Artikel "Utama" Terkini
Kebersamaan Masyarakat Pelbagai Budaya
Ustaz Wan Sukairi (tiga dari kiri) beramah mesra dengan pengunjung yang hadir. Foto - M. ShukriKUALA TERENGGANU - Festival Peranakan Terengganu 2018 menambahkan lagi kemesraan dan kebersamaan masyarakat pebagai budaya di antara Melayu, Cina dan India.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, terdapat pelbagai bangsa yang ada di Negeri Terengganu.“Ini menunjukkan betapa rapat dan mesranya rakyat di sini walaupun mereka berlainan bangsa.“Apa yang telah menjadi kebiasaan pada orang-orang Melayu di telah menjadi kebiasaan masyarakat Cina,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sidang media Majlis Peranakan Terengganu 2018 di Kampung Cina, Jumaat,17 Ogos.Menurut beliau, golongan Cina bukan sahaja mengikuti dari sudut panggilan tetapi juga dari sudut pemakaian dan pemakanan.Ianya dapat dilihat apabila ramai wanita Tiong Hua yang berpakaian batik kebaya dan mereka pandai membuat kuih serta makan makanan orang Melayu.“Kita mengharapkan agar festival seperti ini akan menjadi suatu program yang akan menambahkan lagi kebersamaan.“Bahkan juga persaudaraan di antara masyarakat Cina dan juga Melayu yang ada di negeri Terengganu,” ujarnya.Justeru, menurutnya, pertukaran nama ‘Mek dan Awang’ adalah natijah daripada kejayaan Festival yang dianjurkan empat tahun sebelum daripada ini.Tambahnya, target pengunjung yang hadir ialah 120 ribu. Antara pengunjung yang hadir bukan sahaja orang Melayu tetapi orang Iraq dan Jepun yang turun bersama memeriahkan festival tersebut.
18 Aug 18
63
Festival Mek Dan Awang
Wan Sukairi meninjau pameran. Foto Tg Syamim Tg IsmailKUALA TERENGGANU - Nama 'Mek dan Awang' sememangnya cukup sinonim di kalangan masyarakat Terengganu dan kini diketengahkan melalui Festival Peranakan Terengganu selama enam hari bermula 17 sehingga 22 Ogos ini.Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata panggilan "Mek dan Awang" di kalangan masyarakat Melayu menggambarkan tahap kemesraan di dalam keluarga dan antara sahabat handai."Bagi kominiti Cina pula, signifikan nama "Mek dan Awang" turut menggambarkan hubungan erat bukan sahaja sesama komuniti malah dengan masyarakat majoriti Melayu di sekeliling, " katanya.Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah pada Majlis Perasmian Festival Peranakan 2018, di Kampung Tiong, di sini, malam tadi.Ahmad Samsuri berkata, memandangkan keunikan nama "Mek dan Awang" itu sendiri yang memberi pengertian identiti Negeri Terengganu, pihaknya mencadangkan nama Festival Peranakan Terengganu dijenamakan semula sebagai "Festival Mek Awang Terengganu" bermula tahun hadapan."Menerusi festival ini juga ia dapat dijadikan platform untuk terus memastikan kelestarian seni, budaya dan warisan masyarakat Cina terus terpelihara yang mampu menghidupkan kembali nostalgia lama dan sekali gus mampu membantu menjadikan Kampung Cina sebagai 'A Unique Heritage Brand In A Tourism Hub' dalam memprkenalkan Terengganu kepada pelancong luar," katanyaKatanya, justeru, Kerajaan negeri tidak bersendiriran dan mengharapkan kerjasama daripada semua rakyat untuk menjadi 'duta' dalam turut sama membantu mempromosikan kempen "Beautiful Terengganu, Malaysia" ini."Kebudayaan peranakan Terengganu mempunyai warisan tradisonal yang amat unik dari segi adat resam, pemakaian, makanan dan loghat perbualan melalui proses asimilasi budaya dengan masyarakat Melayu."Festival itu akan dijadikan acara tahunan dan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri sekali gus membantu mengembalikan nostagia,' katanya.
17 Aug 18
309
Seks Bebas Antara Penyumbang Peningkatan HIV,AIDS
Dr Mohammad Omar memasang bendera sebagai gimik pelepasan Kembara Sihat Tanpa Aids 2018 di Dataran Waterfront Kuala BerangHULU TERENGGANU - Peningkatan kes HIV yang berpunca daripada amalan seks bebas berbanding kes jangkitan HIV di kalangan pengguna dadah suntikan semakin membimbangkan di Terengganu. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohammad Omar berkata, jabatannya memandang serius peningkatan kes akibat amalan seks bebas ini terutama daripada risiko homoseksual dan biseksual.Katanya, sebanyak 9,816 kes HIV didaftarkan di negeri ini daripada 1988 sehingga Jun 2018.Manakala sebanyak 8,338 kes (84.9 peratus) berpunca daripada risiko perkongsian jarum suntikan di kalangan pengguna dadah suntikan termasuk 1,083 kes (11 peratus) daripada risiko seksual."Namun begitu kes jangkitan HIV di kalangan Pengguna Dadah Suntikan telah menunjukkan trend penurunan sebanyak 44 kes(36.4 peratus) berbanding 102 kes( 61.8 peratus) pada 2015."Walaubagaimana pun, jangkitan kes HIV akibat risiko seksual menunjukkan trend peningkatan, sebanyak 27.1 peratus kes HIV dilaporkan pada 2017 berbanding 20.1 peratus pada 2010 dan 0.62 peratus pada 2005...ini cukup membimbangkan pihak kami,"kata Mohammad.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Kembara Sihat Tanpa Aids 2018 ' Eksplorasi Menuju Sifar' di Dataran Waterfront Kuala Berang, di sini, hari ini.Mohamad berkata, melalui Majlis Aids Malaysia (MAC), mereka juga bergerak lebih agresif untuk memberi lebih kesedaran kepada orang ramai terutama pengamal homoseksual mengenai bahaya jangkitan HIV/AIDS dalam usaha mengawal wabak berkenaan daripada terus meningkat."Antara inisiatif yang diambil, kami mendekati golongan 'mak nyah' atau pondan di negeri ini dengan menyuntik satu kesedaran kepada pihak lain untuk melakukan perkara sama, seterusnya mencegah aktiviti seks bebas yang boleh menyumbang kepada peningkatan pesakit HIV/AIDS,"katanya lagiTambahnya lagi, pihak jabatan cuba menangani masalah penularan kes ini melalui aktiviti kesedaran yang difokuskan kepada remaja dan golongan muda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat."Mereka ini perlu menjauhi semua aktiviti berisiko seperti seks luar nikah dan aktiviti seks luar tabii selain memperkasakan golongan ini untuk mengatakan tidak kepada seks luar nikah," kata Mohammad.Seramai 290 orang peserta terdiri dari anggota kesihatan bersama keluarga dengan 76 buah kenderaan menyertai kembara yang membabitkan aktiviti berbentuk pertandingan mencari harta karun dan kuiz pengetahuan asas HIV/AIDS. Program kembara yang sudah berusia 23 tahun ini bermula di Dataran Waterfront Kuala Berang, Hulu Terengganu dan akan tamat di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang selama dua hari satu malam.Program yang bertemakan Eksplorasi Menuju Sifar ini akan diisi dengan pengedaran risalah HIV/AIDS kepada masyarakat di tempat-tempat awam di sepanjang laluan eksplorasi serta ceramah dan pameran HIV/ AIDS kepada peserta dan keluarga di Bukit Tinggi.
17 Aug 18
74
Terengganu Ucap Terima Kasih Kepada TV3
Kuala Lumpur - Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) dalam slot beritanya baru-baru ini menyiarkan lima janji manifesto PAS yang dilaksanakan dalam masa 100 hari pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu. Serentak itu Kerajaan Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kepada stesyen televisyen berkenaan atas siaran tersebut. Dr Haji Alias RazakPengerusi Jawatankuasa Pelaksana Menifesto PAS Negeri Terengganu, Dr Haji Alias Razak ketika dihubungi berkata, janji tersebut ialah mengembalikan semula tanah yang dirampas selepas pemerintahan PAS tahun 2004 dan menerima permohonan tanah baharu berstatus geran kekal. Katanya, rakyat Terengganu berusia 21 tahun ke atas boleh memohon untuk mendapatkan satu lot tapak kediaman atau satu unit rumah mampu milik. Permohonan telah dibuka dan pembinaan rumah2 baharu sedang berjalan."Turut dilaksanakan karnivel kahwin kali pertama secara percuma dibuat di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). "Bekalan air percuma 20 meter padu kepada golongan miskin yang berdaftar dengan e-kasih dan berpendapatan rendah serta membuka Pusat Jagaan Kanak-kanak di setiap agensi kerajaan negeri, " ujarnya. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri berkata, sebanyak 20 janji manifesto pilihanraya PAS telah dikemukakan kepada rakyat Terengganu dalam Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14) yang lalu. Ini termasuk menambah Sekolah Menengah Agama di setiap Parlimen dan Sekolah Rendah Agama di setiap DUN serta memberi geran tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Pengajian Pondok.Mengecualikan cukai pintu rumah kediaman, mengurniakan pencen rakyat RM50 sebulan kepada warga emas yang layak, menambah keluasaan tanah rezab Melayu dari 118 hektar kepada 1000 hektar.Dan memperuntukan Tabung Biasiswa Pelajar Cemerlang sebanyak RM5 juta setahun untuk anak-anak Terengganu melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah pertama.Janji tersebut dijangkakan dapat dilaksanakan sebelum Pilihanraya Umum Ke 15 (PRU15) akan datang.
16 Aug 18
61
Kerajaan Selesai Masalah Kesesakan Hospital
Dr Alias Razak ditemui pemberita selepas lawatan ke booth. Foto - Harish FadzillahOleh: Atiyyah SakinahKUALA TERENGGANU - Kerajaan bertekad menyelesaikan masalah kesesakan yang dialami oleh pihak hospital di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan sedang membina tiga buah hospital untuk mengatasi masalah tersebut."Pertama Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), kedua Hospital Dungun dan ketiga Hospital Kemaman."Ini adalah antara rancangan kerajaan untuk mengurangkan kesesakan di Hospital Sultanah Nur Zahirah,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Terbuka Hospital Sultanah NurZahirah) HSNZ di Batu Buruk, pada Khamis 16 Ogos.Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak HSNZ yang berjaya menganjurkan program seumpama ini."Hari Terbuka HSNZ bertujuan untuk mendedahkan perkhidmatan-perkhidmatan terkini yang terdapat di hospital…… supaya tidak timbul salah faham di antara orang ramai dengan pihak hospital.“Kadang-kadang ada yang tidak faham akan keadaan dan tekanan kerja yang dihadapi oleh pihak hospital. Sedikit sebanyak terdapat komen-komen negatif yang dilemparkan oleh masyarakat."Justeru, perkara yang berlaku ini amat tidak sihat dalam aspek hubungan antara hospital dengan orang awam,” ujarnya.Sementara itu, Dr Alias Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kes ‘Hand Foot Mouth Disease’ (HFMD) menunjukkan sedikit peningkatan di Terengganu.“Walau bagaimanapun, Jabatan Kesihatan negeri cukup agresif membuat penerangan dan pemeriksaan,” katanya.Justeru katanya, akan diadakan pemeriksaan terutama pusat asuhan kanak-kanak (TASKA) di setiap daerah.Ia adalah kerana katanya, ramai di kalangan kanak-kanak yang dikesan dijangkiti ‘virus’ tersebut.
16 Aug 18
49
Pelbagai Solusi Tingkat Industri Perikanan
Dr Azman Ibrahim meninjau Jeti LKIM Marang.Oleh: Aziz HambaliMARANG - Kerajaan negeri tampil dengan pelbagai solusi bagi membantu mereka yang terlibat dengan industri perikanan agar lebih berdaya saing.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri mengutamakan pembangunan dalam sektor tersebut.Katanya, antara pemasalahan yang bakal dibantu adalah berkaitan bilik sejuk beku untuk simpanan ikan, tempat untuk membaiki bot, muara di sekitar Marang yang cetek dan isu keselamatan enjin bot ‘fiber’.Beliau berkata, tindakan segera akan diambil bagi meningkatkan isu-su berkait dengan keselamatan di jeti Marang.“Ianya ekoran berlaku beberapa kecurian enjin bot sebelum ini….kita merancang untuk memasang rakaman litar tertutup (CCTV)."Berkenaan dengan tempat simpanan enjin bot, stor perlu dibuat supaya nelayan yang balik dari laut dapat menyimpan enjin bot mereka di tempat yang selamat", ujarnya.Beliau berkata demikian selepas membuat Lawatan Kerja di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang, di sini, semalam Khamis, 16 Ogos.Turut hadir, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu, Tengku Mohd Anuar Tengku Mahmud.Beliau memaklumkan, nelayan di daerah itu juga, bakal menikmati bengkel membaiki bot yang bakal dibina memandangkan premis tersebut yang terhad buat masa ini."Kita kira merugikan dan menyusahkan lantaran nelayan di sini terpaksa pergi jauh ke Pulau Duyong untuk membaiki kerosakan bot."Sekadar satu bengkel yang ringkas dengan kos hanya sekitar RM20,000, dijangka dapat memenuhi keperluan nelayan di Jeti Marang yang hanya menguruskan bot-bot bersaiz besar."Isu berkaitan bilik sejuk pula, saya difahamkan Persatuan Nelayan telah mengemukakan cadangan berkaitan pembinaan bilik sejuk ini kepada LKIM."Kita akan masukkan perkara tersebut dalam cadangan bajet tahun 2019," tambahnya.Menurutnya, kerajaan mengambil serius segala permasalahan yang timbul dan berjanji akan menyusun setiap cadangan dan penyelesaian, supaya dapat dilaksanakan secara berperingkat.
16 Aug 18
87
ADT Untuk Melebarkan Dakwah
Foto : Solahuddin Al IdrusKUALA TERENGGANU - Kerajaan PAS Terengganu berhasrat untuk membangunkan sebuah akademi dakwah bagi melebarkan dakwah di kalangan penduduk negeri ini dengan lebih berkesan.Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz kamaruzzaman Abdullah berkata, bagi tujuan itu, 10 kakitangan lelaki dan wanita akan dipilih dari setiap Dewan Undangan Negeri untuk menggalas amanah tersebut.“Ada satu agensi atau akademik yang diberi nama ADT maksudnya Akademi Duat Terengganu, petugas ini tidak perlu bekerja mengikut masa 8 pagi hingga 5 petang.“Untuk memperkasakan dakwah sampai ke akar umbi dan ia perlu diambil perhatian,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Para Pegawai Baru i-MiTS di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Menurutnya, seramai 375 kakitangan baru i-MiTS dari setiap parlimen turut membaca ikrar aku janji sebagai penjawat awam.Sehubungan dengan itu, beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu berharap mereka yang dilantik supaya bekerja bersungguh-sungguh. “Tuhan telah beri kita peluang untuk memerintah dan mentadbir negeri ini jadi kita kena kerja bersungguh- sungguh bagi mengisi kemenangan,” tambah beliau.Sebelum ini i-MiTS mengambil kakitangan seramai 22 orang yang memulakan perkhidmatan pada 1 Ogos yang lalu.Menurut Kamaruzaman, mereka akan membantu menjana kekuatan kerajaan supaya menepati moto Terengganu Maju Berkat Sejahtera.
16 Aug 18
54
Dua Lesbian Didenda RM3,300 Dan Enam Sebatan
Mahkamah Syariah Terengganu - Gambar Hiasan. KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Syariah 12 Ogos lalu memutuskan dua wanita lesbian dihukum denda RM3,300 dan enam sebatan kerana cuba melakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah kereta, di Dungun, pada April lalu.Berita dalam talian Akhbar Sinar Harian melaporkan bahawa kedua-dua wanita berusia 32 dan 22 tahun itu turut berdepan hukuman empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.Keputusan dibuat Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail selepas pasangan itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.Terdahulu, dalam penghakimannya, Kamalruazmi berkata, kesalahan yang dilakukan adalah sangat serius dan bertentangan dengan fitrah yang ditentukan Allah."Hukuman setimpal perlu dikenakan bagi memberi peringatan dan pengajaran kepada kamu berdua serta masyarakat umum hari ini," katanya.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa cuba melakukan perhubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun, jam 1.50 tengah hari, pada 8 April lalu.Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Mohd Khasmizan Abdullah.Bagaimanapun, Kamalruazmi menetapkan 28 Ogos depan sebagai tarikh pelaksanaan hukuman sebat dan kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM1,500 dengan dua penjamin setiap seorang sementara menunggu pelaksanaan hukuman sebat.Sinar Harian sebelum ini ada melaporkan dua wanita disyaki pasangan lesbian dicekup ketika sedang asyik berasmara di dalam sebuah kereta di Arena Merdeka, Dungun.Pasangan berusia 32 dan 22 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1.50 petang oleh sepasukan Penguatkuasa Syariah Daerah Dungun.Pasangan itu mengaku memilih melakukan hubungan kelamin sejenis kerana merasa lebih selamat berbanding melakukan hubungan dengan lelaki, malah mereka turut mengaku sudah kerap 'terlanjur'.Dalam serbuan itu juga, penguat kuasa turut menemui satu alat kelamin lelaki tiruan yang disorokkan di bawah kerusi pemandu dipercayai untuk memuaskan nafsu.
16 Aug 18
323
RM500 Untuk Pemenang Pingat Emas Acara Memanah SUKMA
Ustaz Mohd Nor Hamzah memberikan motivasi kepada para atlet acara memanah SUKMA. Foto - Syaiful Mustafa Oleh: Syaharulhafizi ShamsudinSagu hati RM500 akan diberikan kepada atlet Terengganu yang berjaya membawa pulang pingat emas dalam dalam acara memanah Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 yang akan berlangsung di Perak tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, RM500 akan diberikan sebagai hadiah kepada pemenang pingat emas dalam acara tersebut.Beliau yang merupakan bapa angkat kepada Pasukan Memanah Terengganu bersedia memberikan sumbangan peribadi itu untuk menghargai dan menaikkan motivasi pemain-pemain pasukan negeri.“Semoga mendapat pertolongan daripada Allah untuk memberikan kemenangan kepada anda semua yang telah berusaha dengan gigih."Kita perlu mengharumkan Negeri Terengganu bahkan mengangkat sukan memanah ini sebagai sukan yang hebat.."Saya yakin dan positif terhadap pasukan ini, mudah-mudahan mereka mampu mencapai keputusan yang baik dan membawa pulang sekurang-kurangnya 5 emas, 2 perak dan 2 gangsa," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas Lawatan Bertemu Pasukan Memanah Negeri Terengganu di Padang Sasar Scout Inn, Seberang Takir, semalam (15 Ogos).Kejohanan tersebut akan berlangsung di Padang Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, Perak, pada 15 hingga 21 September 2018.Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut memberikan motivasi dengan menyatakan bahawa mereka yang bersungguh-sungguh dalam sukan memanah ini akan mendapat pahala.Ianya kerana memanah ialah antara perkara yang menjadi sunnah dalam ajaran Islam.Beliau juga berpesan supaya para pemain dapat menjaga dan meningkatkan kesihatan mental dan jasmani dalam persediaan menghadapi pertandingan yang akan menjelang tidak lama lagi.Lawatan Ustaz Mohd Nor Hamzah bertemu pasukan memanah Negeri Terengganu bertujuan untuk melihat tahap prestasi dan juga menyuntik semangat kepada para atlet.Pasukan ini terdiri daripada 14 orang atlet. Mereka berlatih setiap hari kecuali hari Selasa dan dibantu oleh beberapa jurulatih yang profesional.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Haji Ibni Amin Busu bersama Pengurus Pasukan Memanah, Jailani Halus.
15 Aug 18
517
Bayar Cukai Tanah Tanpa Denda Sehingga 31 Oktober Ini
Bayaran cukai tanah termasuk tunggakan dan denda bolehlah dibuat secara tunai atau kad debit atau kad kredit di semua kaunter bayaran di PTG Terengganu, Pejabat-Pejabat Tanah Daerah seluruh Negeri Terengganu dan di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Paya Bunga Square (PBS), Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU - Orang ramai diminta menjelaskan bayaran cukai tanah tanpa denda di seluruh Terengganu untuk tahun ini sebelum berakhir tarikh yang dilanjutkan sehingga 31 Oktober ini.Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Terengganu (PTG), Zainal Abidin Husin berkata, pembayaran awal itu bagi mengelak denda lewat bayar yang akan bermula pada 1 November ini.“Bayaran cukai tanah termasuk tunggakan dan denda bolehlah dibuat secara tunai atau kad debit atau kad kredit di semua kaunter bayaran di PTG Terengganu, Pejabat-Pejabat Tanah Daerah seluruh Negeri Terengganu dan di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Paya Bunga Square (PBS), Kuala Terengganu.“Waktu urusan bagi kaunter PTG dan Pejabat-Pejabat Tanah Daerah adalah pada waktu dan hari bekerja, Ahad hingga Rabu bermula 8 pagi hingga 4.30 petang, manakala Khamis 8 pagi dan berakhir jam 3 petang,” katanya dalam satu kenyataan kepada Urusetia Penerangan Darul Iman, di sini, semalam. Menurut Zainal lagi, waktu urusan bagi kaunter PTG di UTC, PBS pula setiap hari termasuk Jumaat dan Sabtu.Katanya, Sabtu hingga Khamis bermula 8.30 pagi hingga 10 malam (rehat sejam bermula 7 petang), sementara Jumaat pula bemula 8.30 pagi hingga 10 malam (rehat jam 12.45 tengahari sehingga 2.45 petang dan 7 petang hingga 8 malam).Dalam pada itu, cukai tanah juga boleh dibayar melalui perbankan online bagi pengguna perkhdmatan Maybank2U di htttp://wwww.maybank2u.com.my/ "Kerjasama semua pihak dan orang ramai bagi meningkatkan jumlah kutipan hasil cukai tanah bagi negeri ini amatlah dihargai,"katanya lagi.Sebelum ini, kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah tanpa denda di seluruh Terengganu sehingga 31 Oktober 2018.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah ketika mengumumkannya pada 6 Jun lalu selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri berkata, lanjutan tempoh bayaran yang sebelum ini tamat pada 31 Mei lalu dibuat bagi memudahkan rakyat dan mengurangkan rasa tertekan serta terbeban ketika musim membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
15 Aug 18
222