang akan dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha, bebas daripada jangkitan terutamanya penyakit kuku dan mulut.Pengarahnya, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, pihaknya telah menjalankan pemantauan rapi terhadap lembu tempatan termasuk yang diimport bagi mengelakkan wabak berkenaan merebak ke negara ini."Pihak kami telah menugaskan 100 kakitangan jabatan untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan yang rapi bagi mengesan sebarang penyakit pada 5,000 ekor lembu yang dikorbankan pada Aidil Adha nanti."Ini termasuklah 2,000 ekor lembu yang dibawa masuk dari Kelantan dan Pahang telah diperiksa untuk memastikannya bebas dari penyakit tersebut."Saya jamin sehingga hari raya korban nanti, kita selamat dari penyakit tersebut dengan tindakan yang kita ambil kecuali ada berlaku pemindahan ternakan di luar kawalan oleh mereka yang mencari peluang untuk berbuat demikian," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Jalan Bukit Kecil, hari ini.Tambahnya, pihak jabatan juga memberikan suntikan vaksin kepada 10 ribu ekor lembu bagi mencegah penyakit tersebut merebak.Dr Mohd Termizi berkata, ini merupakan tindakan awal pihak jabatan bagi memastikan penyakit hawar berdarah menyerang haiwan ternakan di Terengganu pada 2017 tidak berulang yang menyebabkan 500 ekor lembu mati.
11 Aug 18
290
Bangunan Sekolah Islam Dikenal Pasti
Kerajaan Tengganu dijangka menubuhkan sekolah rendah dan menengah Islam tahun depan dan kini sedang mengenal pasti tempat dan bangunan yang sesuai untuk tujuan tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Kerajaan sedang mengenal pasti bangunan kosong milik kerajaan di setiap daerah untuk dijadikan bangunan sekolah berkenaan.Ustaz Wan Sukairi (dua, kanan) menyampaikan sijil kepada Muhammad Azrul Aminnur Mat Lazim (kanan) pelajar hafiz terbaik Komples Anak Yatim Tahfiz Darul Hijrah Chendering Kuala Terengganu. Katanya, Kerajaan menjangkakan sekolah Islam berkenaan akan mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat beragama Islam di negeri ini. Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Huffazul Quran Kali Pertama di Kompleks Anak Yatim Tahfiz Darul Hijrah Chendering di sini pada 11 Ogos. Turut hadir, Penolong Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Encik Muhammad Al-Hafiz Karim dan Pengerusi Darul Hijrah, Ustaz Wan Muhammad Mizan Wan Abdul Latiff. Seramai 14 pelajar menerima sijil masing-masing dari Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam dalam majlis konvokesyen berkenaan. Ustaz Wan Sukairi seterusnya berkata, Kerajaan Terengganu di bawah PAS pernah menubuhkan sekolah rendah Islam ketika pemerintahannya dalam tahun 1999 hingga 2004. Namum selepas diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) tahun 2004, sekolah berkenaan ditutup. "Kini kerajaan merancang untuk menghidupkan semula sekolah berkenaan mulai tahun hadapan dengan mensasarkan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) ditubuhkan sekolah rendah Islam manakala setiap parlimen dibina sebuah sekolah menengah. "Itulah sasaran kerajaan sebagaimana termaktub dalam manifesto PAS menjelang PRU14 yang lalu, " jelasnya. Negeri Terengganu mempunyai lapan kawasan parlimen dan 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
11 Aug 18
76