lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Jangan Masuk Campur Hal Ehwal Agama Orang Islam
Wan Hassan Wan Ramli.Kerajaan Negeri mengecam tindakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang mempertikai damempersoalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri yang menjatuhkan hukuman denda dan sebatan syariah terhadap pasangan lesbian yang ditahan baru - baru ini.Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Wan Ramli dalam satu kenyataan rasminya berkata, tindakan yang dilakukan oleh badan bukan kerajaan (NGO) itu dilihat sebagai salah satu tindakan yang tidak menghormati keputusan mahkamah.Menurut Wan Hassan, tindakan sedemikian adalah satu cubaan untuk memburukkan  undang - undang syariah di negara ini dan tidak menghormati agama islam keseluruhannya."Mereka mempersoalkan hukuman yang dibuat itu telah melanggar hak asasi manusia dan saya lihat perkara tersebut tidak pun melanggar hak asasi manusia kerana hukuman yang dikenakan sikit pun tidak mencederakan dan memudaratkan."Jadi saya lihat tindakan yang dibuat seolah-olah merestui perbuatan yang dilaknat oleh Allah dan ini yang kita risaukan. Seperti ada pihak yang membela dan merestui perbuatan golongan ini," katanya.Menurut Wan Hassan, Negeri Terengganu mempunyai undang -undang yang sudah termaktub di dalam perlembagaan negeri dan semua pihak harus menghormatinya."Pasangan tersebut sudah mengaku salah dan apabila pengakuan bersalah itu diperolehi, hukuman mesti dilakukan sebagai peringatan kepada mereka yang lain supaya tidak melakukan perkara yang sama," katanya. Justeru itu, Wan Hassan menggesa pengerusi Suhakam mengeluarkan satu permohonan maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak menghormati hak asasi orang Islam di negara ini."Islam adalah agama rasmi di negara ini dan itu kenyataannya dan harus dihormati kerana kita tidak mahu perbuatan songsang ini akan merebak dan sekali gus menjadikan ianya satu budaya yang akan menghancurkan bangsa dan agama itu sendiri, " katanya.
20 Aug 18
34
Empty Image
100 Hari Kejayaan, Lima Manifesto PAS Sudah Ditunaikan
Oleh : Fidee AzizKUALA TERENGGANU - “Alhamdulillah, lima Manifesto PAS telah ditunaikan sepanjang 100 hari Kejayaan Pas Terengganu yang telah memenangi PRU-14 pada baru-baru ini," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi di Markaz Tarbiyyah Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini, hari ini.Beliau memberitahu demikian ketika menyampaikan taklimat sempena Program Taklimat 100 Hari Kejayaan Kerajaan PAS Terengganu."Perkataan 100 hari manifesto ini sebenarnya bukan dari PAS, tapi sebenarnya dari Pakatan Harapan yang menawarkan kepada rakyat di dalam PRU-14 baru baru ini," katanya.Turut hadir Setiausaha Dewan Muslimat Negeri Terengganu, Rahimah Muda, Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Kuala Terengganu, Zaiton Abbas dan semua Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kuala Terengganu.Taklimat anjuran Lajnah Penerangan Dewan Muslimat Pas Kawasan Kuala Terengganu itu turut dihadiri 130 muslimat dari semua DUN di Kuala Terengganu.Muhammad Khalil menjelaskan kerajaan negeri tidak gopoh untuk menunaikan janji manifesto kerana ia bukan keperluan untuk tempoh masa 100 hari tetapi dalam tempoh satu penggal atau lima tahun.“PAS tidak gopoh menjanjikan 100 hari untuk melaksanakan manifesto yang diutarakan malah menjanjikan untuk menyelesaikan semua manifesto dalam tempoh satu penggal," katanya lagi.Sehubungan dengan itu,  beliau juga menyatakan Manifesto PAS juga merangkumi Ad-Doruriyyatul Khams iaitu mempunyai lima keutamaan dan keperluan yang perlu dijaga antaranya agama, nyawa, keturunan, akal dan juga harta.
20 Aug 18
103
Empty Image
Suhakam Tidak Perlu Pertikai Undang-Undang Syariah Terengganu
Oleh: Abdul Hadi RaniKUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tidak seharusnya mempertikai keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu yang menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,300 dan enam sebatan syariah kepada pasangan lesbian yang ditangkap di Terengganu pada 8 April lalu.Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, Negeri Terengganu mempunyai undang-undang yang telah termaktub di dalam perlembagaan negeri."Suhakam sepatutnya lebih mengerti tentang prosedur mahkamah.Badan tersebut dilihat cuba mempersoalkan dan mengecam hukuman yang telah ditetapkan oleh mahkamah terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pasangan ini," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang disiarkan di media Parlimen Dungun, hari ini (20 Ogos).Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun menasihatkan supaya Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana hak asasi orang Islam juga perlu dihormati dalam negara berbilang kaum ini.  Menurutnya, tindakan yang diambil terhadap pesalah tersebut tidak melanggar hak asasi manusia apatah lagi memalukan pasangan terbabit.Pasangan tersebut telah mengaku salah semasa perbicaraan dan hukuman tersebut dijatuhkan sebagai pengajaran kepada mereka dan masyarakat di luar sana."Hak asasi orang Islam perlu dilihat dan dinilai oleh Suhakam sebelum mengkritik tindakan yang diambil oleh Mahkamah Syariah.“Ini semua, dalam pengamatan saya, adalah cubaan untuk menjatuhkan dan memburuk-burukkan undang-undang syariah di negara ini dengan tuduhan dan permainan persepsi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," tegasnya.Masyarakat yang terlalu terdedah kepada budaya hedonisme tanpa kawalan akan mendorong mereka untuk mengikut hawa nafsu.“Apabila kurangnya pembudayaan agama dalam kehidupan, manusia akan tersasar dari landasan agama dan jatuh ke lembah nafsu.Saya berharap mereka akan bertaubat,” ujarnya.
20 Aug 18
137
Empty Image
Bakal Pelajar Universiti Perlu Aktif Berpersatuan
Oleh : Adli Mohamad.DUNGUN- Pelajar yang akan melanjutkan pelajaran  ke Institut Pengajian Tinggi  dinasihatkan agar bergiat aktif diri dalam persatuan dan jemaah Islam.Penyelaras Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata penglibatan diri dalam program seumpama itu adalah  penting kerana melaluinya akan dapat mengasah dan memupuk bakat kepimpinan sebagai pemimpin di masa akan datang."Pelajar perlu melibatkan diri dengan persatuan kerana ia akan melatih pelajar untuk memiliki ciri-ciri kepimpinan.“Namun begitu perlulah memilih persatuan yang menjurus dan berorientasikan Islam mengikut Ahlu Sunnah Wal Jamaah,"katanya.Menurutnya suasana dan cabaran di universiti tidak sama dengan suasana semasa persekolahan kerana lebih mencabar. "Di universiti banyak aliran pemikiran, kerana itu pelajar perlu berhati-hati dan tidak cenderung kepada aliran islam liberal,"Golongan liberal begitu membiak di kampus-kampus dan universiti, kerana sasaran mereka adalah  pelajar dan cendekiawan-cendekiawan dari univerisiti," tegasnya dalam ucapannya itu.Beliau ditemui pemberita dalam satu majlis bertemu mesra dengan  pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dari DUN Bukit Besi yang akan melanjutkan pelajaran ke Institus Pengajian Tinggi awam dan juga swasta di Universiti Tempatan di Dewan Sivik Kampung Nerang, Jerangau Sungai, di sini. Ghazali turut mengingatkan agar jangan merasa rendah diri kerana menjadi pelajar yang hanya bersekolah di Luar Bandar, rebutlah peluang yang ada, jangan merendah diri,"Cubalah saingi pelajar-pelajar di bandar dan buktikan bahawa pelajar luar bandar adalah setanding dan lebih baik dari mereka yang bersekolah dibandar," ucapnya.Beliau dalam pada itu turut mengingatkan agar belajar bersungguh-sungguh agar mampu menjadi pemimpin didalam masyarakat dan mampu berkhidmat bagi memajukan Bukit Besi dimasa akan datang."Belajarlah bersungguh-sungguh supaya kerajaan Teknokrat yang diimpikan oleh kerajaan Negeri Terengganu dimasa akan datang dapat diisi oleh modal-modal insan dari DUN Bukit besi apabila bergraduat nanti,”katanya
19 Aug 18
243
Empty Image
i-MiTS Anjur Kursus Pengurusan Sembelihan Perdana
 Oleh: Helmi Abd SalamSETIU – Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i -MiTS) Dewan Undangan Negeri  Batu Rakit menganjurkan Kursus Pengurusan Sembelihan Perdana di Masjid Al Ukhuwwah,Kampung Mengabang Telong, baru-baru ini..Menurut Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Ustaz Mohd Shafizi Ismail  program yang dirancang i-MiTS  itu  membuktikan kebersamaan semua pihak dalam menjayakan agendanya.“Kebersamaan ini membuktikan suatu tanda bahawa masyarakat sekarang telah dapat menerima kerajaan baru Yang dipimpin oleh PAS dengan slogan Terengganu Maju,Berkat dan Sejahtera,” Katanya ketika berucap di Masjid itu, Sementara itu Pengarah program Haji Abdul Rahman Yusoff berkata program yang dianjurkan bersama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mengabang Telong itu akan diteruskan pada masa akan datang."InshaAllah kita akan mengadakan lagi program seumpama ini bersama MPKK dalam mengeratkan lagi ukhwah sesama penduduk qaryah dan sekitarnya sebagai satu usaha membina masyarakat yang berilmu." ujarnya yang juga merupakan pengerusi Masjid Al Ukhuwwah.Untuk rekod program separuh hari meliputi ilmu penerangan berkaitan penyembelian dan praktikal ini adalah kali pertama diadakan di DUN Batu Rakit.
19 Aug 18
89
Empty Image
Hina Mahkamah Syariah: DPPNT Buat Laporan Polis
Ustaz Kamaruzaman (tiga, kanan) menujukkan laporan polis yang dibuatKUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyarankan agar Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail memohon maaf sekali gus menarik balik kenyataan yang disifatkan boleh menghina mahkamah kerana mempertikaikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah berhubung kes hubungan sejenis dua wanita lesbian di Dungun April lalu.Serentak itu ketuanya Ustaz Kamaruzaman Abdullah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu, 19 Ogos."Laporan ini bertujuan mengingatkan Tan Sri Razali supaya beliau dapat berhati-hati ketika mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan keharmonain negara ini khususnya keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang."Yang keduanya, bila isu ini telah menjadi viral di seluruh negara maka selayaknya beliau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia."Sekiranya tidak, kami (DPPNT) akan serah kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan selanjutnya," tegas beliau.Beliau berkata demikian ketika membuat kenyataan media selepas selesai laporan polis di buat di balai berkenaan.Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Harun, Setiausaha DPPNT, Ustaz Mohd Nasir Abdul Razak, Ketua DPP Kuala Terengganu, Mohd Azrin Mohd Aris,  Exco DPPNT Raja Arizal Raja Arif dan Mohd Aswadi Mohamad.Dalam laporan polis itu Ustaz Kamaruzaman percaya kenyataan yang dikeluarkan oleh SUHAKAM merupakan satu penghinaan atau menyebabkan dipandang hina, mempertikai dan mempersenda, serta bermaksud merendahkan keputusan atau penghakiman dan Martabat Mahkamah Syariah Terengganu.Dan ini bertentangan dengan Seksyen 11 - Mengingkari Perintah Mahkamah, Enakmen 7, Tahun 2001, Kesalahan Jenayah (Takzir) Terengganu, Bahagian III berhubung dengan kesalahan dan Institusinya."Bagi mempertahan dan mengekalkan kesucian dan ketinggian agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, saya datang ke balai polis buat aduan bagi tujuan pihak polis membuka kertas siasatan ke atas Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail dan/atau ahli-ahli Pesuruhjaya SUHAKAM," jelasnya dalam laporan tersebut.Pada 12 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman 6 sebatan dan denda RM3,300 ke atas dua wanita yang cuba melakukan hubungan sejenis dalam sebuah kereta di Dungun, April lalu.Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas wanita berusia 22 dan 32 tahun itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen sama kerana musahaqah.Mereka juga akan dihukum penjara empat bulan, jika gagal membayar denda itu.Sebagaimana disiarkan oleh beberapa akhbar online, Tan Sri Razali dilaporkan sebagai berkata, hukuman seperti itu memalukan, merendahkan dan percubaan untuk memalukan si pelaku dan keluarga mereka secara terbuka.Beliau juga dilaporkan sebagai berkata,ia sekaligus bertentangan dengan nilai martabat manusia, dan tidak selari dengan komitmen menjaga maruah seseorang seperti yang dianjurkan dalam setiap agama."Suhakam menegaskan hukuman sebat dalam keadaan apapun melanggar larangan mutlak penyeksaan dan hukuman kejam, tidak berperikemanusiaan atau menghina di bawah undang-undang antarabangsa," ujarnya dalam laporan tersebut.Ustaz Kamaruzzaman yang juga Pengarah Insitut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) berkata, DPPNT atas prinsip mempertahankan Rukun Negara termasuk mempertahankan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, sepatutnya kenyataan seumpama itu tidak dikeluarkan oleh Pengerusi SUHAKAM. Beliau berkata, apabila sesuatu mahkamah telah memutuskan satu keputusan maka semua pihak termasuk pemerintah dan lain-lain mesti menerima keputusan tersebut seadanya."Kita (DPPNT) merasa terkilan dengan kenyataan Tan Sri Pengerusi SUHAKAM yang telah membelakangkan kedaulatan undang-undang yang semua orang tahu walaupun dengan alasan (yang cuba kita selidiki) kononnya bercanggah dengan undang-undang antarabangsa."Hujah tersebut tidak digunapakai sebagai kita rakyat Malaysia yang menjulang perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Malahan apa yang diputuskan oleh mahkamah syariah sebenarnya sangat-sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan amaran dari Allah SWT," jelasnya.Katanya, Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender  (LGBT) itu merupakan satu perkara yang telah digezetkan oleh Allah SWT sebagai amalan songsang yang mengundang kemurkaan-Nya."Sekiranya umat zaman dahulu Allah bayar 'cash'(tunai), dengan melingkupkan bumi dan menenggelamkan mereka. "Cuma kita jadi umat Nabi Muhammad s.a.w., apa jenis bangsa sekalipun siasah layanan Allah Ta'ala berbeza dan diberi tangguh oleh Allah, membuka ruang untuk mereka kembali kepada Allah SWT," jelasnya lagi.Justeru katanya, dengan rasa penuh tanggungjawab DPPNT memberi teguran supaya mudah-mudahan Tan Sri Razali kembali ke pangkal jalan dan beliau tidak menyanggahi apa yang diputuskan oleh Allah dan mahkamah."Kita memandang ia sangat serius kerana Tan Sri mempunyai kedudukan  dalam masyarakat, sekiranya dibiarkan perkara ini terus berlaku, dia akan mengundang kepada mala petaka dari sudut prinsip undang-undang di Malaysia ini."Maknanya sesiapa sahaja boleh menyuarakan ketidakpuasanhati kepada keputusan mahkamah," katanya lagi.Difahamkan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat akan berhubung dengan pihak pendakwa raya mahkamah syariah untuk mengambil tindakan selanjutnya.Urusteia Penerangan Darul Iman (UPDI) akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan perkara ini.
19 Aug 18
50
Empty Image
Kemalangan Penyebab Kadar Kematian Tertinggi
Ustaz Wan Sukairi (kiri) beramah mesra dengan seorang pemandu SMPJPJ.Oleh: Wan Luqman Hakim KUALA NERUS - Boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku perperangan dan juga ada kematian di Gaza, Palestin. Jika dibandingkan kematian akibat kemalangan yang berlaku di Gaza, jauh lebih besar jurangnya berbanding dengan kemalangan yang berlaku di Malaysia.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia adalah suatu perkara yang pelik, kerana biasanya tempat yang berlaku peperangan banyak berlaku kematian namun kematian banyak juga terjadi di negara yang tiada peperangan."Di Malaysia tidak ada perperangan, tetapi kematian berlaku hampir setiap hari," katanya.Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah ketika merasmikan Program Skuad Muda JPJ (SMJPJ), di Litar Gong Badak, di sini, kelmarin (17 Ogos).Katanya, dalam tempoh 6 bulan bermula bulan Januari hingga Jun tahun ini, Terengganu mencatatkan 5,403 kemalangan dan 147 kematian."Ini adalah suatu angka yang tinggi sebenarnya."Menyedari tentang perkara ini, maka skuad muda JPJ ingin mencuba suatu perkara yang baru."Ianya bertujuan supaya kita berjaya menuntut perkara yang diingini dengan mengenengahkan konsep-konsep dan pendekatan-pendekatan yang boleh dilaksanakan," ujarnya.Tambah beliau, setiap rancangan akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang akan dicapai dan mendapat kejayaan."Program ini akan membakar semangat agensi-agensi kerajaan yang lain."Mudah-mudahan program ini akan memberi inisiatif yang baru kepada kita dengan adanya ilmu untuk menghindari dan mencapai angka sifar kemalangan," jelasnya.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Infrastuktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri.
19 Aug 18
245
Empty Image
Boikot Barangan Keluaran Golongan LGBT
Satiful Bahari MamatKerajaan negeri meminta masyarakat tidak memberi sokongan dan membeli produk keluaran golongan lesbian, gay, biseksual dan transgander (LGBT) sebagai tanda memprotes agar mereka kembali ke pangkal jalan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, masyarakat perlu memainkan peranan kerana perkara mungkar menjadi tanggungjawab bersama untuk dicegah dan bukan hanya menjadi tanggungjawab kerajaan."Jangan kita jadi pengikut mereka di media sosial seperti Facebook dan kita promosikan mereka, kita beli barang mereka, lagilah keadaan akan bertambah serius dan jangan serah kepada kerajaan saja untuk selesaikan isu LGBT ini. Semua masyarakat perlu mainkan peranan, jangan beri galakan kepada mereka. Kalau semua orang marah, tak selesa...mereka InsyaAllah akan berubah," katanya.Beliau berkata demikian selepas dihubungi oleh Urusetia Penerangan Darul Iman ( UPDI ) bagi mengulas cadangan sesetengah pihak yang dilihat seolah - olah mahu membela golongan LGBT ini.Cadangan golongan LGBT boleh menggunakan tandas OKU adalah satu cadangan yang tidak munasabah. Satiful berkata, saranan sesetengah pihak agar golongan transgender menggunakan tandas orang kurang upaya (OKU), adalah satu cadangan yang paling tidak munasabah dan menempelak sendiri cadangan yang dikeluarkan oleh seorang yang beragama islam itu sendiri."Dia perlu tandas ke? Mana boleh guna tandas OKU kalau dia sendiri bukan OKU dan ini merupakan satu cadangan yang boleh dikatakan kurang sesuai dan tidak munasabah langsung" katanya .Bagaimanapun, Satiful berkata, peratusan yang terlibat dengan  LGBT di negeri ini  masih lagi rendah iaitu tidak sampai satu peratus daripada keseluruhan rakyat negeri ini yang dianggarkan seramai 1 juta orang."Kita lihat sekarang golongan LGBT ini mahu masyarakat menerima mereka tetapi kita tengok mereka sendiri tidak boleh menerima diri mereka dan perkara-perkara ini terjadi saya rasa kerana kita terlalu terikut dengan situasi berlaku di negara barat dan kita import ke dalam masyarakat kita," katanya.Katanya, kerajaan negeri menerusi portfolionya di bawah Bahagian Pelaksanaan Syariah mengambil pendekatan lembut dalam menangani masalah berkenaan termasuk melibatkan mereka dalam seminar seperti yang telah dianjurkan baru-baru ini.
18 Aug 18
124
Empty Image
Badminton Tertutup Setiu Cungkil Bakat Anak Muda
Oleh: Ariss AliasSETIU - Penganjuran Kejohanan Badminton beregu Lelaki Tertutup Setiu mampu mencungkil dan mengasah bakat orang  ramai terutama golongan belia. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap,  Azmi Maarof berkata kejohanan anjuran Kelab Badminton Chalok (KBC) itu merupakan langkah terbaik untuk  mencungkil bakat, mencari pelapis di kalangan anak- anak muda."Saya cukup komited untuk mengadakan pertandingan seumpama ini pada masa akan datang  supaya lebih ramai masyarakat setempat  bersama-sama menyertainya sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mengamalkan gaya hidup sihat," ujarnya. Beliau berkata sedemikian ketika Majlis Penutup Kejohanan Beregu Lelaki Tertutup Setiu di Dewan Sivik Chalok, di sini, semalam.Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)  Chalok Kedai, Rosli  Othman dan Ketua Pemuda Pas DUN Langkap yang juga Pembantu Penyelia Latihan i-Mits Suharmizi Hamzah.Dalam kejohanan tersebut, pasangan Bustamin dan Wahab bangkit untuk menjuarai kategori B beregu lelaki setelah menewaskan gandingan Amirul dan Izat yang menunjukkan semangat juang yang tinggi. Bagi kategori C pula menjadi milik pasangan Khairul Azmi dan Abdullah setelah menewaskan pasangan Muqri dan Amirul Aizie.
18 Aug 18
122
Empty Image
J3K Belum Serah Baucer Dana Remaja
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN -  Jawatankuasa Kerja Kampung (J3K) sebelum ini yang dikatakan gagal mengembalikan Baucer Dana Bakti Remaja ke pejabat daerah menyebabkan remaja yang teresenarai menerima bantuan itu gagal menuntutnya walaupun mereka hadir pada tarikh ditetapkan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun yang mendedahkan perkara itu, berharap isu itu dapat diselesaikan segera menerusi pejabat daerah sekali gus meringankan bebanan mereka yang memerlukan.“Kita berharap penerima dapat menuntut apa yang diperuntukkan kepada mereka dan dapat mengurangkan bebanan untuk menampung perbelanjaan semasa,” ujar beliau ketika mengulas mengenai pengagihan Dana Bakti Remaja di Pejabat Daerah Dungun, di sini, semalam (16 Ogos).Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang itu juga menyeru remaja yang tersenarai  tetapi masih belum berbuat demikian, segeralah menuntutnya pada 20 Ogos nanti. “Selepas itu baucer-baucer tersebut akan dikembalikan ke Jabatan Kewangan Negeri, " katanya lagi.
18 Aug 18
61