lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Gelanggang Bowling Padang Gong Badak Bertaraf Dunia
Dato' A Rahman (kanan) bertanyakan sesuatu kepada peserta Terengganu. -Foto Harish Fadzillah. KUALA TERENGGANU - Gelanggang Bowling Padang Gong Badak di sini yang bernilai RM6.5 juta menempa sejarah apabila julung-julung kali mengadakan kejohanan bertaraf dunia dengan penyertaan 11 buah negara bermula 25 hingga 28 Ogos.Kejohanan Pasukan Campuran Bowling Padang Asia 'Beautiful Terengganu Malaysia' Tahun 2018 merupakan kejohanan pertama diadakan di situ dan berlangsung di dua gelanggang berasingan masing-masing berkeluasan 40 meter persegi.Presiden Persatuan Bowling Padang Malaysia Dato' Wan Nawawi Wan Ismail berkata, ia satu pengiktirafan dunia yang diberikan oleh Persatuan Bowling Padang Antarabangsa kepada gelanggang tersebut yang merupakan perlawanan pertama selepas ia siap dibina baru-baru ini. Korea Selatan turut serta dalam Kejohanan tersebut.Katanya, negara yang menghantar peserta ialah Singapura, Sri Lanka, Thailand, Brunei Darul Salam, China, Macau, Korea Selatan, Pakistan, Filipina, Hongkong dan Malaysia. Seramai 110 atlet menyertai kejohanan tersebut."Pasukan Terengganu turut serta dalam kejohanan tersebut sebagai tuan rumah," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Kejohanan tersebut 26 Ogos. Kejohanan itu dirasmikan Setiuasaha Kerajaan Terengganu Dato' A Rahman Yahya.Dato' A Rahman (tengah) mencuba permainan bowling padang di Gelanggang Gong Badak Kuala Terengganu disaksikan oleh Dato' Haji Wan Nawawi (kiri).Dato' Wan Nawawi berkata, antara tujuan kejohanan itu diadakan ialah untuk memperkenalkan Terengganu sebagai destinasi pelancongan menarik asia kepada para peserta.Mereka akan dibawa berkunjung ke Tasik Kenyir Hulu Terengganu yang berupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara.Antara peserta beraksi dalam kejohanan tersebut."Jika ada kesempatan mereka akan dapat berkunjung ke Santuari Kelah di Tasik Kenyir untuk merasai kejinakan ikan sungai termasuk ikan kelah di tempat tersebut," ujarnya.Beliau juga memperkenalkan tempat-tempat menarik yang patut atlet sukan berkenaan melawat termasuk Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Lang Tengah.Di sekitar pulau berkenaan, terdapat hidupan laut termasuk terumbu karang antara kehidupan laut tercantik di dunia.
25 Aug 18
726
Empty Image
3,903 Peserta Dijangka Sertai Perarakan Dan Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan
Seramai 3,903 peserta daripada 102 pasukan mewakili pelbagai jabatan dan agensi swasta dijangka menyertai perarakan dan perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61 peringkat negeri di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu pada 31 Ogos ini (Jumaat).Pengerusi jawatankuasa kecil perarakan dan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat Negeri Terengganu, Dr Alias Razak berkata, ianya melibatkan 84 pasukan untuk kategori bertanding, 18 pasukan bagi kategori tidak bertanding dan empat kategori kenderaan.“Program perarakan dan perbarisan ini merupakan salah satu acara anjuran kerajaan negeri untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan.“Memandangkan pada tahun ini ianya jatuh pada hari Jumaat yang masanya agak terhad, jadi kita akan memendekkan jarak laluan hanya kepada 2.8 kilometer sahaja bagi memberi laluan kepada kaum muslimin menunaikan solat Jumaat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika bersiaran menerusi radio Terengganu fm. hari ini.Dr Alias yang juga merangkapPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri berkata, peserta yang mengambil bahagian akan berkumpul di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu untuk memulakan perarakan dan perbarisan kira-kira pukul 7 pagi yang dijangka berakhir 11.30 pagi di Taman Awam Batu Burok.“Peserta akan melalui JalanTengku Ampuan Mariam menghala ke Jalan Sultan Sulaiman terus ke Bulatan Batu Bersurat, menuju ke Jalan Sultan Mahmud serta Jalan Pantai Batu Burok,” ujarnya.Katanya, Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan bakal merasmikan sambutan itu yang menyediakan hadiah keseluruhan wang tunai berjumlah RM68,500.Menurut beliau, tujuh kategori dipertandingkan iaitu Jabatan Kerajaan Tidak Beruniform; Badan Berkanun Tidak Beruniform; Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, IPT, Swasta Beruniform; Swasta, GLC, IPT Tidak Beruniform; Pancaragam Sekolah; Pasukan Sekolah Menengah Beruniform dan Pasukan Sekolah Menengah Tidak Beruniform.
25 Aug 18
25
Empty Image
Ustaz Muhammad Khalil Makin Pulih
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, kini dalam keadaan kesihatan yang semakin baik dan memberangsangkan selepas mengalami 'slip disc ' (cakera tergelincir).Pegawai Khas Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhd Khidhir Izaidin dalam satu kenyataan kepada media memberitahu, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk itu juga sudah dibenarkan keluar hospital oleh doktor dan meneruskan proses pemulihan di rumah sahaja sejak semalam."Doktor juga menyarankan supaya YB Ustaz Muhammad Khalil untuk berehat."Beliau juga perlu mengurangkan aktiviti-aktiviti berat dan menyertai program-program agar proses pemulihan berjalan lancar,"katanya lagi.Khidir berkata, Ketua Pemuda PAS itu turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan beliau, begitu juga sahabat-sahabat yang sudi hadir menziarahi beliau di hospital.Tambah beliau, penghargaan juga kepada staf di Hospital Pakar Kuala Terengganu  yang banyak membantu sepanjang beliau di wad pada 24 Ogos lalu."Marilah kita terus berdoa agar YB Ketua Pemuda kembali sihat dan segala urusan beliau berjalan dengan lancar agar dapat terus mengemudi Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagaimana yang menjadi harapan ramai pihak," ulas beliau lagi.
25 Aug 18
280
Empty Image
700 Sertai Kayuhan Komuniti Sayangi Malaysiaku
Haji Amzad Hashim ceria dan bersemangat meneruskan kayuhan bersama para peserta. Foto - Tengku Syamim Tengku IsmailOleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU - Program Kayuhan Komuniti Sayangi Malaysiaku anjuran Kerajaan Negeri Terengganu berlangsung meriah dengan dihadiri kira-kira 700 orang peserta dari seluruh pelusuk negeri.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim berkata, kerajaan dan rakyat harus sama-sama berganding bahu dan membulatkan tekad untuk membina negeri yang baik untuk kesejahteraan bersama."Ianya bertujuan untuk merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera kepada semua."Saya mengharapkan program seperti ini dapat terus merapatkan silaturrahim dalam kalangan rakyat Terengganu daripada pelbagai bangsa dengan menzahirkan rasa kecintaan dan kebersamaan kita di dalam menyambut kemerdekaan ini," ujarnya.Sehubungan dengan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan penganjur di atas kerja keras dan penglibatan program yang bermakna seperti ini dalam menghayati kemerdekaan negara kita.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Program Kayuhan Komuniti Sayangi Malaysiaku di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini (25 Ogos).Sementara itu, menurut Haji Amzad yang juga Timbalan Yang Dipertua Parti Islam Se-malaysia (PAS) Kuala Terengganu, beliau pada asalnya bercadang untuk turut sama menyertai kayuhan dalam jarak satu kilometer sahaja sebenarnya."Tetapi oleh kerana semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak merdeka kita yang berbasikal, saya teruja untuk turut sama mengayuh sehingga sepuluh kilometer jaraknya," katanya.Turut hadir, Ketua Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil, Pengerusi Terengganu Revolution Cycling Team, Wan D’zlyshah Wan Shahreman, Pegawai Khas Menteri Besar, Mohd Sabri Zakaria dan Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Abdul Fattah Ghani.
25 Aug 18
423
Empty Image
Projek EPICOG-ExxonMobil Hasil 600 Peluang Pekerjaan
Dr Ahmad Samsuri (berdiri tiga dari kiri) menyaksikan tandatangan Projek Penyelenggaraan dan Pembinaan antara ExxonMobil dan EPIC OG di Putrajaya baru-baru ini. Foto - Abu UbaidahPUTRAJAYA - Rakyat Terengganu dijangka memperolehi antara 500 hingga 600 peluang pekerjaan selepas anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) iaitu EPIC OG Sdn Bhd (EPIC OG) mendapat kontrak penyelenggaraan,  pembinaan dan modifiksi dari Exxon Mobil Exploration and Production Malaysia Inc. (ExxonMobil) 16 Ogos lalu.Perjanjian projek berkenaan, bermula tahun ini hingga 2023 itu dibuat secara tertutup di sebuah hotel di sini disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar."Alhamdulillah, anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) iaitu EPIC OG Sdn Bhd, telah memperolehi kontrak bagi kerja-kerja Penyelenggaraan, Pembinaan dan Modifikasi (MCM) untuk tahun 2018 sehingga 2023 daripada ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc."Saya turut bersama menyaksikan majlis menandatangani Kontrak Perniagaan yang telah diadakan secara tertutup pada Khamis, 16 Ogos 2018 lepas."Kontrak ini menjangkakan  antara 500 hingga 600 peluang kerja kepada penduduk tempatan, " kata Dr Ahmad Samsuri.Beliau berkata demikian ketika memuat naik maklumat dan beberapa gambar berkait perjanjian tersebut distatus Facebooknya baru-baru ini dan mendapat pelbagai komen dari netizen.Antaranya bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri  zaman Kerajaan Barisan Nasional (BN) Dato' Tengku Mahmud Mansor mengucapkan tahniah kepada EPIC OG,  atas kejayaan tersebut.Beliau mengharapkan anak syarikat kerajaan negeri itu dapat membantu menyempurnakan kebajikan seramai 450 orang anak yatim Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim (PERKAYA)."Tahniah EPIC atas kejayaan dapat tender yg amat bermakna itu. Semoga Allah memudahkan urusan EPIC supaya dapat keuntungan yang berlipat ganda dan dapat membantu lagi anak yatim PERKAYA seramai 450 orang di lima buah asrama seluruh Terengganu." ujarnya.Encik Muhamad Bakri pula berkata, sama ada usaha itu bermula dari kerajaan terdahulu atau sekarang,  yang penting ia bermanfaat untuk memberi peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan.
25 Aug 18
864
Empty Image
Nyaris Maut Akibat Melanggar Isyarat Lampu Merah
Superitendan Mohd Said Ibrahim.KEMAMAN - Gara-gara melanggar lampu isyarat merah, seorang wanita nyaris maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza melanggar sebuah lori di kilometer 140, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan di persimpangan lampu isyarat Kilang Besi Eastern Steel, Teluk Kalong, semalam.Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Mohd Said ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut dan kejadian berlaku pada jam 7.30 lagi.Menurutnya, ketika kejadian, kereta terbabit yang dipandu oleh Siti Jamalia Mohd, 28, dalam perjalanan dari Bandar Chukai menuju ke Kampung Kemasek.Tambahnya, setiba di persimpangan lampu isyarat tersebut, kereta yang dipandunya tidak berhenti pada lampu isyarat merah dan pada masa yang sama sebuah lori 10 tan yang dipandu oleh seorang lelaki keluar dari persimpangan tersebut."Lori tersebut keluar dari persimpangan setelah isyarat lampu hijau menyebabkan kereta tersebut telah melanggar bahagian hadapan kiri tayar lori tersebut."Akibat dari perlanggaran tersebut, lori terbabit telah hilang kawalan dan melanggar sebatang tiang lampu sebelum terbalik," katanya.Keadaan lori yang terbalik selepas dilanggar oleh kenderaan tersebut.Mohd Said berkata, kedua - dua pemandu lori dan kereta terbabit telah mengalami kecederaan ringan di kepala dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kemaman."Kedua-dua nya telah menerima rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil dan telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan," katanya.Tambah Mohd Said, kejadian tersebut akan disiasat di bawah undang-undang 17 LN 167/59 kerana tidak mematuhi arahan lampu isyarat.
23 Aug 18
86
Empty Image
Kunjungan Haji Yahaya Eratkan Hubungan Dua Hala
Haji Yahaya (duduk) menandatangani buku pelawat DUN Kelantan. -Gambar Saiful Mustafa. KOTA BHARU - Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob di Pejabat Menteri Besar di Kota Darul Naim di sini 19 Ogos.Haji Yahaya bersama 20 pegawai dan kakitangan Pejabat Yang Dipertua DUN Terengganu kemudiannya mengadakan lawatan sambil kerja ke Pejabat DUN Kelantan bagi meninjau perjalanan pentadbiran dewan berkenaan pada 20 Ogos.Satu perjumpaan bersama antara kedua-dua institusi itu diatur untuk bertukar-tukar maklumat bagi mengukuhkan kedua-duanya sebagai badan legislatif kerajaan masing-masing.Rombongan Pejabat Yang Dipertua DUN Terengganu diketuai oleh Haji Yahaya sendiri bersama isteri Hajjah Zarani Othman disertai Setiausaha DUN, Encik Zulkifly Isa, pegawai dan kakitangan yang lain.Manakala Pejabat Speaker DUN Kelantan dipimpin oleh Speakernya, Dato' Haji Abdullah Yaakob disertai oleh Setiausaha DUN, Encik Nik Khairul Anuar Nik Yusoff dan beberapa orang pegawai serta kakitangannya.Dengan kunjungan tersebut kedua-dua pihak dapat bertukar-tukar maklumat bagi melakukan penambahbaikan institusi masing-masing di samping mengeratkan lagi hubungan dua hala yang sudah sedia terjalin .Kedua-dua institusi berkenaan berada dibawah pentadbiran Kerajaan PAS. Kelantan bermula tahun 1990 manakala Terengganu bermula tahun ini.Sebelum itu Terengganu dua kali pernah ditadbir oleh PAS termasuk dalam tahun 1959 hingga 1961 dan tahun 1999 hingga 2004.
23 Aug 18
26
Empty Image
MB Pernah Jadi Penghulu
Dr Ahmad Samsuri (tiga, kanan) bertanyakan sesuatu kepada seorang penghulu- Gambar Tengku Syamim Tengku IsmailKUALA TERENGGANU - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pernah menjadi Penghulu Komuniti Melayu di Leeds, United Kingdom pada tahun 1998.Beliau berkata,  pada masa itu ada kira-kira 100 keluarga Melayu di Leeds, manakala yang belum berkeluarga ada 300 orang."Ini termasuk 50 orang Cina dan India, rakyat Malaysia yang tinggal di sana, " katanya ketika berucap di Majlis Perjumpaan Menteri Besar Bersama Penghulu di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.Turut hadir di majlis tersebut,  Setiausaha Kerajaan Negeri,  Dato' A Rahman Yahya dan 76 orang penghulu dari seluruh negeri.Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Rhu Rendang berkata,  komuniti Melayu yang berkeluarga, ada yang bermustautin (tinggal tetap)  dan menjadi rakyat United Kingdom.Ada di kalangan mereka yang bekerja sebagai profesional seperti Doktor Pakar,  Jurutera dan sebagainya."Ada yang pergi atas urusan sebagai sambung belajar,  ada yang membuat master,  ada yang membuat Phd dan sebagainya."Dan entah bagaimana,  saya dipilih sebagai penghulu komuniti Melayu Leeds selama lebih kurang dua tahun,  itu cerita lama,  nama jawatan pun penghululah, " katanya sambil ketawa kecil.Namun jelas beliau tugas tersebut tidak seberat yang ditanggung oleh penghulu di negeri itu."Walaupun saya melaksana tugas penghulu di Leeds tetapi tidak sama dengan tugas yang dipikul oleh penghulu di hadapan saya, " ujarnya.Justeru beliau mengucapkan syabas kepada semua penghulu Terengganu di atas tanggungjawab dipikul dan semoga mendapat keberkatan dari Allah. 
23 Aug 18
191
Empty Image
Ibadah Korban Menjaga Hubungan Sesama Insan
Oleh:Norekwan MamatHULU BESUT- Ibadah korban amalan yang sangat dituntut dalam Islam bertujuan mendekatkan diri pada Allah bermula pada hari Adiladha iaitu 10 Zulhijah dan tiga hari tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah.Pegawai Penyelaras Ustaz Mat Daik Mohamad berkata “ Ia tidak hanya memupuk semangat pengorbanan dalam diri, bahkan juaga hubungan sesama insan dalam masyarakat”.Katanya, ibadah korban memberi peluang terbaik untuk kita berkongsi nikmat dengan orang lain.“Malah, hikmah korban termasuk memupuk sikap peduli dan prihatin terhadap masyarakat dengan mengagihkan sebahagian daging korban kepada golongan kurang bernasib baik,” katanya.Beliau berkata ketika selesai upacara korban di pondok Ubudiyyah kampung Pasir Akar. sebanyak empat ekor lembu dikorbankan untuk adiladha tahun ini.Beliau merupakan pengasas mundir di pondok tersebut.
23 Aug 18
53
Empty Image
Berkorban Pertahankan Agama Islam
Oleh:Fidee AzizKUALA TERENGGANU- Berkorban bukan sahaja korban lembu, kambing dan kerbau malah lebih berkorban untuk mempertahankan agama Islam,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi di Bukit Depu, Batu Buruk, di sini, hari iniBeliau memberitahu demikian ketika menyampaikan ucapan sempena program ibadah korban anjuran Surau Bukit Depu dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bukit Depu.“Korban ini ialah ibadah kepada Allah yang dimulakan oleh Nabi Ibrahim A.S dan diteruskan oleh Nabi Muhammad SAW,” katanya.Turut hadir Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bukit Depu, Zakaria Hamat, Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Gelong Gajah, Mohd Nasir Mohd Rusidi dan semua Ahli Jawatankuasa MPKK Bukit Depu.Program tersebut turut dihadiri kira-kira 40 orang penduduk kampung dan peserta yang menyertai korban lembu yang jenisnya Chevrolet.Muhammad Khalil menjelaskan antara cabaran paling besar bagi umat Islam di negara kita sekarang ialah cabaran Islam liberal, Islam plurisme dan Islam moderate ini yang hanya meletakkan nama Islam tetapi hakikatnya mereka ingin membuang ajaran Islam.“Antara cabaran yang paling besar di negara kita ialah cabaran Islam liberal, cabaran Islam plurisme dan cabaran Islam moderate ini yang hanya meletakkan nama islam tetapi hakikatnya mereka nak buang ajaran islam," katanya lagi.Sehubungan dengan itu, beliau juga menyatakan mereka yang bercakap tentang Islam dalam masa sama mempertahankan LGBT dan menjaga hak-hak bukan Islam lebih daripada hak-hak orang Islam.
23 Aug 18
156