lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Kerajaan Terengganu Lindungi Warisan Asli
Dr Ahmad Samsuri berucap pada sidang media hari ini. Foto - Syaiful MustafaKUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu komited dalam melindungi warisan asli alam semula jadi yang terdapat dalam negeri pantai timur itu.Justeru, kerajaan negeri telah mengistiharkan satu kawasan seluas  10, 386 hektar tanah bagi fasa pertama daripada keluasan sebenar 15,000 hektar di Setiu Wetland, sebagai Taman Negeri.Menteri Besar Negeri Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pengisytiharan itu melambangkan sebahagian usaha dan komitmen kerajaan negeri.“Asas pewartaan taman  negeri ini akan mengambil kira beberapa faktor utama (antaranya) kawasan tadahan air  yang penting dalam menyumbang kepada pengurangan risiko kesan banjir di Terengganu.“Pada masa yang sama kita mengharapkan dengan adanya taman negeri ini  akan membantu  pemeliharaan kawasan tadahan air  yang menyumbang kepada  sumber elektrik  dan sumber air bersih untuk rakyat,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan negeri di Wisma Darul Iman pada hari ini, Rabu 15 Ogos.Katanya, kawasan taman itu bertujuan untuk pemeliharaan pelbagai flora dan fauna termasuk spesies haiwan yang terancam.Antaranya kata beliau, seperti gajah asia (elephas maximus), Tapir Malaysia (tapirus indicus) dan Harimau Malaya ( Panthera Tigris ) di Kenyir  serta tuntung laut (Callagur Borneoensis)dan penyu agar ( Che lonia mydas) di Setiu, sudah dikenal pasti.Tambah beliau, kawasan tersebut disasarkan menjadi kawasan burung penting dan 'bird life international' dengan 291 spesies burung dalam sempadannya serta terdapat sembilan spesies  burung enggang, boleh ditemui di kawasan Taman Negeri Lawit Cenana.“Majlis pengurusan Taman Negeri Terengganu telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan taman ini.“Ianya juga akan bertanggungjawab mengawal serta menguruskan taman negeri termasuk memastikan pihak bank berkepentingan dalam industri Eco pelancongan dijaga dengan baik dan teratur, terutama penduduk sekitar setempat,” jelasnya.Turut bersama Dr Ahmad Samsuri, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman.Menurutnya, majlis tersebut akan dianggotai oleh wakil daripada agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
15 Aug 18
36
Empty Image
Terengganu Jadi Tuan Rumah Boling Padang Asia
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berucap dalam sidang media tersebut. Foto - Solahuddin Al-IdrusKUALA TERENGGANU - Terengganu bakal mencatat sejarah apabila terpilih menjadi tuan rumah Asian Lawn Bowl Beatiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018  yang akan berlangsung di gelanggang boling padang, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.Kejohanan selama 4 hari dan berakhir 28 Ogos depan itu  menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM14,000.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata pemilihan Terengganu sebagai tuan rumah bagi kejohanan itu merupakan satu pengiktirafan besar dan perlu dibanggakan.Katanya,  pemilihan itu bermungkinan disebabkan  Terengganu memiliki kemudahan gelanggang boling padang antara yang terbesar di Asia.''Gelanggang  yang dinaiktaraf membabitkan peruntukan RM6 juta  itu pernah dijadikan gelanggang temasya Sukan Malaysia (Sukma) dan pelbagai kejohanan sama ada peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Sidang Media kejohanan sukan itu di Hotel Permai, petang ini.Wan Sukairi berkata, seramai  118 atlet iaitu  88 atlet  tempatan dan 30 atlet luar negara membabitkan negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura menyatakan minat untuk beraksi dalam kejohanan tersebut.“Kerajaan negeri percaya dengan penganjuran program seumpama itu berupaya menghimpunkan pemain-pemain boling padang professional dan amatur, selain menaikkan imej Terengganu di mata dunia,” katanya
15 Aug 18
89
Empty Image
Operasi Bersepadu TBAR Catat Rekod Tertinggi
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mencatatkan rekod  tertinggi dalam satu Operasi khas di kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR) di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu  dengan 172 notis kesalahan dikeluarkan dalam tempoh dua hari.Operasi yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Unit Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Mohamad Jaafar,  disertai hampir 97 anggota penguatkuasa kesihatan daripada lapan daerah termasuk bantuan sembilan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu.Taman Batu BurukMenurut Mohamad Jaafar, operasi  selama dua hari bermula kelmarin atas kesalahan merokok yang dijalankan dalam satu Operasi khas TBAR di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu menempatkan lapan pasukan daripada setiap daerah di empat lokasi panas bermula pada 10.00 pagi hingga 9:00 malam."Antara kawasan panas terlibat adalah di kawasan Medan Selera Pusat Kolam Renang, Medan Selera Batu Burok, Medan Selera Laluan Pantai Batu Buruk dan kawasan pentas utama Batu Buruk."Hasil operasi kali ini merupakan notis tertinggi yang berjaya kami keluarkan dengan nilai perolehan  hasil operasi berjumlah RM43,000."Kami juga mendapati masih ramai yang tidak mematuhi peraturan yang dikuatkuasa walaupun banyak notis telah dipasang dan puntung-puntung dan kotak rokok bersepah di depan papan tanda yang terpampang besar di hadapan tempat larangan merokok ini," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita.Dr. Mohammad OmarSementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar, ketika dihubungi berkata, TBAR di kawasan Pantai Buruk adalah yang pertama di negeri ini dan  telah dilancarkan pada 13 Julai 2017 atas inisiatif pewartaan di bawah Kerajaan Negeri Terengganu.Ianya merupakan kawasan yang diwartakan di bawah Seksyen 22 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 sebagai salah satu kawasan larangan merokok.Beliau menasihatkan orang awam yang mengunjungi kawasan ini agar dapat mematuhi peraturan larangan merokok di kawasan ini."Mana-mana orang yang merokok di kawasan TBAR boleh diberi notis kesalahan serta-merta dan boleh dikenakan kompaun RM250 yang mana tawaran pengurangan kompaun ini boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah terdekat di seluruh Malaysia dalam tempoh dua bulan selepas penerimaan notis ini."Sabit kesalahan jika gagal menjelaskan bayaran kompaun boleh didakwa ke mahkamah dengan denda sehingga RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," ujar Dr Mohammad.Katanya lagi, operasi sebegini akan diteruskan sehinggalah tahap kesedaran masyarakat tercapai dalam memastikan kawasan tumpuan awam dan perlancongan ini benar-benar bebas dari asap rokok.Tambahnya, sebanyak tujuh projek TBAR akan dirancang dan diperluaskan lagi ke daerah-daerah lain."Antara perluasan projek TBAR  yang dirancang 2018 ialah Taman Padang Astaka (Kemaman), Tasek Kenyir (Hulu Terengganu), Dewan Arena Square (Dungun), Taman Awam Pulau Kekabu (Marang), Taman Awam Gong Badak (Kuala Nerus), Broad Walk (Setiu) dan Kota Putera Square (Besut)."Pihak kami telah memberi tempoh selama enam bulan bagi menjalankan kempen promosi dan penerangan kepada orang awam di kawasan ini  termasuk kempen-kempen di media massa dan penguatkuasaan sepenuhnya telah bermula sejak bulan Julai tahun ini," ujarnya.Namun begitu tabiat buruk perokok masih meningkat sehingga terdapat banyak aduan yang pihak mereka terima daripada orang awam tentang aktiviti merokok di kawasan ini.Menurutnya, sepanjang tempoh hampir satu bulan penguatkuasaan dijalankan secara berjadual bagi setiap daerah bermula Julai lepas, sebanyak 154  notis kesalahan telah dikeluarkan di kawasan ini.Justeru, bagi memastikan kawasan ini bebas merokok, sebanyak tiga 'billboard' besar dipasang di pintu masuk dan  kawasan tumpuan awam. Selain itu lapan papan tanda kawasan larangan merokok, 10 kain rentang dan 40 bunting turut dipasang di kawasan ini.
14 Aug 18
757
Empty Image
30 Atlet SUKMA Dirai
Kuala Nerus - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Ariffin Deraman meraikan kira-kira 30 orang  atlet sukan bowling dan bola jaring di satu majlis hi-tea di Restoran Warisan Sari,  Tok Jembal di sini pada 14 Ogos.Arrifin (berkod) dan Haji Tun Ahmad Faisal (tiga,kanan) bertanyakan sesuatu kepada atlet SUKMA XIX. Turut hadir di majlis itu ialah Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Haji Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Ratu Bowling Negara, Shalin Zukafli bersama rakan-rakan beliau  yang akan ke Palembang tidak lama lagi.Dalam status facebooknya Ariffin berharap para atlet berusaha bersungguh-sungguh agar dapat membawa pulang pingat emas, seterusnya dapat mengharumkan nama Negeri Terengganu."Saya selaku bapa angkat sukan bowling SUKMA tahun ini, berharap para atlet berusaha bersungguh-sungguh agar dapat membawa pulang pingat emas, seterusnya dapat mengharumkan nama Negeri Terengganu, " katanya.Sebelum itu Kerajaan Terengganu berhasrat untuk merampas kembali kejuaraan dengan misi ‘Win Back Mission 2018’ dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke 19 di Perak bermula 12 hingga 22 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan meletakkan  69 pingat emas sebagai sasaran pencapaian untuk merampas kembali kejuaraan sukan berkenaan tahun ini.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini.
14 Aug 18
35
Empty Image
MB Harap DUN Terengganu Terbaik Seluruh Malaysia
Kuala Terengganu - Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu diharapkan menjadi contoh DUN terbaik seluruh Malaysia dengan menonjolkan kualiti perbahasan dan idea ahlinya dalam menyelesaikan masalah rakyat.Haji Yahaya (Duduk: Tiga dari kiri) bersama ADUN dan pegawai kerajaan selepas kursus khas selesai. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata dengan kursus khas untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pegawai Khas mereka akan menonjolkan keliber sebagai Ahli Yang Berhormat.   Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Kursus Khas kepada ADUN dan Pegawai Khas mereka di Dewan Gamelan 2 Aras 3 Primula Beach Hotel di sini pada 14 Ogos.Teks Ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Haji A Rahman Yahya. Turut hadir di majlis berkenaan, Yang Dipertua DUN, Haji Yahaya Ali, Penasihat Undang-undang Negeri Negeri Dato' Haji Azhar Abdul Hamid dan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Tuan Ahmad Azmi Salleh.Kursus itu menyentuh soal bagaimana menjadi seorang ADUN yang baik dalam konteks Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap DUN serta Pentadbiran Kerajaan Negeri yang disampaikan oleh Setiausaha DUN, Encik Zulkifly Isa.Encik Zukifly juga menyampaikan kursus berhubung dengan Hak dan Keistimewaan serta Peruntukan Seorang ADUN.Sementara Sedutan-sedutan Penting Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu Terengganu disampaikan oleh Dato' Haji Azhar.Seterusnya Menteri Besar mengharapkan DUN  Terengganu menjadi contoh terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia dengan menonjolkan kualiti perbahasan dan idea yang baik bagi menyelesaikan masalah rakyat.Beliau juga mengharapkan semua ADUN negeri ini menjalankan tanggungjawab dengan baik kerana ia akan ditanya oleh Allah pada hari akhirat kelak.Dr Ahmad Samsuri juga mengajak mereka bermuhasabah (membuat perhitungan) terhadap segala tugasan yang dibuat  supaya dinilai sewajarnya di sisi Allah.Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata dengan  bantuan pegawai khas masing-masing segala urusan mereka dengan rakyat dan kerajaan dapat dipermudahkan sebaik mungkin. "Saya mengajak Yang Berhormat semua untuk sama-sama kita bermuhasabah akan tanggungjawab yang telah ditaklifkan kepada kita. "In Sya Allah dengan bantuan pegawai-pegawai khas yang hadir pada hari ini juga akan memudahkan lagi urusan kita melaksanakan tugas kepada rakyat," jelasnya.
14 Aug 18
58
Empty Image
Festival Kenyir 2018 Jangka Tarik 70,000 Pengunjung
Lebih  70,000 penduduk dijangka  mengunjungi  Festival Kenyir 2018 di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu yang akan berlangsung selama empat hari bermula  30 Ogos hingga 2 September depan.Pengurus Kanan Korporat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Zainuddin Md Zaki berkata penganjuran kali ke lapan itu lebih meriah dengan pelbagai aktiviti  menarik termasuk sukan air dan darat selain pameran oleh  usahawan serta persembahan pentas yang mempamerkan  kebudayaan setempat.Katanya, selain mengetengah pelbagai aktiviti, festival berkenaan juga bertujuan untuk mempromosi tempat-tempat yang menarik di Tasik Kenyir terutamanya Taman-taman Kenyir Island Hopping dan Santuari Kelah.``Festival Kenyir 2018 itu juga merupakan usaha terancang Ketengah dan kerajaan negeri dalam usaha mempopularkan lagi Tasik Kenyir yang merupakan tasik terbesar buat manusia dengan keindahan semulajadinya.``Malah festival sama  mennawarkan jualan bebas cukai pada Ogos 2017 yang telah menjadi kuasa penarik orang ramai berkunjung ke Tasik Kenyir,,’’ katanya dalam sidang media di sebuah hotel, di Kuala Terengganu petang semalam.Beliau berkata, pada tahun lalu Festival Kenyir berjaya menarik kira-kira 60,000 pengunjung sepanjang festival itu berlangsung dan jumlah lebih 70,000 orang pada tahun ini akan dapat dicapai.Zainuddin berkata, pihak Ketengah juga menyediakan  kemudahan pengangkutan tram kepada penunjung daripada kawasan letak kereta ke tapak acaraMajlis perasmian festival dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd Harun pada 30 Ogos ini manakala majlis penutup oleh Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 2 September nanti.
13 Aug 18
117
Empty Image
Nilai Sentimental Pulau Bidong Jadi Tarikan Pelancong
Dr Samsuri Mokhtar menandatangani simbolik Nostalgia Pulau Bidong. Foto - Solahuddin Al-IdrusOleh: Rohayati RipinSETIU - Manusia akan berbuat apa sahaja untuk mendapatkan kebebasan sehingga sanggup menggadaikan nyawa mereka, kata Menteri, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Menurut beliau, Pulau Bidong adalah contoh sejarah manusia yang dikenang kerana mempunyai nilai sentimental tersendiri serta menjadi antara produk yang menarik pelancong ke negeri ini.“Ianya merupakan suatu tempat yang menjadi sasaran pelancongan. Ianya bukan bermakna ‘full skill’ pelancongan di mana ramai pelancong berduyun-duyun datang serta didirikan binaan dan chalet atau hotel tanpa kawalan.“Pada hari ini sudah ada komuniti yang besar sebenarnya di kalangan saudara mara yang dikategorikan orang hanyut termasuk yang dilahirkan di sini dan berada di Amerika, Australia dan Eropah.Mereka mempunyai ‘sentimental value’ pada tempat ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media di Pulau Bidong, di sini, semalam (13 Ogos).Katanya, sebelum kerajaan negeri mengambil alih tempat berkenaan, Kerajaan Pusat tidak banyak melaksanakan pembaharuan bagi memajukan tempat yang memiliki sentimental dan sejarah itu.“Kita mahu jadikan Pulau Bidong sebagai tempat tumpuan pelancongan yang mana pengunjung akan datang menikmati ‘day trip’ untuk meneroka tempat ini.“Saya lihat banyak potensi yang boleh kita bangunkan walaupun sebelum ini mungkin kerajaan di bawah pentadbiran yang lama tidak begitu memfokuskan pulau ini.“Kita akan membangunkan pulau ini sesuai dengan  sasaran pelancongan daripada luar dan daripada dalam Malaysia sendiri,” jelasnya.Justeru, beliau akan memberi komitmen dalam bajet yang akan datang dengan menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk membangunkan destinasi pelancongan itu.Peristiwa Pulau Bidong menyaksikan Kerajaan Terengganu terpaksa mengisytiharkan Pulau Bidong sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam antara tahun 1978 hingga 1990.Ketika itu, ramai pelarian Vietnam mendarat di pantai dan pulau di perairan Pantai Timur.Dianggarkan seramai 252,390 pelarian Vietnam mendarat di Malaysia dan seramai 4,535 bayi mereka dilahirkan. Jumlah pendaratan paling tinggi ialah dengan kapal Hai Hong di Pelabuhan Klang, yang membawa 2,400 orang pada 1978.
13 Aug 18
213
Empty Image
Batu Karang Patah Tidak Mati
Encik Fadli Yusof Zakaria. Foto - Syaiful MustafaDUNGUN -  Majlis Perbandaran Dungun (MPD) melancarkan program pemulihan (restoration) batu karang bertujuan untuk pembiakan dan penjagaan hidupan marin di Pulau Tenggol di sini.Setiausaha MPD, Encik Fadli Yusof Zakaria berkata, aktiviti tersebut adalah yang julung-julung kali diadakan di pulau berkenaan dan ianya mendapat sambutan daripada pencinta hidupan laut dalam dan luar negara."Aktiviti ini yang pertama kali diadakan adalah sempena Sambutan Satu Dekad MPD yang bertujuan untuk menjaga kawasan taman laut dengan baik," jelasnya.Menurut beliau, taman laut setiap pulau di Terengganu berada di sekitar tiga batu nautika sekeliling pulau kecuali Pulau Kapas yang hanya dikira satu batu nautika dari pulau berkenaan.Tukun paip PVC digunakan untuk pemulihan batu karang di Pulau Tenggol, Dungun."Ini kerana Pulau Kapas terlalu hampir dengan daratan maka jaraknya pun sedikit berbanding dengan pulau-pulau lain, " jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pemberita sewaktu Majlis Perasmian Pemulihan Batu Karang di Pulau Tenggol di sini, pada 13 Ogos.Turut hadir,  Ahli MPD,  Haji Abdul Hamid Ismail, Pegawai dan Kakitangan dari Jabatan Perikanan Malaysia Cawangan Terengganu, Encik Wan Mohamad Wan Ngah, wakil Jabatan Taman laut Malaysia Cawangan Terengganu dan Jabatan Bomba dan wakil Penyelamat Daerah Dungun.Sementara itu,  Aktivis Konsurvasi Marin, Jabatan Taman Laut Malaysia Cawangan Terengganu Encik Aznan Abas berkata, Pulau Tenggol kini dikenali sebagai 'Pulau Sipadan Malaysia' dalam kalangan penyelam skuba kerana terumbu karangnya antara yang tercantik di dunia.Katanya,  pulau tersebut menjadi destinasi utama penyelam skuba dari luar dan dalam negeri."Batu karang ialah sejenis haiwan, bukan tumbuh-tumbuhan."Kalau manusia,  rangka tulang ada di dalam tubuhnya tetapi sebaliknya rangka tulang batu karang berada di luar," jelasnya.Menurut beliau, batu karang yang patah tidak mati dan ia boleh dipelihara dengan diikat di tukun diperbuat dari paip jenis PVC sebagaimana dikelolakan oleh MPD."Dalam tempoh lima tahun,  ia akan membesar dan keindahannya akan jelas kelihatan," katanya.Pulau Tenggol terletak sejauh 45 kilometer dari Jeti Dungun di sini.Dengan jarak perjalanan sejauh itu, pulau tersebut  belum diganggu dengan pembangunan moden.Ianya sesuai dengan kehendak pelancong yang suka melihat alam semulajadi (nature) terutamanya pelancong dari luar negara.Dengan ukuran sepannjang tiga kilometer dan selebar dua kilometer sudah cukup untuk para pelancong menikmati keindahannya.Antara hidupan laut yang boleh dilihat di sini ialah karang lembut (soft corall), nudibranch, seaweed, 'batfish', penyu laut, 'napoleon wrash', 'clownfish (nemo fish)' dan yu paus.
13 Aug 18
328
Empty Image
Kerajaan Jangka Lantik Wanita Jadi ADUN
Haji Yahaya AliKUALA TERENGGANU - Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita  bertaraf senator di Persidangan DUN November ini  selepas perbincangan dan mengambil kira aspek perundangan dan perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.Yang Dipertua DUN, Haji Yahaya Ali berkata, bagaimanapun perkara tersebut masih dalam perbincangan dan beliau mengharapkan pelantikan itu boleh dibuat dalam Persidangan Bajet DUN November ini."Saya mengharapkan dalam  sidang DUN yang akan datang  boleh diselesaikan perkara ini."Namun ia bergantung kepada perbincangan demi perbincangan yang sedang dibuat."Kita belum tetapkan lagi persidangan akan datang, jika boleh perkara ini akan disekalikan dengan sidang bajet sekitar bulan November ini," kata beliau.Haji Yahaya (kiri) merasmikan Kursus Khas Kepada ADUN Terengganu di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu.Haji Yahaya berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Kursus Khas kepada ADUN Terengganu di Dewan Gemilang Primula Beach Hotel di sini, hari ini (14 Ogos).Turut hadir di majlis tersebut ialah ADUN-ADUN, Pegawai-pegawai Khas ADUN, pegawai serta kakitangan kerajaan yang lain.Menurut Haji Yahaya, peruntukan dalam Undang-undang Tubuh bagi Negeri Terengganu berhubung dengan perkara ini telah diluluskan sewaktu Kerajaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tahun 1999 hingga 2004 tidak lama dahulu.Antara ADUN yang hadir dalam Kursus Khas Untuk ADUN Terengganu di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu.Ianya telah dimasukkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri sebagaimana Perkara 27 (2) yang menyatakan bahawa sekiranya tidak ada wakil dalam kalangan ahli-ahli dewan wanita, dewan boleh melantik wanita sebagai ahli dewan.Katanya, fokus kerajaan ialah mahu melihat wanita berperanan dalam DUN Terengganu."Walaupun mereka tidak menjadi calon dan tidak terpilih dalam pilihan raya tetapi mereka mempunyai peranan yang sama dengan ADUN yang lain termasuk boleh bercakap, berbahas dan mengemukakan soalan kepada DUN Terengganu."Cumanya sedikit perbezaan dengan ADUN yang dipilih dalam pilihanraya ialah mereka (ADUN Wanita)  tidak boleh mengundi, selainnya mereka mendapat hak yang sama seperti ADUN lain," jelasnya lagi.Haji Yahaya yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu berkata, mereka hanya sebagai seorang ADUN yang berstatus senator, tidak bertanggungjawab kepada mana-mana kawasan pilihan raya.Katanya, perkara ini dalam proses perbincangan termasuk soal elaun dan keistimewaan sebagai ahli dewan kerana ia melibatkan undang-undang.Justeru perkara ini perlu dirujuk kepada pihak yang lebih tinggi termasuk Pegawai Undang-undang Negeri."Yang penting ialah kerajaan negeri mahu jadikan dewan kita ini berkesan."Sebab itu saya sebutkan tadi beberapa perkara yang menjadi amalan negeri lain berkait dengan soal 'select comitee', seperti Jawatankuasa Hisbah yang bertanggungjawab kepada semua termasuk badan eksekutif dan legislatif (DUN) perlu diwujudkan," ujarnya lagi.
13 Aug 18
155
Empty Image
Perlu Kerjasama Semua Pihak Tangani LGBT
Ahmad Samsuri ketika berucap di Majlis Perjumpaan Menteri Besar Bersama Penghulu-Penghulu Terengganu di Wisma Darul Iman. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailUsaha membanteras gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi perlukan kerjasama semua pihak.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antara pendekatan untuk menangani masalah golongan ini termasuk melalui tindakan undang-undang, pendidikan, agama dan sebagainya. “Selain tindakan undang-undang yang dikenakan oleh pihak penguatkuasaan, aspek pendidikan juga penting dalam membanteras gejala tidak bermoral ini.“Sebagai contoh, nasihat boleh dilakukan secara berterusan oleh guru-guru di peringkat sekolah untuk mendidik dan memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar tentang perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam ini terutamanya di peringkat sekolah menengah,” ujarnya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perjumpaan Menteri Besar Bersama Penghulu-Penghulu Terengganu di Wisma Darul Iman, semalam.Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berita mengenai dua wanita didenda RM3,300 dan enam sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Ahad lalu atas tuduhan cuba melakukan hubungan sejenis (lesbian) pada April lepas.Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri memandang serius perkara ini dan akan meneruskan usaha untuk mendidik dan memberi penerangan kepada masyarakat dari semasa ke semasa.“Bagi pihak kerajaan pula, melalui kuliah-kuliah, khutbah Jumaat boleh disebut perkara ini bahawa ianya suatu perkara yang sangat menyongsang dari segi agama dan norma kehidupan manusia.“Perkara ini bukan berlaku sehari dua tetapi sudah lama dan  memerlukan tindakan  yang lebih serius diambil oleh semua pihak,” ujarnya.Katanya, ibu bapa dan masyarakat juga perlu memainkan peranan untuk memberi kefahaman kepada anak-anak bermula dari awal usia termasuk menekankan aspek agama, kaunseling dan sebagainya bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala LGBT.
13 Aug 18
92